ADAM gelisah. Fail bertimbun di atas meja yang memerlukan tanda tangannya dibiarkan begitu. Hari ini, satu kerja pun dia tidak lakukan. Bagaimana hendak buat kerja kalua sudah tidak senang dan gelisah saja. Orang lain kalau hendak kahwin dalam masa lagi 2 minggu lagi bergembira kerana tidak sabar menanti hari yang bersejarah itu. Dia juga tidak sabar, tetapi hatinya lebih kepada gelisah.
Skrin iPhone ditenung dan WhatsApp yang dihantar dari Lara dibaca beberapa kali sebelum dia mengeluh gelisah. Rasa ingin meraung saja saat ini. Kenapa Lara buat dia begini? Majlis perkahwinan mereka hanya tinggal 2 minggu saja lagi. Sudah tidak lama bukan?
Pagi tadi dia dikejutkan dengan WhatsApp dari Lara yang mengatakan gadis itu sudah berangkat ke Paris kerana ada perkara penting yang hendak diselesaikan. Dia tidak faham, apa yang lagi penting dari perkahwinan mereka berdua?
Sekali lagi pesanan WhatsApp itu dibaca bersama kerutan dahi.
Lara
-Adam. I'm sorry. I tak boleh nak teruskan perkahwinan kita.
-I'm really sorry.
-I'm on flight now and akan fly ke Paris in a few minutes.
-Adam. I pergi ke sana sebab ada perkara yang perlu settle. Maybe tak sempat before our wedding.
-So, I decided untuk batalkan our wedding and I bukan nak tangguh.
-But I nak putus dengan you.
-I tak boleh kahwin dengan you.
-I merayu pada you, mohon batalkan perkahwinan kita.
-Jangan contact I lagi.
-Bye
Adam senyum sinis kerana sakit hati baca setiap bait yang dihantar oleh Lara. Mudahnya gadis itu pergi meninggalkan dia dan memaksa dia batalkan perkahwinan mereka. Tidak sedarkan Lara bahawa dia sangat sayang dan cinta pada gadis itu? Lara adalah segalanya pada diri dia.
iPhone digenggam kuat seiring dengan rasa sakit hati yang mencengkam.
"Kenapa you buat I macam ni, Lara? You tahu yang I cintakan you!"
Dia mula menyerabutkan rambutnya. Dia tertekan! Majlis lagi 2 minggu tetapi pengantin perempuan buat hal lari ke Paris!
Adam mendengus. Hendak menghubungi Lara dan paksa gadis itu berterus-terang dengannya tidak boleh kerana Lara masih lagi berada di dalam flight. Nak tak nak dia kena sabar sehingga Lara tiba di sana. Dan kemudian dia akan terus menghubungi gadis itu. Dia mahu Lara berterus-terang sebab kenapa gadis itu batalkan perkahwinan mereka berdua.
Apa yang buat Lara putuskan pertunangan mereka?
Dia ada buat salahkah?
Tak! Dia yakin dia tiada buat salah kerana baru sahaja beberapa lepas mereka berdua keluar bersama dan Lara kelihatan sangat gembira. Tiada apa yang berlaku antara mereka berdua. Jauh sekali mereka berdua bergaduh. Tiba-tiba Lara buat keputusan yang mengejut ini.
Dan, kenapa baru sekarang? Kenapa bukan mereka berdua menetapkan tarikh perkahwinan mereka berdua? Kenapa sebelum mereka berdua sudah membuat segala persiapan untuk perkahwinan mereka berdua? Kenapa 2 minggu sebelum majlis berlangsung baru Lara buat keputusan begini?!
"Lara."
Buat pertama kali hatinya kecewa hanya disebabkan seorang perempuan yang sangat dia cintai! Pertama kali di dalam hidupnya dia merintih kerana seorang perempuan bernama Lara!
Air mata lelaki yang hendak mengalir lekas diseka apabila pintu bilik pejabat diketuk dari luar.
"Masuk."
Terus pintu itu dibuka dari luar dan Intan merangkap PA mula masuk ke dalam bersama segaris senyuman. Adam membalas senyuman.
"Maaf mengganggu Encik Adam. Tapi, lawyer yang Encik Adam suruh saya hubungi semalam, dia dah sampai."
Wajah muram Adam terus berubah sedikit ceria. Lalu dia bangun berdiri dan mula mendekati meja kerjanya semula.
"Panggil dia masuk."
Intan menunduk sedikit. "Baiklah, Encik Adam."
Sejurus saja Intan keluar, Adam mengukirkan senyuman nipis.
Intan kembali semula dan membuka pintu. Kali ini dia mempelawa seseorang untuk masuk ke dalam.
"Cik Kayla silakan masuk."
Adam semakin tersenyum dan menanti dengan sabar. Ya, Kayla. Dia sengaja mengambil gadis salah satu peguam peribadi untuk KM Auto Sdn. Bhd. Lagipun tidak salah kerana Kayla merupakan salah seorang pemilik kepada KM Auto Sdn. Bhd.
Kayla melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Adam dengan rasa gemuruh yang teramat sangat. Terkejut dia apabila dia dihubungi seorang wanita meminta dia datang ke KM Auto Sdn. Bhd. Lagi dia terkejut bila dia ditawarkan untuk menjadi peguam peribadi syarikat ahli keluarga sendiri. Buat pertama kali dia menjejak kaki ke sini.
Pintu pejabat ditutup rapat sebaik saja Intan meminta diri untuk keluar menyambung kerjanya semula.
"Hai."
Adam terlebih dahulu menyapa Kayla yang seperti rusa masuk kampung. Muka Kayla jelas kebingungan sambil memandang ke arahnya.
"Apa semua ni? Kenapa aku kena jadi peguam dekat sini?" Laju Kayla menyoal. Lelaki itu dihampiri.
"Why? Tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh. Tapi- ish kau ni. Peguam lain kan ramai."
Alasan Kayla membuatkan Adam mengeluh. "Kenapa aku kena ambil peguam lain sedangkan kau salah seorang pemilik syarikat ni adalah seorang peguam? Atau- kau tak nak jumpa dengan aku sebenarnya?"
Kayla tergamam dan terkelu.
Itu adalah sebab kenapa dia tak nak jadi peguam peribadi di sini. Kalau dia menjadi peguam peribadi di sini, sudah tentulah dia akan bekerja disini. Dan, dia akan bekerja dengan Adam sepanjang masa! Dia akan menatap wajah Adam setiap hari! Dia tak nak dera perasan sendiri lagi.
"Kalau ya, kenapa?"
Adam duduk di kerusi. Mata tidak lepas memerhati Kayla yang masih lagi berdiri.
"Kenapa kau asyik nak mengelak dari aku? Cuba cakap"
"Sebab kau tu dah nak jadi suami orang."
"Then, why?"
Kayla tayang muka menyampah. Boleh pula ditanya kenapa!
Sebab aku tak nak nanti aku terus jatuh cinta pada kau, Adam. Tolonglah faham aku!
"Kau boleh tanya kenapa?"
"Yes. Sebab aku pun nak tahu kenapa dengan aku dah nak jadi suami orang."
"Eh, Adam. Tak lama lagi kau tu jadi suami kepada Lara. Kau macam tak kenal kekasih hati kau tu macam mana. Dia tak sukakan aku. And bila aku rapat dengan kau dah sah-sah la dia marah. Aku tak nak disebabkan aku, kau orang bergaduh pula. So, lebih baik aku jauhkan diri dari kau. Lagi selamat."
Keluhan berat dilepaskan. Bila Kayla menyebut nama Lara, hatinya diragut sayu dan pilu. Kayla tidak tahu apa yang jadi dan dia tidak akan pernah menjadi suami Lara buat masa sekarang. Perkahwinan juga dibatalkan dan Lara sudah terbang ke Paris.
"Kau tak payah fikirkan dia. After this kita boleh berkawan macam sebelum ni."
"Oh. Kau ingat aku tak ada perasaan ke? Kau suka la kan bila Lara asyik hina aku je. Huh!"
"Tak. Dia tak akan hina kau dah lepas ni."
"Mana kau tahu? Kau yakin? Dibuatnya dia datang rumah lepas tu serang aku hi-"
"Lara dah putuskan pertunangan kami dan dia dah batalkan perkahwinan tu, Kayla! Dia dah fly ke Paris pagi tadi."
Lidah Kayla terkelu serta merta. Tidak berkelip matanya memandang Adam. Terkejut dengan suara tinggi Adam dan terkejut dengan berita yang baru dia dengar.
"Ap-apa kau cakap?"
"Ya! Dia dah batalkan perkahwinan aku dengan dia. Dia batalkan, Kayla! Dia batalkan." Adam bangun dan berdiri dihadapan tingkap. Pandangan dibuang jauh. Dia kecewa.
Kayla bingung. Dahi berkerut mencerna ayat yang ditutur dari Adam. Dia tidak dapat berfikir dengan waras sekarang. Laila putuskan pertunangan dan batalkan perkahwinan dengan Adam? Bukankah majlis perkahwinan mereka berdua tinggal hanya 2 minggu saja lagi?
"Ke-"
"Kau jangan tanya aku kenapa. Sebab- aku sendiri pun tak tahu kenapa dia buat aku macam ni. Aku sayangkan dia sangat, Kayla. Aku tak sangka dia buat aku macam ni."
Mata Kayla memundar memandang kasihan kepada Adam. Dia rasa apa yang lelaki itu lalui. Rasa sakit kerana ditinggalkan orang yang sangat disayangi dan dicintai.
"Kau dah tanya dia?"
Adam menggeleng.
"Nanti dia dah sampai Paris aku ingat nak call and nak dia berterus-terang dengan aku kenapa dia buat aku macam ni."
Bibir diketap kuat. Tipulah kalau dia tidak rasa hendak menangis. Walaupun dia lelaki, tetapi dia adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan sedih dan kecewa bila ditinggalkan. Rasa sedih dan kecewa kerana dia amat mencintai gadis itu.
Keadaan sunyi seketika.
Kayla masih lagi tidak percaya dengan semua ini. Tetapi bila melihat wajah muram dan sugul dari Adam, dia rasa simpati. Jika Adam merasa sakit, dia turut merasa sakitnya. Sakit Adam maka sakitlah dia kerana dia juga mencintai lelaki itu.
"Habis, kau nak buat apa?"
Langkah kembali pada meja kerja dan Adam duduk semula. Siku ditongkatkan di atas meja dan tangan menompang dahi. Terlalu berat dan perih untuk dia terima semua ini. Terlalu sukar juga untuk fikir apa yang akan dia lakukan selepas ini. Majlis perkahwinan semakin hampir. Tak akanlah dia nak naik pelamin tanpa pengantin perempuan.
Jika dia mahu batalkan, dia risau Baba dan Uminya akan menanggung malu. Lagipula, semua persiapan telah pun dibuat. Kalau semua barang dan persiapan itu dari harga yang murah, dia boleh pertimbangkan lagi. Tetapi bila semua kos persiapan perkahwinan dia bersama Lara sangat mahal, dia rasa membazir jika dibatalkan. Banyak sudah duit yang dihabiskan.
Sakit mencengkam kepala.
"Aku- aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Tak mungkin aku dapat batalkan perkahwinan ni, Kayla. Baba dengan Umi akan tanggung malu. Dan, dah banyak duit aku keluarkan untuk majlis tu. Aku keliru."
Sekarang, Kayla pula yang termenung sendiri memikirkan cara untuk selesaikan semua masalah ini. Sungguh dia tidak sampai hati melihat Adam menanggung semua ini. Dia tidak sampai hati melihat kekecewaan Adam. Dia tidak rela jika hati Adam tersakiti. Rasa benci terhadap Lara meluap secara tiba-tiba. Mudah saja gadis itu buat keputusan yang boleh memberi kesan kepada orang lain! Mana perginya kata-kata manis Lara kepada Adam sebelum ini?
Semua itu dusta!
---------------
"BATALKAN?!" Kuat suara Encik Amir menyoal kerana terkejut. Wajahnya menegang. "Allahuakbar! Apa ni Adam? Apa semua ni? Macam mana Lara boleh pula minta batalkan perkahwinan ni? Dia sedar tak apa yang dia sedang buat ni? Adam. Majlis kahwin tu lagi dua minggum, Adam. Tak sampai lagi dua minggu. Adam ingat dalam masa tak sampai dua minggu ni lambat ke?" Dia bengang.
Apa yang gadis itu buat? Lara fikir semua ini main-main ke? Sudah dibuat segala persiapan, baju nikah, kad undangan dan dewan untuk persandingan. Semua telah dibuat. Dan semua itu menggunakan duit! Senang-senang saja gadis itu mahu membatalkan majlis dengan lari pergi ke Paris. Hilang akal kah?
"Adam tak tahu, Baba."
"Macam mana boleh tak tahu?!" Bergema satu banglo dengan suara tegas dan dingin Encik Amir. Dadanya turun naik kerana kemarahan memuncak. Perkara kahwin boleh dibuat main!
Kayla berada disitu turut terkejut bila Encik Amir yang dia kenali dengan sifat penyayang kini bertukar begitu garang. Mendengar jerkahan itu dia juga takut. Inikan pula Adam yang menjadi mangsa kemarahan. Jika dia berada di tempat ayah angkatnya itu, dia juga akan melepaskan kemarah begitu.
"Abang. Jangan marah-marah macam tu. Duduk, kita bincang." Puan Zarina cuba memujuk walaupun dia tahu suaminya itu sudah tidak makan pujukan bila kemarahan mula meletus. Bahu itu digosok perlahan agar suaminya bertenang dan sabar.
Dia tidak dapat menduga semua ini akan melanda nasib anak lelaki itu. Terkejut? Memang terkejut dan ada juga perasan ingin melepaskan amarah kepada Adam. Tetapi dia sebagai ibu, dia tahu dan yakin yang Adam tidak tahu apa-apa.
"Nak bincang apa lagi? Lara dah batalkan dan dia dah senang lenang dekat Paris tu. Kita pula yang jadi masalah sekarang! Dah la macam tu, Adam baru bagitahu dekat Baba hari ni kenapa? Sepatutnya hari Lara buat keputusan tu Adam terus cakap dengan Baba. Bukan diam."
Semua yang berada diruang tamu mendiamkan diri.
"Macam mana ni Adam? Adam pun nak batalkan ke?" Kini Puan Zarina pula bersuara. Dia memang tidak dapat berfikir sekarang.
Puan Zarina dipandangan sayu. Semakin bersalah Adam bila mata menjamah wajah muram itu. Jelas sekali Uminya kecewa dengan apa yang berlaku. Dia sudah kecewakan Uminya buat pertama kali hanya disebabkan seorang gadis. Dia gagal jadi anak yang baik!
Keluhan dilepaskan.
"Tak."
3 pasang mata memandang Adam serta merta. Semua tertanya-tanya.
"Tak?" Soal Encik Amir hairan. "Nak teruskan majlis tu?"
Adam mengangguk.
"Macam mana nak teruskan kalau pengantin tak ada, Adam? Fikir dulu boleh tak?" Semakin naik angin Encik Amir bila Adam buat keputusan mengarut.
Adam diam semula. Perlahan-lahan matanya memandang Kayla yang menunduk sedang duduk disofa berhadapan dengannya. Dia mengambil masa 3 hari untuk memikirkan semua ini dengan waras. Berkali-kali juga dia cuba menolak idea yang menjengah. Tetapi hanya satu cara saja dapat dia selamatkan majlis perkahwinannya. Tidak membazir dan orang tuanya juga tidak dapat malu nanti.
"Lara memang tak ada, tapi pengantin perempuan tetap ada."
Encik Amir dan Puan Zarina mengerutkan dahi tidak faham apa yang Adam katakan.
"Adam. Cakap elok-elok boleh tak? Jangan buat Baba dengan Umi tertanya-tanya." Geram Puan Zarina dengan Adam. Mereka lagi ada masalah, boleh pula anaknya itu buat main?
"Adam ada pasang kekasih lagi seorang ke apa ni?" Terpancul soalan itu keluar dari Encik Amir.
"Tak."
"Habis tu?"
Mata Adam masih memandang Kayla. Kali ini dia yakin.
"Adam akan teruskan majlis dan pengantin perempuan akan tetap ada dalam majlis perkahwinan tu."
"Siapa?" Serentak kedua orang tuanya menyoal.
Adam senyum nipis.
"Kayla."
Terangkat kepala Kayla dari terus menunduk. Terkebil-kebil dia memandang Adam bila lelaki itu menyebut namanya. Dia dengar walaupun dia sedang menunduk. Serta merta jantung berdegup dengan laju sekali. Apa yang Adam merepek?
"Kayla? Adam jangan buat hal." Tidak percaya Encik Amir apa yang dia dengar. Anak perempuan angkatnya dipandang. Gadis itu terlihat sangat terkejut.
"Adam tak buat hal, Baba. Adam serius. Kayla akan jadi pengantin pada hari perkahwinan Adam dan- dia akan jadi isteri Adam yang sah." Tutur Adam dengan mata masih merenung penuh makna kepala Kayla yang masih diam itu.
Biarpun gadis itu terkejut. Hanya itu yang dia terlintas dan terfikir untuk selesaikan masalah ini. Mahu atau tidak, Kayla akan tetap dia jadikan isterinya!
Kayla seakan dipukau. Dia membalas renungan Adam. Sangat menggetarkan jiwa perempuannya. Semua ini mimpi kan? Mimpi kan?
"Kayla macam mana?"
Kini Kayla pula jadi tumpuan. Lidahnya terkelu.
"Ka-Ka-Ka-"
"Ya Allah, Kayla!"
Terkejut Puan Zarina melihat badan Kayla tiba-tiba berubah menjadi lemah terbaring di sofa. Segera mereka mendapatkan Kayla dengan riak risau.
Adam panik. Dia juga menerpa ke arah Kayla. Wajah dia juga berubah pucat bila melihat keadaan Kayla yang pengsan secara mengejut. Hati dipagut risau.
Share this novel