Peluang Untuk Bahagia 5

Romance Completed 31764

SUDU dan garfu diletak ke dalam pinggan. Encik Amir menyandarkan badan pada kerusi sambil berpeluk tubuh memandang Adam dan Kayla yang membisu sedari tadi. Kedua-dua itu hanya diam menikmati sarapan yang dihidang oleh Puan Zarina. Hati tuanya sebagai seorang ayah tidak senang bila melihat kedua-dua anak muda itu saling bermasam muka tanpa punca yang dia sendiri tidak tahu. Sejak dari mula berada di meja makan itu lagi Adam dan Kayla diam tidak bercakap biarpun sepatah perkataan.

Encik Amir memandang isterinya yang turut memandang Adam dan Kayla. Dia dan isterinya cukup berasa hairan dengan perubahan dua anak muda itu. Biasanya, kedua-dua itu akan bertekak di meja makan dengan berebut siapa dulu akan mengambil lauk yang terhidang. Sekarang, kedua-duanya diam membisu. Hanya sudu dan garfu yang saling berlaga menghasilkan bunyi mengisi kesunyian di meja makan itu.

Puan Zarina mengeluh perlahan.

"Adam, Kayla, kenapa diam saja ni?" Dia mula bersuara.

Adam dan Kayla serentak mengangkat wajah memandang Puan Zarina. Namun, bibir masing-masing masih lagi terkatup rapat. Tiada apa yang hendak dikeluarkan kecuali mereka berdua menjawab soalan itu dengan kepala yang digelengkan.

Melihat gelengan Adam dan Kayla, Encik Amir turut tergeleng. Sungguh dia tidak faham apa masalah kedua anak muda itu. Dia tidak suka apabila Adam dan Kayla saling bermasam muka seperti sekarang. Dia kalau boleh, sedikit pun tidak mahu ada pertelingkahan di antara Adam dan Kayla. Dia mahu kedua-duanya itu baik sentiasa.

"Anak-anak Baba ni ada problem ke? Hmm? Biasanya, kau orang berdua tak pernah diam macam ni dekat meja makan. Asyik nak bergaduh, berebut makanan saja kerjanya. Hari ni, apa dah jadi?" Hilang terus seleranya untuk sarapan pada pagi ini bila melihat Adam dan Kayla yang begitu.

"Nothing, Baba. Adam cuma penat sikit. Lately ni banyak assignment yang kena settle cepat-cepat." Bosan dengan soalan yang tidak henti ditanya, Adam mengalah untuk menjawab. Kayla disebelahnya itu satu hal, boleh pula sedap-sedap makan tanpa jawab soalan.

Mereka berdua jadi seperti ini bukan kerana dia. Sudah dia cuba untuk bercakap dengan gadis itu ketika mereka berdua terserempak dihadapan bilik Kayla. Tetapi, Kayla terlebih dahulu cepat-cepat mengelat daripada bercakap dengan dia. Dia pun apa lagi, turut buat perkara sama. Orang dah tak sudi nak bercakap, terhegeh-hegeh buat apa.

"Kayla?" Kini Encik Amir beralih kepada anak angkatnya pula yang asyik benar menikmati sarapan tanpa mempedulikan soalan dia sebentar tadi.

Kayla mengangkat wajah dengan hairan. "Ya, Baba? Kenapa?" Bukan dia tidak dengar. Tetapi sengaja buat-buat tidak dengar. Kalau boleh dia tidak mahu jawab soalan itu kerana dia tidak tahu bagaimana hendak dijawab. Tak akan la dia nak jawab yang sekarang ini dia sedang merajuk dengan Adam. Err...memang tidak la!

Encik Amir tersenyum kecil bila Kayla kembali bertanya kepada dia. Heih budak bertuah.

"Baba tanya, kenapa Kayla dengan Adam senyap dari tadi. Adam kata dia penat sebab banyak assignment. Kayla pula? Banyak assignment juga ke?"

Lambat-lambat Kayla mengangguk. "Plus Kayla tak tahu nak cakap apa. So, Kayla diam saja la. Lagipula jarang kan Kayla dengan Adam tak bergaduh depan rezeki, so hari ni kita orang tunjuk bagus la sikit. Kan, Adam kan?" Siku Adam ditolak-tolak sedikit menggunakan siku kanannya. Tidak mahu Encik Amir dan Puan Zarina mengesan pergaduhan mereka berdua.

"Ha?" Terbingung sekejap Adam dengan soalan Kayla. Tiba-tiba saja gadis itu bercakap dengan dia kenapa? Melihat kenyitan mata Kayla, buat dia faham sesuatu. "Oh! Ha'ah, Baba. Kita orang cuba jadi bagus sikit bila tengah makan. Nanti tak ada la Baba dengan Umi asyik membebel dekat kita orang." Sengihan palsu ditayang.

Puan Zarina menggeleng sebelum kembali menyambung menikmati sarapannya semula. Tidak habis-habis budak berdua itu buat dia dan suami risau. "Ada-ada saja la kamu berdua ni. Dah, makan. Nanti Umi nak suruh Adam pergi beli barang dapur sikit. Kayla ikut Adam, tau?"

Kayla melopong kecil. Ikut Adam?

Dah kenapa dengan Umi ni tetiba suruh aku pergi dengan Adam? Sebelum ni elok je mamat ni pergi seorang diri. Hari ni aku bergaduh dengan dia, hari ni juga la Umi suruh teman dia la! Ish tak suka!

Manakala Adam sudah sembunyi senyum. Dalam hati mula mengutuk Kayla yang acah-acah tidak mahu bercakap dengan dia. Akhirnya terpaksa juga nanti bercakap dengan dia. Tak akan nak membisu saja sepanjang dengan dia nanti.

Selepas sahaja solat Zohor, Adam dan Kayla sudah mula keluar dari perkarangan banglo milik Encik Amir bersama Audi TT menuju ke supermarket. Sepanjang perjalanan, hanya bunyi music yang terhasil dari radio saja menemani mereka berdua menghilangkan sunyi. Adam hanya fokus pada pemaduannya dan Kayla asyik mengelamun memandang awan dari tingkap.

Adam mengeluh kuat. Buat pertama kali dia rasa seakan dia seorang saja berada di dalam kereta sedangkan ada orang lain disebelah penumpang. Dan, pertama kali juga dia naik kereta bersama dengan Kayla tetapi suasana di dalam hanya ditemani dengan bunyi radio. Bosan!

"Ehem!" Dia berdehem dahulu. Mahu memulakan bicara dengan Kayla. "Kau kenapa tak nak bercakap dengan aku? Still marah dengan aku kes semalam ke?"

Krik krik krik.

Dia mula bengang. Eh! Dia tengah bercakap dengan orang sekarang ini, bukan dengan seat kereta sebelah penumpang la! Boleh pula Kayla buat tidak dengar dan pandang saja ke luar tingkap.

"Kayla Raihana, aku tengah bercakap dengan kau dan bukan seat yang kau duduk tu la." Gigi diketap geram. Geram sangat bila Kayla berubah buat perangai tak nak bercakap dengan dirinya!

"Hrmm." Itu saja yang dibalas dari Kayla. Kepalanya masih berpaling ke tingkap. TIada kuasa dia mahu berpaling ke sebelah dan memandang kekasih hati orang lain! Huh!

Suasana di dalam kereta kembali sunyi semula. Adam gigit bibir bawah. Susah betul nak pujuk budak bernama Kayla disebelahnya ini. Berpatah-patah yang dia keluarkan, hanya 'hrmm' saja yang dibalas.

"Kayla."

Kayla masih lagi tidak membalas.

"Okey, fine! Aku tahu aku salah. Kau jangan la palau aku macam ni, Kayla. Aku tak boleh tengok kau macam ni. Please." Masa yang tepat untuk dia merayu pada Kayla untuk maafkan dia memandangkan traffic light bertukar merah.

"Hrmm."

Adam menyandarkan badan pada kepala kerusi keretanya. Ya Allah! Sakit sungguh hatinya saat in bila hanya itu yang Kayla balas!

"Kay-"

"Kau kan dah ada Lara. Kenapa pula kau kena kesah bila aku palau kau?" Perlahan dan dingin Kayla bersuara. Nak sangat dia bercakap kan? Hah! Ambik sebijik!

Terus terdiam Adam. Kepalanya digaru, Sudah! Lara pula yang dilibatkan.

"Kenapa pula kau nak libatkan dia?" Dahi berkerut hairan. "Oh, aku tahu. Ini mesti kau cemburu, kan? Kau cemburu aku dengan dia? Kan? Kan?" Sengaja dia bergurau. Hujung jari telunjuk mencucuk-cucuk kepala bahu Kayla.

Kayla menepis kasar dan menjeling. Adam ini memang lelaki yang tidak makan saman. Sudah banyak kali dia pesan supaya jangan sentuh dia walaupun sudah berlapik. Dia takut nanti berdosa kerana itu bukan tidak sengaja tetapi sengaja Adam buat. Lagi satu, bila Adam mula terpegang dia memegang dia, mula la jantung dia bermain lagu. Dada berdebar dengan gila.

"Buat apa aku nak cemburu? Huh! Buang masa betul." Perasaannya cuba disorok sebaik mungkin biarpun kata-kata Adam terkena tepat pada batang hidungnya. Ya! Dia cemburu.

Adam bantai gelak. Dia kembali membetulkan kedudukan bila traffic light sudah bertukar hijau. Perjalanan diteruskan.

"Ha'ah, kan? Kenapa pula kau nak cemburu. Kau tu kawan baik aku. Lain la kalau kau sukakan aku."

Kayla tergamam. Sekali lagi terkena tepat pada batang hidungnya. Perlahan-lahan wajah sisi Adam dipandang sekilas. Kenapa dia dapat rasa yang Adam tahu tentang perasaan dia? Dan, wajah Adam tika ini cukup serius seperti tahu akan hal itu. Cepat-cepat Kayla kembali melemparkan pandangan ke luar tingkap semula. Dada ini tak usah dibilang. Berdebar bagai nak tercabut sudah!

----------------

PESANAN dari Adam menghadirkan segaris senyuman dibibir Kayla. Hari ini tiba-tiba pula dia jadi gembira bila disapa dengan pesanan WhatsApp dari Adam yang mengatakan hari ini Adam akan lunch bersama dengan dia seperti biasa. Saat ini hatinya mula lega bila Adam sedar dengan apa yang berlaku sebelum ini. Jujur. Dia tidak kesah langsung kalau Adam mahu keluar makan bersama Lara kerana dia tahu betapa cintanya Adam terhadap Lara. Tetapi janganlah sampai Adam terlupa akan persahabatan diantara mereka berdua yang sudah lama terjalin.

Kayla risau. Risau kalau Adam mula menjauhi dia. Risau kalau Adam mula jauh dari persahabatan mereka berdua yang selama ini terjalin rapat. Dia risau kalau Lara akan menghancurkan persahabatan mereka berdua. Kekadang, persahabatan yang terjalin boleh terlerai hanya disebabkan oleh orang luar walaupun selama mana persahabatan itu terjalin. Disebabkan kata-kata semuanya akan musnah. Hendak pula dia tidak tahu Lara itu seperti yang bagaimana.

Pap!

Bahu kiri yang ditampar dari arah belakang mematikan lamunan dan senyuman Kayla. Dengan cepat dia menoleh. Hanan yang berada dibelakang menimbulkan senyumannya semula.

"Hanan. Terkejut la aku."

Hanan mengambil tempat diatas bangku berhadapan dengan Kayla. Tadi, sengaja dia lalu ke kawasan bersebelahan dengan student centre. Ternampak seperti Kayla yang berada dekat bangku ini, itu yang menariknya dia ke sini. Asyik sangat kawannya itu mengelamun sehingga tidak sedar akan kehadirannya.

"Kau asyik mengalamun, salahkan aku pula. Kau duduk dekat sini, tak ada kelas ke?" Air milo kotak yang baru dibeli dihirup sedikit.

Lega bila ada juga setitik air masuk ke dalam perutnya. Dari pagi lagi tak makan. Malas bila ramai sangat orang di cafe. Dia lebih rela berlapar dan sekadar makan roti saja dari kena hadap dengan orang ramai. Tempat nak duduk pun tak cukup. Nak keluar pun dia malas.

"Kelas aku cancel last minute. Aku baru saja sampai depan kelas tadi. Tup-tup Miss cakap dia ada hal. Itu yang aku duduk dekat sini sementara tunggu next class."

Hanan hanya meng'oh'kan sambil mengangguk. Dia berpaling ke kanan dan secara tidak sengaja dia ternampak sesuatu. Terus berubah wajahnya. Kemudian, tangan kiri tergapai-gapai memanggil Kayla. Pandangan masih lagi disitu.

"Apa?" Kayla menyahut hairan.

"Cuba kau tengok tu." Arah yang dilihat Hanan tunjuk. "Itu bukan ke Adam?"

Kayla juga pandang ke situ. Wajah yang ceria sebentar tadi terus berubah keruh. Kedudukan Adam yang tidak jauh dari kedudukan dia dan Hanan. Bezanya, Adam berada disebelah kanan lorong hendak ke student centre dan dia berada di sebelah kiri. Tetapi, dapat dia lihat dengan cukup jelas siapa yang bersama dengan Adam.

Hanan memandang Kayla kembali.

"Itu ke girlfriend Adam yang kau cakap?" Perempuan yang sedang bergelak ketawa dengan Adam meyakinkan Hanan bahawa itu adalah kekasih Adam.

Kayla sekadar mengangguk. Pandangan dikalih ke lain. Kecewa dia bila melihat kemesraan Adam bersama Lara. Siap bertepuk tampar lagi. Dia menahan hati. Kadang-kadang dia terlupa pada semangat baru yang ditanam. Semangat mahu menghalau perasaan suka terhadap Adam. Dia cuba sebaik mungkin untuk lakukan itu. Tetapi bila berdepan dengan Adam, terus saja semangat itu dia lupa dan hilang. Bila berdepan dengan lelaki itu, dia jadi lemah.

Hanan mencebik.

"Not bad."

Sebenarnya dia mahu mengutuk kekasih Adam kerana tidak memakai tudung. Tetapi bila sedar yang dia sendiri tidak bertudung, terus dia batalkan niat. Entahlah. Dia tidak tahu bila agaknya dia akan bertudung lengkap seperti Kayla dihadapannya itu. Rasa juga ingin mula berhijab, tetapi dia tidak yakin pada diri sendiri. Malu bila berjalan dengan rakan-rakannya yang bertudung. Rasa dirinya sangat aneh.

"Kayla."

Hanan dipandang.

"Dari muka kau, aku tahu yang- kau still tak dapat nak lupakan perasaan kau dekat Adam kan?" Dia perasan wajah Kayla yang terus berubah bila dia tunjuk ke arah Adam bersama dengan seorang perempuan.

Kayla diam. Biarlah Hanan dapat meneka jawapan sendiri. Dari cara dia, dia yakin yang Hanan tahu jawapan yang sesuai untuk soalan itu.

"Kau- dah cuba?" Hanan menyoal lagi.

"Dah. But still same. Aku tak boleh dekat dengan dia. Bila aku dekat terus aku lupa semangat aku nak lupakan perasaan aku dekat dia. Kau cuba bayangkan, Hanan. Almost 24 hours aku stay dengan dia. Dekat rumah, dekat sini and everywhere aku dengan dia. Kau rasa aku boleh ke tolak perasaan tu? Semakin hari aku rasa- aku semakin jatuh hati dekat dia. Kawan baik aku sendiri. Aku penat la hidup macam ni, Hanan. Aku penat." Luah Kayla sebelum menompang dahi menggunakan tangan yang ditongkat di atas meja. Angin yang bertiup tidak mampu menyejukkan hati dia yang kecewa melihat Adam dengan Lara.

Hanan hanya mampu terdiam dan melihat Kayla didepannya. Dia tidak tahu bagaimana hendak membantuk orang bila melibatkan perasaan. Yang dia tahu hanya nasihat dan nasihat. Tetapi kalau itu juga tidak berjaya, dia sudah habis cara.

--------------

KAYLA terus bangun berdiri dari berteleku di atas sejadah bila pintu biliknya diketuk dari luar. Dengan malas dia berjalan menghampiri pintu dan terus dibuka. Dahi berkerut hairan melihat wajah yang terpancar dihadapan matanya. Siapa lagi kalau bukan manusia bernama Adam.

Mata dijulingkan.

"Kau nak apa?"

Adam tersengih. "Kau dah siap solat?" Soalan dibalas soalan. Wajah selamba seperti tiada perasaan. Itulah Adam Firdaus bila berdepan dengan Kayla. Dia suka mengusik gadis itu dengan riak tidak berperasaan.

"Dah. Kau nak apa?" Ulang Kayla sekali lagi.

"Boleh aku masuk?"

Terus badan Kayla tercegak. "Ka-kau nak masuk dalam bilik dah kenapa?" Heish, Adam! Jangan buat dia gelabah la!

Tanpa menghiraukan soalan, Adam terus meluaskan pintu dengan menolak daun pintu tanpa ambil peduli Kayla yang hampir jatuh kerana ditolak. Katil Kayla dihampiri dan dia terus merebahkan badan dengan senang. Dia tersenyum. Ala! Bukan tak biasa dia masuk ke sini.

Kayla ketap bibir. Nanti kalau Encik Amir dan Puan Zarina nampak tak elok la. Dia dan Adam bukan mahram! Adam dihampiri. Pintu dibiarkan terbuka luas bagi mengelakkan kemusykilan Encik Amir dan Puan Zarina nanti.

"Adam! Kau bangun dan keluar sekarang. Jangan nak merenyam sangat buat bilik aku ni macam bilik kau. Keluar!" Tegas dia menghalau. Jari telunjuk lurus menunjuk ke pintu ke terbuka luas.

"Adam!" Geram bila Adam masih tidak peduli.

Adam mengalah. Dia bangun dari baringan tetapi tidak pula berdiri. Dia tersenyum memandang Kayla yang berdiri dihadapannya. Suka dia melihat wajah bersih itu bila dipadankan dengan kain telekung. Siapa yang tengok Kayla pasti jatuh cinta. Tetapi bukan dia.

"Duduk kejap." Ruang kosong disebelah ditepuk-tepuk. Menyuruh Kayla duduk disitu.

"Kenapa pula aku nak kena duduk? Kau tu keluar sekarang." Kayla masih belum mengalah.

Dia sudah berdebar dari lelaki itu masuk lagi. Berdebar kerana risau Encik Amir dan Puan Zarina akan fikir bukan-bukan jika nampak nanti. Dan berdebar sebab...apa ni lelaki yang dia suka duduk sebilik dengan dia sekarang?!

Adam mengeluh.

"Aku cakap duduk." Lantas tangan kanan Kayla yang di dalam telekung ditarik kuat agar gadis itu duduk disebelahnya. Apa lagi, terus terduduk Kayla bila ditarik kuat begitu.

Terkejut Kayla dengan tindakkan Adam. Sekali lagi lelaki itu tidak makan saman! Nasib baik berlapik. Kalau tak dah batal air sembahyang dia. Satu hal pula kena ambil balik nanti.

"Adam! Aku dah pesan-"

"Ya, aku tahu. Tapi kau yang buat aku terpaksa tarik tangan kau. Kalau tak, selagi tu kau tak duduk." Cepat saja Adam memintas tanpa sempat Kayla habis bercakap.

Tidak usah Kayla ulangi banyak kali tentang itu. Dia tahu akan batasan mereka berdua. Tetapi kadang-kadang itu dia tidak mampu mengawal dari menyentuh, memegang dan mencuit gadis itu. Semua itu dia jadi seperti terbiasa bila sejak kecil lagi mereka bermain tepuk tampar dan bersentuhan.

Kayla menjeling seraya berpeluk tubuh. Setiap kali dia cuba cakap, tentu Adam pintas dengan ayat "ya, aku tahu". Tapi balik-balik buat lagi.

"Kau nak apa masuk bilik aku? Cakap dekat luar tak boleh ke? Nanti apa pula Umi dengan Baba cakap kalau nampak kita berdua dalam bilik macam ni. Tak elok betul perangai kau."

Bebelan Kayla menghadirkan ketawa senang dari Adam. Adam menaikkan kakinya bersela diatas katil. Dia sekarang sedang menghadap pintu yang sedang terbuka luas. Memang kalau Encik Amir dan Puan Zarina lalu dihadapan itu akan nampak terus dia di sini.

"Kau nak takut buat apa? Bukan aku nak buat apa-apa pun dekat kau. Saja nak lepak dalam bilik ni. Tak akan tak boleh."

"Masalahnya sekarang, ini bilik aku. Aku ni perempuan. Tak elok bila lelaki masuk bilik perempuan. Nak-nak pula kau ni bukan mahram aku." Jelas sekali Kayla menerangkan. Dia tidak mahu Adam salah sangka dengan hubungan mereka. Walaupun dia dan Adam adik beradik angkat, tak bermakna lelaki itu bebas berada di dalam biliknya. Mereka tetap bukan mahram.

Kayla dipandang bersama senyuman manis. Lama dia memandang gadis itu.

"Kau kenapa pandang aku macam tu?" Soal Kayla cemas. Tidak betah bila dia dipandang seperti itu. Lemah segala urat sarafnya.

"Aku suka kau."

Tiga perkataan yang terpancul dari bibir Adam hampir menghentikan denyutan jantungnya. Tetapi hanya seketika sebelum jantung berdegup dengan laju sekali. Kayla dapat rasa wajahnya panas sekarang. Apa maksud Adam? Sukakan dia? Dia tidak mengerti.

Adam kembali berpaling ke depan. "Aku suka kau. Aku suka tengok kau sebab kau selalu buat aku tenang. Kau selalu ingatkan aku tentang tu. Tentang kita yang bukan mahram. Aku suka kau sebab kau jaga kehormatan dan aurat kau, Kayla. Sebab tu aku suka-berkawan dengan kau."

Kayla pandang Adam. Hancur remuk harapannya yang baru bermula beberapa saat sebentar tadi. Dia ingatkan suka yang bagaimana. Dia sudah salah anggap rupanya.

Kayla. Kau jangan bermimpi la. Adam cintakan Lara. Dan kau hanya kawan baik dia. Dia suka kau sebagai kawan baik dia. Jangan berangan lebih yang dia sukakan kau!

"Okey! Actually, aku masuk sini sebab aku nak kau teman aku pergi shopping mall esok." Sambung Adam. Sebelum dia terlupa, lebih baik dia cakap.

"Shopping mall? Buat apa?" Sejak ada kekasih hati, Adam tidak lagi mengajaknya ke mana-mana. Adam hanya akan keluar dengan Lara saja. Bukan seperti sebelum ini. Adam yanh mengajaknya secara mengejut buat Kayla hairan.

"Next week birthday Lara. Aku nak belikan dia hadiah and i need you help. Dan aku nak kau bagi aku pendapat hadiah apa yang sesuai untuk perempuan macam dia. Okey?" Ceria sekali suara Adam kedengaran. Perasaan teruja tidak dapat disorok. Buat pertama kali dia akan meraikan hari jadi kekasih hati yanh tercinta!

Sekali lagi hati Kayla berkecai sedikit. Hatinya terusik melihat kegembiraan dan rasa teruja dari Adam itu. Adam seakan terlampau teruja untuk menyambut hari lahir Lara. Jika hari lahir dia sebelum ini tidak pula Adam begitu. Mungkin kerana rasa sayang dan cinta Adam kepada Lara membuatkan lelaki itu teruja sebegitu.

"Kalau aku malas?" Sengaja dia menduga. Sebenarnya dia memang malas. Malas mahu menolong Adam!

Adam memasamkan wajah. Dia pusing kedudukan dia ke kiri menghadap Kayla. Matanya dikerdipkan sebanyak kali yang boleh. Meminta simpati gadis itu.

"Ala, Kayla. Boleh la ya? Kau tak kesian ke dekat kawan baik kau ni? Dah la first time couple. Aku tak tahu nak beli hadiah apa. Tolong la aku wahai Kayla yang comel. Boleh, eh?" Rayu Adam sambil tangan bermain dengan hujung kain telekung Kayla.

Kayla hendak ketawa tetapi ditahan. Kain telekung yang dimain oleh Adam ditarik kasar. Bahaya betul lelaki itu!

"Ish! Dia ni kan! Ya la! Aku tolong. Sekarang keluar!" Tak boleh lama-lama. Nanti ada yang ketiga. Bahaya! Kayla bangun berdiri dan menghampiri pintu bilik.

"Adam! Cepat sikit bangun!" Sakit hati pula melihat pergerakkan Adam yang lambat berdiri. Lelaki itu sengaja buat lambat! Dah macam robot pun ada cara jalan tu.

"Kau kena janji dulu."

"Ya! Aku pergi." Kayla ketap gigi.

"Cakap janji dulu."

"Ya, Adam! Aku janji aku pergi. Now, get out from my bedroom! Hurry up Adam Firdaus!"

Mendengar suara tegas Kayla, cepat saja Adam melangkah ke pintu. Risau kalau-kalau ada bom menetup nanti. Habis la dia.

"Okey, Kayla. Thank you and I love you bestie. Muah!" Adam memberi flying kiss kepada Kayla sambil mengenyitkan matanya. Seusai itu, terus dia berlari masuk ke dalam bilik dengan laju.

Kayla dipintu sudah memegang dadanya. Adam benar-benar buat dia taruh harapan dengan semakin tinggi! Tolonglah jangan layan dia seperti ini. Dia tidak kuat untuk menahan perasaan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience