BAB 26
“Kim, kau yang buat ke mee goreng ni?”
Aku yang sedang menyelak helaian note lagu terhenti sebelum mencari wajah Herlina yang duduk bergoyang kaki di atas pentas bersama sepinggan mee goreng.
“A’ah. Tadi tolong kat dapur kejap. Boring. Mana tahu dapat upgrade skill memasak. Sedap tak?”
“Sedap tapi masin sikit.”
“Hmm..orang dulu-dulu cakap,kalau masak masin ni maknanya tak lama lagi dia nak kahwin. Kau nak kahwin eh Kim?”
Tersedak aku dengan telahan Herlina tu. Lebih-lebih lagi bila berpandangan dengan Tiara yang tersengih penuh makna. Dia kemudian mencapai sudu dari tangan Herlina dan disua ke mulutnya sambil terangguk-angguk.
“Yeah,masin sikit. Tapi ada jugak aku dengar yang orang yang tetiba nak belajar masak ni selalunya nak update untuk puaskan hati suami. Entah-entah kau dah kahwin tak Kim? Kahwin senyap-senyap?” Kami gelak sakan. Okay,bukan kami sebenarnya tapi aku sendiri terpaksa berpura-pura ketawa cuba menutup gugup dan resah.
Sudahlah banyak kali serkap jarang mereka yang hampir terkena batang hidungku. Lebih-lebih lagi aku jarang menghabiskan masa dengan mereka.
“Cut this crap Tiara! Takkan lah Kim kahwin tak beritahu kita? Kan kita dah janji kalau ada antara kita yang nak kahwin, orang pertama yang kena beritahu of course,Queen Band! Remember? Dah lah jom berlatih!”
Kali ini aku terasa tercekik mendengarnya. Senyumanku kian pudar. Janji yang sudah aku langgar kerana kepentingan diri sendiri. Maafkan aku…
“Okay break! Good job guys!”
Ketika aku baru nak ambil tas tangan,bahuku disentuh.
“Kim..ada orang nak jumpa kau.”Beritahu Tiara.
“Siapa? Customer sini ke or kita? Kenapa tak jumpa dekat office je?”
“No I don’t think he is one of our customer but he seem like someone that you know perhaps? Oldman with highlight hair colour,wearing formal coat…with white Mercedes Benz with a driver?”
“Oh my god! That’s Tok Ayah!”
Nak terjatuh rahangku sebaik dapat mengagak siapa orang yang dilabelkan Tiara. Sah. Itu Tengku Badlishah ! Aku terus meninggalkan Tiara. Tidak mahu melayan sebarang persoalannya nanti.
“Tok Ayah?”
“Sit”
Macam dipukau, aku terus duduk didepannya yang sedang menghirup segelas teh tarik. Dia nampak agak formal hari ini dengan pakaian pejabat dan kot kelabu. Mungkin dia ke Qalesh Holding agaknya. Nasib juga aku tidak berpakaian yang menjolok mata kerana aku cuba mengubah penampilanku sebaik saja menjadi isteri Tengku Zariel. Pakaian yang terdedah di bahagian dada, lengan dan lutut juga aku sudah lama buang. Hanya gaun labuh dan yang penting, tidak ketat.
“Aku dapat tahu kau ada kerja part time dekat sini. As entertainer?”
Wajahku berubah sedikit mendengar perkataan itu. Seakan-akan menyindir. “As musician. Ia lebih tepat dan manis didengar. Err,ada apa Tok Ayah datang sini?”
“Kenapa? Tak boleh datang ke? Apa kamu ada share ke kat kafe ni?”
Aku diam. Nak kecik hati pun buat apa kalau dah setiap hari kena ? Sudah lah pagi tadi penat aje aku buatkan sarapan untuk dia. Roti dengan butter Le Boruce yang sememangnya popular dari Perancis tapi sikit pun tak dijamahnya. Aku tahu Tengku Badlishah sama sahaja dengan Puan Sri Tengku Wahida.
Sampai bila-bila mereka takkan terima aku. Apa yang membezakan mereka berdua ialah Tok Ayah memaksa aku dan Tengku Zariel berbaik kerana tidak mahu menimbulka sebarang persoalan kelak. Dia orang sedar lambat laun kisah kami akan terbongkar jua dan Tengku Badlishah tidak mahu aku yang menjadi faktornya.
“Dan aku ada dengar yang kamu merupakan pemilik Tiara Kim Wedding,betul?”
Angguk. Baru dua hari kat sini,dia masih tak habis lagi dia temuduga aku? Sudahlah dia juga datang membuat pemeriksaan sampai ke bilik tidur!
“Jadi kamu mesti ramai kenalan media kan? Sebab Izal ada cerita yang agensi kamu antara top 10 wedding planner yang terkenal. Pernah masuk TV untuk interview dan sering mendapat tumpuan ketika festival koleksi pameran perkahwinan di SACC?”
Aku memejam mata dan mengetap bibir bila mendengar sebaris nama yang aku benci tu. Izal! Entah apa lagi dia cerita dekat Tok Ayah agaknya?
“Okay,look…kalau Tok Ayah fikir Kim nak bukak rahsia ni dekat pihak media,dekat press lupakan je okay sebab Kim takkan buat macam tu. I’m not that kind pf person. Kalau Kim nak buat,dah lama dah Kim buat”Tegasku sebelum sempat mendengar kata-kata Ungku Badlishah kerana aku tahu apa yang dia mahu sampaikan. Aku tak kisah berbahasa asing dengannya kerana Ungku Badlishah sedar aku berdarah kacukan. Tengok wajah dan penampilanku pun dia tahu apatah lagi slanga aku.
“Apa jaminan kamu?”
Aku menarik nafas dalam dan menghelanya tenang. Matanya aku cari.
“Ariel”
Dahi Tengku Badlishah berkerut seribu mendengar jawapanku.
“Ariel? Apa kena mengena Ariel dalam hal ni? Jangan kata kamu nak apa-apakan dia!”
Bibirku mengukir senyuman mendengar telahannya.
“I love him. I love him very much. Kenapa saya kena buat sesuatu yang Cuma akan buat Ariel makin bencikan saya? Saya tahu saya bukan menantu pilihan sesiapa. Apatah lagi tak setaraf,tak standing dengan keturunan diraja tapi Cuma saya yang mampu bahagiakan cucu Tok Ayah. Percayalah…Ariel akan bahagia dengan saya sebab saya takkan sesekali lukakan hati dia.”
Dan bibir tua itu mula terbentuk dengan senyuman yang sukar aku tafsirkan…
“What have you done?! Again?”
Aku tersentak apabila tubuhku ditolak dari belakang oleh Tengku Zariel. Baru je masuk bilik dah kena terjah. Wajahnya sudah merah menyala. Wah…bukan main marah lagi. Sepatutnya aku yang marah bila terserempak Tengku Zariel bersama seorang gadis di Restoran Melayu Klasik di PJ. Bukan main mesra siap bertepuk tampar lagi! Kantoi dia dengan aku dan Tok Ayah. Sudah pasti dia bengang sebab malu,lepas tu kena ‘basuh’ pula dengan Tok Ayah tadi. Sekarang ni,dia nak ‘cuci’ aku pula
“Saja jalan-jalan. Tak rugi bila terserempak dnegan my hubby with his reddish woman!”Kutuk ku bila terbayang rambut merah menyala perempuan tu. Ikut hati nak aje aku sembur dia. Berani dia keluar dengan suami aku? Sedangkan aku sendiri tak pernah makan tengah hari dengan Tengku Zariel!
“She has a name okay! Kau pasang spy kan intip aku,lepas tu kau bawak Tok Ayah kat situ? Eh kau ni tak ada kerja lain kea pa!!!”Jerkahnya cuba mengawal suara agak tidak didengari Tok Ayah dengan disertai satu tolakan lagi di bahuku. Terpejam mataku menahan sakit dan juga menahan perit telinga dengan tengkingannya itu.
“You ingat I banyak duit nak upah spy semata-mata nak intip you? You ingat I tak tahu malu ke sampai nak bawak Tok Ayah untuk tengok you dengan perempuan lain? You ingat hati I tak sakit? Tak cemburu?”
Meledak ketawanya mendengar luahan aku.
“Sakit hati? Cemburu? Fyi, perkahwinan kita Cuma atas kertas. Kita tak ada sebarang hubungan yang memungkinkan kau untuk ada perasaan cemburu tu. Just get rid of it. Aku bebas dan kau pun. Kau ingat aku heran kalau kau keluar dengan lelaki lain,temankan kau pergi club,menari teguk air setan tu sama-sama and then finally ke bilik tidur…,hmm? I don’t give a damn! Kau memang dah rosak pun,kan?”
Tubuhku menggigil mendengar kata-kata yang penuh bisa dari mulut Tengku Zariel. Baru aku nak menyambung, telefon ku berbunyi. Melihatkan panggilan itu dari Khayra,aku angkat dengan mata yang masih berani membalas jelingan tajam lelaki itu.
“Yes Khay,anything? Kan I cakap I tak mahu diganggu hari ni. Apa-apa hal,just pass to Tiara sebab I dah cancel semua appointment right?”
“Err,sorry Kim but I have to. I dah cakap you tak ada apa-apa appoinment hari ni tapi dia desak I jugak suruh you datang. Dia cakap dia customer penting dari…Paris? Well,lansgung tak ada ciri-ciri ‘omputih’ pun? Kim ?”
Darahku berderau . Terus talian aku matikan. Tahu siapa gerangannya. Mamat psiko yang mengintip Tengku Zariel sepanjang di Paris itu.
“I nak keluar. Jangan risau, I akan balik sebelum masa yang you tetapkan”
“Tak perlu minta izin sebab kau bukan dapat apa-apa pun dari aku. Kau langgar rules aku,kau tahulah nasib kau! Cerita tadi tak habis lagi,so aku tak kisah kalau kau nak aku tambah hukuman untuk cerita kedua”
Aku diam dan tidak berpaling lagi. Aku memandang jam tanganku. Pukul 5 petang. Hmm…masaklah kau Kim lepas ni!
Aku sampai saja, Khayra sudah menerpa namun mataku tidak lepas dari memandang wajah lelaki kerek itu bersama seorang gadis manis disisinya.
“Oh my god…Bie,my idol! Miss Kim..i…I really like you design,your concept and everything! Seriously,I peminat you. Oh btw,I Sofi…ni tunang I,Hanif”
Wajah Hanif aku pandang penuh sinis. Sedikit geram melihat senyuman kemenangan dibibirnya. Agak berlainan gayanya jika nak disbanding semasa pertemuan kami di Paris.
“Hai,Sofi. So,ni tunang you. Hanif? Klasiknya nama”
“Klasik nama tapi bergaya. Sebab tu saya mampu pergi ke butik mewah Miss Kim”
“Eleh tu sebab you cakap you dapat bonus enam bulan! Kalau tak,nak belikan I coklat pun banyak alasan!”Cebik Sofi jujur. Aku ketawa kuat. Hanif berdehem.
“Dan saya datang sini sebab nak khidmat wedding planner yang tunang saya gila-gila sangat. Nak tahu tak kenapa Sofi cakap Miss Kim idola dia? Sebab dia kata awak seorang yang ‘setia kawan’. Kan Sayang?”Hanif menaik bahu Sofi ke pelukannya. Dia tersenyum puas hati.
Aku menahan rasa sedang hati mendongkol geram. AKu tahu dia sedang menuntut janjinya dan aku akan tunaikan demi Tengku Zariel.
Sebaik saja berpamitan,aku duduk di sofa sambil memangku kepala.
“Hish,melampau betullah klien kita kali ni! Bajet-bajet kaya je! Lepas tu siap dua-dua majlis nak buat kat five star hotel! Baju pulak sampai empat pasang,mintak jemput artis bagai….apa dia ingat kita yang sponsor majlis dia?!”Rungut Khay turut sama rebah disebelahku. Staf yang lain sudah lama balik. Hanya kami berdua yang terpaksa melayan karenah Hanif dengan tunangnya.
“Normal lah Khay”
“What? Normal? No Kim,its abnormal ! Mana ada orang nak buat kenduri tiga hari tiga malam. Kat Hilton pulak tu! Aku tahu dia orang kaya tapi si lelaki tu Ya Allah,bongkak betul,berlagak! Kalau aku tahu tadi awal-awal aku berkeras yang kau taknak jumpa sesiapa”
Aku senyum. Bengkak memang bengkak hati ini tapi aku harus ikut segala telunjok buat masa ni untuk pastikan dia akan tutup mulut tentang Tengku Zariel. Tidak dapat aku bayangkan jika ianya tersebar. Dan entah mengapa jauh disudut hati, aku dapat rasa aku bakal dipersalahkan jika semua ni terbongkar.
“Customer is always right. It is our vows,remember?”
Laju Khayra berpaling memandangku yang tidak menunjukkan sebarang reaksi.
“Kenapa kau nampak lain?Selalunya kau pun melenting kalau dapat klien yang kerek tak ingat dunia macam tu.”
Aku ketawa sambil menepuk bahunya. “Tiara mana?”
“Oh,Cik Tiara tadi lepas lunch dia keluar lepas tu tak balik-balik sampai sekarang”
Dalam hati aku menarik nafas lega kerana berjaya mengalihkan perhatian Khay. Ke mana Tiara agaknya? Tak pernah-pernah dia cabut tanpa tinggalkan pesanan. Aku perasan sejak-aejak akhir-akhir ni dia banyak diam dan memencilkan diri. Herlina dan Damia juga ada mengadu.
“Dah lah I nak balik. I penat dan I rehat.”
“Okay see you tomorrow. Oh,by the way…terlupa nak bagitahu yang Cik Tiara ada tertinggal barang dia kat depan office dia. Tak tahu apa tapi kad ni bau wangi”
“Kad?”Aku mencapai kad berwarna hijau pisang itu. Melihatkan ada sebaris nama yang aku kenali,terus mataku membulat.
Oh Tuhan!
Aku duduk rapat-serapatnya ke pintu kereta belah kiri. Kekok. Tak selesa. Ini kali pertama aku menaiki kereta Mercedes C 250 berwarna putih milik Tengku Badlishah.
“You okay Kim?”
Aku jeling. Tok Ayah turut menoleh. Aku menjeling Harith yang tersengih serba salah. Uncle Man pun sama yang memandangku dari cermin pandang belakang.
“I tak selesa. Ni first time I naik kereta ni. Kalau Ariel atau mama dia tahu mati i!”Desisku perlahan tidak mahu didengari sesiapa.
“Rileks okay. Dia takkan tahu.”
“Bisik apa tu? Tak nak share dengan Tok Ayah?”
Harith dan aku tersengih-sengih.
“Kita nak ke mana Tok Ayah?”Soalku cuba ubah topik perbualan. Mujur aku tiada sebarang kerja atau temujanji hari ni sebab aku dah selesaikan segalanya kelmarin. Hanya tinggal buat checklist untuk dua majlis pada minggu ini. Hairan bila Tok Ayah mengajak aku dan Harith keluar. Kebetulan pula Harith MC. Tengku Zariel pula pagi lagi sudah keluar. Ingat dia,aku teringat kejadian semalam.
Punyalah takut aku lompat atas katil dia, awal-awal lagi dia dah sediakan Ridsect sebagai amaran jika aku berani-berani cuba panjat tidur sebelahnya. Melepas lagi plan aku nak goda dia. Terpaksa tidur bertilamkan comforter seperti biasa. Baju tidur bertali nipis yang singkat pun dia tidak heran. Pandai dia mengawal iman dia!
Iman? Kalau iman dia kuat, kenapa dia boleh berpeleseran dengan gadis lain?
Tok Ayah yang duduk didepan berbalas senyuman dengan Uncle Man.
“Tengok suami kamu lah. Kamu tak tahu ke Ariel ada polo match hari ni?”
“Ouh…Err…dia ada beritahu tapi Kim lupa.”Hanya itu yang aku mampu jawab.
Kami tiba tepat pukul 11 pagi di halaman perkarangan yang mewah dan esklusif dengan air pancut yang terhias indah menjadi bulatan. Seperti satu mansion yang berkonsepkan colonial British. Parkirnya yang luas menempat beberapa kereta mewah. Aku tahu sukan Polo ini tetapi kenapa Tengku Zariel tak beritahu aku??
‘Kim..kau kena sedar siapa kau disisinya!’
Ketika melalui bahagian pintu masuk utama untuk ke tempat penonton,pengawal keselamatan melepaskan kesemuanya kecuali aku.
“Sorry Cik…ada tiket?”
Tengku Badlishah bersuara dengan pandangan tajam . “No need. She’s Tengku Zariel’s wife so do call her ‘Puan’. She allowed to enter this match anytime she want. Come,Kim.It’s start already”
Aku sedikit tergamam dengan cara Tengku Badlishah memperkenalkan aku sebagai isteri Tengku Zariel di tempat mewah seperti ini. Tidak takutkah dia jika ada kenalannya yang tahu? Pasti macam-macam cerita yang keluar nanti!
Kami duduk dibahagian VVIP. Betul-betul hampir dengan gelanggang. Mataku bersinar galak memerhatikan Tengku Zariel yang nampak segak dan tampan dengan seluar putih dan T-shirt Polo berkolar juga berwarna putih. Ditambah lagi dia nampak kacak dengan posingnya bersama kudanya itu.
“That’s him! Damn,he looks hot!”
“Ye I tahu tapi janganlah lebih-lebih sangat. I jealous” Seloroh Harith aku jeling. Dia sekadar ketawa.
“You biasa ya tengok Ariel main? Ni pertama kali I tengok live sukan polo ni. i tahu tapi tak pernah tengok.”m
“Yup. Maybe sebab I kawan Ariel. Sukan Polo ni tradisi keluarga Ariel dari dulu lagi. Anak lelaki biasa yang jadi wakil untuk mewakili keluarga. Bukan untuk keturunan diraja aja tapi…”
“Untuk golongan VIP pun kan. Patutlah I kena tahan tadi. Orang biasa macam I mana layak masuk sini”
Harith terdiam sejenak. Lama dia memandangku yang selamba menyumbat Popcorn. Tok Ayah pula sudah tenggelam dengan perbualan bersama rakan-rakannya.
“Kim,I pun orang biasa. Kita semua biasa je.”
“Tapi you anak YB.”
“Okay stop okay? I taknak dengar you cakap macam tu lagi. I tak suka sebab pangkat ke darjat tak bawa kemana pun. Tak masuk dalam kubur pun. So sekarang apa kata kita enjoy tengok husband you yang hot and spicy tu?”
Aku bantai gelak dengan muka serius Harith. Malas nak panjangkan cerita,mataku terus fokus melekat pada wajah kacaknya yang sedikit kemerahan dipanah cahaya matahari.
Hish…siapa yang sibuk menjerit panggil nama suami aku tu? Panas! AKu cuba fokus tetapi setiap kali Tengku Zariel dapat bola,mereka menjerit tak ingat dunia.
“Haa…itu dia cheerleaders Ariel”Muncung Harith pada sekumpulan anak gadis yang berteriak tidak jauh dari tempat kami.
“Sejak bila Ariel ada cheerleaders? Dulu masa di U bukan main pantang lagi kalau kami volunteer nak buat sorakan untuk dia.”
“Cemburu nampak?”
“Mestilah dia suami I okay!”
Lepas itu kami terus senyap sebab aku angkat tangan suruh Harith diam. Sunggguh aku makin terpikat dengan suami sendiri bila melihat kesungguhan Tengku Zariel bermain.
Dia begitu fokus dan cekap bila dapat aja bola berwarna putih itu bersama kudanya. Kecekapannya mengawal kuda berwarna coklat itu cukup professional. Terbayang pula aku berada dibelakangnya sama-sama menunggang kuda dan bergelak ketawa seperti kami pasangan yang bahagia.
GOL!
Lamunanku terhenti bila terdengar jeritan dan tepukan gemuruh dari para penonton. Tengku Zariel yang menjaringkan gol tersebut. Aku berdiri sambil menjerit kuat memanggil namanya. Tengku Zariel yang sedang meraikan kemenangan bersama rakan pasukannya sebelum dia tiba-tiba berpaling ke arahku. Tubuhku kaku dan static sebelum duduk semula. Alamak,dia nampak! Dia tahu aku kat sini!
Aku menyinggul bahu Harith yang masih bertepuk tangan. “ Harith,I nak balik. Ariel perasan I ada kat sini. Kalau dia tahu,matilah i!”
“Hah? You nak balik? Kalau Ariel tahu pun apa yang dia nak buat dekat you? Dah tentu Tok Ayah yang ajak kan. No..no,you will not go anywhere. Just sit,enjoy and have fun! Mana tahu Ariel lagi bersemangat bila tengok you ada kat sini!”
Yalah tu bersemangat! Bersemangat nak hentam aku ada lah! Kegirangan aku terus merundum. Bukannya apa, aku teringat amaran keras Tengku Zariel supaya tidak terlalu rapat dengan atuknya.
Hampir 5 minit berlalu,pihak lawan bertali arus melakukan serangan ke kubu pasukan Tengku Zariel. Terdengar juga keluh resah para penonton. Dan aku yakin itu pasti kerana Tengku Zariel yang banyak melakukan kesilapan. Hooking yang dilakukannya adakalanya bahaya sehingga menekan pasukannya. Acapkali juga dia kehilangan bola. Kali ini,pihak lawan bijak mengambil kesempatan dan berjaya menghasilkan jaringan.
Seri!
“What’s wrong with him? Tak pernah-pernah dia main macam ni!”Komen Harith.
Aku hanya diam. Almaklumlah ni pertama kali aku melihat dia bermain sukan ini jadi aku tidak tahu kehebatan Tengku Zariel. Namun dia yang aku kenal memang seorang yang serba boleh. Di kampus dulu juga begitu.
Perlawanan bersambung semula. Tengku Zariel semakin hilang fokus. Dia seperti hilang arah apabila kayunya menyentuh kuda lawan dengan sengaja dan serta merta wisel dibunyikan.Penalti diberikan pada pihak lawan!
“Ouh…! Totally not him,dude. His sucks!”Terdengar komen panas yang lain. Aku telan liur melihat keagresifan Tengku Zariel. Wajahnya tidak ceria seperti dia enjoy masa awal permainan tadi..atau sebelum dia nampak aku.Kerana aku kah dia hilang fokus ?
Ingatkan lepas dah dapat amaran,Tengku Zariel boleh kawal emosinya namun makin teruk pula. Dia seakan hilang fokus dalam permainan ini yang sudah sampai pada penghujung masa. Ketika Tengku Zariel sedangmembawa bola,pihak lawan mudah saja merampas.
Tengku Zariel terus mengejar dan seperti melepaskan geram, kayu pemegang di ayun tepat pada belakang tubuh pihak lawan sehingga terjatuh dari kudanya. Kesemua penonton terkejut. Aku juga sudah berdiri melihatnya. Kasihan melihat kerutan dahi lawannya itu sedang Tengku Zariel dengan riak tidak berperasaannya.
“Hoi Harith..kenapa dengan kawan baik kau tu? Dari semalam suka sangat main kasar dalam game!”
Tiba-tiba ada seorang lelaki menepuk bahu Harith dari arah belakang. Aku hanya pasang telinga sedang mata asyik melihat kejadian itu.
“Semalam? Eh semalam bukan Ariel ada futsal ?”
“Yup. Dia kena kad merah. Tackle lawan sampai injured budak tu. Teruk jugak aku dengar. Tak pernah tengok dia main teruk macam tu. He look lost. Dia ada problem ke?”
Harith kelihatan serba salah. Hanya mengangkat bahu tanda dia tidak tahu.
“Harith,look at me!”Tegasku sambil mencuit bahunya. Kali ini dia menggaru kepala.
“Err..tak nak lah tengok you. Nanti I tergoda macam mana?”
“Harith! It’s not funny okay! Tengok muka you yang serba salah tu I yakin you tahu kenapa Ariel jadi macam tu. I need to know what is wrong with him. Kalau tiba-tiba Tok Ayah tanya macam mana? I jugak yang kena nanti!”Sengaja aku guna nama Tok Ayah.
Harith mengeluh.
“Okay lah I beritahu tapi..it will hurt you if I’m telling you this.”
“Hari-hari I sakit hati,makan hati! So there is no different! Apa nya??!”
“Semalam..err,ayahnya Iman,Haji Yusuff ada datang Qalesh Holding nak jumpa Ariel. Kebetulan jugak Tok Ayah ada masa tu. Then,Haji Yusuff jemput datang rumah dia sebab dia buat kenduri doa selamat dan majlis kesyukuran untuk Iman dan Herman.”
“Then? Takkan sebab tu je Ariel mengamuk?”Tukasku namun dada berdetak kencang tatkala mendengar dua nama itu.
“Iman pregnant”
“MISS KIM, mana nak letak crown ni? Nak hias dekat pintu gerbang?”
“Miss Kim, set sofa dan gubahan warna bertemakan klasik kan?”
Pertanyaan demi pertanyaan dari staf pembantu yang sedang bertungkus lumus menyiapkan majlis pernikahan Hanif dan Sofi yang akan dilangsungkan di rumah Hanif dua hari lagi. Rumah teres yang biasa tapi majlisnya bukan main nak grand!
“Kim!!!”
Tersentak aku dengan panggilan kuat dari Khayra. Aku berpaling dan memberi arahan. Kemudian aku bergerak keluar. Mengambil angin malam. Sepatutnya aku tak boleh keluar malam ni lebih-lebih lagi dengan mood angin ahmar Tengku Zariel itu tetapi ugutan Hanif buat aku terpaksa ikut kemahuannya.
Ada saja yang tak kena sehingga suruh aku selesaikan sekarang juga. Entah mengapa keseluruhan tumpuanku hilang kerana dua kejutan yang hadir berturut-turut. Sungguh kali ini merupakan tamparan besar padaku.
Alan bakal bertunang. Bukan dengan Tiara tetapi orang lain! Dan kedua,Iman mengandung. Maknanya , sewaktu mereka terserempak di lapangan terbang, Iman tengah hamil.
‘Oh God…how can I face Ariel after this. This is so heartbreaking for him and…for me.’
“Kim…what’s wrong? Are you okay?”Aku tersentak dengan kemunculan Khayra.
“Yup..i’m okay. As usual.”
Khayra menggeleng. “And , you are not like this. You banyak diam dari tadi. Tak macam selalu.Hyperactive,workolic..tak reti duduk diam selagi tak settle. Atau you tertekan dengan klien kita,Hanif ni? Sebab I nampak you dengan dia banyak tak ‘ngam’. Ke you kenal dia sebelum ni?”
Itu pun lagi satu masalah!Aku menepuk bahu Khayra sambil tersenyum.
“I’m okay. Trust me. I still boleh handle”
“Err…sorry tapi I nak tanya you something. I harap you tak marah”Soal Khayra teragak-agak dengan wajah serba salah. Aku angkat kening tanda suruh dia teruskan.
“Sebenarnya I nak tanya..err,setiap bulan you akan derma dengan Rumah Anak Yatim Nur Kasih kan? Sejak I kerja dengan you lagi I tahu you akan derma dengan jumlah yang sama tapi kenapa kali ni err…kurang? You ada masalah duit? Sorry kalau I buat you tak selesa”
Perlahan aku menguntum senyuman. Tidak mahu Khayra menebak apa-apa. Memang sejak Tiara Kim Wedding mula operasi,aku menderma kepada rumah anak-anak yatim pada setiap bulan. Separuh gajiku bekerja bercampur dengan simpanan yang aku guna untuk menderma atas nama syarikat.
Khayra yang akan wakilkan jadi kerana itu dia tahu. AKu terpaksa kurangkan jumlah derma kerana Hanif tak guna ni! Dah tentu aku terpaksa guna simpananku untuk tampung separuh majlis dia kerana nak tutup rahsia. Bijak betul Hanif bermain psikologi dengan aku.
“It’s okay Khay I tahu lama-lama nanti you akan tanya jugak. Actually I ada nak guna duit lebih sikit untuk bulan ni.”
“Ehem! Dah habis dah menikmati angin malam? Kat dalam tu siapa yang nak settlekan?”
Aku menjeling Hanif dengan muka berlagaknya tu. Aku hantar isyarat menyuruh Khayra masuk.
“Bagus betul jadi bos eh? Senang nak arah sana sini. Senang betul buat duit!”
Aku ketawa kuat. “Memang lah senang Encik Hanif. Takkan tak tahu kot? Encik Hanif lagi hebat dari saya. Duduk goyang kaki,ambil gambar sana sini lepas tu ditanggung? Harap-harap Sofi tak penatlah ya nak tanggung biawak hidup kalau satu hari nanti awak hilang job tak ada faedah Encik Hanif tu”SIndirku keras. Berubah wajahnya.
“Kau!”Bentaknya bimbang aku terbongkar rahsianya. Rupa-rupanya selama ni Sofi tak tahu yang bakal suaminya merupakan seorang penyiasat persendirian. Pegawai bank konon! Caras duit orang adalah!
Baru aku nak masuk dalam telefonku berbunyi.
Harith?
Aku angkat dan terkedu. Cepat-cepat mematikan talian dan bergegas masuk kedalam kereta. Pedal minyak aku tekan. Sekali lagi Iphoneku berbunyi. Kali ini ada mesej yang masuk.
~Hoi,kerja kau tak settle lagi lah! Kau berani main api dengan aku ya? Kau dengar sini eh,aku akan kenakan kau sebagai amaran pertama aku!|
Ah aku tak peduli! Ariel lebih penting sekarang ni! Sekarang dah pukul 2 pagi,takkan aku nak bertapa dekat rumah kau tu sampai Subuh?
Share this novel
cuti2 ni, blh la pnulis bg chapter lbih skit????????????????????????