Peluang Untuk Bahagia 23

Romance Completed 31764

BIHUN goreng diisi ke dalam mangkuk selepas siap di masak. Bersama senyuman mekar, teko air dicapai dan air teh panas dibancuh dengan sekucup rasa. Tidak perlu manis dan tidak perlu tawar kerana tidak elok bersarapan dengan air yang terlalu manis. Dulang pula diambil, teko dan dua cawan kecil diletakkan diatas dulang kemudian dibawa letak di atas meja makan. Begitu juga dengan semangkuk bihun yang dia sediakan disusun cantik di atas meja.

"Siap pun." Sorak dia.

Kayla senyum puas hati dengan apa yang dia buat. Masakan pertama di hari pertama di rumah dia dan Adam. Baru semalam mereka berdua pindah masuk ke sini. Itu pun Adam yang kelam kabut hendak berpindah ke sini. Ikutkan dia, mahu saja menetap dirumah Encik Amir. Tetapi dia dituruti saja. Dapatlah juga dia bebas dari membebaskan tudung dari terus berada di atas kepala kerana tiada mahram melainkan Adam, suaminya.

Kedengaran derapan kaki yang mula menuruni anak tangga semakin buat dia senyum lebar. Cepat-cepat dia berlari kecil keluar daripada ruang dapur. Kelihatan Adam sedang menuruni anak tangga sambil tangan melipat lengan baju hingga ke siku.

"Adam." Sapa dia gembira. Senyuman bertukar menjadi sengihan. Bersinar-sinar dia memandang lelaki itu.

Mulai hari ini, dia sudah berjanji pada diri sendiri akan menjadi seorang isteri yang dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Dia tidak akan putus menyediakan sarapan pagi buat Adam. Dia tidak akan lupa menggosok baju lelaki itu pada setiap malam untuk Adam pergi kerja pada paginya. Dia cuba. Cuba menjadi isteri yang baik dan bertanggungjawab. Mungkin lama kelamaan Adam akan terbuka hati untuknya. Siapa tahu, kan?

Dan kalau itu terjadi, dia adalah perempuan paling bahagia!

Adam angkat wajah memandang Kayla dihujung anak tangga sebelum kembali focus melipat lengan baju kemeja.

"Hmm. Kenapa?" Langkah diberhenti tepat-tepat depan Kayla sebaik saja kaki menjejak lantai tingkat bawah.

"Jom. Kayla dah siapkan breakfast." Lengan Adam dipaut mesra.

"Aku dah lambat la."

Senyuman Kayla mengendur sedikit.

"Oh. Tapi, makan la sikit. Dah siap hidang dah. Please." Mata dikerdipkan beberapa kali memandang Adam. Berharap lelaki itu sudi. Jangan Adam buat dia terkilan lagi.

"Hmm. Kau masak apa?" Adam mengalah. Tidak kuasa dia mahu membalas mulut dengan Kayla dipagi yang tenang ini walaupun dia sememangnya lewat sekarang.

Senyuman Kayla mekar kembali. Tanpa berlengah, terus lengan Adam ditarik agar mengikutnya ke dapur. Sampai dihadapan meja, kerusi ditarik keluar dan Adam ditolak duduk di atas kerusi. Kayla bergerak untuk mencedok bihun goreng ke dalam pinggan yang tersedia di depan Adam. Perasaanya tidak usah digambarkan. Gembira sangat bila Adam turuti permintaannya kali ini!

"Bihun goreng. This is your favourite food, right?"

"Dulu. Sekarang dah tak." Tanpa berperasaan Adam membalas.

Riak wajah Kayla berubah serta merta. Tidak pasti jawapan Adam itu gurauan atau kenyataan kerana wajah Adam selamba saja dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan lelaki itu sedang bergurau dengannya.

"Tapi-"

"Kau nak suruh aku makan ke tak nak sekarang? Aku dah lewat ni. Kalau tak nak aku-"

"Eh! Nak nak nak." Laju Kayla menjawab bila Adam sudah pun bangun berdiri dari kerusi. Dengan cepat bihun goreng dicedok ke dalam pinggan.

"Makan la." Ujarnya seraya menarik kerusi dihadapan Adam.

Beberapa sudu bihun goreng dimakan Adam penuh selera sebelum dia berhenti menyuap. Kayla dipandang geram. Dari dari menyuap suapan pertama sehinggalah bihun di dalam pinggan hampir habis, Kayla asyik merenung dirinya. Dia sedikit tidak selesa bila dilakukan begitu.

"Kau kenapa?"

Kayla tersedar. Dia menegakkan badan.

"Kenapa apa?"

"Kau tenung aku macam nak telan kenapa? Lapar? Kalau lapar, telan bihun goreng yang kau buat ni. Bukan telan aku."Perli Adam. Suapan kembali disambung. Membazir kalau tidak dihabiskan. Lagipula, sedap!

Kayla termalu sendiri. Rupanya lelaki itu perasan. Dia tenung sajalah Adam yang asyik sangat makan kerana ingatkan lelaki itu tidak perasan. Malu! Rasa mahu sorok dibawah meja makan sekarang juga!

"Dah. Aku nak pergi kerja. Kau pergi sendiri ke nak aku hantarkan?" Lelaki itu mula berdiri selepas mencicip sedikit air teh panas.

Kayla turut berdiri. Matanya bersinar-sinar bila Adam menawarkan diri untuk menghantarnya kerja. Eh kejap! Bukankah dia dan Adam kerja satu pejabat sekarang? Dia kan sudah menjadi peguam peribadi KM Auto Sdn. Bhd.

"Hantar apa ke bendanya kalau kerja tempat sama, Adam." Jawabnya dengan mengetap gigi geram.

Adam tergelak kecil.

"Cepat. Aku tunggu dalam kereta."

Tanpa membuang masa dan takut kena tinggal, Kayla segera membawa pinggan dan cawan kotor ke sinki untuk dibasuh. Sebelum meninggalkan rumah mestilah kena tinggal dalam keadaan bersih. Bila balik nanti tak ada lah dia kelam kabut kena kemas dalam diri sedang penat lepas balik kerja.

Keadaan di dalam kereta sunyi sepi dan hanya suara radio yang sayup-sayup berbunyi. Antara Kayla mahupun Adam, masing-masing mendiamkan diri tidak mahu bersuara. Sudah hampir 10 minit mereka berdua di dalam kereta perjalanan ke pejabat.

Kayla pandang Adam yang fokus pada pemanduan. Bibir bawah digigit sedikit. Dia ada sesuatu hendak bertanya kepada lelaki itu tentang hubungan mereka.

"Ermm- Adam."

Isterinya dipandang sekilas sementara tangan menekan signal ke kiri.

"Apa?"

"Nak tanya something, boleh?"

"Nak tanya apa?"

Kayla diam seketika. Berfikir untuk kali kedua sama ada patut atau tidak dia bertanya. Tetapi, selagi dia tidak bertanya dia sendiri juga tidak akan tahu apa hala tuju perkahwinan dia dan Adam.

"Nak tanya tentang- kita?" Soal Kayla dengan wajah serba salah. Risau kalau lelaki disebelahnya tiba-tiba bertukar menjadi garang.

Adam perlahan menekan brek kaki dan menarik handbreak kerana traffic light yang sudah bertukar merah. Kebetulan pula dengan soalan Kayla seakan-akan memberi ruang untuk mereka berbual. Adam melepaskan streng kereta dan menyandar kepala. Mata menghala ke hadapan.

"Kau rasa?"

Soalan yang turut dibalas dengan soalan membuatkan Kayla menghela nafas perlahan. Bukan ini yang dia mahukan.

Kayla menjongket bahu.

"Tak tahu." Pandangan dibuang pada tingkap sebelah. Sebenarnya dia risau kalau Adam mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hatinya. Selama ini pun dia hanya mampu bertahan.

Kini Adam pula yang mengeluh.

"Aku pun tak tahu. Aku tak pernah fikir sikit pun ke mana hala tuju perkahwinan kita lepas ni."

Sepantas kilat Kayla mengalihkan pandangan ke arah Adam. Ternyata tekaannya tepat lagi. Adam sudah mengeluarkan jawapan yang menyakitkan hatinya. Tak pernah fikir sedikit pun? Maknanya, Adam memang perancangan untuk mereka berdua? Adam memang hanya menganggap dirinya hanya seorang kawan baik sahaja ke? Dan, bukan isteri?

"Cuma aku harap-" Adam kembali menyambung.

"Aku harap, aku ataupun kau nanti akan terima dengan apa saja yang akan berlaku antara kita berdua. Aku nak kau tahu yang- aku tak janji kita akan jadi seperti suami isteri macam orang lain. Dan, aku juga tak janji yang aku akan lepaskan kau. Aku sendiri confuse, Kayla."

Mendengar saja perkataan "lepaskan", terus saja air mata Kayla bergenang. Tak janji yang Adam akan lepaskan dia, tapi lelaki itu mesti pernah terfikir untuk lepaskan dia. Tidak sangka, perkahwinan mereka baru saja hampir sebulan Adam sudah fikir hingga ke situ. Dalam hati Adam memang tiada sedikit kah perasaan untuknya?

Dia tidak minta banyak, cukuplah sekadar menyayangi diri dia lebih dari seorang kawan baik.

----------

TIDAK tahu berapa lama sudah dia menghadap skrin telefon bimbit. Mata hanya tertumpu pada skrin yang terpapar perbualan antara dia dan Lara. Kali terakhir mereka berdua saling membalas Whatsapp adalah 2 bulan yang lepas. Setiap hari, setiap malam tentu dia akan membuka aplikasi Whatsapp hanya untuk membaca semula apa yang telah dia dan Lara bualkan sepanjang mereka bercinta. Dan dia juga tidak berhenti berharap agar gadis itu akan menghantar pesanan Whatsapp kepadanya. Setiap saat dia menanti tanpa henti. Terlalu berharap.

Adam mengeluh.

"You pergi mana?" Soal dia sendiri.

Dia tahu, walaupun sekarang Kayla sudah menjadi isterinya, dia masih lagi mencintai Lara sepenuhnya hatinya. Cinta terhadap Lara tidak akan terpadam selagi gadis itu tidak memberi penjelasan sebab dan kenapa tiba-tiba Lara mahu membatalkan perkahwinan mereka. Dia cuba berfikir positif. Mungkin Lara ada sebab tertentu dan mungkin sebab itu tidak dapat dikongsi lagi bersamanya. Dia akan bersabar menanti hari di mana Lara kembali semula dan memberi penjelasan yang sebenar.

Dan, apa yang dia akan lakukan jika Lara benar-benar kembali semula kepadanya? Bagaimana dengan Kayla? Pasti Lara akan kecewa dengan dirinya kerana dia telah berkahwin bersama Kayla.

Mata dipejam rapat. Jauh disudut hatinya, dia kesal dengan apa yang berlaku. Kesal kerana dia buat keputusan melulu-lulu sehingga menyebabkan Kayla telah pun menjadi isterinya. Kawan baik sendiri menjadi isteri yang sah.

"Kenapa aku ni bodoh sangat? Tak fikir dulu sebelum buat keputusan?"

"Kenapa? Kau menyesal ke dengan perkahwinan ni?"

Terus Adam menoleh ke belakang. Wajahnya berubah bila suara Kayla menyapa pendengarannya. Hendak pula bila soalan yang dituju itu. Sejak bila gadis itu berada di belakangnya?

"Kau hendap aku ke apa ni?" Soal dia geram. Sebenarnya lebih kepada cuak.

Kayla tersenyum hambar. Langkah diatur menghampiri lelaki yang bergelar suaminya itu. Dia berhenti disebelah Adam yang duduk diatas kerusi. Baru saja dia berdiri di belakang Adam dengan niat mahu mengusik lelaki itu. Tetapi bila ternampak apa yang Adam buat, terus tidak jadi. Sakit hatinya bila melihat Adam yang asyik sangat membaca semula perbualan bersama Lara di aplikasi Whatsapp.

"Tak ada la. Ingat nak buat kau terkejut. Tapi aku pula terkejut."

Adam terdiam. Tahu apa maksud disebalik jawapan Kayla itu.

"Adam, aku nak tanya kau and boleh tak kau jawab dengan jujur?" Kayla pandang Adam. Dia perlu tahu tentang perasaan Adam yang sebenar. Sudah sebulan mereka menjadi suami isteri tetapi sedikit pun dia belum nampak masa depan rumah tangga mereka.

"Apa?" Dingin saja suara Adam berbunyi dan Kayla dapat rasakan.

Kayla mengeluh perlahan. Terus tidak jadi mahu bertanya. Nampak sangat Adam malas melayan dia.

"Tak ada apa la. Aku masuk dulu." Badan dipusing ke belakang. Lebih baik dia masuk ke dalam dari hati terus sakit dengan sikap lelaki itu.

"Kau cakap nak tanya something, tanya saja la. Tak payah nak buat merajuk. Tak kuasa aku nak layan."

Langkah terhenti. Belum apa-apa hati milik Kayla rasa terbelah dua dengan perlian dan ayat yang keluar dari Adam. Sebak mula menguasai dirinya.

Mata dipejamkan.

Kayla, sabar. Kau boleh hadap semua ni.

Kayla senyum nipis. Dia masih belum berpaling ke arah Adam.

"Aku pun tak nak merajuk. Aku sedar aku siapa."

"Baguslah."

Kayla ketap bibir. Sekali lagi jawapan Adam buat dia mahu menangis. Kenapa Adam berubah sehingga begini rupa? Mana Adam yang sering memujuk dia? Mana Adam yang prihatin terhadap dirinya satu tika dulu? Adam dah berubah sangat!

"Tanya la cepat. Aku tak ada masa nak tunggu kau bercakap."

Kayla diam beberapa saat. Cuba mengumpul kekuatan dan cuba meredakan rasa sebak. Bimbang suara mula bergetar dan Adam dapat mengesan.

"Aku nak tanya, kau- kau menyesal ke dengan perkahwinan ni?" Berani dia bertanya. Suara sehabis mungkin dikawal. Ikutkan hati mahu dia menangis. Tapi buat apa? Adam tidak akan peduli juga.

Soalan Kayla mendiamkan Adam. Lidah lelaki itu terkelu seribu bahasa. Lama untuk dia membalas.

"Menyesal pun tak guna sebab dah lepas."

Air mata ditahan tumpah jua. Jawapan yang Kayla takut sekali. Cukup dengan jawapan itu, dia sudah tahu apa yang Adam sedang lalui sekarang. Adam menyesal! Menyesal jadikan dia sebagai isteri! Tidak perlu Adam jelaskan kerana dia sudah dapat mengagak.

Jadi ini yang dibalas kepada dia?

Sebelum kahwin, bukan main lagi Adam memujuk dia untuk setuju dengan rancangan gila lelaki itu! Sekarang menyesal pula!

"So, betul lah kau menyesal." Perlahan dia bersuara. Ada banyak lagi soalan, jadi dia harus bertahan dari menangis.

"Itu kau yang cakap. Bukan aku." Dalih Adam mahu menyembunyikan jawapan sebenar.

Menyesal?

Ya, dia menyesal. Menyesal kerana buat semua ini tanpa fikir panjang. Menyesal melibatkan Kayla dalam masalahnya dan akhirnya menyebabkan dirinya sendiri dalam dilema. Mana mungkin dia dapat bergembira kerana berkahwin dengan Kayla sekarang sedangkan hatinya masih pada Lara. Sesiapa saja akan kecewa dengan semua ini.

Kayla mendongak sedikit. Risau air mata semakin laju mengalir. Dia bertenang sebelum kembali menyoal.

"Sa-satu lagi."

Kedua-dua diam. Adam masih menanti soalan seterusnya.

"Ka-kalau Lara balik, ka-kau terima dia s-se-semula?" Sungguh sakit hati Kayla! Rasa sakit biarpun hanya menyoal.

Sekali lagi Adam diam. Soalan yang paling buat dia dalam dilema.

"Aku rasa kau dah tahu jawapan untuk soalan tu. Aku cintakan dia sangat. Aku yakin kau boleh faham. Macam ni lah." Adam bangun berdiri. Belakang Kayla dipandang.

"Aku minta maaf sebab libatkan kau dalam masalah aku. Ya. Aku menyesal. Menyesal dengan semua ni. Aku libatkan kau dalam masalah aku. Aku minta maaf. Tapi, aku nak kau tahu yang aku tak akan berhenti cintakan Lara. Selagi dia tak bagitahu aku penjelasan sebab kenapa dia tinggalkan aku, tak ada sebab untuk aku benci dia. Aku akan sayang dan cintakan dia sama macam dulu. Aku nak pesan-"

Kayla pejam mata. Menyabarkan hati sendiri mendengar setiap patah kata itu. Hanya Allah saja yang tahu perasaannya kini. Setiap patah yang keluar dari Adam bagaikan belati yang menghiris hatinya.

"Aku tak nak kau letak apa-apa harapan dalam perkahwinan kita ni. Itu je. Sebab, aku tak yakin yang kita akan kekal lama. Kau pun tahu sebab kenapa. Perkahwinan tanpa cinta tak akan bahagia dan kekal. Aku harap kau faham."

Hancur!

Hati Kayla hancur!

Hancur menjadi abu!

Terlampau sakit dan kecewa.

Tangan naik memegang dada. Sakit tidak dapat ditahan lagi. Untung saja dia membelakangi Adam. Kerana dia sudah tidak dapat menahan rasa sebak mahu menangis.

Perlahan kepala dianggukkan.

"Fa-faham. Ak-aku faham." Bibir diketap rapat.

Ya Allah! Sakit!

"Ak-aku pun nak pesan satu perkara dekat kau." Dengan kekuatan yang masih bersisa, Kayla gagah diri untuk bersuara.

Adam menanti. Bukan dia tidak dapat kesan suara bergetar dari Kayla. Namun, ditahan saja dirinya dari memujuk gadis itu. Biarkanlah.

"Aku ha-harap, lepas ni kau tak akan menyesal apa yang akan berlaku. Aku nak kau fikirkan sesuatu keputusan tu berulang kali sebelum buat kata putus biar kau tak menyesal di kemudian hari macam sekarang. Jangan ulang perkara yang sama. Aku nak kau ingat satu je. Apa yang kita sayang tak semestinya baik untuk kita. Aku tahu kau cintakan Lara. Tapi aku harap lepas ni kau fikir betul-betul kalau nak terima dia. Siasat dulu sebab apa dia tinggalkan kau. Aku tak nak kau menyesal macam sekarang."

Tanpa menunggu, Kayla terus berlari anak masuk ke dalam bilik. Cukuplah sampai disitu. Dia perlu hemburkan tangisan yang tertahan ini. Semakin ditahan semakin sakit.

Pintu bilik ditutup rapat. Tubuh disandar pada pintu dan perlahan melorot jatuh ke lantai. Lutut ditarik rapat ke dada. Tangisan dikeluarkan sepuas-puasnya agar rasa sakit berkurangan.

"Sampai hati kau buat aku macam ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience