BAB 25

Romance Completed 199367

BAB 25


“Ariel wait !”Jeritku sambil terkial-kial menarik dua luggage dari troli. Sebal mellihat dia laju keluar selepas pemeriksaan imigresen. Macam tak cukup tanah dia jalan.


“Hish beg ni pun. Menyusahkan betullah!Cuba jalan sendiri,tak boleh ke?!”Nilah orang cakap. Marahkan orang , batu yang jadi mangsa. Marahkan laki, beg yang jadi bahan!

Terpandang aje tubuhnya dari jauh,aku mempercepatkan jalan sebelum langkahku mulai perlahan. Tengku Zariel juga sama. Terkedu melihat apa yang berada didepan mata kami ketika ini. Pasangan itu juga tergamam. Jantungku berdegup kencang saat berdiri bersebelahn dengan suamiku bersama renungan yang tidak lepas terhadap pasangan itu. Satu pertemuan yang tidak dijangka.


“Assalamualaikum…”

Aku menoleh kea rah Tengku Zariel. Dia memberi salam dengan suara yang bergetar. Juga dengan mata yang tidak lepas memandang gadis itu. AKu menahan rasa. Silih berganti aku memandang suamiku juga pada sepasang tangan yang saling bertaut didepan mataku ini.

“Waalaikumusalam…tak sangka dapat jumpa korang dua dekat sini”Herman memulakan perbualan dengan tenang. Mata kami bersabung seketika.

“Yeah,aku pun tak sangka. Unexpected. Lebih-lebih lagi….”Lurus jari telunjuk Tengku Zariel menunjuk ke satu arah. Arah yang menunjukkan Herman menggengam kuat tangan isterinya,Iman.

Aku mula tak sedap hati. Gusar bercampur bimbang jika Tengku Zariel mahu mengamuk disini.

“Ariel, jom pergi” Aku menyentuhnya seraya berbisik.


“Kalau kau taknak aku malukan kau dekat sini ,tolong jangan sentuh aku..”

Lantas aku menurunkan tanganku dari lengannya. Terkilan hati ini melihat betapa masih dalamnya renungan Tengku Zariel terhadap Iman. Aku memandang wanita anggun yang berjubah dan bertudung labuh itu.

Benar kata Herman,mereka berdua dalam proses untuk menerima perkahwinan ini. Perkahwinan yang penuh dengan kejutan. Dan begitu juga dengan gambar yang aku dapat daripada Tengku Farizal sebelum ini. Mereka berdua menyambut makan malam dan kelihatan bahagia.


“Where do you guys heading to?” Soalan itu membuatkan Iman memandang Herman yang kemudiannya tersenyum senang.

“Honeymoon”

OMG!

Ni mesti kejap lagi Tengku Zariel bakal meletop sekejap lagi. Aku lihat wajah Tengku Zariel sudah merah padam.Aku menghantar isyarat mata pada Herman agar bergegas berlalu tapi Herman seperti buat-buat tidak mengerti. Malah dia menarik rapat bahu Iman dengan tubuhnya. Tengku Zariel terus membuang pandang. Aku tahu dia tidak sanggup melihat wanita yang dicintainya disentuh oleh lelaki lain didepan matanya. Apatah lagi sudah menjadi isteri orang.


Tetapi bagaimana dengan aku?


“Oh,really? Well…enjoy your honeymoon then. Assalamualaikum…”


Ketika ini aku juga tidak mampu berdepan dengan Iman sebenarnya. Tidak tahu kenapa timbul perasaan rasa bersalah terhadap gadis itu namun melihatkan betapa mesranya tangan yang saling bertaut itu,terselit rasa gembira. Mungkin saja aku gembira kerana akhirnyaTengku Zariel milik aku.


Tanpa sepatah kata, aku turut berlalu mengikut Tengku Zariel yang menuju ke sebuah Range Rover berwarna putih. Terpacul drivernya, Uncle Man.


“Hai Uncle Man. Is’s been a long way..without you my friends….”

Uncle Man tersengih dengan tingkahku menyanyi riang. Tangkas dia menyambut beg dan bagasi majikannya itu. Apa punya lelaki entah. Lembik!

Angkat sendiri tak boleh ke?


“Amboi bukan main ceria lagi ya? Sini Uncle letak beg tu” Baru Uncle Man nak ambil bagasi dari tanganku, Tengku Zariel menghalang.


“Siapa bos?Saya ke Uncle Man?”

“Tengku. Maafkan saya”

“Tahu pun. Jadi sebelum nak buat apa-apa,Uncle Man tahu Uncle Man kena mintak izin saya dulu? Jadi jangan pandai-pandai nak bagi arahan sendiri. Kau…”Suaranya beralih pula kepadaku.


“Teksi bersepah dekat KLIA ni. Pilih aje mana kau nak. Dah,jom Uncle Man gerak.”

“Err tapi Tengku…sebenarnya….”

Suara Uncle Man yang tersekat-sekat itu mematikan langkah Tengku Zariel. Kasihan pula melihat raut wajahnya yang berkedut itu. Sebab aku,dia kena marah. Terus aku menyampuk.


“Kalau you nak marah, lepaskan marah you dekat i. Jangan sebab I,you lupa rasa hormat you pada Uncle Man,orang yang lebih tua dari you. Tak apa Uncle Man,Kim naik teksi”

“Eh,tak boleh! Sebenarnya…..”


“Apa lagi ni??”Jerkah Tengku Zariel hilang sabar.


“Sebenarnya Tok Ayah ada kat rumah”


“What???


“INGAT. Kalau kau bukak cerita yang bukan-bukan pasal aku depan Tok Ayah aku,nahas kau aku kerjakan. Faham!” Hanya itu pesanan Tengku Zariel sebaik tiba di perkarangan rumah agamnya. Aku tidak tahu kereta apa yang dipakai lelaki yang bergelar Tok Ayah itu kerana banyak sangat kenderaan ada. Entah-entah Tok Ayah naik private jet? Helicopter? Ke terjun dari flight dengan payung terjun?


“Kau dengar tak ni? Yang kau tersengih-sengih dari tadi tu kenapa?”


“Ya,i dengar. Anyway, apa yang you takutkan dengan Tok Ayah you tu sampai sanggup ugut i? Kalau you cuba ugut I…I pun boleh buat benda yang sama”Balasku cuba mengingatkannya kejadian di Paris tempoh hari. Aku mengorak kemenangan apabila melihat wajah dia berubah tegang.

“Our deal is end at Paris. So now it’s your turn. Kau tak kenal Tok Ayah aku macam mana orangnya so just follow my rules!”

“Bukan setiap masa ke I kena ikut apa yang you suruh?”Luahku perlahan bila dia berlalu namun dia patah balik. Aku telan liur. Alamak! Dia dengar ke? Satu tolakan kuat di bahuku sehingga aku tersandar di badan kereta. Aduh!


“Ehem !”


Serentak kami berpaling….

‘Tarik Nafas. Tenang. Tarik Nafas Lagi . Hembus Perlahan. Tenang Kim,Tenang….’

Dah selesai, aku angkat wajah memberanikan diri membalas renungan yang maha tajam itu. Bengis sekali riak wajahnya. Persis Tengku Zariel bila denganku tetapi ni lagi dahsyat. Agaknya keturunan berdarah Tengku ni memang suka telan buaya ke? Kenapalah aku tak pernah tahu kewujudan lelaki yang dipanggil ‘Tok Ayah’ ni?

Kali terakhir aku mendengar namanya ketika di hari pernikahan kami. Sedangkan dari dulu lagi aku tidak pernah terlepas walau satu pun tentang Tengku Zariel. Apa yang dia minat, apa yang dia tidak suka, latar belakang dia….tapi bab ni dan lagi satu persoalannya…..


“Introduce yourself”


Hah? Maksudnya? Dia mahu ‘menemu duga’atau ‘menemu bual’ aku? Aku sudah berteriak di dalam hati!


Aku berdehem lembut. Ada ke orang dehem lembut?


“Elliena Kamelia…”


“Hai…tak ada bapa ke nama tu?”


Zappp! Aduh….mulutnya. Memang spesies yang sama keturunan suamiku ni!

“Elliena Kamelia Damien!”Jawabku lagi kali ini penuh yakin kerana aku mampu membalas renungan tajamnya itu. Lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an,rambut yang bercampur putih dan hitam, berpakaian T-shirt berbelang kelabu putih,itu tenang bersandar memerhatikan kami. Kami? Rasanya dari tadi Tok Ayah tengok aku je. Si Tengku Zariel ni boleh tayang muka selamba pulak. Tadi bunyi macam takut siap ugut aku lagi. Dahl ah temuduga aku kat meja makan. Sebelahnya pula dah sah-sah Puan Sri Tengku Wahida yang dari tadi tersenyum melihat gelagat tidak kena aku.


“Umur? Kerja? Keluarga? Education? Lagi….”

OMG!

Dia memang betul nak interview aku sekarang ni! Dari hujung mata aku tahu Tengku Zariel dengan mamanya tengah sakan ketawa kan aku! Huh! Takpe,ingat aku nak kalah?

Lancar dan laju aku jawab setiap soalannya. Ringkat,tepat dan padat!

“Kamu berdarah kacukan?”


Baru aku nak membuka mulut,Puan Sri Tengku Wahida menyampuk.


“Darah bercampur sekalipun bukannya pangkal nama ada Tengku ke,Raja kea pa Tok Ayah !”


Serentak itu Tok Ayah berpaling merenung wanita itu dengan tajam sehingga mulutnya terkunci rapat.


“Kamu diam. Aku bukan tanya kamu. Dari menyibuk dekat sini apa kata kau pergi tolong Maz kat dapur tu. Ada juga faedahnya”

Terjegil biji mata mak mentuaku tu. Aku? Cepat-cepat aku tutup mulut bimbang ketawaku meletus.

“Tapi Tok Ayah….”


Sekali lagi Tok Ayah merenung dan wanita itu diam akur. Sempat lagi tu dia jeling aku sebelum hembusan nafas hangat menyapa telingaku. Aku tersentak,menoleh.

“Kau jangan ingat Tok Ayah suka kau. Bersiap sedialah kena sembur dengan dia kejap lagi. Err…Tok Ayah,Ariel naik dulu boleh? Ariel penat plus still jet leg lagi” Ujar Tengku Zariel sambil bangun.

“Duduk!”

GULP! Mak aihh…suara macam petir! Macam nak tercabut telinga aku.

Ajaibnya,Tengku Zariel kembali duduk. Seperti anak kecil yang taat dan patuh. Tiba-tiba rasa dia macam comel pula. Tahu pun takut. Ingatkan kebal sangat.

“Did you parents know about this?”


Sekali lagi soalan cepuemas keluar. Sekali lagi aku teguk liur. Lambat-lambat aku angguk.

“Yeah. Of course they know. It just that..hmm, I’m not telling the whole thing….”

“Aku harap kau tak buat cerita yang bukan-bukan pasal keluarga ni. Lebih-lebih lagi setelah apa yang terjadi.”Kali ini mata Tok Ayah beralih pada suamiku.

“Ariel tak mintak pun benda ni terjadi Tok Ayah. I didn’t expect this to happened”Ujar Tengku Zariel sambil menunduk wajah. Sukar aku gambarkan perasaannya tetapi aku tahu dia cuba menyampaikan sesuatu yang hanya aku faham. Dengan beraninya aku menggengam tangannya yang berada di atas meja.


“I’m always be with you. Always”


Tengku Zariel menarik tangannya dalam genggamanku seraya berdiri “Jangan sentuh aku lah. Kau ni tak faham bahasa ke apa!!?”

“Tengku Zariel Zahari !!!”Kuat lontaran suara Tok Ayah disertai dengan satu gegaran kuat di meja. Habis terpercik keluar air teh tarik yang dibawa Mazliana tadi. Tok Ayah juga berdiri. Bersinar garang mata Tok Ayah berlawan dengan Tengku Zariel yang kembali menunduk seperti pesalah.

Namun, aku nampak dia mengepal penumbuk di bawah meja. Dia nak tumbuk aku ke? Sudahlah dia baru aje tengok bekas kekasih dia bersama orang lain di airport tadi. Sekarang ni apa pula? Yang kena nanti dah tentu aku!


“Kamu sedar tak dengan siapa kamu bercakap? Biadab! Suka atau tak dia isteri kamu yang sah! Sekalipun aku sendiri tak suka dengan perkahwinan tngkap muat ni tapi nasi dah jadi bubur. Nak patah balik pun tak guna. Aku kalau boleh nak teruskan legasi darah keturunan Tengku keluarga ni tapi you are the one who break the rule to protect Qalesh name and I admit,I had to accept.”


“Apa Tok Ayah cuba sampaikan ni? Ariel tak faham”

Tok Ayah kembali duduk. Dia melarikan matanya memandang aku dan Tengku Zariel secara bergilir.

“Accept this marriage and move on”



“Eh perempuan!!! Apa yang kau dah gula-gulakan Tok Ayah aku? Kau yang plan semua ni kan? Kau tahu Tok Ayah nak datang sebab tu kau buat plan supaya dia tunduk dekat kau sebelum dia sampai sini!”

“Boleh tak dalam masa sehari you tak berkasar dengan I ? Sakit okay!”Aku meleraikan cengkamannya di lenganku ketika aku berlalu nak masuk ke bilik. Baru aku nak tutup pintu aku lihat dia pun ikot masuk. Tak pernah-pernah dia masuk bilik aku.

“Aku tanya tu jawab je lah! Yang kau tersengih-sengih ni kenapa?”Soalnya berang bila aku tersenyum . Tiba-tiba akal nakalku datang. Aku sengaja mengirai rambutku dengan gaya menggoda. Membetul-betulkan kolar kemeja denim yang ku pakai sebelum mendekatinya yang berundur setapak-setapak.

Laju aku menolak dadanya sehingga dia jatuh di katil sebelum aku pantas berada atas tubuhnya. Bibir aku gigit dengan ghairah.


“Easy honey. Rindu sangat ke dekat i sampai masuk ke bilik i? Kita kan baru aje balik honeymoon. Anyway, takkan kat sini? Bilik ni kecik. I tak selesa.Lagipun Maz selalu datang lepak sini. Nanti tak syok pula” Bisikku manja di telinganya sambil ketawa dengan suara yang gedik apabila dia menolak tubuhku jatuh disebelahnya.

Wajahnya merah padam. “Kau kan….”
Tengku Zariel kembali mendekatiku. Ketika itu juga aku ambil peluang menarik kolar bajunya dengan kedua belah tangan. Sekali lagi dia terjatuh tapi kali ini dia pula yang menghempap tubuhku. Namun tak disengajakan bila bibir kami bersentuhan.

“EHEM !!! Dah tak menyempat dah ke sampai lupa nak tutup pintu?”


Hah? Serta merta kami berdua berdiri tegak. Tok Ayah lagi! Celah mana dia datang ni??


Mulut aku dan Tengku Zariel terkunci rapat bila Tok Ayah masuk dan memerhati sekeliling bilik ni. Dengan kata lain,bilik ‘motel’ aku! Mazliana yang baru nak masuk pun terkejut dengan kehadiran Tok Ayah.

“Bilik siapa ni?”


“Bilik Maz!”Kami bertiga serentak jawab. Aku tak menyangka Tengku Zariel akan jawab benda yang sama. Pasti dia takut dengan amaran atuknya tadi. Aku pun takut juga tapi itu satu bonus untukku supaya lebih dekat dengan Tengku Zariel.

“Bila masa kamu pindah masuk ke sini Maz? Bukan main berjenama lagi barang-barang kamu Mazliana? Macam-macam jemana...macam-macam warna! Ni baju yang berlambak ni…sejak bila kamu jadi pemalas sampai nak lipat baju pun tak sempat?!”Tok Ayah mula curiga bila melihat Mazliana terkebil-kebil.

Sempat aku menutur ‘I’m sorry’ tanpa suara ke arahnya. Tajam mata tua itu memandang kami. Dahsyat betul Tok Ayah ni. Moden! Bukan calang-calang orang nak kelentongkan orang tua ni. Patutlah si bijak pandai Tengku Zariel tak ada idea.

“Err…sebenarnya ini semua barang I . I mean,barang yang selebihnya sebab almari kami penuh. Yalah,baju Ariel je dah sedozen. Tambah lagi dengat alat makeup semua , baju lagi..tu yang terpaksa jadikan bilik ni sebagai stor untuk I punya barang.” Aku jawab penuh yakin.

“Maz, bring me to their room right now”

Haa sudah!



Aku keluar dari bilik dengan bertuala dari paras dada ke lutut. Lagi satu tuala kecil pula aku guna untuk keringkan rambut. Suara seseorang membuat aku tersentak.

“Boleh tak sebelum keluar bilik air tu..pastikan diri kau yang ‘kotor’ tu,lengkap berpakaian ? Kalau kau ada niat nak goda aku,forget it. I don’t buy it”Tengku Zariel menggumam geram tanpa sikit pun memandang ke arahku. Aku tahu marahnya padaku takkan habis. Takkan pernah padam.


“Kalau you tak heran,kenapa you pejam mata pun? Kenapa taknak pandang i? Sebab you takut tergoda dengan i? Just admit it,Ariel. Just admit yang you memang dah lama tergoda dengan i. I told you. I’m good in that way..to win my husband’s heart”. Balasku tak peduli dengan kata sinisnya.


Terasa episod kami di Paris temui kesinambungannya di sini gara-gara kedatangan Tok Ayah. Memang satu rahmat. Satu rezeki untuk aku berada hampir dengan Tengku Zariel. Siapa sangka akhirnya kami berkongsi bilik jua. Mujur sudah ada sebahagian barangku yang telah dibawa Mazliana ke bilik Tengku Zariel ketika kami dalam perjalanan pulang. Bijak juga Mazliana, buat tanpa disuruh. Harus aku belanja dia sekejap lagi.

Dan siapa sangka Tok Ayah seakan-akan memberi lampu hijau walaupun dia sukar menerima kehadiranku. Sedangkan Ungku Wahida sendiri tidak,apatah lagi dia. Tapi tak mengapa kerana Tengku Zariel yang lebih penting.


“Aku akan bukak cerita siapa kau sebenarnya dekat Tok Ayah. So,just wait and see. Aku tahu Tok Ayah buat ni sebab terpaksa. Dia takut kau jaja cerita dekat luar,dekat press,media untuk jatuhkan Qalesh Holdings dan nama baik keluarga kami.”



“No,I am not do such thing! You know I will not do that,Ariel. Never! Do you know why? Because I love you. How much I have to tell you the same thing to make you understand?”

“Beratus…berjuta…atau berdozen kali kau cakap dekat aku…aku takkan pernah terima . Kau ingat aku tak penat nak cakap benda yang sama dekat kau? Cuba beritahu aku apa yang aku perlu buat untuk kau diam selamanya?”


Mata kami bersabung lama. Hatiku tersayat pedih dengan kata-katanya. Luahan yang sangat jujur dan ikhlas terhadap diriku.

“If you said so then just kill me and I will shut my mouth forever…”Aku tersenyum tawar,cuba menyembunyikan perasaan pilu di hati. Tangan mencapai baju tidur sebelum ke bilik mandi.

“Mana I nak tidur ni?”Ujarku berpeluk tubuh. Sekali lagi aku menyimpan senyum melihat dia tak berani angkat wajah melihatku. Segan agaknya dengan pakaian tidur aku yang separuh mengancam ni. Hot pants dengan spaghetti strap, Itu pun tergoda ke?

“I ‘m already told….”


Terus aku memotong. “I panas. Okay? Lagipun ni baju tidur yang biasa I pakai dalam bilik i. So nak tak nak you kena terima. Tak salah kan? Kita dah halal”

Tengku Zariel diam. Tajam matanya pandang aku dengan wajah bengisnya tu. Dia seakan-akan takut nak berada hampir dengan aku. Pasti dia takut kejadian tadi berulang. Nampaknya aku dah jumpa satu lagi kelemahannya. Lagipula dah dua kali dia mencuri ciumanku walaupun tanpa sengaja dan terpaksa!


“My personal stuff is my priority. Aku rasa kau tak ingat syarat-syarat dalam kontrak tu. But It’s okay. Sebab aku suka nak ingatkan. Pertama,kau tak dibenarkan masuk dalam bilik aku kecuali kalau darurat. Contohnya macam sekarang ni. Kedua, jangan mimpi nak sentuh barang aku kecuali aku yang suruh. So, based on the second condition, aku dah prepare untuk kau. Ni,ambil ni! Bentang kat bawah tu!”


Sekali campak je, terdorong ke belakang tubuh aku bila Tengku Zariel campak segala bantal dan toto tepat ke muka aku. Aku mendengus geram sebelum melemparkan kesemuanya ke bawah.

“I tak nak! Sakit tau selama ni I baring kat katil kayu kat bilik bawah tu. Bukan selalu dapat peluang macam ni”

“Bukan selalu apanya kalau kau sanggup ikut aku pergi Paris kelmarin! Ingat,kalau kau cuba buat lagi ,siap kau! Dah,pergi tutup lampu tu. Jijik nak tengok muka kau lama-lama.!”Kutuknya penuh perasaan sebelum melemparkan tubuh dengan nyenyaknya di katil bersaiz King itu.

Mulutku yang separuh terbuka terkatup kembali tatkala pintu bilik diketuk disertai dengan suara.


“Ariel !”

Suara tu! Aku dan Tengku Zariel berpandangan sebelum memandang toto,selimut dan bantal yang berada di lantai.

Alamak! Spotcheck ke???

Aku terus mencari cardigan labuh untuk tutup bahagian tubuh yang terdedah. Si Tengku Zariel pula mengambil segala toto itu dan disumbat ke dalam bilik wardrobenya yang seluas biliknya itu.

“Cepat lah sini. Yang terhegeh-hegeh tu kenapa? Kau tahu tak Tok Ayah kat luar tu?!”Separuh menekan suara Tengku Zariel. Bimbang didengari Tok Ayah. Pantas aku berdiri disebelahnya. Tengku Zariel menarik nafas sebelum membuka pintu. Terpacak Tok Ayah didepan pintu.

“Err…Tok Ayah? Is there anything wrong?”

Tok Ayah tidak memandang kami berdua sebaliknya dia menyerbu masuk dengan menyelit ditengah-tengah kami berdua sehingga terpisah. Debar di dada kian bergelodak.

“Tok Ayah , kenapa?” Soal Tengku Zariel lagi.

“Saja ‘melawat’ bilik kamu ni. Mana tahu ada garis sempadan ke,sorang tidur kat katil sorang kat sofa..sorang tidur kat bawah dengan comforter,sorang lagi selesa tidur kat katil. How’s that?

GULP! Oh, god! What the hell he come from? CIA? FBI? MBI??? Memang Satu bonus kerana Tok Ayah makin buat aku dekat dengan Tengku Zariel tapi masalahnya nanti yang kena aku jugak!

“Tok Ayah…takkan kami nak berpisah tempat tidur? Mana best kalau macam tu. Kalau Tok Ayah nak tahu, Kim dengan Ariel baru ju balik bercuti dari Paris. Kalau tak percaya, cuba tanya Maz. Lagipun Kim ada bawak souvenir untuk semua orang. Nanti esok Kim bagi Tok Ayah okay” Suaraku manja menukar topik perbualan. Cuba menarik perhatian Tok Ayah.

Tok Ayah diam. Dia seperti tak terkesan dengan kata-kataku. Ralit matanya meliar memerhatikan segenap pelusok bilik ini. Dia melangkah ke meja solek. Mujur aku sempat letak kesemua produk kosmetikku kat situ. Dia pergi pula ke satu sudut yang menempatkan tempat kerja Tengku Zariel. Nasib aku sempat letak beberapa novel milikku disitu.Tak cukup dengan itu, Tok Ayah beralih masuk ke bilik air.


Aku tepuk dahi Aku lihat Tengku Zariel mula garu kepala serba tak kena. Kusut wajahnya dengan tingkah datuknya itu.

“Hmm….ni bilik wardrobe kamu kan?”

Resah. Gelisah. Kecut perut. Semuanya lah! Masing-masing muka dah pucat.

“Err….kenapa ?”


Soalan dibalas dengan soalan. Terkesima sejenak dengan kerlingan tajam Tok Ayah. Pasti dia curiga. Habislah! Gosh…help me pleaseee!

Satu…dua saat…Tangan Tok Ayat sudah berada di permukaan sliding door kayu itu. AKu sudah pejam mata. Pasrah.

“Tok Ayah!”

Suara seseorang buat kami berpaling ke muka pintu.Aku menarik nafas lega bersama jelingan tanda tidak suka dengan kehadirannya

“Dah-dah lah tu nak buat sesi pemerikasaan malam-malam ni. Kata nak suruh dia orang terima perkahwinan ni so let them be. Give them space then. Kalau tak boleh jugak,cerailah apa yang susah?” Ujarnya sikit pun tidak berlapik. Di hujung ayat yang sangat mencabar kesabaran aku itu,aku membalas kerlingan sinisnya.


Tengku Farizal, dia takkan berhenti menyakitkan hati aku. Aku yakin diam ahu membalas dendam bila aku menolak permintaannya.

Tok Ayah tak jadi nak buka wardrobe yang menyimpan rahsia kami. Bukan kami, Ariel je sebenarnya! Kalau tak kerana dia semuanya selamat. Tak ada lah sampai nak tahan nafas berjam-jam dalam bilik ni. Tak adalah sampai datuk kesayangan dia tu datang buat sportcheck!


“Jaga sikit mula kamu tu,Farizal! Ingat ikatan perkahwinan tu perkara main-main ke? Sebab tu sampai sekarang kamu tak boleh nak serius. Sebab kamu tu suka sangat bertukar perempuan! Anggap mereka tu macam pakaian yang kamu tukar hari-hari!”


Tengku Farizal ketawa sinis. Dia menjungkitkan bahu. “Ini zaman moden lah Tok Ayah. Everyone deserve the best. Selagi Izal tak jumpa perempuan yang Izal nak,Izal takkan serius,takkan kahwin. Well…to tell you the truth..Izal dah jumpa tapi sayang,dia terhegeh-hegeh pada lelaki yang tak cintakan dia langsung. Sadis kan?” Mata kami bersabung. Jelas bibirnya menyungging sebaris senyuman sinis untukku.

Dadaku sudah berombak garang. Apatah lagi bila terdengar Tengku Zariel menahan tawa,memperlekehkanku. Aku tahu dia tidak faham apa yang Tengku Farizal maksudkan. Apa yang dia tahu? Dia Cuma tahu situasi yang kena pada Tengku Farizal sama dengan situasi yang dia hadapi sekarang. Nak aje aku bongkar cerita yang adik lelakinya pernah cuba buat perkara yang tak senonoh denganku, Biar dia tahu! Ingat keturunan yang dia banggakan tu,bagus sangat? Mulia sangat?!

“And one more thing,Tok Ayah. Don’t being easy trust strangers. They are more dangerous than me. Believe me,I know”

Sekali lagi aku menahan nafas mendengar nasihat dendam dari adik iparku itu. Dasar lelaki tak guna! Talam dua muka!

“Maz! Bagi saya kunci pendua bilik ni!” Suara komentar Tengku Badlishah dari luar bilik sudah cukup buat mataku terbuka luas. Walaupun aku tetap tidur lena beralaskan comforter nipis berlapikkan di atas lantai, tetap juga suaranya berjaya buat aku terjaga.

Dalam mata yang masih lagi kabur, aku dapat melihat bayang manusia di luar bilik tidur kami. Kami? Terus aku menoleh melihat Tengku Zariel yang masih tidur.

“Ariel..psstt, wake up!” Desisku tidak mampu untuk meninggikan suara. Dia masih lagi tidak sedar.


“Cepat sikit Maz. Dari tadi aku ketuk semua tak sedar. Betul ke tidak ada orang dalam bilik ni??”

Argh, sudah. Aku mencampak bantal tepat ke muka Tengku Zariel termasuklah segala comforter dan selimut sehingga dia terpisat-pisat celik mata.

“Apa kau …”

“Shh! Tok Ayah dekat depan tu. Kalau you dah ada skema jawapan, you sendiri yang jawab!” Aku melompat melangkah tubuhnya, berbaring disebelah suamiku apabila kedengaran tombol pintu mula ‘digondol’ oleh pihak berkuasa yang tidak berlesen.

“Huh? Dah cepat sini!” Tak sempat aku berbuat apa-apa tatkala Tengku Zariel menarik tubuhku agar baring dilengannya. Aku apa lagi, orang sudah memberi takkan aku mahu menolak? Terus aku mengambil kesempatan menyembamkan wajah ke dadanya. Aman. Tenang.

Tengku Zariel mendengus seraya cuba menolak namun semuanya sudah terlambat apabila lampu bilik yang tadinya gelap terus terang benderang. Kami berdua yang berlakon seolah-olah masih tidur sengaja menggosok mata.

“Tok Ayah?” Suara Tengku Zariel dengan suara seraknya.

“Yelah takkan Tok Ibu pulak.”

Aku berdehem sambil buat-buat membetulkan rambut dan pakaianku sebelum menjarakkan tubuhku dari Tengku Zariel yang sedari tadi menolak sentuhanku.

“ Hmm..Tok Ayah nak tidur sekali ke dalam bilik ni? Ada ruang kosong lagi tu” Aku cuba berlelucon, mahu mengurangkan naluri penyiasatnya apabila aku melihat mata Tok Ayah meliar disetiap inci bilik ini.

Tengku Badlishah menjegilkan matanya. “ Apa yang kamu merepek ni? Tengok sekarang ni dah pukul berapa?? Bangun, Subuh!”

Oh…

HZ cuba up 1 lg bab mlm ni..happy reading! Maaf utk segala kekurangan ya…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience