BAB 29

Romance Completed 199367

BAB 29


Lepas dua biji pil antibiotic aku telan,aku kembali merebahkan tubuh ke katil. Kepala terasa makin berat. Makin pening. Demam juga masih belum kebah. Sebaik saja Harith menghantarku tadi,terus aku masuk kebilik walaupun kelibat Tengku Zariel dan Tengku Farizal tiada.


Nasib juga mereka tiada. Kalau tak makin teruk aku dikerjakan Tengku Zariel kalau dia tahu Harith bawa aku ke hospital. Dan aku sangat bersyukur Harith tidak bertanya apa-apa walaupun aku yakin dia dapat mengagak kenapa aku tiba-tiba jatuh sakit.


“Amboi…amboi..sedapnya kau terlentang kat katil ya. Rumah ni siapa nak kemas?Nak masak? AKu dah cutikan Maz dengan Pak Man. Mentang-mentanglah selama ni kau goyang kaki sebab Tok Ayah aku ada. Kau ingat aku nak bagi muka? Kau bangun!”


Jerkahan dengan rentapan yang kuat di lengan membuat aku terdiri. Terasa bagaikan kepala ini baru diketuk dengan sesuatu yang kuat bila dipaksa bangun dengan cara kasar. Terhuyung hayang aku dibuatnya. Ariel? Bukankah dia sudah ke pejabat?


“I..i tak sihat Ariel…Daripada semalam badan I panas. I nak rehat”


“Kau cakap apa? Rehat? Ada aku peduli kau sihat ke tak? Kalau kau tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun aku tetap tak kisah! Kau memang kan…suka sangat naikkan darah aku pagi-pagi ni. Cuba kau tengok ni?!”


Aku tercengang bila Tengku Zariel menggoncang kedua belah bahuku,menyuruh aku memerhatikan wajahnya. Mulutku sedikit terbuka melihat bibirnya yang berdarah. Melihatkan kemeja kerja yang tidak kemas…dia bergaduh?


“Ni…kau tengok ni? Ni semua salah kau! Aku tak tahu lah apa yang kau dah guna-gunakan Harith sampai dia sanggup bertumbuk dengan aku! Aku kawan dengan Harith dah lama dan tak pernah sekalipun kami bergaduh tapi disebabkan kau…semuanya hancur!”


Tak cukup dengan itu ditolaknya aku sehingga aku jatuh terduduk. Sakit tapi aku tak mampu nak melawan. Tiada daya nak beradu cakap dengan Tengku Zariel dalam yang lemah begini.Susah payah aku cuba mengerah otak untuk memproses apa yang Tengku Zariel beritahu.

Harith? Jadi..Harith pergi ke pejabat Ariel tadi?

‘Argh….Harith…you shouldn’t do that..now it will getting worst.’

Dengan ketiadaan semua orang dalam rumah ni,siapa yang mampu tolong?


“Kenapa kau diam? Tak nak backup diri sendiri? Oh sorry….tak sihat ya? Kenapa,mengandung ke?”


Mendengarkan itu bersinar garang mataku berbalas pandang dengannya. Macam nak meletup dadaku dengan tuduhan tu. Aku cuba bangun. Dapat kulihat Tengku Zariel tersenyum melihat aku bangun dengan keadaan terhuyung hayang. Aku merenung Tengku Zariel dengan wajah yang bersinar garang.


“Seteruk i..sehina I..i bukan perempuan yang tak ada maruah,Ariel! I bukan apa yang macam you sangkakan! I Still tahu mana halal haram! Jangan disebabkan I macam ni, you nak tuduh I sesuka hati you!”


Dia ketawa lagi. Aku pegang kepala. Sakit pun tak baik lagi. Terpaksa layan pula karenah si suami yang asyik nak baran saja tak tentu pasal. Ah, mana mungkin lelaki itu tidak mengamuk, jika bergaduh sesama sendiri disebabkan aku. Lagilah, seorang wania yang dia cukup benci!


“Kau tak layak cakap pasal maruah dengan aku Kim sebab kau langsung tak ada cirri-ciri tu walaupun satu! Tak perlu nak kenal kau pun orang boleh agaklah kau jenis perempuan yang macam mana so don’t ever try pretend to be nice! Sekarang ni aku nak kau kemas satu rumah ni sampai bersih,berkilat..sampai satu habuk pun tak ada! Kalau kau cuba skip kau tahulah nasib kau! Ni sebagai denda kecil yang aku bagi sebab Harith. Ikutkan hati aku lebih dari ni aku nak kenakan kau cukup-cukup tapi aku takut kau nazak pulak kan…Ingat, jangan cuba nak ponteng pulak!”

Hanya anggukan yang aku beri sehingga dia hilang dari pandangan. Nak tak nak aku gagahkan jua untuk bergerak. Pada masa yang sama tidak mampu menahan air mata yang jerih mengalir tanpa henti.


Adakah ini yang dipanggil hukum karma? Sampai bila aku mampu bertahan? Bukan sampai bila lagi, tapi aku rasakan aku memang sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan perkahwinan tanpa rasa cinta ini. Aku hanya akan pergi…jika dia melepaskan aku, itu sahaja.

Aku berlalu ke dapur dan mencapai telefon. Nombor telefon Harith aku cari sebelum menekapkan di telinga,hanya beberapa deringan suara cemas Harith kedengaran.


“Harith…”.

“You okay,Kim? I tahu you masih demam,sepatutnya I berkeras dengan abang you biar you kena tahan dekat wad.”


Aku mengetap bibir menahan sebak. Wajahku terasa berbahang mahu menangis sebaik mendengar betapa risaunya Harith sedangkan dia baru saja bergaduh dengan kawan baiknya sendiri kerana aku? Kenapa seorang kawan seperti Harith boleh melayani dengan mengambil berat tentang aku sedangkan suamiku tidak?


Tadi pun…Sedikit Tengku Zariel tidak bertanyakan keadaanku. Sedikit pun tiada rasa kesal kerana memperlakukan aku seperti semalam. Aku yakin dia tahu aku masuk hospital tapi dia lebih mementingkan pergaduhannya dengan Harith kerana aku puncanya! Tidak punya perasaankah lelaki ini hatta sebagai manusia sekali pun?


‘Sedar diri,Kim. Tolong sedar diri…siapa kau dihatinya. Dah tiba masa untuk kau pergi’


“Kim? Are you still there? You nak I bawa you pergi hospital?”

Aku berdehem cuba mengawal suara. “ No Harith. I okay. Tapi kenapa you bergaduh dengan Ariel? It’s my fault”


“ Dia dah melampau,Kim ! Dia tak patut buat you macam tu. Dalam apa jua keadaan sekalipun dia kena ingat yang you isteri dia yang sah! You amanah dia,tanggungjawab dia! He deserves it,full stop!”


“ It’s me who the one asked for this,Harith. You dengan Ariel berkawan dari kecil lagi. I tetap orang luar…sampai bila-bila. I hargai apa yang you buat tapi please,jangan bergaduh lagi disebabkan i. I am not worthy to fight for”

Kedengaran Harith terdiam lama di tepi talian. Dia menarik nafas dalam.


“ Ini bukan masanya untuk bercakap kenapa I menyokong you ,Kim. Dia kawan I,you pun sama. Tapi Ariel dah bertindak di luar kewarasan dia sebagai seorang manusia. Itu sahaja. Dan lagi satu I nak tanya, kalau Ariel ada buat lagi,tolong beritahu I . I tak kisah kalau nak bertumbuk dengan dia sampai esok sekalipun”


Aku tertawa perlahan. Sukar aku mahu melihat Harith serius seperti ini.


“ You masih boleh ketawa,Kim? Itu yang buat I lagi rasa serba salah bila Ariel buat you macam tu…”


Di hujung talian,aku tersenyum pahit. “You seorang kawan yang baik,Harith. Dah banyak you tolong i. Satu hari nanti you akan faham…”


“ Faham apa,Kim? I kena faham apa lagi sebab Ariel buat you macam tu??”


“ Sorry Harith,I need to go. Terima kasih dan selamat tinggal”. Aku mematikan talian dengan perasaan yang berat. Entah mengapa dapat aku rasakan ini merupakan perbualan terakhir kami. Sesekali tanganku naik memicit kepala sebelum membuka peti sejuk. Mengeluarkan bahan untuk dimasak.

Ketika aku sedang menghidangkan makanan,bunyi derapan kaki di tangga memaksa aku panggung kepala. Tengku Zariel.


“I dah siapkan makan malam. Makanlah”Ujarku lemah dengan suara yang serak. Sedikit tersentuh melihat Tengku Zariel sikit tidak terkesan melihat keadaanku ini.


Tengku Zariel sekadar mengerling. “Aku nak keluar. Pastikan semua pintu lock. Kang tak pasal-pasal kena rompak ke apa. Kalau diaorang rompak kau tak apa. Ni kalau diaorang rompak barang-barang kat sini. Siapa nak ganti? Kau?”


“Tapi tadi you yang suruh I masak?”Hanya itu aku suarakan. Malas mahu melayan nanti panjang cerita pulak.


“Oh..kau dah pandai nak membebel? Nak mengeluh? Selama ni kalau kau masak ada aku sentuh? Tak ada kan…masak tu kalau sedap taka pa lah jugak.”Kutuknya dan mula berlalu.

“Ariel…”

Tengku Zariel yang sedang duduk memakai kasut tidak berpaling dan mendengus.

“Apa lagi??”

“Hmm…boleh tak you jangan keluar? At least lepas I tidur. I tak pernah kena tinggal sorang-sorang dalam rumah ni” Aku tak tahu kenapa aku merayu sedangkan aku tahu Tengku Zariel tidak akan peduli. Tiba-tiba rasa tidak sedap hati sementelah aku tidak pernah tinggal keseorangan di rumah agam ini.


Dia terdiam sebelum ketawa mengejek. “Takut konon. Tidur kat luar dalam hujan sampai kena dukung dengan lelaki lain kau tak takut pulak? Dah lah,Kim. Aku tahu apa muslihat kau so just forget it.”


Jadi Tengku Zariel sudah tahu siapa yang bawa aku ke hospital? Sudahnya, aku diam. Tidak larat nak bersuara lagi. Hanya mampu mengeluh. Nak makan pun selera aku awal - awal dah tak ada kerana kepenatan. Sungguh tubuhku betul-betul rasa lemah walaupun demam mulai kebah. Malas nak tidur di bilik,aku terlena di sofa ruang tamu.

Aku tersentak bila terdengar pintu ditutup dengan kuat. Terus aku duduk membetulkan gaun tidur singkat separas lutut dan bingkas bangun. Sebaik aku berpaling,aku terkejut melihat Tengku Farizal yang muncul.


Oh oh…kenapa dia balik tidur disini malam ini? Seingat aku selepas pertengkaran kami hari itu, dia tidak lagi datang ke sini malah sudah jarang bermalam. Sebab itu, aku berani memakai gaun tidur sementelah Tok Ayah juga tiada minggu ini. Sungguh aku tak pernah menjangkakan kedatangan Tengku Farizal kerana seingat aku dia gemar menghabiskan masa di kondominium miliknya. Lebih-lebih lagi tiada sesiapa di rumah waktu ini. Jadi untuk apa dia ke sini?


Aku ambil keputusan untuk masuk ke bilik walaupun bulu romaku menegak saat perasan mata lelakinya menyorot ke arahku atas sehingga ke bawah.

“Ariel mana?”

“Ariel tak ada. Mama dan Tok Ayah you pun taka da..”Aku memberitahu tanpa berpaling. Sengaja aku tekan perkataan ‘tiada’ itu untuk memberitahu tiada sesiapa disini yang dia nak jumpa kecuali aku.


Baru aku nak naik tangga,tiba-tiba tanganku direntap dari belakang.


“Aku tanya betul-betul ni…Ariel mana?”Soal Tengku Farizal dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan. Berapi aku melihat dia berani memegang tanganku.


“Ariel tak ada,dia keluar. T.A.K A.D.A . You tak faham bahasa Melayu ke? Lepaslah!”Bentakku dan dengan sekali rentap aku berjaya menarik tanganku sebelum kembali langkah. Namun Tengku Farizal lebih pantas apabila sekali lagi dia merentap lenganku sehingga kedudukan kami sangat rapat. Aku dah cuak dan resah. Apatah lagi melihat senyuman dan renungannya itu.


“You nak apa lagi ni Izal? Just go! I tak ada masa nak layan manusia macam you ni!”


“Kau memang berani ya? Tak pernah ada perempuan yang tolak aku macam ni. Kenapa muka kau pucat? Penat sebab tunggu suami yang tak pernah bagi layanan dan belaian yang kau harapkan,hmm? Kalau kau nak,aku sudi nak bagi apa yang kau nak. Besides,you look so damn sexy tonight…”Bisik Tengku Farizal ke telingaku.


Jelek aku mendengarnya. Tanpa tertahan-tahan,aku menarik tanganku dari genggamannya dan menolak tubuhnya sebelum berlari naik tangga. Tak tahu dari mana tenaga yang tadinya lemah kini bertenaga. Pasti kerana aku dapat mengagak apa yang cuba dilakukan Tengku Farizal.

‘Oh God,please help me! Ariel,I’m scared…I need you!’


Destinasiku Cuma satu iaitu bilik suamiku kerana sejak Tok Ayah ada,Tengku Zariel tidak pernah mengunci pintu kerana bimbang Tok Ayah datang buat ‘sportcheck’. Nampak saja pintu itu terbuka,aku terus masuk.

“Yuhuu..nak kemana tu sayang? Tak sabar nampak sampai dah masuk bilik?”


Baru aku nak tutup, Tengku Farizal menolak pintu itu dengan tenaga lelakinya. Aku terjerit dan jatuh terduduk. Aku mengengsot ke belakang bila Tengku Farizal mendekati. Air mata luruh mengalir bila melihat Tengku Farizal membuka kemejanya.


“No..no Izal..you cant do this to me! Please…..i’m begging you!”Aku teresak.
Meledak ketawanya. “Oh….i love the way you begging. With your husky voices… It makes me want you..so badly…”


Aku terus terusan menjerit dan memukul dadanya berkali-berkali bila dia mencempung tubuhku dan mudah meletakkanku ke katil. Melihatkan rangkulan eratnya di leherku,aku ambil kesempatan menggigit tangannya.


“Argh!”Pelukannya terlepas. AKu bingkas turun dari katil namun Tengku Farizal lebih pantas memeluk pinggangku dan sekali lagi berjaya membawa ku katil. Tenagaku semakin lemah lagi bila dia mudah menghempap pahaku dan menekan kedua belah tanganku dengan kuat. Aku tidak berhenti meronta mahu melepaskan diri. Tak mungkin aku akan menyerah begitu mudah. Tidak rela tubuh ini diperlakukan untuk memuaskan nafsu Tengku Farizal. Tengku Farizal memang binatang!


“Please Izal jangan buat macam ni. Ingat Tuhan Izal…”

“Oh…baru ni kau nak ingat Tuhan. Kau jangan buat lawak lah Kim. Kau nak mintak tolong siapa? Nak jerit-jerit lah takde sesiapa yang nak dengar. Rileks honey..take it easy. Aku akan pastikan malam ni kau bahagia dengan layanan aku yang first class yang abang aku sendiri tak pernah bagi kau. Jangan nak berpura-pura baik macam kau tak pernah buat dengan mana-mana lelaki. Kau ingat aku tak tahu lifestyle kau,hmm? Entah-entah kau dah tak ada…..well you know what I mean…why not you prove to me tonight…aku dah lama tahan rasa ni Kim so why not you keep calm and lets had some fun?” Bisiknya dengan penuh nafsu.


Nafas Tengku Farizal mendesah dimana-mana sahaja. Aku menangis dan meronta-ronta minta dilepaskan tatkala bibirnya sudah merayap di wajahku dan mencumbu leherku Sungguh aku jijik dengan nafas serakahnya. Di ruang mata sudah terbayang wajah daddy,mama dan Ariel…


Ketika itu juga tidak tahu dari mana aku peroleh kekuatan dan saat Tengku Farizal terleka,aku menaikkkan lutut dan hentak dicelah kelangkangnya. Bila dia menunduk,perutnya aku sepak dan aku ambil peluang untuk lari. Sempat aku melihat dia jatuh terduduk sambil menyumpah.


“Damn you bitch!”

Terdengar dia menyumpah. Laju aku turun tangga sebelum aku terdengar pintu rumah dibuka. Tengku Zariel! Aku memeluk tubuhnya kemas bersama esak tangis yang penuh ketakutan.


“Ariel tolong i. I takut! Izal cuba buat sesuatu dekat i!”


Tengku Zariel diam tidak berkutik namun tubuhnya keras sebelum dia meleraikan pelukan. Tajam mataku merenung tubuh aku dari atas kebawah. Pasti kerana keadaanku yang tidak terurus. Tengku Zariel datang tepat pada masanya!


“Hai abangku sayang…lama tak nampak?”


Serentak itu kami berdua berpalingke arah tangga. Terlihat Tengku Farizal enak bersandar di tiang tangga sambil membutangkan kemejanya satu persatu. Wajahnya selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku. Bila pandangan kami bertembung,aku yang masih menggigil takut sembunyi dibelakang tubuh gagah milik Tengku Zariel.


“Sejak bila kau suka datang sini?”Mendatar saja suara Tengku Zariel.


“Saja. Melawat isteri kau. Aku kesian tengok dia asyik kena tinggal dengan kau. But don’t worry…we had a lot of fun,aren’t we…my sister in law? Well,I have to go.Bye”


Tengku Farizal keluar sambil melemparkan flying kiss kepadaku bila Tengku Zariel tidak nampak. Aku takut tapi pada masa yang sama aku lega. Aku memeluk pinggang Tengku Zariel dari belakang dan merebahkan kepalaku disitu. Rasa selamat dan tenang.


“Thanks Ariel. You dah selamatkan i. Kalau you tak balik pada masa yang tepat,I tak tahu apa yang Izal dah buat dekat i. Dia….”Tak sempat aku habiskan ayatku bila Tengku Zariel menarik tubuhku menghadapnya.


“Apa yang kau dah buat dengan dia?! Tell me!”


Aku tercengang. Terkedu dengan soalannya.Dia tidak nampak kah keadaan aku sekarang ini? Adiknya baru saja cuba memperkosa aku!


“Apa…apa maksud you? You tahu tak Izal cuba perkosa I ??!”

Aku terkesima apabila Tengku Zariel Cuma tersenyum sinis. Dia menggeleng tidak percaya.


“Drama apa lagi kau nak buat? Tak cukup ke selama ni dah macam-macam cerita…macam-macam drama yang kau reka bila kau muncul dalam hidup aku? Sekarang ni kau cuba nak libatkan adik aku pulak?”Kerasnya bersama senyuman sinis sebelum dia bergegas naik ke biliknya. Aku turut mengekor sambil sesekali merayu memegang tangannya agar mendengar penjelasanku namun pantas sekali dia menepis.


“Ariel…jangan salah faham. Ia tak seperti yang you fikir. I tak tipu you. Memang betul Izal cuba buat sesuatu kat I dengan paksaan. Please trust me!”

Senyap. Sebaliknya matanya liar memerhati keadaan biliknya. Tegak tubuh Tengku Zariel melihat katilnya yang tidak seperti asalnya. Bantal bertaburan di lantai,selimut yang entah kemana dan cadar yang renyuk seperti ada orang baru lepas bergelut! Ah,itu bukti Tengku Farizal cuba meragut mahkotaku. AKu tak sangka Tengku Farizal sanggup buat begitu. Selagi dia tidak dapat aku,selagi itu dia tidak akan berhenti. Tapi kenapa aku?


“Siapa?”

“Huh?”


“Dengan lelaki mana pula kau bawak masuk bilik aku kali ni?”Tengku Farizal tidak berpaling memandang aku dibelakangnya.


Aku terpempan. Kelu lidah. Liur nak ditelan terasa kelat. Jantungku berdetak kencang mula mengerti apa yang bermain difikiran suamiku. Aku gerak berdiri berdepan dengannya.


“Tak…tak Ariel this is not what you think! You nampak kan Izal tadi? Dia ada bila dia tahu semua orang takde dalam rumah ni kecuali i. Dia cuba buat tak senonoh dekat i! I swear to god!”


“Lagi sekali kau sebut Izal,aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup kau! Aku tahulah kau buat cerita kononnya Izal cuba nak rogol kau! Dia tu adik aku! Tak cukup kau nak jatuhkan reputasi aku sebagai CEO Qalesh Holding,sekarang ni kau nak musnah keluarga aku pulak?!” Dia menolak bahuku sehingga aku terganjak ke belakang. Terangkat bahuku dengan tempikan nyaringnya itu. Sakit namun hatiku lebih sakit bila dia langsung tidak mempercayaiku. Ia lebih pedih dari bencinya.


“Lepas ni kau nak tuduh mama aku cuba bunuh kau pulak???!”Sekali lagi dia menolak keras tubuhku sehingga aku terduduk dikatilnya.


“Kalau you tak percaya you boleh tengok CCTV. It’s record all of it!”


Tengku Zariel ketawa mengejek.


“Kau jangan pura-pura tak tahu lah yang semua CCTV dah seminggu rosak. Sebab tu kau berani bawak entah mana-mana lelaki dalam rumah ni . Kau jadikan Harith dan Izal sebagai mangsa kau. Kan? Pandai kau plan. Licik! Betul-betul bila tak ada orang dalam rumah ni. Well,aku rasa bilik ni bukti kukuh untuk aku tunjuk kat Tok Ayah siapa sebenarnya kau.”


Dan aku hanya termangu-mangu sendirian. Tidak berkelip melihat Tengku Zariel yang sudah berlalu dengan wajah bengisnya. Ariel….tak percaya aku…langsung?

Oh Tuhan, apa lagi selepas ini kau mahu tunjukkan padaku….

Another chapter ! Sebab cuti jd ada masa sikit hihi..utk bab2 yg nk hampir ke prolog ni, HZ tak ada nak edit or tambah2 dialog.. Takut lagi tambah, lagi buat korg trauma. Jd, HZ biarkn yg asal je..haha Enjoy reading n selamat bercuti!

Share this novel

Hawani Hashim
2023-12-31 23:22:03 

Kim kenapa nk dera jiwa moga Kim xgila akhir nya nnt xberbaloi Kim cinta bertepuk sebelah tangan

mynn.nnym
2023-12-28 03:27:36 

Sedihnyaaa jadi kim i cannot ahhh HA nape buat cite gini ni huhuhuuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience