BAB 61
Sesuatu yang bermain di sekitar wajah buat aku terpisat-pisat membuka mata. Walaupun terasa sukar, namun bila leherku menjadi mangsa, mata aku gosok laju untuk menghilangkan pandangan yang berbalam. Pemandangan indah depan mata buat aku tersenyum lebar. Aku mengiring sambil membetulkan selimut menutup dada yang terdedah.
“Morning,sayang…” Sapanya sekaligus jari jemari yang mengelus leherku terhenti.
“Morning…awal abang bangun.”Balasku dengan suara yang serak.
“Abang terjaga. Takut terlepas waktu Subuh. Nak mandi lagi…”
Pantas selimut aku tarik menutup muka yang sudah terbias kemerahan. “Janganlah…pergilah sambung tidur. Lagipun Kim dah set alarm sejam sebelum waktu”
“Sejam tu pun tak cukup nak tengok muka isteri abang tengah blushing”
Aku memegang kejap hujung selimut yang mahu ditarik suamiku. Perutnya aku siku manja. Walaupun terdapat fireplace, tapi tetap berasa sejuk. Ketika baju saja keluar dari perut kapal terbang, mulut sudah berasap sana sini. Suhu juga berada dalam lingkungan --10-16 darjah Celsius semasa musim salji di New Zealand.
“Kenapa abang pilih New Zealand? Dan masa musin sejuk? If I’m not mistaken, climate in New Zealand sometimes unpredictable and varies wildly. Musim panas paling ramai pelancong datang ke sini.”
Tengku Zariel senyum, menarik kepalaku agak berbaring di lengannya. Kami berdua saling bertatapan
“Bila hujan turun…apa yang Kim rasa?”
“Hujan selalu orang panggil sebaga hujan rahmat. Bersyukur “
“Abang tahu. Tapi bagi Kim sendiri…simbolik hujan apa? From your perspective”
Aku masih tidak mengerti apa yang Tengku Zariel cuba sampaikan. Mata suamiku kali ini tegak menatap atas siling. Kami menginap di Hilton Queenstown Resort sebelum memulakan aktiviti esok harinya memandangkan kami tiba agak lewat kerana flight delayed.
“Sad…lonely and…hopeless”
“Bila panas, kita harapkan Allah turunkan hujan..dan bila hujan,kilat dan guruh Bersatu..kita mengharapkan matahari muncul sebab adakalanya kita tak bersyukur. Dan tanpa kita sedar selepas hujan tu, Allah turunkan pelangi. Salji pulak bagi abang…..”
Tengku Zariel berhenti sejenak,menoleh memandangku. “Harapan dan peluang. Kalau Kim nak tahu, sebenarnya setiap tahun abang akan pergi ke negara empat musim tapi musim salji abang paling suka pergi termasuklah dua tahun yang lepas. Setiap kali abang nampak salji turun, abang rasa abang masih ada peluang untuk terus berharap akan ada permulaan yang baik untuk setiap doa yang abang lafazkan. Berjumpa semula dengan Kim,juga peluang tapi harapan? Abang kena usaha dan selebihnya Allah yang tentukan.”
Tubir mataku terasa panas. “Abang buat Kim rasa sedih….dan terharu”
Tengku Zariel ketawa, makin menguatkan rangkulan hangatnya. “Cukuplah salji dekat luar, jangan bersalji dekat dalam. Fireplace tu pun cukup-cukup je untuk kita. Kejap lagi lepas sarapan kita pergi Moke Lake dengan Kawarau Bridge.’
“Wow….abang nak buat bungee jump ke kat situ?”Soalku kerana Kawarau Bridge sangat popular bagi penggemar aktiviti ekstrem.
“Mestilah tak. Kita pergi sini nak bulan madu. Bukan nak pergi ke ‘alam’ lain. Sementara alarm belum bunyi, abang nak bawak Kim ke ‘dunia ciptaan’ abang. Mana tahu ada rezeki kita dapat baby, made in New Zealand….boleh letak nama Snow White”Suara Tengku Zariel berubah nakal
“Ya lah tu…”
Dan bila dia mendekat, aku pejam mata, membiarkan dia membawaku ke dunia ciptaannya……
Aku teguk liur beberapa kali bila pelayan meletakkan cheese yang mula cair di atas himpunan fish and chips sebelum diberikan kepadaku.
“Lapar sangat ke?”Aku yang baru masuk ke perut teksi,tergelak. Belum sampai ke Moke Lake, dah separuh aku makan. Disebabkan jalan raya yang sudah diselaputi dengan salji dan licin, Tengku Zariel tidak berani untuk membawa kereta sendiri. Lagipula bukan boleh lama pun pergi ke tempat tersebut kerana cuaca yang sejuk. Ini pun hampir tiga lapis baju sejuk kami pakai.
“Kena makan cepat, kalau tak nanti jadi frozen food”
“Okay lah tu nanti kita pergi Bora-bora boleh panaskan balik”
“Cukuplah kita je pengantin basi, jangan makanan yang basi. Kita makan untuk hidup”
“Cinta abang je tak cukup ke?”Ujarnya sambil tersengih.
“Cukup tapi tak boleh kenyangkan perut.”
Tengku Zariel ketawa lagi. “Sayang dah berisi sikit. Kalau tak sebelum ni, abang nak peluk pun takut tulang sayang patah!”
Aku menjelingnya. “Kalau macam tu lepas ni tak payah peluk Kim.”
“Okay, okay…abang tak cakap dah. By the way, ni pertama kali Kim pergi sini?”
“Yeah, ni kali pertama. Jangan cakap ni kali kedua atau ketiga abang pergi ke Queenstown? Bila ? Dengan siapa?”Bungkusan Fish n Chip aku tolak tepi, bertalu-talu melepaskan peluru. Teringat semalam Tengku Zariel ada memberitahu hampir setiap tahun dia akan pergi ke luar negara. Entah-entah….
“Dengan mama”
Wajahku terasa berbahang. Aku kembali mencapai makananku dan terus laju sua ke mulut cuba menghilangkan perasaan malu. Apatah lagi bila Tengku Zariel mengekek ketawa.
“Kenapa ketawa? Kim tak cakap apa-apa pun”
“Yalah abang salah. Pandang lah sini…kalau tak abang taknak ajar sayang naik kuda..”
Aku menahan senyum dengan ugutan suamiku. Ugut ya…tahulah apa aku nak ugut Ariel pula esok. Masih banyak waktu lagi…
Walaupun pemandangan di Moke Lake dan dan Kawarau Bridge agak berbeza berbanding musim panas kerana dilitupi salji tetapi pemandangannya tetap memukau. Tidak berhenti kami berdua mengambil gambar. Dan kali ini, sudah tentu aku bahagia melihat senyuman yang tertera di bibir suamiku berbanding dulu.
“Balik nanti abang nak print out semua gambar kita dan abang akan buat satu album”
“Kenapa nak kena letak dalam album? Simpan dekat telefon, boleh tengok setiap masa”
“Kalau macam tu kenapa sebelum Kim pergi dulu,Kim tinggalkan surat untuk abang? Kenapa tak melalui mesej?”
Aku kerut dahi berlapis cuba mengerah ingatan apa yang dimaksudkan oleh suamiku. Surat? Oh my….”Jangan cakap yang abang masih simpan lagi surat tu?”Aku terus meraup wajah yang sudah kemerahan. Baru aku teringat aku ada meminta Mazliana menyampaikan surat tersebut kepada Tengku Zariel kerana aku yakin dia tidak akan membacanya.
Aku melihat Tengku Zariel berdehem beberapa kali. Genggaman tangan kami ketika menyusuri jabatan Moke Lake masih Bersatu. Tidak boleh lama-lama diluar ini,sejuk nya ya ampun!
“Assalamualaikum, suamiku yang tercinta…I tahu sebaik saja you baca surat ni, itu bermakna I telah pergi jauh dari hidup you. Sepatutnya I sedar, dari awal lagi I perlu pergi tapi entah kenapa i….”
Aku menekup mulut suamiku. Tidak sanggup mendengar dia membaca isi di dalam surat itu. Sudah lah tu, Tengku Zariel sengaja meniru suara ala-ala perempuan!
“Tak habis lagi ni sayang. Kejap apa lagi ya..oh dan…”
“Abang ni!”Aku terus bergerak laju meninggalkannya yang terbahak-bahak ketawa. Jujur mahu saja aku terus terjun ke tasik ini jika tidak mengenangkan sekarang tengah musim sejuk. Disebabkan aku berjalan agak laju, tidak semena-mena kakiku tersadung.
“Argh !!!”
“Kim!”
Aku pejam mata. Tubuh sudah menggigil ketakutan yang bukan sedikit. Tidak sanggup membayangkan aku terjatuh ke dalam tasik tersebut sebelum terasa tubuhku dipaut dengan begitu erat sekali.
“Shhhh, hei..it;s okay, it’s okay. I’m here…everything is alright. Abang ada, abang takkan lepaskan sayang”
Aku terus menyembamkan wajah ke dadanya yanG berlapik baju sejuk berwarna biru itu. Terasa kuat degup jantungnya melantun. Pasti Tengku Zariel juga cemas melihat keadaan aku tadi.
“Kim minta maaf. Kim cuai”
“Kenapa pula Kim nak minta maaf? Abang yang patut minta maaf sebab kacau Kim. It’s okay…Kim dah selamat, abang ada dekat sini. Kita terus pergi ke skyline. Kat situ rasa tenang sikit untuk abang baca semula surat yang Kim bagi”
Aku berdecit geram sedang Tengku Zariel galak tertawakan aku. Terus kami berpimpin tangan sebelum menuju ke teksi yang setia menunggu. Jujur, aku tidak mahu momen indah sebegini pergi. Tengku Zariel benar-benar membuat aku gila bayang!
Satu aktiviti yang aku tunggu-tunggu dari saat pertama menjejakkan kaki di lapangan terbang Queenstown kelmarin. Sudah tentu sekali bermain ski. Salah satu aktiviti yang perlu dilakukan jika melancong ke New Zealand dan aku memilih Coronet Peak untuk meluncur. Satu pemandangan yang indah dan memukau melihat gunung ganang yang dilitupi salji berwarna putih. Sungguh hebat ciptaan ALLAH.
Aku memeriksa sekali lagi peralatan dan gear di tubuh masing-masing. Mahu memastikan semuanya lengkap dan selamat. Helmet, ski boot,goggle, ski pole dan banyak lagi tapi untuk ‘pelajar baru’ seperti Tengku Zariel,slope yang mudah saja kami ambil.
“Sorry, Coronet Peak ni tak boleh tempah ya. . tak nak, ramailah yang menjadi saksi abang jatuh nanti.”
Tengku Zariel yang sedang membetulkan glove ketawa sinis. “Masa orang ramai ni lah yang abang kena tunjuk power. Lagipun Kim dah ajar abang hari tu dekat Sunway. Itu dah lebih dari cukup, fullstop!”
“It’s different. This is the real snow and we’re not roller skate. Abang tengok ski boot yang abang pakai sekarang ni, tak berhenti sampai sini je eh. Nah”Aku mencapai empat papan ski berwarna hitam, dua aku berikan kepadanya. Manakala aku meletakkan dua papan ski itu ke bawah di atas salji yang mampat. Beranilah buka Kasut disini, silap-silap kaki pun boleh keras.
“How to get on this ski? Simple! Setiap ski ada binding yang muat untuk letak boot kita untuk ‘attach’. Nak maintain balance, guna ski pole”
“Abang pegang sayang je lah”
Aku menjeling. Mengada-ngada! “Slow and steady…and set! Dan untuk tanggalkan papan ski ni, guna ski pole atau papan ski yang masih lekat untuk tekan lubang dekat belakang binding ni.”
Melihatkan Tengku Zariel masih terkial-kial, aku membiarkan tangannya berpaut di bahuku.
“Tak boleh ke terus meluncur guna ski boot ni? Macam banyak kerja pulak nak pakai ski board ni lagi”Suamiku merungut lagi.
“Okay, cuba abang gerak.’” Aku menolak tubuhnya dan baru satu tapak, kakinya sudah tenggelam ke dalam salji walaupun tidak begitu dalam. Aku mengangkat kening memandangnya yang tersengih-sengih. Selepas itu aku mengajar Tengku Zariel kemahiran yang asas terlebih dahulu seperti bagaimana mahu menggunakan ski pole, untuk bergerak dan berhenti. Benar, Tengku Zariel seorang yang fast learner. Cekap dia belajar walaupun berdasarkan pemerhatian. Tidak kurang juga aku ketawa bila dia mula meluncur dan tidak tahu menggunakan ski pole untuk berhenti atau pun membuat snow plough. Snow plough merupakan satu taktik dimana muncung papan ski bertemu untuk perlahan atau berhenti.
“Good job. You’re looking hot when you’re skiing.”Bisikku meluncur perlahan bersamanya menuju ke coronate express.
“Kejap abang nak bukak papan ski ni. Kang kelam kabut nak naik”
Aku pantas menahan. Pasti suamiku tidak tahu tentang ini. “Nope you can’t take it off. We need to ride with this until we reach there”Beritahuku selamba.
“Huh??”
Ya, kami perlu menaik gondola yang tidak berbumbung dengan kaki yang sudah melekat pada papan ski!
Kami Cuma mengambil laluan yang mudah dan sangat sesuai untuk beginner seperti suamiku. Terlalu meluncur laju ke bawah, entah berapa kali Tengku Zariel jatuh tergolek. Untuk bangun bukan sesuatu yang mudah. Memang segala otot perlu bekerja keras memadangkan kaki sudah terpasak dengan papan ski ini.
“Subhanallah…cantiknya”
Aku turut melontar kea rah yang sama sebaik melihat Tengku Zariel berhenti. Betapa cantiknya melihat pemandangan gunung ganang daripada sini. Terasa tenang dan nyaman.
“Lagi indah bila pergi bersama isteri abang…”Luahnya sambil mengucup pipiku. Kami berdua berhenti di slope yang agak tinggi, dan disebabkan laluan tersebut masih belum dipenuhi orang ramai, akalku mula memproses.
“Kita race siapa yang sampai dulu dekat bawah. Once jatuh, kira tersingkir”
“Kalau abang menang? Apa yang abang dapat?”
“My kiss”Balas aku selamba.
Tengku Zariel ketawa. “Dan kalau Kim menang?”
“Kim nak abang jerit kuat-kuat dekat sini lepas tu jerit ‘I love you,Kim’. How’s that?”
“Okay, deal. Are you ready?”
Aku membetulkan kedudukan kedua ski pole di sisi, menunduk dalam posisi bersedia sebelum menoleh ke arahnya, menggigit bibir. “ I was born ready!”
Dalam kiraan tiga, kami berdua masing-masing terus meluncur ke bawah. Sangat penting untuk menolak ski pole ke depan untuk meletakkan tekanan membiarkan papan ski bergerak. Deruan angin yang menyapa, sejuk yang mendinginkan seluruh tubuh, menikmati pemandangan yang sangat menakjubkan dan…..Aku menoleh ke belah kiriku, yang paling buat aku bahagia, sudah tentu bersama lelaki yang aku cintai. Walau hebat mana perancanganku dahulu, lebih hebat percaturanNYA.
Saat aku asyik memerhatikan suamiku yang begitu focus meluncur walaupun dengan luncuran yang perlahan,ketika itu juga Tengku Zariel menoleh sebelum dia menjerit.
“Sayang,pandang depan!”
Aku terkejut lantas menekan kedua ski pole malangnya aku terjatuh sehingga berguling diatas himpunan salji yang tebal. Sedaya upaya aku cuba meneutralkan pernafasan yang berdegup laju dalam keadaan masih berbaring.
“Sayang! Sayang okay?”
Aku menoleh melihat Tengku Zariel yang terkial-kial untuk meluncur ke arahku. Dalam slope yang menurun seperti ini, untuk pergi secara mengiring agak sukar. Perlu cekap mengimbagi badan dan mahir dalam menggunakan ski pole. Bayangkan kaki melekat di atas papan dan perlu bergerak sekali?
“Abang…aduh!”
Kan aku sudah kata! Tengku Zariel yang baru menghampiriku sudah jatuh terlentang disebelah.
“Siapa yang tolong siapa ni?”
“Siapa yang jatuh dulu?”Balasnya sambil menopang tangan ke arahku yang masih berbaring.
“Tak penting siapa yang jatuh dulu tapi yang paling penting…tak ada sesiapa yang menang hari ni!”Teriakku ceria. Menatap langit yang luas dan tiada berpenghujung.
“Kalau menang, setakat cium abang pun boleh beri”Tak sempat aku nak bangun bila Tengku Zariel galak mencium pipiku bertalu-talu. Sesekali berlaga juga kepala kami yang masih mengenakan helmet.
“Abang, stop it! Orang tengok lah”
Aku menolak dadanya tapi dia sedikit tidak berganjak. Ralit merenungku lama.
“I don’t know why….”Suaranya tiba-tiba. Aku menanti bicara lelaki ini.
“Why I keep falling I love with you every single day”
Aku ketawa. Menarik tubuh suamiku dengan lebih dekat. “And I’ve no idea why I fall in love with you even more everytime I see you”
“Let’s forget about the game and enjoy this moment..together…”
Baru saja dia menunduk mahu mencium bibirku, kami sama-sama mengaduh bila helmet masing-masing berlaga. Sudahnya,mengekek ketawa kami bersatu, membiarkan bumi New Zealand menyaksikan kebahagiaan ini.
