Peluang Untuk Bahagia 55

Romance Completed 31764

"KAYLA."

Segera Kayla mengangkat wajah bila namanya diseru seseorang. Apa yang pasti suara memanggil namanya itu adalah suara perempuan. Serta merta riak wajah dia berubah menjadi tegang melihat perempuan yang menyebut namanya itu.

Lara?

Apa perempuan itu mahu darinya? Dan paling penting, kenapa perempuan itu ada dihospital?

Tidak mahu terus bersua dengan Lara, Kayla menundukkan wajah semula dan teruskan berjalan. Yang penting sekarang dia tidak boleh terus masuk ke dalam wad dimana suaminya berada. Nanti Lara akan tahu semuanya.

Lara pantas menahan langkah Kayla dari terus maju ke depan.

"Kayla tunggu. Aku ada benda nak cakap."

Mencerlung Lara dipandang.

"Kau nak apa? Tak puas lagi fitnah yang kau buat dekat aku selama ni? Kau datang cari aku sampai sini nak buat apa pula? Aku dah tak nak tengok muka kau!" Lara dijeling sebelum perempuan itu dilepasi.

Lara pusingkan tubuh memandang Kayla yang melangkah pergi. Tetapi dia hanya membiarkan Kayla melangkah beberapa tapak saja kemudian dia menyeru nama Kayla semula.

"Kayla. Kau kena tahu something about Adam. Kau dah kena tipu dengan dia."

Statik. Kayla berhenti.

"Boleh Hunny janji? Even apa yang bakal kita hadap dan ujian yang kita perlu tempuh, we'll fix together. Always stay together and loving together. Jangan ada rasa benci antara kita berdua. Jangan beri sedikit pun peluang untuk orang luar masuk dalam rumah tangga kita jadi perosak. Can you promise me?"

Pesanan Adam terngiang-ngiang. Gigi diketap geram.

"Kau tak habis-habis nak rosakkan rumah tangga aku. Kenapa? Apa yang kau tak puas hati dengan aku, Lara?" Tanpa menoleh Kayla bertanya.

Kayla didekati. Dengan wajah yang cukup berkeyakinan untuk buat Kayla percayakan dia.

"Okey. Aku mengaku dulu memang aku ada niat nak rosakkan rumah tangga kau dengan Adam. Tapi kali ni tak. Aku nak kau selamat dari Adam. Dia dah tipu kau."

Nafas dihela kuat. Kalau sekarang mereka bukan berada dihospital, mungkin sekarang juga dia pegang kepala Lara dan dihatuk ke dinding dengan sepuas hati. Dia tidak akan percayakan Lara walaupun sikit. Kerana dia tahu perempuan seperti Lara tidak akan mudah untuk berubah.

"Kalau kau masih sayangkan Adam, kau cakap. Jangan taburkan fitnah macam kau buat dekat aku dulu."

"Aku tak fitnah. Kau kena percayakan aku. Aku tak nak kau percayakan dia seratus peratus."

"Habis, kau nak aku percayakan kau?" Tajam mata menikam wajah Lara disebelahnya. Berani perempuan itu muncul semula setelah apa yang dilakukan.

"Lara, kau tak pernah rasa benci dengan diri sendiri ke? Kau tak pernah rasa jijik dengan diri sendiri ke dengan perbuatan kau? Kau tak habis-habis nak rosakkan rumah tangga aku. Apa yang kau dapat? Adam? Tak juga kan?"

"Kayla please listen to me." Lara cuba mencapai tangan Kayla tetapi ditepis kuat.

"Kau jangan berani nak pegang-pegang aku. Aku dah cukup benci dengan manusia perangai macam kau. Cukup Lara. Cukup! Dulu, kau boleh buat Adam percayakan kau sebab dia memang cinta buta dengan kau. Tapi aku, kau jangan ingat aku akan percaya apa yang kau cakap."

"Kali ni kau kena percayakan aku. Adam cari kau semula sebab dia nak lari dari bertanggungjawab. Kau kena dengan cakap aku, Kayla. Tolonglah." Tapak tangan kiri dan kanan disatukan dan Lara sengaja melayukan mata agar dapat membuat Kayla percaya lagi dengannya.

Namun, Kayla ketawa sinis. Kepala digelengkan.

"Bertanggungjawab apa? Kau mengandung? Kenapa? Adam dah sentuh kau ke?"

Lara mengangguk laju.

"Oh." Kayla angguk faham. Dia sudah mengepal tangannya.

Sejauh itu Lara mahu menfitnah suaminya? Nauzubillah!

"Then, kau nak suruh aku buat apa?"

Dahi Lara berkerut seribu. Tidak sangka reaksi ini yang dia akan terima dari Kayla. Dalam fikiran dia membayangkan Kayla akan terkejut. Tetapi ini sangat lain. Kayla tenang saja.

"Aku tanya sekali lagi, kau nak suruh aku buat apa? Merayu dekat Adam supaya dia kahwin dengan kau dan kau orang berdua akan hidup bahagia. Macam tu?" Sinis sekali Kayla menyoal dengan lagak muka juga yang sengaja dibuat-buat tersenyum.

Sabar sajalah hadap dengan perempuan ini!

"Tak. Ka- kau tak terkejut ke?"

"Terkejut? Kenapa? Aku kena terkejut ke? Wajib aku buat reaction terkejut macam dalam drama Indon? Sampai ternganga mulut. Macam tu ke?"

Tertelan liur Lara melihat Kayla didepannya sekarang. Kayla sekarang lebih berani pula. Terpinga-pinga dia memandang Kayla.

"Macam ni lah, Lara. Kalau betul kau mengandung, apa buktinya? Tuduhan tanpa bukti itu fitnah namanya. Lagipun kau ingat aku tak tahu kau macam mana? Bukan ke pernah mengandung sebelum ni? Kau tinggalkan Adam sebab mengandung, kan?" Bertalu-talu soalan Kayla ajukan ingin memberi Lara sentap!

"And, kalau kau mengandung sekali pun aku yakin anak tu bukan anak Adam. Tapi kau sengaja nak buat aku percaya sebab kau nak runtuhkan rumah tangga kami lagi. Kalau kau tak ada nak cakap lagi, aku pergi dulu. Malas aku layan orang macam kau. Tak habis-habis nak tabur fitnah je kerjanya. Huh!"

Tanpa menghiraukan Lara, Kayla mula melangkah beredar dari situ meninggalkan Lara dengan terpinga-pinga. Entah apa yang menyebabkan perempuan itu terpinga pun tidak tahu. Terkejut mungkin dengan sisi baru dia.

Maaf, ini bukan Kayla yang boleh ditindas macam dulu!

?????

PINTU wad dibuka perlahan-lahan memastikan tiada siapa yang perasan dia ingin menyelinap masuk ke dalam. Memastikan tiada sesiapa yang melihat, segera dirinya dibolos ke dalam. Senyuman sinis terukir bila mata melihat sekujur tubuh yang dipenuhi dengan wayar disertakan kepala yang berbalut. Lambat-lambat dibawa ke arah katil pesakit itu.

"Adam, Adam." Keadaan sepupunya itu dipandang jelek.

"Itulah kau. Buat dosa dengan bini lagi. Padan muka kau! Tapi-"

Kaki dibawa mengelilingi katil pesakit itu. Keadaan bilik juga diperhati. Dia berhenti disebelah kiri Adam dan perlahan-lahan tangan mula menjalar di mesin bantuan pernafasan yang digunakan oleh Adam.

"Kau sepatutnya dapat lebih daripada ni, Adam Firdaus!" Geraham bergerak-gerak menahan amarah yang kembali memuncak.

"Kau dah lemah, Adam. Kalau aku bunuh kau sekarang pun tak akan ada siapa yang tahu. Hanya dengan cara ni je boleh buat aku pisahkan kau dengan Kayla. Kayla milik aku selamanya."

Tangan bergerak mula ingin menarik salah satu wayar yang berada di situ. Syaitan mula bersorak bila hanya tinggal sedikit saja lagi tangan Haris hampir menyentuh wayar itu. Dan...

"Abang Haris?"

Laju tangan ditarik semula. Wajah mula berubah cuak bila terpandang Akid yang sedang berdiri dipintu wad. Liur ditelan terasa kesat.

Akid mengerutkan dahi. Hati mula tidak sedap melihat Haris yang berdiri disebelah alat bantuan pernafasan abangnya itu.

"Oh, A- Akid." Ingin buang rasa janggal dan rasa hairan dari Akid, dia melangkah mendekati sepupunya itu.

"Abang Haris buat apa dekat sini? Macam mana Abang Haris tahu yang abang stay dalam ward?"

Tangan menggosok leher belakang. Gelisah kerana takut-takut Akid nampak apa yang cuba dia lakukan kepada Adam sebentar tadi.

"Abang Haris tanya nurse tadi."

"Oh, okey."

Akid mendekati Adam yang masih terbaring. Masih lagi rasa musykil dengan perbuatan Haris. Dia nampak. Boleh tahan lama juga dia berdiri dipintu wad tadi memerhati setiap tingkah Haris. Dia mula memanggil nama lelaki itu kerana nampak tangan Haris yang mula menjalar untuk memegang wayar.

Haris hembus nafas lega. Harap Akid tidak mengesan apa-apa.

"Adam macam mana?" Pura-pura bertanya dan mengalihkan suasana janggal.

"Macam ni lah. Dah dua hari abang tak sedarkan diri." Serik dengan perkara lepas, Akid memutuskan untuk tidak menceritakan semuanya.

"Doktor tak ada cakap apa-apa?"

Akid sekadar menggeleng. Entah, tiada rasa mahu berbual mesra dengan sepupunya itu selepas dia nampak apa yang Haris cuba buat tadi. Selepas ini bilik ini tidak boleh ditinggal kosong. Abangnya mesti ada peneman.

"Okey la kalau macam tu. Abang Haris balik dulu." Lebih baik dia cepat beredar daripada sini sebelum disyak wasangka.

Akid menoleh.

"Dah nak balik? Abang Haris baru sampai, kan?" Sengaja dia menyoal hairan.

"Ha'ah. Memang ingat nak datng kejap je. Ada kerja sikit dekat tempat lain. Abang Haris pergi dululah. Apa-apa nanti terus call." Bahu adik Adam ditepuk perlahan sebelum dia terus beredar.

Langkah diberhenti dihadapan pintu.

"Kau selamat hari ini, Adam."

?????

"HARIS datang sini? Bila?" Soal Kayla sedikit melenting. Dia bangun dari duduk dan memandang tajam ke arah adik iparnya itu. Sudahlah dia bertemu dengan Lara, ini dapat pula berita yang Haris datang menjenguk Adam.

"Petang tadi. Masa akak cakap akak nak keluar pergi beli makanan, Akid pun keluar kejap sebab nak jawab call. And, bila Akid masa ke dalam tengok-tengok abang Haris ada dekat dalam. Terkejut lah juga sebab Akid tak pernah cakap pun yang abang stay ward ni."

Kayla terduduk semula. Dahi mula berkerut.

Dia terjumpa dengan Lara petang tadi dan juga dihospital. Manakala Haris datang ke sini pada waktu petang juga dan melawat Adam. Itu secara kebetulan atau sengaja dirancang?

Tak mungkin.

Haris dan Lara saling tidak mengenali. Mungkin hanya kebetulan.

"Akak."

"Ya?"

"Akak okey tak? Muka berkerut sangat tu."

"Tak. Akak cuma-" Ayat tergantung disitu. " Akak cuma terfikir. Sebab petang tadi, Lara datang jumpa akak. Dekat hospital ni. Lepas akak keluar dari mart, tiba-tiba dia muncul depan akak. Lepas tu Akid cakap Haris datang sini petang tadi. Akak cuma terfikir kalau-kalau benda tu disengajakan atau kebetulan saja."

"Lara jumpa akak tadi?" Akid terlopong. Sudah lama dia tidak mendengar khabar tentang perempuan itu.

"Ha'ah."

"Buat apa dia jumpa akak? Akak kena hati-hati dengan perempuan tu, akak. Dia tu tak habis-habis nak runtuhkan rumah tangga akak. Sama la dengan abang Haris tu. Akid tak faham kenapa abang Haris jadi macam tu. Akak tahu tak apa yang dia cuba buat dekat abang tadi?"

Wajah Kayla berubah keruh. Dada berdebar tidak senang.

"Apa dia cuba buat?"

"Akid tak tahu betul ke tak tapi Akid nampak dengan mata Akid sendiri. Abang Haris, dia macam cuba untuk putuskan wayar oksigen abang. Lepas tu bila Akid panggil dia, cepat-cepat dia tarik tangan and buat selamba je."

Jawapan Akid buat Kayla tergamam. Haris cuba apa-apakan Adam? Sampai begitu sekali lelaki itu sanggup lakukan? Haris memang jauh berbeza.

"Sometimes dia akan okey and sometimes no. Dia akan bertindak mengikut emosi dia. Sebab tu Hubby nak Hunny jauhkan diri dari dia. Dari dulu lagi Hubby dah pesan."

Keluhan dilepaskan.

Dari situlah baru dia mengerti kenapa suaminya tidak berkenan dia berkawan rapat dengan Haris. Dia mati-matian yakin bahawa lelaki itu adalah lelaki itu sukar sekali nak dijumpai. Satu dan seribu konon! Tapi psycho!

"Akid rasa Haris tu cuba nak bunuh abang la akak." Hanya itu yang sempat Akid fikir buat masa ini. Kalau bukan cubaan ingin membunuh, kenapa Haris bertindak begitu?

Kayla hanya mampu terdiam. Otak masih penat memikirkan Lara yang datang berjumpa dengan dia petang tadi. Kata-kata perempuan juga masih berlegar dikepala. Sanggup Lara menfitnah suaminya begitu?

Sedikit pun dia langsung tidak percaya dan tidak mengambil pusing tentang itu. Tetapi dia penat fikir kenapa Lara masih lagi tidak habis-habis ingin meruntuhkan rumah tangga dia bersama Adam. Tidak cukup menfitnah dia, Adam pula yang difitnah.

Dulu, dia tahu pergaulan Adam dan Lara tiada batas. Pegang sana pegang sini. Tetapi dia yakin dengan hatinya yang suaminya itu tidak akan sampai ke tahap berzina! Kalau bukan disebabkan Lara, suaminya itu tidak akan mudah bersentuhan dengan bukan mahram!

"Entahlah Akid. Akak penat nak fikir semua ni. Dengan Lara lagi. Akak sekarang nak focus pada abang Adam je. Akak nak tunggu sampai dia sedar. Selagi tak sedar selagi tu akak tak sedap hati tak boleh duduk dengan tenang. Akak cuma berharap Haris dengan Lara akan cepat putus asa. Akak tak nak disebabkan hal ni abang Adam tu stress. Dah la dengan dia perlukan masa untuk pulih sepenuhnya."

Mengikut kata doktor, suaminya itu memerlukan masa berbulan-bulan untuk pulih semula. Walaupun tidak terlibat dengan apa-apa risiko, untuk pulih seperti biasa Adam perlukan masa yang lama.

"It's okey. Akak jangan risau. Akid akan sentiasa ada dengan akak. Akid akan tolong akak."

Bicara Akid dibalas dengan senyuman tipis. Walaupun Akid tidak selalu ada disisinya, dia tahu adik angkatnya itu sering saja memberi sokongan dari belakang. Akid tampak saja pendiam dan tidak bermesra dengan orang sekeliling, namun hati anak muda itu sungguh baik.

????

TANGAN Adam digenggem erat sekali. Kemudian dibawa ke pipinya. Gusar hati menanti si dia sedarkan diri. Setiap saat dia berharap agar mata Adam bergerak-gerak dan terbuka.

"Bila Hubby nak bangun? Penatlah Hunny tunggu. Tapi penat pun Hunny tetap tunggu."

Dia mahu ketika Adam membuka mata, dia adalah orang pertama yang lelaki itu pandang. Dia sendiri mahu melihat mata Adam terbuka.

"Hubby." Pipi itu diusap sayang.

"Hunny memang tak layak nak bahagia eh?" Air mata mengalir lagi tanpa diminta.

Kalau Adam sedarkan diri dan dapat jalani kehidupan seperti biasa sekali pun, Lara dan Haris akan tetap ada untuk cuba memisahkan mereka berdua.

Tak bolehkah kalau dia bahagia tanpa sebarang ujian dan dugaan yang berat-berat?

Penat!

Penat dengan semua mainan ini. Dengan mainan manusia seperti Lara dan juga Haris.

Haris.

Dia ingatkan lelaki itu dapat memberikan dia semangat baru untuk teruskan hidup. Rupanya tidak! Lelaki itu lagi ingin meruntuhkan rumah tangganya! Lelaki yang sentiasa puji itu rupanya lelaki yang sangat kejam dan gila!

Dari kecil hingga sekarang nasibnya sentiasa malang walaupun sentiasa disayangi oleh Encik Amir dan Puan Zarina. Bukan tidak bersyukur, namun dia sudah penat dengan semua ini.

Dia puas bersabar sejak kedua orang tuanya meninggalkan dia dari kecil lagi. Bila sudah besar, ingatkan dapatlah dia mengecapi kebahagiaan sendiri tanpa sebarang derita. Namun itu semua andaian dan angan-angan dari dia!

Kini, bila sedikit sahaja lagi dia mahu bahagia ujian seperti ini pula melanda. Berdepan dengan ujian sebegini langsung tidak terlintas.

Tangisan mula kedengaran.

"Hubby tolonglah sedar. Hunny takut nak hadap semua ujian ni seorang diri. Tak larat nak layan kerenah Haris dengan Lara. Dia orang dah mula buat perangai. Tolonglah."

Tangan Adam dibawa kedahinya. Tangisan dikeluarkan semahu-mahunya. Sudah tidak tertahan rasa hati ini melihat mata Adam yang tertutup rapat. Dia mahukan Adam yang dulu.

"Please. Hunny merayu. Hunny takut kalau Hubby still macam ni memudahkan Haris nak apa-apakan Hubby. Hubby kena bangun."

"Tolonglah."

Puas menangis, tangan Adam dialihkan dan diletak semula ke atas tilam. Dia mula merebahkan kepala diatas katil untuk merehatkan mata. Tangan dijadikan bantal kemudian mata dipejam. Harap, bila dibuka saja matanya Adam akan mula sedar.

Tangan digenggam bersama tangan lelaki itu. Setiap malam itulah yang dia lakukan. Memegang tangan suami ibarat berada di dalam dakapan.

Malam semakin larut. Beberapa jam sudah pun berlalu. Terasa ada pergerakan berdekatan menganggu tidur Kayla yang lena. Terkebil-kebil mata cuba dibuka seluasnya. Melihat jari yang bergerak-gerak, menyedarkan Kayla sepenuhnya. Lalu, laju diangkat kepalanya.

"Hub-Hubby? Ya Allah!"

Butang merah segera ditekan. Bibir mula tersenyum lebar.

Kelopak mata Adam yang mula bergerak-gerak itu memang menandakan lelaki itu sudah mula sedarkan diri. Perlahan-lahan dapat dia melihat mata itu terbuka semakin luas. Nafas Adam itu semakin teratur.

"Ya Allah! Hubby dah sedar!"

Tangan Adam yang mula diangkat itu cepat-cepat Kayla memegang. Air mata kegembiraan mengalir.

"Hun-Hunny."

Makin laju air mata bila terdengar suara Adam yang memanggilnya.

"Hunny dekat sini, Hubby. I'm here."

Adam menggerakkan tangan perlahan-lahan menyentuh pipi isterinya itu. Dia mula tersenyum kecil.

"Sa-sayang Hub-Hubby."

Tidak dapat ditahan, segera Kayla memeluk tubuhnya itu erat. Keajaiban apakah ini? Baru saja sebelum tidur tadi dia berharap lelaki ini akan sedar.

Untuk membalas pelukan, Adam masih tidak cukup tenaga. Dia hanya dapat tersenyum kecil dan hanya mengucap kata syukur di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience