BAB 51
Air teh O yang masih mengeluarkan kepulan asap kecil aku pandang kosong. Dah 10 minit berlalu dan mata ini cukup suka merenung permaidani lusuh daripada memandang renungan tajam pemuda didepan aku ni. Kalah mata helang Tengku Zariel Zahari.. Seorang helang seorang lagi garuda. Memang patutlah mereka kawan kot.
Tapi aku sedar, dia jadi begini disebabkan aku dan aku tidak punya seribu alasan untuk menentang.
Dari saat dia pandang aku semasa tiba dirumah,dapat aku agak dia bukan lagi kawan yang aku pernah rapat satu ketika dahulu. Sayang…segalanya musnah disebabkan naluri wanita ini.
“So…selama sebulan ni,you yang ‘Simpan’ Ariel?”
‘Simpan? Adakah aku dituduh sembunyikan kan Tengku Zariel dari saat pertama dia yang muncul didepan rumah aku?
Laju aku menggeleng “Tak bukan saya. Saya…”
“Stop pretending,will you? I heard enough, Kim! It just make me sick when realize you always be his shadow all this while! You never leave him when you’re supposed to be! Can’t you just go?!”
Hatiku terhiris. Cukup tajam dan ngilu. Ini kali pertama Harith cakap sekasar ini denganku sepanjang kami berkawan tapi untuk situasi sekarang, aku bukan kawannya lagi.
Harith bersandar di sofa sebelum kembali duduk tegak,mengibas kotnya seperti terkena sesuatu yang kotor. Agaknya sebab melihat warna sofa yang sudah lusuh dan buruk. Kali ini ,aku tak dapat menahan diri terasa hati. Sahabatku yang sering menyokong, menggembirakan aku kini sudah beralih arah.
“Dah tak ada duit nak tukar baru? Oh lupa,ni pun rumah sewa kan. Kerja pun dah tak sama macam dulu,mana mampu lagi nak duduk rumah besar ? Rumah dekat KL tu,dah jual ke sebab I tengok dah tak ada orang duduk dekat situ tapi barang masih ada lagi. Pencuri nak masuk pun fikir banyak kali”
Diam. Lebih baik aku diam dari cakap. Makin aku bersuara,makin dia sakit hati. Makin suka dia buat aku terluka mengenangkan persahabatan kami yang tak macam dulu.
“Apa niat you ? Apa plan you? Or should I say this is your backup plan? Bawak Ariel jauh dari sini,jauh dari Qalesh Holding,jauh dari family dia?”
Bunyi erangan seseorang mematikan situasi tegang kami berdua. Harith bantu memapah Tengku Zariel duduk di sofa. Kepalanya berbalut, ada plaster di muka dan lengannya. Aku sedikit segan mengenangkan kisah semalam. Sepatutnya aku tolong Tengku Zariel,ini terbalik pula. Terkejut aku pagi tadi bila bangun dari tidur. Aku berada di katil dan Tengku Zariel dibawah Berkerut-kerut dahinya ketika tidur semalam. Pasti dia menahan sakit dan sejuk.
“Berbual apa? Macam serious je bunyi?”
Pandangan mata aku dan Harith bersabung. Dia tersenyum namun hanya aku saja yang tahu makna senyumnya itu.
“Saja bual kosong. Lama tak jumpa dengan kawan lama. Kan Kim?”
Hanya anggukan yang aku balas.
“Ariel…bila kau nak balik? Sebulan kau menghilang. Aku dapat tahu kau kat sini pun sebab kes nil ah. Nasib kau tak ada apa-apa.”
“Aku okay,tak ada apa-apa. Esok lusa baik lah tu. Aku hargai kedatangan kau kat sini tapi sekarang bukan masanya,Harith. Bukan masa untuk aku balik.” Jerih mata Tengku Zariel memandangku. Sikapnya sukar aku duga. Semalam dia berubah jadi pendiam. Seperti sukar terima sakit yang aku alami. Adakah sebab kejadian pagi tadi dia berubah lagi? Kedatangan Harith kesini dah cukup bagi aku kejutan. Jadi,apa yang aku mampu lakukan jika ada kejutan lagi?
Dengusan kasar keluar dari mulut Harith.
“Qalesh Holding perlukan kau,projek yang bernilai jutaan ringgit perlukan kau dan apa yang penting,Mama kau dengan Izal perlukan kau. Takkan kau sampai hati tengok Izal yang masih bertongkat tu terkial2 handle sorang? Kau bukan setakat lari tapi kau tipu semua orang! Ada projek kat sini konon padahal kau dengan perempuan ni kan?!”Lurus jari Harith menunding kearahku.
“Kim tak ada kena mengena dalam hal ni,Harith. Dia tak salah,dia tak tahu apa-apa pun!” Suara Tengku Zariel mula tinggi.
“Oh sekarang kau dah pandai nak backup dia pulak? Kau lupa siapa dia,Ariel? Kau lupa apa yang dia pernah buat dekat kau? Dekat keluarga kau??!”
Tidak tertanggung rasa ini mendengar kata-kata Harith yang mengingatkan aku siapa diriku yang sebenar. Aku berlari masuk ke bilik,mencapai kunci kereta dan keluar. Tidak peduli teriakan panggilan Tengku Zariel. Pedal minyak aku tekan kuat.
Tidak tahu kemana tujuanku tetapi aku harus pergi. Air mata sudah bertakung …
“What the hell are you doing?!”Tempik Tengku Zariel bengang. Harith tarik muka.
“Aku buat apa yang sepatutnya aku buat sebagai seorang kawan. Salah?”
“Kau pun kawan Kim jugak,Harith!”
“Once..but not anymore”
Terpejam mata Tengku Zariel dengan bicara selamba Harith. Puas dia cuba menelefon Kim tapi Kim langsung angkat. Kemana Kim berada sekarang dia tak tahu.Terpaksa menyuruh pembantunya ekor kemana Kim pergi. Dia nak kejar pun tubuhnya tak larat. Masih berdenyut-denyut kepala dan belakangnya.
“Mana kau dapat cari aku?”
Telefon bimbit dikeluarkan dari poket. Menunjukkan senarai panggilan dan juga beberapa mesej kepada Tengku Zariel yang kemudiannya mengeluh.
“Setiap hari Izal dengan Mama Ida call,text aku suruh cari kau. Cari kau yang entah kemana menghilang dengan bodyguard kau tu. Sampai aku terpaksa desak secretary kau beritahu projek apa yang penting sangat dekat Kedah ni sampai kau hilang tanpa khabar berita. Aku tak ikut kau,Ariel tapi aku dapat rasa kedatangan kau ke sini bersebab.”
Lama Tengku Zariel membisu. Harith terlalu banyak tahu tentang hidupnya. Mereka berdua terlalu rapat,macam adik beradik jadi mustahil dia mampu nak tipu sahabatnya itu.
“Harith,kau tak faham….”
“Apa lagi yang aku tak faham ,Ariel? Hakikat yang cintakan dia? Lepas dia hilang baru kau nak mengaku? Ke kau rasa serba salah sebab Kim dah lain,dah berubah,sebab dia sakit?”Laju Tengku Zariel mengadapHarith yang tersenyum sinis. Mana Harith tahu?
“Kau mesti pelik macam mana aku boleh tahu kan? Ariel,look. Aku tahu sebab aku tak nak Kim cuba ganggu kau. Ni mungkin salah satu trick and you know what she;s ability. We know what she can do. Abang dia doktor di hospital besar dekat sini dan kakak ipar dia seorang Doktor Psychologist. Setakat nak reka rekod perubatan Kim tu apa lah sangat! Kim mungin berpura-pura sakit,ada PTSD sebab apa? Sebab dia nak gunakan kau! Kim tahu satu hari nanti kau akan cari dia…sekarang ni dia Cuma sediakan diri dia,untuk pastikan kau melutut kat kaki dia!” Panjang lebar Harith memberitahu. Tegang wajahnya. Sungguh dia bengang dengan Tengku Zariel yang begitu mudah tunduk dengan Kim.
Tangan tengku Zariel naik mengusap wajah dan rambutnya silih berganti. Dia menggeleng.
“Apa maksud kau dengan gelengan tu? Kau nak cakap aku tipu?”
“It wasn’t like that,Harith. Aku bukan tak percaya but the things is…you should look her condition with you own eyes! She;s sick because of me!”
“Now you really fall for her,Ariel. This is all her tricks don’t you realize that? She’s using you! Look at around you,look at yourself. Kau duduk kat rumah kecik ni,makan entah apa2 sampai tak terurus dan…rumah kena pecah masuk? Ariel,cuba kau fikir. Apa yang ada dekat rumah ni sampai orang nak rompak? Ini plan Kim supaya kau kesian dekat dia. Cederakan kau supaya kau tak balik rumah. That’s it!”
“I heard enough,Harith! Boleh tak kau cuba berhenti untuk sesaat? I;m not in a good condition so please,don’t try to make it worse. Aku hargai sangat-sangat kedatangan kau ke sini tapi berhenti cerita yang bukan-bukan pasal Kim. Kim tak salah dan aku tahu bukan dia yang buat semua ni. Kalau dia yang rancang semua ni,kenapa baru sekarang dia nak buat? Kenapa bukan sebelum ni?” Tukas Tengku Zariel geram. Makin banyak Harith beritahu,makin dia bingung. Kepalanya semakin berdenyut-denyut mendengar tuduhan tidak berasas kawannya itu.
Harith menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan sikap lelaki itu. Dia pasti Kim guna kemampuannya pada Tengku Zariel.
“Okay…aku tak nak gaduh dengan kau. Kau kawan aku,kita kawan pun dah lama. So aku taknak disebabkan Kim,kita gaduh. Aku dah serik. AKu buat semua ni sebab aku taknak dia musnahkan hidup kau lagi. Sekarang ni,kau rehat banyak-banyak. Aku dah call doktor peribadi kau,he’s on his way. Next week,kau ikut aku attend annual dinner klien aku. At least,boleh jadi bukti kau ada ‘kerja’ dekat sini untuk Izal dengan mama kau”
Aku duduk berteleku di bangku kayu. duduk memeluk lutut. suasana semakin gelap. Bila-bila masa sahaja matahari akan melabuhkan tirai dan aku masih setia di sini sedari pagi tadi. Tak makan,tak minum,tak tidur…itulah aku.
Selepas keluar dari rumah,terus aku ke tanah perkuburan. Mahu berjumpa dengan mereka yang masih menyayangiku. Aku tahu mereka ada disini tapi tak terkesan . Bukan aku tak takut kelar seorang lepas apa yang jadi semalam tapi sungguh aku tak mampu nak berdepan dnegan Harith.
Harith,antara kawan yang paling aku akrab. Dari zaman belajar lagi. Kami rapat dan aku sangat selesa dengannya kerana dia seorang yang jujur. Termasuklah perasaannya terhadap aku walaupun dia tahu aku menyukai Tengku Zariel. Harith selalu berada disamping ketika susah dan senang. Dia yang bagi aku semangat setiap kali ditolak oleh Tengku Zariel. Walaupun Harith merupakan anak ahli kenamaan tapi dia sangat rendah diri termasuk keluarganya.
Tetapi tadi…matanya,renungannya,bicaranya cukup mengatakan kebencian dia terhadapku. Pedih. Tak sanggup aku dengar segala tohmahannya tadi walaupun hatiku tercuit dengan tindakan Tengku Zariel yang membelaku. Tapi dia bela orang yang salah.
Saat aku masih berangan, ada tangan yang sedang memegang jambangan coklat dan bunga menutup pandangan. Aku segera menoleh. Mulut ternganga sedikit.
“Ingat lagi bouquet full with chocolate and flowers yang Kim bagi abang setiap hari sampai penuh pejabat abang? Coklat,kad,bunga semuanyalah sampai terpaksa sumbat dalam stor”
“Bukan awak terus buang ke bila saya bagi? Tak pun awak bagi orang lain”
Riak wajah Tengku Zariel berubah sedikit sebelum dia kembali senyum. Perlahan-lahan dia ambil tempat di sebelah dengan nafas berat.
“Sorry,saya tak sengaja. Hmm,kenapa awak keluar dari rumah? You’re still bleeding”
“Kenapa Kim pergi?”
Soalan dibalas soalan. Bibir bawah aku ketap.
“Abang nak mintak maaf bagi pihak Harith.Tak tahu sejak bila mulut dia laser macam tu. Agaknya Kim kot yang ajar…”Seloroknya,aku senyum kecil.
“Harith….”Kata-katanya aku potong. Tidak mahu aku terus jadi topic utama antara kami. Aku tak penting dan aku tak pernah penting dalam hidup sesiapa.
“Kenapa dengan Harith? Dia dah balik,jangan risau dia tak duduk sekali dengan kita”Guaraunya. Aku tersenyum lirih.
“Benci sangat Harith pada saya. Tapi saya faham kenapa Harith bertindak macam tu. I’m deserved it. You should listen to him. Everything came out from his mouth is true”
“So,when you say you love me..is that true..till now?”
Aku terpaku. Matanya aku cari. Terkejut dengan soalan yang aku tak terfikir akan ditanya oleh Tengku Zariel. Dia tidak pernah peduli apa perasaanku sebabnya Cuma satu. Dia tidak pernah cintakan aku.
Aku menolak perlahan tangannya,menoleh ke arah lain. Menarik nafas dalam. Terlalu lama mencari kekuatan.
“Ariel….demi ALLAH,saya tak pernah berhenti cintakan awak”Suara bergetar hebat diriringi dengan mutiara jernih yang laju menuruni lekuk pipi. Ini bukan kali pertama aku mengakui perasaan ini terhadap dia. Dah lama. Terlalu lama. Dari dulu lagi aku tak pernah jemu ungkap benda yang sama walaupun aku tahu aku bertepuk sebelah tangan.
“Dari dulu,bila saya suarakan,saya betul-betul maknakan. It never changed from the beginning even you hate me till the end.Even sometimes,I feel ashamed of myself because I keep said the same thing to you. You know,you realized but you never feel the same way. And I also knew it but I was so stubborn!” Aku ketawa dalam menangis. Menangisi kebodohan diri ini.
“I never hate you,Ariel. Not even once. It never came into my mind because I love you so much. I might hurting myself if I try to hate you. Love can’t be forced and I’am so sorry, Ariel. You should go back where you belong to. Mama dengan Izal perlukan awak” Aku kesat air mata dengan belakang tapak tangan. Sudah lama aku tidak menangis hingga mengeluarkan titisan mutiara jernih ini. Tidak sangka aku menangis di hadapan Tengku Zariel. Baru aku nak bangun,tiba-tiba Tengku Zariel melutut di hadapanku. Kepalanya menekur ke tanah. AKu terbungkam.
“YA ALLAH,Ariel ! Apa awak cuba buat ni??! Please don’t do this!” Pantas aku memegang bahunya,mahu dia bangun.
Tengku Zariel menggeleng. Dia menyentuh hujung kakiku kemudian lutut sebelum mendongak hingga aku tergamam. Terketar-ketar bibir melihat ada air jerih mengalir keluar dari kelopak matanya. Ini kali pertama aku melihat air mata lelakinya.
“Maafkan abang..tolong maafkan abang,Kim. Tolong ampunkan abang di atas dosa-dosa abang. Apa yang abang dah lakukan pada Kim bukan sesuatu yang boleh dimaafkan,abang tahu,abang faham. Abang mengaku,abang terlalu bencikan Kim dan benci tu makin bertambah bila Kim perangkap abang dulu.Apa yang Kim buat,walaupun sebaik mana,seikhlas mana sekalipun abang butakan mata abang untuk lihat cinta dan pengorbanan Kim terhadap abang.”
Aku menggeleng-geleng dan menggonggoi mahu dia bangun. Tidak tega melihat dia beigini kerana aku tidak layak sama sekali.
“Jangan buat macam ni,Ariel. Please,stand up. Awak tak perlu buat macam ni.Tempat awak bukan kat sini,Ariel. Darjat awak sebagai seorang suami terlalu tinggi . Jangan menangis. It’s hurts me to see you like this. Please,don’t….”Rayuku tidak henti. Sungguh aku tidak sanggup melihat dia melutut dan merayu pada aku yang tidak layak. Aku yang penuh dosa dan noda.
“Layakkah abang jadi seorang suami jika tidak pernah menghargai isterinya? Layakkah abang dinamakan sebagai lelaki jika abang tidak pernah memuliakan seorang wanita seperti apa yang diajar dalam Islam? Dan layakkah abang menjadi seorang manusia sedangkan abang layan Kim lebih teruk daripada binatang. Cuba Kim beritahu abang,Kim rasa abang layak? Sedangkan terima kemaafan dari Kim pun belum tentu abang layak”
“Saya maafkan awak. Saya dah lama maafkan awak,Ariel. Jujur,saya tak pernah benci awak walaupun sesaat. Tak pernah simpan dendam dekat awak sebab saya tahu apa yang awak buat sebab kebencian awak terhadap saya atas apa yang saya dah buat. Saya dah….saya dah terima balasannya,Ariel . Saya dah terima. Allah bagi macam-macam ujian dekat saya untuk sedarkan kekhilafan yang telah saya lakukan . Pada arwah daddy,arwah mama,awak dan orang sekeliling saya.”
Tidak berkelip mata Tengku Zariel mendengar kata-katakuku. Makin deras air mata ini mengalir mengenangkan apa yang telah aku lakukan terhadapnya,juga akibat dariperbuatanku.
“Awak boleh ceraikan saya,Ariel, Saya takkan tuntut walau satu sen pun daripada awak. Saya janji! Ariel…i want you to be free. I know I can’t stop the pain in your heart . I know I’m hurting you so bad. Who I become today is not your fault. This is the price that I had to pay for all my mistakes,sins. I…I let you go”
“But I won’t.Abang tak nak pergi.”
Aku bungkam. Mataku yang berkaca
tertunak lama membalas renungan sayunya.
“Abang taknak Kim lepaskan abang dan abang takkan ceraikan sayang. Macam mana abang nak pergi kalau abang cintakan Kim?”
Sekali lagi aku termangu. Kalimah itu seperti menghentikan seluruh masa dan benda hidup disekeliling kami berdua. Satu lafaz yang sudah lama aku angankan walaupun Cuma dalam mimpi. Satu lafaz yang Tengku Zariel pernah bersumpah dihadapanku yang dia tidak akan sesekali cintakan aku hatta sesaat. Makin laju air mata aku keluar.
Bibir terketar-ketar mahu bersuara namun tiada satu pun yang keluar. Aku pejam mata bila Tengku Zariel mengucup kedua-dua belah tanganku. Allah…ini kali pertama Tengku Zariel menciumku sepanjang tempoh aku bergelar isterinya. Jika tidak,pandang aku pun tidak apatah lagi memandang.
“Abang tahu Kim tak percaya apa yang abang cakap tapi jujur,itu apa yang hati abang beritahu. Abang tahu dah terlambat tapi abang taknak kehilangan Kim…sekali lagi. Give me one more chance to prove you mean a lot to me. Abang akan buat Kim takkan ingat lagi perkara yang menyakitkan kan dalam hidup Kim,abang janji. I want to know more about you, your life,your heart, what you like , hate and everything.”Tengku Zariel mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnnya. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit akibat luka semalam yang masih belum sembuh.
Lama aku menatap sebentuk cincin yang diletakkan di tapak tangannya.
“Masa kita nikah dulu,abang tak ada bagi apa-apa pun dekat Kim sebagai tanda.”
Hatiku pecah lagi. “Awak,tak perlu. Awak sendiri tahu kan perkahwinan kita dirancang…oleh saya.”
“Abang tak kisah. Itu semua kisah lama. Past is past. Let bygone be bygone. Dan abang jugak tahu takkan semudah itu Kim nak maafkan abang tapi abang harap sangat Kim beri abang peluang untuk abang buktikan cintakan abang pada Kim sebagaimana Kim dah buktikan cinta Kim dekat abang. Abang tahu Kim takkan lupakan apa yang abang dah buat walaupun Kim dah maafkan abang tapi beri abang peluang. Peluang untuk sembuhka kesakitan yang abang bagi pada Kim. Kim nak masa, ambil sebanyak mana Kim nak tapi jangan lepaskan abang pergi. Abang nak Kim bagi abang peluang,itu aja…”
Aku ketap bibir. Tidak dapat aku tafsirkan perasaan yang sudah bercampur aduk menjadi satu. Dapat aku rasa keikhlasan yang datang dari hatinya. Ya Allah…jika benar ini takdir yang kau telah tuliskan untukku,aku bersykur
Ya ALLAH ..Akhirnya,KAU mendengar jua doaku selama ini. Tanpa kata,aku terus mengangguk bersama senyuman.
Tengku Zariel tergamam untuk beberapa ketika sebelum lantas menarik aku rebah dalam dakapannya.
“Terima kasih sayang,terima kasih. Terima kasih sebab bagi abang peluang, Terima kasih sebab maafkan abang. Abang janji abang akan buat Kim lemas dengan cinta abang. Abang janji.”
Aku mengangguk beberapakali bersama tangisan dalam pelukannya. Seakan tidak percaya doaku dimakbulkan olehnya. Doa yang aku titipkan pada pertama kali aku melihat Tengku Zariel Zahari.
Tengku Zariel mencapai tanganku dan menyarung sebentuk cincin permata itu di jari manisku. Dia mengucup tanganku beberapa kali,merenungku penuh kasih. Tiada lagi sinar benci di ruang matanya untukku.
“I love you,sayang…”
“Me too……abang” Dan sekali lagi aku lemas dalam pelukannya. Terima kasih Ya Allah untuk anugerah terindah ini….
Apa kena eh dengan Harith ni..benda yg paling sakit bila kit gaduh dengan sahabat sendiri… But for now..she say YES. This is just the beginning after the END…
Share this novel
Apa riaksi ariel bila tahun anknya ngan Kim gugur
Ermmm mata berkaca tau baca ni.. sobss tq HA updates