20 tahun berlalu...
2016,
JAM tangan dikerli sekilas sebelum dia mengeluh dengan kuat sekali. Tangan kanan mengibas wajah yang sudah panas membahang. Bukan panas kerana cuaca tetapi panas kerana menunggu seorang hamba Allah yang berjanji ingin berjumpa dengan dia namun belum lagi muncul. Ini bukan bukan pertama kali hamba Allah itu buat begini kepada dia. Biarkan dia tunggu beberapa jam. Yang paling lama dia menunggu hamba Allah itu adalah hamper 2 jam! Siapa tak bengang?
"Heih! Mana mamat ni? Aku dah setengah jam tunggu dia dekat sini. Kata habis kelas pukul 2. Sekarang dah pukul berapa dah." Dia mula merungut seorang diri.
Sekali sekala senyuman diukir bila ada rakan-rakan kampusnya yang lalu dihadapan dia. Kalau dia tahu lelaki itu lewat begini, lebih baik dia pergi solat Zohor dulu. Tak ada la buang masa dengan tercongok dekat tepi student centre kampus dia ini.
"Hai."
Cepat saja kepalanya menoleh apabila terasa seperti ada seseorang yang menegurnya. Bukan terasa tetapi memang ada orang menegur dia pun. Dahi berkertu kerana tidak pernah melihat lelaki itu. Ya. Yang menegur dia itu adalah seorang lelaki. Dan pelajar sama kampus dengan dia mungkin. La! Memang pelajar sama kampus dengan dia la sebab lelaki itu memakai kad pelajar yang sama.
"Ha-hai." Tiba-tiba saja jadi gagap membalas teguran lelaki itu. Senyuman aneh terukir dibibirnya. Sungguh dia tidak benar nampak lelaki itu. Bagaimana lelaki itu tiba-tiba saja boleh menegur dia?
Lelaki itu tersenyum manis. "Awak Kayla, kan?"
Semakin pelik Kayla bila nama dia juga diketahui lelaki itu.
"Ha'ah." Itu saja yang dibalas oleh dia. Dia bukan biasa sangat bercakap dengan lelaki melainkan dari Adam. Hanya Adam saja yang buat dia selesa.
"Saya Haris. Cousin Adam. Lupa ke?" Haris memperkenalkan diri. Senyuman lebar tidak lekang dari bibirnya. Kayla juga tidak lepas dipandang.
Lama Kayla diam. Cuba untuk mengingati lelaki bernama Haris itu.
"Haris?" Dia mula tersenyum lebar saat teringat akan lelaki itu.
Betullah lelaki itu sepupu kepada Adam. Masih ingat dia setiap kali cuti sekolah tentu Amir dan Zarina akan pulang ke kampung di Melaka untuk melawat nenek Adam. Dan secara tidak sengaja tentu dia dan Adam akan bermain bersama dengan Haris. Tetapi itu ketika dia dan Amir masih sekolah rendah. Sejak dah sekolah menengah sehingga sekarang, Amir dan Zarina tidak membawa dia dan Adam pulang ke kampung lagi kerana mereka berdua sibuk dengan pelajaran.
"Okey, baru saya ingat. Haris yang tinggal dekat Melaka rumah Nenek tu kan?"
Haris mengangguk laju. "Tak sangka dapat belajar satu kampus dengan awak. Sebab, Adam tak ada cakap pun awak belajar dekat sini juga."
Setahu Haris, Kayla ini adalah anak angkat kepada bapa saudaranya, Amir. Kedua ibu bapa Kayla meninggal sejak kecil lagi. Dan itu sahaja yang dia tahu. Yang lain tidak tahu.
"Oh." Bagi Kayla tiada masalah kalau Adam tidak memberitahu bahawa dia turut belajar di sini. Dia dengan Haris bukan ada kaitan apa-apa pun.
"Weh, Kayla!"
Mereka berdua berpaling mendengar suara itu. Kelihatan Adam berlari anak mendekati mereka berdua dengan nafas tercungap-cungap. Wajah lelaki itu jelas keletihan dan kepenatan kerana berlari mungkin.
"Sorry i'm late. Madam aku habiskan kelas lewat weh. Dia sambung lagi setengah jam. Sorry." Bersungguh dia memohon maaf dengan disatukan tangan kiri dan kanannya. Riak wajah sengaja dibuat meminta simpati dari gadis itu. Susah dia nanti kalau gadis itu merajuk.
Kayla menjeling Adam geram. Sikit-sikit minta maaf. Senang jadi lelaki macam Adam. Siapa la yang bakal jadi kekasih kepada kawan baik dia ini memang nasib malang sungguh dapat boyfriend tidak tepati masa ini!
"Eh?" Mata Adam terpaku pada wajah Haris. Berlapis-lapis dahinya memikirkan kenapa sepupunya berada Bersama Kayla. "Kau buat apa dengan Kayla dekat sini? Tak pernah-pernah pun nampak kau dengan dia." Dia menyoal curiga. Kayla dijeling sekilas.
"Tak ada la. Aku nak masuk beli air dekat kedai tu. Tapi ternampak macam Kayla. Aku terus dating tegur dia. Kau tak bagitahu pun dekat aku yang dia belajar dekat sini juga." Dengan nada tidak puas hati Haris berkata.
Adam memandang aneh kepada Haris. Matanya dikecilkan.
"Kenapa pula aku kena bagitahu kau yang dia pun belajar dekat sini? Penting ke?"
Haris bungkam. Pandangan sepupunya itu buat dia cuak pula.
"Ta-tak ada la. Saja la nak tahu sebab dah lama kan aku tak jumpa dengan Kayla. Seiingat aku last aku jumap dengan dia time cuti sekolah rendah saja. Kan, Kayla?" Kini Kayla pula menjadi sasaran dia. Tidak selesa bila Adam memandang dia lain macam. Seperti hendak telan dia pun ada. Salahkah dia sekadar bertanya? Bukan apa-apa pun.
Kayla diam tidak bereaksi. Tidak tahu ingin mengangguk atau tidak bila anak mata Adam sudah mula memadang dia. Fahamlah dia bahawa Adam tidak suka. Kening digaru. Serba salah!
Adam menggeleng. "Semua tu tak penting. Jom, Kayla. Perut aku dah lapar ni. Jumpa lain kali, Haris." Segera beg galas Kayla ditariknya memaksa gadis itu mengikutinya. Tidak suka bila Kayla dekat dengan Haris itu walaupun lelaki itu sepupu dia. Dari kecil lagi dia tidak suka dengan sepupunya yang itu.
Langkah Adam diikuti Kayla tanpa sebarang suara. Dia jauh termenung memikirkan kenapa sikap Adam begitu dingin dengan Haris. Sedangkan dua lelaki itu ada hubungan sebagai sepupu. Kebiasaannya, sepupu ini adalah orang yang paling rapat. Tetapi berlainan dengan Adam. Adam Firdaus memang pelik sejak dulu lagi! Nasib dia dapat kawan baik seperti lelaki itu. Heih!
"Kau kenapa diam?" Suara Adam memecahkan suasana sepi antara mereka berdua yang sedang berjalan menuju ke kedai makan di luar kampus.
Kayla menggeleng. "Aku cuma terfikir kenapa kau layan Haris macam tu. Dia kan cousin kau. Pelik la kau ni."
"Dia memang cousin aku tapi tak bermakna aku rapat dengan dia."
"Tapi-"
"Tapi apa pun aku tak nak kau sebut nama dia. Atau kau ada apa-apa dengan dia belakang aku?" Langkah Adam terhenti. Tajam dia memandang Kayla.
Kayla terkejut. Apakah?! Dia baru saja berjumpa dengan Haris beberapa minit yang lepas itu pun baru hari ini dan pertama kali dan Haris yang menegurnya terlebih dahulu. Harapkan dia? Memang tak la dia nak tegur lelaki dulu! Cukup la dia berdepan dengan lelaki bernama Adam ini saja!
"Kau merepek apa ni? Aku baru saja jumpa dengan dia tadi, Adam. Fikir logik la." Dia kembali berjalan dengan kepala yang digelengkan. Adam itu ada masalah perempuan ke? Mengamuk tidak tentu fasal. Sepatutnya dia yang mengamuk kerana menunggu lelaki itu lama tadi.
Lekas Adam mengejar langkah gadis itu. Dia tahu dia sudah terlebih. Tetapi tidak tahu kenapa saat melihat wajah Haris dia jadi naik angin satu badan. Tambahan pula melihat Kayla yang berada bersama sepupunya itu. Lagi la dia tidak suka dan menyampah! Dia tidak suka sepupunya yang seorang itu dekat sikit pun apa yang jadi milik dia.
Eh? Kayla milik dia ke?
Tidak kesah la. Yang penting dia tidak suka Haris dekat dengan orang yang dia sayang termasuk Kayla, kawan baik dia sendiri. Dia tidak suka!
"Kayla, aku minta maaf."
"Kau memang macam tu, Adam. Aku tak faham dengan perangai kau ni. Aku dah masak sangat." Sudah malas Kayla melayani sikap Adam itu. Lebih baik dia cepat-cepat sampai di kedai dan isi perut yang sedang kelaparan.
Adam mengeluh. Lantas lengan Kayla diraih memaksa gadis itu berhenti. Tidak kesah dengan pandangan mata pelajar lain. Sekali tengok, dia dan Kayla ini seperti pasangan kekasih yang sedang bergaduh.
Mencerlung Kayla memandang Adam. "Apa ni, Adam? Kita bukan mahram la!" Dia ketap gigi geram. Selamba saja lelaki itu memegang lengan dia. Nasib baik dilindungi dengan lengan baju yang tebal sedikit.
"Kau tu jalan laju sangat. Bagi la aku habis cakap dulu."
"Aku lapar ni Adam. Cepat boleh tak?" Kayla mula hilang sabar. Sabar yang ditahan dari mula dia menunggu lelaki itu tadi lagi. Sekarang kesabaran itu sudah hilang tahu tak!
Adam memandang Kayla.
"Aku minta maaf. Aku just- aku tak suka kalau dia dekat dengan kau. Dari kita kecil lagi memang aku tak suka kalau Haris dekat dengan kau, Kayla. Hati aku sakit."
"Huh?!" Melopong Kayla mendengar. "Kau ni dah kenapa? Gila eh? Ikut suka hati dia la nak rapat dengan aku. Macam kau rapat dengan aku, tak ada siapa yang kesah pun. Tolong la buang perangai pelik kau tu. Pening aku nak layan. Dah. Aku nak pergi makan. Kau kalau nak tercongok dekat sini duduk la." Pening kepala dia sekarang dengan sikap Adam. Berapa lama lagi agaknya dia dapat bertahan?
------------------
ADAM yang ketawa sendiri itu dipandang aneh sebelum dia menggelengkan kepala. Tadi petang bukan main garang lagi lelaki itu. Malam ini siap boleh gelak ketawa seorang diri lagi sambal menghadap handphone di tangan.
Kayla membetulkan rambut yang terkeluar dari tudung yang dipakai. Sejak dia meningkat dewasa, dia sendiri yang buat keputusan untuk memakai tudung di dalam rumah kerana memandangkan ada dua lelaki yang bukan mahramnya di dalam banglo ini. Encik Amir dan Adam. Walaupun dia sudah menganggap Encik Amir seperti ayah kandungnya sendiri, itu tidak bermakna dia dan Encik Amir tiada batasan aurat. Aurat antara dia dan ayah angkatnya itu tetap ada. Apatah lagi aurat antara dia dengan Adam. Dia hanya akan membuka tudung di dalam bilik atau ketika Encim Amir dan Adam tiada di dalam rumah. Jarang sekali dua beranak itu tiada di dalam rumah.
Tidak lama kemudian, Kayla diganggu oleh suara garau yang sedang ketawa kuat. Hilang terus fokus dia cerita yang ditonton.
"Weh! Kau kenapa gelak seseorang? Aku nak tengok cerita pun rasa terganggu, Adam. Kau nak gelak kuat pergi masuk dalam bilik la. Hish!"
Adam tidak membalas, sebaliknya dia bangun dari baring di atas sofa dan memandang Kayla dengan gembira sekali. Ada sesuatu yang hendak dia katakan pada kawan baiknya itu.
"Esok kau ada nak pergi mana tak?"
Kayla menggeleng. Esok merupakan hari minggu dan dia ingat mahu habiskan masa dirumah dengan berehat. Sudah lama rasanya dia tidak berehat penjang kerana banyak kerja yang kena dibuat memandangkan tahun ni adalah tahun last semester bagi Ijazah dalam jurusan Perundangan yang diambil olehnya. Tidak sabar rasanya mahu tamatkan pengajian!
"Good! Ikut aku pergi satu tempat esok. Aku ada nak kenalkan kau dengan someone."
"What? Kau nak bawa aku pergi mana pula? Aku baru ingat nak rehat la. Kau ni!" Hilang terus mood Kayla tika ini. Adam selalu saja buat dia hilang mood. Spoil!
Laju Adam menggeleng. Jari telunjuknya digoyang kiri dan kanan. "Tak boleh. Tak ada rehat-rehat. Kau kena ikut aku."
Kayla mendengus tidak berpuas hati. Dia berpeluk tubuh. "Kau nak bawa aku pergi mana?"
"Ada lah."
"Kau cakap saja boleh tak? Tak suka la aku macam ni." Kayla mula membentak. Dia tak suka kejutan. Tidak kesah apa jua jenis kejutan melainkan kalau dibuat secara rahsia dan tanpa pengetahuannya.
Adam sudah mula tersengih seperti kerang busuk dihadapan Kayla. Kalau boleh hendak saja dia tersengih sampai ke telinga. Hatinya sedang gembira sekarang ini. Dan dia tidak sabar untuk berkongsi perkara gembira ini bersama Kayla esok hari. Kerana itu dia menyuruh gadis itu mengikutinya.
"Rahsia, sis. By hook or by crook, kau kena ikut aku juga esok." Dia harus memaksa. Jika tidak, Kayla tidak akan mengikuti dia.
"Motif? Motif apa kau nak suruh aku ikut kau?" Tetap dengan pendirian, Kayla tidak mahu mengikuti Adam. Kali ini dia akan berkeras.
Semakin lebar senyuman Adam. "Kau ikut saja. Aku yakin yang kau pun akan suka dengan apa yang aku lalui sekarang ni."
Kayla terdiam. Dia cuba berfikir maksud disebalik kata-kata Adam. Lama dia berfikir. Sebenarnya dia memang malas mahu ikut kehendak lelaki itu. Asyik dia saja menemani lelaki itu ke sana ke mari. Macam tak ada life sendiri saja Adam itu. Sebolehnya, dia tidak mahu Adam terlalu bersikap begitu kepada dia. Bimbang pada hatinya sendiri. Sekarang pun hatinya mula tidak tentu arah bila berdepan dengan Adam dengan terlalu dekat. Tidak tahu maksud apa tetapi dia tidak selesa dengan perasaan itu. Kerana itu dia cuba menolak segala ajakan dari Adam. Dia tidak mahu menaruh hati pada kawan baik sendiri.
"Kau tak payah susah-susah nak fikir. Esok lepas Zohor siap-siap then ikut aku." Arah Adam lagi bagaikan dia itu adalah ketua. Dia mula bangun berdiri dari sofa ingin masuk ke dalam biliknya.
Selangkah dia kehadapan, suara Kayla menghentikan dia.
"Adam, boleh tak kalau kali ni aku tak ikut kau? Aku penat la asyik berkepit dengan kau saja." Akhirnya terpaksa Kayla meluah. Dia sudah tidak ambil peduli akan perasaan Adam. Perasaan dia lagi penting. Bimbang hatinya sakit dengan perbuatan sendiri.
Adam mengerutkan dahi sebelum dia tersenyum kecil serta kepala dianggukkan. "Okey, boleh. Sebab, lepas ni aku dah tak akan ajak kau ke mana lagi.Tapi esok kau tetap kena ikut aku. Good night, bestie." Sejurus itu dia terus berlalu dari situ. Sedikit pun dia tidak terasa dengan kata-kata dari Kayla. Hati yang sedang gembira ini dapat dia hapuskan rasa kesal yang ingin menjelma.
Namun, Kayla terjeda dengan balasan dari Adam. Dia ingatkan Adam akan melenting memarahi dia. Tetapi jauh sekali. Malah, Adam seperti gembira saja. Jiwa dia sedikit terusik. Tadi dia bimbang jika dia membuat hati Adam terusik, tetapi sekarang itu berlaku kepada dia pula. Dia agak terkilan sedikit.
"Apa yang buat kau happy sangat, Adam? Aku nak tahu."
-----------------
SEPANJANG perjalanan Kayla bersama Adam, Kayla lebih banyak mendiamkan diri di dalam kereta. Mana tidaknya, sesuka hati saja Adam memaksa dia untuk tetap mengikuti lelaki itu ke mana pun dia sendiri tidak tahu. Puas dia merayu agar Adam tidak memaksa. Tetapi tiada guna bila Adam mula berkeras dengannya. Kata lelaki itu ada kejutan yang hendak ditunjuk kepada dia.
Adam meletak kereta di dalam kotak parking kereta dan menarik handbreak. Kayla disebelah yang kebisuan itu dia buat tidak endah. Dia tahu Kayla sebal dengan dia kerana telah memaksa gadis itu. Tetapi dia mahu sekali berkongsi berita gembira ini dengan Kayla memandangkan hanya Kayla yang memahami perasaannya.
Kayla mengerutkan dahi. Sebuah restoran dihadapannya dipandang pelik sebelum Adam disebelah dipandang pula.
"Kau kata nak bawa aku satu tempat, ini kenapa datang restoran pula?" Dia menyoal tidak puas hati. Jangan Adam buat hal memaksa dia makan pula kali ini. Dia baru saja lepas habis melantak macaroni goreng yang dibuat Zarina.
"Dekat sini la aku nak bawa kau. Kau ingat aku nak bawa pergi mana?" Selamba saja Adam membalas.
"Iya la aku tahu. Tapi kenapa restoran? Kau tahu tak yang aku ni dah kenyang? Kau jangan buat hal Adam nak paksa aku makan pula." Dengan geram Kayla membebel dan terus menyandarkan kembali badannya pada seat dengan kuat.
Adam tergelak. Tak pernah tak merajuk kawan baiknya yang seorang itu. Lantas kepala Kayla yang dilindungi tundung bawal itu ditolak kasar.
"Woi! Sakit la gila!"
"Dah jom. Tak payah cakap aku gila ke apa ke. Kau turun sekarang. Aku nak kenalkan kau dengan someone special." Segera Adam keluar dari kereta dan berlalu meninggalkan Kayla yang masih berada di dalam kereta.
Dengan malas Kayla keluar dari perut kereta. Diikut saja jejak langkah Adam yang sedang mencari tempat duduk yang sesuai. Suasana restoran yang tidak dipenuhi pelanggan memudahkan mereka mencari tempat duduk. Kayla mengambil tempat berhadapan dengan Adam. Wajahnya masam saja.
"Senyum la sikit. Nanti apa pula orang lain kata. Kita ni macam suami isteri yang tengah gaduh tahu tak bila kau tayang muka macam tu."
Terjegil mata Kayla mendengar gurauan gila dari Adam itu.
"Siapa je nak jadi isteri kau? Errr" Dia mula buat gaya geli gelaman biarpun wajah sudah panas bila selamba saja Adam berkata begitu. Tiada perasaan langsung kah lelaki itu? Selamba badak sumbu pula bergurau macam tu.
Adam mencebik. "Then, macam la aku nak sangat kau jadi isteri aku. Errr. Nak order apa-apa tak?"
"Aku nak air je."
Tangan Adam angkat untuk memanggil pelayan dan membuat pesanan minuman yang diminta Kayla.
"Adam."
Adam yang dipanggil tetapi Kayla turut berpaling memandang gerangan suara itu. Kayla sedikit aneh melihat seorang perempuan yang agak-seksi(?) memanggil nama Adam. Diperhati penampilan gadis itu dari atas hingga ke bawah. Gadis itu memakai dress longgar tetapi hanya paras betis. Dan dress itu berlengan pendek saja. Bila sudah memakai dress singkat dan berlengan pendek, sudah tentu la tidak bertudung.
Kayla memandang Adam pula. Lelaki itu tersenyum lebar ke arah gadis tersebut. Hati Kayla sedikit terusik. Pandangan Adam kepada gadis itu sangat berlainan sekali. Seperti sudah dilamun cinta dengan pandangan pertama saja. Kemudian, dilihat Adam mula berdiri.
"Kayla."
Mendengar namanya diseru, dia turut berdiri bersama dahi yang berkerut.
"Kenalkan, ini Lara. Dia- girlfriend aku." Bersama perasaan bangga Adam memperkenalkan Lara kepada Kayla yang kebingungan itu. Senyuman tidak lekang dibibir saat dia mula memandang Lara kembali.
Kayla bungkam. Dia terkejut sehingga tidak tahu ingin membuat reaksi yang bagaimana. Kenapa dia rasa Adam seakan bergurau dengan dia? Jadi, ini adalah kejutan yang hendak diberikan kepadanya? Kejutan memperkenalkan kekasih hati Adam kepadanya? Tujuan apa?
Lara tersenyum memandang Kayla. Senyuman manis sekali. Tangan dihulur kearah Kayla untuk bersalaman. Sudah dia tahu siapa Kayla kerana Adam telah menceritakan segalanya kepada dia tentang siapa Kayla. Adam juga ada menceritakan keakraban Adam bersama Kayla.
"I'm Lara. Girlfriend Adam."
Kayla perasan, Lara menyebut perkataan girlfriend dengan kuat sekali seakan menyampaikan satu makna yang mendalam sekali. Tetapi dia tidak pasti apa. Yang dia tahu sekarang pada pandangan pertamanya dia sudah tidak berkenan dengan Lara. Gaya gadis itu seperti berlagak. Tengok saja cara bersalaman dengan dirinya. Seperti nak tak nak saja. Hanya hujung jari yang bertemu.
"Kayla."
Adam tersenyum senang melihat dua gadis dihadapannya yang sudah saling berkenalan. Kemudian terus dijemput Lara untuk duduk disebelahnya. Kerusi ditarik bagi memberi ruang untuk Lara duduk.
Melihat senyuman Adam, Kayla juga cuba untuk tersenyum walaupun senyuman paksa. Entah kenapa sukar sekali hatinya ingin menerima keadaan sekarang. Hatinya- sakit? Ya. Hatinya rasa seperti sakit sangat. Sakit bila melihat senyuman Adam yang sangat manis. Senyuman yang tidak pernah diberikan kepada dia. Senyuman yang menjelaskan perasaan lelaki itu sedang bahagia bila berada disamping gadis bersama Lara itu. Kayla rasa seperti hendak menangis sekarang juga.
Hampir satu jam mereka bertiga berada di restoran itu, Adam membuat keputusan untuk pulang. Dalam satu jam yang berlalu, Kayla lebih banyak membisu daripada bercakap. Dia lebih banyak menahan hati melihat kemesraan Adam dan Lara yang saling bergelak ketawa. Entah apa yang lawak pun dia tidak tahu. Tidak ada satu pun yang dibualkan dapat menarik perhatian dia. Cuma, hanya sekali sakala dia turut ketawa bila Adam mula memandangnya. Tidak ingin lelaki itu mengesan hati dia yang kecewa ini.
"Lara, you datang dengan apa?"
"Oh! My god! I lupa yang tadi driver I yang tolong hantarkan sebab kereta I rosak. Kena call driver I la ni." Dengan nada gedik Lara membalas. Tangan mula menyelongkar ke dalam beg untuk mengambil handphone tetapi ditahan Adam.
"Tak apa. I hantarkan. Kayla, kau boleh balik sendiri tak? Sebab kereta aku tu kan dua seat je." Senang hati sekali Adam menyoal dengan senyuman yang tidak lekang dibibir.
Terus melopong Kayla dibuatnya. Hatinya terus mendidih panas. Tadi, bukan main lagi lelaki itu memaksa dia datang ke sini dengan alasan ada kejutan. Kejutan mengarut! Dan sekarang, suruh dia balik sendiri pula?! Gila ke apa?!
"Ala you, tak apa la. Kesian Kayla. Dia kan datang dengan you. Balik pun kena dengan you. Kan, Kayla?" Lara cuba menunjuk baik. Padahal di dalam hati dia sudah bersorak riang.
Baru saja Kayla ingin membalas dan setuju, Adam memintas. Ayat yang keluar itu sungguh menyakitkan hatinya.
"Tak apa, sayang. Pandai-pandai dia la balik. Boleh ya, Kayla?" Adam menjongket keningnya sebelah beberapa kali.
Kayla mengeluh kecil. Sakit betul hatinya! Kalau dia tahu jadi begini, tidak akan dia ikut lelaki itu!
"Tak apa la, aku suruh Akid yang ambilkan. Kau pergi la hantar Lara." Terpaksa jua dia menyusahkan Akid, adik kepada Adam yang berumur 3 tahun muda darinya itu.
Selepas saja mendengar jawapan dari Kayla, terus Adam dan Lara bangun meninggalkan tempat itu menuju ke kereta dengan hati senang sekali tanpa menghiraukan Kayla. Kayla menghantar pemergian pasangan bahagia itu bersama hati yang sebal. Dia mengetap gigi kuat. Tak sangka Adam akan berubah sebegitu cepat selepas saja mengenalkan Lara kepada dia. Sebab itu rupanya kenapa Adam kerap ketawa dan tersenyum sendiri sambal menghadap handphone.
"Aku rapat dengan lelaki lain kau marah? Habis, kau siap ada girlfriend lagi kau tak fikir perasaan aku? Dasar gila!"
Share this novel