BAB 5
“Are you guys ready? We good aren’t we?” Soalku inginkan kepastian sebelum tergelak melihat mereka kebanyakannya merupakan saudara dan kenalan Hardy & Sara ditugaskan di pelamin,photobooth dan goodies. Cantik dan kacak semuanya mengenakan warna mengikut tema majlis.
“Wow,Kim…You look so damn gorgeous! Careful,jangan kalahkan pengantin ya!”
“Okay sorry!”
Serentak kami ketawa tapi dalam nada terkawal. Majlis akan bermula pukul 8 malam nanti. Ini pun sudah ramai jemputan datang. 1500 jemputan untuk majlis Haydar dan Sara. Serentak.
Aku bergerak menghampiri seorang lelaki dan gadis muda di reception bagi guest list bagi kad jemputan. Tiada,tidak dibenarkan masuk hatta kenalan sekalipun.
Berhati-hati sekali aku mengatur langkah dengan dress putih separas lutut dan Rambut semi blondeku pula aku gayakan straight curly dihujung rambut. Salah satu hobiku. MeWarnakn dan menggayakan rambut. Bukan sekali dua aku mendengar bebelan mama.
“Why you always like to push my button? You know the eager one. Last month was brunette right, now blonde?? “ teringat teriakan mamanya semalam ketika mereka membuat panggilan video. Boleh berdarah telinga mendengarnya.
Aku menguntum senyuman pada mereka yang hadir. Betul-betul mengikut tema. Hitam dan putih. Tema Wonderland. Lelaki bertuksedo manakala perempuan pula berbaju kurung,dress,kebaya dan..jubah? Pakai mask pulak tu!
“She’s wear mask? Seriously?” Bisik aku pada gadis disebelahku. Dia ketawa.
“Bukan lah Miss Kim. Itu bukan mask. Itu niqab. Pakai agar menutup keseluruhan wajah kecuali bahagian mata.”
“Still..can breath? Macam mana nak makan? Kena angkat tiap kali makan? Menyusahkan diri aje!”Omel aku semakin perlahan ketika wanita berjubah dan berniqab seperti yang diperkatakan tadi makin hampir seraya menghulurkan kad jemputan.
Saat itu aku terpaku melihat sepasang mata disebalik niqabnya itu. Raut wajahnya putih dan matanya berwarna hijau. Sangat cantik sampai aku yang perempuan ni pun terpegun. Ini kali pertama aku melihat wanita berniqab sedekat ini. Tanpa sedar,aku menegur.
“Where are you from? Middle East?”
Aku tahu dia senyum walaupun aku tak nampak.
“No,I’m Malaysian. Saya kenalan Sara”
Dia kemudian mengangguk meminta diri. Aku masih kaku. Selalu aku ingat mereka yang berpakaian begitu dari Arab. Negara Islam yang tersangatlah ketat peraturannya sampaikan kaum wanita tidak dibenarkan memandu satu ketika dulu.
“I thought she’s from Middle East…don’t you think? Sebab itu yang i fikir selama ni , jarang nampak dekat Malaysia. Jadi, i agak..you know. Terkejut.”
Gadis disebelahku ini senyum simpul. Tetap caranya yang cekap menyambut tetamu.
“Kawan saya sendiri pakai niqab,Miss Kim. Negara Arab memang terkenal dengan kaum wanitanya yang menutup aurat. Sangat menjaga aurat dan batas pergaulan. Dalam Islam,menutup aurat tu wajib. Malah perlu menutup aurat mengikut syarak dalam Islam. Tapi sekarang adakalanya menutup aurat tu dijadikan satu fesyen pulak…”
Darahku menitis. Bukan salah gadis itu kalau dia tidak tahu aku beragama Islam dengan wajahku serta penampilanku ini siapa saja yang menyangka aku beragama Islam. Malah wanita tadi pun tidak memberi salam kepadaku.
“Miss Kim…nak try pakai ke?”Tersentak dengan soalannya aku ketawa
“Maybe one day..for my husband”Aku sambut gurauannya. Baru aku nak pergi tiba-tiba mata ini tajam terpandangkan satu wajah yang sedang beratur. Segak dan kacak dengan sut hitam dan kemeja hitam. Sibuk tunduk memerhatikan jam tangan.
“Boleh I tengok kejap guest list tu? I rasa I Nampak seseorang yang i kenal”
Seingat aku nama dia tiada disini. Ah aku pun tak perasan krana senarai tetamu memang aku tugaskan pada Kayra. Tapi mana mungkin aku terlepas dia? No way I misses him! Kalau dia Nampak aku kat sini,adakah dia akan balik sebab tak sanggup tengok muka aku? Ini kali pertama kami terserempak dalam majlis perkahwinan. Ini pertama kali. Suratan atau kebetulan?
“Kenapa Miss Kim ? Ada yang tak kena ke?
“No..err actually yeah. You Nampak that guy yang hot tu? I don’t think he has invitation card with him.”
“So nak halau dia?”
Cepat aku geleng. “No! Wait!..i…”Saat tu jugak Iphone berbunyi. Terus aku angkat dan berganjak jauh sikit. Ke photobooth jauh dari si dia.
“Yeah Sara? You dah ready? Is everything alright? Or you need something? Is there any problem with your makeup,your heels or Hardy…”
“Woo woo,Kim! Hold you breath okay? I okay. Semuanya okay. Ni si Hardy ni ada invite kawan lama dia. Baru dapat contact tapi tak sempat bagi kad. So kalau dia datang dan dia sebut nama dia,just invite him in”
“Okay who’s that?”
“Tengku Zariel Farhan Zahari. Handsome and hottie guy! I rasa you pandang sekilas je you dah tahu yang mana orangnya. Pastikan dia masuk tau”
AKu terpempan sebelum senyum lebar. Aku tekan dada kiri. Dia ada aje mulalah jantung berdegup kencang. Aku memberi isyarat pada gadis itu. Nasib dia faham.Jangan dia halau sudah! Punah harapanku nanti.
“Wei kau tengok siapa tu?Jom lah si Herman tu dari tadi cari kau. Sakit telinga aku ni haa dengar dia menceceh sebut nama kau…”Suara Tiara mematikan niat nak hadap lama muka dia.
“Alah nanti-nanti lah. Suruhlah dia makan dulu. I;m not hungry. Lagipun aku tengah prepare nak main piano nanti. Lepas tu..eh eh…Tiara,wait!”
Kalau lah aku terkehel gara-gara high heel 4 inci dan juga Tiara,harus aku cabut dan paku kepala dia dengan tumit tajam ni!
“Kalau macam tu,duduk dan berbual macam biasa okay.Yang lain semua dah settle.Biar aku yang jaga. Nak main piano kena rilex and cool. Bye!”
Aduh!
Sakit punggungku bila Tiara menolak kasar sehingga berlaga tubuhku dengan Herman. Dia tersenyum ceria melihatku. Tampan dengan kot putih,siap vest dan tie lagi. Dia memang seorang lelaki yang bergaya dan gentleman. Kalau melayan perempuan dengan ayat manis dan renungannya memang boleh sangatlah meruntun hati seorang gadis. Tapi hati aku sikit pun tidak terusik. Sekadar anggap dia teman rapat.
“Hai honey. You really look beautiful tonight. As usual as I cant take my eyes off you”Ujarnya romantic.
Nak taknak aku terpaksa senyum. Sesekali aku toleh belakang,melihat Tengku Zariel yang mula melangkah masuk. Seperti yang dirancangkan, dia duduk dimeja VVIP,bersebelahan dengan meja aku dan Herman.
“Looking for someone?”
Tersentak aku menoleh kea rah Herman. Raut wajahnya seperti terluka dengan sikap acuh tak acuhku. AKu menarik nafas dalam dan menarik tangannya. Menggengam erat.
“Sorry Herman kalau you tak senang. Lately I busy. So penat sikit”
“Oh sorry kalau ganggu you. Kan I cakap kalau penat,just give me a call then. I ‘am a good listener..”
“You wanna help me? Mendengar luahan i, masalah i? Ke Cuma nak flirting around?”
“Jealous much?”
Aku mencebik dengan soalan tu. Dia ketawa. Dia mencium tanganku dan saat itu juga mataku berlaga dengan mata tajam Tengku Zariel. Dia tidak beriak tapi bibir mengukir senyuman sinis. Pantas aku menarik tangan aku dari genggaman Herman yang sudah pelik dengan tingkahku. Aku sendiri hairan seperti kantai dengan suami.
Kenapa beria benar aku menolak perlakuan Herman didepan lelaki itu seolah-olah Tengku Zariel akan cemburu? Seolah-olah kami ada hubungan?
“You takut dia jealous?”
“Of course not. Why?”
Herman ketawa. Agak hambar tawanya itu. Dia sedia maklum aku dah lama manaruh hati pada Tengku Zariel. Dari hari pertama pertemuan kami di Tasik Titiwangsa beberapa tahun yang lepas. Dia cuba mengambil hatiku ,tapi mata aku hanya didepan. Herman sengaja langgar bahu aku tiap kali bertemu diselekoh tapi aku mengelak kerana sibuk mengejar si dia. Dia..yang tidak pernah memandangku walaupun sekilas
“I I were him, I don’t need to think twice to accept you in my life. You’re like my angel in my dream,taste in my food and living with you make me alive. So alive…”
Kan? Dengar aje dia cakap dah buat perempuan meleleh. Dan ya…ayat yang sama aku bayangkan dengan Tengku Zariel. Sayangnya dengan Herman pula, hati kami tidak bersatu.
“Thanks,Herman. I’m touched”
“But never touched your heart”
Aku membuang pandang ke depan semula. Sentimental pula Herman malam ni. Hish potong stim betul! Aku bukan mahu merungut tetapi aku tidak mahu terus larut dengan perasaan bersalah ini terlalu lama.
“Oh there our Hardy and Sara!” Aku terjerit riang bila melihat Hardy dan Sara di pintu gerbang yang dihias cantik.
Dimulakan dengan paluan kompang dan silat. Lensa kamera tidak putus-putus menjamah wajah pasangan itu. Lebar senyuman mereka berdua. Bahagia. Lepas aje pintu gerbang, lagu Right here waiting for you berkumandang mengirini langkah pengantin disertai bridalmaid dan taburan bunga ros yang memghiasi.Ralit aku memandang sehingga tak sedar tangan Herman memeluk pinggang aku.
Ketika melintasi tempat aku, Sara sempat mengucapkan terima kasih dengan gerak bibir. AKu senyum terharu. turut membalas.
Melihatkan Tengku Zariel bangun menuju ke buffet,cepat aku bangun tapi ditahan Herman.
“Sit. I get it for you”Herman mempelawa.
Aku sudah buat muka masam namun tanpa disangka ketika Herman nak melangkah tiba-tiba saja dia terlanggar seorang lelaki sehingga tumpah air dibaju putihnya.
“Thanks god help me this time. I owe you!”Aku senyum puas dan terus bergerak laju sementara Herman sibuk melihat pakaiannya.
Herman sikit tidak perasan. Dari jauh lagi aku dah Nampak susuk tubuh Tengku Zariel yang tinggi lampai. Pinggan aku capai dan bergegas berada dibelakangnya. Aku melemparkan senyuman dan kenyit mata pada pemuda yang aku potong linenya tanda minta maaf Ternganga sekejap mulutnya.
Tengku Zariel langsung tak sedar aku dibelakangnya. Hai…tidak pernah ada lelaki yang sikit pun tidak menoleh bila aku berada dibelakang mereka. Hidu haruman aku je dah terkulai tapi dia ni? Kental betul!
Ketika tangan kasar itu nak mencedok,aku memegang lengannya dan laju melipat lengan kemejanya. Dia terkejut dan marah. Berkerut dahinya dengan mata yang tajam.
“Careful. Kotor baju you nanti”Ujarku lembut. Tengku Zariel merengus geram. Nak menepis tak boleh sebab tangannya memegang pinggan. Nasib dia tak tepis ke muka aku!
“Sini I lipatkan yang sebelah kiri pula”
“Kau jangan nak buat aku rimas boleh tak!” Tak sempat aku nak buat dia dah tolak bahu aku dengan sikunya. Aduh,tajam lah you nut!!!
“I just wanna help you. Is that wrong?”
Dia tak jawab sebaliknya mencedok kuah ayam masak merah dengan ganas. Dari gaya macam nak terbalikkan aje buffet tu. Kalau dia mengamuk kat sini,aku jugak yang malu! Kim! Yang tangan kau gatal sangat tu kenapa!
“Okay..i’m sorry. It just.. you know…i am so excited to see you here. I tak sangka you kawan lama Hardy. Kalau I tahu…”
“Kalau aku tahu kau wedding planner Hardy, langkah kaki kanan kat sini pun aku tak inginlah. Faham?!”
Ujarnya pedas sekali sebelum berlalu. Kembali duduk ditempatnya. Mencuka wajahnya.
Bayang Herman entah ke mana. Pinggan aku letak kembali.Terkial-kial bergerak mendekati dia. Bila melihat aku aje dan kerusi kosong disebelah,cepat dia menarik ke sisi tapi aku lebih pantas. Duduk bersama senyuman kemenangan. Para tetamu yang duduk semeja aku senyum sekadar membalas renungan pelik mereka.
“Out”
Aku berpaling memandangnya. Serius muka dia.
“Chill Ariel. I tak kacau you pun. Saha temankan you makan. Takkan itu pun tak boleh? Ke you ada bawa teman lain?”
“I don’t need you. Never. So,just go before i’m losing my patience.” Suaranya makin keras.
Wow,garang! I like…Aku gelak dalam hati. Kemudian merapati dia,dia menjeling tapi sikit aku tak heran. Makin suka adalah!
“What if I don’t?”Bisikku lunak rapat ke telinganya.
Tengku Zariel berganjak jauh sambil merenungku garang. Sikit tidak tergoda dengan godaan aku.
“Kalau macam tu aku rasa kau patut bersedia untuk jawab soalan Hardy atas sebab apa aku blah sekarang ni dan nak tahu apa yang aku jawab kalau Hardy tanya? AKu akan jawab ada perempuan murah dekat sini yang sibuk suruh aku ‘up’ kan harga untuk dia.”Dia senyum jahat.
Hatiku terhiris mendengarnya. Baru aku nak balas dia berkata lagi.
“Then what? Rasanya kau tak ada beritahu siapa kau yang sebenarnya? I mean..masa kat kampus dulu. Hardy is friend of mine,my best friend! Kalau kau boleh berani sebut nama aku secara on air,why not aku buat kat sini? Live and full of respect for wedding planner like you,huh!”Tengku Zariel menekan satu persatu ayatnya seolah-olah mahu aku tahu dia serius dan taknak aku silap buat keputusan.
Aku mengetap bibir kerana tercalar. Tercabar dengan katanya yang berbaur ugutan. Guna taktik godaan pun tak jadi,taktik apa lagi? Sudahnya aku menarik nafas sebelum mengukir senyuman ke arahnya kononya aku tidak terusik.
“This time I let you go but just this once! You tahu kenapa you berada disini Ariel? You’re here because of me! You..me…faith…together! I always love you. Always…”Luahku puas dan bangga tatkala wajahnya berubah tegang. Merah sudah wajahnya.
Lambat-lambat aku bangun sebelum lengan aku dipaut seseorang. Herman! Kotnya sudah dibuka. Tinggal kemeja bersama vestnya.
“Where have you been?! I thought I lost you!”
Aku mengeluh sambil meleraikan pautannya. “I was here Herman. Looking for someone who catchs my eyes from the beginning”Jawabku seraya menjeling reaksi dari Tengku Zariel. Tak heran pun dia!
“So let me know then. You buat I tercari-cari you. Anyway Tiara cari you tadi. Dia cakap you ada 5 minit untuk prepare.”
Bulat mataku mendengarnya. Oh shit! Lepas ni show kami!
Share this novel