MATA dikerdipkan beberapa kali bagi menghilangkan kabur pada pandangannya. Sedang dia membelek fail, boleh pula tiba-tiba pandangan dia bertukar. Nampak semua yang ada didepan dia menjadi dua objek biarpun sebenarnya itu hanya satu objek. Sesekali kepala juga digelengkan.
Pen dijatuhkan dan tangan beralih menompang dahi dengan mata terpejam. Mahu rehatkan mata sekejap. Mungkin kerana terlalu lama dia menghadap kerja-kerja yang bertimbun. Ditambah pula dengan cawang company yang baru dibuka di Terengganu ini. Lagi banyak kerja yang perlu dia titipberatkan.
Butang interkom ditekan.
"Yes boss?" Suara Rin menyapa.
Mengapa Rin?
Rin juga ditukarkan ke sini bersamanya. Susah nak cari pekerja seperti Rin. Lagipula, Rin juga berasal dari sini. Bukan main suka lagi secretary dia itu bila dimaklumkan akan ditukarkan bekerja di Terengganu ini.
"Meeting start pukul berapa?"
"Pukul 11. Kenapa bos?"
Jam ditangan dipandang. Sekarang dah masuk jam 10:15 pagi. Sekejap saja masa berlalu. Dia rasa baru saja dia masuk ke pejabat.
"Saya rasa saya nak rehatkan mata kejap. Nanti awak kejutkan saya, ya?" Pandangan yang berpinar buat dia tidak selesa untuk terus bekerja.
"Baiklah."
"Okey, thanks."
"Alright boss."
Fail-fail yang terbuka dibiarkan. Tak larat dia nak kemas. Lalu, kepala dijatuhkan diatas fail itu dengan beralaskan lengannya. Mata dipejamkan. Tika itu, dia dapat rasakan dunia seperti berputar dengan laju sekali. Tetapi ditahan sahaja sehingga dia terlelap.
Rin pandang Adam melalui dinding kaca bila angka jam sudah berganjak ke 10:40 pagi. Ada 20 minit lagi sebelum mesyuarat bermula.
"Ish! Kesian pula aku nak kejut. Dahlah Encik Adam tu nampak sangat penat." Berbelah bahagi pula dia mahu kejutkan.
Dia akui, bekerja sebagai secretary Adam tidak penat. Tetapi mata dia penat melihat majikannya itu bekerja keras. Dulu, semasa di KL tidaklah sepenat itu. Wajah Adam juga kelihatan agak lesu kebelakangan ini.
Fikir punya fikir, akhir sekali Rin mengalah kerana hanya tinggal 10 minit saja lagi. Dia bangun dari tempat duduknya dan masuk ke dalam bilik Adam.
Kepala digelengkan.
"Bos?" Perlahan dia memanggil. Terkejut nanti majikannya, susah.
Tiada sahutan.
Meja diketuk.
"Bos?"
Lega. Lega bila nampak pergerakan kepala Adam. Hampir saja dia fikir lelaki itu pengsan.
Adam membuka matanya perlahan. Namun belum dibuka luas, dia pejam kembali. Kepalanya rasa hanyut. Dipejam celik mata berkali-kali sebelum perlahan-lahan kepala diangkat. Rin dipandang.
"Meeting dah nak start ke?"
"Yes boss. Bos okey tak? Saya nampak macam pucat je. Kalau nak cancel meeting saya boleh inform dekat yang lain." Rin mula risau. Dia sebagai secretary perlulah prihatin terhadap majikan. Apa-apa jadi, dia juga susah.
Adam geleng perlahan.
"No, it's okey. I'm fine. Pening sikit je."
"Betul ni?"
"Ya."
"Okey. Kalau macam tu saya keluar pergi bilik meeting dulu lah."
Adam mengangguk seraya berdiri. Kepalanya dipegang. Rasa seperti berdiri atas kapal saja. Sudahlah begitu, sakit mencengkam kepalanya pula.
Rin tidak berpuas hati. Mahu keadaan Adam baik-baik saja, sengaja dia perlahankan langkah menuju ke pintu untuk keluar. Tinggal selangkah saja lagi untuk dia keluar, namun dia segera berhenti bila terdengar sesuatu. Dia berpaling.
"Bos!"
Adam yang sudah terbaring di atas lantai itu kelam kabut dihampiri.
"Ala, bos! Kenapa ni? Itulah, saya dah cakap bos tak sihat. Tapi degil juga. Kan dah jadi macam ni. Aduh! Macam mana ni?" Dia tidak suka dalam situasi macam ni. Mulalah gelabah tak tentu fasal. Fikir itu tak kena, ini tak kena.
Habis fikir, Rin keluar untuk minta bantuan. Dia akan menghubungi Kayla sebentar lagi.
15 minit, Kayla tiba dipejabat dalam keadaan tergesa-gesa. Dia berlari anak masuk ke dalam pejabat dengan hati yang tidak senang. Gelisah bila Rin menghubungi dia mengatakan Adam pengsan. Tanpa buang masa, dia meninggalkan kerjanya dan segera datang ke sini.
"Puan Kayla."
Dia disapa Rin.
"Mana Adam?" Cemas dia bertanya.
"Bos ada dalam bilik. Saya dah rehatkan dia atas sofa."
"Dia dah sedar?"
"Baru je sedar."
"Okey. Terima kasih."
Pintu bilik Adam ditolak kuat. Nafas dihela berat saat mata disapa sekujur tubuh yang terbaring. Tiba-tiba rasa mahu menangis bila keadaan lelaki itu begitu.
Adam dihampiri dan dia melutut ditepi sofa.
"Awak?"
Laju Adam membuka mata bila suara yang amat dikenali menyapa pendengarannya. Jelas wajahnya terkejut melihat Kayla berada disebelah.
"Kayla. What are you doing here?"
"Awak tanya kenapa? Rin call saya cakap awak pengsan. Saya terus datang sini. Risau tahu tak?"
Melihat seraut wajah yang seakan gelisah itu buat dia tersenyum nipis. Pipi Kayla diusap.
"I'm fine. Penat sikit je. Janganlah risau sangat."
"Macam mana saya tak risau? Tengok ni, muka awak pucat sangat. Jom, saya bawa pergi klinik."
"No need. I just need a rest. Rehat kejap nanti okey la. Dah alang Kayla ada dekat sini, nak minta tolong boleh?"
Polos isterinya itu mengangguk. Dengan sedikit tenaga, Adam bangun dari baringan. Tempat di mana kepalanya berlabuh tadi ditepuk perlahan.
Kayla kerut dahi tidak faham.
"Duduk sini. Jadi bantal saya. Lepas tu tolong picit kepala. Boleh?"
Tanpa bantahan, Kayla ikut arahan. Dia sudah mula berdebar. Alhamdulillah, hubungan dia dengan Adam makin pulih. Dia sudah dapat maafkan lelaki itu, tetapi belum zahirkan lagi kata maafkan itu. Biarlah dulu. Lagipula, dia suka tengok kesungguhan lelaki itu tidak putus asa mahu memujuknya.
Segera Adam melabuhkan kepala ke pangkuan Kayla. Kedudukan diselesakan. Lagi selesa bila jari jemari Kayla mula bergerak-gerak memicit kepalanya. Dia tersenyum senang.
Lega.
"Nak letak minyak angin tak?"
Adam sekadar menggeleng. Seperti ini pun sudah lega.
Ralit Kayla memicit kepala lelaki itu. Tertanya-tanya sendiri sebab kenapa lelaki itu nampak tidak sihat. Bukan baru hari ini dia nampak. Dah sebulan Adam tinggal satu rumah dengan dia, sebulan juga dia nampak lelaki itu tidak sihat. Bila ditanya, Adam akan jawab "tak ada apa" ,"i'm fine", "jangan risau". Itu yang asyik dijawab.
Hati isteri mana yang boleh tenang bila tengok wajah suami yang sering pucat?
"Awak."
"Hmm?" Sahut Adam dalam mata terpejam. Hilang sikit sakit kepala bila Kayla picitkan.
"Awak tak sihat, kan? Cuba bagitahu kenapa. Saya risaulah. Nak dekat sebulan awak macam ni. Awak ada sorok apa-apa ke?" Lirih suara Kayla menyoal. Berharap sangat Adam bercerita sesuatu. Dia ingin tahu.
Adam buka mata. Kayla yang sedang merenungnya bersama pandangan redup itu dipandang. Tangan mencuit sedikit pipi isterinya.
"Risau eh?"
"Janganlah tanya. Kan saya dah cakap tadi saya risaukan awak." Bengang pula Kayla rasa. Dah terang-terang dia cakap tadi, lagi ditanya pula.
"Oh. Bukan sebab sayangkan Adam?"
Tergamam.
Kayla alih pandangan. Elak bertentangan dengan mata Adam. Tipulah. Siapa kata dia tak sayangkan Adam? Rasa sayang tu tak pernah hilang biarpun keras dia berusaha untuk membenci. Makin dibenci makin sayang pula.
Adam yang sudah tersengih itu dipandang semula.
"Soalan tak ada kaitan langsung."
Lelaki itu terus tergelak kecil. Lemah sekali cara lelaki itu gelak begitu meruntum hati Kayla.
"Tak ada kaitan? Berkait rapat la tu. Biasanya kalau kita risaukan seseorang, mesti kita sayangkan dia. Macam Adam risaukan Kayla. Ada risau sebab sayang."
Geram Kayka mahu menekup wajah Adam dengan bantal kecil yang sedang dipeluk lelaki itu. Mata tu tak boleh ke kalau jangan renung dia lain macam? Segan!
"Iyala tu." Tak mahu kalah, Kayla mencebik.
Oh! Sebelum terlupa. Ada benda baru yang begitu menyenangkan dia. Panggilan. Adam tidak lagi menggunakan panggilan aku dan kau. Panggilan itu sudah digantikan dengan panggilan nama pula. Setiap kali lelaki itu bercakap, cair dia dibuatnya.
Itu adalah perkara yang langsung dia tidak jangka. Adam memang berlembut habis dengan dia. Tiada percakapan yang kasar yang boleh menyakitkan hati dia lagi.
"Tak percaya yang Adam sayangkan Kayla?"
Soalan itu, Kayla buat tidak tahu. Disambung kerja memicit kepala lelaki itu.
Tangan Kayla yang sedang memicit kepala dipegang dan dibawa ke atas dadanya. Tepat mata merenung ke dalam anak mata Kayla. Adam tahu, isterinya itu cuba melarikan pandangan. Sekejap pandang lain, sekejap pandang dia.
"Masih tak percaya yang Adam sayangkan Kayla?" Sekali lagi dia bertanya.
Perlahan Kayla menggeleng.
Adam mengeluh.
"Why?"
"Entah."
Jawapan Kayla menggariskan senyuman lebar dari Adam. Kayla hairan.
"Kenapa senyum?"
"Sebab, sebenarnya Kayla percaya tapi sengaja tak nak mengaku kan?" Sakat Adam bersama sengihan.
"Mana ada!"
"Eleh tak nak mengaku. Tak apa. Adam tunggu. Sambung picit." Tangan Kayla diletak atas kepalanya semula.
Kayla tak nak mengaku, tak apa. Dia faham. Janji Kayla tahu yang dia sayangkan isterinya itu.
Sebaik saja Adam pejam mata, Kayla mula menguntum senyum. Adam bijak dalam buat dia termalu sendiri. Adam bijak mencungkil apa yang ada dalam mindanya. Dan, Adam bijak dalam melembutkan hatinya.
Adam pakai ilmu apa sampai dia nak bencikan lelaki itu pun susah?!
Atau, dia yang terlalu mencintai lelaki itu?
?????
KERANA bosan, Kayla masuk ke dalam bilik kerjanya. Tak! Salah! Bukan bilik kerja dia tetapi bilik kerja dia bersama Adam! Adam suka-suki saja jadikan bilik ini sebagai bilik kerja lelaki itu juga. Bila dimarah Adam akan jawab "berkongsi lebih baik."
Huh!
Adam memang dah berubah. Tapi yang itu belum berubah. Suka sangat memaksa dia. Namun begitu tidak seperti dulu. Kali ini Adam memaksanya untuk kebaikan.
Rak buku dihampiri. Di dalam bilik kerja ini ada dua rak buku yang besar. Satu milik dia dan satu lagi sudah tentu Adam punya. Sibuk saja nak meniru dia. Apa yang dia ada, lelaki itu juga mahu.
Rak buku Adam menjadi pilihan. Sekali sekala baca buku lelaki itu tidak salah. Adam izinkan.
Seperti apa yang dikatakan Adam,
"What you have, is mine too. And what i have, is yours. Just like you. You're only mine and I'm only yours."
Kayla ketawa sendiri. Geli hatinya bila ingat semula ayat itu. Dengan suara miang lelaki itu menambahkan lagi kegelian di hati.
Jari menunjuk satu persatu buku milik Adam. Perlahan juga kaki melangkah tapak demi tapak. Tiga langkah, dia berhenti. Kakinya yang terpijak sesuatu dipandang.
Dahi berkerut.
"Kertas apa pula ni?"
Dia menunduk mengambil kertas yang dipijak. Depan dan belakang kertas itu dibelek. Tiba dibahagian belakang, dia terjeda. Dada berdegup laju.
"Ap- apa ni? Appointment card?" Jelas getaran pada suaranya.
Nama Adam yang tertulis pada kad itu lagi membuatkan dia berdebar-debar. Ditambahkan pula dengan tarikh yang banyak tertulis pada kad itu.
"Adam. Di- dia sakit ke? Kenapa ada kad ni?"
Tidak henti-henti dia bertanya sendiri. Tidak pernah pula Adam memberitahu dia tentang semua appointment ini. Apa yang lelaki itu sorokkan dari pengetahuannya?
"Kayla."
Sepantas kilat dia menoleh ke belakang. Kad itu disembunyikan di belakangnya. Dia mesti paksa Adam membuka mulut bercerita semua kepada dia.
Adam mendekati Kayla dengan senyuman.
"Buat apa dekat sini? Puas Adam panggil dari bawah."
"Nothing."
Suara dingin Kayla mengerutkan dahi Adam. Lain benar suara itu.
"Kenapa ni? Nampak macam marah je. Ada tak kena ke?"
Lelaki itu dijeling maut.
"Awak cakap awak sayangkan saya. Awak tipu, kan?" Sengaja cari gaduh.
"Tipu? Oh, betul lah masih tak percaya?"
"Ya. Saya tak percaya."
Adam mengeluh. Berapa kali dia harus berterus terang dengan Kayla? Dia sayangkan Kayla. Kenapa susah sangat isterinya itu mahu percaya?
"Percaya atau tak Adam mengaku yang Adam sayangkan Kayla. Ini kenapa pula tiba-tiba bangkitkan hal tu? Kat belakang tu, sorok apa? Saja nak prank Adam eh?"
Walaupun sedikit terhibur, tiada sedikit senyuman terlakar diwajah Kayla. Serius dia padang Adam.
"Kalau awak sayangkan saya, mesti awak jujur dengan saya. Awak tak akan sorokkan sesuatu daripada saya."
Kata-kata Kayla buat Adam makin tidak faham.
"Apa yang Adam dah sorok?"
"Sepatutnya soalan itu saya tanya pada awak. Apa yang awak dah sorok dari saya selama ni? Awak tak jujur."
"Okey, Kayla look. I don't get it. Just straight to the point. Adam tak-"
"Ini apa?" Tidak mahu dengar Adam bercakap lagi, terus Kayla tayang kad yang dijumpainya.
Adam kaku. Mata berada tepat pada kad yang dipegang isterinya. Kad appointment milik dia! Macam mana Kayla boleh jumpa?!
Allah!
"Ma- mana dapat tu?"
"Saya jumpa atas lantai. Apa yang awak dah sorok sebenarnya, Adam?" Kayla mula menekan suaranya.
Adam mula gelisah. Rahsia yang disimpan terbongkar macam tu saja.
"Let me explain. Bagi kad tu."
"No! Awak sakit kan?" Mata Kayla sudah mula berkaca. Sakit hatinya bila lelaki itu sanggup berahsia dengan perkara yang besar macam ni.
"Kayla, please. I have my own reason."
"Kenapa? Sejak bila lagi awak sorokkan benda ni? Kenapa tak pernah nak share dengan saya?" Jatuh. Air mata Kayla mengalir dipipi.
Lelaki dihadapannya sakit! Dia membesar dengan lelaki itu tetapi kenapa sikit pun dia tidak tahu? Dia rapat dengan Adam, setiap perkara Adam ceritakan kepadanya. Antara mereka berdua tiada rahsia. Tapi kenapa perkara sebenar ini Adam sanggup berahsia?
Buntu.
Adam buntu bila melihat Kayla yang sudah mula menangis. Bahu isterinya cuba dipegang, tapi Kayla menepis.
"Kayla."
"Sampai hati awak. Awak cakap antara kita tak boleh ada rahsia. Tapi ni apa? Mesti benda ni dah lama, kan? Baba dengan Umi tahu tak?"
"Tak ada sesiapa yang tahu. Just me and myself."
Kayla kemam bibir. Dia sudah mula tercebik-cebik. Adam sakit selama ini, lelaki itu tanggung sendiri.
Adam menunduk dan mengeluh.
"Okey. Adam minta maaf. Tak sepatutnya-" bicara dia terhenti. Tersentak bila tiba-tiba Kayla memeluknya dari depan. Teresak-esak isterinya itu menangis.
"Kenapa awak sanggup tanggung beban seorang diri? Saya ada untuk tempat awak berkongsi. Jangan berahsia lagi." Tersendu sedan Kayla bercakap disebalik dada bidang itu. Batang tubuh Adam dipeluk erat.
Pelukan dibalas. Adam meletakkan dagu diatas kepala Kayla. Mata dipejam.
"I'm sorry."
"Jangan buat macam ni. Saya takut."
"I'm sorry, dear. I'm sorry." Kepala Kayla dikucup kudus sebelum pelukan dijarakkan.
Wajah Kayla dingkat dengan menekup kedua belah pipi gadis itu. Ibu jari menyeka air mata Kayla.
Lagi!
Kayla menangis disebabkan dia!
"Don't cry. Kayla dah lama menangis."
"Saya benci awak. Awak sorokkan perkara macam ni dari pengetahuan saya. Bila saya tanya, awak cakap awak sihat je. I hate you."
"My fault. I'm sorry. I will explain everything. But pleaese don't cry. Just, please. Adam dah tak nak tengok Kayla menangis lagi." Usai, dahi Kayla dikucup sambil mata terpejam.
Begitu juga dengan Kayla.
Pilu hati dia bila dapat tahu semua ini. Tubuh Adam dipeluk lagi. Erat.
"I hate you."
Adam senyum nipis. Maksud disebalik itu tak sama dengan apa yang terucap. Dia tahu.
"I love you too."
Share this novel