BAB 36

Romance Completed 199367

BAB 36


Sebulan kemudian…

“Kenapa tak beritahu?”

Diam. Hanya membiarkan bunyi penghawa dingin yang menganggu perbualan kami. Aku dengar Amanda mengeluh di tepi katil wad hospital. Ini kali pertama aku dimasukkan ke wad hospital tempat Carl bekerja. Satu berita yang buat aku terhenyak. Sungguh aku tidak dapat menjangka sesuatu seperti ini berlaku. Tak terlangkau dek akal dan fikiran bahawa aku terpaksa mengharungi ujian yang begitu hebat kali ini. Pemergian arwah daddy dan mama saja sudah cukup buat aku tumbang. Kini…apalagi yang harus aku lalui?

“Kandungan Kim baru masuk 8 minggu…”


Ya,itu lah satu kenyataan yang membuat aku terus terumbang ambing. Satu fakta yang buat aku kian rapuh dan terus rapuh. Oh Tuhan…kenapa sampai begini sekali aku diuji? Aku tak kuat! Ini satu beban! Hanya dengan sekali ‘itu’ada satu nyawa yang berada dalam rahim ini.


Aku tidak sedar perubahannya kerana aku tidak berasa simptom yang menunjukkan aku mengandung. Disebabkan hormon yang tidak stabil dari zaman sekolah lagi,jadi aku tidak pelik jika aku lambat datang bulan. Kecuali, selera makanku yang tidak tentu arah. Teringat bulan lepas, beberapa kali aku mengajak Amanda menemanku pada waktu malam mencari makanan yang aku mahu.

Aku…mengidam..kerana aku hamil!


Tangan Amanda aku genggam erat. Amanda yang membawa aku ke sini bila aku pengsan di ruang tamu. Mujur juga dia baru saja pulang bertugas sebelum berniat mahu singgah ke rumahku.

“Kak…Kim,Kim tak tahu macam mana nak explain. Tapi percayalah,ni anak Kim dengan Ariel. Anak kami berdua”


“Shhhh,jangan cakap apa-apa lagi. Lagipun Kim baru aje sedar. Kim rehat dulu then kita berbincang okay?”Pujuk Amanda namun dari nada suaranya aku yakin dia syak yang bukan-bukan tentangku. Apatah lagi aku tidak pernah membuka cerita apa yang berlaku termasuklah Tengku Zariel. Bukan sekali,tapi sudah banyak kali Amanda cuba mengorek rahsia tentangku lebih lagi hampir setiap hari aku mengalami mimpi buruk dan trauma setiap kali aku tidur terutamanya jika hujan lebat.


Aku bermimpi..menjerit..meronta dan menepis dan ada sekali itu aku dijumpai dalam keadaan basah lecun. Kata Amanda aku bangun dari tidur dan berlari masuk ke bilik air. Malah, aku sendiri yang mencapai muncung water heater dan menyemburnya ke muka ku sendiri. Ada masanya aku terpaksa menelan pil penenang dan ubat tidur tanpa pengetahuan Amanda kerana terlalu tertekan.

“No you not. I can see in your eyes. Kim tahu akak tak percaya dengan Kim…tapi please…you got to believe me this time. Ini anak Kim dengan Ariel.Anak kami yang sah!”


“Stop pretending!”

Aku tersentak dengan kemunculan Carl. Ketap bibir. Dah kalau Amanda membawaku ke sini,sudah pasti segala-galanya terbongkar. Sejak pertengkaran kami dilaman rumah dua bulan yang lepas,batang hidung Carl langsung tidak nampak. Perit hati ini kerana terpaksa menelan tuduhan dari abang kandung sendiri. Aku punca kematian orang tua kami. Ditambah lagi dengan kandungan ini, pasti pelbagai tuduhan dia akan lemparkan.


“Kim tak tipu. Ini anak Kim dengan Ariel. Anak yang sah!”

Carl menggeleng. Aku tunduk bersama air mata yang meluncur laju. Bagaimana aku mahu buktikan anak ini hasil dari hubungan yang suci? Walaupun kejadian itu masih tidak aku dapat pastikan namun aku yakin ini anak aku dan Ariel. Anak kami berdua kerana aku tidak pernah berhubungan dengan mana-mana lelaki kecuali bersama suamiku.


“I don’t trust you. Selepas apa yang kau buat,kau fikir aku nak percaya apa yang kau cakap? You lie every single thing then you want us to believe you? That won’t happened! Dan apa tadi kau cakap, anak ni sah? Macam mana kami nak percaya kalau kau sendiri kahwin senyap-senyap,belakangkan keluarga!”Tempiknya lagi. Panggilannya juga sudah bertukar kasar.


Aku sudah teresak seraya menggeleng laju. “It’s okay if you don’t trust me anymore but I do not lie about this. Ini anak Kim dan Ariel! Kak,please kak. Tolong terangkan dekat Dan. Kim tahu Kim bukan perempuan yang baik tapi Kim cuba untuk berubah jadi lebih baik bila Kim jadi isteri Ariel. Kim takkan dan tak pernah buat yang bukan-bukan. Kami dua…”


“Tak pernah konon! Habis yang kau perangkap anak orang kaya tu apa benda? Eh,dahlah. Hentikan semua permainan ni! I heard enough!”Carl langsung tidak memberi ruang padaku untuk bersuara.

“Hentikan Dan! She’ not feeling well. Kim baru aje sedar.You sebagai doktor dekat sini,sepatutnya tenangkan dia,dia pesakit you!”

“I tak kenal dia.”

Hatiku hancur. Tertunduk kepalaku sambil memegang perut. Kasihan anakku.

“Dia anak Kim dengan Ariel”Ulangku lagi.

“Abort it…”

“What? you dah gila ke,Dan? You tak tahu dosa ke??!” Jerit Amanda terkejut. Aku menggeleng laju.


“I lagi gila kalau I biarkan Kim terus-terusan buat dosa! I tak percaya itu anaknya yang sah sebab I dapat tahu dari PI yang I upah,Kim yang perangkap anak Tengku tu lima bulan yang lepas but unfortunately,the marriage not stay longer than she want.,right? Mesti pasal ni kan? Kau mengandungkan anak haram!”


Aku tutup kedua telingaku bersama gelengan. Pedih hati dan telinga mendengar tuduhan kejam itu. Kenapa tiada sorang pun percaya aku? Kenapa? Mungkin ini lah yag harus aku terima atas kekhilafan ku kerana menganiaya mereka yang tidak bersalah.


“Kim tak nak gugurkan. Suruhlah banyak kali pun Kim takkan buat sebab ini anak Kim. Anak Kim yang sah! I will keep this baby…”


Mata Carl membutang dengan jawapanku. Dia bengang.

“Dan, she’s right. Jangan sebab kerana hubungan you dengan Kim yang tegang,you salahkan Kim seratus peratus dan sanggup buat keputusan tak masuk akal!”


“Ini bukan tentang kami tapi maruah,Amanda. Maruah! Macam mana I nak jawab dekat arwah daddy dan mama I sebab I gagal didik Kim? Apa yang dia dah buat bukan satu benda yang kecil..bukan senang untuk I terima..i maafkan. Kalau arwah masih hidup,mereka mesti kecewa dengan Kim…dengan i.”


“Kim akan tebus kesalahan Kim. I promise”Tangisku lagi.

“Nak tebus apa kalau mereka dah tak ada !!!”

Terpejam mataku dengan tuduhan Carl yang tidak akan terpadam sampai bila-bila. Selepas kematian daddy dan mama,Carl tidak berhenti cuba mencari kesalahanku. Dia yakin aku ada kaitan kerana daddy sempat menghantar pesanan ringkas kepada Carl,tanya dimana aku berada ketika itu dan menjaga aku. Malah,25 missed call juga menguat syak wasangka Carl. Jadi,apa lagi aku mampu bersuara?


“Dan! She is sick! Kalau you tak kesian Kim,kesiankan baby dalam kandungan ni!”


Sejurus itu Carl terus keluar sambil rengusan tidak puas hati. Esakanku semakin kuat.

“Kim tak akan gugurkan kandungan ni. Ini anak Kim. Baby Kim dengan Ariel! Kalau akak tak percaya,terpulang pada akak. Itu keputusan akak untuk percaya atau tak yang penting Kim akan jaga kandungan ni. Ni anak Kim…anak Kim…”Bisikku tanpa henti. Aku baring sambil tangan tegap memegang perut yang masih kempis. Hampir-hampir saja aku menganggap anak ini sebagai satu beban sedangkan dia satu anugerah terindah untukku. Walaupun aku sendiri tdak menyangka,tetapi siapalah aku mahu menidakkan yang sudah tertulis olehNYA.

KUALA LUMPUR…(POV TENGKU ZARIEL)

“She’s gone?”

Kepala yang dari tadi menunduk, mengangkat wajahnya.. Tengku Zariel menarik nafas Panjang. Apa kau sibuk nak tahu?”Soalnya mendatar.

“Saja. Tak salahkan aku tanya kakak ipar aku? Sebab dah lebih 48 jam aku tak Nampak dia ‘bekerja’ kat rumah ni .Eh silap, dah dekat sebulan. Kau pun macam tak keruan je aku tengok”

Mata helangnya mengecil melihat Tengku Farizal yang bersandar di tepi pintu bilik kerjanya. “Dia dah tak ada dekat sini. Tak payahlah nak sebut lagi nama dia.”

“Fine tapi aku akan berhenti tanya kalau kau bagi satu jawapan yang realistik.  Kenapa kau tak lepaskan dia?”

Tengku Zariel berdecak sinis. Mengeluh keras. “Kenapa kau tanya? Kau sendiri tahu keluarga kita macam mana, takkan terima dia…terutamanya lepas apa yang dia dah buat”

“Aku boleh pujuk mama.”

Jari jemari Tengku Zariel di ipad miliknya terheni. “Apa maksud kau?”

“Aku perhatikan dia dah lama. Tahu-tahu je…dia rupanya orang yang minat kau dari dulu. Sampai sekarang aku tak faham kenapa dalam berjuta-juta lelaki kat dunia ni, kau juga yang dia pandang sedangkan kau sendiri tak pernah nak jeling dia. The untold fairytale…or fake fairytale”

Tengku Zariel ketawa sinis. Dia berpeluk tubuh. “Antara aku dengan kau, aku rasa kau tahu…”

“Apa yang kau tahu, Ariel? Lepas apa yang kau dah buat, kau dah aniaya dia..dan kau gantung dia tak bertali. Kau tak cintakan dia, kau benci dia..sampai bila kau nak ‘simpan’ dia?”

“Kau bukan malaikat, Izal.”

“Kau? Ariel…Ariel..kau masih tak sedar sampai sekarang yang kau dulu pun syaitan bertopengkan manusia! Dan…sekarang..masih sama. Haha!” Tengku Farizal ketawa besar.

Mata Tengku Zariel mengecil Bersama bibir yang diketap kuat. Terasa berbahang tubuhnya dalam sekelip mata mendengar sindiran itu sementelah hubungan mereka juga tidak berapa baik. Bukan mereka selalu bertekak namun sikap Tengku Farizal yang lebih gemar berfoya-foya daripada menolongnya di Qalesh Holdings buat dia tidak boleh berfikiran positif kerana kesemuanya bagaikan terletak di bahunya sebagai anak sulong.

“Keluar…”Arahnya perlahan namun penuh amaran.

Hanya ketawa besar yang Tengku Farizal lepaskan yang semakin buat ketenangannya hilang.


Keluar saja dari bilik air,terdengar suara nyaring wanita itu. Tisu diambil dan dilap ke mulutnya. Leher dan tengkuk diusap-usap silih berganti. Dia melangkah ke ruang tamu bersama tubuh yang lemah.

“Tak habis-habis lagi ke Ariel muntah? Dah pergi klinik?”Soal Puan Sri Tengku Wahida. Terbit riak kerisauan diwajahnya bila Tengku Zariel dari kelmarin asyik tidak sedap badan. Makin apa saja pasti akan dikeluarkan balik. Hari tu tidak puas hati pasal makanan,lepas ni nak salahkan apa pula?


“Tak tahu lah mama. Dah tak larat dah nak muntah. Tak makan apa pun,muntah jugak. Dah tu yang keluar muntah air aje.”


“Hmm…kerja kuat sangat agaknya. Cuba pergi bercuti…ambil angin..jangan terlalu stress. Mama tahu anak mama ni tertekan sebab Tok Ayah turunkan Ariel dari CEO ke COO kan? Mama pun tak faham kenapa Tok Ayah buat keputusan macam tu. Nampak sangat dia bela perempuan tu!”


Tengku Zariel sekadar diam. Hanya tangan yang ralit naik memicit dahi dan tengkuknya. Cuba menghilangkan rasa mual yang sedari tadi menjolok tekak.


“Mama dengar dia dah tak ada kat sini. Dia menghilangkan diri. Tahu pulak malu. Silap-silap dia buat pembedahan nak tukar identiti baru!”Bidas Puan Sri Tengku Wahida geram yang masih tiada kesudahannya.


“Mama intip dia?”Wajah mamanya dipandang. Entah mengapa dia kurang selesa bila dapat tahu Puan Sri Tengku Wahida memberi perkembangan terkini tentang Kim.


“Kenapa…salah ke mama intip dia supaya dia tak kacau kita lagi? Yang penting mama taknak dia cari Ariel lagi! Ni lagi satu, sampai sekarang mama masih tak faham. Kenapa Ariel masih lagi nak simpan perempuan tu sebagai isteri? Si Izal pun satu..tak habis-habis sebut nama dia depan mama!”

Tubuh Tengku Zariel terus menegang. Hanya soalan terakhir Puan Sri Tengku Wahida yang berjaya menarik perhatiannya kerana dia baru teringat perbualan mereka tadi. Mengapa Tengku Farizal terlalu sibuk dengan perihal Kim? Setelah apa yang berlaku, adiknya itu seperti tidak mengaku juga tidak menafikan.

“Ariel..mama tanya ni” Mamanya menyoal lagi tidak sabar.


“Mama…buatkan Ariel lasagna. Tetiba rasa nak makan pulak”


“Hah?”

Melopong luas mulut Puan Sri Tengku Wahida mendengarnya. Lain yang ditanya, lain yang dijawab!

Satu persatu gambar di gallery telefon aku tengok dan renung lama. Ada masa aku tersenyum…tersengih…dan ketawa tiba-tiba. Ada juga perasaan sebak yang bertandang. Tiada barang peribadi miliknya yang aku bawa kecuali gambar-gambar yang aku tangkap melalui telefon. Itu pun banyak candid. Yalah,orang tak sudi..mana lah dia mahu.


“Handsome”

Tersentak seraya menoleh. Aku membalas senyuman Amanda yang berkot labuh berwarna putih. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Normal bagi Amanda pulang waktu begini. Entah bagaimana agaknya bila dia dan Carl berkahwin kelak. Sudah lama aku tahu tentang hubungan mereka. Malah aku sendiri berkenann sangat jika Amanda menjadi kakak iparku.


“Sorry Kim tak sedar akak dah balik.”


“Mana nak sedarnya kalau dari tadi tenung gambar tu tak habis-habis. So,ini dia?”

“Hmm?”Soalku semula

“Tengku Zariel Zahari…”Hanya anggukan yang aku beri. Ini kali pertama aku tunjuk gambar lelaki itu kepada Amanda. Selama ini aku cuma menyebut saja namanya itu pun bila wanita itu mendesakku.


“Tinggi, tegap, berkulit cerah,hazel nut eyes tapi dia nampak sangat garang dan menakutkan bila tenung orang. Nak-nak dengan gaya rambut macam tu”


Kan aku pernah beritahu, rambut Tengku Zariel menunjukkan persoanlitinya. Aku tak dapat menahan daripada tertawa dengan komennya itu namun aku tahu Amanda cuba memancing aku dengan permulaan santai ini. Dia bimbang aku tidak selesa jika membuka topik mengenai Tengku Zariel. Namanya sering meniti dibibir kerana dia membahagiakan namun pada masa yang sama dia melukakan…


“Dengan orang lain renungan dia lembut…tenang dan mendamaikan. Cuma dengan Kim dia lain. Lain sangat! Agaknya sebab Kim terlalu istimewa tak?”Aku tergelak lagi dalam pedih. Cuba menutup rasa ngilu yang mencalar memori.

“Boleh akak tahu bila Kim dengan Ariel kenal? I mean your first met”


“Kat kampus….kami satu uni. Akak kan tahu Kim pindah seorang diri kat Malaysia masa belasan tahun. Masuk asrama dan sambung degree kat Shah Alam. Semua pelik kenapa Kim berkeras nak belajar dekat Malaysia sedangkan berebut pelajar nak pergi oversea. Sebab Kim Cuma satu. Minat dan terpikat. Kim minat pada budaya dan sikap orang sini. Memang tidak bersifat terbuka..ada batasnya dan Kim sedar itu. Lagipun Kim dah puas belayar…travel sana sini dengan arwah daddy dan mama dulu. Dari kecil lagi dah banyak tempat Kim pergi. Kim lahir kat George Washington University Hospital. Daddy bawak Kim dan mama berpantang dekat rumah halmeoni (nenek) dengan hal-abeoji (datuk) belah mama dekat tiga bulan jugak.


“Bila mama sihat,kami selalu pergi bercuti bersama. Daddy pantang bila ada masa lebih,dia akan bawak kami jalan-jalan sebab kerja sebagai pengurus dengan syarikat kontraktor sendirian selalu jadi penghalang kami sekeluarga. Texas,New York,Miami,Scotland,Milan, Peru,France…kalau Kim stay dengan family mama dekat Seoul,mereka suka bawak Kim jalan dekat Beijing dengan Tokyo. Kalau family belah daddy pulak,lebih suka camping ramai guna cardavan. Kami memang rapat dan mereka menghormati kami sekeluarga yang beragama Islam. No alcohol,Bacon and the other ‘haram’ stuff everytime we camp together. Malah,daddy dan mama sering pesan supaya bawak barang keperluan sendiri. Jangan berkongsi sebab agama,budaya dan gaya hidup family belah daddy dan mama tak sama dengan kami”


“Jadi macam mana Kim boleh cope dengan gaya hidup dekat Malaysia sedangkan dari kecil lagi Kim membesar dekat sana. Menarik kisah hidup Kim sebenarnya Cuma akak yang tak tahu . Dan pun buka pernah nak cerita!”selarnya sikit tidak puas hati.


“At first,sangat sangat susah sebenarnya. Yalah,asal sebenar darah Melayu,belah sini Korea belah sana pula Amerika. Bahasa pun bercampur ,apalagi budaya cuma agama aje yang sama. Susah Kim nak faham Bahasa Melayu apalagi nak sebutnya. Selalu kena bahan…kena buli sebab terkial-kial nak cakap bahasa Melayu. Bila speaking,pun sama kena ejek kononnya Kim terlalu bangga dan berlagak guna main language Kim selama ni.Nasib ada kawan dan cikgu yang sudi bantu. Kim pun selalu je jadi bahan ketawa sebab selalu blur bila guna bahasa Melayu moden..bahasa budak muda zaman sekarang…stress kot!”


Meletus ketawa Amanda mendengar omelanku. Memang dari dulu sehingga kini pun ada masanya aku masih blur dan lambat menangkap apa yang mereka bualkan apatah lagi jika aku yang menjadi topik utama.


“Bukan diaorang je,akak pun sama dik oii…! Ingat akak tak terkejut tengok Kim masa first tima akak kenal Kim. Mati-mari akak ingat pelancong mana yang sesat masuk hospital ni. Nak kata sakit,sihat walafiat je akak tengok. Nak-nak tengok dia pakai colourfull dress masa tu. Rambut pula macam-macam warna ada!”


Kami bantai gelak sekali lagi. Teringat lagi zaman ‘Jahiliah; aku masa tu. Memang aku sentiasa berpakaian vogue dan seksi,rambut asalku yang berwarna Brunette kadang-kala bertukar jadi warna lain. Fesyen rambut pula aku akan gayakan mengikut trend terkini.

Mujur mama memang bertudung,jadi tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan keislaman aku. Aku sedar ramai yang tidak tahu aku beragama Islam kerana wajah dan penampilanku ini. Mama pernah menyuruh aku bertudung. Kata mama,dengan hijab mereka sudah tahu agamaku. Wanita muslim. Islam.


“Tapi…persoalan akak. Kenapa Ariel? Kenapa mesti Ariel sedangkan setahu akak Kim ramai kawan lelaki yang handsome..yang kacak…body tough sampai nak putus nyawa ….but why do you choose him? Did he…so…special for you, hmm?”

Agak lama aku terdiam. Bukan Amanda saja yang pernah bertanya aku soalan ini. Perlahan-lahan aku menghela nafas berat.


“I love him from the moment I saw him…”


“Cinta pandang pertama?” Aku menggeleng.


“Tak pasti..mungkin ya, mungkin tidak. It just…a weird feeling came from my heart..telling me that he is the one. Lelaki yang mampu mencintai dan membimbing Kim ke jalan yang benar. I don’t know anything bout him but It just happened…Terlalu mencintai dan Kim tak mampu halang. Kim tahu dia bersama Iman waktu tu tapi Kim tak peduli sebab Kim tak nak mengalah selagi Ariel tak jadi milik Kim. Kim selalu buli Iman sebenarnya setiap kali Iman datang lawat Ariel. Macam-macam yang Kim lakukan untuk rosakkan hubungan mereka tapi kasih antara mereka terlalu kuat…”Tersenyum sedikit aku mengingati kisah lalu.

Amanda khusyuk mendengar kerana ini kali pertama aku berbual panjang tentang sebahagian kisah hidupku yang aku sembunyikan daripada semua orang termasuk keluargaku sendiri.


“Kak…Kim bukan perempuan yang baik. apalagi nak jadi isteri yang baik. Nak jadi manusia pun Kim rasa Kim taklayak”Suaraku bergetar menahan pilu.


“Kim…”

“Ia bukan idea Kim pada mulanya tapi Kim bersetuju sebab Herman janji nak tolong Kim. Tolong Kim untuk batalkan perkahwinan Ariel dan Iman. Herman sanggup korbankan diri dia semata-mata nak tengok Kim bahagia. Kami upah orang untuk intip Iman apa yang dia buat,dia kemana,siapa yang sering bersama dengan dia dan usaha kami berhasil tepat pada masanya. Malam sebelum pernikahan tu,Iman keluar untuk buang sampah dan dia diculik. Tiada siapa yang sedar sebab masa tu semua orang dalam rumahnya dah tidur sampailah walidnya terima panggilan yang Iman ditangkap basah…bersama Herman. Jadi,di situ juga Kim berpura-pura berlakon untuk gantikan tempat Iman kononnya nak selamatkan maruah keluarga Ariel. Kim nekad. Antara dapat jadi isteri Ariel atau tak ketika itu, Kim tetap nekad dan bernasib baik sebab ayah saudara Ariel bertegas nak satukan kami juga sebab nak jaga nama baik dan reputasi keluarga.”


“Akhirnya, Kim berjaya dapat Ariel tapi bukan cintanya…” Belakang tapak tangan naik mengusap pipi yang sudah basah. Malunya aku pada Amanda. Pasti dia memandang aku hina dan aku tak salahkannya.


“Akak taknak tahu kisah Kim sebelum perkahwinan tu tapi akak nak tahu apa yang berlaku dalam perkahwinan…dalam kehidupan Kim lepas berkahwin dengan Ariel.”


Pandangan kami berlaga. Jelas satu renungan ingin tahu. Aku membuang pandang bersama perasaan debar.

“Perkahwinan tanpa rela,Kim terpaksa terima. Cuba pikat hati Ariel. Macam apa yang sepatutnya dilakukan seorang isteri untuk memikat hati suami.”


“No you lying. Itu bukan apa yang akak nak dengar dari mulut Kim. Listen, masa kami pindahkan Kim di wad biasa,akak perasan ada kesan luka…kesan jahitan kat tapak kaki..dan luka kat tapak tangan dengan lengan..”


Aku tersentak mendengarnya lantas memegang kuat hujung baju tidur yang berlengan panjang. Sepanjang aku disini,aku cuma memakai pakaian yang berlengan panjang. Waktu malam pun aku Cuma memakai baju tidur satin yang berlengan panjang.


“Err…itu sebab Kim cuai. Kan Kim seboleh mungkin nak pikat hati Ariel. Kim belajar basuh baju sendiri,masak sendiri….apa yang Kim buat cuma untuk Ariel walaupun dia tidak peduli. Akak kan tahu Kim mana pernah masak? So,it’s normal kalau Kim terkena minyak panas.Dan luka kaki tu? Berlaku masa dekat rumah klien. Lampu kristal terjatuh betul-betul hampir dengan Kim”Aku ketawa gugup.


Namun renungan Amanda cukup tajam sekali. Walaupun dia bukan seorang doktor perubatan, tapi manusia mana yang buta jika melihat kesan seperti itu di tubuh ini? Sedangkan Tiara juga tahu!


“Akak bukan budak kecik. Akak bukan bodoh nak nilai mana luka sebab terjatuh,cuai..termasuk dilukakan!”


Aku bangun dan menggeleng. Berpaling membelakanginya. “Kim penat. Kim nak tidur. Goodinite”


Selagi boleh elak,aku akan elak. Ini kali pertama Amanda cuba mengorek kisah hidupku dengan Tengku Zariel. Aku tidak mahu Amanda tahu apa-apa tentang sisi gelap lelaki itu. Tidak mahu Amanda syak apa yang sebenarnya berlaku dalam hubungan kami. Aku tidak mahu Tengku Zariel dibenci. Cukuplah sekadar aku dibenci. Aku mahu melupakan segalanya kerana ada satu nyawa yang sedang berada dalam rahimku ini. Yang memerlukan perhatian ini. Sedih mengenangkan anak ini bakal lahir tanpa kehadiran seorang ayah. Aku sering berangan mahukan sebuah keluarga yang lengkap. Aku,Tengku Zariel dan permata hati kami. Kalaulah Tengku Zariel tahu,pasti dia akan ketawa. Dan tentu saja dia tidak akan percaya bahawa aku sedang mengandungkan anaknya. Selintas aku teringat kata-katanya sebaik saja kejadian itu berlaku.


“Kenapa tutup telinga? Tak sanggup nak dengar? Kau dengar sini eh Kim. Ini kali terakhir aku nampak kau dalam hidup aku. Kalau hubungan tadi tinggalkan sesuatu dalam perut kau,aku takkan bertanggungjawab! Takkan sesekali! Itu bukan darah daging aku sebab anak aku tak layak berada dalam rahim perempuan macam kau!”


Terus aku pejam mata rapat. Mahu mengusir kenangan perit itu pergi. Aku berbaring dengan tangan melekap di perut.


“Tengku Zariel Junior…”Bisikku penuh kasih. Biarpun aku sudah kehilangan Tengku Zariel ,tapi ada sebahagian yang ditinggalkan untukku menjalani kehidupan yang pada awalnya kelihatan berliku

Share this novel

Hawani Hashim
2024-01-01 02:10:39 

Kan dah mcm mental Kim ni xberbaloi lah kim


NovelPlus Premium

The best ads free experience