Peluang Untuk Bahagia 16

Romance Completed 31764

ENCIK AMIR bangun dan bergerak jauh sedikit dari sofa yang didudukinya. Pandangan dilemparkan ke arah kolam renang yang terbentang luas dihadapan ruang tamu banglonya ini. Air di dalam kolam itu sungguh menyejukkan mata, namun tetap tidak dapat menyejukkan dan menenangkan dia. Apa yang baru saja Adam sampaikan kepada dia benar-benar hampir membangkitkan kemarahan dia. Tetapi dia tahu, semarah mana pun dia dengan keputusan Adam dia tidak mampu ubah apa-apa.

"Kenapa perlu sampai empat tahun?"

Bertunang sehingga 4 tahun? Jarang dibuat orang. Biasanya bila bertunang hanya mengambil masa berbulan-bulan. Ini tidak, hingga 4 tahun jadinya. Jika sebelum ini dia hanya mendengar dari mulut-mulut dan hanya orang lain yang bertunang sehingga begitu lama. Sekarang, terkena pada anaknya sendiri. Baginya tak berbaloi bertunang lama-lama.

Adam mengangkat wajah memandang belakang Babanya yang berpeluk tubuh. Sedari tadi dia menunduk selepas memaklumakan keputusannya untuk bertunang dengan Lara dan akan teruskan perkahwinan 4 tahun selepas itu. Babanya agaknya terkejut walaupun hanya reaksi wajah yang dapat dia lihat.

"Lara sambung belajar dekat Paris selama empat tahun. And after that kita orang plan nak kahwin."

Encik Amir menggelengkan kepala. Bibir pula tergaris senyuman hambar. Anak-anak zaman sekarang, terlalu ambil mudah tentang semua ini. Fikir bertunang itu perkara main-main? Sudahlah begitu, ambil masa 4 tahun pula. Dalam adat pertunangan, ada saja ujian yang datang menimpa. Lagikan rumah tangga yang dibina pun bergoyang inikan pula baru bertunang. Bertunang bukan bermaksud dapat mengekalkan sesuatu hubungan itu. Semuanya terletak pada hati masing-masing.

"Kenapa still nak bertunang even dah tahu Lara nak sambung belajar?" Dia masih belum berpaling. Bimbang bila kemarahannya muncul bila menatap wajah anak sulungnya itu.

Soalan Encik Amir dibiarkan bergantung oleh Adam. Dia hanya senyap tanpa mahu mengeluarkan sebarang suara untuk membalas pertanyaan Encik Amir. Rasanya sudah tidak perlu dia jawab semua itu. Babanya lebih banyak makan garam daripada dia. Tidak mungkin Babanya tidak faham kenapa dia mahu bertunang dengan Lara walaupun gadis itu akan melanjutkan pelajaran. Tak salah, bukan?

Keluhan dilepaskan. Encik Amir sedikit terkilan bila soalan dibiarkan bergantung. Semakin hari sikap Adam semakin tidak boleh dibawa berbincang. Entah apa yang terjadi pada anak bujangnya itu.

"Adam risau kalau- Lara dikebas orang ke?" Dia menduga sendiri sebelum ketawa kecil.

"Adam, bertunang bukan salah satu cara untuk elak dari semua tu."

"Tapi itu yang terbaik, Baba. Kalau Adam nak kahwin sekarang, belum tentu Baba izinkan." Laju Adam menjawab. Apa maksud Babanya?

"Kahwin? Of course lagi Baba tak bagi. Adam ingat kahwin ni senang ke? You're still young to get married, son. Baba bukan ayah macam dalam drama yang paksa-paksa anak dia orang kahwin even masih muda. Dan Baba bukan senang-senang bagi syarat kalau kahwin Baba akan serahkan syarikat macam tu saja dekat anak Baba. I'm not that type. Baba ada cara Baba sendiri. And, if you want you must follow my way. Yang dekat TV tu semua lakonan saja. Jangan terpengaruh sangat."

