BAB 15

Romance Completed 199668

BAB 15

“This is not fair. Ariel..you memang sengaja uji kesabaran i…”Dengan malas aku melemparkan badan ke atas katil.
 

“Ouch! Keras macam batu! Ni tilam ke besi?!”Tilam yang keras tu aku tumbuk geram sambil meraba belakang kepala. Mana tahu retak ke apa.
 

Pintu bilik aku dibuka tanpa sempat aku bukak mulut. Sungguh aku pantang orang bukak pintu tanpa kebenaran aku.
 

“Maaf miss , miss tak apa-apa ke?”

 
Aku angkat tangan. “I cukup pantang orang masuk bilik I tanpa ketuk terlebih dahulu lepas tu sesuka hati masuk tanpa kebenaran I”

 
Wajah Mazliana berubah. Dia mengganguk kepala dengan serba salah.
 

“Tapi ini bukan bilik Miss Kim sebab tu saya main masuk je.”

 
Aku terus membulatkan mata aku. Baru aku nak jawab, gadis itu mencelah lagi
 

“Bukan saya yang cakap tapi Tengku Zariel…”Mazliana jawab laju.
 

Aku memejam mata,cuba menjana sedikit kesabaran yang mula menipis.
 
“Macam ni lah Maz ya…sebarang perkara yang Tengku Zariel you beritahu memang betul you kena ikut tapi you kena ingat yang I ni isteri dia. Isteri dia yang sah. I sepatutnya tidur sebilik dengan dia. Bukan bilik tetamu yang macam stor ni. Nama je bilik tetamu tapi langsung tak ada apa-apa. TV 18 inci, hitam putih pulak tu. Mana mata, lubang hidung pun lebih kurang sama! Ini mesti dia nak kenakan saya kan. Buat bilik khas untuk saya. Huh, menarik sangat-sangat!”
 

“Maaf Miss Kim. Saya cuma pembantu rumah ni je. Sesiapa yang bagi saya arahan saya kena ikut. Kalau tak, gaji saya kena potong.”
 

“Ikut arahan sesiapa je? Kalau macam tu you ikut….
 

“Kecuali Miss Kim. Itu Tengku Zariel yang cakap,bukan saya”
 

Aku meraup wajah dan berpura-pura mengukir senyum manis sedang hati dah terbakar. Hal Tengku Zariel pun dah menyakitkan hati. Sekarang ni aku kena berdepan dengan si Maz yang pasif dan naïf.

 
“Kalau I mintak you kerja dengan I macam mana? I sanggup bayar double. Triple kalau boleh? You tak payah lagi kerja dengan keluarga Tengku ni. I upah you kerja kat tempat i. Hari-hari you boleh tengok i, tempat kerja i pun sentiasa happy je sebab kami gila…”
 

Mazliana tersenyum dan aku terpana sedikit. Senyumannya begitu telus dan jujur. Dia tidak sedikit pun kelihatan teruja. Tidak seperti orang lain yang pantang bila aku buat tawaran seperti itu. Lagi mintak lebih adalah.
 

“Maaf, saya tak mampu nak terima sebab kerja disini dah jadi sebahagian dari hidup saya. Rumah ini, keluarga ini juga separuh dari nyawa saya. Saya kenal Miss Kim. TiaraKim Wedding juga saya kenal kerana dimiliki oleh dua gadis Melayu. Saya cukup kagum kerana berjaya menempa nama untuk bersaing dengan syarikat perancang perkahwinan di luar negara,lebih-lebih lagi bila ramai artis kita yang memilih syarikat Miss Kim untuk majlis mereka.”
 

Kata-katanya buat aku tercengang sendiri. Betul ke dia ni orang gaji? Entah lepasan Master tak? Kalau tak,takkan dia boleh berbicara seperti itu?

 

“Kredit untuk you sebab puji i. Tapi I nak tanya, you tahu tak bila Tengku Zariel nak buat majlis sanding?”
 

Dia menggeleng. “Kalau tak silap saya, di awalnya Tengku Zariel dan Tengku Iman memang taknak buat majlis persandingan. Kata mereka itu cuma adat orang kita. Yang penting akad nikah tu saja”
 

“Please jangan sebut nama Iman depan i. I tak suka.”

 
“Tengku Zariel cakap saya boleh cakap apa-apa saja dengan Miss Kim walaupun Miss Kim tak suka”
 

AKu rebah di katil dengan rambut yang menggerbang. Bantal aku tekup ke muka.
 

“Argh!!!!!”
 

 

Tepat pukul enam pagi, aku paksa untuk buka mata. Itu lah tak pernah lagi bangun awal macam ini tapi aku terpaksa. Demi untuk menyediakan sarapan untuk Tengku Zariel. Kalau Tiara tahu mesti dia kenakan aku cukup-cukup. Nak jadi isteri solehah lah katakan.

“Kim bangun buat sarapan? What on earth! Bangun pun matahari dah naik! Lunch jadi breakfast, dinner jadi lunch!” Itu lah ayat yang balik-balik dia gunakan jika melihat aku bangun awal.

 

“From now on ,semuanya akan berubah okay”Seusai basuh muka dan gosok gigi, aku melangkah ke satu lorong yang menuju ke dapur. Satu ruang yang tak pernah aku jejak dari semalam. Pandai sungguh mereka meletakkan perhiasan disegenap sudut. Pasu kristal, barangan antik yang diletak cantik dalam sebuah almari kaca.
 

Mata aku kaku disatu rak yang tergantung didinding. Penuh dengan bingkai gambar dan piala. Tengku Zariel bermain polo, golf,tennis..kesemuanya permainan elit dan mewah.
 

“Apa salahnya main badminton, futsal ke apa? Sport jugak”

 
“Permainan tu tak sesuai…tidak ada class bagi keluarga kami. Siapa bagi kau sentuh gambar tu? Kau letak sekarang!

 

Aku sekadar tersenyum. Sengaja mengusap gambar Tengku Zariel dan menciumnya penuh perasaan. Sengaja nak bakar hatinya. Dalam diam, aku mengakui Puan Sri Tengku Wahida cukup menjaga auratnya. Pagi-pagi macam ini pun dia bertudung. Begitu juga dengan Mazliana aka Maz. Tak rimas ke?
 

Aku ketawa bila dia merampas gambar itu. Macam budak kecil pula.
 

“Chill mama. Mama nak jugak ke? Wait a second okay…”Suara aku sambil cuba mencapai gambarnya pula tapi itu pun dirampasnya. Makin galak aku ketawa.
 

“Lagi sekali kau panggil aku mama,siap kau!”

 
“Siap?”

Aku pandang tubuhku dari atas ke bawah. Aku dah siap mandi dah. Siap pakai flower dress lagi. Yalah takkan pakai pajama nak bersarapan dengan suami? Kalau lah kami ada rumah sendiri, memang aku nak bawa sarapan atas katil. Aku sudah membayangkan sesuatu yang nakal. Masa itu akan tiba juga.
 

“Kau dengar sini ya perempuan. Kau dapat duduk disini pun disebabkan arahan Ariel. Ikutkan aku, memang aku campak kau ke longkang. Bukan ke kau ada rumah sendiri,butik sendiri? Dan kau bekerja kan? So , jangan berangan nak mintak duit Ariel walau satu sen pun!  Jejak kaki kat Qalesh Holding pun aku larang. AKu dah bagi ID dengan gambar-gambar kau sekali, biar kau tak berani tunjuk muka kau kat situ! Nak sogok guard dan staf kat situ? Maaflah aku rasa kau tak mampu nak bayar 10 kali ganda gaji mereka yang  aku offer.”
 

‘Bravo! Brilliant!’ Tengku Zariel dan mamanya memang sama-sama hebat!
 

“Baiklah, mama aka Puan Sri…”Sengaja aku menekan panggilan itu. Cuba menyedarkan dia satu hakikat. Hakikat yang aku menantunya dan dia ibu mertuaku.
 

“Saya ada career saya sendiri ,mama. Wedding planner lagi. Tambah sikit, famous wedding planner. Siapa tak kenal TiaraKim Wedding? Maz pun kenal. Saya siap promote lagi kalau dia nak kahwin nanti. Jangan risau,saya takkan mintak duit Ariel walaupun apa yang saya tahu semasa baca  semalam,seorang suami wajib memberi nafkah pada isteri. Kalau tak….”
 

“Berdosa? Itu yang kau nak cakap? Layak ke perempuan macam kau nak bercakap tentang dosa dengan aku? Dah cukup ilmu? Dengan sikap kau yang tiada adab, baju tak cukup kain, keturunan yang entah dari mana asal usul, kau rasa kau baik? Layak?”
 

“Jadi apa yang buat mama rasa mama lebih baik dari saya? Dengan bertudung? Saya pun boleh buat. Okay fine. Saya tak nak cari gaduh pagi-pagi macan ni sebab saya nak buat breakfast untuk Ariel. Kenal Ariel? Yeah,my husband. See you when i see you, mama…” Aku mengenyitkan mataku pada Puan Sri Tengku Wahida yang sudah merah padam wajahnya. Mana tahu hati dia boleh cair dengan tingkahku. Terus aku berambus bimbang aku disembur dengan apinya.

 

Melihat Puan Sri Tengku Wahida melangkah ke ruang dapur,aku terus menutup sliding door yang lutsinar ni dan menguncinya. Aku ketawa bila dia menjegilkan mata.
 

“Eh kenapa dengan Mama Ida tu, Miss Kim? Kenapa kunci?”

 
“Entah dia. Mungkin dia nak main acah-acah dengan kita kot. So, menu apa breakfast pagi ni? Bread and jam? Scrambled egg? Hot dog with butter? Or cheese maybe? Kalau yang tu I pakar. I nak buat untuk Ariel.”
 

“Oh Tengku Zariel suka makan nasi lemak atau mee goreng. Kadang-kadang tu roti canai.”

 
“Oh,taste dia dah berubah?”Dahi aku berkerut. Seingat aku Tengku Zariel sangat meminati scrambled egg untuk sarapan. Tapi dah lama sangat. Aku dah banyak kali melihat dia di media sosial seperti Fac ,Twitter,Instagram tapi dia block. Jadi sukar aku nak stalk. Sebab tu aku suka terjah Tengku Zariel di mana jua dia berada. Janji…dia ada.

 
“Banyak sangat dia dah berubah sebenarnya. Eh Miss Kim duduk je lah tak payah buat apa-apa. Lagipun, ni memang kerja saya pun. Biasa  pukul 7.30 nanti Tengku Zariel turun makan,lepas tu pergi kerja.”

 
“Why?”

 
Tangan Mazliana yang sedang menggaul mee goreng udang terhenti. Menoleh memandangku yang duduk diatas cabinet bergoyang kaki.
 

“Kenapa you tak kekok layan I sedangkan ni kli pertama kita berjumpa? Well, I bukannya Iman…satu sikap dia yang terlebih ‘keperempuanan’ tu. That’s why Ariel tak suka I tapi I akan cuba….berubah..tapi mungkin lama lagi kot”
 

“Semua tetamu dalam rumah ni saya layan sebaik-baiknya Miss Kim. Eh,maaf…tak bukan tetamu. Sebenarnya…saya,maaf saya tak sengaja.”
 

“It’s okay. Take your time. I faham….”

‘Nasib you polos,Maz. Kalau tak I tendang you cukup-cukup.’ Aku jawab dalam hati. Aku ni isteri Tengku Zariel. Bukan tetamu!
 

“Hmm..she’s gone..”Ujarku sendirian bila melihat dari monitar CCTV yang dipasang di dapur dan juga laluan menuju ke sini. Canggih dan bahaya. Jadi aku kena lebih berhati-hati selepas ini.
 

“Dah siap,Maz? Biar I tolong hidangkan. Ariel on the way”Aku beritahu sambil mencapai dulang yang meletakkan teko antic dan cawan yang sederhana. Memang antik. Ni kalau cawan kecil macam ni,satu teko pun aku boleh habiskan!
 

“Mana Miss Kim  tahu?”

“I can sense his smell….”Aku bisik nakal.
 

Langkah Mazliana mati. Menggigil dulang yang dipegangnya. Hanya mata yang memerhati lenggok aku sambil ketawa nakal. Lurus betullah!
 

“Cantik maid baru kita,Ariel. Siap berdress singkat bagai. Tak takut ke peha putih gebu dia tu kena minyak panas?”
 

Kalau tak kerana Tengku Zariel ada menunggu di meja makan, mahu saja aku siram ibu mertua aku dengan teh panas ni. Cemburu ke sebab kulit aku putih gebu dari kulit dia tu? Memang saja je nak naikkan darah aku pagi ni. Ruang dapur dan ruang makan tidak lah jauh tapi bila sampai je semangat aku terus merundum bila PUan Sri Tengku Wahida turut ada sekali. Tengku Zariel pula segak siap berkemeja dengan rambut yang masih basah. Ini kali pertama aku melihat dia sedekat ini. Apatah lagi wajahnya segar menyerikan lagi kekacakannya tapi satu saja yang kurang. Senyuman!

 
Aku menuang air ke satu persatu gelas. Tiba di gelas yang ketiga, Tengku Zariel memegang gelas tersebut dan berlalu bangun ke dapur. Aku terus mengekor.
 

“Kenapa, Ariel?  You tak suka pakai gelas tu? It’s okay biar I ambil gelas lain. Just sit and enjoy your breakfast. I tak tahu pulak you dah tukar taste untuk breakfast. Nampaknya lepas ni I kena belajar masak.”
 

Langkah dia mati. Aku pun. Tak semena-mena gelas ditangannya dilepaskan. Habis pecah berderai. Sungguh aku terkejut. Cepat aku menghampirinya bila melihat ada cecair merah yang kelihatan di kakinya.
 

“Ariel,you bleeding! Tunggu kejap I mintak Maz first aid”
 

“Wei,perempuan!”

 
Lengan aku dicekaknya kuat.

 
“Kau ni pekak ke apa atau memang dah tak ada bahasa yang kau boleh faham??? Aku dah agak dah kau takkan baca apa yang aku bagi semalam sebab kau memang suka buat aku hilang sabar. Semalam aku masih boleh bersabar tapi bila kau berani jawab apa yang mama aku cakap, itu dah kurang ajar namanya,Kim. You know that?!”
Jerkahnya dan serentak itu tangannya makin kuat mencengkam sehingga terasa kukunya menusuk kulit lenganku. Aku cuba menolak tapi dia masih kuat mencengkam.
 

“Ariel please…you hurting me”Suara aku dah berubah serak kerana menahan sakit.
 

“Oh,tahu pulak sakit? Habis yang kau sakitkan hati aku dengan Iman tak fikir? Maaf aku lupa. Manusia yang tak berhati perut macam kau mana fikir perasaan orang lain. Lagi sekali aku dapat tahu kau cakap mama aku yang bukan-bukan, lebih dari ni aku boleh buat. Aku bawak gelas ni sebenarnya bukan untuk kau. Kau tak layak duduk makan dengan kami. Jadi apa-apa yang kau nak makan,minum hanya kat dapur sahaja.”

“Kau nak masak? Sorrylah aku takkan makan walaupun sentuh apa-apa dari air tangan kau yang haram tu. And please, jangan sesekali panggil Puan Sri Tengku Wahida dengan panggilan ‘mama’. Kau tak layak, faham? Ingat,Puan Sri Tengku Wahida….”
 

Setiap patah perkataan ditekan tegas, tiap kali itu dia menguatkan pegangan sehingga aku rasa lenganku pedih. Dan ayat terakhir itu, dia melepaskan lenganku dan menolak tubuh aku sehingga aku terpijak serpihan gelas kaca yang bertaburan.
 

Sakit. Pedih. Tetapi hati aku lebih sakit dari ini.

 
“Ya Allah,Miss Kim. Kenapa berdiri kat situ? Kaca tu!”
 

Aku sekadar membatu. Hanya merenung kosong gelas kaca yang sudah bersepai itu.

 
 
 
 
“MORNING Miss Kim”
 

“Morning,dear…opss,no more. Morning Encik Raj”

 
Raj, pengawal keselamatan Melayu campuran India TiaraKim Wedding terpinga-pinga.

Hari ini aku bukanlah aku yang sebenar. AKu cuba untuk tersenyum pada staf-staf aku , bertegur sapa seperti kebiasaannya tetapi sebaik saja aku tiba di bilik, aku mengeluh. Peluh yang mula merintik di dahi aku sapu laju dengan nafas yang mengah walhal setiap hari aku pergi ke pejabat.
 

Aku Jalan dalam keadaan berjingkit menuju ke meja kerjaku. Heels yang aku pakai aku buka dan aku campak,menunduk melihat tapak kakiku yang luka dan mula membengkak walaupun  darah sudah lama kering. Aku mahu balut,tapi bimbang ada yang bertanya jadi aku cuma balut di bahagian tapak kaki sahaja.

 

“Hai…apa khabar our beautiful bride? Gembira? Puas? Teruja?”

Wajahku sedikit berubah namun aku bersuara tenang. Tetap cuba bertentang mata dengan Tiara.

“Apa yang kau merepek?”

 
“You know what I mean,Kim. So how was your first day as Mrs Zariel Farhan? Terrible? Suffer? Tadi ingat nak tumpangkan kau sebab jalan terjingkit-jingkit, tahan panas lagi tapi tengok keazaman kau yang nak cepat sampai so I change my mind”
 

Tiara duduk di sofa berhadapan dengan aku. Aku sedaya upaya mengawal rahangku dari jatuh. Berpura-pura mengibas rambut,bagi selesa sedikit. Tarik nafas, hembus…ulang sekali lagi, Kim.

 
“ Kawannya Alan sepupu jauh Iman. Sebab tu aku tahu semuanya dari awal hingga akhir. Aku tak tahu sejauh tu kau sanggup bertindak semata-mata nak pastikan Ariel jatuh kat tangan kau. Well,congratulations tapi aku tak boleh terima  kau gunakan Herman untuk capai misi kau tu. You’re being so selfish,Kim. Can’t you think Herman’s heart? His future, life? His family? Kau tahu tak keluarga Herman dah buang dia?! Because of you!”
 

Usapan aku pada tapak kaki terhenti lantas mendongak. Mulutku terbuka tidak percaya.

 
“Kena buang? Habis dia macam mana?”Terdapat getaran pada nada suaraku.
 

“Macam mana apanya? Dia duduk rumah isteri dia yang sepatutnya jadi isteri Ariel semalam!”
 

Reaksi dan kata-kata lancang Tiara buat hati panas. Sudah lah kakiki sakit, penat dan sekarang ditambah pula dengan bebelan gadis itu. “So now you want take blame on me? It wasn’t my fault! He’s the one who make this planned ! He’s the who are willing to sacrifices…..”
 

“He did it because of you Kim, don’t you realize that?! His loves towards you make he sacrifices his own happiness. He just want makes you happy. Sebab tu dia sanggup tolong kau buat plan tu. Kau dapat Ariel,tapi dia? Boleh ke dia hidup dengan Iman tu? Tapi lepas apa aku lihat tadi, aku rasa kau lebih teruk kena kan…?”Suara Tiara tegas menyindir.

 
“Tayar Myvi aku pancit…okay? That’s why aku naik teksi. Mestilah lenguh kena tunggu lama. Tu yang kaki aku sakit. Ada faham?”

 

“Tiba-tiba pulak rosak kan. Kesian kau. Ariel tak hantar ke? Atau dia tak bagi kau tumpang kereta dia? Rugilah kau tak mintak dia satu pun pinjam kereta dia! Berlambak kot kereta mewah dia, kau pilih aja nak yang mana satu!”
 

Aku menepuk meja kuat dan bangkit dari sofa.Tengku Zariel dengan Tiara sama je. Dua-dua suka buat aku panas hati! Sungguh hati aku dah rentung habis dah ni. Pagi tadi cukup menyakitkan hati. Lebih dari sakit di kaki. Terkial-kial aku cuba nak kejar Tengku Zariel yang sedikit pun tidak pelawa aku tumpang kereta dia,Myvi aku pulak buat hal. Dah tu naik teksi, teksi pulak rosak ! Dah aku terpaksa jalan 500 meter ke sini dengan high heel, dengan dress yang berbunga bagai ni!

 
“Herman buat semua tu sebab cinta…begitu juga aku. Percaya aku Tiara. Kau juga akan buat benda yang sama kalau Alan tak bersama kau. Apa pun yang terjadi, aku dah sah jadi isteri Ariel dan aku akan cuba berubah. Aku nak gantikan tempat Iman dalam hati dia. I need your support,Tiara. Please, don’t tell anyone about this.”

 
“Good luck then”

 
“I owe you” Walaupun aku tahu Tiara menyindir tapi dia tetap kawan baikku.

 
 

 
“Assalamualaikum,walid…walid tolong,beri saya cakap dengan Iman. Sekejap je walid.  Hello..walid? Hello?”
 

“Ariel…kalau aku cakap ni kau jangan marah”
 

Tengku Zariel diam. Telefonnya dicampak ke meja. Berdentum bunyinya berlaga dengan kaca. Wajah Harith dicari.
 

“Aku tahu apa yang jadi semalam bukan kehendak sesiapa. Bukan kau mahupun Iman. Aku sendiri sampai sekarang speechless. Aku tahu kau sakit,terluka tapi kau kena terima hakikat.”

 

“Menafikan hakikat lebih sakit dari terima hakikat,Harith. Kau tak faham apa yang aku rasa. Aku berkawan dengan Iman bertahun dah. AKu dah janji aku akan meminang dia lepas dua tahun kami tamat belajar,nak ada rumah sendiri, kereta sendiri hasil titik peluh aku selama ni tapi semuanya musnah dalam sekelip mata. Biar aku tanya kau,Harith. Boleh kau percaya Iman kena tangkap basah dengan lelaki yang dia sendiri tak kenal? Sepanjang aku dengan dia, dia tak pernah ada kawan lelaki sekalipun. Iman cukup jaga batas pergaulan dia. It just…not her…”

 
“Aku tahu dan aku faham Ariel tapi kau pun kena faham yang situasi dah berubah. Walid Yusuf sendiri setuju nak nikahkan juga Iman dengan lelaki tu.”
 

“Dan aku terpaksa kahwin dengan perempuan tak guna tu! This is ridiculous! Kalau tak sebab nak tutup malu, permintaan Pak Long dengan Tok Ayah,aku sanggup heret Iman kahwin lari dengan aku!”

 
“Mengucap Ariel,mengucap! Cuba banyak-banyak beristighfar. Bukan kau sorang yang rasa macam ni. Iman pun tapi dia reda.”
 

“Apa maksud kau Iman reda?”

 
Wajah Harith terkebil-kebil bila disergah begitu dnegan rakan baiknya tu. Dia garu kepala.

 
“Err tak maksud aku sebenarnya…sebenarnya…”

 
“Sebenarnya apa?!!!”

 
“Sebenarnya Iman taknak kau cari dia lagi!” Opss!

 
Terduduk Tengku Zariel mendengarnya. Matanya dipejam rapat mengharapkan semuanya mimpi belaka. Harith mengusap dadanya. Masih lagi terkejut dengan jerkahan lelaki itu. Ini pertama kali dia melihat Tengku Zariel semarah ini. Bengis hingga dia sendiri takut nak buka mulut lagi.
 

“Aku tahu kau stress. Banyak benda yang tengah kabur sekarang ni tapi kau kena kuatkan semangat. Jangan cari Iman ,even call pun jangan. Lagipun dia sekarang dah bersuami. Lagi satu, apa yang aku tahu si lelakinya baru aje kena halau dengan keluarga dia. Tapi muka lelaki tu macam aku pernah nampak lah tapi kat mana eh?”
 

Serentak itu satu tumbukan halus singgah di perut Harith.

 
“Harith, aku takde masa nak ketawa so just stop it. Apa yang penting sekarang, aku nak kenakan Kim cukup-cukup. Dia penyebab semua ni terjadi. Aku sakit hati bila dia boleh tersenyum di atas penderitaan aku dengan Iman. Tengok sekarang Iman nak putuskan hubungan dengan aku pulak. Patot lah aku call,aku mesej dia tak angkat. Ni semua sebab perempuan tak guna tu!”
 

Harith menyentuh bahu kawannya itu bersama gelengan.

 
“I know how your feelings bro,I know. Tapi kau kena ingat satu perkara lagi walaupun kau nikahi Kim tanpa rela,dia sekarang dah sah jadi isteri kau.Kebajikan dia kau kena jaga walaupun kau tak suka. Berdosa Ariel kalau kau bersikap tak adil pada Kim”
 

“Should i? Cuba beritahu aku Harith perlu ke aku jaga dia,sayang dia dan layan dia selayaknya seorang isteri sedangkan kau tahu aku benci dia dari dulu lagi ! So,apa kata kau simpan aje nasihat kau tu sebab tak berguna untuk perempuan yang murah macam tu!

 
Terkelu terus lidah Harith. Tidak pernah melihat wajah Tengku Zariel setegang ini. Dia kasihan dengan apa yang menimpa lelaki itu tapi pada masa yang sama dia juga simpati terhadap Kim yang perlu menerima apa sahaja yang bakal Tengku Zariel lakukan kerana kebencian lelaki itu tidak pernah berhenti dan tidak akan hilang.
 

“Hello…” Suaraku garau. Sesekali aku berdehem cuba memastikan suaraku tidak seperti biasa.

“Ya?”

Tengku Zariel! Aku senyum walaupun dia tidak melihat. Mendengar suaranya saja sudah cukup buat aku sejuk.

“Boleh saya bercakap dengan Tengku Zariel?”

“Yes, speaking. May i know whom i talking to?”

“Your wife…” Terus aku beritahu. Aku menelefon menggunakan nombor lain kerana nombor telefonku telah lama dia block. Bukan sekali dua tetapi sudah berkali-kali.

“Kau!” Di hujung talian aku dapat mendengar suara lembutnya tadi berubah keras.

“ Yes , me..your wife. Salah ke i telefon you ? I miss you” Jujurku.

“Pftt! Kau dengar sini baik-baik ya. Ini amaran terakhir aku. Sibukkan diri kau dengan benda lain daripada berangan nak berbual dengan aku! Fazura!”

Terpejam mataku seraya mendesis mendengar suara lantangnya memanggil Fazura.

“ Lainkali tak payah angkat kalau dengar suara dari neraka ni!”

PAP!

Aku mendengus geram apabila talian terus dimatikan tanpa sempat aku berkata apa-apa lagi. Sempat aku berkerut dahi menahan sakit sebelum satu notifikasi peringatan tertera di skrin telefon.

‘Photoshoot white and red autumn’

Aku mengetap bibir bersama pelbagai perasaan bercampur aduk. Teringat aku sudah menempah untuk melakukan outdoor photoshoot bersama Tengku Zariel. Mujur aku baru saja memberi deposit.

Namun demi melihat tema perkahwinan ‘tangkap muat’ kami dan juga kakiku, biarlah impianku berkubur.

“Let it burn, Kim. Let it go…”

Hi…update awl hari ni..Berangan nk update lg 1 bab semalam tp HZ ada tmbah scene sikit dari yg asal.. Ramai yg marah dengan Kim ni. Haha…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience