Peluang Untuk Bahagia 34

Romance Completed 31764

TERGAMAM. Suasana di dalam banglo milik Encik Amir tiba-tiba menjadi hening. Adam memandang Encik Amir dengan wajah memerit. Pipi kiri yang terasa berpijar selepas satu tamparan hinggap disitu dipegang. Perit sekali rasanya selepas ditampar oleh Baba sendiri.

"Ke-kenapa Baba tampar Adam?"

Terperanjat dirinya sebaik saja masuk ke dalam rumah dan baru saja ingin bersalaman dengan Encik Amir, satu tamparan terlebih dahulu hinggap dipipi kirinya. Rasa terkejutnya bukan kepalang. Hairan dan pelik mula dia rasa. Tiada sebab tiba-tiba Encik Amir menamparnya.

Bersama pandangn tajam Encik Amir memandang anak lelakinya itu. Kesabarannya tidak dapat ditahan lagi bila terlihat muka Adam. Rasa amarahnya memuncak bila teringat apa yang telah anaknya itu lakukan kepada Kayla. Dia besarkan Kayla dengan penuh kasih sayang, tetapi bila diserahkan kepada anak sendiri, Adam layan Kayla seperti itu.

Puan Zarina yang baru keluar dari dapur juga terkejut melihat suaminya buat pertama kali menaikkan tangan ke wajah anak sulung mereka. Segera dia mendekati Encik Amir. Tahu la dia betapa marahnya suami dia tika ini. Ikutkan hatinya juga dia marah apa yang Adam lakukan kepada Kayla. Tetapi dia tidak sampai hati mahu naikkan tangan kepada Adam.

"Abang. Sabar." Belakang suaminya diusap perlahan. Cuba mengurangkan kemarahan.

"Sanggup Adam buat Baba macam ni, kan." Tidak mengendahkan pujukan isteri, Encik Amir terus menyerang Adam. Kesabarannya tidak dapat ditahan lagi.

Dahi Adam berkerut kerana tidak faham.

"Apa yang Adam dah buat?"

"Jangan tanya! Adam mesti tahu apa yang Adam dah buat belakang Baba dengan Umi!" Kesabarannya ini sudah lama dia tahan. Sejak di awal hubungan Adam bersama Lara lagi. Kemarahannya semakin memuncak bila dapat tahu Kayla dihalau oleh Adam disebabkan Lara!

Adam pandang Puan Zarina pula. Sungguh dia tidak faham.

"Umi, apa ni? Kenapa Baba tampar Adam, Umi? Apa yang Adam dah buat?"

Puan Zarina mengemam bibirnya menahan sebak. Sebak melihat sikap Adam yang seperti tiada apa yang berlaku. Adam seperti tiada masalah dan tiada salah yang pernah dibuat.

"Cuba Adam ingat balik apa yang Adam dah buat pada kami sampai Baba marah tahap macam ni. Umi yakin Adam akan tahu dan ingat semula." Hanya itu yang dapat dia jawab. Biarlah anaknya itu fikir sendiri kesilapan apa yang telah dilakukan.

Nafas Encik Amir masih lagi naik turun dengan laju. Mahu saja dia hemburkan segala kemarahan tanpa menunggu Adam menjawab. Tetapi disabarkan hati. Marah akan menyebabkan lagi keadaan makin rumit. Lagipun dia mahu memberi nasihat kepada Adam, bukan mahu ajar cukup-cukup. Anaknya itu sudah besar dan sudah menjadi suami orang.

Adam terdiam. Ligat otak memikirkan dan cuba mengingati kembali apa yang telah menyebabkan orang tuanya marah seperti itu. Tidak pernah sekali pun Encik Amir naikkan tangan pada tubuhnya. Tiba hari ini nasibnya sungguh malang bila tangan Encik Amir sudah pun selamat memberi tamparan hebat pada pipi kirinya.

Mata ditutup. Puas berfikir, dia mula teringatkan sesuatu. Laju mata dibuka semula dan terus memandang Baba dan Uminya silih ganti.

"Kayla?"

"Ya! Itu yang Adam dah buat. Kenapa Adam halau dia? Kenapa Adam?!" Soal Encik Amir dalam kemarahan. Untung saja Adam ingat, kalau tidak

Tiba-tiba Adam ketawa sinis. Pipi yang masih rasa pedih dan perit dipegang. Rupanya disebabkan Kayla dirinya dapat tamparan dari seorang ayah. Disebabkan perempuan itu dia dimarahi oleh orang tua sendiri! Kayla memang tidak pernah putus asa untuk buat dirinya derita!

"Sebab dia rupanya. Sebab dia Baba sanggup tampar Adam? Kenapa? Dia ada datang mengadu dekat Baba dengan Umi ke yang Adam halau dia dari rumah?" Kepala digelengkan. "Licik betul perempuan tu."

"Watch your mouth, Adam!" Tidak faham Encik Amir kenapa anak lelakinya jadi begitu.

Jerkahan Encik Amir mendiamkan Adam seketika sebelum dia kembali menjawab.

"Kenapa Baba tetap nak pertahankan dia? Baba tahu tak, disebabkan dia Lara hampir mati pada malam annual dinner hari tu. Baba tak tahu apa yang perempuan tu dah buat pada Lara. Baba tak tahu apa yang dia cuba buat pada anak Baba ni. Dia cuma nak tengok Adam ni derita je. Adam rasa, Baba kutip dan jaga dia masa kecil tu adalah satu kesilipan besar yang pernah Baba buat. Tengok lah, anak Baba sendiri tak bahagia disebabkan dia orang luar."

Jawapan Adam semakin membangkitkan kemarahan Encik Amir. Ya Allah! Apa yang telah jadi pada anak sulungnya ini? Adam bukan seperti ini!

Melihat suaminya cuba untuk menaikkan tangan ke wajah Adam sekali lagi, lekas saja Puan Zarina menghalang dengan memegang tangan suaminya. Tidak mahu suaminya melepaskan marah dengan cara yang begitu.

"Abang." Kepalanya digelengkan.

Encik Amir ketap gigi. Berkali-kali dia istighfar di dalam hati cuba untuk menyabarkan diri sendiri. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan marahnya sekarang.

"Jaga mulut tu Adam. Adam siapa nak tentukan kesilapan Baba? Dan Adam perlu sedar dengan siapa Adam bercakap sekarang."

"Ya, Adam sedar dengan siapa Adam bercakap sekarang. Tapi Adam ada sebab kenapa Adam cakap macam tu. Sebabnya Adam nak Baba sedar yang anak angkat Baba tu bukan perempuan yang baik! Kalau dia baik, dia tak akan ugut Lara batalkan perkahwinan kami dan dia tak akan cuba bunuh Lara dengan tolak Lara ke dalam kolam. Adam nak Baba tahu yang dia tu perempuan yang paling jahat! Dia tak boleh tengok Adam dengan Lara bahagia."

"Jadi, disebabkan Lara, Adam halau Kayla?" Puan Zarina menyampuk.

"Ya. Kalau Umi nak tahu, nasib baik Lara tak mati je malam tu sebab lemas. Adam sayangkan Lara, Umi. Kayla tu memang jahat! Perempuan keji!"

Pang!

Jika tadi Puan Zarina menghalang Encik Amir dari menampar Adam, kini dia pula yang menaikkan tangan pada pipi kanan Adam sehingga terteleng kepala anaknya itu ke kiri. Dia bukan sengaja. Tangannya bagaikan bergerak sendiri selepas mendengar Adam memanggil Kayla begitu.

Puan Zarina dipandang. "Umi."

"Maafkan Umi. Adam yang paksa Umi tampar Adam. Jangan sesekali panggil Kayla macam tu, Adam. Dia bukan perempuan macam tu. Apa yang Adam anggap pada dia tak sama dengan sikap Kayla yang sebenar."

Adam mencengkam rambutnya.

"Umi. Kenapa Umi susah sangat nak faham? Dia tu jahat Umi. Dia cuba nak bunuh Lara. Kenapa Umi percayakan dia sangat?"

"Sebab Umi jaga dia dari kecil dan Umi percayakan dia. Tetap akan percayakan dia."

"Kenapa anak Umi yang Umi lahirkan ni Umi tak percaya?"

Adam dipandang Puan Zarina bersama pandangan sayu dan hiba.

"Sebab Umi tahu, Adam berubah sampai ke tahap macam ni disebabkan Adam buta dengan cinta! Cinta dari Lara yang menghasut Adam untuk tuduh Kayla macam-macam. Adam lupa ke macam mana Adam sebelum bercinta dengan Lara? Adam percayakan Kayla dalam apa jua keadaan. Adam protect dia. Adam tak pernah buat Kayla menangis, tak pernah berkasar dengan dia. Tapi Umi perasan lepas saja Adam kenal Lara, Adam berubah. Adam terus berubah. Langsung Adam buat Kayla tu macam orang luar. Umi nampak semua tu Adam. Umi nampak."

Sekali lagi Adam ketawa sinis.

"Umi nak salahkan Lara? Sebab Lara, Adam jadi macam ni? Umi, people can change begitu juga dengan Adam dan Kayla. Adam berubah sebab untuk nampak semua keburukan Kayla yang terlindung sebelum ni. Kadang-kadang Adam bersyukur sebab ditemukan dengan Lara. Dengan itu Adam dapat tahu siapa Kayla yang sebenarnya. Adam tak buta dengan cinta Umi. Tapi Umi dengan Baba yang dibutakan dengan lakonan perempuan tu yang acah-acah baik padahal belakang jahat! Hati busuk!"

"Astaghfirullah, Adam! Kenapa dengan kamu ni Adam?! Eh! Baba tak tahu lah apa yang dah rasuk dalam fikirkan kamu tu. Mana anak Baba yang dulu? Anak Baba yang pandai hormat orang? Sekarang dengan Baba dan Umi pun bercakap macam tak ada adab kenapa?!" Encik Amir bersuara tinggi. Geram dia mahu pukul kepala anak sendiri. Pelik sangat perubahan Adam. Semakin hati semakin pelik.

Terus Adam terdiam. Sekarang dia sedikit tersedar yang sudah pun melebih-lebih. Lancar betul mulutnya menjawab bicara orang tuanya.

"Ad-Adam minta maaf. Tapi Adam cuba nak Baba dengan Umi sedar yang Kayla tu ja-"

"Adam yang kena sedar. Bukan kami." Laju Encik Amir memintas. Semakin sakit hatinya bila Adam tetap mengatakan yang Kayla itu jahat.

"Tak apa la, Adam. Baba tahu Adam ni memang keras kepala. Sekarang juga Adam masih dialam percintaan dan telah dibutakan oleh cinta sampai Adam tak dapat nak beza yang mana baik dan buruk. Kayla yang Adam kenal dari kecil itu Adam boleh katakan dia jahat. People can change, right? So, maybe Lara juga akan berubah sebab Adam baru kenal dia berapa tahun. Masih tak dapat nak kenal baik buruknya. Sekarang Adam nampak dia baik. Siapa tahu sekarang dia baik tetapi sebenarnya dibelakang Adam dialah ketua perempuan yang paling jahat. Hanya masa yang dapat menentukan segalanya. Dan masa tu, Baba harap Adam dapat buka mata tu luas-luas siapa yang baik dan jahat."

Usai, Encik Amir beredar dari situ bersama hati yang kecewa. Kecewa dengan sikap anak sendiri yang telah berubah dan tersasar jauh. Kenapa dia diuji sehingga sebegini?

Maafkan aku, Rul. Aku gagal dalam buat anak kau sentiasa tersenyum. Aku gagal buat anak kau bahagia sepanjang hidup dia. Aku gagal didik anak aku untuk berbuat baik pada Kayla. Aku dah buat Kayla menderita, Rul. Maafkan aku sebab aku buat keputusan kahwinkan anak kau dengan anak aku. Aku ingat, bila dia orang dah berkahwin akan membuatkan dia orang bahagia. Tapi tidak. Kalau aku tahu ini akan berlaku, aku tidak setuju untuk Adam kahwinkan Kayla sebagai pengganti Lara. Aku minta maaf sebab dalam situasi ni aku telah mempergunakan anak kau. Aku minta maaf, Rul.

Kalau arwah Khairul masih ada, tentu Khairul sungguh kecewa dengan dia sekarang.

Adam hilang kata-kata. Langkah Encik Amir dihantar hanya dengan ekoran mata. Nampak sungguh Babanya seakan kecewa dengan dia. Sungguh dia tidak tahu apa yang telah merasuknya. Dia akan terus berubah bila bercakap mengenai Kayla. Mungkin disebabkan rasa benci pada Kayla yang menyebabkan dia jadi begini.

?????

KAYLA menarik nafas dalam sambil menghirup udara segar. Dia baru saja sampai di Terengganu bersama dengan Hanan. Hanya dia dan Hanan saja yang berangkat ke sini. Ketika Hanan memberitahu dia bahawa Haris tidak jadi mengikuti mereka, dia tersangat lega. Dia belum bersedia lagi mahu berhadapan dengan lelaki itu selepas dia yang menyebabkan Haris kecewa. Dia malu.

Dia tersenyum senang saat pandangan laut yang terdampar luas menyapa pandangannya. Rasa tenang dan lega sekali. Buat seketika dia mahu lupakan segala masalah yang dihadapinya kebelakangan ini. Kekadang dia terfikir sendiri, adakah keputusan untuk dia pindah ke sini terlalu cepat dan drastik?

Bila fikir yang dia masih lagi isteri kepada Adam, dia rasa tidak patut dia lari sejauh ini dari Adam. Tetapi bila diingatkan kembali apa yang telah lelaki itu buat terhadap dirinya, ini adalah keputusan yang sangat baik! Lebih baik dia cepat-cepat lari jauh dari Adam sebelum keadaan menjadi parah. Kalau benar lelaki itu mahu lepaskan dia, biar dengan cara baik.

Cuma dia mengharap sesuatu saja bila sudah sampai ke sini. Dia berharap semoga dirinya tenang saja disini dan dapat bahagia seperti dulu. Dia tidak mahu lemah. Tidak mahu maruahnya dipijak-pijak. Tugas dia yang baru sekarang adalah membuat dirinya sendiri bahagia tanpa memerlukan kasih sayang dari orang lain.

Huluran aiskrim dari arah kanan secara tiba-tiba menyentakkannya. Dia tersenyum. Tangan bergerak mahu menyambut serentak dengan kepala didongakkan. Bila mata menyapa sesuatu pandangan, terus tangan menjadi kaku. Mata terkaku pada pandangan dihadapan. Seiiring dengan itu jantungnya mula memainkan peranan. Berdebar.

"Hai." Sapa gerangan yang menghulurkan aiskrim tersebut bersama senyuman mekar.

"Tak sudi ke terima ais krim ni? Nanti cair rugi tau."

Kayla tidak mengambil ais krim itu, tetapi dia mula berdiri. Lelaki dihadapan dipandang hairan. Keadaan sekeliling diperhati. Bukan ke tadi Hanan yang pergi beli ais krim untuknya? Kenapa muncul orang lain?

"Ha-Haris? Aw-awak buat apa dekat sini? Bukan ke-"

"Saya tak jadi datang?" Haris mula bergerak ke sebelah Kayla. Senyuman tidak lokek diberikan kepada Kayla. "Tak ada la. Saya ada je dari tadi follow kereta awak dari belakang. Awak je yang tak perasan."

"Tap- tapi Hanan cakap awak tak jadi ikut, kan?" Sungguh, Kayla rasa segan sekarang. Bercakap pun tergagap-gagap. Dulu tak macam ni pun!

Soalan Kayla mengundang ketawa dari Haris

"Awak percayalah cakap dia tu. Saya memang ikut. Tapi tak akan la nak kena naik satu kereta dengan awak dua orang. So, saya naik kereta sendiri. Cuma saya lambat bertolak sikit tadi. Tapi sempat la kejar kereta awak yang agak slow tu."

Saat ini Kayla rasa geram dengan Hanan. Pandai saja tipu dia hidup-hidup! Dia bukan main lega lagi bila tahu yang Haris tak jadi ikut. Eh, tiba-tiba pula boleh muncul dekat sini!

Masing-masing diam. Kayla tidak tahu apa yang perlu dia dan Haris bualkan. Disebabkan terlalu lama tidak bersua dan bertemu, dia jadi kekok dan segan. Tidak tahu topik apa yang sesuai untuk dimulakan dengan bualan.

"Awak sihat?" Haris memulakan perbualan.

Laju saja Kayla mengangguk. Namun masih belum berani memandang Haris. Segan dia memang tahap gaban! Dengan Adam tak ada la pula sampai macam ni sekali. Mungkin sebab dia dan Haris telah lama tidak berbual dan duduk berdua seperti ini. Tambahan pula dia sekarang masih lagi bergelar isteri orang. Jadi, keadaan jadi terhalang sedikit.

"Alhamdulillah, bagus la. Saya rasa kita berdua ni dah lama tak berbual, kan? Usahkan berbual, jumpa pun tidak."

Kayla buat-buat senyum. Tidak tahu apa yang harus dibalas. Dia buat-buat senyum pun kerana tidak mahu Haris terasa hati dengannya. Nanti apa pula kata lelaki itu. Sudahlah lama mereka berdua tidak bertemu sapa. Kini, bila boleh berbual, dia pula mahu tak mahu.

Melihat reaksi Kayla yang biasa-biasa saja, Haris sedar bahawa Kayla tidak mahu berbual dengannya. Haris mengeluh.

"Kayla."

"Ya?"

"Awak tak selesa ke dengan saya?"

Segera Kayla berpaling memandang Haris disebelah. Haris perasankah? Dia bukan sengaja tidak mahu berbual. Cuma dia tidak tahu apa yang hendak dibualkan.

"Erm- Haris. Bukan macam tu. Saya-"

"Tak apa, saya faham." Ujar Haris gembira. "Saya faham situasi awak sekarang. Awak tu isteri orang mestilah awak tak selesa bila berbual dengan saya. Berdua pula tu. Tak apa, saya tak salahkan awak. Jangan ambil hati."

Kali ini kata-kata Haris membuat Kayla terharu. Dan kali ini dia benar-benar tersenyum. Haris dari dulu sampai sekarang langsung tidak berubah. Haris cepat sangat memahami keadaannya.

"Awak tak berubah, kan?"

Haris pandang Kayla sekejap. Nak pandang lama-lama tak boleh. Kayla isteri orang, nanti buat dosa saja. Kalau boleh, mahu saja dia tatap dan tenung wajah itu puas-puas. Melepaskan rindu yang lama dipendam. Tapi bila sedar Kayla bukan sesiapa untuknya, terus ditahan diri dari berbuat seperti itu. Dia tidak mahu kerana dia Kayla dapat dosa sekali.

"Untuk awak, saya tak akan pernah berubah."

Bungkam.

Kayla segera memandang laut semula. Sekali lagi dia berdebar kuat bila mendengar jawapan dari Haris. Heih! Apa dah kena dengan jantungnya sekarang? Haris saja pun!

Kayla, kau isteri orang. Tak baik la!

Dia berpeluk tubuh.

Haris sudah datang ke sini. Itu bermakna sudah tentu lelaki itu tahu segalanya tentang dia. Sebab dia berpindah juga tentu Haris tahu. Saat ini rasa malu tidak dapat disorok lagi. Mungkin lelaki itu senyap-senyap mengata dirinya. Iyalah, dulu elok-elok dia bersama Haris tapi tiba-tiba kahwin dengan orang lain. Kahwin pula semata-mata gantikan pengantin perempuan. Sekarang, dia juga yang merana. Mengharapkan Adam sedar tentang cintanya, tapi hampeh!

Kayla hela nafas.

"Awak dah datang sini, mesti awak dah tahu semua fasal saya. Kan?"

"Saya tahu semuanya tentang awak, Kayla."

"Dari Hanan?"

Haris tersenyum sebelum menggeleng kecil. Kalau bukan sebab Hanan, dia tetap akan tahu. Sebab dia akan sentiasa ada disisi Kayla walaupun Kayla tidak pernah sedar. Seperti yang dia katakan bila sebaik saja Kayla jadi isteri Adam. Dia akan bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Dia bersedia untuk hadapi semua itu demi Kayla.

"Tanpa Hanan juga saya akan tahu. Awak macam tak kenal saya pula."

Kenal. Dia kenal sangat dengan Haris. Lelaki itu sanggup lakukan apa saja demi dia. Termasuk melepaskan dia kepada orang lain biarpun hati sendiri terluka dan kecewa. Tetapi, dia tidak tahu pula yang Haris tidak berubah.

"Saya tak sangka lelaki tu boleh buat awak macam ni." Haris ketap gigi. Bukan mahu ungkit, tetapi dia mahu Kayla tahu apa yang dia rasa saat ini.

Gadis yang dia cinta dan sayang dilayan buruk oleh suami sendiri. Jika dapat diundurkan masa, dia tidak akan pernah sesekali lepaskan Kayla berkahwin dengan Adam. Dia akan sanggup pertahankan Kayla. Tapi, masa tak dapat diundur dan diubah.

Kayla pejam mata. Disabarkan hati bila Haris mula membuka semula cerita itu. Dia datang ke sini mahu tenangkan diri. Haris pula bijak mengungkit semula tentang itu.

"Haris. Saya bukan tak nak awak bercakap tentang tu. Tapi, saya datang sini sebab nak tenangkan fikiran. Saya dah tak nak ingat semua tu dalam masa terdekat ni. Saya cuba untuk rawat hati saya sendiri sekarang. Kalau boleh buat masa sekarang awak jangan cakap fasal tu, boleh?"

Geram saja Haris mahu hatuk kepala pada batang pokok. Boleh pula terlupa kenapa Kayla berpindah ke sini. Padahal Hanan sudah pesan kepadanya agar tidak bercerita soal Adam bila bersama Kayla.

"Sorry. Saya lupa. Saya tak sengaja. Tapi sebab rasa sakit hati saya ni, saya jadi terlepas cakap. Sorry again."

Kayla diam. Sekarang baru dia faham apa yang Haris lalui. Disebabkan rasa kecewa dan sedih, Haris membawa diri bercuti selama seminggu ke Langkawi. Dan lelaki itu juga mendiamkan diri hampir selama 3 bulan. Kini, dia pula yang ada disituasi yang sama. Membawa hati yang sakit dan kecewa di Terengganu ini. Cuba untuk rawat luka dihati dengan sendiri.

"Haris."

Haris berpaling. Keningnya dijongket.

"Se-sekarang baru saya faham apa yang awak rasa masa saya kahwin dengan Adam."

Senyuman Haris mengendur. Wajah sedih Kayla menyentakkan dirinya. Ini semua bermula dari dia! Dia yang membuka cerita soal Adam dan sekarang Kayla mula sedih.

"Kayla-"

"Baru saya faham macam mana rasa kecewa dan sedih yang awak rasa bila awak sanggup menghilangkan diri dari saya. Mesti awak kecewa sangat, kan? Kenapa awak tak marah je saya? Kenapa awak tak benci je dekat saya? Saya dah buat awak kecewa, Haris. Sampai ke hari ni, saya tak dapat nak hapuskan rasa bersalah saya ni. Dan saya rasa, apa yang terjadi sekarang adalah punca saya buat awak kecewa."

Ayat terakhir Kayla mengejutkan Haris. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Hadui! Ini semua berpunca dari mulutnya tadi! Gatai sangat nak bercakap!

"Kenapa cakap macam tu? Tak baik. Ini semua tak ada sebab la dengan semua tu. Saya tak pernah simpan dalam hati. Awak tanya kenapa saya tak marah and tak benci awak? Untuk apa saya marah and benci dekat awak kalau awak adalah orang yang saya paling sayang? Bila kita dah sayangkan seseorang, rasa marah dan benci tu mustahil akan datang walau seteruk mana dia layan kita. Dan saya nak awak tahu, sampai sekarang saya masih sayangkan awak. Sebab tu saya sanggup datang ke sini."

Laju Kayla pandang Haris. Dia rasa mahu menangis sekarang. Tak! Dia dah menangis pun. Dah keluar air mata dah pun!

"Eh, eh! Kenapa menangis ni?" Haris mula kelam kabut bila terpandang air mata Kayla yang jatuh.

"Ala, kenapa menangis ni? Awak jangan macam ni, Kayla. Nanti ada orang ingat saya buli awak pula." Dia mula garu kepala sendiri.

Apa sebab Kayla menangis? Terharu dengan bicara dia atau teringat dekat Adam?

Gelabah Haris mengundang ketawa kecil Kayla. Terus tidak jadi mahu menangis. Ayat Haris mencuit hatinya. Setiap dia menangis depan lelaki itu, ayat itulah yanh sentiasa Haris tuturkan. Dan ayat itu juga menghiburkan hatinya.

Haris mengerutkan dahi. Hairan bila Kayla ketawa pula.

"Tadi menangis, sekarang gelak pula. Awak okey ke tak?"

Semakin kuat Kayla ketawa. Perlahan tangan bergerak menyapu air mata sendiri. Kata-kata Haris tadi sungguh menyentuh hatinya sekarang.

"Awak ingat saya boleh menangis lama-lama bila dengan awak? Awak cepat sangat hiburkan hati saya even dengan perkataan buli awak tu."

Haris keluh lega. Dia tidak suka bila Kayla menangis tidak kira sebab apa sekali pun. Bila bersamanya, dia tidak akan biarkan Kayla menangis.

"Kenapa menangis?"

Suasana jadi serius bila Haris menukar ton suaranya.

"Saya tersentuh dengan kata-kata awak tadi."

"Lain kali jangan bazirkan air mata awak depan saya. Saya tak suka. Air mata awak terlalu mahal untuk awak menangis sebab benda kecil tu. Awak dah lama menangis, kan? Jadi bila dengan saya, saya nak awak pastikan diri awak tak sedih. Bila dengan saya, saya nak awak gembirkan hati awak. Jadikanlah saya ni tempat bergembira buat awak. Saya tak suka tengok orang yang saya sayang bazirkan air mata dia untuk perkara yang tak berbaloi. Contohnya, macam tadi. Sekarang, awak dah boleh bina hidup baru. So, don't let yourself cry too easily. I hate that. Get it?"

Dengan wajah serius, Haris berkata apa yang dia rasa. Jujur, dari dulu hingga sekarang dia tidak suka melihat Kayla menangis. Jika Kayla sedih, dia turut rasakan.

Kayla terkelu. Setiap bait kata ikhlas dari Haris dapat dia rasakan. Dan, kata-kata itu menyerap masuk ke hatinya. Benarlah, lelaki itu tidak pernah berubah. Sikap Haris memang jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan Adam. Jauh sangat. Bagai langit dengan bumi. Kadang-kadang dia tidak faham kenapa Haris lagi boleh memahami dirinya sedangkan Adam sudah lama kenal dia berbanding Adam.

Kayla senyum nipis.

For those yang dapat Haris mesti bertuah gila. Bukan macam aku. Aku sanggup biarkan Haris untuk cinta yang tak pasti.

I'm sorry, Haris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience