STEERING dihentak kuat. Mata mula memerah dan urat kehijauan jelas timbul membentuk ditepi dahi. Tajam pandangan terarah pada pasangan yang sedang bergurau mesra ditepi pantai.
"Aku buat cara apa pun, kau orang tetap bersama. Apa susah sangat nak aku pisahkan kau orang ni?!" Dia berkata disebelah gigi yang diketap.
Mendidih panas hati dan perasaan bila diperhatikan saja Adam yang sedang bergurau bersama Kayla digigi pantai.
"Kayla. Awak lupa agaknya siapa yang selalu ada untuk awak bila jantan tu lukakan hati awak."
Tak! Dia tidak akan lepaskan Kayla kepada Adam buat selamanya. Hanya dia yang ikhlas mencintai Kayla. Hanya dia yang layak membahagiakan Kayla!
Tidak puas hati, Haris mengambil keputusan untuk keluar dari kereta dan berjalan perlahan mendekati pasangan sejoli yang sangat membakar api cemburunya. Dari jauh lagu sudah dapat dia dengar gelak tawa dari Adam dan Kayla.
Penumbuk dikepal bagi mengurangkan rasa sakit hati. Dia tidak akan menyerang Adam. Dia ada rancangan yang lagi baik dari itu.
"Hai Kayla."
Pasangan itu tersentak dan terus mematikakan ketawa. Adam dan Kayla terkaku dikedudukan masing-masing. Hanya mata yang berkelip memandang Haris sebelum mereka saling pandang.
Adam menarik Kayla rapat ke tubuhnya seraya melingkar tangan ke pinggang Kayla. Kemunculan Haris membimbangkan dia.
"Kau buat apa dekat sini?" Dingin Adam menyoal.
Kayla pula pandang arah lain. Takut bila mata Haris hanya tertumpu padanya. Pelukan dipinggang suaminya dikemaskan lagi.
"Tak akan aku tak boleh datang sini? Kenapa? Pantai ni hanya untuk kau orang je ke?" Haris tersenyum sinis. "Kau orang nampak bahagia. Baguslah."
"Alhamdulillah. Aku dengan Kayla memang bahagia sekarang. Kan, sayang?" Sengaja ingin menyakitkan hati Haris, Adam menunduk memandang Kayla yang sedang mendongak.
Disebalik senyuman wanita itu, dia tahu Kayla sedang menahan rasa ketakukan.
"Aku tumpang bahagia."
"Thank you."
"Tapi, aku rasa kau orang akan lagi bahagia kalau aku tambah sedikit kemanisan untuk kau orang."
Kayla cuak. Disebalik ayat manis yang Haris tuturkan itu, tersirat seribu makna. Cepat-cepat dia melarikan anak mata bila bertentangan dengan mata lelaki itu. Mata Haris menampakkan kemarahan dan api kebencian yang menyala. Dan dia tahu kenapa.
Adam mengeluh. Pelukan dieratkan lagi apabila terasa ketaran tangan Kayla dibelakangnya.
"Kau masih tak puas hati lagi dengan aku?" Dalam nada lembut, Adam menyoal.
"Ya. Memang aku tak puas hati. Sampai bila-bila aku tak akan puas hati. Aku tak akan benarkan kau bahagia."
"Hubby, kita balik?" Kayla rasa keadaan makin tegang. Dia tidak selesa dan risau jika menimbulkan pergaduhan.
Kayla dipandang bersama senyuman tipis.
"I'm here."
"Haris." Haris pula dipandang.
"Move on and get your ownlife. Biarkan aku dengan-"
"Biarkan kau dengan orang yang aku sayang bahagia? Macam tu?! Kau bahagia and aku sengsara tengok kau orang bahagia. Mudahnya jadi kau Adam. Sangat mudah!" Tangan ditepuk berkali-kali.
"Haris, rilex. Aku cakap dengan cara baik."
"No, Adam. Aku tak akan lepaskan Kayla pada kau sepenuhnya. She's mine forever, Adam. Aku yang selalu ada dengan dia bila kau kecewakan dia! Tapi aku tak faham kenapa dia masih sayang dan nak kan kau. Kenapa Kayla? Why?" Tajam mata menikam Kayla yang dipeluk erat oleh Adam.
Adam cuba sabarkan hatinya.
"Perasaan orang kita tak boleh paksa, Haris."
"Kalau kau tak paksa dia kahwin dengan kau ini semua tak akan jadi! Dia sepatutnya kahwin dengan aku. Jadi isteri aku. Bukan kau!"
Wajah Kayla memucat. Suara Haris sangat tinggi dan dingin buat dia kecut perut. Kalau dia ada kuasa telepotasi, mungkin inilah masanya untuk dia guna. Hilangkan diri bersama Adam dalam sekelip mata.
Kasihan dia melihat suaminya sekarang. Wajah tenang lelaki itu menyentuh perasaan. Nampak urat mula timbul di dahi dan geraham juga bergerak-gerak. Tetapi Adam masih menahan sabar.
Pelukan dieratkan lagi agar dapat menenangkan lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu marah-marah lagi dan tertekan.
"Ini jodoh, Haris. Kau kena terima. Mungkin kau dengan isteri aku tak ada jodoh." Adam masih berlembut. Tetapi jika Kayla tiada bersama sekarang, mungkin Haris sudah dilempar ke dalam air.
"Jodoh yang diubah. Elok-elok aku couple dengan dia, kau pula masuk line. Kayla. Kalau awak nak tahu Adam ni memang tak puas hati dengan saya. Dia sanggup gunakan awak untuk sakitkan hati saya. Dan sekarang, dia tengah berlakon je! Berlakon sayangkan awak, cintakan awak. Saya je yang ikhlas sayang dan cintakan awak. Awak kena buka mata awak luas-luas." Haris mula mara selangkah untuk menghampiri Kayla.
Lemah hati melihat Kayla seakan takut dengan dirinya. Kayla juga tidak berani memandangnya.
"Kayla."
"Haris, stop! Kau tahu tak isteri aku tengah takut sekarang? Just stay away from her! Kau jangan sampai aku lepas kemarahan aku." Kemarahan Adam tercabar melihat Haris seperti mahu menarik Kayla dari dakapannya.
Mata lembut Haris terpandang Adam mula bertukar tajam.
"Kau yang buat dia takut dengan aku. Kau hasut dia macam-macam, kan? Kau tak payah nak berdalih lah Adam. Aku kenal kau!"
Tubuh Kayla menggigil. Wajah dibenamkan ke bahu Adam. Suara Haris terlalu dekat hingga menyebabkan dia seperti kaku.
"Haris, please. Stay away. Aku tak nak kau cederakan my wife. Kau buat dia takut. Kau lupa apa yang kau hampir buat dekat dia haritu?"
Haris terangguk-angguk kecil.
"Fine!" Langkah diundur semula. "Buat masa sekarang ni aku masih bersabar dan masih tunggu untuk kau ceraikan Kayla. Tapi lepas ni aku tak akan berdiam diri. Ingat tu, Adam Firdaus. And you my princess-" Kayla ditunjuk. "You'll be mine. Forever."
Bersama hati yang panas, Haris berlalu dari situ dengan rasa nekad untuk terus meruntuhkan rumah tangga Adam dan Kayla.
"Kau tak akan bahagia, Adam."
Dakapan dileraikan. Wajah Kayla disentuh Adam.
"Hunny okey?" Cemas Adam bertanya. Luruh hati melihat wajah Kayla yang sudah pucat. "Hunny takut?"
"Ta- tak. Hunny- Hunny takut kalau Haris apa-apakan Hubby. Dia- dia macam marah sangat."
"I'm okey. Hubby risaukan sayang." Sebelum Kayla ditarik ke dalam dakapan semula, dahi itu dikucup sayu.
Mata terpejam rapat. Masalah Haris masih lagi belum selesai. Bila mereka akan bahagia tanpa toksik dari luar?
?????
ISTERINYA yang leka mengelamun dipandang melalui cermin. Rambut disikat rapi sebelum Kayla dihampiri. Duduk dia disebelah wanita itu dibirai katil. Segera tangan itu digenggam.
Selepas kejadian Haris datang jumpa mereka dipantai petang tadi, Kayla banyak termenung dan mendiamkan diri. Tentu ada sesuatu yang difikirkan.
"Hunny." Cuba meraih perhatian.
Namun Kayla masih pandang ke arah dinding yang kosong. Dagu wanita itu disentuh dan lembut ditarik agar memadang dia.
"Hunny kenapa ni, sayang? Hubby tak suka la sayang macam ni." Rasa hilang seri dalam rumah ini kalau isterinya itu mendiamkan diri.
Hilang suara dan gelak tawa dari isteri kesayangannya itu. Hari ini juga dia berasa sunyi.
Tanpa amaran, tubuh Adam dipeluk erat dengan mata terpejam. Telinga ditekap pada dada lelaki itu. Hanya itu dapat memberi ketenangan kepadanya. Detak jantung Adam yang stabil merupakan ketenangan baginya.
Kepala Kayla diusap sayang dan kucupan jatuh disitu.
"Hunny risau."
"Risau apa, Hunny? Hubby ada kan. Tak nak fikir tentang Haris tu. Dia bergurau je." Ingin menyedapkan hati isteri walaupun hati sendiri dipagut risau dengan ugutan Haris.
"Hubby, Haris ugut kita tadi. Tak akan dia bergurau. Muka dia tu bengis sangat. Dia tak bergurau."
"Sayang tak payah fikir. Biar Hubby yang settle kan semua tu, okey? Hubby tak nak my lovely mengelamun, termenung dan murung macam ni. Kayla Raihana yang Hubby kenal seorang yang happy go lucky, kan? Dah jangan fikir."
Pelukan direnggang. Pipi Adam dipegang. Hatinya tidak senang dengan ugutan Haris petang tadi. Tentu lelaki itu sudah merancang sesuatu.
"Hunny cintakan Hubby."
"Me too, sayang. Hubby cintakan hunny bunny juga." Mati kanan dikenyit nakal.
Namun Kayla tidak layan. Hati tengah risau tiada masa nak layan sikap nakal lelaki itu.
"Hubby tak risau ke? Macam mana kalau Haris dan plan something nak pisahkan kita? Macam mana kalau dia nak buat perkara buruk dekat kita? Hubby. Hunny tak sanggup nak hadap hari tu nanti. Hunny takut."
"Shhh. Sayang apa cakap macam ni?" Air mata Kayla yang baru hendak menitis pantas Adam seka.
"Hunny takut."
"Sayang, listen. We will stay together. No matter what kita akan stay each other and loving each other. Don't forget our promise, sayang. Ingat pesan Hubby, apa-apa pun Hunny jangan mengalah. Stay strong for our marriege. Don't be weak. Kalau betul apa yang sayang fikir, don't worry. Kita lalui sama-sama. Hubby nak Hunny tahu yang Hubby tak akan tinggalkan Hunny. Tak akan biarkan Hunny dalam bahaya. I'm your hero. I'll protect you forever. Okey?"
Tak tertahan rasa sebak, Kayla mula teresak-esak. Wajah disembam ke dada itu. Sungguh dia takut sekarang. Takut untuk berdepan dengan masa yang akan datang.
"Sayang jangan overthinking sangat. Hubby risau. Nanti tak elok untuk baby."
Tangisan Kayla berhenti serta merta. Dahi berkerut dan terus dia mendongak.
"Bab- baby? Baby siapa?" Kebingungan dia sekejap.
Adam kenyit mata seraya tangan dilurutkan ke bawah lutut Kayla dan segera dicempung.
"Eh! Hubby apa ni?!" Cuak dengan kejutan dari Adam.
Tanpa bicara, Adam membaringkan Kayla diatas katil dengan perlahan dan lembut. Pipi Kayla diusap sayang.
"Hunny ingat Hubby tak tahu? Lain kali kalau nak buat surprise, simpan bukti elok-elok."
Kayla tepuk dahi. Dia lupa dia ada buat urine test pagi tadi. Pregnancy test pula tertinggal dalam tandas gara-gara Adam yang memanggil dari bawah. Terus dia terlupa.
Sengihan ditayang.
"Sorry." Rahang Adam dicium tanda meminta maaf.
Berita ini menggembirakan namun Adam tetap risau. Dalam keadaan Kayla mengandung menyebabkan dia tidak habis fikir dengan ugutan dari Haris. Dia perlu melindungi kedua-dua nyawa yang disayangi.
"I'm promise you, sayang. Hubby akan protect you and our junior baik-baik. Hunny jangan pernah keluar rumah tanpa pengetahuan Hubby tau. Hubby risau."
Anak jari diangkat.
"Janji."
Tangan bermain-main dengan anak rambut isterinya. Tipulah dia tidak risau. Kemudian tangan merayap pada bahagian perut Kayla dan diusap perlahan.
"Thanks for this, dear. Hubby happy sangat. Take care our child, okey? Esok kita pergi klinik."
"Okey, sayang."
Leher Adam ditarik rapat agar wajah itu menyamai dengan wajahnya.
"Janji, Hubby akan sentiasa jadi hero Hunny and baby?"
"Janji, sayang."
Share this novel