Peluang Untuk Bahagia 46

Romance Completed 31764

"ENCIK ADAM boleh masuk sekarang." Adam tersenyum kecil sebaik saja namanya diseru oleh seorang jururawat yang bertugas. Dia bangun dari kerusi menunggu dan terus melangkah ke arah bilik yang perlu dimasuki.

Sebelum masuk, pintu itu diketuk terlebih dahulu.

"Masuk."

Kemudian, Adam terus masuk ke dalam bersama senyuman dihadiahkan kepada seorang doktor yang berada di dalam.

Doktor Zaharil.

Doktor Zaharil merupakan kawan lama Babanya dan telah bertahun-tahun merawat dirinya. Selepas dia dapat tahu penyakitnya yang disebabkan kes kemalangan ketika usia remajanya, Doktor Zaharil lah yang sering merawat dan memberi kata semangat kepadanya. Tetapi Babanya langsung tidak tahu.

"Oh, Adam. Duduk, duduk. Kenapa datang tak bagitahu?" Lekas Doktor Zaharil bangun berdiri bersalam dengan Adam.

Adam tidak membalas, sebaliknya selepas bersalam dia terus duduk dikerusi.

"So, Adam dah lama tak datang jumpa uncle. Appointment memang langsung Adam tak datang. Adam datang ni mesti sebab ada rasa something yang tak kena, kan?" Duga Doktor Zaharil dan rasa ingin tahu.

Sudah lama dia tidak nampak Adam bertandang ke kliniknya. Di dalam kad appointment Adam, tersusun banyak tarikh-tarikh yang perlu lelaki itu datang berjumpa dengannya. Namun, sekali pun Adam tidak datang. Sudah dia hubungi supaya Adam datang ke sini. Tetap juga lelaki itu berdegil.

Adam tersenyum hambar. Tekaan Doktor Zaharil tempat mengena batang hidungnya.

"Uncle dah agak dah. Itulah, uncle call Adam, paksa Adam datang pada hari appointment tapi Adam tetap tak nak datang. Degil. Kali ni Adam rasa apa?"

Sebelum menjawab, Adam melepaskan keluhan.

"Ad- Adam tak tahu lah, Uncle. Lately ni kepala Adam kerap sangat sakit. Sakit bukan macam biasa. Sakit yang tak pernah Adam rasa. Lepas Adan makan ubat pun still rasa sakit. Maybe sebab Adam stress kerja or something else. But, Adam datang sini sebab nak make sure yang Adam tak ada apa-apa."

Doktor Zaharil geleng kepala. Salah satu buku kecil tersusun di atas mejanya diambil kemudian dibelek-belek.

"Dam, Adam tahu tak dah sembilan kali Adam tak datang appointment? Memang patut Adam datang hari ni. Tapi itulah, bila rasa sakit sangat baru nak datang. Masalah lah Adam ni. Dalam sembilan appointment tu macam-macam Adam boleh tahu tentang penyakit Adam ni. Adam tak takut makin melarat ke?" Bukan mengugut tetapi sekadar mengingatkan. Dia sendiri risau dengan kesihatan Adam.

"Adam tahu. Lepas Adam kahwin memang Adam tak datang lagi appointment dengan Uncle."

"Wife Adam tahu tak fasal ni?"

Adam menggelengkan kepala.

"Parents? Baba Adam pun tak tahu?"

Juga menggeleng.

Doktor Zaharil mengeluh.

"Kenapa Adam tak bagitahu dia orang?"

"Adam tak nak dia orang risau."

"Adam dengar apa yang Uncle nak cakap. Almost six year Adam hadap penyakit ni seorang diri. Macam mana Adam boleh tahan? Enam tahun tu tak terkira dengan masa selepas Adam accident motor."

"Tapi masa tu doktor yang rawat Adam dah cakap Adam tak ada apa-apa. Dua tahun lepas tu baru dapat kesan. Itu pun Adam dapat tahu daripada Uncle."

Dia tahu dia salah. Enam tahun tanggung beban penyakit seorang diri tanpa memberitahu sedikit pun kepada ahli keluarganya. Yang keluarga dia tahu dia hanya terlibat dalam kemalangan semasa zaman sia sekolah menengah dulu. Tak silap ketika itu dia sudah berusia 16 tahun. 2 minggu dia koma tetapi bila sedar dia bersyukur kerana tiada apa terjadi padanya. Kemalangan itu telah menyebabkan kepala terhantuk kuat pada pembahagian jalan. Selepas dua tahun, dia kerap sakit kepala. Dan pada masa itu juga dia datang ke klinik Doktor Zaharil. Dari situ dia baru dapat tahu, ada darah beku pada bahagian kepalanya. Kesan dari hantukkan tersebut.

"Nak Uncle tell your father?"

"Jangan." Laju Adam mencelah. "Jangan. Ta-tak apa, Uncle. Adam boleh bagitahu bila Adam dah bersedia."

"Bila? Nak tunggu teruk dulu? Adam tahu tak bila melibatkan kepala itu adalah penyakit bahaya? Adam tahu itu, kan?"

"Tahu."

"Then, let me tell your father if you're not ready yet. It's okey, i'll handle it. Okey? Uncle just worry about you, son. You have your own family. Can you imagine bila your wife dapat tahu keadaan Adam yang dah teruk? Cuba bayangkan perasaan dia masa tu. Uncle bukan nak provok but i want you to think about that. Penyakit bukan boleh dibawa main, Adam. Ready or not, Adam kena bagitahu."

Kepala diurut perlahan. Sukar untuk Adam heboh tentang penyakitnya kini. Tambahan pula pada Baba dan Umi. Dia adalah harapan keluarga selain dari Akid, adiknya. Hanya dia dan Akid anak di dalam keluarga itu. Dia juga tidak mahu mengecewakan Baba dan Umi. Dan, dia tidak mahu Kayla turut kecewa bila dapat tahu tentang penyakitnya. Mungkin juga kemarahan gadis itu akan semakin bertambah bila dapat tahu yang dia sorok perkara ini sudah lama.

"I will, Uncle. But not now."

Adam dipandang Doktor Zaharil. Keras kepala macam Encik Amir.

"Okey, terpulang. Tapi please think kepada orang yang Adam sayang. Dia orang akan kecewa bila dapat tahu semua ni." Dia bangun berdiri.

"Jom. Ikut Uncle check your head."

Berdebar-debar jantung Adam dibuatnya. Untuk sekian lama akhirnya dia akan buat pemeriksaan semula. Berdebar kerana takut akan keputusan iti sebentar lagi. Kenapa kepalanya kerap sakit kebelakangan ini?

?????

BERITA yang baru didengari cukup membimbangkan. Sudah berapa hari dia tidak senang duduk bila setiap saat berita itu bermain difikiran. Kepalanya asyik terfikir tentang Kayla dan keselamatan Kayla saja di sana. Hati tua mana tidak risau bila dapat keselamatan anaknya terancam?

Apa yang Adam sampaikan padanya beberapa hari lepas benar mengejutkan dirinya. Terkejut bila Adam memberitahu yang penyakit Haris datang menyerang semula. Itu dia tidak kesah sangat. Tetapi yang dia kesah adalah keselamatan Kayla di sana.

"Awak kenapa, Na? Gelisah semacam saya tengok." Encik Amir mula menegur.

"Abang. Adam ada bagitahu awak sesuatu tak?"

"Bagitahu apa?"

"Haris. Anak saudara Abang tu."

Surat khabar yang dibaca dijauhkan dari pandangan. Kini, wajah isterinya pula dipandang. Dahi berkerut hairan.

"Haris? Kenapa? Awak jangan cakap Adam tak habis-habis cari fasal dengan anak saudara saya tu." Dia kenal sangat sikap Adam itu. Pantang bersua muka dengan Haris. Ada saja benda yang nak digaduhkan.

Soalan Encik Amir mengeluhkan Puan Zarina. Hanya itu yang difikirkan.

"Bukan."

"Habis tu?"

"Abang tahu tak yang Haris kerap pergi Terengganu sekarang? Semata-mata nak jumpa dengan Kayla. Dia dah tahu Kayla tinggal dekat sana, Abang. Adam dah cerita dekat saya."

Jawapan Puan Zarina begitu membuat Encik Amir tercengang. Perkara selama ini yang dia terlintas memang terjadi? Rupanya Haris memang tahu masalah yang melanda dalam rumah tangga Adam dan Kayla.

"Betul ke?"

"Abang. Tak akan la Adam nak tipu kita. Adam cakap Haris dengan Kayla tu pernah bercinta sebelum Kayla kahwin dengan Adam. Ya Allah! Kenapa Kayla tak pernah bagitahu kita fasal ni? Patutlah kita tengok Kayla dengan Haris lain macam je dulu. Rupanya- heih!"

Encik Amir bersandar lemah. Memang dia sedar Haris dan Kayla rapat semacam sebelum Kayla berkahwin dengan Adam. Namun, tidak pula dia terfikir sampai kedua-duanya itu bercinta.

Lama Puan Zarina dan Encik Amir membisu. Masing-masing terfikir dengan apa yang baru mereka dapat tahu.

"Adam cakap, Haris nak kan Kayla semula lepas Haris tahu apa yang dah jadi."

"Apa?!"

Kalau Encik Amir ada serangan jantung, mungkin sekarang ini dia sudah jatuh tergolek ke lantai kerana terkejut. Berita apa ini? Sangat dia tidak suka!

"Dan, Adam ada cakap yang penyakit Haris yang dulu datang balik. Haris dah lama tinggalkan ubat dan treatment yang sepatutnya dia ambil. Minggu lepas, Adam pergi Terengganu sebab nak tengok keadaan Kayla dekat sana. Kalau Abang nak tahu, Haris hampir naikkan tangan pada Kayla sebab Kayla tak nak ikut dia. Nasib Adam sempat sampai dekat situ. Nasib baik ada Adam. Itu sebab saya gelisah semacam, Abang. Saya risau keselamatan Kayla dekat sana. Tambah pula Haris kerap ke sana sebab Kayla. Haris tu kalau datang amuk dia bukan boleh dikawal. Saya risaulah."

Encik Amir mula mengeluh lemah. Lagi berita yang dia tidak suka dengar. Kalau penyakit Haris datang semula, memang sukar untuk dikawal. Lagipula, Kayla tidak tahu apa-apa langsung tentang penyakit Haris sebelum ini. Lagi membimbangkan.

"Macam mana ni, abang?" Puan Zarina mula menyoal gelisah. Luruh hatinya bila memikirkan keselamatan Kayla.

Haris memang lelaki yang baik. Tapi sangat sayang bila ada penyakit yang boleh membahayakan orang sekeliling dan diri sendiri.

"Saya pun tak tahu. Ingatkan Haris dah berubah, dah sembuh dari penyakit tu."

"Macam mana nak sembuh? Hawa sendiri cakap yang penyakit Haris tu sukar untuk disembuhkan. Nak-nak pula bila emosi dia tak terkawal. Ish! Saya risau lah. Kayla tu dah la tak tahu apa-apa fasal Haris tu."

"Adam dekat mana sekarang?"

"Rumah dia la kut. Tak akan dia nak ulang alik ke Terengganu selalu. Dia kan busy."

Hanya ada satu cara saja yang dapat Encik Amir fikir sekarang.

Adam.

Hanya Adam yang dapat selesaikan semua ini. Bila berdepan dengan Haris, Adam seorang saja yang mampu memberi ketenangan kepada Haris walaupun buka seratus peratus. Tetapi Haris akan tenang bila berdepan dengan Adam.

"Dia je boleh tolong kita. Haris akan kalah dengan Adam. Dia akan mengalah."

"Tapi, abang. Haris kali ni lain macam Adam cakap. Dia macam obsess sangat nak kan Kayla tu. Haris juga ada suruh Adam cepat-cepat lepaskan Kayla. Saya takut dia buat Kayla macam mana dia pernah buat dekat arwah kekasih dia dulu."

Isterinya dipandang.

"Tak. Haris bukan macam tu. Dulu sebab dia tak sengaja."

"Tapi kalau Haris tak dapat kawal emosi dia, pisang akan berbuah dua kali. Dan saya tak nak itu terjadi sama ada pada Kayla ataupun Adam."

Terus terdiam Encik Amir bila isterinya menjawab begitu.

?????

ENCIK AMIR dipandang tidak percaya. Otak juga cuba memproses semula apa yang baru dia dengar sebentar tadi. Masih terngiang-ngiang lagi ayat yang dituturkan Babanya itu.

"Ad- Adam pindah ke Terengganu? Baba suruh Adam handle company dekat sana?" Dia menyoal mahukan kepastian.

Encik Amir mengangguk. Dia sudah fikir masak-masak. Hanya dengan ini dapat dia selamatkan Kayla dari Haris. Memang pada awalnya perkara ini nampak seperti biasa. Tapi bila difikir semula, Haris seorang yang tidak berputus asa. Mungkin anak saudaranya itu akan terus mendekati Kayla. Kalau emosi Haris stabil, itu dia tidak kesah. Dibuatkan emosi tidak stabil, apa akan jadi pada Kayla nanti?

"Tapi kenapa, Baba? Tiba-tiba je." Polos Adam menyoal lagi tanpa dapat tangkap sikit pun tujuan Babanya.

"Umi dah bagitahu Baba fasal Haris."

Adam kaku. Baru dia dapat faham.

"Ini untuk keselamatan Kayla. Adam nak Kayla selamat, kan? Baba tak kesah kalau Haris tu orang waras macam biasa. Tapi, Haris tu dia tak dapat nak kawal emosi dia sendiri. Itu yang buat Baba risau. Adam kena tolong Kayla. Dia tak tahu apa-apa fasal penyakit Haris tu. So, Baba dah fikir masak-masak yang Baba akan transfer Adam ke sana. Titik." Serius saja wajah Encik Amir memberi penjelasan.

"Macam mana Adam nak tolong Kayla kalau bila Adam nak dekat dengan dia, dia terus jauhkan diri dari Adam?"

"Adam cakap nak tebus kesalahan Adam pada dia. Ini adalah masa yang sesuai untuk Adam tebus kesalahan tu. Protect her. Buat apa yang Adam pernah buat sebelum ni. Tunjukkan pada dia yang Adam betul-betul dah berubah. Yakinkan dia. Adam sepatutnya ambil peluang ni untuk rapat semula dengan Kayla. Ambil semula hati dia. Baba dah beri Adam peluang. Guna peluang ni dengan baik, nak."

Memang dia mahu Adam berpindah ke sana untuk lindungi Kayla. Namun, dalam masa yang sama dapat juga dia membantu Adam untuk memujuk Kayla semula. Dia tidak berharap. Tetapi selagi boleh usaha, dia akan usaha tolong anak sendiri. Dia sayangkan kedua-duanya. Seperti yang pernah dia katakan. Kalau Adam dan Kayla berpisah, hubungan dia dan Kayla juga mungkin akan renggang.

Kata-kata Encik Amir mula buat Adam terfikir sesuatu. Segaris senyuman kecil timbul dibibirnya. Benar kata Babanya itu. Itu adalah peluang untuk dia dapatkan hati Kayla semula. Yakinkan Kayla yang dia dah berubah dan menyesal. Apa yang penting, yakinkan Kayla yang dia sayangkan isterinya itu.

"How?"

"Adam setuju."

?????

"KEJAP!" Jerit Kayla agak kuat dari arah dapur. Ketukan pada pintu rumah menganggu kerjanya di dapur. Kayla mendengus seraya berjalan ke pintu rumah.

Dahi berkerut hairan. Rumah yang dia duduki ini ada pagar. Bagaimana pula orang boleh masuk dalam mengetuk pintu rumah?

"Siapa?"

"Postman."

Makin hairan.

"Postman? Pelik la. Biasanya postman main letak je. Tak ada pun sampai depan pintu rumah." Dia mengomel sendiri.

Walaupun hairan, tangan perlahan memulas tombol pintu. Daun pintu ditarik sedikit. Nasib baik dia sempat capai tudung yang memang sengaja disediakan di ruang tamu. Mudah jika ada kecemasan. Tak perlu berlari naik ke atas.

Daun pintu dibuka semakin luas bila satu kelibat pun dia tidak nampak. Rasa seram mula dapat dia rasakan.

"Hai."

Kayla terkaku. Hanya mata terkebil-kebil memandang lelaki dihadapannya.

"Adam?"

Pagar yang sedikit terbuka dipandang. Kemudian, Adam dipandang bengang walaupun lelaki itu sedang tersenyum manis.

"Macam mana awak masuk? Awak buka pagar saya ya?" Seingatnya, dia sudah kunci pagar itu selepas pulang dari kedai.

"Kau yang tak kunci pagar tu, Kayla. Bahaya tahu tak? Aku pun terus la masuk. Risaukan kau."

Terus tercebik Kayla.

Risau konon.

"Tak nak bagi aku masuk ke?"

Wajah Kayla berubah. Sebelum ini, datang tak pernah pun minta nak masuk dalam rumah. Kenapa pula hari ini tiba-tiba Adam nak masuk dalam rumah?

"Nak buat apa masuk dalam rumah saya? Awak pergi balik la."

Daun pintu dibelakangnya ditutup sedikit dan dia berada di ruang yang terbuka. Menghalang laluan dari Adam masuk ke dalam.

"Kenapa aku nak kena balik? Isteri aku ada dekat sini. So, dekat mana isteri aku ada disitu juga aku ada. Sweet kan aku?" Sempat Adam mengusik bersama kenyitan dimatanya.

Hati Kayla tercuit bila Adam kenyit mata begitu. Rasa seperti mahu tergelak namun ditahan. Wajah serius yang ditayang sengaja. Sejak bila pula Adam berubah jadi ramah begitu bila dengan dia? Kalau tidak, sebelum ini asyik dingin saja.

"Awak sakit mata eh? Terkenyit-kenyit macam tu. Pergi klinik la, check. Tak pun awak ada masalah otak. Tiba-tiba pula tunjuk ramah mesra macam ni. Sebelum ni bukan awak layan saya kasar ke?"

Hilang mood mahu mengusik. Wajah Adam berubah muram bila itu yang Kayla katakan kepada dirinya. Pilu rasa dihati.

Ya. Aku sakit Kayla. Sakit bila kau layan aku macam ni. Tapi demi buat kau terpujuk, aku sanggup tahan.

"Please, jangan sebut fasal tu lagi. Aku tak suka."

"Kenapa? Benda tu la yang asyik saya terkenang-kenang. Kenangan yang paling manis bagi saya." Sengaja Kayla mengejek.

Dia juga tidak suka bila bangkitkan perkata itu. Tetapi, dia mahu sakitkan hati Adam seperti mana Adam sakitkan hatinya.

"Kayla, please. Ya, aku tahu kesilapan aku sangat besar pada kau. Tapi kau tak perlu nak ungkit semua tu. Aku tahu. Setiap kali kau sebut fasal tu, kau juga sakit. So, jangan pernah sakitkan hati kau lagi. Cukuplah aku yang pernah sakitkan hati kau. Boleh?" Lembut sekali Adam berbicara.

Kayla sudah gelisah. Suara dan pandangan lembut dari Adam kepadanya buat hatinya turut berlembut. Lemah semangat bila dia bertatapan dengan pandangan lembut lelaki itu.

Tak boleh!

Kena kuatkan semangat!

"Ehem! Baik awak balik sekarang. Nanti tak elok jiran nampak. Saya ni tinggal sendiri je dekat sini. Apa pula kata orang."

Alasan paling bernas.

Wajah muram Adam mula bertukar sedikit nakal. Lelaki itu senyum herot. Adam mendekatkan jaraknya pada tubuh Kayla. Tangan diletak pada bahagian kanan ambang pintu. Sengaja, wajah didekatkan dengan wajah Kayla membuatkan gadis itu membisu.

"Biarlah dia orang nak kata apa. Kita dah kahwin. Surat nikah pun ada, kan? Itu semua dah cukup membuktikan kita tak buat kesalahan apa-apa pun."

Jarak yang semakin dekat memaksa Kayla ke belakang dan menyebab daun pintu turut terbuka. Dada usah dibilang. Memang berdebar hebat bila Adam mula buat begitu. Pertama kali dalam hidup dia bersama Adam, lelaki itu buat begitu. Bercakap lembut dari biasa hingga dia tidak mampu melawan.

Adam tersenyum kemenangan. Dengan peluang yang ada, terus diri dia diboloskan ke dalam rumah dengan rasa senang hati.

Kayal terlopong. Adam permainkan dia rupanya!

"Adam! Keluar lah." Tegas arahan diberi. Namun Adam tetap selamba.

Kaki lelaki itu mula melangkah ke ruangan TV. Pintu dibiarkan terbuka dan Kayla mendekati Adam dengan rasa sebal. Main redah masuk saja!

"Adam. Saya cakap keluar, kan?"

Isterinya dipandang bersama senyuman menjengkelkan.

"Start from today, aku akan tinggal dekat sini dengan kau. Aku dah diarahkan Baba untuk handle company kita dekat sini. So, that'ts why i'm here. Suka tak?"

"What?!" Kuat suara Kayla kerana terkejut. Adam dipandang dengan kerutan di dahi.

Lelaki itu bergurau atau menipu dia? Eh! Sama saja la tu.

Adam menipu atau tak?!

"Awak tipu, kan?"

"Emm, nope. Kenapa aku nak tipu? Baba yang arahkan."

Sebelah tangan bercekak pinggang, sebelah tangan lagi memegang kepala. Pusing Kayla dengan keadaan sekarang. Tiba-tiba pula Encik Amir suruh Adam pindah ke sini, kenapa?!

Adam dipandang menyampah.

"Tapi tak semestinya awak boleh tinggal dekat sini dengan saya. Awak boleh je cari rumah lain. So, pergi la cari rumah sendiri. Don't need to stay with me here."

Dia dan Adam tinggal satu rumah? Sudah lah rumah ini hanya ada 3 bilik. Satu bilik dia, satu bilik kerjanya dan satu lagi bilik untuk letak barang-barangnya yang lain. Habis, kalau Adam tinggal di sini tak akan la nak sebilik dengan lelaki itu. Tak nak!

"Untuk apa aku cari rumah lain? Rumah isteri aku kan ada." Adam bermain tarik tali. Semakin dia suka melihat wajah marah Kayla.

"Adam, awak sedar tak awak tengah buat apa ni?"

"Sedar. Stay together with my wife selepas beberapa bulan berpisah." Selamba lelaki itu membalas.

"No. Awak nak tinggal dalam satu rumah dengan perempuan yang hampir bunuh kekasih hati awak, Adam. Awak sedar tak semua tu?" Demi tidak mahu membiarkan Adam tinggal di sini, lebih baik dia katakan apa saja yang dapat lemahkan semangat lelaki itu.

Adam mengeluh.

"Kayla, dah la tu."

"Tak. Saya tak akan pernah berhenti sebut semua benda tu. Sebab saya nak awak rasa betapa sakitnya hati saya dengan sikap awak tu."

Suasana mula tegang apabila Kayla bersuara dingin.

"Itu sebab aku datang sini. Aku yang buat hati kau sakit, so now biar aku yang rawat kau." Sayu Adam berkata. Redup mata memandang Kayla.

"No need. Hanya dengan awak pergi dari hidup saya je boleh rawat hati saya ni."

"But i won't. I will stay by your side. Forever."

Buntu.

Dia buat apa pun tetap Adam tidak berganjak dari semangat untuk memujuknya.

"Adam, please."

"Aku pernah cakap dekat kau yang aku sanggup tak dapat kemaafan dari kau sebab aku tak akan jauh dari kau. I will stay by your side not matter what. Remember that."

Kayla hilang kata-kata. Sudah hilang idea mahu melemahkan semangat Adam. Adam seakan semakin bersemangat saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience