"TAK NAK! I cakap tak nak, you tak dengar ke? I tak nak masuk selagi Kayla ada dekat dalam. Buat apa dia ajak dia sekali? Sengaja kan nak sakitkan hati I? Huh!" Bentak Lara. Wajah dia yang teruja mahu bermain badminton terus hilang bila terpandang Kayla duduk di atas bangku bersebelahan court badminton. Adam dijeling maut sambil dia berpeluk tubuh.
Sudah tahu dia tidak berkenan dengan Kayla, lagi Adam bawa datang ke sini!
Tergeleng kepala Adam melihat kedegilan Lara. Hampir 15 minit mereka bergaduh kerana Lara tidak mahu masuk ke dalam selagi Kayla ada. Sudah puas dia pujuk agar masuk ke dalam. Memang dia sengaja mengajak Kayla datang ke sini kerana mahu Lara dan Kayla dapat berkawan seperti orang lain tidak mahu kedua-dua gadis itu terus bermasam muka. Namun bila dia teliti dan perhati betul-betul, dia rasa Lara yang bermasalah sekarang. Kayla sudah tahu bahawa hari ini Lara juga akan ada di sini tetapi gadis itu boleh saja datang ke sini tanpa membantah. Dan sekarang Lara yang buat perangai tidak mahu bertemu dengan Kayla.
"I cakap masuk, masuk je la. You degil sangat kenapa?"
"I cakap I tak nak masuk sebab perempuan tu ada dekat dalam. You tu yang tak faham, cakap I degil pula. Suka la you sebab buat I sakit hati, kan?"
"Lara, yang you buat masalah macam ni kenapa?"
"You tu yang buat masalah. Kenapa ajak dia join kita? You tahu kan apa masalah I dengan dia? You lupa yang I pesan dekat you agar you jangan dekat dengan dia? Huh! I benci!"
Lara menghentak kaki kanan dengan kuat tandas protes sebelum berpaling untuk berpatah ke kereta Adam. Bikin dia panas hati saja kalau terus masuk ke dalam. Walaupun dia tahu Kayla dan Adam hanya kawan baik, tetap dia tidak suka dengan perempuan itu! Dia tidak suka Adam dekat dengan perempuan lain selain dia!
Tanpa sempat Lara melangkah, Adam terlebih dahulu meraih tangan gadis kesayangannya. Adam mengeluh. Makin dia layan keras kepala Lara dengan cara kasar, makin gadis itu tidak mendengar kata dan makin degil. Jadi, lebih baik dia buat dengan cara lembut.
Tubuh gadis itu dipusing menghadapnya. Jelas wajah masam mencuka Lara terpapar. Dia tersenyum manis seraya tangan mengusap pipi Lara. Dia tahu berdosa, tetapi bila dengan Lara semua pergerakan dan sentuhannya pada gadis itu tidak terbatas. Dia lagi naik daun bila Lara tidak menolak dan kadang-kadang gadis itu sendiri yang menyentuh dan memegangnya.
"Sayang. I bukan sengaja ajak dia join kita, percaya la. But, hanya dengan cara macam ni saja boleh buat you dengan Kayla berbaik. Come on, I tak suka tengok you buat Kayla tu macam musuh padahal dia tak ada buat apa-apa pun. Please."
Lara ketap gigi.
"No! I hate her! Lepaskan I. I nak balik."
"Say-"
"Adam? Bila kau sampai? Kenapa tak masuk?"
Bicara Adam mati setelah disapa Haris yang baru keluar daripada court badminton. Dan disebelah sepupunya itu berdirinya Kayla yang diam memandang ke arahnya. Untuk kesekian kalinya dia mengeluh bila memikirkan Kayla. Semakin hari Kayla semakin jauh darinya seakan gadis itu sengaja mengelak daripadanya. Kadang-kadang dia teringat akan kata-kata Kayla ketika mereka berdua bergaduh mulut di malam majlis solat hajat diadakan. Kayla mengatakan sebab gadis itu mengelak daripadanya adalah kerana dia sudah mempunyai kekasih. Ya, dia juga perasan Kayla sudah mula menjauh dari dia setelah dia dan Lara bercinta. Namun, dia masih berasa tidak selesa dan tidak senang hati bila Kayla tidak seperti dulu.
"Err- baru je. Lara ni tak nak masuk. Kau nak pergi mana ni?" Mata tidak lepas dari memerhati Kayla yang diam tidak berkutik.
"Kayla nak beli air mineral so aku temankan dia. Kau masuk la dulu. Kita orang pergi beli air kejap. Jom, Kayla."
Langkah Kayla dan Haris yang berlalu pergi dihantar dengan ekoran mata. Matanya lebih tertumpu kepada Kayla yang langsung tidak bertegur sapa dengannya. Kayla anggap dia seperti stranger. Usahkan tegur, senyum pun tidak. Semakin jauh Kayla dengannya.
Manakala Lara pula berkerut habis dahinya memandang Haris dan Kayla silih berganti. Dia sedikit terkejut apabila Adam disapa oleh seorang lelaki yang tidak pernah dia kenal dan paling hairan adalah bila Kayla turut berada di sebelah lelaki tersebut. Sebelum ini tidak pernah pula dia lihat Kayla bersama lelaki itu.
"You, siapa lelaki tu?" Soal dia curiga. Adakah lelaki tadi itu kekasih Kayla? Tak mungkin la.
Tapi, handsome juga laki tu. Paras wajah dia hampir sama dengan Adam. Beza handsome dia orang sikit sangat. Biacaranya di dalam hati.
"Cousin I."
Terus wajah Adam dipandang.
"Cousin? Sebelum ni I tak pernah nampak pun. And why dia dengan- Kayla? Dia orang couple ke?"
Mendengar soalan itu terus membuatkan Adam malas hendak bercakap. Dia tidak selesa bila memikirkan soal itu. Dia juga tidak senang hati bila Kayla selalu saja bersama Haris. Ke mana saja tentu ada Haris bersama Kayla. Seolah-olah Haris adalah menggantinya kerana sebelum ini hanya dia yang sering bersama gadis itu.
"Tapi- dia orang sesuai la."
Tanpa menunggu jawapan, Lara mengulas sendiri. Dia tersenyum sinis. Dalam diam dia sengaja memanaskan keadaan. Dia yakin Adam sekarang sedang menahan sesuatu. Dia nampak perubahan wajah Adam sebentar tadi bila dia bertanya begitu.
"Entah. I tak ambil tahu. Jom, masuk."
Adam terus menapak ke dalam dengan hati yang tidak senang. Kadang dia rasa kecewa bila Kayla asyik bersama Haris. Namun, dia tidak boleh salahkan Kayla kerana dia dan Lara juga seperti itu. Dan, punca Kayla mula rapat dengan Haris juga kerana dia jarang meluang masa dengan gadis itu. Tentu saja Kayla berasa bosan bila dia tiada disisi gadis itu. Dia juga sedar sudah lama dia tidak menemani Kayla pergi ke shopping mall, tengok wayang bersama dan keluar makan bersama. Sekarang semua itu dia lakukan hanya bersama Lara saja.
20 minit berlalu dan mereka berempat masih lagi berlawanan badminton setelah beberapa kali mereka bergilir siapa skor yang paling banyak. Mereka saling bergilir-gilir tukar pasangan lawanan. Kini, tiba giliran Lara dan Kayla berlawan dengan Adam dan Haris.
Adam memulakan dengan memukul bulu tangkis menggunakan raket badminton kepada kawasan Lara dan juga Kayla. Kayla lebih pantas bergerak dan memukul balas buli tangkis ke arah Adam semula. Tanpa sedar, Kayla dan Adam saling berbalas senyum dan gelak. Kayla tergelak kerana lucu melihat Adam yang berlari hampir saja jatuh ke depan.
"Adam! Elok-elok la lari tu. Sakit perut aku tahan gelak tengok kau la." Sambil bercakap sambil Kayla memukul balas bulu tangkis.
Bukan Kayla saja yang ketawa melihat itu, Haris juga sudah mengekek ketawa sambil memegang perut.
"Ha'ah la, Adam. Buruk nau muka kau masa nak sambut bulu tangkis tu. Siap ternganga lagi." Haris bantai gelak habis-habisan. Sekarang kerja dia memang gelak saja. Hanya Kayla dan Adam yang berlawan. Lara pula hanya berdiri sambil membelek kuku.
Senyuman Adam bertukar kepada ketawa. Dia ketawa bukan sebab dia turut berasa lucu tetapi dia ketawa kerana Kayla sekarang seakan-akan Kayla dia yang dulu. Lama sudah dia tidak melihat Kayla ketawa begitu di depan dia. Sambil memukul balas bulu tangkis, sambil matanya tidak lepas memandang gerak geri pantas Kayla. Dia suka tengok Kayla yang di depan dia sekarang.
Lara yang perasan sudah tidak senang duduk. Dia mengenggam tempat pemegang raket dengan kuat. Kemarahan dan api cemburu mula menyelinap masuk ke dalam hatinya bila melihat Kayla dan Adam saling ketawa. Tidak dapat ditahan hatinya, segera dia masuk berlawan. Kali ini bukan kerana mahu berlawan tetapi lebih kepada mahu melepaskan geram. Dia perhati saja langkah kaki Kayla yang pantas dan cekap bergerak ketika mahu menahan bulu tangkis dari jatuh ke kawasan mereka. Lama dia perhati sebelum mula mendekati Kayla yang asyik itu.
Dia senyum sinis. Bulu tangkis yang mula dipukul semula oleh Adam dipandang silih berganti dengan kaki Kayla.
Mata Kayla hanya fokus pada bulu tangkis yang terbang ke arahnya. Dengan perasaan berkobar-kobarnya, terus dia membuka langkah untuk memukul balas semula tetapi belum sempat dia menghayunkan raket, ada sesuatu yang menyekat pergerakkan kakinya dihadapan dan tanpa dapat dikawal, terus saja dia jatuh rebah mencium lantai.
"Aduh!" Dia menggiris kesakitan pada bahagia dadanya.
"Kayla!"
Serentak Adam dan Haris memanggil kerana terkejut dan sama-sama berlari laju menghampiri Kayla yang sudah tertiarap di atas lantai. Adam melutut disebelah Kayla dan cepat-cepat membangunkan badan gadis itu. Biar sajalah Kayla mahu memarahi dia, yang penting sekarang keadaan Kayla!
Haris juga begitu. Wajahnya jelas terpancar kerisauan. Namun, untuk dia memegang gadis itu dia tidak berani bila Adam terlebih dahulu bertindak pantas.
Wajah Kayla berkerut sakit. Rasa mahu meraung saja bila dadanya terhentak kuat pada lantai licin itu. Sakit yang amat.
"Kayla, kau okey tak?"
"Weh! Yang kau tanya dia macam tu kenapa? Confirm la dia sakit. Sekarang ni kita kena bawa dia ke hospital. Dada dia lagi penting. Bahaya bila terhentak macam tu." Tegas Haris berkata. Ikutkan hatinya, mahu dipapah saja Kayla tanpa menghiraukan Adam.
"Jom." Baru saja Adam mahu mengangkat untuk memapah Kayla, suara Lara terlebih dahulu menghalang pergerakannya.
"You!" Tajam Lara memandang Adam. Lain yang dia rancang lain pula yang jadi!
"Apa?! I nak bawa Kayla ke hospital ni. Sebab kaki you tu dia jatuh!"
Lara ternganga. Adam perasan? Mati!
"What? You jangan main tuduh la! Bila masa pula?"
Ada mengetap gerahamnya. Dia nampak semuanya la! Dia nampak kerana dari tadi dia perhatikan setiap gerak geri dan langkah Kayla. Dan bila Lara mula melangkah, dia perasan kaki Lara menghalang kaki Kayla dari pergerak.
"You-"
"Adam." Panggil Kayla lemah. "Ka-kalau kau nak gaduh dengan dia, s-silakan. Bag-bagi Haris bawa aku ke ho-hospital. Aku ss-sakit sangat." Wajah Kayla berkerut menahan sakit. Sakit pada bahagian tengah dadanya makin mencengkam kerana terhentak dengan sangat kuat tadi.
"Tapi-"
"Biar aku bawakan dia, Adam. Kau pujuk la Lara tu. Dia tak sengaja kut." Kali ini Haris pula bersuara. Dia lagi risau melihat keadaan Kayla sekarang.
Tanpa menunggu jawapan Adam, Haris mendekati Kayla. Teragak-agak dia mahu memegang bahu gadis itu.
"Kayla, izinkan saya papah awak."
"It's okey. Saya boleh jalan lagi." Dengan kudrat yang masih ada, Kayla akan berjalan sendiri. Dia tidak mahu dirinya dipegang bukan muhrim. Tadi pun agak terserentak bila dengan selamba saja Adam memegangnya.
Badan Adam ditolak kuat jauh dari dia. Perlahan-lahan Kayla berjalan ke depan terlebih dahulu dan Haris mengikut dari belakang. Adam hanya memandang langkah Kayla yang lemah mula menghilang dari pandangan itu. Dia cukup risau melihat keadaan Kayla. Tapi apa boleh buat bila itu yang Kayla minta. Berat hatinya mahu membiarkan Kayla pergi bersama Haris.
----------
PUAN ZARINA memandang sayu Kayla yang sudah terbaring di atas katil. Mungkin juga sudah lena kerana kepenatan. Penat sebab sakit. Risau hati tuanya bila Kayla pulang dari rumah dengan wajah yang memucat. Lagi risau bila ada plastik berisi ubat yang dipegang anak gadis itu. Seingatnya, Kayla keluar dari rumah dengan keadaan sihat. Bila balik terus berubah sakit. Haris yang menceritakan apa yang terjadi buat dia mengucap panjang. Namun dia bersyukur kerana doktor mengatakan dada Kayla tidak kenapa-kenapa. Cuma disebabkan terkejut dengan hentakkan yang sangat kuat.
"Umi, Kayla dah tidur?"
Suara Adam yang muncul dibelakang segera membuatkan dia berpaling ke belakang. Pantas pintu bilik tidur Kayla ditutup rapat kerana gadis itu tidak memakai tudung. Tidak mahu Adam nampak.
"Dah." Dia berpeluk tubuh. "Macam mana Kayla boleh jatuh? Mesti dia jatuh meniarap kan sampai dada dia sakit?"
Adam mengeluh sayu. Dia juga tidak dapat bayangkan peristiwa tadi. Kayla jatuh dihadapannya. Dia nampak dengan jelas Kayla yang terhempap ke atas lantai dengan kuat. Untung saja wajah Kayla tidak turut mencium lantai.
"Tadi masa tengah main, Kayla tersandung sebab tersepak kaki Lara yang tengah lari ke arah dia. Terus Kayla jatuh tak sempat dan imbang." Lirih sekali Adam menjawab.
Dia memang risaukan Kayla. Dia mahu lihat keadaan Kayla yang bagaimana. Tetapi, sebaik saja dia sampai ke rumah selepas menghantar Lara, Kayla hanya berkurung di dalam bilik. Dia faham. Mungkin Kayla penat dan sakit sangat. Masih terlayar wajah pucat Kayla petang tadi.
Puan Zarina menggelengkan kepala. Tidak boleh dia berkata apa. Mungkin itu semua hanya kebetulan saja. Bahu anaknya itu disentuh. Dia tahu Adam risaukan Kayla. Lihat sajalah wajah kusut Adam itu.
"Tak ada apa la. Jangan risau sangat. Insha Allah, lepas ni Kayla tak sakit la. Jangan risau."
Adam ukir senyuman nipis.
"Oh. Sebut fasal Lara. Adam dengan dia memang serius ke?" Sudah lama rasanya Puan Zarina tidak dengar khabar gadis pujaan anak terunanya itu.
Lara juga tidak ada menghubunginya selepas saja makan malam bersama haritu. Terus gadis itu senyap dan menghilangkan diri. Macam tiada usaha langsung nak bersama Adam. Kalau betul hendak kepada Adam, Lara perlulah ambil hatinya terlebih dahulu untuk dijadikan bakal mertua. Ini tidak, langsung tidak dengar khabar.
Perlahan Adam mengangguk. Buat masa sekarang dia tiada mood dan semangat mahu bersembang tentang hubungan dia dan Lara. Dia masih keliru dengan kejadian mengejut tadi. Sama ada Lara sengaja ataupun tidak sengaja buat Kayla tersandung jatuh. Tetapi, Lara bukan main merayu lagi agar dia percaya yang kejadian tadi tidak disengajakan. Hatinya musykil antara mahu percaya atau tidak.
"You, trust me. I tak sengaja buat Kayla jatuh. Lagipun maybe dia tak nampak kaki I dekat sebelah dia and terus dia jatuh. Betul, sayang I tak sengaja. Trust me, please." Merayu-rayu Lara sambil memaut lengan Adam erat. Mengharapkan lelaki itu percaya.
Adam diam. Dia was-was. Dari apa yang dia lihat tadi, hatinya kuat mengatakan yang Lara seperti sengaja mahu mengenakan Kayla dengan membuat Kayla jatuh. Dia nampak sendiri Lara seakan-akan sengaja menggerakkan kaki ke sebelah Kayla yang baru saja mahu membuka langkah. Tetapi belum sempat, terus Kayla tersepak kaki Lara.
"Sayang, please trust me." Lara masih lagi merayu.
"Kalau betul you tak sengaja, kenapa masa dia jatuh you tak tolong dia? You tengok je di jatuh depan you. Sepatutnya bila you nampak dia jatuh, terus you tolong dia. Ini tidak." Adam serkap jarang. Sengaja dia bertanya begitu.
Lidah Lara terkelu. Dia ketap bibir. Dia harus fikir jawapan bernas yang boleh membuatkan Adam percaya kepada dia! Walauapapun dia mesti yakinkan Adam yang dirinya tidak sengaja. Mahu menuduh Kayla jatuh dengan sendiri juga tidak boleh kerana Adam sudah nampak Kayla jatuh kerana tersandung dengan kakinya. Tak sangka pula tajam penglihatan lelaki itu.
"Sayang, of course I terkejut bila dia jatuh. Itu sebab I tak tolong. I jadi tergamam sekejap tadi, tak tahu nak buat apa." Kepala dilentok manja pada bahu Adam. "Percayalah cakap I, sayang. I- tak sengaja."
Malas mahu bertengkar, Adam hanya menjawab "Hmm." Dia masih lagi ragu-ragu dengan penjelasan Lara. Hatinya mula mengatakan sesuatu yang negatif tetapi cepat dia buang jauh-jauh. Tidak mungkin Lara sanggup buat jahat terhadap Kayla.
"Adam?"
Lamunan Adam mati. Wajah Puan Zarina dipandang.
"Apa, Umi? Sorry. Adam teringat hal tadi pula. Umi cakap apa tadi?"
"Umi tanya Adam, Adam dengan Lara memanh serius ke?" Ulang Puan Zarina sekali lagi. Tergeleng kepalanya melihat Adam seperti orang tidak tentu arah. Boleh pula pergi mengelamun walaupun dia tengah bercakap?
"Oh. Yang tu kan Adam dah angguk tadi, Umi. Ya. Adam dengan Lara serius."
"Betul-betul serius?"
Adam mengangguk. "Kenapa Umi tanya?"
"Tak ada la. Saja je. Umi tengok Lara tu macam tak bersungguh dengan Adam. Maksud Umi, kalau betul dia nak kan Adam kenapa dia tak berhubung dengan Umi? Tak nak ambil hati Umi dulu ke macam mana? Ingat, Adam. Umi terima dia datang ke rumah ni haritu tidak bermakna dia lulus jadi bakal menantu Umi. Akan ada banyak step untuk Umi bagi kelulusan dekat dia. So, when she act like this, tak contact or jumpa Umi, Umi anggap dia main-main. Umi tak suka. Nak kan anak Umi tapi buat anak Umi ni macam tak ada parents."
Adam hanya terdiam dengan terkelu mendengar bicara Puan Zarina. Sedikit, dia terasa dengan kata-kata itu. Uminya mengatakan bila terima Lara bertandang ke rumah mereka, tidak bermaksud Lara diterima jadi menantu. Itu buat dia terkilan sedikit. Tapi, betul apa yang Uminya kata. Nak pikat anak, kenalah pikat maknya dulu. Bukan dia tidak suruh Lara berbuat demikian, tetapi setiap kali dia bersuara Lara akan balas "nanti-nantilah". Itulah yang sering dibalas.
"Okey, Umi. Adam try cakap dengan dia."
"Ingat tu." Sempat Puan Zarina berpesan lagi. Biar anaknya tahu yang dia serius dan masih belum terima sepenuhnya gadis bernama Lara itu. Banyak yang perlu dia lakukan sebelum sah mengambil Lara sebagai menantu. Dia mahukan yang terbaik buat Adam.
---------
KAYLA berjalan keluar dari tandas bersama bahagian tengah dadanya dipegang. Walaupun sudah 2 hari berlalu, masih terasa sakit dan sengal. Mungkin kerana kuat sangat dia terjatuh. Kayla duduk dibirai katil. Sebenarnya, dia masih belum puas hati dengan apa yang menimpanya pada hari bermain badminton. Dia rasa, Lara sengaja menyekat kakinya!
"Kau ingat aku ni bodoh sangat ke, Lara? Selama ni aku diam je, tapi kau makin naik daun pula." Omelnya sendiri.
Telefon yang berada ditengah katil dipandang bila telefon itu berdering menandangkan panggilan masuk. Dia mendengus perlahan sebelum mencapai.
Haris.
Buat pertama kali lelaki itu menelefonnya. Sebelum ini hanya berbalas Whatsapp. Selepas kejadian 2 hari lepas, lelaki itu tidak henti-henti bertanya khabar dirinya. Boleh dikatakan setiap hari dia membalas Whatsapp dengan Haris hanya kerana lelaki itu mahu tahu perkembangan dirinya. Masih sakit atau tidak. Dia juga rasa senang dengan sikap prihatin dari Haris itu.
Walaupun segan dan teragak-agak, panggilan tetap jua diangkat. Perlahan telefon ditekap pada telinga kanan.
"Assalamualaikum, Kayla." Suara garau Haris menyapa pendengarannya. Kayla rasa seperti lelaki itu dekat dengannya.
"Wa-waalaikumussalam. Kenapa awak call?"
"Saja. Nak tanya khabar awak."
Ketawa kecil Kayla lepaskan. Setiap saat lelaki itu tanya khabar dia melaluo Whatsapp, sekarang melalui panggilan pula. Tidak puas-puas lagi ke? Terhibur dirinya dengan Haris.
"Bukan ke awak selalu tanya khabar saya dalam Whatsapp sampai saya naik jenuh nak reply?"
Haris dihujung talian turut tergelak.
"Itu lain. Ini lain. Saya risaukan keadaan awak. Dah makan ubat?"
"Dah."
"Ada sakit lagi tak?"
"Ermm- ada la sikit. Rasa sengal ngilu macam tu. Tapi lepas makan ubat i feel better. Don't worry."
Kedengaran Haris mengeluh. Kayla mengerutkan dahi.
"Haris, are you okey?"
"Macam mana nak okey kalau setiap kali saya fikirkan fasal awak saya jadi risau. Nanti, kalau sakit lagi tell me and i'll bring you to hospital. Okey?"
Kayla senyum lebar. Tidak dapat dia sembunyikan senyumannya. Haris terlalu mengambil berat. Adam tidak pula begitu.
"Awak ni terlampau risau la. Saya okey."
Senyap.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
Empat saat.
Suara Haris masih belum kedengaran. Hanya terdengara deruan nafas lelaki itu saja. Kayla memandang skrin, ingatkan lelaki itu telah meletakkan talian. Rupanya tidak.
"Haris?"
"Ya?" Barulah Haris bersuara.
"Awak kenapa? Ada masalah?"
Lelaki itu kembali diam. Kayla tidak senang hati. Sikap mengambil berat Haris kepada dia menjadikan dia turut mahu buat perkara sama. Dia mahu prihatin terhadap lelaki itu juga.
"Kalau ada masalah, you can share with me. We are friends, remember?"
Haris dalam beberapa saat sebelum bersuara.
"Ya. Saya ada masalah. My problem is you, Kayla."
"Saya? Ke-kenapa? Apa saya dah buat?" Gelabah Kayla bertanya. Jantungnya berdegup laju. Dia adalah masalah Haris? Apa yang dia dah buat pada lelaki itu?
"Awak- awak dah buat saya hilang arah tuju sebab risaukan awak."
"Huh? Sa-saya tak faham."
Fuh! Kali ini Kayla memang tidak faham. Satu pun dia tidak dapat menangkap apa yang cuba Haris katakan kepada dia.
"Saya- saya- saya sayangkan awak, Kayla."
Terus badan Kayla kaku. Kayla tercengang dan tergamam. Ayat yang dituturkan Haris bagaikan menghentikan masa dari terus bergerak. Kali kedua dia mendengar luahan hati lelaki itu. Pertama kali adalah bila Haris mengatakan yang Haris menyukainya. Namun dia tidak ambil peduli dan hanya mengambil itu adalah satu gurauan dari Haris. Dan hari ini, dia dapat kejutan luahan lelaki itu lagi. Tetapi dengan perkataan yang mampu memcepatkan kadar nadinya berdenyut dengan laju sekali.
"Awak cakap saya ni terlampau risaukan awak. Yes, I am. I'm worried about you because i love you. Saya risau sebab saya sayang. Saya tak kesah apa yang awak nak kata kepada saya sekarang, yang penting saya dah luah apa yang terpendam." Haris menyambung.
"Ha-Haris-"
"Tak apa kalau awak belum ada perkataan yang sesuai untuk jawab. Cuma, saya nak awak tahu yang saya dah lama sukakan awak. Tapi, semakin lama saya kenal awak, perasaan suka terus diganti dengan perasaan sayang. Sayang saya kepada awak lebih dari seorang kawan. Awak faham, kan?"
Tiada sepatah pun yang mampu Kayla balas. Dia benar-benar terkejut dengan luahan Haris. Hanya matanya saja yang berkelip-kelip.
Ini mimpikah?
"Kayla. Saya harap bila saya dah luahkan perasaan saya macam ni, awak tak akan jauhkan diri dari saya. Saya faham saya dah buat awak tak selesa. Tapi percayalah, saya tak berharap apa-apa pun. Saya cuma mahu luah apa yang saya rasa. Selagi saya pendam, selagi tu saya gelisah dan risau fikirkan awak."
Sama ada Kayla mahupun Haris, kedua-duanya diam dan senyap. Kayla masih cuba menghadam setiap ayat yang Haris katakan kepada dia. Haris pula memberi ruang kepada Kayla untuk faham kata-katanya.
"You can take as much time as you want. But please don't stay away from me. Don't break our friendship. Remember, I didn't expect anything. Do not worry. See you. Assalamualaikum. Saya- sayang awak."
Tik!
Kayla terkebil-kebil bila dengan macam itu saja Haris menamatkan panggilan. Belum sempat dia berbalas apa. Dia meraut wajah lembut. Apa yang harus dia buat? Haris sukakan dia dan dia- sukakan Adam. Inikan dipanggil kisah cinta tiga segi?
Share this novel