Adam diam menduduk. Betul. Dia masih muda. Masih banyak lagi benda yang perlu dia lakukan untuk masa depan. Tetapi, Lara juga adalah salah satu masa depannya. Dia cinta dan sayangkan gadis itu sepenuh hatinya. Bagaimana dia boleh lepaskan Lara macam itu saja? Tidak! Lara adalah miliknya selamanya. Jika bertunang adalah salah satu cara paling baik untuk mengikat hubungannya dengan Lara, dia sanggup walaupun mengambil masa sehingga 4 tahun. Sanggup!

Encik Amir menarik nafas dalam. Tangan yang sedang berpeluk tubuh kina dialih diseluk ke dalam poket seluarnya. Raut wajahnya serius. Beberapa saat suasana ruang tamu itu sepi tanpa sebarang suara sebelum Encik Amir kembali bersuara.

"Betul, Adam nak bertunang dengan Lara?"

Terus saja Adam bangun berdiri. Dia tersenyum lebar. Kepala laju diangguk walaupun Encik Amir tidak nampak. Adakah soalan itu bermakna Babanya setuju?

"Betul, Baba. Adam nak bertunang dengan dia." Bersungguh dan yakin.

Encik Amir kembali diam semula. Berfikir.

"Adam sanggup ambil semua risiko selama bertunang lepas ni? Sanggup hadap apa saja yang akan berlaku dalam masa empat tahun?"

"Sanggup. Adam sanggup."

Kepala digeleng perlahan. Dari pendengarannya, Adam langsung menjawab tanpa fikir terlebih dahulu. Dia risau. Tak hendak anak lelakinya menyesal suatu hari nanti. Tapi, itu kemahuan Adam.

"Baiklah." Dia mengeluh. Terpaksa mengalah. "Baba izinkan Adam bertunang dengan Lara."

Adam ketap bibir menahan diri dari bersorak. Akhirnya!

"Tapi-"

Wajah Adam berubah. Ada tapi?

"Adam kena ikut syarat Baba."

"Syarat apa? Tadi Baba cakap Baba bukan macam dalam drama nak buat syarat bagai. Sekarang apa pula?" Adam mula mendekati Encik Amir tidak puas hati. Wajah orang tua yang dihormatinya dipandang penuh tanda tanya.

Encik Amir masih memandang ke depan.

"Drama lain. Dia bagi syarat dengan paksa anak dia orang kahwin. Baba lain. Sebab, Baba bagi syarat kalau Adam nak bertunang. Lain. Banyak bezanya. Tapi, kalau Adam tak nak ikut syarat Baba, i'm okey. Tak ada syarat, tak ada bertunang. Simple."

Buntu. Keliru. Otak Adam mula bekerja keras memikirkan syarat apa yang bakal dikenakan daripada Encik Amir. Harap, syarat itu tidak melampau.

Perlahan dia mengangguk.

"Okey. Adam ikut syarat Baba. Apa syaratnya?" Demi Lara, dia sanggup.

Tanpa menunggu, Encik Amir terus menjawab.

"Syarat pertama."

Adam terngedah. Syarat pertama? Ada berapa syarat?

"Sya-syarat pertama, Baba? Ber-berapa syarat Baba nak kenakan ni?" Mati la dia.

Anak lelakinya dipandang sinis.

"Kata nak bertunang dengan Lara. Kena ikut la berapa banyak syarat Baba kenakan." Sengaja dia berkata sinis begitu. Nampaknya sangat nak bertunang kan?

Terus terdiam Adam. Sejak bila Babanya jadi seperti ini? Syarat bagai.

"Syarat pertama." Encik Amir berfikir sejenak. "Baba nak-"

Adam menunggu penuh sabar.

"Make sure dalam masa empat tahun pertunangan antara Adam dengan Lara, Baba tak ada dengar kau orang berdua nak putus."

Lega Adam mendengar syarat pertama. Senang sajalah!

"Insha Allah. Lagi?"

"Yang kedua. Make sure dalam empat tahun nanti, Adam dapat apa yang telah Baba pesan dekat Adam. Make sure you'll get everything. Kerjaya dan sebagainya."

"Insha Allah."

"And the last one."

Encik Amir berpusing ke kiri menghadap Adam. Matanya memandang ke anak mata Adam dengan penuh harapan. Harapan yang selama ini dia tanam.

"Baba harap Adam don't say no."

"Syarat apa?"

Bahu anak lelakinya itu dipegang.

"Kerja dengan Baba."

Serta merta Adam mengeluh. Syarat terakhir inilah yang dia susah sangat hendak buat. Malah, bukan sahaja baru hari ini tetapi sudah lama dia susah nak tunaikan permintaan Encik Amir yang satu itu.

"Baba. Adam ada impian Adam sendiri. I want to become a architecture. Please don't push me untuk terlibat dalam business industry. Business is not my career, Baba. Adam tak boleh. Lagipun, Baba tak risau ke? Nanti syarikat Baba runtuh sebab Adam sebab Adam tak mahir dalam business. Itu business Baba dengan arwah Uncle Rul. Adam tak berani. Jujur Adam cakap Adam tak berani."

Riak wajah kecewa mula terpancar pada Encik Amir. Sekali lagi permintaannya ditolak. Bukan tak ada anak lain yang hendak dia harapkan. Adib? Anak bongsunya itu masih lagi sedang belajar. Kayla? Sudah pun selamat jadi seorang peguam. Dan sekarang, hanya tinggal Adam saja. Lagipula, Adam masih lagi menganggur sekarang. Ini adalah peluang!

"Why? Tak salah, Adam. Adam boleh belajar semua tu. Baba ada boleh ajarkan. Semua tu bukan alasan."

"Tapi Baba-"

"Okey. Baba faham. Okey, apa kata- Adam kan buat masa ni masih lagi menganggur, right? So, apa kata kerja dengan Baba sementara dapat panggilan kerja arkitek tu. Just for a while. I'm promise you bila Adam dah dipanggil bekerja, i'll let you go. Boleh?"

Adam meraut wajah lembut. Sukar sekali untuk dia setuju. Perniagaan adalah bukan kepakarannya malah bukan juga bidang yang diminati. Dia paling tidak suka dengan perniagaan. Nasib dia bila ada ayah yang mempunyai jiwa perniagaan. Adib, adiknya juga mempunyai jiwa yang sama seperti Baba mereka.

"Let me think first. Adam tak janji but- i'll try."

Senyuman nipis terukir dibibir Encik Amir. Tidak mengapa kalau Adam tetap tidak mahu. Dia tidak memaksa namun rasa berharap itu ada juga dalam hatinya. Berharap Adam setuju untuk bekerja dengannya. Dan, jika apa-apa terjadi kepada dia suatu hari nanti sekurang-kurangnya perniagaan miliknya akan diuruskan oleh Adam. Sebolehnya dia tidak mahu perniagaan dan syarikat yang dibina bersama arwah sahabatnya terlepas ke tangan orang lain.

---------

PINTU bilik ditutup perlahan dengan keadaan terkejut dan lemah. Badan disandar pada pintu yang tertutup dan perlahan-lahan terlurut jatuh ke lantai. Dia terkejut. Terkejut dengan apa yang baru saja didengarinya sebentar tadi. Dengan tidak sengaja dia terdengar perbualan di antara Encik Amir dan Adam. Keputusan Adam untuk bertunang dengan Lara sangat mengejutkan dia. Dan juga mengecewakan dia. Dia kecewa.

"Adam- Lara- bertunang?" Sekali lagi dia bertanya pada diri sendiri.

Sungguh! Hatinya sekarang tidak rasa apa-apa kerana terlalu sakit dan kecewa. Hubungan Adam dan Lara semakin serius sehingga mahu mengikat dengan pertunangan.

Dadanya dipegang. Rasa sakit disitu. Sakit yang dicipta sendiri. Sudah puas dia cuba untuk elak perasaan suka kepada Adam tetapi sedikit pun tidak berjaya. Malah, dia semakin suka dan jatuh cinta kepada Adam.

Tangan mengetuk-ngetuk kepala sendiri. Terasa diri ini bodoh kerana masih menyimpan perasaan terhadap kawan baik sendiri dan Adam juga sudah mempunyai kekasih hati. Mengapa terlalu sukar untuk dia hapuskan perasaan ini?

Tanpa dapat ditahan, air mata jatuh berderai dipipi. Kecewa kerana akhirnya Adam akan menjadi milik Lara tidak lama lagi. Dan kecewa dengan diri sendiri yang masih berharap kepada Adam agar lelaki itu sedar dengan perasaannya.

"Kau bodoh, Kayla. Bodoh! Buat apa kau simpan perasaan ni lagi?! Adam bukan tahu pun! Dia dah nak bertunang dengan Lara dah pun!"

Lutut ditarik rapat ke dada dan dipeluk. Dahi menunduk di atas lutut. Tangisan terus dihembur kuat. Tidak mampu lagi dia menahan rasa sakit ini sendiri. Hendak diluah, risau terjadi yang dia tidak diingin. Dengan Adam yang sudah mempunyai Lara disisi, sudah tentu Adam berpihak dan memilih Lara berbanding dirinya. Yang paling dia tidak mahu adalah persahabatan mereka berdua terputus hanya disebabkan dia sendiri. Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan tetap menyimpan perasaan ini sendiri walaupun terlampau sakit.

------------

SEBULAN berlalu, dan akhirnya Adam dan Lara telahpun diikat dengan tali pertunangan. Selepas sahaja Adam memaklumkan keputusannya kepada Encik Amir dan Puan Zarina, kedua orangnya terus merancang untuk terus melancarkan majlis pertunangan memandang Lara akan mula bertolak ke Paris. Tidak mahu membuang masa, terus saja Adam dan Lara ditunangkan segera. Dan seusai saja majlis pertunangan mereka dijalankan, selang beberapa hari Lara terus saja bertolak ke Paris dengan rasa sukanya.

Dan sekarang, Adam sudah mula bekerja bersama Encik Amir di KM Auto. Walaupun hanya sebagai pekerja biasa, Adam tidak kesah. Yang penting sekarang dia sudahpun memenuhi permintaan Encik Amir yang mahu dia bekerja di sini sementara menunggu tawaran masuk kerja sebagai arkitek. Dan, dia kerja di KM Auto semestinya kerana mahu bertunang dengan Lara. Itu adalah salah satu syarat dari Encik Amir.

Adam merenung cincin yang tersarung pada jari manisnya. Sejak bergelar tunangan kepada Lara, bibirnya tidak henti dari tersenyum. Rasa sangat gembira apabila hubungannya dan Lara telah pun masuk alam pertunangan. Dan mereka hanya satu lagi langkah iaitu menghalal hubungan dengan perkahwinan.

"Happy nampak?"

Terus kepala didongakkan. Senyuman makin lebar bila pandangan disapa dengan wajah Kayla. Sejak akhir-akhir ini Kayla seakan rapat semula dengannya. Walaupun masih ada sedikit kedinginan namun dia tidak kesah. Dia senang bila Kayla sudah kembali berbual mesra dengannya.

"Of course aku happy. Dah bertunang kut."

Kayla senyum kecil dan hambar sekali cuba menutup rasa kecewanya. Selepas saja Adam sudah bergelar tunang kepada Lara, dia menangis semahu dan sepuasnya sebelum buat keputusan untuk mencuba nasib sekali lagi melupakan perasaan terhadap Adam. Sekarang ini dia sedang mencuba. Dia cuba untuk rapat kembali dengan Adam, berlagak seakan-akan tiada apa yang berlaku. Kerana, jika sebelum dengan berjauh dari Adam dia tidak juga mampu hapuskan perasaan itu. Jadi, dia mula buat keputusan untuk rapat dengan Adam dan buat tiada apa yang jadi. Mungkin kali ini berkesan walaupun dia sedikit risau jika dia semakin suka kepada Adam. Tetapi dia tetap mencuba.

"Aku happy kalau kau happy." Dia balas perlahan.

Hati. Tolong bertahan.

Adam memandang lama Kayla.

"Thanks. Kau selalu ada dengan aku and faham aku."

"No hal. Aku masuk bilik dulu."

Kayla mengeluh. Hatinya tidak kuat untuk dekat dengan Adam! Semakin jatuh suka pula! Rasa sedih dan kecewa mula menyelubungi hatinya bila melihat senyuman lebar Adam yang menandakan lelaki itu sungguh gembira selepas bertunang bersama Lara. Dia cuba, bukan tidak cuba. Cuba untuk buat tidak endah dengan perasaan kecewa ini. Makin dia buat tidak endah, makin sakit dan kecewa pula hatinya ini.

Melihat Kayla yang sudah mula mahu berpaling masuk ke dalam rumah, cepat-cepat Adam menghalang. Dia masih belum puas lagi bercakap dengan Kayla oleh kerana sudah lama rasanya dia dan Kayla tidak berbual menghabiskan masa duduk di luar rumah begini.

"Esok weekend. So, apa kata kalau kau duduk teman and berbual dengan aku dekat sini. Kita kan dah lama tak luang masa macam ni. Meh la."

"Tapi-" Kayla mahu menolak. Ya. Memang dia mahu kembali rapat dengan Adam, tetapi bila difikir semula dia risau jika perasaan suka semakin kuat. Dia sebenarnya sudah hilang arah. Dengan cara bagaimana lagi harus dia lakukan?!

"Please, Kayla. Kita dah lama tak macam ni. Aku rindu. Rindu kau. Rindu kita yang dulu."

Rasa serba salah mulai dating. Macam mana dia nak move on? Tengok la cara layanan Adam! Dia seorang perempuan yang mudah cair dan termakan dengan kata-kata lelaki. Tambahan pula lelaki itu adalah orang yang sangat dia suka dan sayang! Kalau ditolak, dia juga yang rasa terbeban kerana buat lelaki itu kecewa.

Akhirnya, Kayla terpaksa akur. Dengan teragak-agak dia mengambil tempat di sebelah Adam atas buaian. Rasa segan dan awkward bila berada dekat dengan Adam kerana sudah lama dia dan Adam tidak berkedudukan begini.

Sekali lagi Adam tersenyum lega bila Kayla tidak membantah.

"Boleh aku tanya something?"

Kayla hanya mengangguk. Pandang wajah Adam pun tidak.

"Kau dengan- Haris macam mana sekarang?"

Perlahan Adam menyoal. Sudah lama dia tidak mendengar perkembangan hubungan diantara Kayla dan Haris. Dia sendiri yang mengelak daripada ingin tahu. Dia tidak tahu kenapa bila setiap kali tahu yang Kayla dengan Haris makin rapat dan mesra melebihi darinya, hatinya geram. Sakit hati. Tetapi dibiarkan saja. Mungkin hanya mainan perasaan.

Kayla menjongket bahu.

"Biasa je."

"Kau-dengan dia ber-bercinta ke?"

Pantas Kayla memandang Adam disebelah sebelum dia kembali pandang ke hadapan. Hingga ke situ Adam berfikir?

"Tak. Kawan je."

Suasana sepi sebentar. Hanya kedengaran curahan air dari kolam ikan saja mengisi keheningan malam menemani mereka berdua.

"Kau- sukakan Haris?"

Kaki Kayla terhenti dari berayun. Dia kaku bila disoal begitu. Dia sukakan Haris? Tak. Dia tak sukakan Haris. Tetapi dia akan cuba. Yang dia suka adalah orang yang bertanya itu.

"Kenapa kau tanya?"

"Saja. Sebab- aku tengok kau dengan dia. Dah berbulan kau berkawan dengan dia. Aku expect kau dengan dia ada something."

Kayla keluh perlahan. Kaki kembali diayunkan.

"Buat masa ni kita orang tak ada apa-apa pun. Just berkawan."

Terus Adam menoleh pandang Kayla. Gadis itu hanya beriak biasa ketika mengutarakan perkara itu. Dahinya berkerut.

"Buat masa ni? Maksudnya maybe after this akan ada something between both of you and him?"

Anggukkan Kayla buat dia tidak senang duduk. Dia mula bernafas dengan sedikit laju. Terkejut dengan pengkhabaran itu. Perlahan dadanya disentuh. Kenapa perlu berdebar sehingga begini rupa? Kenapa dia perlu rasa tidak mahu Kayla dan Haris ada apa-apa hubungan lebih dari seorang kawan? Kenapa dia perlu terasa dengan perkara itu?

"Kau cakap kau tak suka dia."

"Yes. Aku sukakan orang lain." Tenang Kayla menjawab.

Adam mula ubah posisi kedudukannya. Dia menaikkan kaki bersela dan tubuh dikalih memandang sisi tubuh Kayla. Dia semakin rasa ingin tahu. Sebelum ini, Kayla tidak pernah berkongsi tentang siapa yang gadis itu suka dan minat.

"Who's that guy? And kalau kau tak suka Haris, kenapa kau cakap kau orang akan ada something after this?"

Soalan berturut-turut dari Adam mengelukan lidah Kayla. Tidak sangka pula Adam semakin hendak tahu. Menyesal pula jawab begitu.

"Perlu ke kau tahu?" Debaran didada sebaik mungkin dikawal.

Adam laju mengangguk.

"Perlu, sebab kau kawan baik aku. And aku perlu tahu semua pasal kau. Antara aku dengan kau tak boleh ada rahsia even nanti kita berdua akan ada kehidupan masing-masing. But, we are always one and together no matter what. Ingat tu. Sekarang bagitahu aku siapa lelaki tu and kenapa kau suka dia. And- kenapa kau perlu rapat dengan Haris sedangkan kau sukakan orang lain? Tell me now."

Kata-kata Adam menggariskan senyuman hambar dibibir Kayla. Diantara dia dan Adam tidak boleh ada rahsia? Memang mereka berdua tiada rahsia. Tapi, dia telah berahsia dengan lelaki itu satu perkara dan kalau benda itu pun dia kongsi bersama Adam, hancur musnahlah persahabatan mereka berdua. Dia tahu, Adam tidak akan dapat menerima. Lelaki itu cintakan Lara seorang saja. Hanya Lara. Dan dia akan tetap menjadi seorang sahabat.

"Kayla. Aku suruh kau cakap, bukan mengelamun."

Kayla sandar badannya pada kerusi buaian sambil berpeluk tubuh.

"Kau ni busy body betul, kan?"

"Aku bukan busy body. Macam aku cakap, antara kita no more secrets. So, aku pun nak tahu lelaki mana yang kau suka. Aku kenal ke tak, itu je aku nak tahu."

Wajah Kayla berubah serius. Matanya hanya terhala pada dada langit dihiasi dengan taburan bintang yang sangat indah dipandang.

"Kau- kau kenal sangat dengan dia."

Bulat mata Adam memandang wajah Kayla.

"Aku? Aku kenal?"

Gadis itu mengangguk.

"Siapa?"

"Aku tak boleh bagitahu nama."

"Kayla, please."

"Nope. I'll tell you all about him but i won't tell you what is his name. Kau nak tahu tentang dia or his name? Kalau kau nak tahu nama dia, aku tak akan cerita tentang dia dekat kau. You choose."

Adam mendengus. Kayla sengaja buat dia tertanya-tanya! Tak boleh ke bagitahu saja? Special sangatkah lelaki yang disukai Kayla itu sehingga tidak mahu dia tahu siapa nama lelaki tersebut. Pandai pula gadis itu main ugut-ugut sekarang.

"Fine! Aku nak tahu tentang dia. Semua."

Wajah Adam dipandang. Kayla tayang wajah bersahaja.

"Okey!"

"Sekarang." Tegas Adam mengarah.

"Sekarang? Adam, sekarang dah malam. Maybe dah pukul sebelas. Aku nak tidur la. Penat."

"Kayla Raihana. I said, now!"

"Adam."

"Kayla."

Kali ini Kayla pula mendengus. Ish! Sakit hati! Perangai menjengkelkan betul. Tapi itu jugalah yang dia suka.

"Okey la."

Adam tersenyum kemenangan. Dia suka bila Kayla mula mengalah dan mendengar segala kata-katanya. Boleh dijadikan isteri.

Eh?

Apa dia melalut?!

"Hrmm- kau nak tahu apa?" Kayla mula hendak bercerita biarpun tuan empunya sudah berada disebelah. Heih! Sabar sajalah Cik Hati.

"Dia handsome tak?"

Kayla berfikir. "Of course. Pilihan aku biasanya yang elok."

Jawapan Kayla dibalas dengan cebikan dari Adam.

"Mana handsome lagi, aku atau dia?"

"Adam. Dia orang yang aku suka. Kenapa perlu compare dengan kau? Tentu-tentulah dia. Kau ni!"

Kau memang handsome Adam. Boyfriend material sangat! Aku tak boleh go!

"Kau suka dia sebab dia handsome ke?"

Perlahan Kayla mengangguk.

"Eleh! Perempuan semua sama. Pilih rupa."

Terbeliak Kayla pandang Adam. Sedap mulut saja mengata. Habis, lelaki tak pilih rupa? Bukan setakat rupa, badan pun dipilih!

"Hoi! Mulut tu jaga sikit. Lelaki pun sama."

"Kenapa kau cakap macam tu? Sebab aku pilih Lara dan bukan kau? Mesti kau sedar yang kau ni tak cantik, kan?" Adam tayang muka jahat. Keningnya dijongket-jongket mengusik Kayla.

Kayla ketap gigi. Weh! Selamba badak sumbu saja Adam cakap begitu? Tak boleh ke kalau lelaki itu jaga sedikit hatinya?

"Kau ni memang- hah! Hambik kau!" Dengan perasaan geram, dahi Adam ditunjal kuat sehingga terkebelakangan lelaki itu.

"Rasakan! Aku tahulah aku tak cantik! Huh!" Semakin sakit pula hatinya.

Tangan menggosok dahi yang ditunjal oleh Kayla. Kuat juga gadis itu sehingga teralih sedikit kedudukan dia dari yang asal. Boleh tahan. Tapi, ada sesuatu yang mencuit hati lelakinya. Mungkin Kayla tidak sedar yang kulit mereka bersentuhan ketika gadis itu tunjal dahinya.

Dia tersengih.

"Apahal kau tersengih?" Tempelak Kayla.

Dari sengihan berubah ketawa.

"Adam!"

Semakin kuat Adam ketawa.

"Kayla. Kau- kau tak sedar ke apa kau buat tadi?" Tanpa dapat ditahan Adam bertanya.

Dahi Kayla berkerut. "Sedar apa?"

"Tangan kau." Ujar Adam dalam sisa tawa.

"Hah?" Tangan dipandang. Kayla hairan. "Kena- Ya Allah!" Baru dia perasan dan sedar. Dengan tangan inilah dia tunjal dahi Adam sebentar tadi.

Adam bantai gelak lagi. Perut yang terasa senak dipegang. Lahai Kayla. Malam-malam buat lawak.

Kayla kepal penumbuk. Tak tentu fasal buat dosa malam-malam macam ni! Tapi, benda tu tak sengaja kan? Secara spontan kan? Berdosa ke erk? Alah!

"Kau la ni!"

"Aik. Aku pula yang kena?"

Adam dijeling maut. Sumpah! Dia tak sengaja. Semua secara spontan tadi. Heih! Bila terlalu dekat, inilah jadinya.

"Okey-okey. Now, sambung balik."

"Tak nak."

"Ala, Kayla. Kau bagitahu je kenapa kau suka dia. Then, aku tak tanya dah. Please."

"Tak nak. Malas!"

"Kayla, please." Adam menyatukan tangan kiri dan kanannya memohon agar Kayla membuka mulut menjawab soalannya.

Kali ini gadis itu menggeleng.

"Kayla."

"Nope."

"Kayla."

"Kayla."

"Kayla."

Adam mengeluh bila Kayla tetap buat tidak tahu. Dia terdesak ingin tahu sekarang ini apa yang menyebabkan Kayla sukakan lelaki tersebut. Kemudian, Adam senyum nakal. Dia bergerak sedikit dekat kepada Kayla. Gadis itu masih buat tidak endah.

"Kayla." Panggilnya lembut. Kayla masih diam.

"Kayla."

Tetap sama.

Senyuman nakal makin lebar.

"Kayla sayang."

Terus Kayla tersentak. Tidak semena-mena jantung memainkan peranan dengan lebih kuat. Sebenarnya dari tadi jantungnya berdetak sedikit laju bila Adam memanggil namanya beberapa kali. Tapi kali ini semakin laju bila Adam memanggil- sayang?

Adam tahu Kayla dengar dan terkejut tetapi gadis itu masih membisu. Dia tidak putus asa. Semakin galak dia hendak mengusik.

"Sayang. Cerita la."

Kayla telan liur perlahan. Merinding bulu romanya bila pertama kali dengar suara lembut dari Adam. Hatinya makin tidak kuat.

"Sayang."

"Adam, stop! Geli la aku." Kayla menghalang. Hakikatnya dia suka bila dipanggil begitu tetapi hatinya bukan untuk dimainkan! Dia tak tahan.

Tergelak senang Adam bila terpandang wajah kemerahan Kayla. Mungkin gadis itu malu dan segan bila dipanggil begitu.

"Behave yourself. Kau tu tunang orang sekarang. Aku tampar kan." Kayla masih lagi mahu menutup rasa gelabah bila dipanggil begitu.

"Aku gurau je la. Lain la kalau kau memang suka aku panggil kau macam tu." Adam tidak berhenti menyakat.

"Adam!"

"Okey. Aku tak buat dah. Tapi kau kena cerita dekat aku sekarang!"

"Perlu ke?"

"Perlu."

Kayla mengalah. Dia cuba selesakan diri sendiri setelah apa yang berlaku sebentar tadi. Sungguh, dia hampir pengsan bila Adam memanggilnya begitu. Indahnya!

Astaghfirullah! Ingat, Kayla. Adam tunang orang! Jangan!

"Nothing special. And aku pun tak tahu kenapa aku suka dia. Dia tak ada yang menarik pun. Dia always cakap kasar dengan aku, bergurau kasar. Tak adalah bercakap lemah lembut dengan aku macam dia bercakap dengan orang lain. Asyik nak gaduh saja dengan aku sampai aku naik pening dengan dia. Tapi, aku tertarik dengan dia. Aku- aku tak boleh nak describe how i can fell in love with him. Susah untuk aku cakap. Sikap dia sangat buat aku menyampah and sangat annoying. But, because of that aku suka dia."

Adam terdiam. Cuba membayangkan seseorang melalui apa yang diceritakan. Layan kasar? Setahu dia, Kayla tiada kawan lelaki lain selain dia dan Haris. Kalau bukan Haris yang Kayla suka, habis tu siapa?

"Aku tak rasa dari apa yang kau cerita, aku kenal lelaki tu sebab lelaki yang aku kenal tapi berkawan dengan kau just me and Haris. Kalau bukan Haris, siapa lagi?"

Kayla senyum nipis.

Kau, Adam!

"Tak penting pun untuk kau tahu siapa dia."

Adam jongket bahu. Tak apa. Dia akan cari tahu!

"Dia tahu yang kau suka dia?"

Kayla pandang wajah Adam. Alanglah bagus kalau lelaki itu tahu Adam adalah orang yang sedang diceritakan ini. Lambat-lambat dia menggeleng.

"Tak."

"Kenapa? Kenapa kau tak bagitahu dia?"

"Dia- dah ada someone special."

Terkedu Adam bila itu yang dibalas Kayla. Nampak wajah kekecewaan terpapar pada wajah Kayla. Mata gadis itu juga menjelaskan betapa kecewanya Kayla.

"Kayla. Aku-"

"Aku naik dulu la. Dah habis kan? Good night." Segera Kayla bangun dan masuk ke dalam rumah. Bimbang air mata tumpah dihadapan Adam.

Tak sepatutnya dia menangis dihadapan lelaki itu. Dia tidak mahu Adam mengesyaki sesuatu. Dan dia juga tidak mahu kelihatan lemah dihadapan Adam.

Terpinga-pinga Adam ditinggalkan begitu oleh Kayla. Tempat Kayla duduk sebentar tadi masih dipandang dengan mengelamun. Dia masih terfikir dengan apa yang Kayla ceritakan. Wajah sedih dan kecewa Kayla saat mengatakan lelaki tersebut sudah ada orang lain, dia masih terbayang. Buat pertama kali dia nampak wajah muram Kayla hanya kerana kecewa dengan lelaki.

Tapi, siapa lelaki itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience