BAB 35

Romance Completed 199367

“Sorry Uncle, auntie…ni je Kim mampu beli untuk sarapan. Itu pun nasi lemak dengan roti aje”Segan juga aku bila cuma mampu menghidangkan tetamu dengan sarapan luar.

Nak memasak, dapur masih berselerak. Kabinet dapur pun aku masih tidak sempat kemas.Sejak kelmarin lagi lagi kami mengemas dan membaiki . Nasib Amanda akan memulakan tugas pada minggu hadapan. Jadi, ringan sikit kerjaku bila dia menolong.

Kedatangan orang tua Amanda yang datang membantu sedikit sebanyak buat aku terhibur dengan gelagat mereka. Lebih-lebih lagi dengan loghat Utara yang pekat sehingga aku tidak faham. Sebal juga bila asyik jadi bahan aje. Mentang-mentang lah aku kurang ‘Kemelayuannya’.

Jika aku berjumpa klien yang berasal dari sini pun,memang aku akan heret Tiara dan Khayra untuk jadi translator aku kerana ada dia antara mereka yang cakap terlalu pekat. Sukar untuk aku memahami kehendak mereka tanpa bantuan Tiara dan Khayra.

Ah, baru beberapa minggu aku meninggalkan ibu kota, aku sudah mula merindui mereka.

Terlalu banyak kenangan…dan juga derita.

“Haishh budak ni…toksah panggil kami lagu tu apa nama tu…Auntie uncle…kan dah habaq panggil je kami abah dengan umi.” Bebel Hajah Salma.

“Haa betul tu. Ketegaq jugak kamu ya Kila,Kima…hai laa,apa namanya? Berbelit lidah nak sebut”

Aku ketawa lucu. Tiga huruf je pun. Aduh!

“Kim”

“Hmm…omputeh sungguh nama kamu naa. Gini..umi panggil Ellie boleh dak? Lagipun Umi rajin jugak lah tengok rancangan apa nama tu..haa Ellen Show tu.”


“Tengoklah Umi kamu ni…dah tua-tua ni cubo lah tengok-tengok ceramah ka,usrah ka”


“Amboi abahnya…mengutuk nampak? Saya ni tengok jugak..tak pernah terlepas sekalipun tapi pada masa yang sama layan jugak naa show omputeh. Dapat jugak dok tambah ilmu. Ni..tadi kamu pi beli kat mana? Awat tak habaq?”

Hai laa…pening jugak aku nak jawab. Laju bukan main mereka berlawan kata. Sampai tercengang aku dibuatnya. Banyak kali juga aku diketawakan Amanda.

“Pergi sorang je. Tak jauh mana pun. Dekat hujung jalan je”

Memang tidak jauh pun. Tak sampai lima mnit dah jumpa dah warungnya. Ramah-ramah belaka orang dekat sini. Cepat juga aku dapat suaikan diri dengan keadaan disini. Aku juga melihat Carl tidak kekok walaupun baru berhijrah kerja disini. Agaknya, banyak yang dia belajar daripada kekasihnya itu.

Ketika itu juga suara Amanda memecah masuk.

“Lah…kenapa tak cakap nak pergi beli? Bahaya tau pergi sorang!”

“Haa,betui tu. Awat tak habaq dekat abah nak pi beli? Ellie kan belum biasa lagi jalan dekat sini. Pas ni toksah dok buat lagu tu. Kalut nanti!”Tambah Haji Rahman.

“Lagu? Lagu apa pulak abah ni. Bila masa Kim bukak lagu”


Melepas ketawa mereka semua. Aku terpinga-pinga. Apa ke halnya? Lagu apa sebenarnya?

Amanda menepuk bahuku bersama sisa tawanya. “Kim…itu loghat orang utara je. Lagu tu maksudnya ‘perkara ke perbuatan’. Jangan buat lagi perkara tu”

“Yalah. Janji tak buat lagi”Aku kerdip mata beberapa kali sebelum membantu Hajah Salma menghidangkan sarapan. Suara orang memberi salam buat kami tersentak.

“Lah,siapa pulak tu? Hang baru pindah ke sini, takkan dah ada orang nak megunjung? Tak apa biar abah dengan Ama pi tengok”

Selang berapa minit selepas aku dan Haja Salma membawa makanan ke ruang tamu…dengan tikar yang dihampar, ketika itu juga mereka berdua kembali masuk dengan tangan penuh dengan bungkusan yang sama aku beli.

“Eh,dah kenapa pergi beli lagi? Kan dah ada banyak ni.”Soalku.

Amanda dan Haji Rahman senyum senget. Penuh makna.


“Susah jadi orang lawa ni, Baru pergi satu tempat dah ramai nak booking. Murah rezeki kita pagi ni umi. 10 bungkus roti canai…10 mee hoon goreng…1o keping roti kosong..10 roti telur…tak habis hari ni,boleh buat esok. Ye dak,Ellie?”

Berderai ketawa mereka. Aku senyum tawar. Cantik tiada guna jika hati ini hitam berkulat. Aku sekadar cantik pada luaran tetapi di dalam hitam dan kosong.


Aku teringat betapa bangganya aku dengan kecantikan semula jadi yang aku miliki. Begitu mudah untuk memikat dan menarik perhatian lelaki namun aku tidak pernah melayan. Kalau ada pun, aku tidak berlebihan dan tidak akan memberi sebarang harapan.


Bukan tiada lelaki menghulurkan salam perkenalan. Ada rupa, ekonomi yang stabil, mempunyai latar belakang keluarga yang sempurna tetapi mataku terlalu buta mahu menyambut.

Jika hatiku sudah terpaut, tidak mungkin aku akan berpatah kembali dan kini aku perlu menanggung kesannya. Bukan aku sahaja, bahkan orang disekeliling aku juga terpalit sama.

Aku melihat telefonku sebelum mematikan untuk kali yang kedua. Cuba pejam mata sekali lagi walaupun aku langsung tidak mengantuk. Dan untuk kesekian kalinya, aku kembali mencapai telefon, kali ini laju aku membuka di aplikasi Youtube. Liur aku teguk beberapa kali dengan mata yang tidak berkelip.

“Kenapa nampak macam sedap je? Bukan aku tak pernah makan!” Aku mengomel sendirian namun jari jemariku tetap bermain di skrin telefon.


“Kim…”

Aku tersentak seraya menoleh ke arah Amanda yang terjaga dari tidur. Amanda sekeluarga tidur dirumahku minggu ini kerana esok wanita itu tidak bekerja.

“Sorry, Kim ganggu akak tidur ke?”

“Kim…tengok apa? Dan nak pergi mana?”

Aku pandang bawah. Meneliti pakaian tidurku yang sudah bertukar. Aku tersengih kelat.

“Kim nak keluar sekejap. Nak pergi McD”

Mata Amanda terus terbuka luas. Tersandar dia di kepala katil. “Huh? Tengah-tengah malam macam ni? Kim lapar ke?”


“Tadi macam kenyang. Tapi bila nak tidur, perut ni berbunyi pulak.”

“Dah dekat pukul 1 ni,Kim. Tak boleh tunggu esok ke?”


Aku terus menunduk. Hujung bibir aku gigit menahan sebak yang tiba-tiba bertandang. Entah mengapa, teguran Amanda buat aku kecil hati. “ Tak boleh. Kim nak sekarang juga. Tak apa, Kim memang nak pergi sorang pun. Tak ada pun nak ajak akak”


Aku melihat Amanda terdiam sebelum dia bangun mencapai sweater dan tudung.

“Jangan nak mengada nak keluar seorang waktu-waktu macam ni. Kim tunggu, akak siap kejap. Kim nak beli apa ?”

“Nak Mcflurry Oreo”Balas aku laju. Terus hilang perasaan ralat itu bila Amanda bersetuju.


“Itu aja? Tadi kata lapar. Boleh kenyang ke makan aiskrim je?”Soal Amanda sebaik saja masuk ke dalam kereta.


“Kim nak beli tiga. Lepastu nak beli GCB dengan bubur sekali.”Ujarku bersama senyuman lebar. Sudah terbayang di ruang mata bagaimana enaknya bila tekakku menelan kesemua makanan yang buat aku tidak boleh tidur tadi.


“Cepatlah kak gerak. Kim dah lapar ni”Arahku tanpa mempedulikan Amanda yang tercengang dengar permintaanku. Apa yang peliknya?





Pandang hadapan,dia lagi. Kanan,dia juga. Kiri…dia lagi! Wajah dan rambut diraup beberapa kali. Gusar kerana bayang itu berada dimana-mana. Wajahnya…rambut brunette nya yang panjang mengurai…senyuman yang manis menawan sehingga diberi jolokan eye smile yang mampu menggetarkan jiwa lelaki…lenggok tubuh yang penuh keyakinan diri. Jalannya sentiasa tegak…tersusun..tanda dia seorang yang berkeyakinan tinggi dan tidak mudah mengalah. Benar,sukar nak mengalah. Sebagai contohnya,dia sendiri. Selagi tak dapat memilikinya, gadis itu tidak akan berhenti berusaha.


Tengku Zariel tergelak kecil sebelum berbaring di kerusi rehat. Memerhati bintang berkerlipan didada langit yang luas dan gelap.


“Dia guna Mak Esah agaknya.”Tuduhnya bersama tawa sinis. Perempuan yang bernama Elliena Kamelia memang tak mudah mengalah.

“Kau silap,Ariel. Kau yang gila bayang dekat dia. Kalau tak,kenapa kau sentuh dia?”


Satu suara menyentaknya keras. Tengku Zariel terduduk bengang. Kejadian malam itu kembali di ruang mata. Jujur,dia tidak tahu kenapa dia bertindak begitu. Apa yang dia tahu,perasaannya kepada Kim lain benar. Hilang perasaan benci…meluat..hadir satu perasaaan yang dia tidak terlintas di hati dan fikiran. Ketika itu dia cuma mahukan gadis itu disisinya.

Terbit perasaan menyesal kerana gagal mengawal diri. Tengku Zariel yakin itu bukan dirinya yang sebenar. Dia diperangkap! Dan adakah ia bermakna dia sudah tewas? Tewas tersungkur di kaki wanita itu?

“Tak..tak…tak mungkin. Itu tak bermakna aku yang kalah dan kau menang Kim. AKu tahu itu taktik kotor kau untuk kau ikat aku! Tapi sayang..kau lupa kuasa aku sebagai seorang…”


Diam. Dia tepuk kepala dengan kuat. Hampir-hampir saja dia menyebut satu perkataan yang mengingatkannya pada satu perkara. Satu gelaran. Satu tanggungjawab.

Tanggungjawab? Aku tak cintakan dia dan tak akan cintakan dia..jadi apa erti dan perlunya aku bertanggungjawab pada dia?


“I tahu you tak cintakan..tak sayang i..tapi I tetap akan jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. I nak jadi isteri yang terbaik untuk you. I janji!”


Tengku Zariel terus menoleh sebelah kanannya. Terkejut bila suara halus itu menerpa cuping telinga. Kosong tiada sesiapa. Jadi, kenapa suara itu seperti wujud?


“Ya Allah…kenapa dengan aku ni? Dia dah pergi. Dia sepatutnya berambus dari kepala ni!”Kepala diketuk untuk kesekian kali.Merah sudah wajah dan telinganya. Sejak akhir-akhir ini wajah Kim sering kali menghantui hidupnya. Apa yang dia buat semuanya serba tidak kena.

Ingatkan bila dia dah pergi,aman hidupnya tetapi makin bertambah serabut pula. Sebab apa dia sendiri tidak tahu. Mungkin saja taktik kotor terakhir yang menyebab berlakunya kejadian yang tidak disangka itu membuat dia sasau macam ni.

Kim bukan seorang gadis yang baik. Gadis yang tidak layak dicintai..disayangi apatah lagi dijadikan sebagai seorang isteri. Terlalu murah harga dirinya sehingga sanggup memperjudikan nasib untuk memilikinya.

Tengku Zariel yakin Kim bukan seorang gadis yang suci. Kalau ya,kenapa cadar katil sudah bertukar selepas Kim pergi? Pasti gadis itu menyuruh Mazliana menukarnya. Dari zaman kampus lagi Tengku Zariel tahu Kim gadis liar yang bebas dan suka berpeleseran dengan lelaki. Dalam ramai lelaki,entah kenapa dia juga yang dikejar oleh gadis itu.

Cuba untuk mengusir bayang wajah Kim, Tengku Zariel terus melompat terjun ke dalam kolam renang. Lama dia berendam di dasar kolam…dia bersandar di hujung kolam. Memerhati suasana sunyi..sepi..kelam…gelap…hanya sinaran sportlight yang menyinar. Mata dipejam rapat. Dia mahu menghilangkan segalanya yang buat hidupnya hura hari sejak sebulan yang lepas.


Tiba-tiba…


“Maaf kan I kerana mencintai you Ariel…maafkan I”Satu hembusan dan bisikan halus menusuk ke cuping telinganya. Mata terbuka luas. Celik! Tiada sesiapa. Mulut terbuka dan serentak itu terkeluar kepulan air kerana kekurangan oksigen. Pantas Tengku Zariel naik ke permukaan air dengan nafas yang tercungap-cungap. Dia terus duduk di tepi kolam, cuba menenangkan diri.

Mata memandang ke satu arah di sudut hujung kolam renang. Teringat bagaimana dia menolak Kim bila wanita itu merosakkan baju pemberian arwah ayahnya. Seingat dia juga, baru beberapa hari sebelum itu Kim masih berjalan terjingkit-jingkit. Pasti kaki wanita itu luka kerana terkena kaca yang dia pecahkan. Tengku Zariel menggeleng laju, menepis jauh peraaan tidak enak yangk yang mahu bertandang

“Buat apa kau nak rasa serba salah,Ariel. She deserved it!”

“Kenapa tak sama?”Terangkat wajah Puan Sri Tengku Wahida mendengar soalan anak sulongnya kepada Mazliana.

“Apa yang tak sama nya,Ariel?”

“Ni…kopi ni…rasa lain. Nasi goreng pun sama”Tisu dicapai dan dikesat ke mulutnya.

“Apa yang lainnya…mama rasa okay je. Sama dengan Maz buat sebelum ni. Tekak Ariel tu je yang lain. Ariel tak sihat ke?”

“Awak yakin ke Maz awak guna resepi dan bahan yang sama?”Tengku Zariel masih tidak berpuas hati. Dia yakin rasanya berbeza dengan sebelum ni. Nak kata dia demam, badannya tidak berasa panas. Cuma sejak beberapa minggu lalu saja dia kerap berasa mual dan cepat penat.

“Betul Tengku Zariel. Saya guna bahan yang sama . Tak pernah berubah sikit pun”Jujur saja Mazliana menjawab.

“Sejak sebulan yang lepas lain aje rasanya. Air teh dengan kopi pun rasa lain”

“Err…kan sebelum ni Miss Kim yang buat. Sebab tu agaknya Tengku rasa lain”Laju Mazliana membalas sebelum Puan Sri Tengku Wahida menjelingnya tajam,menghantar isyarat supaya dia pergi.

Mazliana pergi ke dapur dengan senyuman nipis. Bukan dia yang masak lain tetapi Tengku Zariel sendiri.

Walaupun selama ini Kim yang ambil alih tugasnya..memasak..membuat minuman dan Tengku Zariel sedikit tidak pernah usik kecuali air teh dan kopi. Itu pun laju ada mulut tu mengutuk tapi habis juga diminumnya.

Mazliana memperlahankan langkah bila terdengar perbualan Puan Sri Tengku Wahida dan anaknya itu.

“Ariel ada masalah ? Cuba cerita dengan mama. Ke perempuan tu ganggu Ariel lagi?”

“It’s okay mama. Ariel okay”

“Kalau okay kenapa lepas dia pergi Ariel macam tertekan. Gelisah semacam je. Lepastu mama perasan Ariel asyik lesu je. Penat sangat ke dekat pejabat tu? Lagi satu, mama perasan sejak akhir-akhir ni Ariel asyik tak ke Qalesh, kenapa? Tak sihat?”

“Tak apa,ma. Ariel tak ada apa-apa. Cuma tekak je kadang-kadang rasa mual. Itu aja.”

“Kalau rasa tak sihat lagi, pergilah klinik. Lagipun, mama risau”

“Risau?”

“Entah-entah perempuan tu guna Mak Esah tak!”

Terus Mazliana ketawa sakan. Sampai sakit perutnya lucu dengan tuduhan tidak berasas majikannya itu. Aduh!

“Maz! Kenapa tu?”

Mazliana menekup mulut dan cepat berlari masuk ke bilik. Bagaimana seseorang yang terlalu bangga akan darjat dan kedudukannya,cukup ilmu agamanya boleh terfikir begitu? Cukuplah sekadar akui kebesaranNYA.


Aku teragak-agak mendekatinya yang sedang menebas semak samun daun pokok yang menjalar di tembok halaman. Dengan bantuan dua tenaga lelaki,kawasan halaman rumah ini hampir bersih dan siap sepenuhnya. Aku sangat berterima kasih kepada Haji Rahman dan tentu sekali Carl yang sudi membantu. Pada mulanya aku terkejut kerana Carl juga mengambil keputusan untuk berhijrah ke sini. Aku tahu bukan kerana aku tetapi kerana Amanda.

Berhati-hati aku meletakkan dulang yang penuh dengan pisang goreng dan karipap serta secawan teh o panas di meja batu. Jari jemari bermain sesama sendiri.

“If you had nothing to talk,you can leave”Riak wajah terus berubah. Carl seperti tahu aku berada dibelakangnya…teragak-agak untuk membuka mulut.

“I…err…I nak mintak maaf…for what I have done. I know I broke your heart…your trust and I regret every single thing that I did”

Carl bangun. Tetap membelakangkan aku. Dia membuka sarung tangan di kedua-dua belah tangannya dan di campak di atas meja. ‘

“Your apologized won’t change anything..you know that? Yeah,of course you know. Kalau tak,takkan boleh buat perkara bodoh tu…You make all these simple right? Dah buat satu kesalahan besar,datang mintak maaf dan suruh lupakan semuanya….and start a new life? Is that what are you trying to do?Huh!”Sindirnya sinis . Mengelap peluh dengan kasar.


Aku ketap bibir. “I tahu apa yang I buat satu dosa besar. You memang takkan maafkan I,I tahu tapi I tak kuat sekarang ni. I perlukan sokongan dari you. Apa yang I buat…salah..silap dan dosa…ia mengejar I sekarang ni”


“Serves you right then! Pernah dengar…your sins will be used against you?”


Tertunduk aku mendengar katanya yang menusuk kalbu.Ngilu mengenangkan dosa yang telah aku lakukan.

“Your sins will haunt you every second in your life until you regret it so much. Tapi siapa yang tanggung?Me!”Dada kiri ditepuk kuat.

“I gagal jalankan tanggungjawab sebagai seorang abang. I yang sepatutnya perhatikan you sebab daddy dan mama lepaskan tugas untuk jaga you sebaik aje you buat keputusan tinggalkan rumah. I should do my job…from beginning ! Sebelum Kim buat,Kim tak fikir ke perasaan daddy…perasaan mama kalau mereka dapat tahu Kim buat kerja terkutuk tu! Can’t you think?! Their feelings?? And your future??! How dare you ruin their trust…my trust!”

Aku menangis teresak-esak bila Carl menggoncang kuat tubuh ku seperti dia mahu aku sedar betapa kejamnya aku. Betapa jahat dan berdosanya aku terhadap daddy dan mama sehingga lah hari terakhir mereka.

“I’m sorry…I’am so sorry…please forgive me,Dan!”

“Dan! Back off!”Amanda menolak Carl dan meraih aku ke pelukannya. Di bahunya aku melepaskan tangis. Sungguh aku tertekan dengan dosa yang tiap masa menghimpit. Ditambah pula dengan hubungan tegang aku dan Carl.


“What the hell are you thinking,hah? I dah beritahu jangan buat Kim stress…jangan buat dia tertekan!”


Carl menggeleng seperti kesal bila Amanda mempertahankan aku. “Stress dia je yang you fikir? Habis i? I tak ada hati dan perasaan? I tak ada perasaan marah..tak ada perasaan malu bila dia dah burukkan nama parents kami?”Jerkahnya melepaskan amarah ang menggunung.


Aku cuba meraih tangannya namun dia menepis tanganku. Carl seakan berasa kotor dan jijik denganku. Agaknya sebab itu Tengku Zariel tidak suka bila tersentuh denganku. Aku jahat. Membuatkan orang yang berada disekelilingku terpalit sama.

“Carl please…I’ll try to fix it”Ujarku bergetar dengan linangan air mata yang tiada tanda-tanda mahu berhenti.

Ketawa dia meledak sinis bercampur pedih. Dan aku tersentap melihat matanya sudah berkaca. Pecah hatiku.


“Macam mana nak betulkan keadaan kalau kau penyebab daddy dan mama mati! They die cause of you!”


Aku terhenyak.Terketar-ketar bibirku mahu menerima kenyataan pahit itu. Kepalaku seperti dihempap dengan batu besar. Bertubi-tubi menjatuhkan hukuman. Aku tidak mampu berkata apa-apa selepas itu. Lelah dan lemas dalam pelukan Amanda dan Hajah Salma. Hanya memandang Carl yang sudah masuk ke perut kereta sebelum meluncur pergi…

“Dah…Amanda,pergi bawak Kim masuk”Arah Haji Rahman.

Langkahku kelihatan sumbang sehingga Hajah Salma turut memapahku. Sampai di bilik,satu tindakan Hajah Salma buat aku sebak. Dia meribaku dan membaca beberapa surah di telingaku. Aku menangis tanpa suara. Hinggakan aku terlena dengan linangan air mata…


“Kim nak mintak maaf atas apa yang berlaku semalam,umi.”Soalku ketika membantu Hajah Salma di dapur. Bahagian dapur sudah separuh siap. Lagipun memang aku dan Amanda telah memberi dapur,gas,periuk serta keperluan pingan mangkuk yang cukup. Setakat masak nasi goreng apalah sangat! Lagakku dalam hati. Bukan aku tidak pernah masak. Semasa tinggal di…aku menggeleng. Cuba mengusir kenangan di rumah agam yang akan sentiasa tersemat di ingatan.


“Kenapa nak minta maaf? Bukan Kim ada buat salah apa-apa pun”


Aku tersenyum sedikit.Mereka tidak pernah bertanyakan apa yang terjadi. Mungkin saja mereka mahu aku mencuba melupakan akan kisah silamku. Mahu aku memulakan kehidupan baru tapi mampukah aku? Sedangkan dosa-dosaku…sedang mengejar dan menghimpit aku ketika ini.


“Kim banyak buat salah…salah yang sangat besar sampai susah untuk dimaafkan. Kim,…Kim malu dengan semua orang,Umi.”bibirku bergetar menahan rasa pilu.

“Kita manusia biasa. Manusia mana lepas dari melakukan kesilapan. Sebab itu kita digalakkan mohon ampun…mohon kemaafan dari ALLAH. Selalu,Kim. Selalu memohon ampun dariNYA. Sesama kita sekalipun, mereka mungkin akan memaafkan,tetapi mereka takkan lupa. Bukan Kim seorang saja yang pernah buat salah,buat silap…tapi semua orang ada.”

“Tapi kesalahan yang Kim buat terlalu besar Umi. Lebih-lebih lagi dosa Kim pada arwah Daddy dengan mama. Kim tak sempat mintak maaf dekat mereka. Tak sempat jelaskan duduk perkara yang sebenar”

Hajah Salma senyum. Senyumannya penuh kelembutan dan keibuan. Sinar matanya sentiasa nampak tenang. Melihat cara dia melayan dan menasihati Amanda sudah buat aku mengagak dia dan Haji Rahman mendidik anak-anak mereka dengan sempurna. Mereka mempunyai tiga orang cahaya mata. Lelaki yang sulong, kemudian Amanda dan yang bongsu pula adik perempuan Amanda yg berusia 21 tahun yang sedang menyambung pengajian di IPTA.

Sama usianya dengan Mazliana. Apa khabar Mazliana agaknya. Sebaik saja aku meninggalkan rumah dan Tiara Kim Wedding,aku sudah deactivate semua social mediaku termasuk nombor telefon. Kalaulah identiti boleh hilang,nak aje aku hilangkan. Aku mahu memulakan kehidupan baru ku disini.

“Mereka yang dah tiada…kita kena sentiasa sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan yassin. Setiap kali kita bersolat..kita berdoa…jangan lupa doakan arwah. Mana ada ibu ayah yang tak menyayangi anaknya apatah lagi tak mengampunkan kesalahan anak. Memang mereka dah tiada tapi percayalah mereka sedang memerhatikan Kim. Kim tak nampak tapi mereka ada”Mata Hajah Salma terarah kepada sesuatu. Aku turut memandang tetapi tiada sesiapa di luar jendela. Kosong.


Hanya deruan angin yang kuat dan serentak itu air hujan tetiba menitis satu persatu dan semakin lebat. Aku tersentak. Apatah lagi bila melihat pancaran kilat di dada langit.

“Ya Allah…hujan pulak. Baik suruh Amanda angkat baju kat ampaian tu. Amanda!”

Aku tidak berkutik apabila Hajah Salma meninggalkan ruang dapur. Air…aku tidak tahu kenapa aku terlalu takut dengan air. Dirumah baru ini pun aku cuma menggunakan gayung dan baldi. Tidak lagi menggunakan pancuran air water heater kerana setiap kali memandang corong yang berlubang-lubang kecil itu aku seperti nampak ia mahu melemaskan aku. Membuat aku sesak nafas dengan setiap pancurannya tanpa henti.


“Kau dah musnahkan hidup aku,Elliena Kamelia. Sejak kau hadir, hidup aku tak pernah aman. Aku Cuma tahu perasaan benci dan dendam yang tak pernah padam.”

Suara itu!

Aku berpusing mencari suara yang buat jantungku berdegup kencang. Dia ada kat sini? Tiba-tiba kilat dan guruh saling berdentum kuat Aku tekup telinga dan menyorok di satu sudut. Tubuh sudah menggigil. Aku seakan-akan nampak diriku berlari dalam hujan yang lebat kerana tiada tempat untukberteduh.

“Ariel…Ariel please open the door. It’s freakin cold outside!”

“Ariel…tolong i… i merayu…I sejuk kat luar ni!”

Aku merayu dan menangis tanpa henti. Tubuhku menggigil kerana kesejukan. Satu tubuh sudah basah lecun.


“Nak ke mana tu?”


“Tinggalkan I! Leave me alone!”Pekikku nyaring. Kenapa dia ikut aku sampai ke sini? Selagi aku hidup,dia takkan berpuas hati untuk lunaskan dendamnya!Satu pelukan hadir buatku dan aku meronta melepaskan diri. Kali ini bayang Tengku Farizal pula yang hadir. Aku mula terbayang dia mengheretku ke katil dan cuba memperkosa. Makin kuat jeritan dan rontaanku. Merayu-rayu minta dilepaskan. Ada beberapa suara dikelilingku. Riuh dan kelam kabut.


“Mengucap sayang,mengucap…sebut Allah…Allah..Allah…”


Aku cuba menyebutnya. Walau sukar aku gagahkan diri untuk menyebutnya sebelum segala-galanya menjadi gelap.

Sorry hari ni lambat..sbb HZ ada edit2 sikit.. Tu lah cuti dah habis pulak huhu..tu lambat sikit update tu.. Happy reading & sorry utk kekurangan yg ada..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience