Peluang Untuk Bahagia 11

Romance Completed 31764

BEG kertas tertulis Pandora yang berada disebelah penumpang dicapai bersama senyuman mekar dibibir. Pintu kereta Audi TT dibuka dan lantas dia melangkah keluar dari perut kereta. Pintu utama rumah dituju dan dengan laju dia menapak masuk ke dalam. Kelibat seseorang dicarinya.

"Kayla." Berkali-kali nama gadis itu dipanggil namun Kayla tetap tidak muncul.

"Adam. Apa yang terjerit-jerit ni?" Soal Puan Zarina hairan. Dia yang berada di dalam bilik tingkat atas pun boleh dengar suara anak lelakinya itu. Kecoh betul cari Kayla.

"Kayla mana, Umi?"

"Ada dekat belakang rasanya. Dekat kolam. Kenapa, Adam?"

Adam tersengih. "Rahsia." Jawabnya sebelum beredar dari situ dan sambung mencari Kayla.

Puan Zarina tergeleng. "Macam-macam. Time dekat bergaduh, bila jauh pandai pula cari."

Bersama beg kertas, Adam berjalan menuju ke halaman belakang rumah yang menempatkan kolam renang. Disitulah tempat di mana dia dan Kayla sentiasa meluangkan masa bermain bersama ketika mereka kecil dulu. Mekar lagi diingatannya di mana mereka saling merecikkan air antara satu sama lain sambil bergelak ketawa. Kadang-kadang dia rindu suasana dulu. Rindu gelak tawa dia dan Kayla. Namun kini, sudah jarang sekali dia mahu mendengar gelak tawa Kayla. Senyum juga gadis itu jarang bila bersama dia. Berbeza bila Kayla berada bersama kedua orang tuanya, gadis itu tentu akan tersenyum dan gelak ketawa bersama orang tuanya. Terdetik juga rasa terkilan dengan tingkah Kayla kerana dia tidak tahu apa sebab gadis itu berubah.

"Kayla!" Nama Kayla dipanggil sekali lagi apabila kelibat gadis itu masih tidak kelihatan.

"Aku dekat sini la. Kenapa?"

Suara sayup-sayup menyahut itu dicari sehingga dia ternampak tangan yang melambai-lambai ke arah dia. Rupanya, Kayla berada di atas pondok berhampiran dengan kolam. Tetapi gadis itu diselindung oleh pokok bunga yang banyak sehingga dia langsung tidak perasaan Kayla berada disitu. Lekas langkah diatur ke situ.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Adam sambil turut bersela disebelah Kayla. Laptop dihadapan Kayla dipandang bersama kerutan dahi.

"Ni ha, aku tengah isi kerja kosong." Memandangkan Kayla masih belum mendapat apa-apa tawaran, setiap hari dia akan mengisi kerja kosong tidak kira apa jua jenis pekerjaan. Jenis kerja itu tidak penting, yang penting kena pandai rebut peluang yang ada. Tidak kira kerja apa, janji kerja itu halal dan dapat menjamin masa depan.

Adam terdiam. Dalam diam dia memuji kegigihan kawan baiknya yang seorang itu. Tidak habis-habis mencari dan mengisi kerja kosong. Itulah setiap yang dihadap Kayla selepas saja mereka berdua tamat Ijazah.

"Kau kenapa cari aku?"

Soalan Kayla menggariskan senyuman dibibir Adam. Lalu, beg kertas Pandora diletak di atas ribaan Kayla. Gadis itu segera memandang dia hairan dengan wajah berkerut.

"Apa ni?"

Adam jongket kening "Buka la."

Wajah Kayla masih berkerut. Bersama perasaan hairan, tanpa berlengah terus dia memasukkan tangan ke dalam beg kertas Pandora dan mengeluarkan satu kotak baldu yang panjang dan bersaiz sederhana. Sekali lagi Adam dipandang. Dadanya yang berdegup stabil dan biasa bertukar kepada debaran yang sangat kuat. Entah kenapa dia rasa terharu pula bila pegang kotak tersebut walaupun dia tidak tahu hadiah itu untuk siapa.

"Aku, buka?" Soalnya mahu kepastian lagi.

Adam mengangguk selamba sambil tersenyum lebar.

Tanpa bersoal lagi, Kayla membuka perlahan penutup kotak itu dengan tangan yang terketar sedikit. Itu pun kerana dia mengawal dengan sebaik mungkin. Ikutkan rasa ketar yang sebenar, mungkin kotak itu boleh jatuh sekarang juga. Dia berdebar. Semakin luas penutup dibuka, semakin dia berdebar.

Sesaat, penutup kotak terbuka dan serta-merta menyerlahkan isi di dalam. Kayla terpaku dan tergamam. Isi di dalam kotak itu buat jantungnya berdegup dengan laju sekali. Dia mula sebak dan tanpa diminta, matanya berair kerana terharu. Seutas rantai emas putih bersinar menyapa pandangannya yang kabur sedikit disebabkan air mata yang mula bertakung. Diperhati lama rantai itu. Rantai itu berkalungkan loket berbentuk hati. Dan mungkin juga loket itu boleh dibuka.

"Cantik tak?"

Pandangan beralih pada Adam disebelah. Lelaki itu tersenyum lebar sambil memandang dia sebelum pandangan beralih kepada rantai ditangannya.

Kayla turut tersenyum sedikit. "Cantik." Senyuman semakin lebar kerana tiba-tiba dia rasa gembira. "Sangat." Sambungnya.

"Yes! Pandai tak aku pilih?"

Rantai itu Kayla pandang kembali. Senyuman tidak pudar. Dia mengangguk laju. "Pandai. Cantik sangat. Pandai kau pilih. Aku su-"

"Kau rasa dia suka tak?"

Senyuman Kayla mula mengendur. Dia tercengang sedikit. Dia? Siapa dia yang Adam maksudkan? Rantai ini bukan untuk dia kah?

"Dia?"

"Ya. Dia. Lara. Kau rasa dia suka tak dengan rantai ni? Dekat dalam loket hati tu, ada tertulis nama aku dengan dia. Comel, kan? Aku tempah khas untuk dia tau." Dengan bangga Adam memberi penjelasan sebelum kotak ditangan Kayla diambil.

Kayla bungkam. Rasa malu pada diri sendiri menyelubungi dirinya. Hampir saja dia ingatkan rantai itu untuknya. Tak. Bukan hampir tetapi memang dia ingatkan Adam hadiahkan rantai itu kepada dia. Baru saja dia dihambat dengan rasa gembira dan terharu sebentar tadi. Dalam sekelip mata saja kegembiraannya bertukar kecewa dengan penjelasan Adam.

"Aku ingat nak bagi dia rantai ni sebab masa birthday dia haritu aku just bagi dia heels. What do you think? Okey, kan?"

Tidak mahu Adam mengesyaki sesuatu, terus dia mengangguk perlahan dengan senyuman hampa diukir paksa bila mata Adam pandang wajahnya. Dia tidak tahu bagaimana riak wajahnya pada tika ini, tetapi hatinga kecewa. Kecewa dengan diri sendiri yang cepat sangat perasan!

"Me-mesti dia suka sangat." Nada suara cuba dikawal.

Sakitnya!

"Tahu. Aku tahu mesti dia suka. Dia akan terima apa saja yang aku bagi dekat dia. Sebab tu aku makin sayang dekat dia."

Kayla kemam bibir menahan air mata yang sikit lagi mahu mengalir. Laju dia memalingkan wajah ke arah lain. Risau kalau Adam mula perasan. Mata dikerdipkan beberapa kali sebelum dia kembali memandang ke kolam. Laptop ditutup dan dia mula berdiri. Adam melihat ke arahnya.

"Mana?"

"Err- aku nak masuk nak tolong Umi masak." Tanpa menunggu, dia terus turun dari pondok dan masuk ke dalam rumah. Dan, tangis dihembur sekuat hati. Dadanya dipegang kuat. Sangat sakit dia rasa disitu.

"Kayla! Berhenti berharap!" Ujar dia pada diri sendiri. Gigi diketap kuat. Air mata sudah merembes membasahi pipinya.

----------

"SAYANG! It's so beautiful! Oh my god! You're so sweet!" Sungguh teruja Lara apabila kota baldu yang diberikan oleh Adam kepada dia. Tergesa-gesa dia membuka kotak itu. Rasa teruja tidak dapat disembunyikan. Wajahnya ceria saja.

Adam tersenyum senang dan gembira melihat kekasih hatinya yang ceria kerana hadiah yang diberikan darinya. Melihat gadis kesayangannya gembira, dia turut gembira. Walaupun dia tahu bagi Lara, rantai yang berjenama Pandora itu biasa-biasa saja kerana gadis itu memakai dengan jenama yang lebih lagi. Tetapi, Lara tetap menerima dengan hati terbuka.

"Biasa saja la. Itu baru sikit. Nanti I dah mula kerja, I belikan yang lebih lagi untuk you. Everything just for you."

Senyuman Lara bertukar jadi sengihan. Rantai emas putih itu dihulur kepada Adam menyuruh lelaki itu memakai kepadanya. Dam Adam tanpa membantah, dia bangun dari kerusi berhadapan dengan Lara dan mendekati gadis itu. Segera rantai itu dipakaikan pada leher jinjang Lara.

"Cantik, sayang. Thank you so much. I love you."

Adam tersenyum.

"My pleasure. Oh! By the way, I yakin nak bagi rantai ni dekat you pun sebab Kayla tau."

"Kayla?" Terus Lara berubah tegang. Dia berpeluk tubuh memandang Adam dengan tidak puas hati.

"Maksud you, dia tengok rantai ni dulu sebelum you bagi dekat I? Dia sentuh rantai ni dulu sebelum I? How dare you!" Bersama dengusan dia bersandar pada kerusi. Panas hatinya saat nama gadis itu terpancul keluar dari Adam.

Benci!

Tak suka!

Nampaknya kau belum buat apa yang aku suruh, perempuan!

Tergeleng kepala Adam melihat sikap Lara yang masih lagi tidak berkenan dengan Kayla. Entah apa silap Kayla pun dia tidak tahu. Padahal, Kayla tidak pernah menganggu Lara mahupun hubungan mereka berdua. Namun, Lara masih juga tidak berpuas hati. Kekadang dia juga naik rimas dengan Lara.

"Lara. Jangan macam ni. I kalau nak buat apa-apa I mesti akan tanya and share pendapat dengan dia."

"The problem is, you bagi dia sentuh rantai ni dulu sebelum you bagi dekat I. So, rantai ni dah terkena tangan dia. I tak suka! Baik you bagi dekat dia kalau macam ni. Ish!"

"Lara. I just tunjuk and tanya pendapat dia. Tak ada pun dia sentuh rantai tu. Dia tengok je and then I tanya dia cantik tak, dia jawab cantik. So, dia sendiri cakap mesti you suka punya bila dapat rantai ni. And kata-kata dia tu buat I yakin nak bagi dekat you sebab I tahu taste perempuan ni lebih kurang je."

Tetap tidak puas hati, Adam dijeling. Bagi la alasan apa-apa pun. Dia tetap tidak sebulu dengan Kayla!

Adam mengeluh kecil.

"Boleh tak you jangan prejudis sangat dengan Kayla? Dia tak ada buat salah apa pun dengan you. Kenapa you selalu cari pasal dengan dia?"

"Hello! Siapa cakap dia tak ada buat salah dengan I? Ada okey!"

"Apa yang dia dah buat?"

"Dia nak rampas you daripada I. Itu kesalahan dia pada I. You je yang tak nampak."

Kali ini Adam tidak dapat membalas apa-apa. Dia tahu, banyak mana sekali pun dia membalas Lara tetap akan menang dan dia akan mengalah dengan sendiri. Biasalah, perempuan kan selalu betul. Dan sekarang dia sedang hadapi perkara itu. Tak akan pernah menang bila bertengkar dengan perempuan. Dan apa yang dia perasan, Kayla bukan seperti Lara. Kalau bertengkar dengan Kayla, gadis itu tidak akan membalas sebaliknya akan memberi nasihat pula.

Lara dan Kayla, sangat lain dari segi perangai dan sikap. Namun itu adalah manusia. Masing-masing ada personaliti masing-masing. Mungkin Kayla lebih matang dan Lara pula sebaliknya.

---------

"DUDUK la dulu, Haris. Kayla tengah bersiap agaknya tu sebab tadi dia baru siap. Biasalah perempuan, kan." Pelawa Encik Amir ketika dia mengajak Haris masuk ke dalam rumah.

Terkejut juga dia apabila melihat gerangan yang memberi salam di luar rumah. Dia ingatkan siapa. Rupanya anak saudaranya sendiri. Dan paling mengejutkan, Haris hendak membawa Kayla keluar berjalan-jalan. Dia tahu yang Haris dan Kayla rapat ketika kecil tetapi hanya rapat semasa dia membawa Kayla pulang ke Melaka. Tidak sangka pula Haris dan Kayla akan rapat semula kerana anak berdua itu belajar di satu universiti.

Haris melabuhkan duduk di atas sofa. Keadaan banglo milik bapa saudaranya diperhati. Banyak sudah yang berubah. Dia juga sudah lama tidak bertandang ke sini.

"Pak Lang sihat?"

"Sihat macam ni la, Haris. Kamu tu, dah lama sangat tak datang sini mentang-mentang la Papa dengan Mama tak datang sini, kamu pun terikut sama ya?"

Haris ketawa kecil.

"Tak ada la, Pak Lang. Bukan macam tu. Ris cuma segan sikit nak datang seorang diri ke sini." Lagipula, dia dan bapa saudaranya itu bukan rapat sangat. Rapat biasa-biasa saja.

Tapi sekarang, dia kena la selalu buat rapat-rapat dengan bapa saudaranya itu. Langkah pertama untuk rebut hati Pak Langnya sebelum rebut hati Kayla pula. Hehe!

Encik Amir senyum mengusik.

"Sekarang dah tak segan ke datang sini? Kenapa? Sebab Kayla ke?"

"Hah? Err-" terkelu Haris bila diusik begitu. Segan pun ada. Sudahlah dia memang segan bertandang ke sini, dan sekarang dengan usikan itu semakin segan pula!

Beberapa minit kemudian barulah Kayla turun ke bawah dengan lengkap memakai boyfriend jeans loose pants dipadankan dengan loose long sleeve t-shirt berwarna pink berbelang putih dan shawl putih dibelit kemas. Santai saja pemakaiannya. Muka natural hanya sapu-sapu sedikit sunblock, moisturaizer, foundation, pack powder dan juga bibir dicalit sedikit lipmatte supaya tidak pucat.

"Baba." Sapa Kayla saat tiba disebelah Encik Amir.

"Ha, siap pun. Dah berejam Haris tunggu dekat bawah ni."

"Ish, Baba ni. Mana ada la. Kayla siap sepuluh minit saja tau. Saja nak usik."

Kayla memuncung bila diusik begitu. Ada pula kata dia siap berejam? Setahu dia la kan, dia la perempuan yang paling cepat siap! Sebab dia tak pakai make up tebal-tebal macam orang lain. Hanya untuk menjaga wajah saja. Bukan nak tayang dekat orang. Janji muka terhindar dari jerawat!

Encik Amir tergelak besar. Lama dia tidak mengusik anak daranya itu sejak dia mula sibuk dengan syarikat kenderaannya. Semakin hari semakin maju dan dia juga semakin sibuk. Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan, akhirnya dia dapat besarkan perniagaan itu seperti mana dia telah berpakat dan berbincang bersama arwah Khairul dahulu. Dia tidak akan abaikan impian sahabatnya itu.

"Ya la, sayang Baba. Haris, jaga anak Pak Lang ni elok-elok. Jangan bagi terlepas pandang tau. Kayla ni bukan boleh kira, berjalan ikut kaki nak melangkah ke mana. Kan hilang pula nanti." Usiknya lagi.

"Baba. Dah la tu. Kayla dah besar la."

"Okey, okey. Baba dah tak buat."

Encik Amir menghantar pemergian Haris dan Kayla sampai ke pintu utama. Sempat dia berpesan agar Haris membawa kereta dengan berhati-hati dan juga menjaga Kayla sebaiknya. Dan Haris hanya menurut dengan mengatakan "Insha Allah."

Kayla melambai ke arah Encik Amir sebelum Mercedes Benz A milik Haris keluar dari perkarangan banglo itu. Dengan tahap kelajuan sederhana Haris memandu berhati-hati. Ingat pesan yang diberikan oleh Encik Amir. Dia sekarang sedang membawa nyawa orang lain.

Kayla sedikit kagum melihat keadaan dalam kereta Haris yang bersih dan kemas. Lelaki biasa la, sukakan kekemasan kereta. Tetapi, ada juga yang jenis lepas tangan malas nak kemaskan kereta. Biarkan berselerak barang di dalam.

"Haris, ini kereta awak ke?"

Teringin dia tahu kerana mustahil baginya ini adalah kereta yang dibeli Haris kerana lelaki itu baru saja tamat belajar. Kalau Adam, dia tahu la yang lelaki itu ada bekerja sedikit sebelum sambung Ijazah dan Encik Amir tambah sedikit duit untuk Adam beli kereta Audi TT itu. Kereta idaman Adam.

"If I say yes, macam mana?"

"Betul-betul la."

"Tak ada la. Actually saya tak berminat pun dengan kereta ni. Papa saya yang belikan sempena result agak top untuk last sem ni."

Terkebil-kebil Kayla memandang Haris. Serius lah Haris cakap tak berminat dengan Mercedes Benz A ini? Cantik kut! Dan, apa? Hadiah dari Papa Haris sempena dapat keputusan yang agak baik untuk semester akhir ini?! Wah! Kayla speechless! Untung anak orang kaya. Dia dapat keputusan agak baik juga pun tak dapat apa. Eh? Ke situ pula! Bukan itu yang dia harapkan la!

"So, kereta baru la ni ya?"

"Hrmm- lebih kurang la."

"Oh, ya! Awak dapat berapa result haritu? Saya lupa nak tanya. Mesti tinggi, kan?"

Haris mencebik sambil menjongket bahu. Mata masih terhala di hadapan. Stereng dipusing ke kiri sedikit memandangkan dia ingin membelok.

"Tak banyak pun."

Kayla sengetkan bibir. Ayat lelaki. Biasa saja, tak banyak pun, boleh la dan blablabla biar pun keputusan tinggi nak mati! Sama la macam Adam punya reaksi. Biasa-biasa saja tapi bila dapat tahu, bukan main terkejut beruk dia.

"Tak banyak tu berapa?"

"Berapa awak dapat?"

Kepala digaru. Sudah! Dia tanya lelaki itu, lelaki itu tanya dia balik!

"Awak cakap dulu sebab saya tanya awak dulu." Kayla mendesak.

"Kalau tak nak?"

"Haris."

Haris tergelak besar. Seronok kenakan gadis itu. Semakin hari dia dan Kayla semakin rapat. Kayla sudah mula boleh bergurau dengannya dan gelak bersamanya. Gadis itu juga banyak mulut bila bersama dia. Suka dia melayan. Dan, dia semakin suka kepada Kayla. Mungkin juga- sayang.

"Okey la. Sikit je dalam- 3.95 macam tu."

Terus ternganga Kayla dibuatnya. Sama macam dia la!

"Serious la, Haris?"

Haris mengangguk. "Tak pandai pun. Sampai situ je boleh nak buat macam mana, kan. Terima saja la."

"Tak pandai? Awak kutuk saya ke macam mana?"

Cepat saja Kayla dipandang sekilas. Haris mengerutkan dahinya hairan bila Kayla bertanya begitu.

"Bila? Kenapa pula saya nak kutuk awak?"

"Awak tahu tak saya dapat result sebijik macam awak? And bila awak cakap awak tak pandai, sama la macam awak kutuk saya. Sebab pointer kita sama."

Kebetulan traffic light bertukar merah. Haris memberhentikan kereta dan memandang Kayla tidak percaya.

"Betul ke?"

Bersungguh Kayla mengangguk.

Haris senyum lebar. "Jodoh tu."

"Ha'ah, kan jodoh. Boleh pula sama." Kayla yang hanya menganggap Haris bergurau itu turut berkata sama.

"Ya. Jodoh awak dengan saya. Sebab tu sama. Hari ni kita hampir sedondon pula tu. Jadi, kita memang ada jodoh kan?"

Kayla terdiam. Diperhati pakaian Haris dan pakaian dia. Betul lah, hampir sama! Haris memakai t-shirt long sleeve putih dengan berbelang hitam manakala bajunya juga turut berbelang. Dan kasut! Dia dan Haris sama-sama memakai kasut berwarna putih! Macam janji-janji saja la.

"Betul tak?" Soal Haris selepas memerhati Kayla yang sedang menscan pakaian mereka berdua.

Kayla mengangguk perlahan dan tersenyum janggal. Rasa macam aneh saja. Rasa macam mereka berdua sudah berpakat pakai pakaian sama kemudian mereka berdua pergi dating! Brrr!

"Saya nak cakap something, boleh?" Pinta Haris setelah agak lama mereka berdua berdiam diri. Lampu merah pula lama hendak bertukar hijau

Kayla pandang Haris. "Apa?"

Lama untuk lelaki itu membalas sebelum Haris bertindak merapatkan jarak mereka berdua. Kayla apa lagi, terus berganjak ke pintu sedikit kerana terkejut. Haris rapatkan bibir ke telinga Kayla dan berbisik.

"You look so adorable, pretty and cute today with this outfit. Saya suka. Comel."

Setelah itu, Haris kembali kedudukan asal. Dia terus memecut bila lampu bertukar hijau. Dia tersenyum. Masa Kayla mula turun dari tingkat atas lagi dia perhatikan pakaian Kayla. Simple namun mampu menarik perhatiannya. Kayla kelihatan sangat comel bila berpakaian begitu. Hendak pula pakaian yang dipakai Kayla tidak ketat dan longgar saja tidak kira baju mahupun seluar jeans yang dipakai. Dan dia suka!

Sangat comel pada pandangannya! Kayla sememangnya comel!

Tidak bernafas Kayla bila mendengar kata-kata itu. Matanya berkelip-kelip memandang ke depan. Dada mula berdebar tetapi tidak sekuat ketika dia dekat dengan Adam. Buat pertama kali dia mendengar Haris memujinya begitu. Dan! Buat pertama kali Haris bertindak mendekatkan jarak mereka! Dia hanya terdiam sepanjang perjalanan. Tiba-tiba pula rasa janggal kerana perkara sebentar tadi. Wajahnya juga membahang sedikit demi sedikit.

Segan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience