BAB 53
Tepat pukul 8 malam,kereta milik Tengku Zariel terparkir di depan pintu besar Grand Alora yang kemudian di ambil alih oleh valet yang jaga. Lama pemuda yang memakai valet berwarna merah itu memerhati dia yang sudah berkerut. Aku ketawa kecil.
“Kenapa dia pandang abang pelik? Bukan abang tak pakai baju pun!”
“Mestilah dia pelik. Cuba abang tengok cermin”Aku menolak perlahan tubuhnya ke depan cermin luas di hall Grand ALora ini. Sesekali aku pandang sekelilingnya. Cantik,dengan lampu bergemerlipan sana sini,dikhias dengan warna emas dan hitam,sesuai dengan hotelnya yang bertaraf lima bintang.
Dulu sudah jadi kebiasaan aku ke sana ke mari menghadiri event yang tak putus-putus. Pergi ke cerok utara,timur,selatan sebagai seorang perancang perkahwinan. Melayani pelanggan yang pelbagai karenah yang memeningkan kepala.
Oh Tuhan,sungguh aku rindu…
“Handsome…”
Tersentak. Aku menggeleng-geleng sebelum tersenyum.
“Abang memang handsome. Tapi lagi handsome kalau tak calar balar macam ni. Siap berplaster lagi. Mana orang tak pelik” Tangan tetiba naik mahu menyentuh plaster di dahinya namun terhenti. Mata kami bertentangan. Aku senyum sedikit sebelum turunkan tangan namun dia pantas memegang kembali tanganku.
“Lupakan apa yang abang pernah cakap Kim boleh sentuh abang bila-bila masa Kim nak. Tak perlu takut,tak perlu mintak izin. Mari”Dia menghulur tangan,memandangku dengan renungan yang menyenangkan.
Aku meminta diri ke taman mini milik hotel ini. Lemas dengan kumpulan manusia yang agak ramai dari pelbagai lantar belakang. Bukan setakat annual dinner je tapi juga penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim.
Serta merta aku teringat akan Yayasan Nur Kasih. Siapa yang masih teruskan derma atas nama aku? Khayra? Tiara?Aku duduk di bangku kayu,agak jauh dari kolam renang. Pandang sekilas pun dah cukup buat bulu romaku meremang.Aku pandang Tengku Zariel dari jauh yang sedang berbual dengan rakan sekerjanya.
Atas permintaan aku sendiri, aku meminta Tengku Zariel perkenalkan aku sebagai kawan. AKu tak bersedia. Lebih-lebih lagi orang terkenal seperti Tengku Zariel yang sedang ‘lari’ , keadaan pasti akan jadi lebih teruk jika semua orang tahu siapa aku sebenarnya.
“Awalnya keluar? Kenapa? Tak selesa?”
Tak berkelip mata melihat Harith yang sedang menyeluk poket seluarnya,duduk didepanku. Dia juga salah satu sebab aku tak selesa. Dari saat aku datang.renungan tajamnya tak putus-putus terhadapku. Macam nak telan aku pun ada. Setiap gerak gari aku diperhatikan seperti takut aku mencuri makanannya!
“Bukan tak selesa..Cuma tak biasa”
“Tak biasa? Are you kidding me”Dia ketawa sinis. “Everyone know who you are even you look different outside but the thing is,you just the same. Right?” Dia menghulur segelas Jus kiwi padaku,aku menolak sopan. Apa ada seleranya aku bila disindir pedas oleh seorang lelaki yang pernah menjadi kawan baik?
“Oh come on,Kim…just show your true colour. It just you and me right now. Tak payah nak sembunyikan sikap sebenar you. I’m really sick about it. Okay kalau you nak terus berlakon,teruskan I don’t mind. I cuma nak tahu satu benda je dari you dan boleh kan you jawab dengan jujur?”
Aku cuba menahan tubir mata yang terasa pedih. Pedih mendengar setiap bait kata Harith yang begitu memanah luka. Hiba melihat hubungan kami berakhir begini.
“Apa dia?”Suaraku bergetar menahan perasaan.
“Apa lagi yang you nak dari Ariel? You dah menghilang lama dah,dekat dua tahun..kenapa tak selama-lamanya? Itu I pelik. Ke Sebab you dah buat backup plan untuk balas dendam pada Ariel kan? Cukuplah I dapat tahu apa rancangan you sebelum ni, jadi I terfiki..apa lagi yang membuatkan you masih berada disini
“No..no..it’s not true,Harith. Bukan…”
“No, let me finish. Kim, you already got him. Congratulations! But wait,is it too early to wish? Or should I do something to celebrate your winning? Just tell me..i’ve a lot of money to do it. Kat mana you nak? Pantai, cruise, helikopter….?
Aku berpaling dan menggeleng beberapa kali. Tutup telinga,tidak betah mendengar apa-apa lagi. Harith ketawa sambil mendekatkan dirinya..berbisik…
“Ke kelab malam?”
Laju matanya aku pandang dalam kabusan air mata yang laju menuruni pipi. Terus aku bangun dan berlari tanpa sedar aku melalui kolam renang. Mujur tiada sesiapa kalau tak pasti pelik kenapa aku berlari sambil menangis. Dan hampir aku terjerit bila lenganku direntap kasar. Harith!
“Kenapa you lari? Buat you nak malu sedangkan you tak adamaruah bila perangkap Iman dan musnahkan hubungan mereka? Bila you rosakkan family Ariel sampai mama dengan adik dia gaduh,ada you peduli?!? Dan pernah you terfikir mana I nak letak muka I sebab I cuba pertahankan you selama ni, sebagai kawan you!”
“Let me go,Harith! I’m sorry…I’m truly sorry…”Tangisanku makin kuat sambil cuba meleraikan genggaman kuat Harith.
“Harith! Apa kau cuba buat? Lepaskan dia!”Tengku Zariel hadir tepat pada masanya. Berlaku adegaan tolak menolak dan tanpa tidak disengajakan,entah macam mana aku tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam.
“Kim!!!”
Aku terkapai-kapai lemas. Tidak tahu dalam mana kolam itu tapi aku tetap cemas dan takut teramat sangat. Air itu seolah-olah berlumba mahu menenggelamkan aku. Dalam kesamaran ,aku dapat melihat Harith menolak Tengku Zariel agar tidak menolongku.
“Kau dah kenapa, Ariel?! Dah gila?! What the hell are you thinking? Dia cuma berlakon je lah!”
“Kau yang gila Harith!!!”Tengku Zariel cuba melompat masuk namun Harith terus terusan menolak tubuhnya. Kolar kemeja Tengku Zariel dicekaknya kuat.
“Perempuan ni atlit,perenang nombor 1 zaman sekolah dia, juara renang 3 tahun berturut-turut! Dia Cuma berlakon konon tak reti berenang! Itu pun kau tak percaya?!”
Mereka bergelut.Aku masih terkapai-kapai meminta tolong. Air berebut-rebut masuk ke rongga hidung dan mulut.Aku cuba buka mata kerana pedih dek masuk air. Seakan akan terbayang Tengku Zariel datang dan cuba melemaskan aku. Aku semakin lemah. Rontaan menjadi perlahan.
Terbayang di ruang mata segala kenangan yang terakam kemas di minda. Wajah daddy dan mama menjelma. Mereka berpakaian serba putih,tersenyum dan menghulurkan tangan ke arahku. Aku tersenyum bahagia. Tak sangka kami akan bersama semula. Mungkin ini pengakhiran hidupku? Bibirku mula bergerak, mengucap dua kalimah syahadah.
“1…2….3.Kim! Come on!”
“Kim..bangun please….Ya Allah,kenapa sampai boleh jadi macam ni,abang?”
Dada Kim masih tak berombak. Makin laju Carl membuat CPR silih berganti tekanan di dada. Wajah gadis itu pucat lesi dengan bibir yang mula biru.
“Kim…” Tengku Zariel menerpa.
“Kau jangan dekat!!!”Tempik Carl nyaring. Bengis sekali wajahnya. Melihatkan Kim masih tidak bergerak, Carl mengenggam tangannya dan menumbuk di bahagian dada Kim. Makin kuat tangisan Amanda melihat Carl sedaya upaya cuba bangunkan Kim. Mujur mereka berdua datang tepat pada masanya. Hampir mahu gugur jantung ini melihat Kim berada di dalam kolam renang.
Tiba-tiba saja Kim terbatuk-batuk sampai terangkat tubuhnya. Air tersembur keluar dar mulut dan hidungnya sehingga mengeluarkan darah. Kesemua terpinga. Beberapa pengujung sedari tadi cuma memandang. Hura - hara seketika melihat ada seorang gadis lemas di dalam kolam renang.
Ya Allah…syukur Kim sedar!
Nafasku terasa sesak seperti baru dibawa keluar dari timbunan salji. Pandanganku kabur. Terkebil-kebil cuba meniliti dua wajah yang mengerumuniku. Aku cukup kenal dua suara itu dan aku juga sedar apa yang sedang berlaku. Baru aku mahu bersuara,aku terbatuk kuat dan mengeluarkan darah.
“Carl!!!”
“Amanda,pergi ambil first aid dalam kereta. Adik…please hold on. You’re going to be fine,trust me. I’m here…we won’t leave you,again.”
Dada dan tekak terasa sakit dan pedih. Dapat aku rasa darah yang mengalir laju. Satu suara cemas kedengaran. Walaupun masih samar,masih kabur tapi aku tahu itu suara Tengku Zariel.
“Kim, abang …”Dia menerpa,aku menggeleng dan memeluk Carl. Mahu Carl melindungi aku dari dia. Bimbang dia mahu cederakan aku seperti tadi. Tengku Zariel seperti tergamam tapi dia tetap melangkah.
“Tak guna!!!” Carl bangun dan tidak semena-mena dia menumbuk Tengku Zariel sehingga terjatuh lelaki itu. Segalanya berlaku begitu pantas. Harith menghadang Carl dari maju. Berdarah hidung Tengku Zariel,dia tidak melawan bila Carl yang entah dari mana datang kekuatan menolak Harith dan menyepak perut Tengku Zariel bertalu. Amanda menjerti dan menghalang suaminya. Aku terbaring lemah. Hanya mata memerhati tengku Zariel. Mata kami saling bertentang. Memancar satu perasaan yang penuh kelukaan dan kepedihan.
“Kita pergi hospital,okay?”Amanda mengusap rambutku yang bersandar lemah di kepala katil. Suhu badanku normal namun badanku menggigil tidak berhenti. Ditambah pula hujan lebat yang kembali membasahi bumi. Aku dibawa ke rumah Carl dan Amanda buat pertama kalinya walaupun aku berkeras tadi. Dalam keadaan getir macam mana,mana mungkin mereka peduli. Aku sendiri tak tahu,tak sangka macam mana Carl dan Amanda berada disitu. Dan tidak tahu macam mana aku nak jawab dengan semua persoalan mereka kejap lagi.
“Kim taknak. Kim dah bosan…”
Amanda mengeluh. “Dalam masa 5 jam,suhu badan Kim akan naik mendadak. Kalau itu berlaku, akak akan bawak Kim terus ke hospital. That’s an order,not a request.”
“Macam mana akak dengan abang ada dekat situ? Bukan ke abang kena stay dekat Ireland lagi for a few week?”
“Mungkin abang yang patut tanya adik kenapa adik ada dekat situ…dengan Ariel”
Carl datang dan berganti duduk dengan Amanda. Aku diam sejenak bila Carl memetik sebaris nama itu. Sungguh aku terluka walaupun dia cuba selamatkan aku tetapi keadaan tadi buat aku pasti Tengku Zariel masih ragu-ragu dengan hubungan kami. Tidak faham dengan sikapnya yang ada turun naik. Dan sikap itu buat symptom sakitku hadir lagi. Trauma dan takut. Fobia ku terhadap air sentiasa menjadi bayang dan berjaya melenyapkan kemampuan ku sejak dari kecil lagi iaitu berenang.
“Abang tahu adik still terkejut,trauma pasal tadi tapi hanya Allah je yang tahu macam nak tercabut jantunng abang bila tengok adik hampir lemas. Abang taknak kehilangan adik…lagi”Jerih matanya memandangku. Bibirku bergetar. Terusik.
“I’m sorry…I just didn’t want to hurt you if I’m telling you the truth and I’m scare. I’m so scare if you get mad at me after you know he was here”
“No,honey . I won’t. Okay,look. Adik rehat dulu. You’re still not feeling well. Kat dalam rumah ni ada dua doktor yang bertauliah. Macam yang Amanda cakap,dalam masa beberapa jam kalau suhu adik naik…you’re coming with us,okay. Dah,pergi tidur. Kalau nak apa-apa tekan bell tu. “Aku disuruh baring dan diselimutkan . Satu kucupan seorang abang singgah didahi dan aku terus terlelap…
“Kami balik tapi rumah Kim kosong, gelap. Masa tu pulak Mak cik Senah beritahu rumah Kim kena pecah masuk. Dan adik bersama seorang lelaki….”
Aku menunduk mendengar kata-kata Carl sebaik terjaga tadi kerana mataku terasa sukar untuk tutup. Keluar saja bilik tengah malam itu, Carl berada di ruang tamu,menonton televisyen. Takut dan risau bercampur baur membuatkan lelaki itu belum lena.
“Apa yang berlaku…semuanya begitu pantas. Adik sendiri tak tahu macam mana dia boleh ada kat sini.”
“Kenapa tak call kami? Mesej sekalipun?”Tukas Carl sedikit kesal.
“Then what? You’ll come after me? Cancel everything because of me?”Balasku kembali sehingga Carl sedikit terpempan. Aku menunduk menggigit bibir.
“Adik tak bermaksud nak cakap macam tapi jujurnya,adik tak tahu dan adik tak tahu nak mula daripada mana”
Aku melihat Carl menarik nafas panjang. Kaca televisyen yang menayangkan filem aksi pun sudah tidak menarik perhatiannya.
“Apa yang adik rasa sekarang ni? Abang tahu salah satu punca sakit adik, datang daripada Ariel. Jangan balik-balik cakap salah abang, kali ni abang taknak dengar. Apa keputusan dia?”
Aku tercengang. Tidak berkelip membalas renungan Carl yang penuh kerisauan dan dalam masa yang sama,riaknya tegas. Pasti apa yang berlaku tadi membangkitkan amarahnya. Bukan dia sahaja, aku sendiri tidak dapat mengawal diri daripada mengingati kejadian berulang itu.
‘Ke..keputusan?”
“Cukuplah dengan apa yang abang nampak tadi. Dia memang dah melampau! Kalau dia datang ke sini sebab nak terus aniaya adik, abang nak Kim minta fasakh!”
Aku tergamam!
Tepat sangkaan Carl dan Amanda,suhu badanku naik mendadak tapi aku tidak mahu menekan loceng yang diletak disebelah katil. Malas mahu pergi rumah ketigaku,iaitu hospital.
Pukul 3 pagi bermakna demamku menyerang agak pantas. Lagipula, sejak perbualan aku dan Carl tadi, aku langsung tidak boleh tidur.
Hubungan aku dan Tengku Zariel baru saja nak berbaik, tetapi sudah timbul masalah lain. Bukan salah Carl tetapi apakah betul Tengku Zariel tidak mahu selamatkanku tadi? Kenapa dia tergamak membiarkan aku terkapai-kepai kelemasan tanpa bantuan sesiapa? Tubir mataku terasa bergenang. Pelbagai andaian yang bertambah masuk berlegar di kepala. Jika benar,bodohkah aku mengharapkan lelaki yang pernah menyakiti hati ini?
Abang janji abang akan buat Kim lemas dengan cinta abang. Abang janji.
Adakah itu merupakan janji kosong?
Baru aku nak cuba pejam mata, bunyi yang datang dari jendela buat aku kaku. Dengan hujan yang lebat,dibantu dengan pancaran kilat yang silih berganti,ada bayangan berupa manusia di situ. Mencungkil jendela dari luar. Tangan dah naik nak sentuh lonceng namun tiba-tiba jendela dibuka luas dan ada seseorang lompat masuk ke dalam!
Aku nak menjerit sebelum sepasang tangan menutup mulut dan aku terkejut.
Tengku Zariel! Dia memelukku. Lama. Dapat aku rasa nafas sendu dan degupan jantung yang laju.
“Abang nak Kim tahu…yang abang cintakan Kim”
Diam. Tubuhku semakin kuat menggigil. Ditambah pula dengan dia yang juga basah lecun.
“Maafkan abang. Hanya Allah yang tahu macam nak pecah jantung abang bila tengok Kim hampir lemas. Abang tahu Kim trauma..mesti Kim ingat saat abang cuba lemaskan Kim dua tahun yang lepas. Kim tahu berenang tapi abang punca Kim hilang kelebihan itu.Disebabkan khilaf abang,abang hanpir kehilangan isteri abang.”
Dia menangis di bahuku. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan kerana aku masih terkejut. Segala yang berlaku tadi begitu pantas. Aku tahu dia tak salah kerana tidak tahu aku trauma dengan air tapi entah mengapa aku kecil hati bila melihat dia tidak bersungguh menyelamatkan aku. Terhinjut-hinjut dia menangis di bahuku. Kolam mataku kembali berasa panas.
“Kenapa abang buat Kim macam tu? Apa salah Kim?”
Dia menggeleng laju. Memegang kedua belah pipiku. “Abang…abang tersilap langkah. Maafkan abang. Abang tak sepatutnya tinggalkan Kim seorang diri kat majlis tu”
“Jadi…abang…abang menyesal bawa Kim? Sebab Kim juga, abang bergaduh dengan Harith?”
“Tak,tak…bukan begitu maksud abang. Abang tak tahu macam mana Harith boleh berada disitu sebab abang nampak sendiri dia pergi semalam. Abang akan terangkan dekat dia..semuanya”
Aku menggeleng, melepaskan sentuhannya diwajah ku sebelum duduk dibirai katil. Tengku Zariel juga mengambil tempat disebelahku,terasa hangat bercampur dingin bila kami berdekatan. Tanpa bicara, Tengku Zariel meletakkan tangan ke dahiku.
“Sayang demam. Dah makan ubat?”
Sekadar gelengan yang aku beri. Tidak larat membahas apa-apa dengannya malam ini. Fizikal dan mentalku benar-benar terasa letih. Kejadian tadi, juga perbualanku bersama Carl datang silih berganti.
Gelas berisi air dan ubat di atas meja di dibilikku yang disediakan Amanda tadi disua ke mulutku. Ketika aku meneguk air, aku terhenti seketika melihat pancaran kilat yang membuatkan aku dapat melihat dengan jelas wajah suamiku. Lebam. Bengkak yang surut di tepi bibirnya juga sudah kembali memerah. Pasti kerana penangan Carl malam tadi. Aku menyentuh bibirnya.
Tengku Zariel mencapai tanganku, dikucup beberapa kali seraya menggeleng. “It’s okay. Abang yang bersalah dalam hal ni. Lepas Carl hantar Kim balik, abang follow dari belakang tapi abang tahu sekarang bukan masa yang sesuai. Dia mesti terkejut tengok abang”
“Habis sekarang…masa yang sesuai?”Balasku mengenangkan keadaan kami ketika ini. Seorang demam, lagi seorang lagi lebam di sana sini.
“Abang taknak berjauhan dengan Kim. Kalau Kim berterusan menolak abang sekalipun macam tadi, abang terima asalkan Kim tak pergi lagi dari hidup abang.”
Aku memandangnya dengan perasaan bercampur baur. Teringat kembali apa yang dikatakan Carl.
“Kenapa sayang?”Jari jemari kasarnya menyentuh pipiku,mengelusnya lembut.
“Abang…..abang kena bersedia”
Dahinya berkerut. “Bersedia?”
“Abang kena pergi…Kim taknak Carl nampak abang lepas yang dah jadi tadi…”Pintaku serba salah tapi aku tidak mahu mengusutkan keadaan.
“Biar abang berbincang dengan dia. Abang taknak jauh lagi dari Kim,please…”
Aku membuang pandang, tidak mahu berlembut hati dengannya untuk malam ini. Baru saja tadi Carl bersuara, bagaimana jika dia ternampak Tengku Zariel lagi? Tadi pun sudah bertumbuk pada pertemuan kali pertama, ini kan pula mahu duduk berbincang baik-baik.
“We need some space…Kim masih terkejut tentang hal tadi. Kim ingat abang dah lupa janji, abang dah berubah…Carl dengan Amanda, mereka keluarga yang Kim ada. Kim tak buat keputusan yang membelakangkan mereka. They all I have….”
“Macam mana dengan abang?”
Aku membisu lagi.
“Ada apa kau datang sini? Sengaja cari masalah?”
Keras suara Carl. Dari balik pintu,aku dapat melihat riak Tengku Zariel yang tenang. Wajahnya sayu. Sesekali matanya meliar mencari sesuatu. Pasti aku. Amanda duduk di sofa,ditengah-tengah antara dua lelaki itu. Aku yang sedang tidur ekoran demam yang masih belum kebah terkejut mendengar bunyi bising di ruang tamu Carl dan kakak ipar aku. Terkelu melihat seraut wajah Tengku Zariel yang baru mengungkapkan kalimah cinta yang aku tunggu-tunggu selama ini. Siapa sangka,bahagia yang hadir cuma sekejap.
“Saya nak jumpa isteri saya.”
‘Isteri’. Alangkah indahnya mendengar sebaris perkataan itu dari mulut seorang yang bergelar suami.
“Berani kau gelarkan Kim sebagai isteri lepas kau menghilang selama ni?!!”
“Tolong panggilkan isteri saya. Saya nak jumpa dia. Tolong…izinkan saya”Perlahan dan sayu suaranya sebelum dia bergerak mahu mencari aku. Namun Carl kuat menolak tubuhnya. Aku ternganga sekejap. Dapat aku rasa kekerutan didahinya lbih kepada sakit yang belum sembuh di bahunya.
“Abang!”Amanda memegang bahu Carl. Bila-bila masa Carl boleh hilang kawalan seperti kelmarin.
“Aku takkan benarkan kau tengok Kim lagi even dengar suara dia pun aku larang. Lepas apa yang jadi semalam,kau ingat aku boleh terima? Kim boleh terima? You almost kill her!”Ditolak kuat dada Tengku Zariel namun dia sedikit tidak melawan.
“Saya tahu saya salah tapi izinkan saya betulkan semula. Betulkan segala kesilapan saya pada Kim. Saya janji saya takkan sesekali lukakan hati dia lagi. Pisahkan kami cuma akan buat separuh nyawa saya dan Kim pergi…”
“Ketiadaan kau selama ni cukup mengatakan kelukaan Kim,Tengku Zariel Zahari. Kim tak pernah beritahu apa-apa tentang kau dan aku hormat keputusan dia termasuk apa yang jadi sebulan yang lepas. Tapi semalam…aku takkan biarkan kau dekat dengan dia. She’s hurt so bad. Apa yang kau tak puas hati lagi?!”
Aku mengigit bibir bawah. Sikap melindungi Carl sejak aku keguguran terpacar kembali. Dia terus menjadi seorang abang yang sangat penyayang dan melindungi sehingga rasa hormatku tidak pernah hilang. Namun,dalam apa jua keadaan Tengku Zariel tetap suamiku yang sah.
Dia tetap beriak tenang. “Saya takkan puas hati kalau saya selagi tak dapat jumpa Kim. Kim!”Terpejam mataku mendengar panggilannya.
“Kau berambus dari sini!”
Keadaan semakin tak terkawal. Bersusah payah aku bangun dan keluar. Bunyi derapan kaki sudah cukup mematikan Carl yang sedang mencekak kolar baju Tengku Zariel. Mata kami bertentang sayu.
“Abang nak jumpa dengan Kim. Sekejap pun tak apa”
“Kau tak faham bahasa kea pa? Leave now!!!”Makin kuat Carl mencekak lelaki itu yang sedikit tidak melawan tapi juga tak berganjak. Seboleh-boleh mahu mendekati aku.
“Abang…”Aku memangggil perlahan,menghampirinya.Tidak tergamak membiarkan dia disakiti Carl.Sudahlah malam semalam aku tegar menghalaunya dalam hujan lebat. Dan juga..aku tidak mampu jauh darinya.
Carl menoleh. Dia menggeleng. “I’m sorry Kim but I have to do this. I won’t let this bastard hurt you again. Amanda,hold her. Keep Kim stay away from this”Keluar sudah arahan komentar Carl.
Serentak itu Carl menekan bahu Tengku Zariel yang luka sehingga dia menyeringai sakit. Darah mula kelihatan. Pasti jahitannya terbuka. Aku menjerit,menyuruh Carl berhenti. Carl akur tapi dia masih memegang bahu lelaki itu.
“Kalau kau betul sayangkan Kim,aku nak kau beri dia masa,beri dia ruang. Bila tiba masa yang sesuai,aku sendiri akan pastikan rumah aku sentiasa terbuka untuk kau”
Tengku Zariel dan Carl berpandangan sebelum dia mengeluh lemah dan mengangguk.Pegangan terlerai. Lama dia memandangku dan tanpa suara,dia memberitahu…
“I miss you…”
Air mataku jatuh luruh membasahi pipi. Aku turut membalas,juga tanpa suara. Hanya lirikan mata dan bahasa tubuh badan yang memahami…
“I know..”
Malam pertama,aku halau. Malam kedua,Tengku Zariel tetap datang…melalui tingkap. Begitu juga hari-hari seterusnya. Amaran Carl tak dipedulikan dan aku jugak tidak kisah. Yang hairan,dia datang tepat pada masa aku terjaga secara tiba-tiba tidak kira pukul apa sekalipun.
Yang penting, Tengku Zariel tidak akan datang dengan tangan kosong. Macam-macam yang dia akan bawak. Makanan,bunga,coklat,novel, baju dan banyak lagi. Dia bercerita apa yang dia buat sepanjang hari,berita dalam dan luar.Lama kami berbual kerana setiap saat sangat berharga.Berharga kerana bila-bila masa sahaja,ruang antara kami berdua boleh dirampas.
Setiap kali dia mahu pulang, dia akan mencium tangan dan dahiku. Desah nafasnya mengatakan keikhlasan hatinya namun sakitku membataskan segala-galanya. Sebelum aku tidur,aku tahu dia menoleh memandangku sebelum keluar. Ajaibnya, dia datang dan pergi tanpa meninggalkan sebarang kesan untuk Carl dan Amanda yang tak tahu menahu tentang ini.
“Kim ada call sesiapa ke tiap-tiap malam?”
Aku tak jadi meneruskan suapan. Laju aku melarikan pandangan dari membalas renungan Carl. Carl baru saja balik dari on call. Amanda pula sedang menunaikan solat Isyak,menyuruh kami makan malam terlebih dahulu.
“Tak ada. Kenapa ?”
“Sebab abang selalu dengar macam ada orang berbisik dalam bilik adik kalau abang lalu. Bila abang jenguk bilik adik,tak ada sesiapa pulak”
Aku menyimpan tawa. Bunyi yang didengar Carl tentu saja dari Tengku Zariel yang pantas sembunyi di bawah katilku tiap kali nampak bayang lalu di sebalik pintu. Pernah sekali tu,dia terjatuh,terhantuk tiang katil, pergi sembunyi disebalik langsir kerana terlalu kelam kabut…macam nak pecah perut aku menahan ketawa. Tengku Zariel bernasib baik sebab belum ada sesiapa yang buat spotcheck bilik ini. Nasib juga tiada CCTV.
“Adik takde call sesiapa pun. Lagipun,takkan adik nak call orang tengah-tengah pagi? Abang salah dengar kut…”
“Did he call you?”
‘He’ yang dimaksudkan abang sudah tentu saja Tengku Zariel. Rsanya ini kali kedua Carl cuba bongkar rahsia yang aku simpan sepanjang ketiadaannya selepas demam teruk hari itu. Kesibukannya di hospital juga membataskan masa kami berdua. Aku tahu mereka akan tanya dan mereka berhak tahu.
“ Coincidence…”Ujarku perlahan. Carl memandang.Aku menarik nafas panjang dan dengan perlahan sekali aku hembuskan. Berdebar untuk memulakan bicara sebelum aku bukak cerita dari hari pertama pertemuan aku dan Tengku Zariel.
“Kalau macam tu,ia bukan satu kebetulan tapi takdir…”
“Takdir?”
“Ya,takdir. Takdir yang temukan adik dengan Ariel.It’s hard to believe when he confess his love towards you coz of his hatred to you. But may I know why you didn’t tell me,Amanda about this? What if he hurts you again ? Or he do something bad? Just like he did to you that day!”
“It is not his fault,abang. He try to save me but….”Kata-kataku mati disitu.Tengku Zariel ada jawapannya dan sudah berkali2 dia memberitahu. Dia tak salah tapi dia juga penyebab sakitku kembali menyerang.
“But....he did not isn’t it? He hesitate and he almost kill you. I won’t let him hurt you anymore. Abang tahu adik simpan terlalu banyak pasal perkahwinan adik dengan Ariel tapi abang jugak tahu yang dia penyebab adik sakit selama dua tahun ni. Abang tak sanggup tengok adik menderita lagi…”Suaranya bergetar menahan sebak. Aku tahu bukan Carl masih menangung perasaan bersalahnya terhadapku. Walaupun dah banyak kali aku kata yang aku dah maafkan tapi dia tetap salahkan dirinya di atas apa yang telah terjadi. Lebih-lebih lagi selepas kandungan aku gugur dulu.
“Carl….”
Carl mengangkat tangan, tidak mahu aku bersuara. “I know you still love him. And you will never hate him. I can see in your eyes…mungkin salah satu sebabnya…Ariel mungkin menyakiti dan dalam pada yang sama membahagiakan”
“ And Allah the reason that I keep stay alive but Ariel…my heart,my soul,my love are the way I keep stronger…”Balasku yakin.
“HAI CINTA…”Seperti biasa,aku pejam mata bila satu kucupan singgah di dahiku. Walaupun dalam gelap,dalam keadaan lampu yang malam,aku tahu dia sedang tersenyum memandangku. Ya Allah…kau titipkanlah kebahagian pada kami berdua. Kuatkanlah ikatan kasih ini hanya dengan izin dan restuMU…
“Dah pergi hospital?”Tak jemu juga aku bertanya. Aku tahu dari hari Carl mencederakan Tengku Zariel tanpa sengaja,dia masih tak mahu ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan.
“Dah”
“Hmm…”Terus aku menekan bahunya,dia mengaduh dan menepis perlahan tanganku. Aku menjeling.
“Sedap?”
“Sedap sayang……”
Aku tahan ketawa. “Luka tu bukan boleh buat main-main. Nanti bengkak ,bernanah..kena potong bahu sampai ke tangan baru tahu!”
“Huh?Potong tangan? Takkan lah sampai macam tu sekali”
“Kim tahu lah. Abang Carl kan doktor.”Aku angkat kening. Bangga. Dia diam sekejap sebelum kami berdua berbalas senyuman.
“Dia seorang doktor yang hebat. Dia tak tahu pun abang injured,tapi dia tahu kat mana abang luka”
Perlahan senyuman aku hilang. Aku menarik nafas “Kim minta maaf bagi pihak Carl. Tolong..jangan buat apa-apa dekat dia. Dia tak salah. Kak Amanda pun”
“Kenapa abang kena buat apa-apa dekat dia? Kim masih tak percaya dekat abang lagi?”
Aku menggeleng bersama senyuman. “I do but he just want the best for me. You guys never know each other until this morning. Dan juga sebab Kim rahsiakan pertemuan kita dari awal lagi. Dia dan Kak Amanda langsung tak tahu apa-apa.”
“Kim betul. Abang tak pernah tunjuk rasa minat nak tahu latar belakang keluarga Kim. Apa yang abang tahu Cuma nama penuh Kim. Itu pun abang hafal masa kita akad nikah dulu”
Aku mengusap wajahnya lembut. Dia mencapai tanganku dan mengucup pilu.”Itu pun abang terpaksa hafal nama Kim sampai tiga kali akad baru lepas. Abang tak tahu kenapa abang sedaya upaya melawan takdir yang Allah bagi. Abang rasa iman abang dah kuat,dah kental nak melawan semua sampai abang menyalahkan takdir”
“Bukan salah abang. Kim yang salah. Kim yang banyak berdosa dekat abang,dengan orang disekeliling Kim. Kalau Kim tak wujud dalam hidup abang,semua ni takkan terjadi”
Pantas Tengku Zariel meletakkan jari dibibirku.Dia menggeleng. “Shh…abang yang patut minta minta maaf.Abang yang khilaf. Lagipun abang dah tahu perkara yang sebenar”
“Perkara yang sebenar?”
Tengku Zariel tidak jawab sebaliknya dia tersenyum manis sebelum bangkit menghampiriku. “I’ve got to go. Kejap lagi big boss buat ‘rondaan’.
Aku yang mendengar ketawa sebelum cepat-cepat menekup mulut. Tahu yang dipanggilkan Big Boss tentu saja Carl.Seperti biasa aku mencium tangannya dan dia pula akan balas dengan kucupan di dahi. Baru sja Tengku Zariel berpaling mahu pergi,aku menyentap lembut tangannya,melemparkan senyuman.
“Kenapa? Kim nak abang amikkan apa2?Lapar?”
“Temankan Kim tidur sekejap boleh?”Pintaku lembut dengan pandangan yang menggoda. Sengaja. Mahu melihat reaksinya. Aku tahan saja ketawa melihat dia tercengang dnegan permintaanku.
“Errr…aaa..boleh,boleh…”
Aku mengajakkan diri ke ruang yang kosong,bagi membolehkan Tengku Zariel naik ke katil bersaiz ‘king’ ni. Tentu saja cukup untuk kami berdua. Baru aku nak beralih ke hujung katil,Tengku Zariel yang sudah berbaring mendepakan tangannya.
“I have long arm…you can use my arm”Dia dah mula beromantik. Aku geli hati namun aku merebahkan kepala ke lengannya sebelum dia beralih rapat. Debar di dada kian menggila. Aku tidak pernah berhenti merasai debaran ini setiap kali Tengku Zariel berada dekat denganku.
“Kim dah balik macam dulu”
“Macam dulu? Yang mana?”
“Yang pandai menggoda….”
“Kim tak buat apa-apa pun okay. Dulu Kim cuba buat macam-macam abang tak heran pun. Buat tak tau je sampai dah tumpul dah skill Kim”
“Praktis sekarang pun boleh…”Dia mengenyit mata nakal. Sengaja usik aku yang suka sangat kenyit mata. Aku tergelak kecil,tetap terus merenungnya sehingga leka. Dia mengucup ubun-ubunku dengan bibirnya bergerak membacakan beberapa surah dan doa tidur.
Mataku mula mahu tertutup sebelum bunyi pintu dibuka kuat bersama lampu yang terang benderang membuatkan kami terkejut. Mulut ternganga luas. Tengku Zariel sudah berdiri dihujung katil. Terpaku melihat Carl merenung tajam sambil berpeluk tubuh.
“Abang,adik…”Aku bersuara dengan takut. Tahu sekejap lagi amarah Carl akan meletup
“Nampaknya kau memang tak ambil peduli dengan amaran terakhir aku kan,Tengku Zariel?” Carl mara. Aku dah cuak sambil memandang Tengku Zariel.
“Abang…lebih baik abang pergi”Pintaku cemas namun dia tidak berganjak.
“You heard her. Better you leave now before I call the police”
Tengku Zariel masih tenang. “Polis?Atas tuduhan apa Doktor Carl Zafran? Salah ke seorang suami melawat isterinya? Adakah itu satu kesalahan? Bukankah tempat seorang isteri adalah disisi suaminya?”
“Atas tuduhan menceroboh dan ganggu ketenteraman. Kau jangan nak cerita dengan aku pasal suami isteri kalau kau awal-awal lagi dah nafikan hak adik aku sebagai isteri kau! Sebelum aku hilang sabar,lebih baik kau blah!”
“Tak. Kali ni Saya takkan berganjak. Saya tahu saya bukan seorang suami yang baik tapi Doktor sendiri bukan abang yang baik”
“Apa maksud kau?”
Hanya seinci jarak mereka. Aku sudah menerpa menghampiri mereka berdua. Bimbang akan berlaku pergaduhan. Kedua mereka sedang diamuk perasaan amarah.
“Seorang abang yang baik akan faham perasaan adiknya. Faham perasaan adiknya yang tak mahu berpisah dengan suami. Apa yang Doktor buat bukan mahu melindungi Kim dari saya,tapi mendera perasaannya. Saya takkan pergi tanpa Kim. Tiada siapa yang dapat pisahkan kami kecuali Allah…”
Kami berdua berbalas pandang.Kolam mataku berkaca. Terharu dengan kata-katanya namun dalam pada masa yang sama,Carl merupakan abangku. Keduanya insan yang aku istimewa dalam hidupku.
“Tak guna!”Keadaan terjadi begitu pantas bila Carl menerpa dan menumbuk Tengku Zariel. Mereka bergelut.
Jeritanku berjaya mengejutkan Amanda. Dia cuba memeluk Carl dari belakang sedang aku cuba meleraikan keduanya. Takut juga aku melihat renungan kedua lelaki ini. Sekuat mana pun aku,tenaga lelaki berkali ganda.
“Carl…stop it!!! This is not right way to settle it down!”Bentak Amanda.
“No I;m not. I will not step down until this bastard leave,Amanda!”
Melihatkan situasi semakin tegang,aku kerah tenaga wanitaku cuba meleraikan pegangan mereka berdua yang mencekak leher masing-masing. Aku berjaya namun pergelutan mereka menyebabkan aku tertolak jatuh. Suasana sepi seketika. Yang kedengaran cuma suaraku yang menyeringai sakit.
Ketiga-tiga mereka datang mendekatiku,memegang kepalaku.
“Kau tengok apa yang kau dah buat!!!”Carl menempik kepada Tengku Zariel yang sedang mengusap rambutku. Serba salah.
“Cut this crap both of you!!! Jangan nak salahkan sesama sendiri. Kalau you guys tak gaduh,semua ni takkan jadi!” Kali ini Amanda menggunakan suara komentarnya. Kuat mengalahkan askar yang mengarahkan anak buahnya agar pergi bertempur sehingga kami terkebil-kebil. Pertama kali aku melihat dia marah begini.
Amanda menyuruh Carl dan Tengku Zariel jauh dariku sambil melihat dahiku yang sudah merah.
“Nasib baik tak bengkak. Kalau tak ,tak pasal-pasap jendol dahi tu macam ikan flowerhorn!”Bebelnya sambil menjeling mereka berdua yang menunduk.
“Kak,Kim okay. Sakit sikit je ni”
“Ni lagi sekoq ni. Okay…okay….sat lagi ada orang jahat acu parang pun hang cakap okay lagi!!!”
Aik aku pun kena? Sudahnya aku diam bila Amanda sudah keluar loghatnya tu.
Hampir 10 minit kami berkampung di bilik ini tanpa suara kerana perlu mendengar bebelan Amanda yang tiada henti.
“Laa ni dah pukoi 4 pagi. Diulangi ya….4 pagi! Nak bincang lebih-lebih sampai malam, esok ja. Esok kita putuihkan lagu mana nak buat. Dah bang,jom masuk tiduq”
“Sekejap…habis dia ni macam mana? Takkan nak bagi lepas je?”Carl menunding jari tepat kepada Tengku Zariel yang sedari tadi diam.
Amanda tak jawab sebaliknya menarik tangan Carl keluar. “Dia pi tiduq dengan bini dia lah,lagu mana lagi. Pasaipa dia nak keluaq pulak? Takkan abang pulak nak pi tiduq dengan Ariel?”
Tengku Zariel duduk di birai katil. Mata kami bertentang. Tanpa kata,kami berpelukan. Lama sebelum Tengku Zariel mengusap rambut dan dahiku silih berganti. Aku pejam mata. Pelukannya sungguh menenangkan aku. Sekelip mata boleh lupa kejadian tadi.
“Abang minta maaf. Abang hilang kawalan tadi sampai kami tak sengaja tertolak Kim”
“Salah Kim jugak memandai-memandai nak jadi pengadil. Kim takut tengok muka abang dengan Carl tadi.”
“Abang lagi takut tengok muka Amanda….”Meletus ketawa kami berdua mengenangkan raut bengis Amanda bersama slanga utaranya. Pekat ya rabbi…
“Kak Amanda memang macam tu. Kalau marah boleh terbalik rumah dibuatnya. Abang faham tak apa yang kakak cakapkan tadi tu?”
“Faham tapi yang abang betul-betul faham…”Tengku Zariel merapatkan wajah kami berdua sehingga ak u terkedu. Deru nafas kami hangat menyapa wajah kami. “I can stay here…with you…forever”
“Eh,mana ada. Abang salah faham lah! Dah lah,Kim nak tidur dulu. Abang pergi tidur dengan Abang Carl. Kim nak kunci bilik!” Tak sempat aku nak turun dari katil bila tangan kasar Tengku Zariel meraih tanganku sehingga tubuhku jatuh dalam dakapan hangatnya sekali lagi. Pecah ketawa kami sebelum Tengku Zariel memeluk pinggangku dari belakang. Aku mengusap tangannya yang berada di pinggang sebelum sama-sama terlena dibuai mimpi indah. Mengharapkan momen indah seperti ini tidak akan dibawa pergi…
ni bab last untuk hari ni eh...sbb HZ tak sempat, migrain dari semalam tak hilang lg.. Terima kasih kepada yg sudi baca n support HZ.. Selamat membaca n maaf utk segala kekurangan dan tak menepati citarasi korang..hihi. Thank you...love u.
Share this novel