Peluang Untuk Bahagia 38

Romance Completed 31764

ADAM menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan. Cuba menenangkan diri sendiri apabila Rin mengatakan yang Encik Amir memanggil dia untuk bertemu di bilik orang tuanya itu. Jarang sekali Encik Amir memanggilnya ke bilik kerja kecuali perkara yang sangat penting saja. Bertambah gelisah mahu bersua dengan ayah sendiri kerana sejak dari peristiwa Encik Amir memarahinya disebabkan dia telah menghalau Kayla. Bermula dari situlah Encik Amir tidak bercakap dengannya. Usahkan bercakap, bersua pun tidak mahu. Cepat saja ayahnya itu menjauh bila dia tiba di rumah orang tuanya itu.

Tangan bergerak perlahan mengetuk pintu bilik kerja Encik Amir. Dalam otak ligat memikirkan apa yang penting sangat sehinggakan dia dipanggil ke sini.

"Masuk."

Mendengar suara itu, terus tangan memulas tombol pintu. Sebelum melangkah masuk ke dalam, kepala dijengul terlebih dahulu.

"Baba panggil Adam ke?" Soalnya sambil kepala saja yang dijengul ke dalam.

Encik Amir mengangat wajah dari memandang kertas di atas meja kerja. Wajah serius dihiasi dengan senyuman selepas terpandang wajah Adam.

"Oh, Adam. Masuk. Baba ada something want to discuss with you." Kerjanya ditinggalkan sebentar dan dia mula bergerak ke arah ruangan sofa. Single sofa didudukinya.

Adam masuk ke dalam dan menurut saja Encik Amir. Sofa berhadapan dengan ayahnya itu diduduki.

Hairan.

Wajah Encik Amir tidak setegang seperti biasa sebelum ini bila bertemu dengan dia. Malah, wajah itu ceria dan bibir tersenyum kepadanya. Sedikit agar terkejut bila ayahnya itu mengangkat wajah dan memandangnya dengan senyuman. Pelik.

"Baba nak bincang apa?"

"Macam ni. Minggu ni Adam busy tak?"

Adam berfikir sejenak. Dahi berkerut.

"Not sure. But nanti Adam tanya Rin. Sebab Adam pun tak ingat schedule Adam sendiri. Kenapa tu Baba?"

Terangguk-angguk Encik Amir sebelum menjawab pertanyaan anaknya itu.

"Actually, lusa Baba kena outstation dekat Terengganu because of our company dekat sana ada sikit problem yang kena settle. You know, kita kan baru je buka cawangan KM Snd. Bhd. dekat sana? Banyak pula masalah. But, tiba-tiba pula Baba terpaksa hadir meeting tergempar dekat Pahang. Hari yang sama. So, i need your favour untuk ke Terengganu and then settle the problem. Kalau tak pergi kita tak tahu apa masalah yang ada dekat sana. So, can you?"

"Hmm. Insha Allah. Adam tak janji. Nanti Adam check my schedule and confirm dengan Rin dulu macam mana. Pergi sana dalam berapa hari?"

"Three or four days. But depend on our problem dekat sana. Kalau Adam boleh settle dengan cepat, so cepat la Adam boleh balik."

Dalam diam, Encik Amir menyembunyikan rancangannya. Dia bukan sengaja ingin membiarkan Adam ke sana. Dan dia tahu Kayla berada di sana. Dia juga bukan mahu mendedahkan di mana keberadaan Kayla, tetapi sengaja mahu melihat usaha Adam mahu mencari Kayla. Kalau benar Adam sekarang sedang mencari Kayla, sudah tentu di mana-mana saja Adam akan mencari. Itu adalah merupakan satu peluang yang sangat besar untuk Adam mencari Kayla. Jika Adam tiada rasa bersungguh, maknanya Adam tidak mahukan Kayla lagi.

Adam balas senyum sambil mengangguk. Dia terdiam. Rasa ingin bertanya tentang adakah Encik Amir masih memarahinya? Tetapi risau pula andai mood ayahnya itu terus berubah. Dia juga mahu bertanyakan kepada Encik Amie sekiranya Encik Amir tahu di mana keberadaan Kayla.

Seminggu sudah berlalu selepas kejadian di mana dia tahu semua kebenaran tentang rancangan Lara mahu hubungan dia bersama Kayla renggang. Seminggu itu juga dia cuba mencari di mana keberadaan gadis itu. Tetapi tidak juga dia berjumpa. Walaupun Puan Zarina mengatakan bahawa Kayla tiada di KL ini, hatinya tetap kuat mengatakan isterinya masih ada di sini.

Tidak tahu tujuan apa dia mencari, tetapi semakin hari ada sesuatu yang mendera hati dan perasaanya. Rasa itu memaksa dia untuk tetap mencari Kayla. Dalam masa seminggu ini, baru dia tahu erti risau bila isterinya sendiri tiada di depan mata.

Dia tahu dia bodoh! Bodoh melepaskan Kayla pergi. Menghalau isteri sendiri dari rumah adalah perkara yang paling tidak wajar dilakukan bagi seorang suami. Dia mula sedar semua itu. Tetapi, untuk diundurkan masa mustahil sekali. Jadi sekarang, dia perlu mencari Kayla dan memohon maaf atas kesalahannya. Dia juga mahu menebus disemua kesalahan yang dia lakukan terhadap Kayla.

Namun, bila dia terfikir mahu mencari dan memohon maaf kepada Kayla, adakah isterinya itu akan memaafkan dirinya? Lepas apa yang dia buat, masihkah Kayla akan memaafkan dia? Masihkah Kayla menerima dirinya?

Mahu tidak mahu, dia harus hadap semua itu.

"Adam?"

Lamunan terhenti. Adam memandang Encik Amir.

"Ya, Baba?"

"Termenung jauh, nampak. Fikirkan apa? Atau- Adam ada nak tanya apa-apa sebelum Baba nak sambung buat kerja?"

Ini adalah peluang!

"Kalau Adam tanya, Baba jangan marah."

Encik Amir ketawa kecil. Macam budak kecil saja lagak anak sulungnya itu. Marah? Ikutkan hati memang sedang marah. Tetapi, marah sejauh mana sekali pun Adam tetap anaknya. Tempat dia meletakkan harapan yang tinggi. Macam sekarang. Dia perlukan bantuan Adam untuk menyelesaikan masalah syarikat mereka di Terengganu. Tanpa Adam, dia tak dapat selesaikan masalah. Dia percayakan Adam, kerana itu dia serahkan kepada Adam.

Soal Kayla, dia tahu Adam sudah berubah dam menyesal. Isterinya sudah menceritakan segalanya. Dia bersyukur kerana akhirnya Allah bukakan pintu hati Adam untuk menilai yang mana baik dan buruk. Akhirnya Adam sedar dengan kesilapan dia selama ini.

"Baba marah sekali pun, Adam tetap tak heran kan? Macam sebelum ni." Sempat dia memerli.

Tersentap!

Itu yang Adam sedang rasa. Dia tertunduk bersalah dan malu. Malu bila ayah sendiri berkata begitu. Nampak sangat disitu dia seorang yang degil. Sanggup melawan mulut orang tuanya sendiri demi mempertahankan orang luar.

"I'm sorry about the past, Baba. Sekarang Adam dah sedar semua yang Adam buat sebelum ni memang salah. Adam berdosa dengan Baba and Umi juga. Termasuk- Kayla." Perlahan saja bila tiba nama Kayla disebut.

Dada dihimpit dengan rasa bersalah bila teringat kepala Kayla. Bagaimana dia hendak menebus kesalahannya itu?!

Encik Amir mengeluh lega.

"Baba maafkan. Don't worry. About that past, Baba tak simpan dalam hati. Baba tahu Adam buat macam tu sebab masa tu Adam sayang sangat dengan Lara. Baba faham perasaan bila kita nak pertahankan orang yang kita sayang. Tapi apa yang Adam buat dulu tu dah melebih. Sayang tu biar berpada-pada jangan sampai makan diri, nak. Lain kali ingat."

Adam angkat wajahnya.

"Baba still marahkan, Adam?"

"Kalau fasal Kayla, yes. Baba still marahkan Adam. But, you're my son. Sampai bila Baba nak marahkan anak sendiri."

Adam tertunduk semula. Sangkaannya tepat. Encik Amir masih marahkannya tentang Kayla.

"Adam minta maaf dengan apa yang Adam dah buat dekat Kayla, Baba. Adam betul-betul maaf. Dan- Adam kesal dengan semua tu."

"Kesal saja tak guna, Adam. Kalau betul Adam kesal, cari Kayla dan minta maaf dengan dia. Tebus semua kesalahan Adam tu. Kalau boleh, pujuk dia semula balik dengan kita. Itu pun kalau dia makan pujuk. Dari apa yang Baba nampak sebelum dia keluar dari rumah kita dua bulan lepas, Baba tak rasa dia akan balik ke pangkuan kita semula lepas ni."

Sayu bila memikirkan pemergian Kayla. Kali terakhir dia melihat anak angkat merangkap menantunya itu adalah semasa Kayla meminta izin untuk berpindah ke Terengganu. Itu adalah kali terakhir dan sangat menyedihkan hati tuanya. Bertahun-tahun Kayla tinggal dekat bersamanya dan tidak pernah berjauhan. Tiba hari itu, Kayla mula menjauh juga dari pangkuannya. Demi kebahagiaan anak angkatnya itu, dia rela lepaskan Kayla pergi jauh.

Segera Adam memandang semula wajah Encik Amir. Mencari kebenaran disebalik mata Encik Amir yang mula layu itu. Mungkin bersedih bila teringat akan Kayla. Apa yang dikatakan ayahnya itu mungkin benar. Dari anak mata, Adam faham semuanya. Kayla tidak mungkin dapat menerimanya lagi selepas ini.

"Adam akan minta maaf dan tebus kesalahan Adam pada dia, Baba. Adam akan cari dia. Dalam seminggu ni Adam tak henti cari dia even i know dia dah tak tinggal dekat KL. But, who knows she's still in here. Adam masih tak jumpa dia juga."

"Dia tak ada dekat sini, Adam. Carilah dia luar dari KL. Dia tak mungkin balik sini lagi. Boleh Baba tanya?"

Adam mengangguk.

"Adam kata Adam cari dia untuk minta maaf and at the same time nak tebuskan kesalahan Adam pada dia, right?"

Adam mengangguk lagi.

"Adam buat semua tu hanya semata-mata nak tebus kesalah? Dan, bukan sebab Adam dah mula sayangkan Kayla?"

Soalan cepumas Encik Amir berikan. Sengaja dia mahu menduga anak lelakinya itu. Dia tahu, dalam masa terdekat ini tidak mungkin akan ada rasa cinta di hati Adam buat Kayla. Adam perlukan banyak masa lagi. Tambahan pula Kayla tiada disisi. Rasa itu lagi susah mahu muncul.

Terus tergamam Adam bila disoal tentang hati dan perasaan. Sayangkah dia pada Kayla? Tentu sekali. Dia sayangkan Kayla dari dulu hingga sekarang. Namun, hanya sekadar kawan baik. Untuk lebih dari itu, dia sendiri tidak pasti bila rasa itu akan muncul.

"Ad-Adam-"

"Kalau itu tujuan Adam nak cari dia, just forget it." Pintas Encik Amir.

"Apa maksud Baba?"

Encik Amir bangun dari sofa. Dia mencebik sebelum mula berjalan perlahan ke meja kerjanya semula.

"Nothing. Baba nak pesan bila Adam buat keputusan nak pergi ke Terengganu nanti, guna peluang tu sebaik mungkin." Pesannya sambil duduk.

Adam yang semakin tidak faham itu mula mengerutkan dahi. Sedikit pun dia tidak faham.

"Kenapa?"

"You will know soon. Dah keluar, Baba nak buat kerja."

Tanpa menghiraukan Adam yang masih terpinga-pinga, Encik Amir meneruskan kerjanya. Harap Adam faham dengan kata-kata tersirat darinya.

?????

PUAN ZARINA pandang Encik Amir tidak puas hati. Geram sungguh dia saat ini melihat keselambaan suaminya itu. Seperti tiada apa yang berlaku. Seperti suaminya itu langsung tiada buat kesalahan.

"Kenapa awak suruh anak kita pergi ke sana?" Dia bercekak pinggang.

Encik Amir yang berada di atas katil menggoyangkan kakinya yang disilang sambil membaca buku tanpa riak bersalah langsung. Dari mula dia balik kerja, sampai dah nak tidur isterinya itu tidak habis-habis mengungkit soal itu. Menyesal ada juga bila memberitahu tentang itu. Kalau tidak, tak ada lah sampai ke malam isterinya membebel.

"Abang. Saya tanya ni."

"Apa?"

Puan Zarina ketap gigi. Boleh pula ditanya? Dia sedang menahan panas hati sejak petang tadi. Terkejut dia ketika suaminya memberitahu yang Adam bakal ke Terengganu di atas sebab syarikat mereka yang bermasalah di Terengganu.

"Apa awak tanya?"

Buku yang dibaca Encik Amir tutup dan diletakkan disebelahnya. Puan Zarina dipandang.

"Kenapa? Apa salahnya dia pergi? Saya suruh dia settle problem dekat sana. Bukan suruh buat apa pun."

Sakit kepala dibuatnya Puan Zarina mendengar jawapan itu. Dia kalau boleh tidak mahu Adam ke sana langsung. Bimbang jika anaknya itu terserempak dengan Kayla. Macam mana?

"Abang. Abang sedar tak yang awak tu hampir pecahkan rahsia?"

"Rahsia?"

"Ha."

"Rahsia yang Kayla tinggal dekat sana? Kenapa? Biarlah kalau Adam tahu. Adam tu masih lagi suami Kayla, kan?"

Encik Amir dihampiri.

"Senangnya awak cakap. Awak dah lupa ke apa anak kita dah buat dekat Kayla tu? Bila abang buat macam tu, abang macam nak dekatkan jurang antara mereka berdua tahu tak?"

Tergeleng kepala Encik Amir bila itu yang dijawab oleh isterinya. Bagi dia, biarlah Adam tahu. Tetapi bukan sebab dia yang beritahu. Biar Adam tahu dengan sendirinya. Dia cuma memberi clu saja. Antara usaha Adam saja mahu cari Kayla atau tidak. Kalau tak cari, tak jumpa juga walaupun sudah satu negeri.

"Na, awak sedar tak awak tengah bercakap fasal apa sekarang? Awak sedar tak yang mereka berdua tu dah hampir tiga bulan terpisah jauh tanpa khabar berita? Awak memang nak dia orang berpisah ke? Awak tahu kan apa hukum bila sengaja nak runtuhkan masjid yang terbina?"

Puan Zarina bungkam. Terasa dengan soalan-soalan itu semua. Menyerap hingga ke pangkal hati.

Dia bukan tidak sedar semua itu. Terlebih sedar. Dia bukan mahu runtuhkan masjid yang terbina. Tetapi, kalau itu yang terbaik buat Kayla dia sanggup. Tidak mahu Kayla menderita lagi.

Encik Amir mengeluh.

"Saya tahu awak sayangkan sangat dengan Kayla. Awak nak semua tu terjadi sebab tak nak Kayla derita lagi disebabkan anak kita. Tapi awak kena ingat, Adam juga manusia biasa yang tak lari dari buat kesilapan. Mungkin apa yang terjadi sebelum ni dapat buat dia belajar dari kesilapan. Kita sebagai orang tua kena tolong dia selesaikan masalah. Bukan semakin tambahan masalah mereka berdua, Na. Tak salah kalau kita dorong Adam untuk pujuk Kayla semula. Berpisah atau tak itu terletak pada merek berdua. Jangan prejudis dengan anak sendiri, Na. Adam tu baru je kesal dengan perbuatan dia. Kita kena sokong dia dari belakang."

"Saya minta maaf. Saya tak ada niat pun nak runtuhkan masjid anak sendiri. Tapi bila ingat semula apa yang Adam dah buat, saya jadi sakit hati."

"Sepatutnya, awak ambil semua tu jadikan pengajaran. Awak ibu kepada Adam. Mesti awak faham perasaan kesal dia macam mana, kan? Dia pun tak henti-henti cari Kayla satu KL ni. Andai kata nanti Kayla tak beri peluang untuk dia macam mana? Awak nak anak kita tu hidup dalam rasa bersalah je?"

Laju Puan Zarina mengangguk. Dia masih sayangkan Adam. Anaknya.

"So, sekarang kita kena bagi peluang untuk dia terus berubah jadi lebih baik. At least, dia ada kekuatan untuk hadapi masa akan datang nanti. Kita tak tahu Kayla tu macam mana. Maybe dia tak dapat terima anak kita tu dah."

Mereka berdua masing-masing terdiam dan mengenangkan nasib anak menantu mereka. Entah apa salah mereka berdua sehingga diuji sebegitu.

"Abang. Saya tak nak kehilangan Kayla." Ujar Puan Zarina sayu.

"Trust me. Katakanlah Adam dengan Kayla berpisah. Family kita tak akan bahagia macam dulu. Adam dengan Kayla juga tak akan sehala bila masing-masing memegang title ex. Sebab itu kalau boleh saya nak mereka berdua kekal sampai bila-bila. Awak faham, kan?"

Perlahan Puan Zarina mengangguk. Dia juga mahukan keluarga mereka yang dulu. Adam dan Kayla juga rapat seperti dulu. Kehidupan yang bahagia sebelum Adam bertemu dengan cinta pertama. Benarlah, orang luar dapat mengharu birukan keluarga.

?????

MELIHAT gerangan yang menghantar Whatsapp, Kayla sedikit tidak tenang. Ini semua sudah tentu kerja Hanan. Sudah tentu Hanan yang menyerahkan nombor telefon barunya kepada Haris! Sudah dipesan agar tidak memberikan nombor itu kepada sesiapa. Dia berpindah ke sini kerana mahu tenangkan diri sendiri. Bukan mahu mencari cinta!

Samsung dikerli bersama keluhan. Haris memang tidak putus asa. Sudah berapa hari lelaki itu menghantar Whatsapp kepadanya namun sekali pun dia tidak membalas. Memang tidak salah sekadar dia mahu membalas walaupun dia merupakan seorang isteri kepada Adam. Tetapi bila tahu apa perasaan Haris terhadapnya, dia tidak selesa.

Tujuan Haris mahu tahu keadaanya di sini. Dia tahu. Tetapi sikap Haris seakan-akan keterlaluan bila hari-hari asyik bertanya khabar tentangnya. Dia tidak suka dan sangatlah tidak selesa.

Sekali lagi dia mengeluh. Terpaksa jua membalas kerana rasa simpatinya. Samsung dicapai dan aplikasi Whatsapp dibuka. Nombor Haris terlebih dahulu disimpan ke dalam contact list.

Haris

-Assalamualaikum.
-Kayla, kenapa awak tak pernah
reply chat saya?
-Awak jangan salah faham. Saya
sekadar nak bertanya khabar awak
saja.
-Awak sihat?
-Macam mana rasa tinggal dekat
sana?

Kayla menggelengkan kepalanya. Jujur dia gembira bila lelaki itu masih bersama sikap caring terhadapnya. Kerana itu dia suka berkawan dengan Haris. Tetapi, sejak akhir-akhir ini sikap itu membuatkan dia tidak selesa. Mungkin dia sedar dia dengan status yang masih ada.

Dia risau jika akan timbul perasaan lain. Dia tidak mahu itu terjadi. Dia masih lagi isteri Adam yang sah! Ya. Dia tahu Adam dah buat salah dengannya. Tetapi tidak semestinya dia perlu berpaling tadah dari suami sendiri. Tidak mahu berdosa bila timbul perasaan cinta terhadap orang lain ketika dia masih bergelar isteri.

Waalaikumussalam-
Sorry. Saya busy-
Alhamdulillah saya sihat-
I'm fine here. Very fine-
Don't worry-

Tidak perlu menunggu sesaat, Haris sudah pun typing.

-Oh, Alhamdulillah.
-I'm fine to hear that.
-Don't worry?
-Macam mana saya tak worry
bila orang yang saya sayang stay
jauh macam tu.
-Saya betul-betul risaukan awak
-Awak dekat sana tak ada sesiapa.
-Take care of yourself tau?

Bibir diketap kuat. Rasa mahu menangis. Kenapa Haris buat dia macam ni?! Tahu tak dia keliru sekarang! Haris seperti masih menaruh harapan kepadanya. Jangan buat dia macam ni!

"Ya Allah. Kuatkanlah hati aku ni dari jatuh hati dengan lelaki lain selain dari suami aku. Aku masih isteri orang." Tangan diletakkan di dada dan mata dipejam bersama doa diiringi.

Thanks sebab risaukan saya-
But, no worries-
I know how to handle myself here-
Awak tak perlu kerap sangat fikir-
fasal saya

?Kayla.
-Kalau bukan saya yang nak
fikir fasal awak, siapa lagi?
-Suami awak ke? Huh! Saya
rasa sikit pun dia tak ingat
awak. Kan?

Kayla mengerutkan dahinya bila Adam yang disebut Haris. Kenapa Haris perlu kata begitu? Saja nak buat dia sedih ke? Saja nak sakitkan hatinya yang Adam memang tidak kesah tentang dia?

Saya tak perlukan sesiapa-
untuk fikir fasal saya
And, tak perlulah awak sebut-
tentang suami saya
Dah lupa ke?-
Saya tak nak fikir fasal tu-
By the way, thanks sebab-
risaukan saya

Seusai menghantar semua itu, Kayla memilih untuk menutup data. Haris seakan sengaja membangkit rasa kecewanya pada Adam lagi. Dia kembali tidak tenang setelah beberapa hari tidak memikirkan perbuatan buruk Adam pada dia.

Kenapa Haris buat begitu?

Kalau betul risaukan dia, tidak perlu sampai mengata Adam seperti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience