Prolog…

Romance Completed 31764

BERKALI-KALI kaki lelaki itu dicuba dipegang. Dia sanggup menebalkan muka sendiri dengan merayu terhadap lelaki itu berharap lelaki itu akan percaya dengan dirinya. Air mata merembes keluar sudah tidak dihiraukan. Dia mahu lelaki itu percaya akan dirinya bahawa dia tidak melakukan perkara itu. Sekali lagi kaki lelaki yang bergelar suami cuba diraih dan dia bersujud di kaki itu.

"Trust me. Saya tak buat semua tu. Tolong la." Kini tangan kanan lelaki itu dipegangnya. Namun cepat saja ditepis kasar. Jelas wajah lelaki itu sangat bengis memandang dia. Mata lelaki itu menunjukkan kebencian yang menyala.

"Kau merayu sampai keluar air mata darah sekali pun, aku tak akan percaya! Kau keluar dari rumah aku sekarang!" Lelaki itu menengking sehingga bergema suaranya disegenap ruang rumah banglo itu.

Dia menggeleng laju. "Jangan buang saya. Tolong la. Saya-saya tak buat semua tu Adam. Percaya la." Tangisan semakin kuat kedengaran. Sakit dihatinya sudah tidak dihiraukan. Dia tidak mahu meninggalkan lelaki itu bergelar suami kepadanya itu. Kerana seorang isteri perlulah sentiasa disis suami walau apa pun terjadi. Dia tetap akan disisi lelaki itu.

Geraham Adam bergerak laju. Gigi diketap dengan kuat sekali. Dia menunduk dan mencengkam bahu isterinya dengan kuat sekali sehingga isterinya menggiris kesakitan. Badan itu digoncangnya. Wajah putih bersih sudah dibasahi air mata dipandang penuh benci.

"Kau dengan sini, Kayla! Aku cakap aku tak percaya dekat kau! Kau lupa ke? Kau lupa ke siapa yang kau hampir bunuh tu?!" Sakit hatinya setiap kali memandang wajah itu. Bahu Kayla semakin kuat dicengkam.

Kayla cuba meleraikan cengkaman itu dengan merayu. Semakin laju air mata mengalir.

"Awak, sakit."

"Tahu pun sakit! Hati aku ni lagi sakit bila kau buat orang yang aku sayang sampai hampir mati, Kayla! Kau tahu tak betapa aku sayangkan dia?! Tahu tak?! Kenapa kau buat aku dengan dia macam ni?! Tak boleh ke kalau kau biarkan saja aku dengan dia bahagia?! Hah, Kayla! Tak boleh ke?!" Badan Kayla ditolak sehingga isterinya jatuh tersungkur di atas lantai.

Beg pakaian yang berada di hadapan pintu diambil lalu dibaling ke atas badan Kayla dengan kuat.

"Kau ambil semua pakaian kau ni pergi berambus dari rumah aku! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Pergi, Kayla! Aku benci dengan kau!" Sudah dia tidak kesah jika ada tetangga yang memandang kejadian ini. Yang penting dia dapat lepaskan kebencian yang memuncak kepada isterinya itu

Dia benci!

Kayla menggeleng banyak kali. Dia merapati ke arah Adam.

"Adam, please let me explain. Saya tak buat. Percayalah. Saya dianiaya. To-"

"Sudah la, Kayla! Kau tak dengar ke?! Pekak?! Aku cakap pergi dari sini. Banyak mana kau cuba explain dekat aku, aku tak pernah percayakan kau! Aku nak kau sematkan dalam kepala otak kau yang lembab tu! Aku tak pernah sayang dan tak pernah cintakan kau sepanjang perkahwinan kita! Ya! Aku pernah sayangkan kau. Tapi ketika kita jadi sahabat. Lepas aku kahwin dengan kau, perasaan sayang tu hilang! Lenyap! Nak tahu kenapa?! Sebab aku tahu kau adalah punca kenapa Lara lari daripada aku! And now, Lara datang semula pada aku tapi kau pula yang cuba nak bunuh dia. Kau ni memang hati busuk, Kayla! Hati busuk! Kau tamak! Kau kena ingat, aku jadikan kau isteri aku sebab aku kesian dekat kau saja. Aku kutip kau sebab kau sebatang kara! Tak ada siapa melainkan aku dengan family aku saja yang kau ada. Tapi tengok la apa yang kau dah buat! Kau pergi dari sini! Pergi!"

Adam memegang bahu Kayla, memaksa wanita Kayla berdiri dan membawa isterinya secara paksa ke pintu pagar. Ditolak Kayla sehingga jatuh ke jalan tanpa belas kasihan.

"Adam! Jangan buat saya macam ni! Tolong Adam!" Kayla bangkit dari jatuh dan segera menerpa ke arah Adam yang cuba untuk menutup pagar menunggunakan alat kawalan jauh.

"Aku cakap pergi! Aku benci kau!"

"Adam!" Kayla jatuh kembali. Pagar diketuk-ketuk mengharap lelaki itu akan membuka kembali pagar itu. Sudah tidak dihirau air mata yang berjuraian jatuh. Tudung bawal yang dipakai sudahpun dibasahi dengan air mata itu.

"Adam, saya tak buat! Saya tak buat. Maafkan saya. Saya cintakan awak, Adam. Jangan buat macam ni. Saya dah tak ada sesiapa lagi, Adam!" Siku yang berdarah kerana terjatuh tadi tidak lagi terasa sakit bila hati lebih rasa sakit.

Beberapa minit berada dihadapan pagar itu, Kayla bangun. Beg pakaian dan pakaian yang terkeluar dari beg itu dikutip. Tangisan masih belum reda. Sebelum melangkah pergi jauh dari banglo mewah itu, dia menoleh dan merenung banglo itu. Banglo yang menyimpan segala kenangan manis dan pahit bersama Adam.

Dia akui, sejak hari pertama perkahwinan mereka, Adam seakan sudah menjauh darinya. Sifat Adam tidak seperti tika mereka berkawan baik sebelum ini. Sifat Adam bertukar dingin sebaik saja dia bergelar isteri yang sah kepada lelaki itu. Walaupun begitu, Kayla sungguh gembira. Ya. Sudah lama dia menaruh hati pada lelaki itu walaupun mereka adalah kawan baik sejak kecil. Dia tidak kesah jika lelaki itu tidak sayangkan dirinya, yang penting dia dapat hidup dengan lelaki itu.

Namun, sejauh mana dia tidak kesah dia sebagai seorang isteri tetap juga mahukan kasih sayang dari seorang suami. Tapi dia tahu semua itu tidak mudah. Dia tahu, hati Adam masih lagi bersama orang lain. Dan dia dikahwini lelaki itu hanya kerana disebabkan rasa kasihan.

Sibuk mengelamun, Kayla tidak tahu dia sudah sampai di mana. Dia hanya mengikut kaki yang melangkah. Dia tidak hairan dengan mata yang memerhatikan dirinya. Dia tahu dia serabai sekarang. Namun itu sudah tidak penting sekarang. Sekarang dia tidak mahu ke manakah harus dia tuju.

Kayla mengeluh. Ada kereta tetapi seperti tiada bila Adam menghantar kereta miliknya beberapa hari lepas kerana perlu dibaiki. Kunci kereta yang berada di dalam beg pakaian diambil. Ditenung saja kunci kereta itu. Satu-satunya harta yang dia miliki dengan hasil titik peluhnya.

Lamunan Kayla mati kerana ada sebuah kereta Audi A6 yang berhenti tiba-tiba dihadapannya. Dia turut berhenti dari berjalan. Kereta itu dipandang dengan aneh.

"Kayla! Ya Allah! Kau buat apa dekat sini?"

Keluar seorang perempuan sebaya dengannya. Wajah gadis itu jelas kerisauan. Segera Kayla diterpanya.

"Hanan." Tangisan Kayla sudah tidak dapat ditahan lagi. Tubuh rakan baiknya itu dipeluk dengan erat sekali.

Hanan terjeda. "Kayla, kenapa ni? Kenapa kau jalan kaki? Mana kereta kau? And why kau serabai macam ni?" Tidak henti-henti dia bertanya dengan penuh kehairanan. Untung saja dia terasa hendak berhenti ketika ternampak figura yang sangat dia kenal. Rupanya, rakan baiknya sendiri.

Kayla sudah mula mengongoi di dalam pelukan Hanan. Dia tidak mampu untuk bercerita sekarang. Hatinya perlukan ketenangan terlebih dahulu. Dia masih rasa sakit. Dan rasa sakit ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

----------

MUG yang berisi air milo panas diletakkan di atas meja berhadapan dengan Kayla. Hanan mengambil tempat disofa bertentangan dengan rakannya itu. Selepas sahaja terjumpa dengan Kayla, dia membawa rakannya itu ke kondo miliknya. Sungguh dia tidak sampai hati melihat keadaan sahabatnya begini. Dia yakin, tentu Kayla dihalau keluar dari rumah Adam.

Kayla hanya termenung memandang tangannya. Lama, sebelum air mata perlahan-lahan mengalir kembali dan bertukar menjadi tangisan. Dia tidak kuat untuk hadapi semua ini. Ya Allah!

Hanan mula gelabah melihat esakkan Kayla. Tempat disisi sahabatnya itu diambil. Lalu Kayla ditarik ke dalam pelukkannya.

"Shhh, don't cry. Aku ada dekat sini dengan kau, kan?" Bahu Kayla diusap perlahan. Dia turut berasa sebak dan sayu melihat keadaan Kayla. Ini adalah kali pertama Kayla menangis sehingga begini rupa dihadapannya.

"Ak-aku sa-sakit, Nan." Kata Kayla. Dadanya ditumbuk-tumbuk kuat. Sungguh sakitnya bukan kepalang. Dihalau suami sendiri dari rumah dengan cari keji. Adam menghalau dia seperti dirinya adalah anjing kurap!

Walaupun tidak tahu apa-apa, Hanan tetap cuba untuk menenangkan sahabatnya itu.

"Aku ada. Kau boleh luahkan semuanya, Kayla."

"A-Adam-" Tersekat disitu. Kayla rasa tidak mampu untuk bercerita bila nama suaminya meniti dibibir. Dia kembali menangis.

Hanan mengangguk faham. Pelukan dierat lagi.

"It's okey kalau kau tak ready untuk bagitahu aku. Tenangkan diri kau tu dulu. Aku sentiasa ada dengan kau."

Penumbuk digenggam. Dia sudah tahu apa punca Kayla dihalau. Adam sudah melampau!

--------------

SEUSAI membersihkan diri, Kayla terus saja menunaikan solat Asar. Lama dia berteleku di atas sejadah bersama air mata yang tidak henti mengalir. Sudah banyak air mata yang dia keluarkan hari ini. Dia cuba tahan dari menangis, tetapi bila bayangan wajah Adam muncul dan apa yang berlaku tadi muncul dia akan menangis sendiri. Tidak dapat ditahan.

"Perempuan! Kau dengar sini. Kalau bukan sebab kau kahwin dengan Adam, dah lama aku kahwin dengan dia." Dengan berlagak Lara berkata. Kayla dijeling sehingga hendak terkeluar biji matanya. Tak sangka Adam akan berkahwin dengan kawan baik sendiri. Tak ada kelas langsung!

Kayla senyum nipis. Agak sakit tetapi ditahan saja hatinya.

"Aku rasa kau ni dah salah faham kut."

Berkerut dahi Lara. "Salah faham apa pula?"

"Betul ke kalau bukan sebab aku, kau dah lama kahwin dengan dia?" Berani Kayla menyoal. Dia sedikit tidak tergugat dengan gadis ala-ala model dihadapannya itu. Kerana dia tahu. dirinya benar. Kalau wajah saja cantik tapi hati busuk nak buat apa?!

"Betul la! Kau tu perampas!"

Gigi diketap. Sesuka hati saja Lara mengatakan dia perampas.

"Aku tak rampas hak kau pun. Sebelum kau tinggalkan dia, dia bukan hak sesiapa. Yang masalahnya sekarang kau datang balik lepas tu rapat dengan suami aku. Kau tu yang perampas sebenarnya." Laju saja kata-kata pedas itu dituturkan Kayla.

Mata Lara membulat mendengar kata-kata itu. Bahu Kayla ditolak kasar sehingga Kayla terundur sedikit ke belakang.

"Tapi aku girlfriend dia dulu. Kau tu kawan baik dia saja pun. Tiba-tiba pula boleh jadi isteri dia. Atau, kau ni memang ada hati dengan dia since kau orang berkawan lagi? Betul tak? Huh! Dasar perempuan tak sedar diri. Kalau dah sebatang kara tu buat la cara sebatang kara. Tak payah nak raih kasih dan simpati orang lain. Perempuan tak tahu malu."

Amat pedih sekali kata-kata Laila meresap ke dalam hati Kayla. Hati Kayla mendidih dengan tiba-tiba. Dia tidak kesah jika gadis itu mahu merendahkan dia kerana menjadi isteri Adam kerana dia sendiri sedari diri. Tetapi bila Lara dengan selamba saja menyembut perkataan sebatang kara itu, hatinya mendidih panas.

"Bagi kau, orang macam aku ni tak layak nak disayangi ke?"

"Ya! Kau memang tak layak!"

Kayla senyum senget. Dia kalau boleh tidak mahu mencetuskan pergaduhan antara dia dan Lara. Lagipula sekarang ini mereka dimajlis yang besar. Jadi, tidak elok jika ada pergaduhan. Nanti, keluarga Adam juga yang menanggung malu.

"At least, aku tak jilat balik ludah aku. Not just like you, kau dah tinggalkan Adam dengan cara kejam, then kau muncul balik nak dekat dengan Adam. Kau lagi tak sedar diri."

Kali ini Lara sudah tidak dapat menahan amarahnya.

"Kurang ajar kau perempuan!"

Badan Kayla dipusing memaksa Kayla menghadap dia. Leher Kayla disebalik tudung itu dicekik kuat. Hingga terbatuk-batuk Kayla dibuatnya. Tangan Lara dipukul dengan kuat supaya terlerai dari lehernya. Tetapi malang bila Lara makin mengetatkan tangan pada lehernya.

"Mati kau perampas!" Lara bertukar agresif. Merah matanya kerana terlalu kuat dia mencekik Kayla. Tiba-tiba matanya menjadi kendur bila ternampak seseorang yang menuju ke arah dia dan Kayla yang berada di tepi kolam.

Ingin mengelakkan dari dia dituduh bukan-bukan, Dia membawah Kayla ke tepi kolam dan dengan sendiri dia terjun ke dalam kolam. Tangan diangkat ke udara. Tergapai-gapai meminta pertolongan.

Kayla yang tidak tahu apa-apa itu hanya mampu berdiri kejung. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku. Dia juga masih tercungap-cungap mencari nafas. Lehernya dipegang. Hampir mata dia dibuatnya.

"Kayla!"

Suara yang memanggil itu dipandang. Dilihat Adam mula berlari laju ke arahnya bersama Iskandar. Wajah Iskandar turut berubah risau. Tetapi risau kerana melihat wajah Kayla yang memucat seakan tidak cukup nafas

"Kau buat apa ni?!" Adam tanpa menyiasat, terus memarahi Kayla yang tidak tahu apa-apa itu.

Lara yang lemas itu tangkas diselamatkan Adam. Kut yang dipakai dibuka dan terus dia mendapatkan Lara yang berada di dalam kolam. Gadis itu dicempung naik ke atas.

"Apa kau buat ni?!" Sekali lagi dia bertanya kepada Kayla dengan bengis sekali. "Kau tahu tak yang Lara ni tak pandai berenang? Huh? Kau sengaja nak bunuh dia kan? Jawab la aku tanya!"

"Dam, sabar." Iskandar cuba menenangkan Adam.

"Kau, diam! Ini urusan aku dengan dia! Jawab la aku tanya ni!" Makin kuat suaranya menengking Kayla.

Terketar-ketar bibir Kayla. Sungguh! Dia tak buat semua tu. Malah, Kayla yang cuba membunuh dia tadi!

"Sa-saya tak buat apa-apa. Dia yang-"

"Dia yang apa?! Kau jangan ingat aku tak nampak, Kayla! Jadi apa-apa pada Lara, siap kau aku kerjakan!" Terus Adam membawa Lara keluar dari situ. Lara lagi penting untuk dia bawa ke hospital.

Lamunan Kayla mati. Bermula dari situlah kebencian Adam kepadanya semakin meluap. Mungkin sudah sampai tahap kritikal dan tidak boleh dihapuskan lagi. Mungkin juga Adam akan membencinya sampai bila-bila. Tapi sungguh! Dia tidak buat semua itu.

Itu semua tentu sudah dirancang Lara. Dia percaya Lara sendiri yang sengaja terjun ke dalam kolam.

"Awak lagi pentingkan dia daripada yang hampir hilang nafas sebab dicekik Lara." Kata dia sendiri. Dia tertunduk sekejap dan tersenyum hampa. Rasa sakit tidak dapat ditahan. Sekali lagi dia menangis.

"Ya Allah. Jika memang ini tertulis buat aku, Engkau kuatkanlah hati aku untuk hadapi semua kesakitan ini, Ya Allah. Sesungguhnya aku tidak mahu jadi insan yang lemah. Engkau bukakan juga pinta hati suami aku untuk percayakan aku. Berikanlah suamiku jalan yang benar, Ya Allah. Jangan biarkan dia tersalah pilih kehidupan. Jangan biarkan dia terus terpesong. Sesungguh aku tidak sanggup melihay kerana - aku sayangkan dia, Ya Allah. Hanya kepada-Mu aku meminta." Air mata semakin mengalir. Dadanya dipegang. Sakit.

Bunyi ketukan pintu, segera air mata diseka kasar. Dia tahu Hanan tidak suka melihat dia menangis seorang diri. Dia bersyukur kerana dia telah dijumpai oleh Hanan. Jika tidak, dia sendiri tidak tahu mahu ke mana. Dia tiada ahli keluarga, telefon pula tertinggal. Hendak tidur di dalam kereta, kereta pula berada di bengkel.

"Masuk."

Hanan segera membuka pintu. Dia tersenyum melihat Kayla di atas sejadah.

"Jom, makan. Aku dah masak."

Selepas mengemas telekung dan sejadah, Kayla dan Hanan sama-sama menikmati hidangan. Baru Kayla sedar, hari ini sedikit makanan pun tidak dijamahnya.

"Hanan."

"Ya?"

"Buat sementara ni, boleh tak kalau bagi aku tumpang dekat sini? Sementara kereta aku siap." Tidak tergamak sebenarnya Kayla ingin meminta menumpang di sini. Tetapi apa boleh buat? Dia tiada tempat tinggal buat masa sekarang. Rasa menyesal tidak beli rumah sendiri mula datang. Bukan dia tiada duit, tetapi disebabkan larangan dari bapa mentuanya.

Hanan menggeleng.

"Kau tak perlu minta izin dari aku, Kayla. Rumah aku rumah kau juga. Sebelum kau kahwin, inikan rumah kau juga? Kau nak duduk sampai bila-bila pun boleh. Jangan pergi ke lain. Kau masih ada aku, kan?"

Mendengar jawapan Hanan menghadirkan rasa sebak dan terharu Kayla. Bibir dikemam menahan dari menangis. Tetapi malang bila air mata tetap menitis.

"Hei, Kayla. Jangan menangis la. Aku tak suka." Cepat-cepat Hanan menyeka air mata sahabatnya itu. Tidak tahu sebab apa Kayla menangis.

Kayla senyum hambar. "Thanks sebab faham aku walaupun kau tak tahu cerita sebenar."

"Tak apa. Aku faham yang masalah rumah tangga tak boleh disebar kepada orang luar. Tapi, kalau kau perlukan tempat mengadu, aku ada. Bahu aku sentiasa tersedia untuk kau. Ingat tu." Geram hati Hanan ingin pergi menyerang Adam. Kalau boleh mahu saja dia hadiahkan penumbuk di wajah itu. Dulu bukan main berjanji dengannya akan menjaga Kayla. Sekarang siap dihalau dari rumah lagi.

Dasar lelaki gila!

----------------

KEPALA disandar pada dinding hospital. Pintu wad yang ditempatkan Lara dipandang dia. Hatinya sungguh gusar dan risau melihat keadaan kekasih hati. Tidak henti-henti dia berdoa agar Lara sedar dari pengsan. Apabila wajah Kayla mula terbayang, Adam mendengus geram. Sakit hati dia bila mengenangkan apa yang telah isterinya itu lakukan.

Sungguh tidak sangka begitu busuk sekali hati Kayla yang selama ini orang tuanya memuji bagai nak mati. Kayla yang sopan santun, Kayla yang baik. Kayla yang pandai ambil hati tua. Semua itu tidak menggambar diri Kayla yang sebenar. Hanya dia saja yang tahu apa terjadi.

Sudah dua hari berlalu, Lara langsung tidak sedarkan diri. Dirinya amat kesal kerana membiarkan Lara bersama dengan Kayla. Ketika majlis family dinner syarikat ayahnya dilancarkan disebuah hotel, Lara ada memberitahu dia yang gadis itu mahu bercakap sedikit dengan Kayla. Dan dia hanya membiarkan kerana tahu dan yakin tidak ada apa yang akan berlaku. Namun

"Kau yakin ke Kayla buat semua tu?" Iskandar, merangkap kawan baiknya itu bertanya hairan dan tidak pasti. Iskandar bertanya begitu kerana dia kenal siapa Lara. Lara akan lakukan apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri. Cuma, Adam saja yang tidak sedar akan perkara itu.

Adam mendengus.

"Boleh tak kalau kau jangan sebut nama perempuan tu? Kau tengok la apa yang dia dah buat dekat Lara. Perempuan hati busuk macam tu la."

Mengucap panjang Iskandar mendengar kata-kata itu dari seorang suami kepada seorans isteri. Dia mula rasa kasihan pada Kayla. Dia tahu, sepanjang perkahwinan pasangan itu, Kayla lebih banyak makan hati dengan Adam. Kadang-kadang, Adam suka sangat memarahi Kayla dihadapannya.

"Aku tak rasa kata-kata macam tu kau patut tuju pada Kayla. She's your wife, Adam."

"Yes, she's my wife. But, soon she will be my ex wife." Penuh keyakinan dan kebencian Adam mengujar. Rasa benci pada Kayla sudah tidak dapat dibendung lagi.

Iskandar menggelengkan kepala. "Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?"

"Sedar. Malah terlebih sedar. Buat apa aku simpan dia sebagai isteri kalau hati aku dah tak dapat nak terima dia? Aku jadikan dia isteri pun sebab kasihan dia yang sebatang kara tu."

Iskandar mahu membuka mulut untuk membalas kata-kata Adam, tetapi suara yang memanggil nama Adam mematikan niatnya. Lelaki yang berlari ke arah mereka berdua menghadirkan rasa aneh.

Zaki berhenti dihadapan Adam dan Iskandar dengan nafas dengan wajah yang serius. Ada sesuatu yang sangat penting yang perlu dia sampaikan kepada Adam.

"Kau, kenapa?" Soal Adam hairan. Wajah sahabatnya itu seperti sedang menahan marah saja.

"Aku ada something nak tunjuk." Telefon di dalam kocek dikeluarkan dan satu video dipaparkan kepada Adam.

Lama Adam menonton video itu. Video yang menunjukkan Lara sedang bercakap dengan Kayla.

"Apa ni?" Sudah lama dia menonton tetapi tidak apa yang berlaku.

"Kau tengok dulu. Dan kau akan menyesal dengan apa yang kau dah buat dengan isteri kau. Itu pun kau ada rasa menyesal la. Terserah." Kata-kata pedas Zaki lemparkan. Dia sendiri sakit hati dengan apa yang Adam lakukan kepada Kayla.

Kayla langsung tidak bersalah!

Beberapa minit, mata Adam semakin membulat melihat video itu. Jantungnya berdegup dengan kuat sekali. Seluruh tubuhnya terasa sejuk dengan apa yang dia lihat. Tidak semena-mena matanya mula berair. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Rasa bersalah menyerbu ke dalam hatinya.

Iskandar dan Zaki tersenyum mengejek. Biar sedar sedikit! Adam sudah melampau. Dituduh Kayla tanpa bukti. Untung saja mereka berdua nekad untuk siasat perkara ini. Mereka berdua sudah tidak senang hati melihat rumah tangga Adam dan Kayla yang semakin teruk. Mereka berdua nekad untuk menyuruh guard CCTV memeriksa CCTV di kawasan kolam. Nasib mereka baik bila pihak hotel juga menyediakan CCTV di kawasan kolam.

Adam memejamkan matanya. Telefon milik Zaki digenggam kuat seiring dengan rasa sakit hatinya bila mengenangkan apa yang dia lakukan kepada Kayla.

"So, kau masih yakin isteri kau adalah penyebab Lara jatuh?" Soal Zaki mengejek. Tidak sabar rasanya dia mahu melihat Adam mengamuk kepada Lara nanti.

Adam hanya terdiam. Dia percaya dengan video itu. Tetapi separuh hatinya masih yakin Kayla adalah penyebab!

"Mesti ada sebab kenapa Lara cekik Kayla." Dia cuba pertahankan Lara lagi.

"Itu bukan masalah. Masalah sekarang, kau sendiri nampak dalam video tu yang Lara bawa isteri kau tepi kolam dan Lara sendiri yang terjun dalam kolam. Kau buta ke apa?!" Iskandar sudah tidak dapat menahan dirinya dari terus bersabar. Cara apa lagi untuk dia sedarkan Adam bahawa Lara itu gila!

Adam menggeleng.

"Bagi aku masa."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience