"SO how?" Soalan yang diaju mematikan ketawa Adam sekali gus diganti dengan kerutan didahi. Zaki dipandang dengan pandangan hairan. Tidak mengerti dengan pertanyaan Zaki secara tiba-tiba. Sedang buat lawak bodoh sambil ketawa, tiba-tiba pula Zaki menyoal begitu.
"How, apa?"
"Kau kata kau ambil cuti seminggu sebab nak release tension, kan? So how? Dah tenang ke sekarang?" Hairan juga Zaki bila Adam menghubungi dia memaklumkan yang sahabatnya itu tidak akan berada di KL selama seminggu.
"Siapa cakap aku bercuti sebab nak release tension?"
"Then, yang kau cuti seminggu tu buat apa?"
Adam mengeluh perlahan. Selepas kejadian dia tahu siapa Lara sebenarnya, langsung dia tidak bercerita kepada Zaki dan Iskandar bahawa dia sedang mencari Kayla. Dia ingin bercerita kepada dua sahabatnya itu tentang rasa kesalnya terhadap Kayla, namun dia malu. Malu bila ingat semula usaha dua sahabatnya itu yang cuba menyakinkan dirinya bahawa Kayla tidak bersalah tetapi dia buat tidak endah saja. Malah, dia juga menyalahkan Zaki dan Iskandar kerana menuduh Lara yang bukan-bukan.
"Seminggu aku stay Terengganu ada dua sebab. Sebab yang pertama tu aku ada problem yang perlu aku settle dekat company Baba aku. Sebab yang kedua, aku..." ayat digantungkan. Belum sedia mahu memaklumkan kepada Zaki dan Iskandar bahawa sekarang dia sedang mencari Kayla.
Zaki dan Iskandar masih lagi menunggu. Mahu juga mereka berdua tahu sebab apa Adam bercuti lama begitu.
Nafas ditarik dalam. Malu pun malu lah. Biar sajalah, dia yang cipta masalah ini jadi dia harus hadap sendiri. Rasa malu dan segan terhadap Zaki dan juga Iskandar bukan kepalang. Masakan tidak, sahabatnya bersungguh-sungguh mahu selamatkan rumah tangganya bersama Kayla yang berantakkan tetapi dirinya sendiri tetap pertahankan perempuan yang cuba menghancurkan rumah tangganya.
"Aku- aku pergi cari Kayla."
Zaki dan Iskandar tidak memberikan reaksi terkejut, sebaliknya mereka berdua saling ketawa terbahak-bahak. Adam mula hairan dan pelik. Lawak sangatkah apa yang dia katakan sebentar tadi? Dia fikir, Zaki dan Iskandar akan terkejut dengan pengkhabaran ini dan terus membahamnya habis-habisan. Namun lain pula.
"Kenapa kau orang gelak?"
"Kau? Kau pergi cari Kayla? Isteri kau?" Zaki menyoal dalam sisa tawanya.
Begitu juga dengan Iskandar yang tidak henti-henti ketawa. Ketawa yang dibuat-buat atau tidak, Adam tidak pasti. Tetapi apa yang dia pasti, Zaki dan Iskandar mentertawakan secara perli.
"Kenapa? Tak boleh ke aku cari isteri aku sendiri?"
Serta merta, ketawa Zaki dan Iskandar berhenti. Kedua-duanya memandang Adam dengan pandangan serius sekali. Sengaja. Mereka berdua sebenarnya sengaja ketawa begitu. Bukan disebabkan lawak, tetapi sebenarnya mereka sedang mengejek dan memerli Adam. Tahu pula Adam pergi cari isteri, ingatkan bila dah tahu kebenaran masih lagi tidak percaya. Walau apa pun, syukur kerana akhirnya mata dan pintu hati Adam telah dibuka luas untuk melihat yang mana baik dan buruk.
"Bukan tak boleh, cuma kita orang pelik sikit. Kenapa kau pergi cari dia? Ada apa-apa yang kau tak puas hati dengan dia lagi ke? Atau, kau dah percaya dengan segala bukti yang kita orang tunjuk hari tu?" Iskandar menyoal dengan bertalu-talu.
Jika tadi dia ketawa terbahak-bahak, sekarang dia adalah orang yang paling serius. Tadi hanya ketawa yang dibuat-buat.
Keluhan dilepaskan.
Tepat sekali tekaan Adam. Rupanya Zaki dan Iskandar berpura-pura ketawa. Dia bukannya tidak reti beza yang mana ketawa betul dan dibuat-buat. Dia juga tahu yang Zaki dan Iskandar sememangnya mahu memerli dirinya.
Namun, biar sajalah kalau itu yang dapat memuaskan hati dua sahabat yang telah bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan rumah tangganya. Dia saja yang buta selama ini tidak nampak kesungguhan Zaki dan Iskandar. Sepatutnya, dia bersyukur kerana dikurniakan dan dianugerahkan sahabat sebaik Zaki dan Iskandar.
Ini tidak.
Dia salahkan pula Zaki dan Iskandar kerana tetap membela Kayla walaupun secara terang-terangan Lara yang jahat dan buruk. Disebabkan cinta dia buat menilai semua itu. Cinta itu buta.
"Look. Aku memang dah lama cari Kayla. Lepas bukti yang kau orang tunjuk tu, aku jadi serba salah dengan dia. Jujur aku cakap, aku memang tak percaya pada mulanya. Tetapi, disebabkan rasa was-was dan musykil aku upah orang lain pula untuk siasat siapa Lara yang sebenarnya. And, bila bukti yang orang upahan aku cari sama macam kau orang bermula dari situ aku percaya yang Kayla tak macam yang aku tuduh dia selama ni. Untuk pengetahuan kau orang, dua minggu lepas aku macam orang gila cari Kayla dekat satu KL ni even Umi aku dah cakap yang Kayla tak ada dekat KL ni. But, aku still cari dia."
"Wait, what? Umi kau cakap Kayla tak ada dekat KL? Dia pergi mana?" Pintas Zaki sebelum Adam kembali meneruskan percakapan.
"Masa Umi cakap macam tu, aku tanya Umi but Umi tak nak bagitahu aku Kayla dekat mana. Sebab, Umi aku dah berjanji dengan Kayla yang dia tak akan bagitahu aku dekat mana Kayla berada."
Laju saja Iskandar mengangguk-angguk selepas Adam menjawab pertanyaan Zaki. Jarinya dipetik sedikit kuat.
"Kalau aku jadi Umi kau atau Kayla, aku juga akan buat perkara yang sama. Kau tahu tak apa maksudnya tu?"
Ya. Adam tahu tetapi dia memilih untuk tidak menjawab. Dia tahu kenapa Kayla tidak mahu dia tahu di mana keberadaan gadis itu.
"Aku bukan nak buat kau down, but kalau Kayla dah tak nak kau tahu dia tinggal dekat mana itu maknanya dia dah berjauh hati dengan kau. Hati dia mungkin dah tawar dengan kau, Adam."
Perlahan-lahan Adam mengangguk bersama keluhan berat.
"Aku tahu. Tapi aku tak kira, dia dah jauh hati atau tawar hati dengan aku, aku tetap nak minta maaf dan tebus semua kesalahan aku pada dia. Aku menyesal sebab dah tuduh dia bukan-bukan sebelum ni tanpa bukti. Selagi aku tak minta maaf selagi tu hati aku tak tenang."
Zaki dan Iskandar sama-sama terdiam. Suara lirih dan sayu yang mereka dengar dari Adam membuktikan yang sahabat mereka itu betul-betul menyesal. Namun, untuk kali ini mereka tidak dapat membantu lagi. Mungkin hanya mampu menunggu dan melihat drama yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Dulu, Kayla kejar Adam tapi Adam tidak melayan. Sekarang, Adam pula yang mengejar Kayla. Eloklah, pasangan suami isteri main kejar-kejar.
"So, macam mana kau nak minta maaf dengan dia? Umi kau kata Kayla tak ada dekat KL and kau pun dah cari dia merata-rata tapi still tak jumpa. Nak cari dekat mana lagi?" Soal Zaki.
Soalan itu menghadirkan senyuman nipis dari bibir Adam. Hatinya seakan senang dan tenang sedikit bila ingat yang dia telah pun bertemu dengan Kayla. Tetapi apa yang masih belum tercapai adalah kemaafan dari Kayla.
"Aku tanya kau boleh senyum pula? Kau ni ikhlas ke tak sebenarnya nak minta maaf dengan isteri kau tu? Atau kau ada rancangan lain? Kau nak balas dendam dengan dia ke pula?" Naik bengang Zaki bila soalan yang diaju tidak dibalas malah Adam tersenyum nipis lagi.
Air muka Adam berubah serius. Tajam Zaki dipandang olehnya. Kenapa suka sangat yang menuduhnya begitu? Dia cari Kayla semula bukan sebab nak balas dendam! Tolong faham!
"Aku tahu aku kejam dengan isteri aku sebelum ni. Tapi tak akan la aku nak cari dia lepas aku halau dia pergi semata-mata nak balas dendam dekat dia."
"Siapa tahu, kan? Adam, orang yang nak balas dendam ni dia boleh buat apa saja."
"Kau nak cakap aku berdendam dengan isteri aku sendiri la?"
"Maybe."
Anggapan Zaki pada dia melemahkan semangat untuk dia terus berkongsi dan bercerita. Dia bercerita kerana mahukan kata-kata semangat, bukan mahu dijatuhkan rasa semangatnya.
"Ki, biar Adam habiskan dulu apa yang dia nak cerita. Sahabat kita ni dah ada semangat baru nak pujuk isteri, kau jangan buat dia down pula." Melihat situasi yang sedikit tegang, Iskandar bimbang dua-dua sahabat itu akan mula bergaduh disebabkan perkara kecil begini.
Zaki meraup rambutnya kebelakang.
"Okey, Dam. Aku minta maaf. Aku tak ada niat nak buat kau down tapi aku risau kau ada niat lain. Sebab tu kau cari Kayla semula. Aku tak nak keadaan jadi makin teruk. Aku minta maaf, okey?"
"It's okey. Sekarang aku terima je apa yang kau orang berdua nak cakap dekat aku. Sebab nak dibandingkan apa yang aku dah buat, memang tak sama dengan kesungguhan kau untuk kekalkan aku bersama Kayla. Aku yang sepatutnya minta maaf sebab aku sia-siakan nasihat kau orang selama ni."
"Okey! Now, kau Adam sambung balik apa yang kau nak cerita tadi. Continue." Iskandar cuba menceriakan suasana.
Kalau ikutkan hati, dia juga marah dan bengang dengan Adam yang dulu. Tapi itu dulu. Sekarang dia yakin dan pasti Adam sudah berubah dan kesal di atas perbuatan terhadap Kayla yang dulu. Dari raut wajah yang keruh dan sayu, dia dapat mengesan yang Adam memang ikhlas berubah dan mahu menebus segala kesalahan yang pernah dibuat kepada Kayla.
Adam kembali tersenyum nipis. Dia tak hendak bazir masa. Lebih baik dia terus terang saja.
"Kembali pada soalan Zaki tadi. Aku cakap aku pergi Terengganu sebab company Baba aku ada problem and at the same time aku nak cari Kayla, kan?"
Soalan dibalas dengan anggukkan dari Zaki dan Iskandar. Kali ini dua lelaki itu membisukan suara dari menyampuk. Nanti lain pula yang jadi.
"Ikutkan problem company tu hanya empat hari tapi aku sambung lagi tiga hari dengan ambil cuti dari Baba aku. Usaha aku untuk pergi cari Kayla dekat sana tak sia-sia." Senyuman nipis bertukar lebar.
"Maksud kau?" Serentak dua sahabatnya itu menyoal pelik.
"Guest what?"
Beberapa saat, Zaki mula menepuk tangannya satu kali.
"Aku dah dapat dah. Aku dah dapat. Kau jumpa Kayla dekat sana kan? Betul, kan?"
"Serious la, Adam? Kau jumpa isteri kau dekat sana?" Iskandar terlopong.
Perlahan Adam mengangguk.
"Aku rasa, Baba dengan Umi memang sengaja nak aku pergi sana tapi dia orang bagi alasan sebab company ada problem."
"See. Sampai macam tu sekali Baba dengan Umi kau buat. Aku harap kau tak akan sia-siakan peluang yang ada ni. Aku dengan Is tak nak tanya apa yang jadi lepas kau jumpa dengan Kayla dekat sana. Tapi kita orang nak cakap, apa-apa pun yang terjadi kau kena tetap kena tabah hadap semua ni kalau kau betul-betul nak kan dia semula sebagai isteri kau. Even aku dengan Is tak nak tahu apa dah jadi, tapi kita orang dapat baca dah apa yang jadi. Kayla maafkan kau atau tidak itu belakang cerita. Now, kau kena fight untuk yakinkan dia yang kau dah berubah. Okey?" Penuh bersemangat Zaki berkata.
Mahu menebus kesalahan bicaranya yang tadi hampir membuatkan Adam lemah semangat. Tahu, sebagai sahabat sepatutnya dia memberi semangat. Namun, disebabkan rasa risau terhadap Adam akan membuat perkara yang luar jangkaan sehingga ke situ dia menuduh Adam.
Kata semangat dari Zaki mengendurkan sedikit senyuman dari Adam. Dia risau dengan diri sendiri yang masih tidak tahu apa perasannya kepada Kayla. Benar kata Kayla, untuk pupuk rasa cinta itu bukan perkara mudah. Namun
Argh! Adam kau kena pupuk rasa cinta tu kalau kau tak nak lepaskan Kayla.
Sayang?
Ada.
Cinta?
Insha Allah, dia akan cuba.
?????
URAT leher yang agak lenguh dibetulkan ke kiri dan ke kanan sebelum kaki menjejak lantai dan lantas Kayla bangun dari katil. Bersama langkah longlai, tirai yang menutupi tingkap bilik dihampiri dan dibuka luas. Cahaya matahari menembusi masuk ke dalam bilik membuatkan bilik itu serta merta bertukar menjadi terang.
Mata disepetkan apabila pandangan menyapa pandangan sinaran matahari. Rambut disisir menggunakan tangan sebelum diikat toncang. Suasana perumahan yang didudukinya diperhati. Pagi yang lengang memandangkan hari ini hari minggu. Mungkin semua masih lagi menghabiskan masa dengan tidur diwaktu pagi. Dia saja yang rajin sangat bangun waktu pagi kerana tidak biasa tidur dengan terlalu lama.
Baru saja dia mahu pusing ke belakang kerana ingin ke tandas, dia berpaling semua ke tingkap. Dahi sedikit berkerut bila terlihat sebuah kereta elok terletak dihadapan pagar rumahnya yang tertutup rapat.
"Siapa pula dah datang pagi-pagi macam ni?"
Saat ini, hanya Adam yang bermain difikirannya. Kerana lelaki itu saja yang pernah menunggu dia dihadapan rumah pada waktu pagi begini. Namun, mustahil kerana Adam sudah pun pulang ke KL pada minggu lepas.
Mahukan kepastian, laju dia berlari keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah. Dia mengintai melalui sliding yang berada diruang tamu.
"Eh! Itu bukan ke kereta Haris?" Terkejut bukan kepalang dia ketika ini.
Kepala digaru kerana hairan.
"Aduh! Dia buat apa datang sini lagi? Tak akan la ada kes pula hari-hari minggu macam ni? Depan rumah aku pula tu." Kayla mula kegelisahan.
Dia tidak senang duduk. Bukan apa, sudahlah dia tinggal dikawasan perumahan. Rumah diantara jiran-jiran tersangatlah dekat. Sebelah menyebelah saja. Tidak senang hati kalau lelaki lain yang bertandang walaupun sekadar bercakap diluar rumah. Kalau Adam, itu lain cerita. Sekarang ini Haris, lelaki yang tiada apa-apa kaitan dengannya. Pertalian darah juga tiada. Risau nanti akan timbul fitnah. Hendak pula jiran-jiran yang dia kenal tahu bahawa dia tinggal di rumah ini hanya seorang diri. Bila nampak ada lelaki yang asyik singgah di sini, apa pula yang dikata nanti.
Bunyi deringan Samsung dari atas membuat dia mengeluh. Tidak perlu dia tengok, hanya meneka saja sudah dapat dia agak siapa yang menghubunginya. Bersama rasa malas, dia melangkah jua naik ke tingkat atas semula.
Haris.
See. Dia dah dapat agak dah.
Teragak-agak panggilan itu dijawab. Perlahan-lahan juga Samsung ditekap pada telinga kanannya.
"Hello?"
"Hello, Kayla. Kenapa susah sangat nak jawab? Dah tiga kali saya call."
"Emm- sa- saya turun bawah kejap tadi. Handphone duduk dekat atas dalam bilik. Itu yang tak dengar. Kenapa ya?"
"Saya dah ada depan rumah awak ni. Jom, keluar."
Kayla pejam mata. Dia pelik bila memikirkan soal Haris ini. Sudah dipesan beberapa kali supaya jangan mengajaknya keluar ke mana-mana jika hanya ada dia dan Haris saja. Dia masih lagi isteri orang! Kenapa susah sangat untuk lelaki itu faham?
"Hah? De-depan rumah saya?" Berpura-pura tidak tahu biarpun sudah tahu kereta Haris yang berada dihadapan rumahnya.
"Yes. Saya sampai sini semalam."
"Awak datang sini buat apa?"
"Kerja." Haris tergelak sendiri. "Tak ada la. Saja datang sini nak jenguk awak. Nak jumpa dengan awak."
Kayla mengeluh perlahan.
Apa kena dengan lelaki itu sebenarnya?
"Jumpa saya? Untuk apa, Haris? Kan dua minggu awak dah datang sini sebab kerja. Ini datang lagi sebab nak jumpa saya? Weekend pula tu. Buat bazir duit minyak saja la."
"Untuk awak tak ada nya saya membazir. Saya rindu awak sebab tu saya datang sini."
Untuk seketika, Kayla terjeda.
Rindu?
Allah!
Kalau Haris, dia tahu rindu lelaki itu terhadapnya seperti apa. Bukan sekadar rindu kawan terhadap kawan. Sejak Haris tahu dia dan Adam sudah tidak sehaluan lagi, lelaki itu semakin berani mendekati dia dan cuba rapat semula. Setiap hari hantar pesanan bertanya khabar kepadanya dan mengucapkan kata rindu. Rindu itu lain dari yang lain.
Dia tidak risaukan hatinya. Tetapi dia risaukan hati Haris. Risau jika lelaki itu berharap tinggi kepadanya seperti dulu memandangkan dia dan Adam bukan seperti pasangan suami isteri yang lain. Mungkin juga Haris sudah bersedia jika dia dan Adam berpisah. Lihat dari cara itu juga dia sudah tahu.
"Haris. Dah berapa kali saya pesan dekat awak? Dah berapa kali juga saya ingatkan awak yang saya ni siapa? Awak tak lupa, kan?" Dengan nada perlahan dia menyoal.
Dia dapat mengagak seperti apa wajah Haris sekarang. Setiap kali dia menyebut tentang status dirinya sekarang di depan Haris, mesti wajah lelaki itu berubah tegang. Tidak tahu kenapa, kadang-kadang dia takut bila tengok Haris. Haris yang dulu dan sekarang sudah berbeza dan lain.
Kedengaran Haris mengeluh kasar dihujung talian.
"Saya tak lupa yang awak tu isteri orang."
"Then, why awak bercakap macam tu dengan saya?"
"Bercakap macam mana?"
Soalan dibalas soalan. Kayla ketap bibir geram. Haris tak tahu atau buat-buat tak tahu?
"Awak cakap awak rindukan saya."
"So? Memang betul saya rindukan awak. That's why I'm here now. Tak salahkah kalau saya rindukan awak?"
Pertanyaan Haris kedengaran seperti ejekkan ditelinga Kayla. Lelaki itu seolah-olah bermain tarik tali dengannya.
"Saya tak cakap yang tu salah dan saya juga tak cakap awak boleh rindukan saya. Awak sedarkan yang saya ni isteri orang?" Dia mula hilang sabar. Haris memang mencabar dia.
Nak main rindu-rindu pula! Kalau inilah yang jadi, dia sanggup lelaki itu hilang dari hidup dia sampai bila-bila. Diamkan diri daripada begini. Datang ke rumah dan mengaku rindukan dia.
"Sudah la, Kayla. Saya ingat dan saya sedar yang awak tu isteri orang. Tapi tak salah juga saya rindukan awak." Haris mula bercakap dengan nada sedikit keras.
"Kali ni saya berani cakap semua tu salah, Haris."
"Salah ke saya rindukan awak?"
"Ya! Sebab saya isteri orang."
"Balik-balik dengan alasan tu."
"Ya! Memang saya akan gunakan alasan tu setiap kali bila awak dengan saya. Sebab saya nak awak selalu ingat yang saya masih isteri Adam. Tak salah awak nak rindukan saya, yang salah adalah bila awak rindukan isteri orang. Haris, listen."
Kayla tarik nafas sekejap. Cuba untuk menyabarkan diri sendiri dari marah kepada Haris.
"Kita berdua pernah jadi pasangan kekasih dan saya tahu rindu awak pada saya tu macam mana. Saya tahu awak anggap saya lebih dari seorang kawan. Nak-nak pula dengan apa yang berlaku sekarang ni. Saya sedar yang awak masih ada perasaan pada saya, Haris. Saya tak nak awak berharap. Sebab tu saya sering ingatkan awak yang saya masih isteri Adam."
"Salah ke saya berharap, Kayla? Awak tahu kan yang saya masih dan akan tetap sayang dan cintakan awak macam dulu. Perasaan saya dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah pada awak."
"Saya tahu. Tapi awak kena ingat yang saya isteri Adam. Berdosa bila awak masih ada hati dan perasaan cinta pada isteri orang, Haris. Saya tak nak kerana saya, awak pula berdosa. So, please. Jangan buat perkara yang boleh membuatkan awak terus berharap pada saya." Separuh merayu Kayla berkata.
Cukuplah selama ini saja dia buat Haris kecewa. Dia tidak mahu lelaki itu kecewa lagi. Adam sudah katakan kepada dia yang Adam tidak akan lepaskannya. Jadi, daripada Haris semakin berharap, lebih baik dia nasihati lelaki itu.
"Kalau awak tak nak saya berharap. Suruh Adam cepatkan penceraian awak dengan dia."
"Haris! Apa awak ni?"
Kayla jatuh terduduk dihujung katil. Untuk kali kedua dia terkilan dengan Haris. Untuk kali kedua Haris berkata begitu.
"Kayla, saya sayangkan awak. Saya boleh buat awak bahagia berbanding dengan Adam. Awak tengoklah apa yang dia dah buat pada awak? Awak masih lagi nak pertahankan dia? Saya yang selama ni sayang dan cintakan awak, awak tak nak pertahankan?"
"Haris. Saya bukan nak mengungkit. Tapi kenapa baru sekarang awak nak saya pertahankan awak? Kenapa bukan sebelum saya kahwin dengan Adam? Awak lupa ke? Saya pernah nak bagitahu parents saya tentang hubungan kita, tapi siapa yang halang? Awak, Haris. Awak yang halang saya dari bagitahu semua orang fasal kita. Sebab? Sebab awak tak nak buat Baba dengan Umi kecewa. Awak lupa ke semua tu? Dan sekarang baru awak nak saya pertahankan awak?"
Bila Kayla mula bersuara, Haris mula berdiam diri dan membisu. Ketika ini baru dia ingat semua itu. Ya. DIa menghalang Kayla dari memberitahu tentang hubungan mereka kepada semua orang. Tetapi itu dulu. Sekarang sudah lain. Adam dah buat Kayla menderita.
"Dulu lain dan sekarang lain."
"Apa yang lain, Haris?"
"Dulu saya halang awak sebab saya yakin Adam adalah jodoh awak yang dapat bahagiakan awak. Tapi sekarang tak lagi lepas apa yang dia dah buat pada awak. Kayla, tolong faham."
"Awak cakap apa sekali pun dah tak dapat ubah apa-apa. Saya nasihat awak tadi supaya awak tak letak harapan pada saya lagi. Saya tak nak awak kecewa. Haris, antara saya dengan Adam tak mungkin akan berlaku perpisahan. Itu saja yang saya dapat bagitahu. So, move on. Saya sendiri juga tengah move on dengan hidup saya. Awak boleh cari perempuan yang lagi baik kalau nak dibandingkan dengan saya. Saya letak dulu."
Tanpa menunggu, Kayla segera mematikan talian. Bohong kalau dia tidak rasa bersalah pada Haris. Dia hargai lelaki itu kerana sangat menyayangi dan mencintainya. Tetapi dalam situasi sekarang dia tidak boleh berbuat apa. Risau kalau beri harapan kepada Haris akan mengundang sesuatu yang tidak diingini.
Dia hanya mampu berdoa dan berserah.
Share this novel