Peluang Untuk Bahagia 65

Romance Completed 31764

SEKUJUR tubuh mengering membelakanginya dipandang simpati. Keadaan sekeliling membuatkan dirinya semakin bersimpati kepada lelaki itu. Perlahan kaki menapak mendekati katil pesakit tersebut.

"Haris."

Mata yang baru tertutup itu terbuka luas ketika nama diseru. Haris pantas menoleh ke belakang dan bangun dari baringan.

"Kau buat apa dekat sini?" Dingin dia bertanya. Tidak suka dilawat oleh sesiapa.

Adam mengeluh.

Keadaan Haris memang tidak terurus sejak masuk hospital sakit mental disini. Namun, emosi sepupunya itu dapat dikawal dengan baik sekali. Seperti yang dijangka, Haris tidak cukup rawatan untuk sembuh sepenuhnya.

"Aku datang nak lawat kau. Dah-"

"Aku tak perlukan sesiapa untuk lawat aku dekat sini. Aku gila! Nanti ada yang cedera pula." Selepas kejadian gila tempoh hari, Haris sedar itu adalah kesilapan besar yang pernah dilakukan.

Dia bukan tidak mahu dilawat sesiapa. Cuma, rasa malu pada orang lain membuatkan dia tidak menerima sesiapa yang melawat. Terutama sekali Adam mahupun Kayla. Malu diatas perbuatannya.

"Haris. Aku datang sini bukan nak bergaduh dengan kau. Bukan nak kau ingat semula apa yang kau dah buat. Aku datang sebab kau cousin aku."

"Cousin?" Haris tertawa hambar. "Kau lupa ke yang aku cuba bunuh kau? Aku dah cederakan isteri kau dan buat dia gugur. Kau masih nak mengaku aku ni sepupu kau? Nak berlagak baik?"

Adam turut tertawa hambar. Haris tidak berubah atau sengaja buat perangai begitu?

"Baik buruk kau, kau tetap cousin aku. Ya. Dulu aku memang tak sebulu dengan kau. Aku benci kau. Tapi aku buat semua tu bersebab."

"Sebab? Apa je sebab kau?"

"Kalau kau perasan. Aku akan bergaduh dengan kau bila aku dapat tahu kau rapat dengan Kayla. Aku buat semua tu sebab aku tak nak kejadian yang pernah berlaku pada Husna berlaku pada Kayla pula. Dulu, Husna pergi sebab apa? Sebab kau tuduh dia curang. Padahal dia dengan Luqman tu memang rapat sebelum dia couple dengan kau. And, sama macam Kayla. Aku takut bila kau dah couple dengan dia and kau nampak dia asyik berkepit dengan aku, benda tu akan berulang lagi. You get it? Lagipun, aku tahu kau belum sembuh sepenuhnya masa tu." Tenang Adam menjelaskan perkara yang lama dipendam.

Dia bukan sesuka hati menghalang Haris dan Kayla dari bercinta, dulu. Tetapi disebabkan hal itu dia terpaksa menghalang dan berkeras. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Kayla.

"Dan-" Nafas dihela perlahan. "Salah satu sebab kenapa aku cadangkan Kayla kahwin dengan aku dulu pun sebab nak jauhkan dia dari kau."

Laju mata Haris terarah pada Adam. Segera dia turun dari katil dan mendekati lelaki itu. Kolar baju Adam dicengkam.

"Kau sengaja?"

"Aku buat sebab terpaksa, Haris. Aku tak nak apa-apa jadi pada Kayla. Aku sayangkan dia walaupun masa tu aku sayangkan dia sebagai kawan baik je." Tidak sedikit pun Adam gentar dengan pandangan tajam dari Haris. Biar sepupunya itu tahu kebenaran.

"So, kau tak ikhlas kahwin dengan dia? Kau pergunakan dia?!" Makin kuat kolar baju itu dicengkam Haris.

Hati panas saat mendengar pengakuan itu dari Adam. Dia tidak suka bila melibatkan Kayla. Dia masih sayangkan wanita itu!

"Pada mata kau, memang kau nampak aku pergunakan dia. Tapi niat sebenar aku bukan macam tu. Masa hari kahwin aku dengan Lara nak dekat, aku asyik terfikirkan nasib Kayla bila aku dah kahwin nanti. Tak ada orang yang akan protect dia macam mana aku buat. Kebetulan Lara tak datang, and aku terus fikir macam tu. But, aku tak pernah mempergunakan orang yang aku sayang." Perlahan-lahan Adam meleraikan cengkaman tangan Haris pada kolar.

Haris seakan tergamam. Tersentap dengan kata-kata Adam. Tidak akan ada orang yang boleh lindungi Kayla seperti Adam?

Ya. Dia tidak mempertikaikan itu. Mungkin kalau dia bersama Kayla, dia tidak akan dapat melindungi Kayla. Dia juga pernah berniat mahu menyorokkan penyakitnya dari pengetahuan Kayla.

Bahu Haris dipegang.

"Aku tahu, kau sayangkan isteri aku." Perit? Tentu sekali. Perit hati dia bila tahu ada lelaki lain yang menyayangi isterinya.

"Tapi aku harap, kau cepat-cepat buang rasa sayang tu pada isteri aku. Aku tak nak kau masih simpan perasaan tu. Kelak, kau juga akan terseksa. Macam haritu."

Haris masih membisu. Pandangan ke arah lain. Tidak berani bertentang mata dengan Adam.

"It's easy to say. Tapi semudah tu untuk aku lupakan orang yang aku cinta." Tubuh dikalih dan dia berjalan ke arah tingkap.

"5 bulan aku kena tahan dekat sini. Aku masih lagi tak dapat nak terima kenyataan yang Kayla dah sah jadi milik kau. Tapi aku sedar aku ni sakit. Doktor pun nak aku stay sini untuk beberapa bulan lagi. Biar aku sihat sepenuhnya. Memang aku sihat, mental aku sihat. Tapi, hati aku tak akan pernah sihat dari terluka tengok orang yang cinta bahagia dengan orang lain." Suasana berubah muram. Suara Haris juga berubah sendu.

Haris didekati.

"Ak- aku minta maaf. Tapi untuk aku lepaskan Kayla itu tak mungkin. Aku cintakan dia sepenuh hati aku. She's my wife. Kau kena faham." Sukar untuk Adam memujuk Haris agar melupakan perasaan itu. Namun, kalau dia ditempat Haris dia juga akan begitu.

Perlahan-lahan Haris mengangguk.

"Aku faham. Faham sangat. Aku tak ada apa-apa hak ke atas dia. Kau lagi berhak. Lagipun, lepas kejadian hitam tu aku tak yakin dia akan berkawan dengan aku macam dulu."

Terbayang apa yang telah dia lakukan kepada Kayla. Rambut Kayla ditarik, tubuh yang sedang mengandung itu ditolak ke lantai dan juga dia ada niat untuk membunuh Kayla. Masa itu, dia hanya fikir tiada siapa boleh memiliki Kayla kalau dia juga tidak boleh.

Bodoh!

Sungguh bodoh!

Dia ikutkan sangat kata hati dan hasutan syaitan tanpa mengambil kira dosa diatas perbuatannya.

Nafas ditarik dalam bagi menahan sebak. Sebak mengenangkan perbuatan sendiri. Sebak memikirkan nasib dirinya. Kerjaya dia sudah ada dan kehidupannya juga sempurna. Namun dari segi kesihatan, tidak. Dia tidak sempurna akal.

Kayla memang berhak buat Adam. Jika dia pulih sepenuhnya, belum tentu penyakit itu tidak akan menyerang semula.

"Aku minta maaf dengan apa yang aku dah buat. Aku hancurkan rumah tangga kau. Aku haru birukan hidup kau suami isteri. Aku berniat nak bunuh kau dan juga Kayla. Aku sedar salah aku. Tapi semua tu aku tak sedar. Aku hanya ikut kata hati dan suara yang berbisik. Ya. Aku terlalu obses dengan isteri kau. Aku mengaku. Rasa ingin memiliki dia semakin kuat selepas dia sah jadi isteri kau. Aku pergi tenangkan diri tapi masih sama. Jadi, aku ambil keputusan untuk dekat dengan Kayla semula dan rampas dia dari kau. Walaupun aku tahu, hati dia hanya untuk kau." Perlahan Haris menutur penuh sesalan di dada.

Adam hanya mampu mendengar. Belakang Haris diusap selepas terdengar esakan dari sepupunya itu. Tahu la dia bahawa Haris benar-benar kesal.

"Aku minta maaf, Adam."

"Aku dah lama maafkan kau."

Haris berpaling.

"Aku tak sangka. Orang yang aku sangkakan hati busuk, sebenarnya baik. Sedangkan aku, orang yang anggap aku baik tapi sebenarnya aku adalah manusia paling kejam." Ikhlas dia berkata.

Adam tersenyum tipis.

"Tak. Kau tak kejam. Cuma- disebabkan emosi kau jadi macam tu. Kau perlu pandai kawal emosi kau. Itu je. Insha Allah, aku yakin kau akan sihat macam dulu. Dapat kebahagiaan sendiri. Tentang perkara lepas, kau tak payah simpan dalam hati. Aku dan Kayla dah maafkan kau. Sekarang, kau cuma perlu fokus tentang kesihatan kau je. Jangan risaulah. Orang lain pun akan maafkan kau juga."

Tanpa balas, Adam dipeluk erat oleh Haris. Haris terharu dengan kata-kata itu.

"Maafkan aku."

Pelukan dibalas.

"Aku dah lama maafkan kau."

Haris menjarakkan kedudukan. Dia mula tersenyum lebar.

"Cousin?" Buku lima ditunjuk.

Pada mulanya Adam agak kebingungan namun selepas beberapa saat dia mula tersenyum lebar juga.

"Cousin." Buku lima dilagakan.

"Dah. After this, aku tak nak ada permusuhan antara kita." Kata Adam lega dan gembira. Harap perkara lepas tidak akan berulang.

"Dengan syarat. Kau tolong aku untuk sembuh."

Adam senyum senang. Bahu Haris ditepuk-tepuk.

"Aku sentiasa ada dibelakang kau untuk kau terus bangkit, bro."

Dalam hati berdoa agar Haris disembuhkan dan segera dipertemukan jodoh agar bahagia. Tak ada ganggu isteri dia lagi. HAHA!

?????

TERTEGUK perlahan liur Adam melihat Kayla yang tidak habis-habis berjalan dari gerai ke gerai membeli makanan. Plastik makanan yang sudah penuh kedua-dua belah tangannya dipandang silih ganti dengan Kayla.

"Isteri aku ni biar betul. Dah nak terberanak pun mengidam lagi ke?" Kepala digaru.

Hairan memang hairan. Tetapi lagak Kayla begitu mencuit hatinya. Mana tidaknya, dengan perut memboyot tapi masih lagi gagah berjalan ke sana dan ke sini di pasar malam ini.

Semalam bukan main mengamuk lagi wanita kesayangannya itu mahu ke pasar malam. Bila diturutkan, senyum sampai ke telinga lagaknya. Dia tidak kesah, janji Kayla bahagia dan gembira. Tak ada lah kena menghadap muncung sedepa isterinya itu.

Kayla yang sedang membuat pesanan ayam madu itu dihampiri.

"Hunny. Pergi duduk jauh-jauh. Dekat sini banyak asap, kan? Tak elok. Biar Hubby je yang tunggu." Asap berkepul-kepul merisaukan dia. Sudahlah Kayla mudah semput sekarang.

Kayla mencebik.

"Hubby ni layan Hunny macam budak-budak. Hunny tahu la."

"Hunny tu memang budak. Dalam perut tu bawa budak dengan Hunny sekali budak. Lagipun Hunny tu memang budak bagi Hubby sampai bila-bila. Pokoknya emang budak kok."

Adam dipandang pelik sebelum Kayla meletuskan ketawa.

"Kok tiba sih jadi indon gituh?"

"Loh. Emang dari indon sih."

Wanita yang separuh abad berada disitu turut tergelak kecil melihat Adam dan Kayla saling berbual bahasa asing itu.

"Terima kasih." Plastik berisi ayam madu dicapai. Mereka berdua terus beredar dari ruang pasar malam. Ikutkan Kayla, sampai tutup belum tentu nak balik.

"Ni siapa nak makan semua ni?" Soal Adam sambil berpaling ke belakang sebaik saja masuk ke dalam kereta. Plastik-plastik tersebut disangkut pada belakang seat Kayla.

"Nanti Hunny makanlah. Baby ni ha mengamuk nak makan. So, Hunny belikan saja la." Selamba Kayla membalas seraya menggosok perutnya.

Hanya perlu tunggu tiba masa saja. Semakin hari dia semakin berdebar menunggu ketibaan itu. Takut dan teruja bergabung jadi satu.

"Sikit-sikit salahkan baby. Kesian anak kita ni, sayang." Adam juga memegang perut itu.

Bila ada pergerakan, hati Adam semakin menggebu ingin cepat-cepat anak itu lahir. Tidak sabar mahu melihat wajah kecil molek yang bakal lahir itu. Bakal menyerikan rumah tangga dia bersama Kayla.

Tangan Adam dipegang Kayla.

"Hubby."

"Ya?"

"Betul ke semua ni?"

Adam kerut dahi. "Betul apa?"

"Yang kita dah nak dapat anak."

"Laa, kenapa tanya macam tu? Betul la. Dalam perut sayang ni anak kita. Atau, sayang sebenarnya tak mengandung? Sebenarnya dalam perut ni lemak je kan? Sebab tu tak percaya."

"Hubby!" Hendak marah pun tidak sampai hati. Kayla tergelak dengan gurauan itu.

"Then, pergi tanya macam tu buat apa la."

"Tak. Hunny cuma tak percaya yang kita dari kawan baik dah jadi husband and wife. Itu je. Hunny juga tak sangka Hunny sedang mengandungkan anak Hubby. Macam mimpi."

Pipi Kayla disentuh lembut.

"Macam mimpi sebab Hunny dah dapat crush yang Hunny impikan, kan?"

Wajah Kayla membahang. Malu bila soalan itu diajukan.

"Ke, tak percaya yang kawan baik Hunny ni dapat sentuh Hunny? Kalau dulu terpegang sikit je dah nak bagi sepak terajang. Sekarang, dah mengandung."

"Ha! Mula la tu mulut lepas. Ish!" Bahu Adam dipukul perlahan. Segan dengan kenyataan Adam itu!

"Sayang." Tangan Kayla dicapai. "Sayang kena percaya sebab ini adalah jodoh kita berdua. Kita telah ditakdirkan untuk bersama dari mula-mula lahir sampai sekarang. And Insha Allah sampai Jannah juga. Kisah cinta kita ni bukan senang nak dapat tau. Jarang berlaku. So, kita kenalah percaya." Hidung itu dicuit.

Lama Kayla tenung anak mata Adam. Jelas, lelaki itu sedang bahagia. Mata yang pernah menjelaskan betapa bencinya lelaki itu pada dia. Namun kini menjelaskan batapa lelaki itu bahagia bersamanya. Cintakan dia.

"Hubby cintakan Hunny?"

"Of course I do, sayang. Hubby cintakan Hunny sayang Hubby ni. Tak ada apa yang boleh padam rasa cinta ni." Penuh kesungguhan dan keyakinan Adam membalas.

Makin lebar senyuman Kayla. Kepala disandar pada bahu lelaki itu. Rasa kepalanya dikucup kudus dan lembut. Nyaman.

Adam senyum sendiri mula teringatkan sesuatu.

"Do you remember, dulu kita selalu menindakkan yang kita akan kahwin. Hubby tak nak Hunny jadi wife Hubby. And Hunny tak jadi Hubby jadi husband Hunny."

Kayla ketawa kecil. Ingat. Kukuh diingatan lagi.

"Ingat. Benda tu Hunny tak akan lupa."

"And now, kita dah pun jadi husband and wife in real. Betul cakap orang tua, jangan yakin sangat dengan apa yang kita kata. Hubby yakin sangat yang Hubby tak akan kahwin dengan Hunny. Iyalah, Hunny kawan baik Hubby. Tapi tengoklah sekarang. Perut ni siap membuncit lagi."

Isterinya tidak membalas. Hanya tertawa senang. Suasana gelap dalam kereta menyamankan lagi mereka. Adam rasa hendak throwback segalanya.

"Hubby ingat tak masa Hubby panggil Hunny sayang? First time panggil Hunny sayang." Kayla pula yang bersuara.

Adam ketawa sendiri. Ya, dia ingat. Dia juga ingat wajah Kayla yang berubah pada tika itu.

"Ingat. Tak sangka sekarang ni Hubby betul-betul panggil sayang, sayang."

"Masa tu kan, jantung Hunny macam nak meletup."

"Iya? Kenapa?"

"Hunny sukakan Hubby kut. Tetiba panggil sayang, memang nak meletuplah jantung. Nak tayang teruja tak boleh nanti nampak sangat kita beria." Tanpa segan mahupun malu, Kayla bercerita.

"Sekarang dah tak nak meletup ke?" Sempat Adam mengusik.

"Tak. Berdebar je."

"Sayang."

"Sayang."

"Sayang."

"Sayang."

"Sayang."

"Berdebar tak?" Soal Adam setelah beberapa kali menyebut panggilan itu. Tangan kiri menjalar pada tubuh Kayla dan dipeluk erat.

Sayang dan cinta tidak pernah berhenti buat Kayla Raihana biarpun dulu pernah membenci sebenci-bencinya. Kini, dia cinta sesungguhnya.

Kayla balas pelukan. Telinga dilekap pada dada Adam ingin mendengar degupan jantung itu.

"Panggil lagi."

"Sayang. Sayang, Hubby. I love you, sayang. Always love you, sayang." Bisik Adam perlahan.

Dari senyuman bertukar sengihan. Woah! Seronoknya dengar!

"Janji yang Hubby akan sentiasa cintakan Hunny?"

"Yes, sayang. I will. And you?"

Wajah didongak. Rahang Adam dikucup.

"Hunny akan cintakan Hubby forever! Thanks sebab bagi Hunny peluang untuk bahagia. Hunny bahagia. Please, jangan sesekali terfikir nak tinggalkan Hunny lagi. Boleh?" Bersinar-sinar matanya berharap.

Kelopak mata Kayla dikucup. Dari kanan ke kiri. Wajah itu dipegang.

"I'm promise. Hubby tak akan tinggalkan kesayangan Hubby. And Hubby akan selalu buat Hunny bahagia. Sebab, Kayla Raihana juga ada hak dan peluang untuk bahagia. Bahagia sayang hanya dengan Hubby. Orang lain tak akan dapat bahagiakan sayang Hubby ni." Ucap Adam penuh syahdu tulus dari hati sebelum dahi itu dikucup lama dan segera tubuh itu dirangku ke dalam pelukan.

"I love you, sayang."

"I love you too, Hubby. Thanks again sebab bagi Hunny peluang untuk bahagia."

"Anything for my love."

TAMAT…

Share this novel

Faizah Zainal
2020-10-12 12:08:17 


NovelPlus Premium

The best ads free experience