SPECIAL CHAPTER 1

Romance Completed 199367

Satu persatu rak yang berada di bahagian beku itu aku perhati kerana tidak mahu terlepas pandang sehinggalah warna merah itu menarik perhatianku. Senyumanku terus melebar. Baru aku memanjangkan tanganku, aku terhenti saat jari jemariku tersentuh sepasang tangan halus yang juga mahu mengambil sesuatu yang sama.

“Nak?” Serentak pula suara kami Bersatu. Melihat perkara spontan itu berlaku di antara kami berdua sebagai orang asing, tetap melepaskan ketawa. Mengurangkan perasaan canggung.

“Boleh pula tinggal satu je..”Wanita yang berambut curly itu bersuara seraya menggeleng. Aku turut mengiakan. Kami berdua sama – sama memandangnya. Benar, hanya tinggal satu sahaja. Dalam banyak-banyak buah yang lain, mengapa buah ini juga yang menjadi rebutan?

“Jus?” Soalku cuba mengagak.

“Pudding..”

“Wow…baru dengar je dah dapat bayangkan. Terus boleh rasa sampai ke tekak..”Balasku yang disambut dengan ketawa. Mendengar suaraya membuatkan dahiku berkerut, seperti aku pernah mengenalinya tetapi mustahil pelanggan yang pernah berurusan denganku.

“You?” Wanita itu menyoal pula.

Aku menyimpul senyum, mengangkat kedua belah bahu.

“Oh, pregnant?

Aku tersentak dengan telahan itu. Sempat mataku menilik jari jemariku yang kosong sebelum memandang dia yang juga kelihatan kaget. Mungkin serba salah dengan soalannya sendiri.

“No, I mean…I’m not married yet but just guessing around. Sorry kalau buat you tak selesa. Anyway, it yours..”

Aku pula yang terkejut melihat dia mengalah. “It’s okay, saya boleh cari dekat tempat lain. Perkara kecil je ni.”

“Please…”Wanita itu mengambil buah naga yang berada di dalam paket plastic itu dan dihulurkan kepadaku “Anggap je tak ada rezeki i. Lagipun, hari Jumaat. Mungkin ada rezeki lain untuk I lepas ni..”

Belum sempat aku mengucapkan terima kasih, wanita berambut kerinting itu terus berlalu Sempat dia mengangkat tangan sebagai dia tidak kisah yang membuatkan aku tersenyum senang.

Sebaik saja membuat bayaran di kaunter, aku mengucap melihat hujan yang turun dengan lebatnya. Dari dalam sahaja, aku sudah melihat pelanggan yang berlari-lari anak menuju ke tempat parkir kereta. Aku pula lebih gemar memakir kereta di parkir luar berbanding bawah tanah kerana jauh untuk ke pintu masuk utama. Namun, itu lah kekurangannya. Parkir yang tidak berbumbung berisiko apabila hujan turun walhal tadinya panas terik.

“Hujan Rahmat, Kim. Hujan membawa rahmat..” Aku mula mencari laluan untuk pelanggan namun tetap juga bakal bertembung dengan orang lain terutamanya jika mereka membawa troli.
Walaupun laluan pelanggan masih ada tapi tetap juga kena tempias. Sudah lah itu, kereta ku pula di lorong yang agak jauh membuatkan aku tetap perlu berlari ke laluan berbumbung yang dekat dahulu. Kalau tidak, memang lecun!
“Hei! Come in!” Teriak seorang wanita yang membuat aku berpaling. Tersentak seketika melihat wanita yang berada disisi keretanya, memanggiku.

Wanita itu…mulutku sudah terbuka mahu mengatakan sesuatu namun pancaran kilat buat aku menerima pelawanya apabila dia sudah membuka pintu kereta sebelah pemandu.

“Fuh! That’s close”suaranya lagi.

“You save me…again.” Aku segan. Walaupun tidak kenal namun gaya dan percakapannya membuatkan aku senang. Lagipula, tidak mungkin dia berani membuat perkara yang pelik di tempat seperti ini.
“Nah, don’t mention it, stranger”
Aku ketawa. Menghulurkan tangan “ Sorry, you can call me Kim. And you are?”
“Nelly…”
“Nice name”


“Nice name too…well, actually I’m kind of surprise you speak in Malay. I thought you are…”

“Foreigner?”Pintasku kerana sudah biasa dengan soalan itu. Aku meniliti penampilanku yang memakai gaun labuh berwarna lilac. Penampilan biasa ini tidak mungkin menggaburi mata orang lain kecuali dari wajahku yang jelas bukan orang sini.

“Sort of. Mix blood?”

Aku mengganguk Cuma. Sesekali membuang pandang ke luar melihat hujan yang sepertinya tiada tanda mahu berhenti.

“Hujung tahun memang tak lari dengan musim hujan. Dengarnya mungkin sampai hujung Januari nanti.” Ujarku.

“Yup. Heard that too. Do you like rain, Kim?”

Aku tersentak mendengar soalan itu.Sukar untuk aku menelaah perasaan yang sudah lama tidak hadir dalam hidupku selepas hampir lima tahun usia perkahwinanku dan Tengku Zariel. Perkataan ‘hujan’ itu begitu sinonim dalam menjadi sebahagian hidupku…dulu. Kini, tidak lagi menjentik apa-apa memori tentangnya.

“I prefer snow…cold.”Balasku teringat ayat suamiku betapa dia begitu sukakan musim sejuk dan setiap tahun kami akan pergi ke luar negara kerana mahu menikmati musim kegemarannya itu.

“But…we already got one..here..every year”Sambungku lagi.

“Strange. Who would ever knew we could sit and talking together after our second encounter…”

Aku terpana, mencari wajah Nelly yang sepertinya tidak terkejut dengan bicaranya sendiri. Aku tersilap dengar atau Nelly yang tersilap cakap? Melihat aku kebingungan, wanita itu tersenyum dan kali ini senyumnya tidak ikhlas seperti saat pertama kami berjumpa di dalam tadi.

“I tak percaya apa yang orang lain cakap sampailah I nampak dengan mata kepala I sendiri. You it’s not you anymore…”Dia gelak. Tidak tahu apa yang kelakar nanun dapat aku merasakan kesinisannya disitu. Baru aku mahu bersuara, bunyi dari filem yang dimainkan di skrin dalam keretanya memaku pandanganku.

Dalam babak filem dari Barat itu memaparkan seorang lelaki menampar dan memukul isterinya berulang kali. Isterinya tidak melawan malah merayu berulang kali namun si suami langsung tidak peduli.

Tetap memukul dan menendang isterinya tanpa belas kasihan mahupun simpati. Jeritan dan tangisan wanita itu bersilih ganti dihalwa telingaku. Ditambah lagi dengan hujan dan kilat di luar. Ingatan yang sudah lama tidak aku hadapi, terlayar semula di ruang mata.

Mataku terkelip-kelip kerana terasa sukar untuk bernafas. Aku cuba membuka pintu tanpa menoleh memandang Nelly. Berkunci.

“Open the door”

“Bertenang, Kim. Kita belum habis berbual lagi…”Nada suara Nelly sudah berubah. Dia bagaikan punya watak yang berlainan dalam pada masa yang sama.

“I don’t care. Just…open the door or…”

“Or what? Apa yang you nak buat sedangkan I Cuma nak ajak you berbual. I tak puas hati, nak tengok depan mata I sendiri untuk pastikan you ingat I atau pun tidak. You really don’t remember anything, don’t you? That’s impressive. But…how about this one?”Suara Nelly separuh menekan sambil jari telunjuknya tepat kea rah skrin itu. Lelaki itu masih menjerit dan memaki hamun isterinya bersama kaki dan tangan serentak mengasari tubuh itu.

“Stop it…just…stop”Tanganku naik menekup kedua belah telinga. Dalam sekelip mata tubuhku bagaikan dicengkam bahang yang menyala. Di fikiranku, segala-galanya berputar tanpa henti. Suara amarah Tengku Zariel, wajahnya yang bengis dan penuh kebencian, tangan yang pernah mengasari tanganku, Puan Sri Tengku Wahida yang pernah menamparku…

“Hentikan!!!”


POV TENGKU ZARIEL

“Laillahhaillaallah…”Bibirnya menuturkan lafaz kalimah itu berulang kali bersama kedua belah tangan memainkan peranan. Rengekan mereka berdua masih kedengaran namun sudah tidak sekuat tadi.

“Kenapa sayang-sayang Daddy ni tak tidur lagi, hmm? 1, 2, 3…tidur!”Arahnya dengan mata yang terpejam-pejam. Bukan dia mahu sangat tidur pada waktu petang seperti ini namun seharian dia berada di luar Kawasan sebelum pergi ke rumah agam keluarganya apabila Kim memberitahu dia mahu singgah membeli barang .

Tidak sedar sehingga dia terlelap di atas katil bersama Adam dan Akira sehingga pukul 6.30 petang. Telefon bimbit disentuh, tiada panggilan atau mesej yang masuk yang membuatkan Tengku Zariel mula berasa bimbang.

‘Kim dah beli barang. Otw balik’ Pesanan itu berakhir pada pukul 5 , bermakna sudah sejam setengah isterinya sepatutnya sudah pulang kerana jarak pusat membeli belah itu tidak jauh dari rumah keluarganya. Laju tangannya mendail dan darahnya terus berderau apabila ia masuk ke voicemail.

“Da..da-da…na..nak Mi…mi mi…”Suara Akira kedengaran lagi. Tercebik-cebik tangannya mahu diangkat.

“Ya, sayang. Nanti tinggal dengan atuk ma ya. Daddy cari Mommy kejap”Kedua tubuh anaknya diangkat sebelum dia memanggil Najah.

“Beritahu dekat mama saya nak keluar kejap, mungkin balik lewat”

Tengku Zariel terus masuk ke perut kereta sebaik saja melihat aplikasi yang menunjukkan lokasi kereta Kim. Tidak bergerak. Ah, terasa menyesal pula kerana tertidur lama sehingga tidak pedulikan keselamatan isterinya yang sedang hamil anak ketiga mereka. Teringat akan dia merajuk kelmarin hanya kerana Kim tidur memeluk Akira dan Adam yang mahu tidur bersama mereka. Dia tidak kisah anak-anak mereka tidur bersama sekali tetapi kenapa bukan dia yang dipeluk?

Jika terjadi apa-apa kepada isterinya, tidak mungkin dia mampu memaafkan dirinya sendiri.

“Cari dia. Kalau kereta dia masih berada disitu, tanya pengawal atau tengok cctv.”Arah Tengku Zariel kepada orang kepercayaannya. Syamel, adalah orang yang banyak membantunya dalam pencarian Kim dahulu dan sejak itu juga hubungan kerja mereka berlanjutan sehingga kini. Cuma, dia tidak pernah meminta Syamel mengawal mereka sekeluarga kerana Kim tidak suka diperhatikan.

Ya, dia akur kerana seawal perkahwinan secara ‘paksa’ mereka, dia menghantar Syamel untuk mengintip isternya. Bukan kerana risau, tetapi dia mahu mengumpul bukti bahawa semuanya adalah rancangan Kim.

“Abang akan bawa perasan menyesal dosa ni sehingga ke akhir nafas abang”

Benar, dia tidak pernah berhenti dari merasainya. Tengku Zariel cuba mencipta bahagia untuk mereka sekeluarga dan sedar tidak sedar lusa merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima. Namun, yang dia tidak dapat mengelak adalah sikap merajuknya setiap kali Kim mengandung. Apakah Kim berkecil hati atau jemu dengan sikapnya sejak kebelakangan ini?

Tepat tekaan Tengku Zariel, kereta isterinya berada di parkir itu. Dibuka menggunakan kunci pendua. Melihatkan tiada satu pun barang milik Kim, semakin kuat perasaan cemasnya.

“Mereka bagi kita tengok CCTV tapi selepas Puan keluar, kami tak dapat nak kesan sebab terlindung dengan bumbung. Tapi ada satu benda yang Tuan kena tengok sendiri footage ni”

Tengku Zariel meneliti rakaman tersebut dengan perasaan berdebar. Dia melihat isterinya sedang berbual dengan seorang wanita. Melihat interaksi di antara mereka berdua, sukar dia untuk menebak jika itu kenalan Kim.

“Tiara, tolong tengok gambar yang aku hantar dekat kau. ASAP!”

“Huh? Apa yang kau…wait, gambar yang kau bagi ni. Untuk? Kau cemburu sangat ke sampai Kim berbual dengan perempuan pun kau tak izinkan?”

Mata Tengku Zariel terpejam. Dia cuba bertenang sedangkan jantungnya, hati semua sudah berterabur kerana bimbang.

“Tiara, look..aku tak boleh nak cakap banyak tapi tolong jawab soalan aku. Kau kenal atau tak? Kawan Kim? Klien kau?”

“Hmm..aku tak pasti aku kenal tapi kebiasaannya aku kenal. Cuma..kalau bahagian rambut minah ni, aku yakin aku tak kenal.”

“Kau pasti?”

Di hujung talian, Tiara terdiam untuk beberapa detik sebelum suaranya berubah nyaring. “ Kenapa kau tak tanya Kim sendiri? Kau jangan cakap dekat aku yang kau gaduh ya dengan kawan aku! Kalau tak, aku sunat kau sampai kau malu nak hidup! Ariel! Kau dengar tak ni?! HELL…”

TUT!

Tengku Zariel terus mematikan talian. Dia memeriksa di kawasan parkir yang terbuka. Dia maklum sangat isterinya tidak suka masuk ke laluan bawah. Memang ada rakaman cctv tetapi cukup terhad dan anehnya, kereta isterinya tidak bergerak menunjukkan Kim masih berada disini sehinggalah rakaman seterusnya menunjukkan Kim sudah keluar dari pintu utama.

“Follow perempuan tu..cuba zoom muka dia.”

Wanita itu keluar terlebih dahulu daripada Kim dan berjaya buat dahi Tengku Zariel berkerut. Jantungnya berdetak hebat.

“Tuan kenal dia?”

Mataku merenung hadapan. Sesekali terkelip-kelip apabila titisan hujan membasahi wajah. Sudah hampir dua jam aku berada disini. Tubuhku usah dikata..sudah basah kuyup! Namun, tidak sama saat segala perasaan yang sudah lama terpendam, menjelma semula tanpa dipinta. Sungguh, aku ingatkan aku mampu…aku sudah sembuh…

“I tak rasa i perlu ingatkan you siapa i, di mana kita kenal sebab hakikatnya, kita berdua pernah berjumpa tapi tak kenal? You know what i mean? “ Nelly ketawa halus apabila melihat aku masih tidak mengerti. Wanita itu terus mematikan babak dalam filem itu.

“Rileks, Kim. Take a deep breath…just like Ariel told you so”

Darahku berderau sekali lagi. Kali ini lebih kuat bagaikan direntap apabila sebaris nama suamiku meniti dari bibirnya.

“Apa…kau ..nak?” Nadaku bergetar.

“Nothing”

Sakit telingaku mendengar ketawa Nelly seperti tiada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah apa yang baru dia lakukan tadi tiada sebarang makna baginya.

“Kau tak tahu apa-apa pasal aku, Nelly..”

“Aku…tak tahu? Apa yang aku tak tahu tentang kau, Kim. Kalau ada duit, semuanya boleh jalan”

Ya, aku pernah dengar sebaris ayat seumpama itu. Wang boleh mencipta sesuatu yang tidak diterima akal.

“ Cuba bayangkan kalau semua orang tahu menantu Qalesh Holding plus merupakan salah seorang perancang majlis perkahwinan yang dikenali, ada penyakit! Hahaha!”

Nafasku mula tidak teratur.

“Oh, dan bukan itu saja Kim. Macam mana kalau cerita kau dan Ariel tersebar. Maksud aku, dia bukan suami yang baik, bukan? He gave you so so much damn pain! Yet you still love him. He almost kill you! Sometimes , it hard for me to believe how you still accept him as your husband after he put you in hell!"

Pancaran kilat membuatkan aku tersentak. Dan saat cahaya itu melintasi di hadapan mata, aku bagai terbayang kemungkinan yang sebenarnya berlaku. Adakah…Ariel berlaku curang? Jika tidak, bagaimana wanita berambut halus itu boleh menyebut nama suaminy termasuklah kisah silam mereka berdua . Hanya mereka yang terdekat sahaja yang tahu, walaupun bukan sebagai saksi. Terasa maruahku bagai dipijak lumat oleh Nelly, seperti aku bagaikan satu permainan baginya.

Tubuh yang mengigil buat aku bangun walhal sudah tiada apa yang menarik di tasik ini kerana hujan yang lebat. Aku mengatur langkah walaupun berterabur tanpa arah.

“Here. Proof. The solid one If you still decide not to believe me”

“For?”

Tengku Zariel memejam mata, cuba menjama sabar yang sudah menipis. “She’s my wife. And that’s it!”

“Then, why you don’t even know her hotel’s room? Diakan isteri you. You should know right?”

Tengku Zariel sudah memincingkan anak matanya. Kenapa begitu sukar sekali sedangkan dia begitu darurat ketika ini? Walhal, wanita yang tampak elegan berpakaian blazer hitam bersama nama tag tertulis jawatannya sebagai pengurus ini merupakan sahabatnya sewaktu sekolah menengah dahulu. Dia ingatkan bila saling mengenali boleh dijadikan tiket untuk dia merempuh masuk ke bilik hotel yang didiami isterinya tetapi ternyata dia silap.

“Vee, please…me and my wife, we both are just fine but..”

“Tuan banyak merajuk sejak akhir-akhir ni. Biasalah, Puan yang mengandung, Tuan yang sensitif. Now, dua-dua merajuk” Syamel terus menyampuk apabila melihat bosnya sudah merah muka. Entah mahu marah atau menangis, dia tidak tahu. Bukan dia tidak tahu sikap dan perangai pelik-pelik bosnya itu setiap kali isterinya hamil. Betul-betul mengalahkan hormon ibu mengandung!

Vee yang tadinya tegas terus berubah riaknya. Kelihatan dia begitu teruja. “Why you didn’t told me earlier? You must be worry about your wife. Let me think…”

Dan seterusnya Tengku Zariel hanya memasang telinga.

Baru saja pintu itu berbunyi, jantungnya usah dikata, bagai mahu meletup. Tubuhnya juga sejuk seperti melangkah masuk ke tanah perkuburan. Sejuk, seram, beku!

Ah, sepertinya bagai dia sedang menerima hukuman yang dia tidak tahu apa kesalahannya. Suite mewah ini dikatakan ditempah oleh Kim sejak 3 jam yang lepas, bermakna Kim terus ke sini, meninggalkan keretanya. Persoalannya, kenapa dan mengapa? Dan dia sudah membuat segala persiapan sebaik saja mendapat tahu lokasi isterinya.

Laluan dari muka pintu bilik menampakkan cahaya dari kaca televisyen yang terpasang di ruang tamu. Dia melihat Kim sedang enak bersandar dikatil bersama jagung rebus ditangannya. Tenang tetapi…menakutkan.

“Sayang…”

“Hebat jadi lelaki ni. Semua benda rasa tak cukup…”

Entah berapa kali Tengku Zariel meneguk liurnya. Lama dia meneliti raut wajah Kim yang kelihatan bersahaja namun matanya begitu tajam melihat drama itu. Adegan tarik menarik rambut pula menjadi babak seterusnya. Tidak perlu dia melihat jalan cerita pada awalnya kerana dia sudah tahu skripnya!

“Kim…sayang”

“Hari ini sayang, esok lusa kuali melayang-layang”

GULP!

“Kenapa datang?”

Kali ini mata mereka berdua bertentangan dan nyaris membuat jantung Tengku Zariel tercabut jatuh ke bawah.
“Kim…abang risau.”

“So?” Soal Kim dengan nada mendatar.

“Sayang tak jawab call, whatsapp abang. Kereta Kim pun ada dekat sana lagi.”

“Kejap Kim, kejap sayang. Perasaan lelaki ni senang ya, setiap saat berubah. Beri betis nak paha, dah dapat paha..nak apa lagi? Kepala?!” Patah dua jagung rebus yang sedari tadi di tangannya.

Wajah Tengku Zariel terus berubah pucat. Jika ditoreh, belum tentu mengeluarkan darah. Kakinya juga terhenti beberapa inci dari mendekati Isterinya yang duduk bersilang kaki di atas katil. Enak bersandar di kepala katil seperti sedang berkelah di tepi pantai. Sejak mengandung anak ketiga mereka, Kim lebih gemar makan buah-buahan hampir setiap hari. Sebelum ini pun, Kim tiada masalah alahan yang teruk tetapi sikap sensitif dan mual-mual itu jatuh kepadanya. Sesungguhnya, ALLAH itu MAHA ADIL.

“Err…hmm..do you know…her?” Tanya Tengku Zariel dengan suara menggigil sebelum sebiji bantal singgah tepat ke mukanya. Terasa berpinar seketika kepala otaknya.

“Her??! Then, you knew the stupid annoyed woman with weird maggi hair??!”

Tak sempat dijawab soalan itu, bantal lain dicampak ke arahnya. Kali ini yang bersaiz besar yang nyaris buat tubuhnya tercampak ke belakang. Bukan biasa-biasa kekuatan ibu hamil.

“Sayang, stop, stop. I can explain.”

Mata Kim mencerlung tajam. Ayat itu…ayat membunuh! “What did you say just now? Explain?! It’’s too late! I hate you!”

Kali ini Kim mara bersama sebiji bantal panjang di tangannya sebelum menghempuk tubuh suaminya tanpa belas.

“Kim..sayang..please..honey..” Berterabur ayat Tengku Zariel. Cuba dielak, nah kena pula wajahnya. Sudahnya, dia terus mencicit lari ke dapur. Kim masih bertenaga mengejarnya sehingga hampir tiga kali mereka berdua tawaf island table yang berada di ruang dapur itu.

Bibir nipis itu masih tangkas menjerit marah, tangan halus itu masih cekap mahu memukulnya membuatkan Tengku Zariel mula lelah. Al maklumlah, usianya hampir menuju 40-an, mudah saja terasa penatnya.

“Stop and let me explain. One to Z! Eh, A to Z!”

“ Cakap pun dah berterabur, huruf pun tak reti! Ada hati lagi nak menipu?!”

Tengku Zariel mencapai selimut di atas katil sebelum melentangkan tubuhnya di atas katil bersaiz Queen itu. Apabila melihat Kim yang kelihatan mahu melompat ke arahnya, pantas dia menyelubungkan tubuh isterinya ke dalam selimut, memeluk tubuh isterinya dari belakang. Pantas dan cekap kerana dia selalu membuat begitu kepada Adam dan Akira namun kali ini begitu berhati-hati sekali kerana tidak mahu terjadi apa-apa dengan kandungan isterinya.

“Let me go!” Jerit Kim dalam selimut. Berhempas pulas tangannya cuba menolak rangkulan Tengku Zariel. Nafas mereka berdua turun naik.

“Abang semput dah ni, sayang…”

“Padan muka! Dah nak masuk 40 pun, masih tak sedar diri lagi?!”

“Lagi 3 tahun, Kim. Orang cakap orang lelaki ni makin tua saham makin naik”

“Itu saham tak guna!”

ERK!

Tengku Zariel semakin kuat mengeratkan pelukannya sebelum mengusap perut isterinya yang baru berusia 4 bulan, membuatkan tubuh itu bertenang.

“Kesian baby kita…”

Sepi.

“ Mesti dia ingat Mommy dia tengah masuk marathon malam-malam”

Siku tajam Kim singgah diperut suaminya yang membuatkan ketawa Tengku Zariel mati.

“I hate you” Suara Kim separuh berbisik.

Tengku Zariel terpanar kerana perkataan itu sudah dua kali keluar dari mulut isterinya hari ini. Sesuatu yang sepatutnya sudah lama dia terima kebencian dari Kim…dulu. Tiada salah faham di antara mereka sejak akhir-akhir ini . Jadi, dia yakin..perempuan itu!

Perlahan - lahan Tengku Zariel membuang selimut yang membaluti tubuh mereka berdua sebelum dia membalikkan tubuhnya, berada di atas Kim. Terkedu dia sejenak melihat wajah merah isterinya. Sepasang mata itu juga jelas merah dan berair membuat hatinya bagaikan diramas sehingga lumat. Dia sudah berjanji…untuk memastikan Kim tidak akan mengalirkan air mata kerananya melainkan kegembiraan dan hari ini, dia sudah gagal…sekali lagi.

“I hate you..” Luah Kim untuk kesekian kalinya, dia berpaling wajah ke tepi, tidak mahu memandang suaminya.

“How i wish i could say that with…all my heart”

Bening mata Tengku Zariel berkaca. “And i never forget everything what i’ve done to you. I never forgive myself..till my last breath. But that wont change the fact that i love you. You make me fall deeper in love everyday. I love you, Adam, Akira, Adzwin, and the last one…Hania.”

Kali ini Kim memalingkan wajahnya. Dahinya berkerut. “ Siapa Adzwin? Hania?”

“Anak-anak kita…Adzwin on the way.”

“Kita masih belum tahu jantina lagi”

Tangan Tengku Zariel kembali mengusap perut isterinya. “ I can fell it. I’m his Daddy after all”

Kim mencebik namun matany masih memancar api garang yang baru saja meletup tadi. “Get off me . I barely want to look at yourself for a few minutes. I need a break”

Mendengarkan itu, laju Tengku Zariel menggeleng. “ No, i can’t. We both need to clear everything right here, right now. Lagi satu, dah berapa hari ni abang tak dapat tidur, tak dapat peluk sayang. Asyik peluk Adam dengan Kira je”

Kim beristighfar. “ Takkan dengan anak sendiri pun nak cemburu?! Habis Kim ni?!” Dia kembali menyinga yang membuatkan Tengku Zariel kembali memeluk tubuh isterinya.

‘Sensitif betul mak buyung aku ni’ luah Tengku Zariel hanya mampu di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience