LARA tahan memerit yang terasa. Nafas juga sudah tidak teratur dengan stabil. Tangan cuba meleraikan cengkaman pada lehernya yang kuat. Terbatuk-batuk dia kerana tidak cukup nafas. Wajah mual berubah pucat.
"Har-Haris! Lep-lepas! Ohok! Ohok!"
Bersusah payah tangan Haris cuba dileraikan dari terus mencekik lehernya. Kuat sekali tangan lelaki itu. Urat-urat hijau ditepi dahi Haris jelas kelihatan.
"You gi-gila ke?!" Dalam suara tersekat-sekat dia menyoal.
"Ya! Memang aku gila! Berani kau tarik diri dari plan aku?!" Mata Haris bertukar menjadi merah. Bengis Lara dipandang.
"Lepaslah gila!" Lara mengangkat kaki mendendang perut Haris.
Terlepas sahaja genggaman Haris dari leher, terus diraba-rabanya. Dia cuba menenangkan diri sendiri. Untuk berlari pergi dia sudah kehabisan tenaga. Tidak kuat untuk lari dari sini. Sudah lama dia didera lelaki itu selepas sahaja dia mahu menarik diri dari rancangan Haris.
"You dah gila Haris! Hentikan perbuatan you! I nak tarik diri sebab plan you tak masuk akal. You nak bunuh Adam, Haris!"
"Ya! Aku memang nak bunuh dia. Aku nak hapuskan dia dari dunia supaya Kayla jadi milik aku seorang!"
"Then, kenapa you marah bila i ugut you i nak bunuh Kayla? Our situation sama! You sayangkan Kayla dan I sayangkan Adam. Kita sama-sama tak nak hilang orang kita sayang. Tapi you! You selfish! You nak bunuh Adam? Then I? You ingat I akan biarkan you bunuh dia?"
Gila! Makin lama dia kenal Haris dia tahu yang lelaki itu gila! Dia memang jahat, tapi tak gila seperti Haris! Sanggup membunuh!
Haris ketawa besar.
"So? Kau memang tak nak ikut plan aku?"
"Yes!"
"Okey."
Haris bermundar mandir di dalam ruangan itu. Lama, sebelum dia kembali menoleh dan mendekati Lara.
"Kau tak nak aku tak kesah. But, plan untuk aku bunuh Adam aku akan teruskan."
"Haris!"
"What? Selagi jantan tu hidup, aku tak akan dapat Kayla kau faham tak?!"
"Jangan jadi pembunuh Haris! I tahu i jahat. I taburkan fitnah! I-"
"Lara! Kau tak payah nak bercakap macam kau tu baik. Membunuh lebih baik dari menfitnah kau tahu?!"
Lara telan liur terasa payau.
Itulah Lara! Kau tak tahu apa-apa pasal agama tapi berlagak!
"Kenapa kau senyap?"
Haris mula mendekati Lara. Jari mengelus lembut rambut Lara yang sedikit keperangan itu kemudian dihidu perlahan.
"Kau nak join aku atau tak? Kalau tak, nyawa Adam kesayangan kau tu aku akan habiskan."
Lara memalingkan wajahnya ke kanan mengelakkan jari Haris dari terus mengelus rambutnya. Rasa takut mula dia rasai.
Haris tersenyum sinis.
"Kau tak nak? Fine! Nampaknya terpaksa lah aku bunuh kau sebab of course kau akan sebarkan tentang plan aku. Kan?"
Terbuntang mata Lara. Apa Haris merepek?
Perlahan-lahan Haris membawa tangan kanannya ke belakang. Dan tanpa amaran dia mula mengeluarkan pisau yang sentiasa dibawa bersamanya.
"No! Haris jangan buat I macam ni! I muda lagi!"
"Kalau kau tak nak aku bunuh kau. Ikut cakap aku!" Pisau itu dibawa ke leher Lara bersama senyuman sinis.
"Fine! I- I ikut plan you. Ja- jangan bunuh I." Dia memang sayangkan Adam. Tapi dia lebih sayangkan nyawa dia berbanding lelaki itu.
"Sure?"
Takut-takut Lara mengangguk.
Pisau disimpan kembali.
"Good. So, aku nak tahu ke mana Adam dengan Kayla pergi. Lepas jantan tu keluar dari hospital, aku dah tak dengar apa-apa fasal dia. Aku nak kau cari dia! Kalau tak, aku bunuh kau."
Terketar-ketar tangan Lara mencapai iPhone di atas meja. Dia sanggup lakukan apa saja janji nyawa tidak melayang.
I'm sorry Adam. I sayangkan you tapi i sayangkan diri i juga.
Location dibuka. Dia mula mencari-cari sesuatu.
"Kau cari apa?"
"Loc- location Adam. I tahu setiap pergerakan dia. Masa i couple dengan dia, i selalu gunakan apps ni untuk tahu dia ada dekat mana. Until now Adam lupa nak off benda tu. So, with this kita boleh detect dia pergi mana."
Senyuman Haris melebar hingga ke telinga. Rambut Lara diserabutkan.
"Nasib baik aku ugut nak bunuh kau. Cari cepat!"
Haris setia menunggu.
"Dah dapat! Dia orang ada dekat Cameron Highlands sekarang!" Wajah Lara ceria. Selamat nyawa!
"Kau pasti?"
"Yes!"
"Jom." Segera Haris bangun dari sofa.
"Where?"
"Pergi sanalah. Kita hancurkan rumah tangga dia orang."
"Are you serious? Now?" Terlopong Lara dengan sikap Haris yang tidak menyabar. Tunggu sajalah
"Aku dah banyak bazirkan masa. Dah dua bulan aku biarkan dia orang bahagia lepas Adam buat operation tu. Sekarang tiba masa untuk aku betul-betul pisahkan dia orang!"
"But-"
"Ikut atau aku bunuh kau sekarang!"
Lara kecut perut mendengar suara tinggi Haris itu. Habis bergema satu kondominium tempat tinggalnya ini.
?????
TIDAK lekang senyuman dibibir Kayla. Suasana Cameron Highlands dipandang dengan rasa teruja. Lama sudah dia tidak bertandang ke sini. Kali terakhir adalah ketika cuti sekolah.
Adam sedang memandu dipandang gembira. Alhamdulillah dengan berkat dan usaha, akhirnya Adam sihat sepenuhnya. Selepas sedar dari pembedahan, Adam kerap berlaku kemurungan. Emosi tidak menentu dan juga kerap sakit kepala. Tetapi bila diperiksa, itu adalah kesan luka daripada pembedahan yang masih lagi belum reda.
Sekarang, Adam sudah kembali seperti biasa. Menyakat dan mengusik sudah mula lelaki itu lakukan. Naik pening dia mahu melayan.
Dan, tentang Haris mahupun Lara. Sudah lama dia tidak dengar khabar dua perosak rumah tangga mereka itu. Harap-harap kedua-dua itu telah menarik diri dan mengalah.
"Kenapa Hubby pilih kita bercuti dekat sini?" Dia menyoal sebaik keluar daripada kereta untuk check ini.
Adam mengeluarkan satu luggage yang dibawa dari bonet belakang.
"Saja." Tangan Kayla dipegang erat dan mereka melangkah masuk ke dalam hotel.
Kad diambil kemudian mereka terus menuju ke bilik yang siap ditempah melalui online.
Pintu bilik dibuka.
"Eh kejap." Adam menutup pintu kembali tetap sempat ditahan menggunakan kaki dari tertutup rapat.
Kayla berkerut hairan.
"Why?"
"Close your eyes first."
"Tutup mata? For what?"
"Come on Hunny. Your husband ni nak jadi lelaki romantik. Just close your eyes and bila Hubby suruh buka baru boleh buka."
Sempat Kayla ketawa kecil lalu diturutkan saja kemahuan Adam. Tutup saja mata, dia dapat rasakan tangan mula ditarik untuk masuk ke dalam.
"Dah boleh buka?"
"No, sayang. Kita baru masuk. Tunggu kejap." Pintu dipastikan tutup rapat sebelum Adam kembali memimpin tangan isterinya.
Ruang bilik dimasuki mereka.
"Dah la boleh buka." Ujar Adam setia dibelakang Kayla.
Perlahan-lahan Kayla membuka mata sebelah kanan terlebih dahulu. Namun, mata sebelah kiri juga turut terbuka kerana rasa terkejut dan teruja bersatu.
Dihadapannya terbentang satu ruang bilik tidur yang sangat- cantik! Semua dipenuhi dengan bunga ros dan di atas katil juga tidak ketinggalan. Mulut ditutup kerana dia terharu.
Ketawa dilepaskan dan si suami dipandang.
"Hubby buat semua ni?"
"Nope. Just arahkan orang but this is my plan. Suprise?"
"Of course! Tak sangka pula Hubby macam ni." Kayla masih ketawa.
Sungguh, hatinya bagai digeletek. Memang terharu tetapi dalam masa yang sama dia rasa semua ini lawak. Adam yang dikenal bukan romantik seperti ini.
"Then, kalau tak sangka kenapa asyik ketawa?" Adam mula tidak puas hati.
Selalunya, perempuan bila dapat kejutan seperti ini tentu akan menangis terharu kemudian peluk-peluk pasangan sambil ucap "thank you". Isterinya kenapa seperti terhibur sangat?
Kayla sentuh pipi Adam.
"Tak sangka Adam yang Hunny kenal romantik macam ni. Ingatkan pandai sakat orang je."
"Just you can see me like this, sayang. Hubby akan berubah jadi macam ni dengan orang yang tersayang." Pinggang Kayla ditarik agar kedudukan mereka rapat.
"Iya ke?" Lunak mata Kayla tenung ke dalam anak mata Adam. "Dengan ex Hubby dulu tak macam ni ke?"
"Ex? Who's my- oh dia tu." Hampir Adam lupa. Lama dia tidak dengar nama perempuan itu. Dia juga tidak pernah sebut selepas memutuskan hubungan dengan Lara.
"Kenapa nak kena sebut fasal dia? Kan kita tengah bercakap tentang kita."
"Manalah tahu Hubby pernah buat macam ni."
Dagu Kayla dipagut agar wajah mereka bertentangan. Kasih dan sayangnya semakin gebu untuk Kayla sebagai isterinya. Selepas usaha Kayla menjaganya selepas pembedahan semakin membuatkan dia cinta kepada gadis itu.
Gadis?
Ya, gadis. Dia belum ambil apa-apa hak yang sepatutnya jadi milik dia. Dia tahu Kayla sudah bersedia, tetapi dia belum. Emosi yang tidak terkawal dan dia sering diserang sakit kepala yang menyengat membuatkan dia tidak mahu menyentuh Kayla pada masa itu.
"Hubby tak pernah buat macam ni dekat sesiapa kecuali Hunny. Panggilan sayang pun Hubby tak pernah gunakan untuk Lara."
Kayla tayang wajah tidak percaya.
"Serious lah?"
"Yes, sayang. Pernah la kut but sometimes. Tak selalu macam panggil Hunny, sayang."
"Tapi kan-"
"Dah shh." Cepat saja dia menutup bibir Kayla. Mereka datang ke sini kerana ingin bercuti dan mengambil peluang untuk terus bahagia. Bukan mahu bercerita tentang masa lalu.
Tubuh Kayla dipusing membelakanginya. Suasana bilik yang romantik dinikmati mereka berdua. Kayla dipeluk dari belakang.
"You like it?" Lembut bisikan rapat ditelinga kanan Kayla.
"Tadi dah tanya, kan? Of course lah Hunny suka. Beautiful memories." Kepala disandar pada dada bidang itu.
Kenangan yang tak dapat dilupakan.
"Sayang. Thank sebab masih sudi stay by my side. Jaga Hubby lepas operate. I'm sorry kalau masa Hunny jaga Hubby, Hubby pernah tinggikan suara."
Kayla tersenyum pahit. Dia tidak kesah semua itu. Yang penting lelaki itu dah sihat sekarang. Berkat kesabaran menjaga Adam, dan lelaki itu dapat menunaikan janji akan bawanya bercuti cukup setahun perkahwinan mereka.
"Hunny tak kesah pun. Hubby kan perlukan masa untuk pulih tika tu. And Hunny kena sabar. Tak nak lah pendam tentang tu. Hunny pun tak ambil hati. Okey?"
"Tapi Hubby ingat lagi Hubby pernah tolak pinggan sampai habis tumpah makanan. Masa tu Hunny pujuk Hubby untuk makan."
Selesai saja Adam bercakap, Kayla ketawa senang. Bila diingat balik memang menyakitkan tetapi ada juga kenangan. Memang sakit hati bila dilayan Adam sekejap bail sekejap tidak. Tetapi demi Adam pulih semula, dia tahan.
"Kenapa Hunny gelak?"
"Tak ada lah. Lucu pula bila ingat Hubby mengamuk sampai macam tu."
"Sayang, i'm serious. Sampai sekarang Hubby rasa bersalah." Suara kekal serius. Menyesal bila diingat semula yang dia tidak dapat mengawal emosi ketika sakit menyerang.
Kayla pusing menghadap Adam. Wajah itu dipegang.
"Bukan salah Hubby la. Hubby sakit masa tu sampai emosi tak stabil, kan? Hunny faham. Tak nak la cakap fasal tu. Boleh? Sekarang kita tengah honeymoon, kan?"
Hampir meletup dada Adam bila dengan selamba Kayla membuka butang baju kemejanya dengan lirikan mata yang menggoyahkan imannya.
"Sa- sayang buat apa ni?" Dia pula cuak.
Kayla mendekatkan jarak wajah mereka. Hanya tinggal beberapa inci saja lagi.
"Nak terkam Hubby. Aum!"
Adam teguk liur. Daring semacam isterinya ini! Betul ke isteri dia? Atau kena sampuk? Biasanya dia saja yang akan berani buat macam ni.
Kayla bantai gelak. Tahu pula lelaki itu cuak.
"Tak ada la. Hunny nak suruh Hubby pergi mandi sebab Hunny dah lapar. Kita pergi makan jom."
Adam lega.
Hampir hendak pecah jantungnya dengan tindakan Kayla yang tiba-tiba.
?????
USAI mandi, diri dipandang melalui pantulan cermin. Dada disentuh. Berdegup laju seperti sedang berlari marathon biarpun dia baru saja lepas mandi. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan.
"Kau boleh Kayla!" Kata-kata semangat ditiupkan dalam diri.
Botol losyen berjenama Nivea dicapai dan dilumurkan pada seluruh tubuhnya. Tabiat yang sering dia lakukan selepas mandi. Bathrobe dicapai sebelum sedikit perfume di sembur pada bahagia leher dan pergelengan tangan. Rambut dibetulkan supaya kelihatan rapi.
"Fuh! Berdebar!"
Dengan sedikit keberanian, pintu tandas dibuka sedikit. Keadaan luar diintai dan kelibat suaminya dicari. Terlihat lelaki itu sedang berehat diatas kerusi sambil memejamkan mata. Awal-awal lagi lelaki itu sudah siap mandi dengan alasan kalau dia mandi terlebih dahulu, memang tertidur Adam dibuatnya.
Tali bathrobe diketatkan sedikit sebelum dibawa kaki melangkah keluar.
"Tacod!" Kata dia pada diri sendiri.
Melihat Adam yang memejam mata itu dapat mengurangkan sedikit debaran didada. Kaki diatur mendekati Adam perlahan-lahan. Tidak mahu lelaki itu membuka mata nanti.
Semakin hampir dengan Adam, semakin laju jantung berdegup. Dada ditepuk-tepuk perlahan agar tidak terlalu laju berdegup. Malam-malam lain tak ada berdebar begini. Malam ini terlebih pula.
Dia berhenti dibelakang Adam. Teragak-agak mahu melabuhkan tangan pada bahu lelaki itu.
Alah! Macam mana nak mula ni?
Kepala digaru. Dia memang tidak pandai bab-bab begini.
Macam mana ni?
Bau wangian dari tubuh Kayla membuka mata Adam.
"Hunny?"
"Ha, ya?" Disebabkan terkejut, laju Kayla menyahut. Dada makin berdebar sebaik saja mendengar suara itu.
"Dah siap mandi?"
"Da- dah."
"Ok good. Picitkan bahu Hubby jap. Lenguhlah. Maybe sebab bawa kereta tadi."
Cepat saja tangan melabuh pada bahu itu. Dipicit perlahan agar lelaki itu selesa dah hilang lenguh. Walaupun begitu, otak masih memikirkan strategik.
"Kau kena mulakan, Kayla. Sebab kau dah lama biarkan tanggungjawab kau yang satu tu. Berdosa."
Kata-kata Hanan berlegar dikepala. Ya. Dia yang sepatutnya memulakan kerana dia yang menolak dan meninggalkan tanggungjawab yang satu itu.
Tetapi sekarang dia tidak tahu bagaimana cara nak mulakan?!
"Hunny wangi sangat malam ni. Mandi guna perfume ke?"
Kembang kempis hidung Kayla mendengar soalan dari Adam.
Oh! Kenakan kita ya? Tak apa. Wait and see. Orang pakai perfume sebabkan dia. Boleh pula perli macam tu.
Gerakan jari pada bahu Adam semakin dilembutkan. Sempat dia mengintai ke depan mahu pastikan mata Adam masih lagi tertutup.
Yes! Dia tutup mata.
Keadaan diri dibetulkan. Dan dengan penuh keyakinan, dia maju ke depan. Tanpa disuruh, duduknya dilabuhkan di atas paha Adam sehingga buat lelaki itu terperanjat. Tangan melekat pada kedua-dua bahu Adam.
"Sayang. Terkejut Hubby tau."
Adam pandang Kayla pelik. Naluri kelakiannya mula berkocak hebat bila melihat penampilan Kayla pada malam ini. Rambut basah isterinya menambahkan rasa tidak keruan. Disertakan pula dengan wangian yang menusuk rongga hidungnya.
"Ke- kenapa ni?" Gagap dia menyoal.
Dia mula tidak tenang. Lagi tidak tenang bila jari isterinya mula meleret-leret di atas dadanya. Dengan pandangan mata yang menggoda.
"Hubby."
Fuh! Gugur jantung bila suara manja Kayla menyapa pendengaran. Lagak Kayla memang aneh!
"Sa- sa- sayang! Huh!" Lega bila dapat bersuara. Tersekat-sekat pula.
Kayla sembunyi ketawa. Yes! Dia berjaya!
Tangan dilengkarkan pada leher lelaki itu. Tidak tahu keberanian itu datang dari mana, terus dia menyembam wajah ke ceruk leher Adam. Tempat kesukaannya. Tapi kali ini dia bukan sahaja menghidu dan mencium.
Adam sudah kejung. Tidak dapat bergerak bila bibir lembut Kayla mula menyapa kulit lehernya. Tangan dia juga perlahan-lahan menjalar mengusap belakang Kayla.
Beberapa saat...
"Auch! Sayang!" Terasa sakit pada bahagian lehernya. Lantas lehernya ditekup.
"Sakitlah. Sayang buat apa ni? Kenapa daring semacam ni?"
Kayla tidak menjawab, sebaliknya dia mengiggit hujung bibir.
"Woho!! Sayang kenapa ni? Kena ras-" tidak dapat Adam meneruskan.
Kali ini dia tergamam sekali lagi dengan tindakan Kayla yang mula mencium bibirnya. Kayla melepaskan ciuman.
Rambut Adam dibelakang diramas lembut.
"I'm yours."
Adam terkelu sendiri. Terkebil-kebil mata memandang isterinya.
"Are you sure, sayang?"
"Hubby look. Hunny rasa berdosa sangat sebab selaman Hunny buat tak endah je dengan hint yang Hubby bagi. But now, Hunny dah tak nak tunggu lagi. Hunny tak nak kecewakan suami Hunny lagi. And i'm yours now."
Dari terpinga-pinga, wajah Adam berubah miang dan nakal. Tanpa menunggu, tubuh isterinya terus dicempung hingga menyebabkan Kayla sedikit terjerit.
Kayla pula sudah kecut perut. Masaklah dia lepas ni! Dirinya sendiri yang buka langkah, sekarang tanggunglah akibatnya!
Perlahan-lahan Kayla dibaringkan dan isterinya ditindih dengan tangan menahan pada permukaan tilam. Adam pandang Kayla penuh harapan.
"Sayang tak menyesal?"
Kayla diam. Dia tak menyesal tapi sekarang dia seram! Tengok wajah Adam makin kecut perut dibuatnya. Suaminya itu seperti singa kelaparan saja.
Rambut yang menutup separuh wajah Kayla dikuak ke belakang. Pipi itu dielus lembut.
"Are you ready untuk jadi isteri Hubby dalam erti sebenar, sayang?" Penuh sensual suara dikeluarkan.
Kayla meliarkan mata. Segan!
"I'm still waiting, Hunny. Tadi bukan main daring goda Hubby. Sekarang dah kecut perut ke? Hmm?" Adam mengusik seraya menuduk menghidu leher Kayla yang betul menggetarkan jiwanya.
"Sayang? Tadi cakap tak nak Hubby kecewa. Tapi-"
"Hunny ready!" Laju Kayla memintas.
"Sure?" Sambil menyoal sambil tangan meleraikan ikatan tali bathrobe isterinya tanpa disedari Kayla.
Sekali angguk, Adam mula bertindak dengan merapatkan wajah mereka.
"I love you so much, love." Perlahan dia berbisik seraya mencium hujung telinga Kayla sebelum turun ke leher.
"I love you too, Hubby."
Selepas lafaz bismillah dibaca, mereka berdua sama-sama melayani bahtera cinta yang sudah lama dinantikan. Masing-masing sentiasa mendoakan kebahagiaan yang tiada henti.
Share this novel