SPECIAL CHAPTER 2
Kim..
“Do you ever…recognized her?”
Soalan Tengku Zariel bersama nada suara yang sedikit teragak-agak itu buat aku menarik nafas panjang.
“Should i?”
“Abang tak ada apa-apa dengan dia, Kim. Demi ALLAH…”
“Jangan guna nama ALLAH kalau cuba nak selamatkan diri”
“Tapi abang cakap perkara yang betul. Abang tak tipu, abang tak pernah curang walau sekali pun sejak kita kembali bersama. Tapi…abang mengaku apa yang berlaku kesilapan abang, itu zaman jahiliah yang abang tak nak masuk dalam lipatan sejarah hidup abang. Kim..ingatkan perempuan yang Kim jumpa di luar Qalesh…hampir 5 tahun yang lepas?”
Nelly. Sebaris nama itu buat kepalaku kembali berdenyut namun aku masih berdaya kerana aku sudah ingat siapa wanita itu sebaik saja aku membuat keputusan untuk ke sini.
Dia wanita yang aku tengking dan melemparkan telefonnya sehingga pecah kerana sikap gilaku terhadap Tengku Zariel dulu. Tetapi, aku gilakan suami sendiri jadi bukan salahku.
“Nelly tu…dah lama minat abang jadi abang sengaja minta dia datang untuk sakitkan hati Kim tapi itu dulu, sayang..dulu. Like i said, zaman jahiliah abang”
“Kalau macam tu baik lepas ni salahkan firaun je” Aku sudah bangkit, tidak mahu terus merendamkan kaki di kolam yang terdapat di tepi suite esklusif ini. Sebaik saja perperangan kami tadi, Tengku Zariel membawaku mengambil angin di luar. Katanya boleh membuang segala anasir mahupun syaitan ciptaan kami berdua.
“Sayang, please…” Tangan kasar itu meraih jari jemariku, membuatkan aku tidak jadi bangun. Kembali menolak kaki ke dalam air yang tidak lagi menjadi trauma.
“Abang tak sangka sebab abang tak ada berhubung dengan dia lansung selepas tu, walaupun sepanjang dua tahun Kim dengan abang tak berjumpa. I don’t know , mungkin dia berdendam dengan abang. I need to figure it out.”
“We…” Aku lantas menyampuk membuatkan kepala Tengku Zariel laju memandangku. Terus dia menggeleng.
“No, you’re not. Abang masih selidik macam mana dia boleh tahu. From head to toe. Kim tunggu sini, abang dah mintak izin Vee untuk letak bodyguard dekat luar bilik. Adam dan Kira pun abang dah hantar dekat rumah mama, mereka di awasi jadi Kim tak perlu risau. Abang nak buat perhintungan dengan dia. Kim tunggu abang ya?” Tangan kasarnya hangat menyentuh pipiku. Dia merapatkan dahi kami berdua. Mata terpejam rapat.
“Answer me, sayang. Will you wait for me?”
Aku buka mata. “ And what makes you think you allow to meet her alone, without me? After what just happened, I will not sit around and have another thought you’re having a candle light dinner, have some chit chat with her? Obviously no! Cepat siap. I’ve got a deal for her!” Aku terus bangkit meninggalkan Tengku Zariel yang terkial-kial mengikut langkahku.
“Well,,,you’ve quite unique taste huh…” Nelly menunjukkan sekeping kad yang tertulis jemputan dari aku untuk bertemu dengannya di satu tempat. Aku melihat dia memakai gaun berwarna merah yang terdedah di bahagian bahu juga belahan kain yang mengancam, menampakkan sepasang kakinya. Sudahlah berparut, mahu juga menunjuk! Sempat aku mengutuk dalam hati. Baru lima saat kami bersua lagi, hatiku sudah panas membara membuat andaian Nelly sepertinya menunggu seseorang.
“You look disappointed. Looking for my husband?”Soalku selamba membuka menu di tangan. Aku juga tidak mahu kalah memakai gaun labuh berwarna royal blue. Rambutku sanggul tinggi , membiarkan anak rambut jatuh dikiri dan kanan.
“Wow…I never thought you could ‘recover’ this fast. You amazed me within 48 hour since our last ‘meeting’”
Aku tersenyum nipis. “Recover from what? Past is past, Nelly. Get a life, dude!” Aku menyimpan tawa melihat wajah Nelly berubah. Sepertinya dia tidak menyangka aku boleh setenang ini, tidak seperti kelmarin. Hasil siasatan Shamel, dia Berjaya mengesan lokasi kediaman juga tempat kerja wanita itu. Malah, rahsia Nelly juga mereka sudah tahu.
“So, dah habis tengok? Shall we?” Kataku lagi yang membuatkan dahi Nelly berkerut.
Meletus ketawa kecilku sambil mengangkat tangan. “Sorry, my bad. I mean, order. Get me beef wellington with halal version and get rid the penyondol flavour…”Sempat aku menambah ayat yang berada di dalam menu itu walhal tiada kaitan pun.
Hening seketika malah pelayan itu juga seperti terkulat-kulat dengan pesananku. “What? Preggy mom always like this.”
“Only one meal? Come on, Nelly. Bill on me. I ikhlas”
“No, thanks. Takut tak habis nak makan. Lainlah you, makan untuk dua orang”
“Thanks for your concern but I hope you wont regret it. You need energy after this”
Nelly ketawa walau aku tahu dia tidak mengerti namun wanita itu tetap bijak untuk membidas kata-kataku. “Kim, I think you should get rest after this. I tak perlukan tenaga yang banyak hanya untuk berjumpa dan bercakap dengan you.”
“You know what, Nelly? You’re so damn right. I feel more energetic because I’ve spent a night with my husband last night…and before I came to see you. Nampak berseri kan?”Aku ketawa gedik, apalagi melihat wajah itu berubah merah.
“Straight to the point. What’s your deal?”
Aku mengambil masa untuk menjawab. Menghirup lychee pink lemonade yang baru tiba penuh bergaya. Tidak lama selepas itu, seorang pelayan meletakkan dua pasang night vision goggle di atas meja sebelum berlalu. Aku mengambil satu seraya memandang wanita itu.
“Grab it and you know. This is my deal”
Mulut Nelly melopong. “You…”
TUT!
Lampu yang tadinya menerangi restoran ini terus berubah gelap gelita. Anehnya, yang menjerit hanyalah Nelly. Pelanggan yang tadinya ada sedikit tidak terkejut mahupun menjerit.
“Pakai, Nelly sebelum kau tak nampak selama-lamanya.”Bisikku apabila melihat Nelly sudah tidak tentu arah. Dari goggle vision ini aku nampak dengan jelas reaksi dan gaya bahasanya. Sesuatu yang aku tidak sangka aku boleh melihat sisi Nelly yang satu ini.
“Kim! Kau jangan main-main dengan aku lah! Lebih baik kau buka atau…”
“Or what Nelly? Aku Cuma ajak kau untuk berborak…sebagai teman lama.”Aku memulangkan paku buah keras kerana segala perkataan yang dilemparkan kepadaku sewaktu didalam keretanya masih tersimpan kemas di ingatan.
Aku melihat Nelly menggunakan lampu daripada telefonnya sebelum memakai night gogle vision itu sebelum jeritannya pecah lagi.
“Pfft, Nelly. Could you please come down for a second? Or wait, what about an half an hour? The deal just started…as your wish” Aku bertepuk tangan sebanyak tiga kali dan sekelip mata restoran yang telah diubah suai dalam masa beberapa jam sebelum kewujudannnya berubah . Tiada meja, kerusi, pelanggan…segalanya sudah tiada! Yang ada hanya lah beberapa cermin yang tinggi menggelilingi tubuh Nelly yang pastinya semakin panik.
Lucu. Bagaimana Nelly yang angkuh dan sinis berubah menjadi seorang pengecut dalam sekelip mata?
“Kim! Kau dah gila ke?!” Jeritan Nelly bagaikan echo yang memantulkan semula suaranya seperti kami berdua berada dalam gua.
“Aku atau kau yang gila, gila?! Siapa yang mulakan dulu, aku atau kau!?”
Aku berpusing dibelakang setiap cermin disitu namun Nelly tidak dapat melihatku. Aku menekan sesuatu pada alat yang berada di tangan, membuatkan pantulan figura Nelly berubah. Terdapat tulisan LED disitu yang tertulis
‘Ariel & Kim’
Setiap cermin kemudian dipancarkan melalui monitor yang memaparkan satu persatu gambar aku dan Tengku Zariel dari saat kami bertemu semula. Dari pertemuan kami di Kedah sehinggalah lahirnya kembar kesayangan kami berdua. Sedar tak sedar, sudah tiga tahun usia mereka dan bakal menjadi kakak dan abang tidak lama lagi. Percayalah, jika tidak memikirkan aku sedang hamil, mahu saja aku berlawan gusti dengan si kerinting ini namun dilarang keras pula oleh Tengku Zariel.
“Kau ingat aku peduli semua ni, Kim?!”Tempik Nelly bengang seraya menanggalkan gogle dan dicampak ke lantai.
Aku ketawa mengilai. “Of course you care, Nelly. I want to show you my family. My. Happy. Family. Did you ever play happy families card game? You know there’s doctor family, butcher, painter but sadly..there is no betrayal family…like you!” Aku menekan butang yang seterusnya yang memaparkan gambar miliknya dan seorang lelaki . Wajah mereka seiras yang menunjukkan mereka merupakan dari keluarga yang sama.
Sungguh, aku masih tidak percaya namun pada masa yang sama aku kesal.
Wajah Nelly kelihatan begitu terkejut walaupun aku melihat dia sedaya upaya mengawal amarahnya. Itu lah reaksiku pada saat pertama aku tahu dia sedang memetik ‘suis’ yang sudah tertanam dalam hidupku…dahulu.
“Kau ugut aku, Kim?”
“Macam yang kau cakap…duit boleh buat apa sahaja. Begitu juga aku. Siapa lagi yang nak habiskan duit suami kalau bukan isteri sendiri?”
Bunyi yang sedarinya diam yang terpasang ditelingaku kedengaran. Terdengar suara hatiku . “Ehem. Sayang…”
“What? I’m just spit the fact”Bisikku melalui earpiece ini.
“Okay, fine…fine. Should I call our army right now?”
Bibirku mengukir senyuman tanda membenarkannya. “Our small army…”
Walau bingit mendengar suara Nelly menjerit marah, bunyi wisel mematikan jeritannya sebelum lampu sportlight berwarna putih menerangi Kawasan yang tadinya gelap. Belum sempat Nelly memulihkan penglihatannya, sekali lagi jeritan Nelly pecah apabila wajah dan tubuhnya disembur dengan air.
Aku sudah mengekek ketawa melihat Adam dan Akira asyik menekan picu pistol air itu tanpa henti. Itu mainan yang dibeli oleh Tengku Zariel apabila melatih mereka berenang dari bayi lagi. Hampir setiap petang itu aktiviti kami sekeluarga meluangkan masa bersama sebaik pulang dari kerja.
“Hei, budak! Stop it!”
“Haha! Tembak..makcik!Puff, hilang!”Adam menceceh entah yang apa-apa tetapi aku cukup puas. Namun demi melihat Nelly yang sudah mara menghampiri anak-anakku, aku bergegas masuk ke dalam bulatan itu sebelum melemparkan tepung ke seluruh tubuh wanita itu terutamanya di rambut kerintingnya.
“Kira, cepat sayang. Ingat tak Mommy suka buat apa kalau cuti?”
“Baby pancake!” Akira terus menembak kea rah rambut Nelly. Habis melekat segala tepung di rambut dan wajahnya. Sebiji seperti maggi yang disalut tepung!
“You wanna build a snowman…”Adam mula menyanyi. Sesekali dia melompat girang seperti kami berada di tapak permainan di belakang rumah.
“Bukan snowman sayang, it’s maggi witch…”Satu suara menyampuk dari belakang sebelum mendukung Adam ke dalam rangkulannya. Aku pula mencapai Akira yang masih mengekek ketawa. Apatah lagi apabila melihat Nelly berlari lari anak mengelak.
“You will paid for this…both of you!”
Aku baru mahu membalas sebelum melihat mata Tengku Zariel berubah sinar garang yang aku pernah lihat sebelum ini . “Hentikan dendam kau, Nelly atau kau akan tertanam dengan dendam kau sendiri. Aku dah buat laporan tentang kau dan abang kau yang dah menyalah guna rekod perubatan pesakit. Silap-silap dia digantung atau dibuang kerja terus.”
“Kau tak boleh buat macam ini, Ariel…”Aku tergelak mendengar suara Nelly yang sudah bergetar ketakutan.
“Nelly…apa yang aku buat ni, bukan untuk menyedarkan kau tetapi aku sendiri. Aku tahu apa kau buat ni bukan sebab perasaan kau tapi kerana tak puas hati pada aku dan Kim. Tapi bila kau gunakan abang kau untuk sebarkan perkara yang dah lama berkubur, kau silap. Kau dah gali kubur untuk kalian berdua sendiri. Tindakan aku dulu mungkin dah buat kau salah faham. Untuk aku minta maaf, aku dah terlambat tetapi bila kau cuba kacau kebahagiaan aku dan keluarga kecil aku, aku tak boleh terima.”
Aku terdiam mendengar kata-kata Tengku Zariel yang penuh tegas, yang Berjaya buat Nelly menikus. Siapa sangka perkara sekecil itu boleh menerbitkan duri yang berbisa yang penuh dendam. Kata suamiku, selepas kejadian aku merosakkan telefonnya, Nelly pernah menghantar resume untuk bekerja di Qalesh Holdings. Kenapa ya aku tidak melakukannya lebih awal? Boleh setiap hari melihat muka Tengku Zariel! Hihi.
Rancangan kami berdua Berjaya ditamatkan pada malam itu juga setelah hampi seharian memikirkan idea untuk membuat Nelly mengaku perbuatannya. Disebabkan restoran ‘ciptaan’ palsu ini bersebelahan dengan hotel yang kami menginap, kami membuat keputusan untuk bermalam saja disitu memandangkan si kembar sudah merengek mahu tidur.
“Mommy…mommy’s tummy..big.. buncit…”Adam menekan perutku yang belum lagi kelihatan namun sudah sedikit buncit.”
“You will see your little brother soon. Are you happy?”Soalku mengucup pipinya yang montel. Akira disebelahnya sudah lama tidur. Kami memilih suite yang terdapat dua bilik untuk menempatkan si kembar kerana dari awal lagi sudah mendidik mereka untuk tidak tidur sekatil bersama aku dan Tengku Zariel.
“No…”Gelengnya polos membuat aku ketawa. Aku mengusap rambutnya berulang kali sehingga sepasang matanya terpejam rapat. Dahinya aku kucup sambil membetulkan selimut di tubuh kecilnya sebelum berlalu. Baru saja aku menutup sliding door , tubuhku ditarik ke dalam pelukan yang aku tahu siapa pemiliknya.
Aku membalas pelukan hangatnya. Menyandar wajah di dada bidangnya. Rentak jantung yang berdegup membuat aku tenang, seperti selalunya. Lama kami dalam keadaan ini sebelum Tengku Zariel bersuara.
“Abang takut…”
“Kenapa?”
“Apa yang berlaku…mengingatkan diri abang siapa”
“Nelly juga mengingatkan siapa Kim…dulu…macam dejavu”
Tengku Zariel meleraikan pelukan. Dia memegang daguku seraya menggeleng. “It’s not dejavu…but repentance, ALLAH forgiveness and redemption for us”
Benar, kami berdua masing-masing tersilap Langkah. Menganggap segala harta di dunia ini bersifat hakiki walhal Cuma sementara. Aku terlalu mengagumi cinta manusia melebihi cinta kepada ALLAH. Begitu juga dengan Tengku Zariel. Dia berubah kerana cinta dan ia bersifat sementara. Musnah perasaan itu, terumbag ambing imannya.
“Dan ada lagi satu pengajaran untuk kita…”Aku melingkarkan tangan di lehernya.
“Apa?”
“Jangan beri harapan palsu pada orang terutamanya rambut kerinting”
Aku menyimpan senyum melihat wajahnya berubah cemberut. “Bukan abang yang cari dia, dia yang datang bagi hadiah dekat abang. Kim tu…dulu ambil hadiah sampai buat satu bilik untuk simpan”
“Wow…jealous much?”
“Of course I am..you’re my wife, my soul, my heart, my life…”Tengku Zariel menunduk mengucup bibirku bertalu-talu setiap kali menyebutnya. Aku ketawa manja.
“And my big big big baby” Kali ini dia mengucup bibirku lebih lama dan aku membalasnya . Tangan kekarnya mengangkat tubuhku ke katil , membiarkan aku lemas dalam lautan cintanya.
Aku selamat melahirkan anak ketiga kami yang diberi nama Adzwin Kefli. Kali ini aku tidak mengandung kembar namun kami tetap bersyukur kerana bayi lelaki yang seberat 3.2 kg ini sihat dan yang penting, ikut wajahku. Selepas kejadian yang berlaku bersama Nelly, kami berdua membuat keputusan untuk menarik balik laporan polis namun tetap tegas meneruskan saman ke atas abangnya yang merupakan salah seorang rakan Amanda yang merawatku dulu atas kesalahan melanggar kuasanya sebagai seorang doktor yang menyebarkan maklumat pesakit. Dari segi undang-undang, Dia telah melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi apabila dia menyebarkan maklumat tanpa kebenaran pesakit.
Nelly merayu sehingga berjurai air mata sekalipun, Tengku Zariel tetap meneruskan tindakannya dan aku hanya menurut. Ini bukan sahaja untuk Nelly tetapi untuk keluarga kecil kami.
“Untuk baby akan datang, mesti ikut muka abang pula. Baby girl”
Dan ketawa kami terus Bersatu. Aku memejam mata apabila Tengku Zariel mengucup dahiku sambil mulutnya tidak berhenti mengucap syukur dan terima kasih. Aku bahagia…
Kashmir, menjadi pilihan destinasi kami sekeluarga pada tahun ini. Kami menetap di Sonamarg, yang merupakan salah satu lokasi pengambaran dalam Filem Bajrangi Bhaijaan yang dibintangi oleh Salman Khan. Namun, Adzwin tidak dapat ikut kerana usianya masih kecil. Aku pula, habis pantang saja sudah merancang untuk berjalan kerana tidak tahan mahu menikmati pemandangan gunung ganang di Kashmir ini. Melihat betapa hijaunya sekeliling, juga memandang gunung yang diselaputi salji..sungguh menenang dan mengasyikkan mata yang memandang.
Aku menolong Akira memasang but dan poles sebaik saja memasang ski di kaki mereka . Ini bukan kali pertama kami membawa mereka aktiviti ski ini . Adam dan Akira masih kekok dan banyak kali juga tergolek namun mereka hanya ketawa. Mungkin saja jatuhnya hanya mengenai salji, bukannya lantai yang keras. Merah wajah mereka berdua menahan sejuk.
“Daddy! Angkat!”Aku hanya memandang apabila melihat Akira menghulurkan tangan mahu diangkat apabila dia terjatuh namun Tengku Zariel hanya menjungkit bahunya.
“Cuba tengok abang. Step by step.” Tengku Zariel bertinggung di tepi anaknya, meluruskan jari ke arah Adam yang terjatuh namun anak itu bangun sendiri.
Aku menahan diri dari menolong Akira yang terkial-kial. Tindak tanduk itu mngingatkan pada Tengku Zariel ketika dia tidak reti bermain dahulu. Entah berapa kali jatuh, tersembam sehingga lebam sana sini dan sekarang dia lebih handal dariku.
“Okay!”
Aku tersenyum senang. Ya, tidak semua perkara kita perlu panik di saat anak sedang meneroka sesuatu yang baru dan kekal tenang. Mereka juga perlu tahu bahawa ibu bapa tidak sentiasa ada bersama dengan mereka.
Lama juga kami menghabiskan masa di ski sebelum membawa mereka berjalan di Tasik Gadsar dan Tasik Gangabal . Apa yang menarik adalah pemandangan di balik tasik tersebut yang memukau.
“Can i swim?”
Aku ketawa sebelum menarik tangan kecil Adam. “ Cuba rendam tangan dulu”
Adam akur sebelum dia berlari memeluk tubuhku dengan mengigil. “ Mommy!”
“Rasa nak mandi lagi tak?” Sakatku sebelum tergelak bila dia menggeleng laju. Pergi pada bulan Mac walaupun pada musim sejuk tetapi tidak terlalu sejuk pada waktu November sehingga Disember kerana suhunya saja boleh mencecah sehingga -8 darjah celsius.
Pada hari kedua pula kami bermalam di Pahalgam. Sepanjang perjalanan, aku dan Tengku Zariel tidak melepas peluang merakam setiap detik yang berjalan melihat bunga yang sedang mekar pada setiap bahagian. Cantik. Malah, tidak sukar mencari makanan yang halal kerana kebanyakan penduduk di Kashmir merupakan Muslim.
“Sini, abang pegang” Tengku Zariel memaut pinggangku pada saat aku mahu menunggang kuda yang berwarna hitam sebagai aktiviti kami pada hari ini. Akhirnya, tercapai jua impian kami bersama mahu menunggang kuda bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam semula jadi di bumi Kashmir ini.
“Abang jangan macam-macam ya. Jangan nak menggatal dekat sini”Aku mengecilkan anak mataku namun suamiku hanya tergelak. Hanya dengan sekali paut saja, tubuhku sudah berada di atas kuda tersebut.
“Apa salahnya…baby number is coming…”Dia mengenyit mata sebelum berlalu naik ke atas kuda yang dipilihnya. Adam di pangkuanku manakala Akira pula seperti biasa melekat dengan Daddynya. Mujur jua mereka berdua cepat menyesuaikan diri disini. Lagipula, sebelum ini juga Tengku Zariel rajin membawa kami pergi menunggang kuda di kelabnya.
“YA ALLAH…cantiknya. Macam tak percaya pemandangan macam ini boleh wujud di depan mata” Suara Tengku Zariel di sebelah yang membuatku tersenyum. Sukar aku gambarkan melalui kata-kata. Walaupun penempatan ini pernah bergolak pada satu ketika dahulu tetapi masih lagi menjadi tarikan pelancong. Dan aku sudah tahu jawapannya. Keindahan yang hakiki.
“Kim pun tak percaya dengan apa yang Kim nampak sekarang, selain apa yang abang nampak”
Dahinya berkerut. “Maksud Kim?”
“Kita…”Balasku hampir tidak kedengaran. Sesekali aku mengeratkan pelukan di tubuh kecil Adam yang adakalanya mengigil mungkin kerana kesejukan. Akira pula diam, memerhati Kawasan sekelilingnya. Berbeza personaliti Adam dan Akira walaupun mereka kembar. Adam sedikit pendiam dan penakut berbanding Akira yang berani. Aktiviti yang kami sering lakukan bersama seperti berenang dan menunggang kuda pun mengambi masa yang lama untuk Adam ikut bukan kerana lambat tetapi seperti berhati-hati untuk mencuba sesuatu yang baru.
“Kita. Takdir. Redha. Cinta. Semuanya campur menjadi satu” Sambung Tengku Zariel. Mata kami bergabung bersama panahan cinta yang terpancar. Benar kata orang, fasa lima tahu perkahwinan punya cabaran yang tersendiri dan kami Berjaya melaluinya bersama walaupun aku hampir ‘menghidupkan’ diriku yang lalu tetapi cubaan itu gagal sama sekali. Bukan saja kerana usaha tetapi doa dan yakin ALLAH itu ada.
“Bercampur menjadi satu dan selepas itu apa?”
Tengku Zariel tidak menjawab sebalikya dia tersenyum sebelum menghulurkan tangannya. Aku menyambutnya senang. Sekali lagi pandangan kami beradu tepat.
“Kebahagiaan….”
TAMAT
Assalamualaikum, selesai sudah Henti Lukai Aku sebaik saja HZ update dua bab tambahan. Sorry mengambil masa yang lama sebab awal tahun ni banyak betul cabaran dan dugaan di tempat kerja. Baru saja nak semangat untuk tahun baru 2024 tapi nak tak nak, hidup perlu diteruskan. Makan tetap kena makan. Eh, apa kena mengena? Haha!
Untuk special bab HLA ni, HZ nak jugak up yang happy2 memanjang tapi susah kalau dah asyik buat cerita berat, special chap pun nak juga berat haha! Macam ayat Ariel, dia bawa dosa ini sampai mati. Walaupun dah Berjaya dapatkan kemaafkan Kim, bahagia sampai beranak pinak tapi percayalah, perasaan sesal dan bersalah tu tetap jadi daging sampai bila-bila.
Siapa yang tak ingat watak perempuan kerinting tu ada di BAB 19 kalau tak silap tapi masa tu tak diberi nama. HZ sengaja nak up balik masa silam Ariel dan Kim sebab masing-masing ada buat silap, dosa tapi mereka berdua sempat berubah kea rah yang lebih baik dan bertaubat, hehe. Rasanya, dalam banyak2 karya HZ…hero heroin HLA paling banyak kena kecam. Baik Kim, mahupun Ariel. Sorry, kalau tak kena dengan citarasa pembaca tapi HZ hargai sangat-sangat korang sudi baca walaupun dah repeat banyak kali. Tiada perubahan jalan cerita melainkan beberapa scene tambahan.
Terima kasih kepada yang sudi membaca, menunggu, donate coins, komen…maaf HZ tak sempat nak reply satu-satu jadi HZ komen secara open di komen tapi HZ baca tau komen2 korang. Hihi…
Terus menyokong karya-karya HZ and love u guys…
Yang Ikhlas,
HAZELIA
TAMAT SUDAH.... TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT..
Share this novel