BAB 55
“Will you promise me something?”
Aku ketap bibir seraya menunduk dan menggeleng dalam pada masa yang sama.
“Hei…” Tangan halus itu mengangkat daguku yang seterusnya berjaya buat mataku bergenang. Penat aku bertahan dari semalam namun aku tetap gagal menahan perasaan sebak yang menggebu di ruang dada.
“Jangan menangis…” ujar Amanda tersenyum sedang aku juga dapat melihat sepasang matanya yang merah.
“Akak dah banyak tolong Kim. Bukan sejak dari dua tahun lepas tapi dari dulu lagi. Bila Kim ‘sakit’ akak orang pertama yang datang pada Kim. Bukan akak saja tapi juga abah, ummi, abang Carl…”
“Kim..akak dah anggap Kim macam adik akak sendiri. Kita bukan orang lain, tapi satu keluarga…” Kami berdua saling berpelukan dan bertangisan. Suasana pagi itu terus berubah mendung dengan tangisan kami yang membuatkan mereka yang lain turut berasa sayu. Itu belum lagi aku berpamitan dengan Hajah Salmah.
“Kim…”
“Hmm?”Responku terhadap panggilannya.
“Abang ada nak tanya Kim sesuatu tapi abang tak pasti kalau soalan abang ni buat Kim rasa…’terganggu’. “
Aku meneguk liur. Aku merenung ke hadapan semula sebelum menarik nafas panjang. “Try me”
“Pernah ke Kim terfikir…kalau abang akan terus biarkan hubungan kita tak bertali?”
Aku terdiam. Bukan kerana terkejut dengan soalan itu kerana Amanda juga pernah bertanya soalan yang sama.
“Jadi, kenapa abang datang ?”
Kali ini aku pula melihat Tengku Zariel tergamam. Tangan kanan memegang stereng manakala tangan kiri ini menggengam erat jari jemariku. Sedari tadi kami bertolak dari Alor Setar, tanganku tidak lepas dari genggaman itu.
“Sebab cinta…sebab dosa…”
Mulutku sudah terbuka mahu mengatakan sesuatu namun dia menggeleng tanda mahu dia meneruskan bicara. “Abang ingatkan abang saja yang jadi mimpi ngeri Kim, tapi semuanya jadi igauan buruk abang. Jujurnya, abang takut…dan abang tak dapat bayang macam mana reaksi Kim bila jumpa abang.”
Aku tersenyum kelat. “Sebenarnya…Kim, pernah membenci abang.”
Laju kepala Tengku Zariel mencari wajahku.
“Malam tu…masa Kim keluar dari rumah…itu kali terakhir kita berjumpa”
“Sayang, abang..”
“Sehinggalah Tiara datang beritahu Daddy dan mama kemalangan. ALLAH tarik semua nikmat dalam sekelip mata…”
“I’m sorry…”Suara Tengku Zariel berubah nada.
“I ‘ve said the same things but there’s a price i need to pay..”
“I know and i never forgive myself for the way that i hurt you. Abang tahu maaf tak akan pernah cukup, dan abang sendiri tak layak diberi peluang tapi abang takkan pernah berhenti merayu pada Kim untuk beri abang peluang. Percayalah, abang tak pernah berhenti berharap…”
Kami tiba di Kuala Lumpur namun Tengku Zariel tidak terus membawaku ke rumahnya yang membuatkan aku sedikit lega kerana aku tidak tahu jika aku sudah bersedia walhal aku tahu kemungkinan itu akan tiba pada saat pertama aku setuju untuk pulang ke sini.
“Sebenarnya , abang ada renovate sikit bilik air rumah kita…” Tengku Zariel terus memberitahu apabila melihat dahiku berkerut sebaik dia masuk ke perkarangan sebuah hotel yang terkemuka di ibu kota.
“ Rumah kita?”
“Ya, sayang. Rumah kita..syurga kita…yang cuma dlm 2 ke 3 kilometer je dari sini.”
“Lama tak kita kat sini? Abang ada kerja ke nanti?”
Lambat-lambat aku melihat Tengku Zariel mengangguk. Dia kelihatan serba salah. “Kim..nak ikut abang pergi Qalesh?”
Darahku berderau. Mendengar nama saja sudah buat beberapa kenangan menyerbu fikiranku Sebelum tanganku digenggam . “Sorry, abang…tak sengaja. Jangan risau, bila tiba masanya . bila Kim bersedia..abang akan ciptakan Kim kenangan baru. Fazura pun selalu sebut nama sayang. She always says she adore with your creativity for my gift. Ke ada nak suruh basuh lagi yang ‘pelik-pelik’?”
Wajahku terus merona merah. Panas. “Dulu budak-budak lagi, tak boleh berfikir tegak”
“Oh really? Fine…jom masuk. Abang booking untuk satu malam dekat sini. Tapi sayang kena tunggu abang kalau nak pergi mana-mana, boleh?”
“Dekat 5 jam perjalanan, nak ganti bawak kereta pun tak bagi, Lepas tu nak tunggu lagi? Kim naik grab je boleh kalau nak pergi keluar?”
Aku melihat Tengku Zariel mengecilkan anak matanya. Teringat betapa berkerasnya dia saat aku pelawa mahu membawa kereta apabila melihat dia seperti kepenatan. “Okay lah, sayang nak pergi mana?”
Aku tak menunggu lama, terus menunjukkan sesuatu di telefonku yang membuat dahinya berkerut.
“Sayang nak pergi sini? Kenapa?”
“Sebab boleh, bang…”
Malam itu, Tengku Zariel membawaku ke melihat pemandangan di KLCC. Sungguh, aku rindu dengan suasana disini walaupun kesibukan ibu kota sangat mencabar namun tidak dapat dinafikan betapa indahnya pemandangan kebanggaan Malaysia ini dimataku.
“Walaupun , Kim lahir di luar negara..sampai sekarang Kim tetap bangga dengan keputusan Kim nak menetap disini. I never regret my decision after arwah Daddy and Mama let me go, to decide my own future”
Kami berdua duduk di tepi tebing, melihat KLCC yang berdiri gah di hadapan. Pada waktu malam, suasana meriah dipenuhi oleh pelancong termasuklah rakyat tempatan. Sesekali aku membuka mulut apabila Tengku Zariel menyuapkan aku jagung rebus yang dibelinya tadi sebelum kami ke sini.
“You can manage by your own. Something that i don’t have…till now. Yeah, mungkin sebab itu salah satu kifarah untuk abang.”
Aku diam menanti ayat suamiku yang seterusnya tatkala melihat dia seakan begitu sukar melepaskan nafas.
“Ada sebab kenapa Tok Ayah turunkan jawatan abang…bukan je sebab sikap abang masa tu tapi sebab abang dah gagal…”
“Gagal?”
“Reputasi Qalesh Holdings semakin teruk..di bawah pimpinan abang. Abang je yang tak sedar” Aku melihat Tengku Zariel ketawa sendiri, pedih.
“I’ll try to run arwah papa legacy without being his shadow but it is not that simple. Lagilah bila mama dan Izal kemalangan.. dan semua itu Berjaya buat abang terduduk. Mungkin semua yang berlaku ni bukan sekadar takdir tapi satu pengajaran untuk abang…atas setiap perbuatan abang pada Kim” Dia menoleh bersama sepasang mata yang sudah berair. Aku mengetap bibir, sedikit sebak.
“Abang lupa…abang bukan malaikat, bukan TUHAN…tapi seorang makhluk ALLAH yang kosong, yang tak ada apa-apa pun kecuali nama. Besar dosa abang pada Kim, pada arwah Daddy dan mama Kim…dan pada…anak kita..”
Air mataku terus bergenang. Percayalah, tidak pernah sekalipun aku melupakannya walau sedetik. Tangisanku hampir pecah apabila Tengku Zariel menarik bahuku rapat ke dadanya. Dapat kurasakan tubuhnya juga bergetar. Aku tahu , mungkin terlalu awal aku memaafkannya tetapi mana mungkin aku juga mampu untuk membuang dosa yang aku telah lakukan dalam sebahagian hidup Tengku Zariel kerana dia juga melakukan perkara yang sama terhadapku. Jika benar ini takdir ALLAH yang sudah ditetapkan untuk kami, aku mohon agar ALLAH menitipkan kekuatan kepada kami dan sentiasa menerima taubat kami berdua.
Selepas itu, aku ingatkan Tengku Zariel mahu terus kembali ke hotel namun dia memilih untuk pergi ke I-City Shah Alam yang mengambil masa hampir 40 minit.
“Kenapa abang bawa Kim pergi sini?”
“Sebab boleh, dik…”Tengku Zariel mengajuk semula kata-kataku tadi. Aku mencebik sebelum menyiku perutnya.
Orang ramai masih memeriahkan dunia I-City yang penuh dengan lampu bewarna warni.
“Jom, kita ambil gambar sama..”
Tidak sempat aku memberi respon, Tengku Zariel menarik tanganku dan kami bergambar di beberapa patung angsa yang berlampu. Pelbagai tempat yang dibawanya untuk kami bergambar seperti pasangan yang sedang hangat bercinta.
“Kim gayat?”
Aku ketawa sinis. “Of course not…why?”
“Well, let see then…”
Kemudian, kami menaiki Ferris Wheel yang berdiri gah di sini. Tidak menunggu lama untuk menunggu memandangkan sudah hampir waktu tamat operasi. Sempat aku berbisik kepada suamiku kerana hanya kami berdua saja yang tinggal.
“Abang, tak apa ke? Macam dah nak tutup je ni”
“Jadi, bukak balik”
Aku mengetap bibir dengan respon selambanya. Hanya akur apabila dia menarikku masuk ke dalam . Selang satu minit kemudian ia mula bergerak naik ke atas yang membuatkan aku terpejam mata menikmati angin malam.
“Cantik…”Suara Tengku Zariel buat aku tersentak, terus membuka mata melihat dia yang duduk di depan sedang merenungku.
“Bukan Kim tapi ferris wheel ni…kenapa asyik buat bentuk bulat je ya? Akan datang mungkin boleh cuba buat bentuk empat segi, segi tiga ke..."
“Tahulah! Kim tak cakap apa-apa pun”Bidasku geram namun disambut gelak tawanya.
“You’re eye smile are so adorable…”
“Told ya…”
Terlepas lagi ketawa macho itu. Ketika kami berada di puncak, tetiba saja ferris wheel ini berhenti membuatkan aku menjerit nyaring sehingga Tengku Zariel menekup kedua belah telinganya.
“Abang!”
“Kata tak gayat?”
Aku sudah berdiri memegang tingkap, sudah cemas memikirkan segala kemungkinan yang berlaku sebelum Tengku Zariel memaut pinggangku. Aku tergamam seketika. Aku mencari wajahnya yang beriak tenang,sedikit tidak cemas dengan apa yang berlaku. Adakah dia mahu…merancang sesuatu? Untuk membunuhku, mungkin? Terus aku menepis tangannya bersama gelengan panik.
“No..no…stop!”
“Hei…shh..sayang! Look at me!” Wajahku terangkat apabila tangan kasarnya menekup wajahku.
“I’m not going to hurt you, not anymore….”Dia merapatkan dahi kami berdua. Deruan nafas kami hangat menyapa wajah masing-masing sebelum bunyi sesuatu membuat mataku terbuka.
What would I do without your smart mouth
Drawing me in, and you kicking me out
You got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright
My head's underwater
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind
Dia merenungku . Lama. “Do you remember this place?
Diam sejenak. Dahi berkerut cuba memeras otakku sehinggalah aku melihat pandangan Tengku Zariel berakhir ke arah sesuatu di bawah. Terdapat pasangan pengantin baru yang sedang mengambil gambar. Cukup situasi itu yang membuatkan gambaran kabur itu semakin jelas dilayar mataku.
“Hardy dan Sara.”
“Mereka kirim salam.”
Aku terkejut. “Bila abang jumpa mereka?”
“Abang cari mereka dulu sebelum abang hantar orang untuk cari Kim sebab masa tu abang fikir, Kim tak pergi jauh.”
“Tapi…Kim tak pernah beritahu pada Sara tentang abang. Kim pun tak tahu abang boleh ada dekat situ . Kim tak pernah pun ikut abang sampai macam tu sekali sehinggalah Sara beritahu…” Bicaraku terhenti apabila Tengku Zariel meletakkan jarinya di mulutku sebelum kembali merapatkan dahi kami berdua. Dia menggeleng pedih.
“Abang tahu. Itu yang buat abang bertambah malu, sesal dengan diri abang sendiri sebab abang tuduh Kim. Abang taknak buat Kim ingat lagi kenangan buruk Kim di sini, abang nak cipta kenangan baru untuk Kim, untuk kita berdua..”
Pandanganku kembali berkaca. “You don’t have to do this…”
“You’re right..but I have to do this..” Tiba-tiba Tengku Zariel meraih pinggangku dan kakinya bergerak perlahan, menari secara bulatan kerana ruangan yang begitu sempit. Aku tergelak kecil. Apatah lagi apabila dia mengeluarkan sesuatu dari poket jaket yang dipakainya, melontarkan kuntuman bunga ros di atas kepalaku.
“Sorry, abang tak sempat nak booking tempat dekat luar rushing. Senang je bagi arahan kat staf bawah tu, biar kita tergantung lama sikit kat atas ni. Lagi sejuk!”
“No!!!”
Air mataku menitis tanpa sedar mendengar doa yang dibaca Tengku Zariel itu. Doa yang dilafaz oleh seorang suami. Sejuk dan mendamaikan.Sama- sama mendoakan rumah tangga kami dipelihara,diredhai olehNYA. Hari ini Tengku Zariel membawa pula aku ke penthouse miliknya yang diberitahunya semalam. Itu pun, aku perlu menunggunya di hotel sementara dia menyertai mesyuarat di Qalesh Holdings dan bertemu pula dengan klien di luar. Hampir Maghrib barulah kami ke sini. Aku yang berkeras mahu ke sini walaupun Tengku Zariel berkata bahagian di bilik air masih belum siap tetapi aku bosan mahu terperap lama di hotel.
Aku mengucup tangan kasarnya dan dibalas dengan satu kucupan syahdu di dahi.
“Asal cium je,menangis. Asal cium je,menangis…”Tengku Zariel menarik lembut hidungku.
Aku tersipu. Lebih-lebih lagi dia menanggalkan telekung yang tersarung ditubuhku. Dia bergerak dengan melutut sambil memegang kedua belah tanganku.Aku tercengang sejenak.
“Abang…kenapa?”
“Abang nak minta maaf sebab abang gagal tunai tanggungjawab abang sebagai seorang imam pada Kim. Abang tahu lepas kita kahwin,Kim harap abang dapat bimbing Kim kan? Tapi abang biarkan Kim terumbang ambing buat semua seorang diri. Makan minum,sakit pening Kim abang tak jaga. Kim minta abang ajar Kim solat pun abang buat tak tahu. Malah,nafkah pun abang langsung tak beri tapi Kim sikit pun tak pernah marah,tak pernah meminta. Abang….”
“Abang,stop….”Tak sanggup aku mendengar lagi kisah kami yang dulu. Walaupun aku sudah memaafkan,namun untuk melupakan amat sukar. Aku tahu kami berdua dalam proses ‘baikpulih’ jadi tidak adil bagiku jika membiarkan Tengku Zariel berterusan menyalahkan diri sendiri.
“Kim taknak dengar lagi abang cakap macam ni. Abang sendiri dah janji taknak bukak kisah kita yang dulu. It hurts anyway. Dan abang jugak dah janji nak bantu Kim ‘pulih’,kan? I need you…I need you…”Aku berbisik di dadanya.
Dia mengucup ubun-ubunku. Dapat kurasakan cecair hangat jatuh menyapa dirambutku.
Aku mengangkat wajah. Mencebik. “Abang cakap Kim asyik menangis je.Habis yang ini apa? Air liur keluar daripada mata ke?”Usikku mahu menceriakan suasana sambil menyapu air mata yang masih mengalir diwajah suamiku.
Tengku Zariel ketawa,menarik puncuk hidungku. “Amboi gurau kasar Nampak.”
“Abang lah ni…pergi salam dulu. Kan tadi nak mengaji sekali”
“Spontanlah sayang tangan abang automatic cari sayang dari tadi. So, Kim dah berapa kali khatam?”
Aku berkira-kira. “Rasanya baru je tiga kali. Umi dengan abah yang ajar Kim mengaji. Kadang-kadang dekat rumah Kim,tak pun dekat surau sebab abah ada buat kelas mengaji setiap hari khamis.”Ujarku ceria.
Saat itu aku melihat wajah Tengku Zariel berubah. Aku sudah serba salah,menunduk mencari wajahnya. “Abang, kenapa? Kim..Kim ada salah cakap ke? I’m sorry…”
“Abang teringat…dulu Kim pernah minta abang ajar Kim mengaji masa kita dekat kampus dulu tapi abang terus tolak”
Aku tersenyum tawar. “Abang masih ingat lagi? Kim malu kalau nak ingat balik masa tu. Tak tahu malu minta tolong abang. Tapi Kim terpikat dengar suara abang bila abang baca doa dengan azan. Abang nampak seksi!”
Kali ini aku berjaya membuat Tengku Zariel ketawa. Seboleh mungkin aku tidak mahu kami sama-sama terbuai lemas dengan emosi dan penyesalan yang lalu. Aku tahu sebelum aku bersetuju mengikutnya kembali ke sini, pelbagai pesanan, ‘ceramah’ dan ‘ajaran’ yang diberikan oleh Amanda dan Carl. Teringat kata-kata dan tangisan Amanda kelmarin yang menggamit rindu sedangkan belum sampai 48 jam aku pulang ke Kuala Lumpur.
Aku tahu mereka agak keberatan memikirkan aku masih belum pulih sepenuhnya apatah lagi Tengku Zariel juga pasti akan sibuk menguruskan kembali Qalesh Holdings. Kedatangan Harith hari itu cukup menggambarkan bahawa Tengku Zariel meninggalkan tanggungjawabnya kerana aku jadi aku tidak mahu menambah lagi bebanan yang ada.
“Seksi? Hmm..kalau macam tu kita ambil wuduk semula.”
Dia bangun sambil menarikku sekali yang masih dilitupi dengan telekung. Sungguh,aku sangat bersyukur kerana salah satu doaku termakbul. Menikmati nikmat bersama-sama menunaikan solat secara berjemaah dan mengaji bersama suami. Jadi, nikmat apa lagi yang aku mahukan?
“Bidadari syurga…”Suaraku seraya menoleh ke arah Tengku Zariel yang khusyuk menonton filem ulangan The Transporter lakonan Jason Statham di bilik studio yang bersambung dengan bilik tidur utama.
Dia menoleh. “Hmm?”
“Kenapa abang panggil Kim bidadari syurga?”
Tengku Zariel tersenyum,mematikan televisyen dan memandangku. “Sebab Kim bidadari abang…yang abang tahu aku akan teman abang dekat syurga nanti”
“Tapi bukan ke itu untuk perempuan yang baik?”Soalku perlahan. Ya, dari hari pertama aku mendengarnya aku tidak mengerti kenapa Tengku Zariel menggelarku begitu.
Aku melihat riak wajah suamiku berubah. Tanganku digenggam.
“Sayang…kita ni manusia biasa,takkan ada yang sempurna. Kita bukan ada sifat maksum yang dimiliki oleh para rasul dan nabi. Kim nak cakap Kim ada kekurangan, abang pun ada. Dosa? Abang pun sama. Abang tahu semua kebenaran selepas Kim pergi. Dan yang paling abang tak sangka,Kim sanggup menjaga aib abang sebagai seorang suami. Kim tak pernah sekali pun jaja sikap buruk abang terhadap Kim sepanjang kita berkahwin walaupun kepada Tiara sendiri.”
Aku diam. Memberinya ruang untuk meluahkan segalanya walaupun tadi sudah beberapa kali dia memohon maaf kerana aku tahu ada beberapa perkara yang aku tidak tahu sepanjang dua tahun ini.
“Dan secara jujur, abang pergi ke Tiara Kim Wedding selepas abang jumpa Hanif dengan Sufi.”
Mulutku hampir melopong luas. Mulutku sudah terbuka mahu membalas tetapi Tengku Zariel menggeleng,aku akur dengan perasaan berdebar. Apa sebab Hanif berjumpa dengan Tengku Zariel?
“Dia datang dengan isterinya,minta maaf dan….Hanif pulangkan semula duit yang dia ugut Kim masa dekat Paris, untuk tutup mulut tentang abang. Abang malu sangat waktu tu. Teruk abang layan Kim tapi Kim tetap setia berada disisi abang. Kim tahu perangai buruk abang,tapi Kim tak pernah pandang serong kat abang. Abang judge Kim pada penampilan? Ya,abang mengaku. Lagi bila abang tahu Kim bukan membesar sini. Masa silam seseorang bukan pengukur baik buruknya. Abang berubah bukan kerana Allah, tapi kerana manusia dan itu kesilapan abang.”
“Dan cinta Kim kepada manusia juga melebihi daripada Allah…itu juga kesilapan Kim”Bisikku sambil mengusap pipinya. Sesekali jari jemariku mengesat air mata yang bergenang ditubir mata suamiku.
Tengku Zariel mencapai tanganku,mengucupnya tapak tanganku. Terasa hangat menyapa. Suasana kembali sepi.
Tengku Zariel menarik tubuhku dekat dengannya. Aku hanya menurut dan menahan debaran yang menggasak dada bila jari kasarnya bermain di rambutku, kening, hidung dan akhir sekali dibibir.
Tanpa isyarat, dia meraup bibirku dan aku membalas penuh rasa cinta. Tidak sedar Tengku Zariel sudah mencempung tubuhku dan aku diletakkan di atas katil dengan lembut, tanpa melepaskan pautan bibir kami.
Selang beberapa minit kemudian, dia meleraikan bibir. Desah nafas masing-masing kedengaran sedang aku sudah merona merah. Aku merenung sepasang matanya yang redup, yang penuh keinginan dan merenungkan seakan meminta izin.
“Sayang..izinkan abang?”Soalnya separuh berbisik.
Aku senyum,melingkarkan tangan ke lehernya untuk menariknya rapat. “I’m yours….”
Dan selepas itu aku sempat mendengar sepotong doa sebelum Tengku Zariel membawaku ke dunia indah ciptaannya yang sebelum ini bukan milikku.
“I love you,sayang”
“I love you more”
Aku bahagia!
Aku terjaga tepat pukul tiga pagi. Tekakku terasa kering. Aku terkebil-kebil merenung siling sebelum tersedar apa yang berlaku tadi. Terus terbias rona kemerahan di wajah ini bila menyedari aku lena di atas dada Tengku Zariel yang tidak berbaju. Tangannya erat merangkul pinggang ini. Tubuh kami masih dibaluti dengan selimut. Aku menopang dagu didadanya. Suka melihat dia tidur culas sebab dia nampak seperti anak kecil yang comel dan polos.
Aku mengucup pipinya lembut, tidak mahu dia terjaga sebelum meleraikan perlahan-lahan tangannya dipinggangku. Baju tidur yang terdampar dilantai aku memakainya semula sebelum turun ke bawah.
“Kalau Kim nak guna toilet,guna toilet atas je ya. Kat bilik air bawah ni masih under maintanence lagi. Lusa technician datang repair. Kalau nak turun ke dapur,kejut abang. Abang teman.”
Terngiang kembali ditelinga ketika Tengku Zariel membawa ku kesini.
Erk. Takkan lah nak pergi ke dapur pun sampai nak berteman? Taknak aku! Agaknya Tengku Zariel bimbang aku tidak selesa di penthouse miliknya. Aku baru tahu dia mempunyai penthouse di St Mary Residences yang baru dibelinya dua tahun lepas. Apa yang aku tahu Tengku Zariel ada sebuah kondominium di Pavilion. Tengku Zariel tak sempat nak bawak aku meneroka segenap sudut dan ruang penthouse miliknya kerana kepenatan. Mana taknya penat, tubuh kami masih penat walaupun sudah tiba di ibu kota kelmarin. Semalam pun hampir tengah malam baru kami pulang ke hotel. Sungguh, Aku tidak dapat menipu diriku betapa aku rindu kehidupanku di sini.
Penthouse ni mempunyai satu tingkat dengan keluasan 6769 sq ft. Sedikit terpegun aku melihat halaman ruang tamu yang luas. Tadi masa sampai pun Tengku Zariel terus bawa aku ke bilik kami yang berada di tingkat atas. Aku terus mencari peti sejuk.
Suasana yang sunyi buat aku tak jadi nak meneroka lebih. Tak apa,esok masih ada Kim! Ketika aku melintasi ruang tamu untuk ke tangga,hatiku terdetik mahu pergi ke balkoni. Aku pernah dengar penthouse ini merupakan salah satu penthouse yang mempunyai pemandangan luar yang cantik kerana menghadap KLCC. Sliding door kaca aku tolak. Gelap. Pasti lampu dan wiring disini menggunakan sensor. Aku pejam mata sebaik deruan angin malam menyapa seluruh tubuhku. Tetiba darahku berderau. Bunyi itu! Mataku terbuka luas!
“Ya Allah…macam mana aku boleh tak perasan!” Tak tunggu lama, aku berpaling mahu masuk namun keadaan tetiba berubah. Suasana yang tadinya sunyi menjadi riuh dan bising.
“No..no..please..please stop it! Stop it,Ariel.You hurting me! I janji I akan keluar dari sini secepat mungkin! I takkan ganggu lagi hidup you dan keluarga you! Please stop!!!”
“I hate you! I really hate you,evil! Perangai kau lebih teruk dari syaitan ! Sampai bila2 aku takkan maafkan kau! You ruin my life!”
Aku menyaksikan satu adegan di mana seorang lelaki sedang melakukan penderaan fizikal kepada seorang wanita dengan menekan kepala wanita tersebut ke dalam kolam beberapa kali sambil mulutnya mencarut marah! Aku terdiam melihat dan melangkah dekat di tebing kolam. Sebaik lelaki itu menarik wanita itu keluar,aku terduduk. Tergamam!
Wanita itu adalah…aku! Aku ! Dan lelaki itu…seperti tahu aku seakan-akan memanggilnya,lelaki itu mengangkat wajahnya dan sekali lagi aku terkesima.
Tengku Zariel!
Dia mara dan aku mula gelisah. Wajahnya begitu bengis dan menakutkan. Kenapa Tengku Zariel mahu melemaskan aku? Dia mahu membunuhku ?
Serentak itu aku tersedar satu tubuhku basah lecun. Aku meronta-meronta bila tangan Tengku Zariel menekan kepalaku ke dalam air kolam. Berlumba-lumba air masuk ke rongga hidung dan mulutku. Dalam pada itu bunyi air berdebur kuat menandakan ada sesuatu atau seseorang yang masuk. Aku tidak tahu apa kerana apa yang penting aku mahu melepaskan diri. Abang! Kenapa abang buat Kim macam ni….?!
“Kim!”Tubuhku dirangkul kuat dan aku sedaya upaya menolak dengan kekuatan yang masih bersisa. Aku tidak lagi berada didalam air tetapi dalam pelukan hangat yang cukup aku kenali.
“Bukak mata sayang! Abang ni!”
Aku menangis teresak kerana ketakutan sampai terpejam mata.
“Stop it! You hurting me!”
Dia tidak peduli sebaliknya makin kuat dia memeluk dan mencempungku sebelum meletak aku di sofa. Aku tidak lagi meronta seperti tadi. Aku mengigil kuat sampai berlaga gigi seakan-akan aku berada kutub utara.
“Sini….”Selimut tebal pantas menyelubungi tubuhku dan aku dapat rasa Tengku Zariel turut masuk sekali,memelukku rapat ke dadanya. Erat sekali pelukannya menghadirkan kehangatan. Hilang perasaan takut dan trauma yang kembali menghantui setelah sekian lama.
“Tenang,Kim…tenang,rilekskan diri. Abang ada…abang takkan sesekali sakitkan Kim lagi. I’m promise!”
Tiada balasan sebaliknya aku menguatkan dakapan kasihnya,mahu dia meragut pergi semua mimpi ngeriku.
Baru tiga kali suapan,aku menggeleng. Rasa tak enak badan dari semalam buat aku tiada selera hatta nak bangun mandi pun aku tak larat. Rasa serba salah melihat Tengku Zariel yang bangun buat sarapan. Sepatutnya itu tugas aku sebagai isteri.
“Kenapa? Tak sedap eh? Sorry,ni pertama kali abang buat bubur. Tu pun tengok resepi dekat Fac”
“Kim yang patut minta maaf. Rasa serba salah biar abang yang buatkan sarapan padahal Kim yang sepatutnya buat semua tu”.
“Bukan salah Kim…Kim tak sihat sekarang ni disebabkan abang. Tak patut abang biarkan Kim turun sorang-sorang semalam. Tak dapat abang bayangkan kalau abang tak sedar masa Kim kat kolam malam tadi.”
Aku menunduk cuba menyembunyikan air mata yang menitis. Sebak. Tak tertanggung perasaan sebu ini bila dia menarik kepalaku rapat ke dadanya.
“Abang ingatkan abang dah sedia tapi rupanya tak. I almost ‘killed’ you”
“Jangan salahkan diri abang. Kim tahu abang belum sedia nak berdepan dengan ‘sakit’ Kim. Dulu Carl dengan Amanda pun pening kepala jaga karenah Kim yang bukan-bukan ni sampai lebam biji mata tak cukup tidur. Sebab tu Kim selesa duduk sendiri,Kim tak nak susahkan mereka lagi.”Ujarku dalam sendu.
“Abang akan jaga kIm sampai Kim sembuh semula sebab abang nak tebus dosa abang pada Kim. Abang taknak kehilangan Kim lagi sekali. Dan abang jugak tahu yang Kim paksa diri untuk duduk seorang sebab Carl salahkan Kim atas semua yang terjadi”
Aku terkejut lantas mendongak. “Carl beritahu abang?”
“Itu tak penting. Yang penting abang takkan biarkan Kim duduk rumah seorang diri tanpa abang. Abang janji tapi…. Kim pun kena janji dengan abang….”
“Hmm….?”
Tengku Zariel tidak menjawab sebaliknya dia mengeluarkan sesuatu dari poket jeansnya. Ada dua botol kecil berwarna putih di tangannya. Sekali lagi aku terkejut.
“Mana abang dapat benda tu? Tu ubat Kim…” Aku cuba ambil tapi dia pantas mengelak.
Senyum bersama gelengan.
“Jangan ambil benda ni lagi. Abang tahu ni pil tidur dan ubat depression. Kim berani tinggal sorang dan boleh tidur sebab Kim ambil benda alah ni kan? Bukan Carl yang beritahu,abang tahu sendiri sebab abang nampak Kim simpan bawah bantal kat rumah sewa. Sakit Kim tak datang bila abang tak tunjuk sikap buruk abang pada Kim tapi bila abang buat sesuatu yang sama abang buat dekat Kim,Kim akan teringat…sakit Kim akan datang menyerang masa tu jugak. Kim tak ambil pil ni semalam sebab Kim okay tapi bila Kim ternampak kolam tu,Kim akan teringat abang cuba lemaskan Kim…betul kan?”
Aku hanya mengangguk. Hanya titisan air mata yang menggambarkan segalanya. Aku mencium lembut tangannya bersama esak tangis. “Maafkan Kim. Kim perlukan masa. Kim tak pernah benci abang. Kim dah lupakan tapi setiap kali Kim nampak air,Kim terus takut. Takut abang marah,takut abang betul-betul buat Kim…”
Dia memelukku erat. Kuat degup jantungnya begitu mendamaikan . “YA ALLAH….banyak salah abang pada Kim. Kim takkan jadi macam ni kalau bukan disebabkan abang. Maafkan abang! Abang janji abang akan cari semula diri Kim yang dulu. I’ll bring you back,I promise! Tapi janji dengan abang,jangan cari ni lagi okay? You have me. You always do….”
Aku mengangguk banyak kali. Makin kuat aku memeluknya. Seakan-akan terasa Tengku Zariel mengalirkan perasaan cinta dan kasihnya padaku.
Tengku Zariel benar-benar mengotakan janjinya mahu membantu aku dalam merawat PTSD yang aku alami. Ketika di Kedah, aku dirawat oleh kakak iparku di Mentari Hospital Sultan Abdul Halim, dan kini bila berpindah semula ke Kuala Lumpur, Amanda meminta pertolongan daripada kawannya yang juga merupakan seorang doktor. Aku tahu Tengku Zariel juga ‘belajar’ daripada Amanda dan Carl tentang penyakitku. Teringat kata-kata Amanda sebelum kami bergerak pulang.
“He gives you so much pain, I know. Most of the ‘attack’ comes from him even though you never speak about it, but I can confirm based on the analysis and observation from your behavior. Basically, I know the symptoms could been more worse if you’ll meet him..”
“But I was wrong…maksud akak, ya Ariel akan jadi ‘suis utama’ yang boleh memetik segala trauma yang Kim hadapi..dan dalam masa yang sama dia juga ‘penawar’. You know why?”
Aku menggeleng. Mata kembali beralih daripada memandang Tengku Zariel yang sedang rancak berbual dengan Carl.
“Cinta…sayang…rindu”
“Itu bukan dalam konteks ‘perubatan’ ,kan?”Aku mengecilkan anak mata sehingga Amanda ketawa kecil.
“Senjata paling berkuasa di dunia?”
“Doa…”Balasku yakin. Amanda mengangguk bersama senyuman.
“Jadi, salah satu doa yang Kim harapkan adalah bertemu dengan Ariel..satu hari nanti..ataupun sebelum itu, itu juga doa yang sama Kim harap Allah akan makbulkan. Kehadiran Ariel mungkin perancangan yang telah ditakdirkan. Tapi akak tak cakap benda ni akan berubah 100 peratus. Kim tetap kena teruskan sesi rawatan tapi mungkin dah kena kurangkan ikut progressing. Walaupun,akak bukan lagi ‘doktor’ Kim, tapi Kim tetap keluarga akak. Ingat tu”
Masih teringat pelukan hangat Amanda bila aku menghamburkan tangisan dibahunya. Sungguh,aku takkan mungkin mampu bertahan di saat aku dibiarkan keseorangan. Amanda sentiasa berada disisiku disaat aku memerlukannya.
“Menungkan apa?”Satu pelukan dari belakang hampir buat aku menjerit. Aku menampar perlahan lengan kekarnya.
“Habis dari tadi abang panggil,buat tak dengar je. Abang ingatkan Kim tidur berdiri”
Kali ini aku menjelingnya sehingga ketawanya mati perlahan-lahan.
“Yalah, sorry. Esok abang buat lagi”
Sudahnya aku turut ketawa sebelum mengekori langkahnya ke bilik kerjanya ditingkat atas. Sepanjang tiga hari aku pulang ke KL, aku cuma terperap sahaja di penthouse milik Tengku Zarie kecuali semalam aku pergi ke hospital untuk sesi dengan doktor.
Tengku Zariel mengambil langkah berjaga-jaga supaya aku tidak nampak atau mendekati kolam renang dengan memasang smart fingerprint lock yang hanya dia saja yang boleh membukanya. Malah, tidak kira siang atau malam, di tingkat bawah akan gelap kerana kesemua tingkap kaca ditutup dengan roller blinds. Itupun alat kawalan jauh disimpan oleh suamiku.
“Abang…Kim nak tanya sikit boleh?”Soalku teragak-agak bila dia melabuhkan punggung di kerusi kerjanya,membuka iPad.
“Tak boleh”
Terus aku berdecit geram dan berura-ura nak berlalu sebelum terdengar Tengku Zariel ketawa, cepat-cepat membawaku ke ribanya.
“Okay,okay…Kim nak tanya apa?”Dia mendongak.
Aku mengigit bibir. Walaupun berat hati tapi aku tetap ingin tahu. “Sepanjang Kim dekat sini,Kim tengok abang tak ada pun pergi ke pejabat? Sebab Kim ke abang ambil cuti?”
“Abang ambil cuti tanpa gaji, tiga bulan”
“Tiga bulan??”
“Atau dengan bahasa English, three month”
“Kim tahu lah!”Bidasku gerak dengannya yang tidak habis-habis mengusikku tapi aku cukup senang dengan sikapnya.
Tengku Zariel mengekek ketawa. “Betul, abang memang ambil cuti tanpa gaji sebab nak teruskan perancangan abang”
“Selepas dua tahun?”
Aku dapat melihat Tengku Zariel terkedu namun riak wajahnya kekal tenang. Aku mahu tahu kenapa dia mencariku lepas dua tahun..
“Sayang…..abang akan cerita tapi dengan syarat, sayang kena sebut ‘stop’ bila abang cerita sebab takut Kim ‘terganggu’”
Aku hanya mengangguk,memandangnya yang agak keberatan mahu membuka mulut.
“Malam kejadian bila mama dengan Izal kemalangan, malam itu juga dapat tahu mama lumpuh dan Izal tak boleh berjalan. Tak sempat abang nak cuba tenangkan diri untuk terima hakikat,Izal buat pengakuan yang menyebabkan abang cari penyiasat upahan untuk justified apa yang Izal beritahu. Betul, Kim ada di Kedah dan Kim keguguran pada hari yang sama mereka kemalangan. Tapi abang memang tak tahu tentang apa yang Kim alami sebab waktu tu PI abang cakap Kim sering ke hospital sebab tu tempat Amanda bekerja. Kebenaran demi kebenaran buat abang tersedar lebih-lebih lagi bila dapat tahu Kim mengandungkan anak abang waktu tu…”
Suaranya sudah berubah lirih. “Waktu tu…hidup abang tak terurus, serabut dan tak tenang. Banyak juga urusan dekat syarikat tergendala, dengan press yang tak habis-habis cuba ambil kesempatan dengan keadaan mama dan Izal,abang rasa abang dah ‘tewas’ dan..mungkin ini salah satu kifarah yang abang tanggung di atas apa yang abang dah buat dekat Kim selama ni. Betul apa orang cakap..bila orang tu dah pergi, baru kita rasa kehilangan, baru rasa nak hargai. “
“Untuk terus mencari Kim,abang tak ada kekuatan masa tu..dengan apa yang jadi pada mama dengan Izal, abang kena cari semangat abang semula. Hampir setahun, baru Izal dapat berjalan dan abang bersyukur sangat dia nak berubah, tolong abang dekat Qalesh Holdings”
Aku pejam mata sejenak. Antara dua nama yang memberi kesan dalam hidupku. Tidak terlintas difikiran ini menganggap itu satu hukuman buat mereka mahupun kepada diriku. DIA Lebih Mengetahui.
“Untuk bersemuka dengan Kim,abang malu…sangat. Walaupun mama dengan Izal banyak kali tanya, tapi abang tak ada jawapan. Abang hanya mampu ziarah kubur anak kita dan keluarga Kim waktu tu. Abang hanya mampu pandang Kim dari jauh.”
“Abang..abang ada masa tu?”
“Kita dekat…terlalu dekat tapi abang tak mampu nak dekat dengan Kim walaupun seinci. Bukan satu kesalahan abang, kesalahan keluarga abang tapi terlalu banyak. Waktu tu, setiap kali abang tengok Kim..hati abang sakit sangat…sebab wajah Kim..kosong.”
“Kosong? Sekarang dah jadi satu dah…”
Pecah ketawanya. Aku senyum nipis. Makin kuat dia merangkul pinggangku dipangkuannya. Tengku Zariel yang satu ini…agak sensitif pula. Hatiku monolog sendiri namun aku senang melihatnya. Dapat aku rasa keikhlasan yang bukan dibuat-buat.
“Abang baru tahu kenapa diaorang beritahu Kim ada ‘killer eye smile’.”
“Kenapa? Tergoda ke?”Bisikku betul-betul ditelinganya. Aku tahan senyum melihat Tengku Zariel meneguk liur. Deras dia mencapai air kopi di meja kerjanya.
“Tapi Kim nak tanya…abang tahu ke pasal Munirah?”
“Nope…abang tak tahu sampailah dia nampak abang jumpa Kim. Dia tahu abang siapa tapi dia pura-pura tak kenal sebab takut abang bongkar rahsia dia. Lagipun abang terkejut dia kerja dengan Tan Sri Yunus”
Bahuku mengendur sedikit mendengarnya.
Tengku Zariel yang perasan lantas memegang daguku,mendongak memandangnya. “Kenapa, sayang?”
“Abang tak ada kaitan kan bila Kim dapat kerja dekat Paradise walaupun Kim tak ada pengalaman?”
Hanya senyuman lebar Tengku Zariel yang hangat menyapa. “Kim pandai berdikari dari kecil lagi, Kim usaha cari duit atas usaha Kim sendiri. PI yang abang upah tu pun memang ada beritahu yang Kim kerja kat situ tapi tentang Munirah abang tak tahu. Kalau abang tahu, dari awal lagi dia kena pecat!”
Aku sedikit tersentak mendengar Tengku Zariel meninggikan suara. Wajah bengisnya buat aku teringat kembali.
“Kim,abang minta maaf! Shhh, it’s okay…it’s okay. Abang tak patut tinggi suara. Lepas ni abang marah kena cara bersyair pula”
Aku menumbuk dadanya dengan geram. Bijak Tengku Zariel mengubah taktik daripada mengembalikan aku kepada trauma yang lama.
“Ada apa-apa lagi sayang nak tahu? Kalau abang cerita semua nanti…..”
Aku pantas menekup mulutnya. “Stop!” Aku menyebut ‘kata kunci’ yang diberinya tadi.
Suamiku terkebil-kebil sehinggalah aku melepaskan tanganku seraya menyentuh bibirnya penuh sensual.
“Stop?” Tengku Zariel menyoal kembali. Wajahnya pucat.
“If i do this to you like this, will you stop me?”Bisikku separuh menggoda sambil merangkul leher suamiku.
Tengku Zariel tersenyum lebar. “Of course not. I….”
“Shhh….”Aku terus meraup bibirnya tanpa sempat dia berkata-kata. Lama kami berkucupan dan suasana hangat itu berlanjutan tanpa kami sedari….
sorry lambat...enjoy reading n sorry untuk kekurangan yang ada..
Share this novel