DUA BULAN KEMUDIAN…
“Kau betul ke nak uruskan majlis dekat Terengganu tu?”
Aku yang sedang menggigit buah epal sambil melihat senarai tugas untuk pelanggang,mendongak memandang Tiara.
“Aku rasa ni kali ketiga kau tanya aku soalan yang sama. Sebelum ni kalau ada klien upah aku daripada Sabah, Sarawak pun aku ambil. Takkan lah kali ni dekat pantai timur aku taknak?”
“Dulu kau belum kahwin..lagipun sejak kau kahwin, tak pernah lagi kau ambil job yang jauh.”
Aku meletakkan senarai tersebut di atas meja. Hairan betul dengan soalan Tiara daripada pagi tadi. “Aku dah minta izin dengan Ariel daripada saat pertama klien tu tanya aku.”Kali ini anggur pula menjadi mangsa.
“Are you sure?”
“Yes and full stop. Anyway, cakap dengan Khay tadi aku ada order Big Apple 3 pack. Kalau dah sampai beritahu. Lapar pulak petang-petang macam ni”Suaraku dengan mulut yang masih penuh. Tidak dipedulikan kerlingan Tiara yang sudah mendirikan rumah tangga bersama Alan bulan lepas. Alan juga sempat meminta maaf di atas perlakuannya terhadapku dulu. Sudah tentu aku memaafkannya kerana aku senang dengan perubahannya. Mereka berdua sudah lama meninggalkan sisi gelap yang lalu.
TOK! TOK! TOK!
Aku sudah berdecit. “Tiara…kau dah kenapa sampai nak ketuk masa nak masuk bilik aku? Dah sampai ke ,sini bagi…”
Aku terpempan bila tubuhku disauk ke dalam dakapannya sebaik saja pintu dibuka. Dia masih berpakaian kerja. Aku lemas dalam rangkulannya sebelum hidungku menyengat bau minyak angin di tubuh itu.
“Abang tak sihat ke? Kenapa tak beritahu Kim?”Tangan Tengku Zariel aku capai. Jam baru menunjukkan pukul 3 petang.
“Perut masuk angin agaknya.”
Aku mendekatinya sambil melonggarkan tali leher dan membuka dua butang kemeja kerjanya. Air mineral aku hulur kepada Tengku Zariel yang bersandar malas di sofa. Walaupun bau minyak angin itu terlalu kuat menyengat hidung, tapi aku tetap setiap menyumbat anggur ke dalam mulutku.
“Tak kembung pun perut abang” Ujarku mengusap perutnya.
“Dah baik. Jumpa sayang terus sihat.”
“Yalah tu. Abang dah makan?”
“Perut dah macam ni. Terus tak ada mood nak makan.Lagipun tekak pun rasa tak sedap.”Suara Tengku Zariel sedikit merengek sebelum dia menyembamkan wajah ke leherku sambil memejam mata.
Aku tidak pelik dengan tingkahnya yang manja setiap kali bila rasa tak sihat tapi sangat jarang untuk dia meninggakan kerja dan terus ke sini semata-mana nak jumpa aku padahal nanti kami berjumpa di rumah juga.
“Balik rumah nanti Kim buatkan abang bubur, okay?”
“Tak payah. Order KFC je.”
Amboi, tak padan dengan tak sihat! Getus aku dalam hati sambil mengusap rambutnya. Skrin telefon yang menyala daripada Khayra buat aku tersentak. Terus aku mengepit telefonku dengan bahu. “Yes,Khay ?”
“Dah sampai makanan you ni Sampai tiga kotak you order. Kat sini cuma tinggal empat orang je termasuk husband you tau?”
“Kejap I ambil. Satu kotak tu letak je depan.”Laju aku bangkit sehingga Tengku Zariel yang terlentok di bahuku terus terjatuh. Aku terus menonong pergi sambil ketawa.
“Sorry abang!”
“Sayang!”
Tengku Zariel Farhan Zahari….
Saat pertama you membaca surat ini, I tahu I sudah pergi. Pergi atau dihalau, I tahu itu yang membuatkan you bahagia. Seharusnya I sedar I bukan pemilik di hati you. Jujur, I mencintai you dari kali pertama I melihat you. I ingatkan dengan apa yang I miliki, you juga I mampu dapatkan kerana tidak pernah ada lelaki yang menolak I dan you orang yang pertama.
Ariel…
I mencintai you. Terlalu mencintai you sehingga I tidak meletakkan batas untuk tidak mencintai manusia lebih daripada mencintaiNYA. I Terlalu berharap sesuatu yang tidak pasti dan I yang menanggung kesannya. I tak salahkan you untuk setiap perbuatan you kepada I . Sebabnya cuma satu…I yang menghancurkan kebahagiaan dan orang disekeliling you. Begitu juga dengan i.
Dari saat pertama, I mencintai you. Dari saat pertama juga I meletakkan harapan. Dari saat pertama I menjadi isteri you, I juga telah membuatkan you berdendam dengan i. Ariel,maafkan i. I tak mampu putar balik waktu tapi I mohon sangat you sudi maafkan i. I janji I takkan ganggu hidup you dan keluarga you lagi. Halalkan segala makan minum I sepanjang menjadi isteri you.
I love you,
E.D.K
Aku membaca untuk kesekian kalinya sebelum melipat kembali surat itu yang hampir pudar tulisannya. Dakwat cair pada tulisan di kertas itu menunjukkan beberapa titisan air mata membasahi surat itu. Mujurlah cuma sekali dua saja Tengku Zariel membacanya, kalau tidak mahu aku memakai topeng seumur hidup jika dia menghafal kesemuanya semasa kami di New Zealand dua bulan yang lalu.
Pintu bilik kerja dikuak dan terpacak tubuh tinggi suamiku. Melihatkan ditangannya terdapat bungkusan air pepsi daripada KFC, pasti makanan yang ditempahnya sudah tiba.
“Kenapa baca lagi? Does it hurt you even more?’
Aku menggeleng sambil menyelitkan semula surat itu didalam laci. “Masa Kim buat surat ni, perasaan yang lahir adalah penyesalan yang berguna”
“Kim …tak menyesal kan kenal dengan abang?”
Aku ketawa kecil. Lebih-lebih lagi dengan riak wajahnya yang cuak. “Knowing you is one of the best feeling ever…falling in in love with someone, of course it’s feel like heaven. But…the biggest regrets was…I choose the wrong path. Pernah dengarkan,niat tak menghalalkan cara?”
Tengku Zariel melutut didepanku, menggengam tanganku yang berada di atas riba. “I know. You said almost every time when you feel guilty. We’ve done something wrong, it’s normal to feel that way. Everytime I remember all those things that obviously wrong and ‘dosa’, it’s really hurt me. Tapi sayang pun tahu…Allah maha pengampun,penyayang.”
Aku mengangguk beberapa kali sambil mengetap bibir. Aku tidak mahu mengingati hal yang lalu tetapi ia nya tetap aku jadikan sebagai pengajaran dan untuk munasabah diri supaya aku tidak melakukan perkara itu lagi.
“Dah jangan nak buat sesi emotional malam ni. Cukuplah abang emo sebab perut buat hal tadi. KFC dah tunggu dekat bawah tu”
Aku ketawa dan kami berpimpingan tangan menuju ke ruang makan. Tangan tangkas mencapai ayam bahagian thigh sementara Tengku Zariel ke bilik air. Aku makan sambil sesekali mengusap perut yang sudah berbunyi padahal baru tadi aku menghabiskan satu kotak donut.
“Kenapa sayang makan abang punya?”
Nak tersedak aku mendengar soalan Tengku Zariel yang berdiri disebelahku. Aku terpinga-pinga tidak faham. “Abang punya? Tapi abang kan suka makan bahagian paha je. Tu ada lapan lagi ketul ayam.”
“Tak sama”Mendatar saja suara suamiku. Wajahnya sudah berubah masam.
“Hah? Apa yang tak sama? Kejap Kim cari…”Aku mencari bahagian yang sama aku makan sedangkan aku pelik kerana Tengku Zariel yang aku kenal paling tidak suka makan bahagian thigh atau chicken breast.
“Haa, jumpa pun! Nah…’’Terus aku meletakkan thigh ayam itu ke pinggangnya namun Tengku Zariel tetap begitu. Menguis-guis tanpa perasaan.
“Kenapa tak makan?”
“Abang nak yang Kim punya tu je..sebab kulitnya banyak.”
Dan rahangku hampir terjatuh saat mendengar suaranya kedengaran sebak dan bibirnya terketap-ketap menahan tangis.
Oh tidak..kenapa ni???
Hanya kerana kulit ayam...kita tahu betapa tisunya hati Ariel sebenarnya . haha. Tinggal dua bab je ya termasuk epilog.. saja update malam2, boleh fefeling lebih..hihi...
Share this novel
Ariel mengidam mcm first babykan