TIDAK tahu untuk ke berapa kali Kayla bangun kemudian duduk semula di hujung katil. Mundar mandir di dalam biliknya sambil mata tetap memerhati ke arah pintu bilik yang tertutup rapat. Gelisah? Ya, dia gelisah. Selama berbulan-bulan berpisah dengan Adam, untuk kali ini dia bakal tinggal satu bumbung di dalam rumah bersama lelaki itu.
Memang tidak salah, tetapi dia belum bersedia untuk tinggal dengan Adam buat masa ini. Bimbang hatinya cepat sangat lembut dan menerima lelaki itu semula sebelum sempat dia buat Adam sakit hati.
Kejam?
Lelaki itu lagi teruk perlakukan dirinya.
Dia bukan mahu membalas dendam. Cuma mahu Adam rasa apa yang dia rasa. Itu saja. Siapa tahu selepas dia balas semua perbuatan Adam terhadap dia, lelaki itu akan betul-betul berubah. Biarpun Adam dengan penuh keyakinan mengatakan lelaki itu sudah berubah, dia masih belum masih percaya sepenuhnya.
Macam mana Adam tidak mempercayai dia dulu, begitu juga dia tidak percaya yang Adam sudah berubah. Dia tidak mahu berharap sangat yang lelaki itu sudah berubah. Takut Adam buat hal lagi, dan dia juga akan dikecewakan lagi. Tidak terkira berapa kali lelaki itu buat dia kecewa. Hati dia tidak tahan lagi.
Dari pagi hingga sudah masuk waktu malam, Kayla hanya berkurung di dalam bilik sebaik saja dia bertengkar dengan Adam dibawah. Malas mahu munculkan diri dihadapan Adam. Makin sakit hatinya bila Adam selamba saja mahu tinggal disini tanpa persetujuannya.
"Kayla."
Ketukan pada pintu bilik menyentakkan Kayla. Siapa lagi yang mengetuk kalau bukan Adam.
Adam diluar masih belum putus asa mengetuk pintu bilik Kayla. Tangan memegang perut. Dari pagi dia tidak makan sedikit pun dan dia mula rasa pagar. Dia hanya sempat memakan roti saja tadi sebaik saja keluar dari hotel dan segera datang ke rumah Kayla.
Dalam diam dia berharap Kayla akan sediakan makanan memandangkan dia sudah memaklumkan kepada gadis itu yang dia akan tinggal di sini. Namun hampa bila isterinya itu asyik berkurung saja di dalam bilik tidak mahu keluar.
"Kayla, bukalah pintu ni. Aku lapar la."
Kayla memejam mata serta telinganya. Tidak mahu mendengar rayuan dari lelaki itu. Tidak mahu dan tidak!
"Kayla, please. Aku lapar sangat ni." Adu Adam tidak putus asa. Perutnya juga sudah bernyanyi dongdang. Untuk keluar membeli makanan dia malas kerana sudah masuk waktu malam.
Hampir sehari dia duduk di bawah seorang diri. Tiada teman hendak berbual. Kayla buat dia seperti tidak wujud saja. Sekurang-kurangnya kalau tidak mahu layan dia bercakap, sediakan makanan pun sudah cukup. Ini tidak. Kelaparan dibuatnya.
"Pergilah beli!"
Adam mengeluh bila itu yang dibalas oleh Kayla.
"Buka la pintu ni. Kau tak kesian dekat suami kau ke? Lapar sangat dah ni."
Tangan dijatuhkan dari menekup telinga. Kayla mendengus. Jatuh kasihan pula mendengar suara separuh merayu dari lelaki itu. Tiba-tiba rasa diri dia terlampau menghukum Adam. Perlahan-lahan dia turun dari katil dan pintu bilik dibuka.
Wajah Adam dipandang seraya menjeling.
"Nak apa?" Serius dia bertanya dengan wajah yang dimasamkan.
Adam tayang sengihan.
"Keluar pun. Aku lapar la. Kau tak nak masak untuk aku ke?" Perut sengaja digosok-gosok dihadapan Kayla supaya Kayla tahu yang dia benar-benar kelaparan sekarang ini. Tunggu mahu pitam saja.
Tidak habis-habis Kayla mencebik. Laparlah konon! Sengaja diminta simpati!
"Kedai dekat luar tu banyak. Pergilah beli sendiri."
"Tapi aku nak yang kau masak. Dah lama aku tak makan masakan kau. Rindu."
"Tak payah nak buat ayat manis. Sejak bila awak makan apa yang saya masak? Boleh kira dengan jari berapa kali je awak jamah masakan saya bila setiap kali saya masakkan untuk awak. Yang lain tu saya sedekah dekat jiran sebelah kita." Tajam Kayla berkata. Dirinya dipeluk dan mata masih menjeling lelaki itu.
Lama Adam tatap wajah Kayla. Reaksi wajah yang tidak pernah Kayla tayang dihadapannya. Masam mencuka saja. Sebelum ini hanya wajah yang dihiasi dengan senyuman saja Kayla tayangkan kepadanya. Sekarang sudah lain.
"Again and again, aku mengaku yang aku salah. Aku minta maaf. Aku tahu aku tak dapat nak undurkan masa but I'm promise I will fix everything. Lagipun, aku ni suami kau. Berdosa tahu bila kau tolak apa yang aku minta? Kita dah lama tak duduk sebumbung. Aku dah tak nak kau tanggung dosa kau hanya disebabkan kau tak jalankan tanggungjawab kau. Aku datang sini duduk dengan kau sebab aku nak elakkan kau dari terus berdosa sebab tinggalkan tanggungjawab kau yang bergelar isteri kepada seorang suami. Aku bukan nak guna kuasa veto tapi aku sekadar nak ingatkan kau. You get it?"
Tersentap Kayla dengan bicara Adam. Benarkah? Adam tinggal datang dengan dia sebab tidak mahu dia terus berdosa?
Ya. Dia tahu dan terlebih sedar yang dia telah lama meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mungkin itu juga salah satu sebab kenapa hatinya sering saja tidak tenang.
Allah! Banyak betul dosanya.
"Fine. Tak perlulah bagi ayat deep sangat. Nak makan apa?"
Adam terus tersenyum girang bila dia menang. Tapi apa dia katakan tadi bukan ugutan. Dia memang nasihatkan Kayla.
"Betul ni? Atau kau terpaksa? Kalau terpaksa tak apa la. Aku pergi bel-"
"Tadi awak sendiri yang nak saya masak. Siap bagi ceramah panjang lebar lagi. Bila saya nak masak, awak cakap saya terpaksa pula. Awak nak saya masak ke tak ni?"
Seperti peluru berpandu, berdas-das Kayla membebel kepala Adam. Panas betul! Tadi bukan main merayu lepas tu bagi ceramah agar dia tunaikan tanggungjawab dengan memasak. Bila hatinya sudah lembut dan terbuka untuk pergi masak, itu pula yang Adam persoalkan.
Adam hampir saja melepaskan ketawa namun ditahan saja bila seraut wajah Kayla yang sangat serius dengan memandangnya.
"Rilex, okey? Aku tanya je. Janganlah membebel cepat macam tu. Takut pula aku. Okey, okey. Kau masak. Kau kan tahu favourite aku. So, apa je yang kau masak aku akan makan. Okey?"
Adam dijeling sebelum pintu biliknya ditutup.
"Janganlah jeling macam tu. Cair hati abang ni, sayang."
Kaki Kayla terhenti di anak tangga yang pertama. Segera Adam dibelakangnya dipandang.
"Mental eh?"
"Aku mental sebab kau. Dah, pergi masak. Suami kau ni lapar."
Segera Kayla berpaling ke depan. Senyuman yang ditahan akhirnya terukir jua. Berbunga sedikit hatinya bila dengar Adam bercakap menggunakan panggilan seperti itu. Jantungnya cepat saja berdetak.
Adam dah gila agaknya.
?????
PENUH selera sekali Adam menikmati masakan yang dihidang oleh Kayla. Kayla hanya jadi pemerhati. Nampak sangat suaminya itu lapar. Sampai tidak ada sedikit suara pun yang keluar. Syok sangat mengisi perut. Timbul rasa bersalah dalam hati bila melihat Adam yang begitu lapar.
"Kau tak makan ke? Dari pagi asyik terperap dalam bilik. Tak lapar?" Tahu dirinya sedang direnung, Adam lantas bersuara.
Kayla sekadar menggeleng. Hari ini perutnya tidak terasa lapar. Mungkin masih tertekan yang Adam akan tinggal disini hingga dia tidak ada masa untuk lapar.
"Betul? Ke kau nak aku suap?" Sempat lagi Adam mengusik.
Namun, cepat saja Kayla menjeling.
"Awak makan je boleh tak? Banyak bunyi pula. Saya makan atau tak itu semua tak penting pun. Selama ni pun awak tak pernah ambil kesah fasal semua tu, kan?"
Kunyahan Adam terhenti. Mati selera bila Kayla membangkitkan perkara yang lepas itu lagi. Dia tersenyum kelat. Memang disetiap perbualan dia bersama Kayla, isterinya itu tidak sah kalau tidak diungkit cerita lama.
"Kayla. Boleh tak kalau setiap topik yang kita bualkan kau tak bangkitkan hal dulu?" Perlahan sekali dia menyoal. Nanti melenting pula gadis itu.
"Kan saya dah cakap. Saya-"
"Aku tahu kau tak boleh lupakan semua tu. Aku tahu. But, for a while kau lupakan semua benda tu. Sekejap saja. Please. Aku nak kita macam dulu. Aku nak kau yang dulu, Kayla."
Kayla melarikan matanya ke arah lain bila mata redup Adam merenung ke dalam anak matanya. Tidak keruan dibuatnya.
"A-awak makan dulu. Habiskan semua yang saya masak ni. Yang tu kita bincang lain kali." Lalu, Kayla segera bangun untuk beredar.
Tangkas Adam menangkap pergelangan Kayla.
"Teman aku makan."
"Tak nak. Saya nak naik atas."
"Kayla Raihana. Aku tak nak memaksa. But please teman aku. Dah la sehari suntuk kau tinggal aku terkebil-kebil dekat bawah seorang diri. Ni, nak tinggalkan aku lagi."
Perlahan Kayla duduk semula ditempatnya. Tangan ditarik dari terus berada dalam genggaman Adam. Perasa riak wajah lelaki itu berubah.
"Saya tak pernah tinggalkan awak. Tapi awak yang buat saya tinggalkan awak."
Melihat mulut Adam bergerak-gerak seperti mahu bercakap, cepat Kayla menyambung semula.
"Makan atau saya tak nak temankan awak." Ugutan diberi.
Adam membatalkan niat mahu menjawab bicara Kayla sebentar tadi. Dia kembali menjamu selera dengan hati yang sedikit terkilan. Susah betul nak lembutkan hati Kayla sekarang. Keras macam batu! Itu yang dikata itu yang dijawab oleh isterinya.
?????
"WHAT?! Aku tidur dekat luar? Ala, Kayla. Tak nak la. Kau macam tak tahu yang aku tak selesa bila tidur dekat luar. Bagi la aku tidur dalam bilik." Tidak puas hati Adam bila Kayla menyuruh dia tidur di luar.
Ini sudah berlainan dari apa yang dia buat pada Kayla. Dulu, dia dan Kayla sebilik tak ada masalah pun. Sekarang Kayla tak nak pula sebilik dengannya.
"No. Awak tidur luar." Kayla tetap dengan pendiriannya buat masa ini.
"Kayla. Kau sayang aku, kan?"
"Siapa cakap?"
"Hari tu. Kau sendiri mengaku kau sayangkan aku. Kenapa aku kena tidur luar pula? Tak nak la."
"Itu dulu. Saya dah cakap, kan? Tak boleh. Tidur luar. Dah, saya nak masuk tidur. Mengantuk."
Kayla pusing membelakangi Adam dan segera ingin melangkah masuk ke dalam bilik. Dalam hati dia terkekek-kekek ketawa terbayang wajah tidak puas hati Adam bila disuruh tidur di luar.
"Kayla. Aku tinggal dekat sini sampai bila-bila. Tak akan la sampai bila-bila juga aku kena tidur luar? Mana boleh." Adam masih tidak berpuas hati.
Bantal dan comforter yang disediakan Kayla dipandang tanpa riak. Ini tidak adil.
"Tidur je la sampai bila-bila pun." Sambil melangkah ke bilik, Kayla sempat membalas.
Namun belum sempat dia menutup kembali daun pintu, dia dihalang oleh tangan Adam. Tajam lelaki itu memandang dia. Kayla kemam bibir. Apa pula kali ni?
"Ad- argh!"
Dalam sekelip mata, dia dan Adam sudah berada di dalam bilik dan lelaki itu sudah pun mengunci pintu tersebut. Dengan sekali tolakan saja berjaya buat Kayla terdorong masuk ke dalam. Kayla mula cuak.
"Adam!"
Adam menutup telinga. Bingit bila Kayla menjerit seperti itu. Boleh tahan kuat suara isterinya itu.
"Shhh. Apa jerit-jerit macam tu?"
"Awak keluar lah."
"Why? Sebelum ni memang kita share bilik. Sekarang apa masalahnya?" Soal Adam hairan.
"Masalahnya, ni bilik saya."
"Bilik kau bilik aku juga. Kenapa? Kau takut aku buat apa-apa dekat kau?"
Adam melangkah ke depan mendekatkan jarak ke arah Kayla. Gadis itu apa lagi, terus menggelabah undur ke belakang. Siap dengan gaya tahan dia dari terus maju ke depan dengan tangan lagi. Hati Adam tercuit lucu. Takut sangat.
"Ke-keluar lah Adam. Tak nak la main macam ni." Suara Kayla mula berubah sedikit merengek kerana ketakutan. Seriau darahnya bila tengok wajah nakal lelaki itu.
Adam gelak kecil.
"Kau buat suara macam tu lagi buat aku nak dekat dengan kau." Makin Adam mara ke depan. Terhibur melihat Kayla yang cuak itu.
Kayla terkandas. Langkahnya tidak dapat diundur lagi kerana dia sudah pun dihalang oleh wardrobe. Dalam hatinya tidak sudah-sudah menyumpah diri sendiri kerana tidak cepat-cepat masuk ke dalam bilik tadi. Kalau tidak, tak akan jadi macam ni.
Melihat Kayla begitu makin mendorong Adam untuk terus mengusik. Kayla dikepung menggunakan tangan kiri dan kanannya. Kini, wajah dia dan Kayla saling menghadap. Mahu menguji Kayla, Adam sengaja semakin mendekatkan wajah kearah wajah Kayla. Seperti penyu, Kayla mula merendahkan sedikit kepala.
Sekali lagi Adam ketawa kecil. Mata tetap pandang wajah Kayla yang takut-takut.
"Ad- Adam."
"Ya?"
"To-tolong."
"Tolong apa tu?"
"To-to-" Kayla mendengus kuat. Kenapa gagap pula!
"Tolong keluar." Dengan penuh kekuatan, akhirnya dapat jua dia bercakap.
"Hmm." Adam buat gaya tengah berfikir. Kemudian, wajahnya didekatkan lagi. "Kalau aku tak nak?"
"Adam, please. Saya nangis nanti." Tidak tahu dari mana Kayla dapat jawapan seperti. Tapi dia memang mahu menangis sekarang.
Kenapa Adam layan dia begini?
Umi!
Kali ini Adam terus tergelak besar. Jarak dijauhkan dari Kayla. Pecah perutnya kerana ketawa disebabkan jawapan Kayla.
"Kau ni, tadi bukan main garang. Tapi bila aku usik macam tu terus nak menangis." Ketawa dimatikan.
Tangan mula naik mengusap kepala Kayla. Kesian pula bila diusik begitu.
"Dah la. Aku main-main je la. Kalau aku nak buat apa-apa dekat kau, dah lama aku buat. Now, just izinkan aku tidur dalam bilik. Esok aku kena pergi kerja dah. So, aku perlukan keselesaan untuk tidur. Bukannya kita tak pernah sekatil. Dulu, elok-elok je kau peluk aku time tidur." Tanpa menghiraukan Kayla, Adam terus memanjat katil dan direbahkan badan dengan selesa.
Kayla yang diusik tadi masih lagi diam terkaku. Hanya bernafas saja dia masih mampu setakat ini.
Share this novel