Peluang Untuk Bahagia 54

Romance Completed 31764

SEPANJANG pembedahan sedang dijalankan, Kayla tidak henti-henti berteleku diatas sejadah disertai dengan bacaan surah al-Mulk yang pernah diminta oleh Adam untuk dibacakan. Selepas sahaja Adam ditolak masuk ke bilik pembedahan, air matanya juga tidak henti-henti mengalir dipipi. Hanya Allah sahaja tahu perasaannya tika itu melihat suami yang disayangi ditolak masuk.

Tetapi ketika itu ditahan saja air mata dari tumpah kerana melihat Adam yang tersenyum sahaja. Lelaki itu seperti tiada perasaan sahaja. Dia pula yang takut dan berdebar melihat lelaki itu.

Ikutkan hati dia tidak mahu berjauhan dari bilik pembedahan itu walaupun sedikit. Tetapi daripada membuang masa berada disitu dengan menangis sahaja, lebih baik dia habiskan masa disurau. Dapat juga dia tunai permintaan Adam agar dia membaca surah al-Mulk dan sentiasa berdoa kepada suaminya itu.

Manakala di sana dia membiarkan Baba dan Umi yang menemani. Sudah hampir 6 jam Adam berada di dalam bilik bedah. Dan itu sangat menggusarkan hatinya biarpun dia tahu pembedahan itu memerlukan masa berjam-jam.

"Allah!"

Keluhan berat dilepaskan.

Tasbih ditangan digenggam erat. Tasbih kesukaan suaminya.

"Hunny doakan Hubby kuat dalam bilik tu."

Di depan bilik pembedahan, Encik Amir dan Puan Zarina setia menunggu. Selama mana pun anak mereka didalam, mereka sanggup menunggu sehingga semuanya selesai. Hati masing-masing tidak pernah berhenti dari terus berdoa agar Adam selamat dari pembedahan itu.

"Abang. Saya rasa dah lama anak kita dekat dalam tu. Tak akan tak selesai lagi?" Puan Zarina sudah mula kegelisahan. Hati tidak senang.

Isterinya dipandang sekilas. Tergeleng sendiri Encik Amir melihat kegelisahan Puan Zarina. Dia juga gelisah dan risau memikirkan Adam di dalam yang sedang bertarung nyawa. Tetapi masih lagi boleh tahan.

"Awak ni, Na. Anak kita tu nak operate kepala. Memang lama la. Ini saya rasa baru nak masuk tujuh jam. Pembedahan memang ambil masa lama. Awak jangan risau, teruskan berdoa biar urusan anak kita berjalan lancar dan dipermudahkan."

"Macam mana saya tak risau, abang? Adam tu anak saya, kalau apa-apa saya memang kena risau."

"Ya, tahu. Tapi jangan risau sangat nanti tambah stress. Ni kalau Adam tengok awak gelisah macam ni confirm dia pun tak suka. Dah."

Encik Amir dijeling. Mudah suaminya itu bercakap. Apa dirasakan sekarang tiada seorang pun yang faham. Perasaan ibu risaukan anak ini lain.

Suasana kembali sepi. Hanya bunyi derapan kaki beberapa orang jururawat yang sekali sakal lalu lalang disitu. Beberapa minit, bunyi pintu bilik bedah dibuka dari dalam. Bergegas Encik Amir dan Puan Zarina bangun berdiri apabila melihat seorang doktor keluar dari bilik itu bersama pakaian bedah yang masih tersarung.

"Ini-"

"Parents, Adam. Kenapa dengan anak kami?" Ujar Encik Amir terlebih dahulu. Wajah mula resah.

"Oh. Saya harap Encik dengan Puan sila bersabar ya? Jantung Encik Adam tiba-tiba berhenti dari berdegup. Kami memerlukan banyak masa lagi. insha Allah kami akan cuba sedaya upaya. Saya cuma nak memberi pesan supaya ahli keluarga terima dengan sebarang kemungkinan dan- teruskan berdoa."

Seusai itu, doktor tersebut terus kembali semula ke dalam bilik bedah

Lemah lutut Puan Zarina mendengar berita yang disampaikan itu. Patutlah hatinya berasa tidak tenang sekali. Nasib baik Encik Amir sempat menahan dari Puan Zarina terus rebah ke lantai. Encik turut terkejut. Berita itu begitu merentap hatinya.

"Ya Allah! Abang anak kita abang. Allah! Adam kuatkan semangat Adam. Umi tunggu dekat luar ni." Dalam keadaan lemah, Puan Zarina mula mengongoi. Air mata juga telah mengalir.

Kuat sungguh ujian yang diberikan kepada ahli keluarga mereka terutama sekali Adam. Sudahlah sebelum sudah bagai ujian yang perlu anaknya itu hadapi untuk mengecapi bahagia. Bila sudah mula bahagia, ujian ini pula datang menimpa.

Kayla yang baru pulang dari surau dan menuju ke bilik bedah terkejut apabila melihat Puan Zarina yang sudahpun terjelopok di atas lantai. Tanpa membuang masa, dia berlari mendapatkan kedua orang tuanya itu.

"Baba! Umi! Kenapa ni?"

Encik Amir dibantu dia untuk memapah Puan Zarina duduk semula diatas kerusi.

"Kayla, Adam- Adam-" Tidak mampu Puan Zarina meneruskan.

Tangan Kayla mula terketar saat nama itu meniti dibibir Uminya. Segera pintu bilik bedah dipandang sebelum orang tuanya dipandang semula. Dahi berkerut.

"Kenapa dengan Adam? Umi? Baba? Kenapa ni?"

Ya Allah!

Kerana ini lah dia tidak mahu meninggalkan bilik bedah. Kerana ini tidak mahu berjauhan dari Adam walaupun Adam berada di dalam sana. Sekarang dia sudah terlepas berita yang penting.

"Baba jawab. Kenapa dengan Adam?" Mata sudah memerah menahan tangisan.

Bahu Kayla dipegang.

"Kayla sabar ya, nak? Insha Allah Adam tak ada apa-apa. Doktor cakap jantung Adam berhenti berdegup semasa pembedahan dijalankan. Dia minta kita semua untuk menerima dengan sebarang kemungkinan lepas ni."

Tergamam.

Kayla terduduk diatas lantai. Dia menangis lagi.

Kenapa? Kenapa semua ni terjadi?

Puan Zarina mendapatkan anaknya itu. Segera didakap erat ke dalam pelukan. Sukar untuk dia menerima, sukar lagi untuk Kayla menerima. Dia tahu Kayla tidak henti-henti menangis sedari tadi. Muka anaknya itu juga sudah mulai sembab kerana terlalu lama menangis.

"Umi, Ad- Adam akan selamat kan?"

"Ya, sayang. Insha Allah Adam akan selamat. Tapi kita berdoa banyak-banyak supaya dia dimudahkan segala urusan. Adam seorang yang kuat. Kalau Kayla terus berdoa, dia akan lagi kuat."

"Tap- tapi kenapa jan- jantung-" Kayla semakin kuat menangis. Dia tidak dapat teruskan. Rasa seperti jantung dia juga telah berhenti dari berdegup.

"Shh! Sabar Kayla."

Kepala Kayla dicium Puan Zarina. Didakap erat anaknya itu agar tenang terlebih dahulu. Tetapi dia mula hairan bila pelukan Kayla pada dia perlahan-lahan longgar. Dan lagi terkejut dia bila tangan Kayla lemah jatuh di atas lantai.

"Kayla? Ya Allah! Abang, kenapa dengan Kayla ni?"

Encik Amir dan Puan Zarina terus kelam kabut bila melihat mata Kayla yang sudah terpejam rapat dan tidak sedarkan diri.

?????

"ADA apa nak jumpa I?" Haris disoal sebaik saja Lara masuk ke dalam kereta milik Haris. Sudah lama mereka berdua tidak bersua. Haris akan berjanji akan berjumpa semula apabila lelaki tu sudah ada rancangan sendiri.

"I ada nak bagitahu something, tapi I tak tahu sama ada berita ni buat you happy ke tak. Pada I berita ni buat I happy."

"What's that?"

"I dapat tahu yang Adam masuk ward semalam. And hari ini dia kena bedah. Tak silap I dia ada penyakit dekat kepala but i'm not sure sakit apa. And I think ini adalah masa yang sesuai untuk kita jalankan rancangan kita."

Reaksi Lara berubah.

"Ad- Adam sakit? Mana you dapat semua ni?"

"You ni lupa ke? I cousin dia. Even I bergaduh dengan dia, I still contact with his family. Adik dia, Akid yang bagitahu. Semalam I pergi rumah Baba Adam, tapi Baba dengan Umi dia orang tak ada. I tanya pergi mana and Akid cakap dia orang pergi hospital sebab Adam dekat sana tengah tunggu nak operate. And I tanya lagi. Budak mentah macam Akid tu senang je I nak korek cerita."

"What? You guna Akid?"

"I tak gunakan dia. Dia sendiri yang cakap so I apa lagi, terus ambil kesempatan la. Dah. Tak payah cakap fasal tu. I think ini adalah masa yang sesuai untuk I dapatkan Kayla and you kena tolong I."

Sebolehnya Haris tidak mahu membuang masa. Jika mahu, semalam juga dia pergi serbu ke hospital dan mengambil Kayla daripada Adam. Namun, tidak semudah seperti yang dia bayangkan.

"I kena tolong you dapatkan Kayla? Habis I macam mana?" Lara tidak puas hati.

Mudah sangat kerja Haris! Habis, lepas saja Haris dapat Kayla dia mesti dibiarkan begitu.

"Adam tengah sakit sekarang ni. Buat masa sekarang you kena tolong I dulu and after that I akan fikir cara macam mana nak buat you dapatkan Adam. Deal?"

Dengan tidak puas hati, Lara hanya mengangguk.

"Fine. I akan ikut cakap you but make sure you tunaikan apa yang you cakap tadi."

"Sure."

"So, apa plan you?"

?????

BERGEGAS Puan Zarina mendapatkan Kayla apabila melihat mata anaknya itu bergerak-gerak. Itu bermakna Kayla sudah pun sedar daripada pengsan. Selepas sahaja Kayla pengsan dalam dakapannya beberapa jam yang lalu, terus dia memanggil jururawat untuk meminta bantuan. Dan Kayla ditempatkan di dalam wad.

Kayla pengsan kerana terkejut dan tidak cukup rehat. Mana tidaknya, sehari anaknya itu tidak makan dan tidak rehatkan badan.

"Kayla."

Kayla membuka mata. Wajah Puan Zarina menyapa pandangan.

"Umi. Umi macam mana dengan Adam?" Hanya itu perkara pertama yang dia terlintas.

"Kayla. Sekarang ni Kayla kena rehat. Jangan fikirkan apa-apa. Kayla pengsan tadi sebab Kayla kuat sangat fikir. Rehat ya, nak?" Tidak putus asa Puan Zarina memujuk.

Sayu hati melihat keadaan Kayla yang begini. Makanan pun langsung tidak disentuh Kayla.

"Tak. Kayla tak boleh duduk dekat sini. Kayla kena pergi tunggu Adam." Kayla cuba untuk bangun. Dia perlu ke sana menunggu Adam didepan bilik bedah. Hanya itu dapat buat dia rasa dekat dengan suaminya sendiri.

Laju Puan Zarina menghalang.

"Kayla. Adam okey. Jantung dia kembali berdegup dengan stabil lepas Kayla pengsan tadi. Tapi operation still continued. Kayla sekarang jangan banyak fikir. Insha Allah Adam selamat."

Lega.

Kayla hembus nafas lega. Sangat lega. Tadi, dia sendiri rasa jantung seakan terhenti bila dapat tahu jantung Adam yang berhenti dari berdegup ketika pembedahan. Selepas itu, pandangan mula gelap dan terus dia tidak sedarkan diri.

"Sekarang Umi nak Kayla makan sikit ya? Salah satu sebab Kayla pengsan sebab perut Kayla kosong hari ini. Makan sikit, ya?"

Pujukan Puan Zarina hanya dibalas dengan gelengan. Dia tiada selera mahu makan bila fikiran memikirkan Adam yang sedang bertarung nyawa. Usahkan makan, minum juga tiada selera.

"Kayla tak boleh macam ni. Kalau Adam tahu dia pun marah. Dia dah pesan dekat Umi sebelum dia masuk dalam bilik bedah tadi. Dia nak Umi tengok-tengokkan Kayla. Pastikan Kayla makan dan jaga kesihatan bila dia dah tak sedarkan diri nanti. Dan Umi kena tunaikan permintaan dia. Kayla sayangkan Adam, kan?"

Senyuman lega Puan Zarina sedikit terukir bila melihat anggukan dari Kayla. Pipi anak itu disentuh lembut. Tahu, dia tahu Kayla sangat sayangkan Adam walaupun dulu Kayla membawa diri jauh dari Adam. Tetapi dia tahu Kayla tidak pernah membenci Adam.

"Kalau sayang, Kayla kena ingat pesan Adam. Makan dan jaga diri. Dia tak nak disebabkan dia, Kayla pula yang sakit. Dia sayangkan sangat dengan Kayla. Sebab itu dia tak nak Kayla sakit. Makan sikit ya?"

"Tapi Kayla nak tunggu sampai dia habis operate, Umi." Layu mata Kayla pandang Puan Zarina berharap Uminya mengizinkan dia untuk ke sana. Lega memang lega bila dapat tahu jantung Adam berdegup semula. Tetapi dia tetap mahu menunggu di sana.

"Boleh. Umi izinkan. Tapi lepas Kayla makan. Nak tunggu Adam, Kayla kena ada tenaga yang cukup. Makan sikit pun jadi."

Kesian melihat wajah Puan Zarina yang merayu itu, lambat-lambat Kayla mengangguk. Dia bukan tidak fikirkan tentang kesihatan diri dia tetapi dia tidak senang hati selagi Adam berada dibilik bedah.

"Sekarang dah pukul berapa, Umi?"

"Lagi tiga puluh minit nak masuk Maghrib."

Kayla mengeluh.

Dari pagi sampai dah senja, Adam masih berada di belah bedah. Bila pembedahan itu akan selesai?

"Operation tu lambat lagi ke, Umi?"

"Doktor cakap kalau bukan disebabkan jantung Adam berhenti berdegup tadi, operation dah hampir siap. Tapi disebabkan jantung tu, mereka terpaksa hentikan sekejap sebab nak bagi jantung Adam berdegup semula. Kayla jangan risau. Kita kena banyakkan berdoa. Umi yakin Adam akan selamat dan lepas ni dia akan jalani kehidupan macam biasa. Sabar ya?"

Nak tak nak, Kayla terpaksa mengangguk.

Sabar?

Hunny akan tunggu Hubby.

?????

SEPULUH jam Adam bertarung nyawa di dalam bilik bedah dan syukur bila pembedahan itu berakhir dengan selamat. Keluar saja Adam dari bilik tersebut, Kayla sudah boleh bernafas dengan sedikit tenang. Tetapi tidak setenang-tenangnya selagi suaminya itu tidak sedarkan diri.

Mengikut doktor yang menjalani pembedahan terhadap Adam, lelaki itu mungkin tidak akan sedarkan diri untuk beberapa hari disebabkan kesan ubat. Tetapi syukur kerana tubuh Adam tidak berlaku apa-ap termasuk juga dengan lumpuh satu badan.

"You're very lucky to have him as your husband. Dia sangat kuat dan tabah. Sewaktu jantung dia berhenti dari berdegup, kami semua hampir ingat yang dia sudah tiada harapan lagi. Kami semua hentikan operation for a while. Kami semua struggle untuk degupkan balik jantung dia. Tapi tak sampai beberapa minit, jantung dia berdegup dengan stabil. He's so strong you know? Very strong. And disebabkan kekuatan yang mengalir dalam diri dia, your husband tidak mengalami apa-apa risiko. It's like a magic you know? Benda-benda macam ni jarang sangat berlaku."

Itu adalah kata-kata doktor yang sempat diberikan kepadanya selepas keadaan Adam dipantau.

Ya. Dia bertuah kerana memiliki suami yang mempunyai semangat yang kuat seperti Adam.

Luluh hati melihat badan lelaki tu dipenuhi dengan wayar. Adam juga memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas kerana lelaki itu sudah kehabisan tenaga bertarung nyawa. Kepala Adam juga sudah berbalut.

Tangan Adam dipegang dan dikucup sayu.

"You did it, Hubby. You did it. Hunny bangga." Air mata yang mahu mengalir lekas disapu. Tidak ingin Adam dengar yang dia sedang menangis.

"Sekarang, Hubby kena kuatkan lagi semangat untuk sedarkan diri. Hunny tak nak Hubby terlantar macam ni. Nanti hari-hari Hunny sunyi bila tak dengar usikan dari Hubby."

Adam dijangka tidak akan sedarkan diri untuk beberapa hari? Dan dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk beberapa hari itu.

Doktor juga akan mengatakan bahawa apabila lelaki itu sedar, Adam akan mengambil masa untuk kembali seperti biasa. Lelaki itu akan banyak mendiamkan diri dan termenung. Tetapi itu tidak perlu dibimbangkan.

Bunyi pintu wad dikuak dari luar, segera Kayla menoleh. Senyuman tipis diukir kepada Akid yang baru ke dalam wad.

"Abang macam mana?"

"Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Kita sekarang kena tunggu dia sedarkan diri."

Akid berdiri disebelah Kayla. Sayu mata memandang abangnya yang kaku terbaring. Dia tidak sempat menunggu pembedahan itu selesai kerana perlu menghadiri diri ke kelas.

"Oh ya, akak. Semalam abang Haris pergi rumah Baba. Kebetulan Baba dengan Umi tak ada, so Akid bagitahu la tentang abang dekat dia."

Sepantas kilat Akid dipandang. Kayla agak tercengang.

"Ak- Akid bagitahu dia?"

Akid mengerut dahi hairan.

"Ha'ah. Kenapa akak macam terkejut?"

"Ya Allah, Akid. Abang dah bagitahu dekat akak supaya jangan bagitahu Haris tu. Akak lupa nak pesan."

Akid juga terkejut. Dia menepuk dahi sendiri. Dia lupa masalah yang sedang melanda rumah tangga Kayla kini. Sumpah! Dia lupa! Dia lupa yang Haris ada niat tidak elok pada Kayla.

"Allah! Akak, Akid minta maaf akak. Sumpah! Akid tak ingat. Macam mana ni akak? Mati lah Akid nanti abang sedar lepas tu tahu fasal ni."

Mata terarah pada Adam. Perasaan takut mula menyelubungi hati Kayla. Selama ini masih ada Adam yang melindung dia apabila Haris datang berjumpa dengannya. Suaminya itu juga telah menceritakan penyakit yang dialami Haris. Itu lagi membuatkan dia takut.

"Akid. Ak- akak takut kalau Haris datang sini. Macam mana ni?"

Akid mula mundar mandir. Salah dia kerana senang-senang bercerita!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience