DENGAN penuh berlagak, Lara masuk ke dalam restoran dengan lagak catwalknya. Kaca matanya ditanggalkan dan meliar mencari seseorang di dalam restoran tersebut. Nampak saja kelibat lelaki yang berjanji mahu berjumpa dengannya, terus dia melangkah ke situ.
Langkah diberhentikan.
"So, you yang nak jumpa I?" Tanpa sapaan mahupun teguran, terus saja dia menyoal. Tanpa dipelawa juga kerusi ditarik kemudian diduduk. Kaki disilangkan.
Bibir mencebik memandang lelaki dihadapanya itu. Inilah rupanya lelaki yang menghubungi dia mengatakan ingin berjumpa pada hari ini. Yang aneh, darimana lelaki itu dapat nombor telefon dia.
Dahi berkerut bila perasan yang dia seperti pernah nampak wajah lelaki itu.
"Wait. I think i pernah jumpa you but tak ingat dekat mana? Kita- pernah jumpa ke?"
Anggukan dari lelaki tersebut buat dia sedikit terkejut. Tekaannya betul. Tetapi dia tidak ingat di mana.
"You kenal i?"
"Kenal. Sangat kenal. Tak akan you tak ingat yang kita pernah jumpa? Even i pernah jumpa you sekali, i dah ingat rupa you."
"Kejap, i nak ingat. I rasa dah lama i terjumpa dengan you. Tapi dekat mana, ya?" Lara cuba memerah otak dan keluarkan segala memori yang ada.
Bila mula ingat sesuatu, lelaki itu dipandang.
"You. You cousin Adam, kan? Siapa nama tu? Ha-Haikal? Eh tak. Ha-"
"Haris."
"Yes! Haris. So, kenapa nak jumpa? And how you can contact with me?"
Hairan.
Pernah jumpa hanya sekali. Itu pun ketika mereka berdua berlawan badminton bersama Kayla dan juga Adam. Selepas dari itu, dia memang tidak ambil peduli tentang sepupu Adam itu. Yang hanya dia tahu, Adam tidak rapat sangat dengan Haris. Itu saja.
Haris mengetuk-ngetuk meja dengan jarinya. Orang sekeliling diperhatinya sebelum Lara dipandang.
"Saja."
"Saja?" Sinis sekali Lara mengulang jawapan Haris. "Haris, Haris. You tahu tak, kalau orang lelaki nak jumpa i tak ada saja-saja. You tertarik dengan i ke? But, wait."
Terkelip-kelip mata Kayla cuba fikirkan sesuatu.
"You bukan ke dengan Kayla? I ingat dulu you dengan Kayla. Oh! Lupa! Kayla dengan Adam sekarang. Now, I dah faham kenapa you cari I." Senyuman jahat digariskan.
Begitu juga dengan Haris.
"Dah faham?"
"Yes, yes dah faham."
"Apa yang you faham?"
Lara menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Dia berpeluk tubuh sambil memandang Haris penuh makna.
"You nak dapatkan Kayla semula, kan? I am right?"
Tepukan dari Haris kedengaran. Berkali-kali lelaki itu bertepuk tangan.
"Bijak. You memang bijak."
"Well. So, what do you want? Apa yang perlu i bantu you? Oh! Sebelum i lupa. Haris, Haris. I ingatkan you ni baik. Tapi sebaliknya. Tak sangka."
"Siapa je boleh kekal baik bila orang yang kita sayang dikebas orang lain. Betul tak?"
"Yeah. We're same. I pun tengah fikir cara untuk dapatkan Adam semula."
"You kan punca Adam halau Kayla dari rumah?"
Lara terdiam seketika. Dalam hati sedikit hairan kerana lelaki itu tahu semua apa yang berlaku.
"How did you know that?"
"I sayangkan Kayla and i will do anything yang membolehkan I tahu semua tentang dia. That's me."
"Woah! Seriously? Tak sangka."
Pujian Lara membuatkan Haris bangga diri.
Ya. Dia sanggup lakukan apa saja hanya semata-mata untuk tahu semua tentang Kayla. Sejauh mana Kayla pergi, ke situ juga dia akan pergi. Kerana dia, sayangkan Kayla dan mahukan gadis itu.
"Okey. So, i pun dah ada geng untuk dapatkan apa yang i nak. Apa kata kita cipta idea sama-sama?" Sudah tidak sabar-sabar Lara mahu lakukan kerja barunya. Tapi kali ini ada yang satu kepala dengannya.
Kali ini mesti lagi seronok kerana lelaki itu merupakan orang terdekat dengan Adam.
"I think we should know each other first. Buat masa ni I belum ada apa-apa idea. So, let's think together. Otak kita sama, kan?"
"Sounds good. I setuju." Lara sudah mula tersenyum-senyum. Berkobar-kobar semangat dalam jiwa.
"Order. I belanja." Ujar Haris seraya menghirup air yang dipesannya tadi sementara menunggu kedatangan Lara.
"Okey bagus. Waiter!"
?????
KAYLA ketap gigi kuat. Mata terarah pada pintu tandas yang tertutup rapat. Sudah berapa minit berlalu, namun matanya masih tepat berada di situ. Jam dinding dipandang sekilas. Lagi berapa minit nak masuk waktu Subuh. Hampir 40 minit dia menunggu Adam yang berada di dalam tandas. Tapi masih tidak keluar.
Sudahlah rasa sebal kerana lelaki itu tidur sekatil dengannya belum hilang lagi. Itu satu hal. Yang lagi satu hal bila lelaki itu tidur buas nak mati! Sekejap peluk dia dengan tangan. Dialih. Eh! Tak sampai beberapa saat, kaki pula naik mendarat di atas pahanya. Cari fasal betul! Akhir sekali terpaksa dia ambil tilam nipis yang diberikan kepada Adam untuk tidur diluar. Dihampar di atas karpet sebelah katil. Barulah selesa dia tidur.
Kayla mendengus. Dengan malas dia bangun berjalan ke arah pintu tandas.
"Adam! Awak buat apa lama sangat dekat dalam tu? Cepatlah. Saya pun nak mandi." Jerit dia dari luar.
Buat apa la lelaki itu lama-lama dalam tandas. Kalau sebelah petang tak apa juga. Ini pagi buta berlama-lama dalam tandas. Buang tabiat ke apa?
Tidak berapa lama kemudian, kelihatan tombol pintu dipulas dari dalam. Terpancul wajah Adam yang berkerut seribu. Tangan sedang memegang perut.
"Awak kenapa?" Kayla bersoal hairan.
Adam keluar dari tandas dan berjalan perlahan ke arah katil. Wajah masih berkerut seakan menahan sakit.
Kayla datang dekat.
"Sakit perut ke?" Prihatin sekali dia menyoal. Wajah dia juga turut berkerut.
"Aku rasa sebab aku makan pedas." Tersekat-sekat lelaki itu menjawab.
"Makan pedas?" Kayla menepuk dahi. Lupa. Semalam dia masak ayam masak lemak cili api tapi terlebih lada.
Tapi, tengah makan semalam elok saja lelaki itu. Masa tidur pun siap berdengkur lagi.
"Tak akan sebab semalam. Awak makan semalam okey je, kan?"
"Okey je. Tapi entahlah. Aku bangun dari tidur tadi terus sakit perut. Itu yang lama dalam tandas."
Rasa bersalah menyerbu. Kayla kemam bibir. Kasihan pula tengok wajah berkerut lelaki itu.
"Sakit lagi ke? Nak ubat tak? Nanti saya pergi ambil kan." Kayla mula berpaling untuk mengambil ubat, tetapi terhenti bila tangannya dipegang Adam.
Mulalah ada dentuman dalam dadanya. Heih! Pagi-pagi dah buat hal.
"It's okey. Dah lewat dah ni. Kau pergi mandi dulu. Subuh pun dah nak dekat ni. Aku boleh cari sendiri." Tidak mahu Kayla terlewat disebabkan dia, Adam laju menghalang.
"Tapi awak kan sakit?"
"Tak apa. Pergi mandi."
"Betul ni?"
Perlahan Adam mengangguk. "Betul." Tersentuh pula hati lelakinya bila Kayla masih prihatin terhadap dia.
"Okey." Teragak-agak Kayla melangkah mencapai tuala mandi sebelum tandas dituju.
"Kayla."
Sekali lagi langkah dia terhenti. Adam dipandang.
"Ya?"
"Risau juga kau dekat aku, kan? Kau masih sayang aku la tu, kan?"
Mahu saja Kayla pergi semula dekat dengan Adam kemudian hantuk kepala lelaki itu ke dinding. Dalam keadaan sakit pun sempat lagi nak mengusik dia!
"Perasan!"
Laju dia berjalan masuk ke dalam tandas dan mengunci pintu. Tubuh disandarkan pada belakang pintu. Dia tersengih seraya menyentuh dada yang berdebar hebat.
"Ish! Kau ni dah gila la, Kayla. Dia cakap macam tu pun nak cair ke?"
Kepala digeleng-gelengkan walaupun bibir masih menguntum senyuman lebar.
Diluar pula, Adam juga tersenyum sendiri dengan mata masih melekat pada daun pintu yang menghilangkan bayang isterinya. Tahu, jauh disudut hati Kayla, isterinya itu masih sayangkan dirinya. Kayla boleh tipu dia melalui percakapan, tetapi bukan melalui perbuatan. Setiap tindak tanduk Kayla menjelaskan semuanya walaupun gadis itu sendiri cuba menyembunyi dari pandangannya.
Beberapa minit berlalu. Kayla melangkah keluar dari tandas dengan lengkap berpakaian. Pakaian tidur yang tadi lah. Dia akan ambil baju kerjanya dan pakai dalam bilik lain. Sekarang dia dah tak ada peluang untuk pakai baju dalam bilik sendiri. Huh!
Sambil melangkah ke ampaian tuala, mata memerhati Adam yang sudah terlena semula. Tiba-tiba dia tersenyum nipis. Tersenyum kerana kesian melihat wajah berkerut-kerut lelaki itu menahan sakit. Lucu pun ada.
Jam dikerli. Sudah jam 6:20 pagi.
Adam dihampiri.
"Adam." Panggilnya.
"Hmm?"
Sahutan menyebabkan Kayla tercebik. Ingatkan lelaki itu tidur.
"Bangunlah. Dah masuk waktu. Pergi kerja tak ni?"
Adam membuka mata lalu bangun dari baringan. Dia terdiam kerana berfikir.
"Pergi kut. Kau dah solat?"
Kayla menggeleng.
Terus Adam bangun berdiri dan tersenyum memandang Kayla.
"Tunggu aku. Kita solat sama-sama."
Kayla terpaku. Tanpa disedari, matanya sudah berair. Rasa terharu mendengar kata-kata Adam itu.
Solat sama-sama?
Dia bermimpikah?
Sudah lama dia impikan solat bersama suaminya. Namun, dia dan Adam sering saja mendirikan solat secara sendiri-sendiri. Kayla tersenyum terharu. Tanpa berlengah, dia mencapai baju yang siap digosok untuk bersiap-siap sementara menunggu lelaki itu siap mandi.
Ketika solat berjemaah, Kayla telah pun menitiskan air matanya. Terharu kerana solat Subuh berjemaah bersama Adam, suaminya. Dan terharu bila mendengar setiap bait bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh Adam. Tidak sangka begitu merdu sekali bila Adam membaca ayat-ayat suci itu.
Salam kiri dan kanan diberikan. Kemudian mereka berdua sama-sama beristighfar dan berzikir. Selepas itu, Adam mula menadah tangan untuk mengaminkan doa.
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Engkau ampunkanlah dosa bagi kedua ibu bapa kami. Engkau tempatkanlah bagi kedua ibu bapa kami yang sudah tiada dikalangan orang yang beriman. Rahmatilah ibu bapa kami. Lindungilah mereka dari perkara yang tidak diingini. Ya Allah. Ampunilah juga dosaku dan juga dosa isteriku. Sesungguhnya, kami sepasang suami isteri sudah jauh tersasar dari jalanMu, Ya Allah. Kami abaikan tanggunjawab kami masing-masing. Ya Allah. Berkatikanlah rumah tangga kami. Hindarilah kami dari sebarang fitnah seperti mana yang telah berlaku sebelum ini Ya Allah. Berikanlah jua kesedaran kepada aku sebagai seorang suami untuk terus melindungi, mendidik dan membimbing isteriku, Kayla. Ampunilah jua dosa yang telah aku lakukan kepada isteriku, Ya Allah. Lembutkanlah hatinya untuk maafkan aku. Sesungguhnya, hanya Engkau tempat kami meminta. Amin ya rabbal 'alamin."
Adam meraup wajahnya perlahan. Belum sempat dia paling ke belakang, dia dikejutkan dengan suara esakan dari arah belakang. Segera dia berpaling. Terpanar bila melihat Kayla sudahpun teresak-esak menangis. Dia bergerak sedikit merapati Kayla.
"Hei, Kayla? Kenapa ni?" Tangan Kayla disebalik telekung itu dipegang. Wajah yang menunduk itu diintai sedikit.
"Kayla?" Risau dibuatnya tiba-tiba saja Kayla menangis.
Kayla masih menangis dan tidak berani mengangkat wajah. Dia betul-betul tersentap dengan doa yang dipanjatkan oleh Adam itu. Seperti tepat-tepat terkena dibatang hidungnya.
"Kayla, cuba cakap kenapa ni? Aku ada salah cakap ke?"
"Aw- awak jahat!"
"Ha?" Bingung Adam tika ini. Dia baru saja lepas solat. Itu jahat ke?
"Ap- apa yang aku dah buat? Aku baru lepas berdoa kau kata aku jahat?" Kepala digelengkan. Macam-macam.
"Look at me, Kayla. Angkat muka, pandang aku. Tell me kenapa kau menangis sampai macam ni. Jangan buat aku tertanya-tanya."
"Tak nak." Kayla masih berkeras. Malu nak tayang wajah yang dibasahi air mata.
"Okey. Cakap je."
"Doa awak tu." Tersekat disitu. Hati kembali sebak.
"Kenapa?"
"Awak jahat."
Adam tergelak dalam hati. Lahai! Kayla ni pun. Macam budak-budak pula.
"Okey. Kenapa?"
"Aw- awak buat saya terasa berdosa sangat sebab dah abaikan tanggungjawab."
Sebab itu rupanya. Adam terangguk sendiri. Erat tangan Kayla dipegang.
"Tak perlu rasa berdosa. Sebab aku kau abaikan tanggungjawab. Aku khilaf. Aku biarkan kau seorang diri dekat luar. Aku suami yang tak berguna. Kau tak perlu rasa macam tu. Semuanya berpunca dari aku. Tapi, sekarang aku datang untuk tebus semua kesalahan yang pernah aku buat. Aku nak kita mulakan kehidupan baru. Kita mulakan dari awal. Boleh tak?"
Air mata Kayla jatuh lagi. Cukup terharu. Kali ini dia tidak mampu mengeraskan hatinya. Namun untuk ungkapkan kata maaf itu sukar. Hati dia masih sakit.
"Bagi saya masa untuk terima awak semula." Jawab dia dalam keadaan masuk menunduk.
Adam tersenyum hambar. Tak apa lah. Dia kena banyakkan bersabar.
Kepala Kayla diusap sayang.
"Just take your time. I'll wait."
"Maafkan saya."
"No, it's okey. Salah aku. Dah pergi siap. Nak pergi kerja, kan? Aku pun nak siap." Sebelum bangun, sempat satu kucupan dijatuhkan pada hujung dahi Kayla yang masih berlapik telekung.
"I love you."
Cukup perlahan. Tapi sampai juga dipendengaran Kayla. Keras kejung dia disitu. Diperhati saja Adam yang sedang melipat sejadah dengan hujung mata.
Apa maksud lelaki itu?
?????
"ASSALAMUALAIKUM." Adam masuk ke dalam rumah. Terintai-intai disegenap ruang tamu rumah mencari bayangan isterinya. Bau masakan menusuk rongga hidungnya. Itu bermakna Kayla berada di dapur.
Langkah dibawa ke situ. Dia tersenyum melihat Kayla yang sedang memasak. Ada perubahan. Tapi, Kayla masih belum mampu memaafkan dia. Sudah seminggu dia tinggal disini. Sepanjang seminggu itu juga Kayla jalankan tanggungjawab sebagai isteri seperti biasa.
Kayla didekati.
"Masak apa tu? Dari luar rumah dah boleh bau." Lauk yang dimasak diintai sedikit.
"Kari kepala ikan. Awak makan, kan?" Tiada nada dingin mahupun marah, Kayla menyoal biasa.
"Apa yang kau masak, aku makan."
"Okey. Pergilah mandi dulu." Arah Kayla. Dia bergerak mengambil mangkuk untuk diisi kari tersebut. Sedikit pun Adam tidak dipandang.
"Nak makan sekarang boleh tak? Lapar." Adam menggosok perut. Padahal dia baru saja lepas makan. Terpandang kari kepala ikan itu, rasa lapar balik.
Kayla menjeling.
"Tak elok lah. Kan Umi dah pesan sebelum makan kena pergi mandi dulu kalau kita baru balik dari mana-mana." Mangkuk dibawa ke meja. Sekarang cuma tinggal goreng telur dada saja.
Adam cuba menyembunyikan rasa sebak. Inilah sikap Kayla yang dulu. Sering saja menyediakan makanan untuk dia walaupun hanya beberapa kali dia pernah jamah masakan Kayla. Memang patut Kayla terasa hati dengannya. Dulu, dia tidak pernah kesah pun dengan apa saja yang Kayla masak. Langsung tak tertarik.
Menyesal pernah lukakan hati mulia seperti Kayla. Dari cara Kayla sediakan makanan buatnya, gadis itu memang layak menjadi seorang isteri. Langsung tidak kekok bab-bab di dapur. Dia sebenarnya bertuah dapat isteri seperti Kayla. Tapi itulah. Dia buta!
"Adam?"
Kayla petik jari bagi menyedarkan lelaki itu.
"Ya?"
"Pergilah naik mandi. Solat dulu and then kita makan sama-sama."
"Oh, okey. Tunggu tau?" Segera Adam bergerak naik ke atas.
Kayla hela nafas. Terfikir juga dia bila boleh maafkan lelaki itu. Hatinya sudah lembut sedikit. Kata-kata sindiran juga sudah kurang dia keluarkan. Hanya kadang-kadang tersasul.
Tinggal bersama Adam, dia percaya yang lelaki itu sudah berubah. Namun disebabkan rasa bimbang, ada juga rasa was-was dalam diri. Dia akan beri masa sikit lagi kepada dirinya untuk terus melihat perubahan Adam. Siapa tahu hatinya akan terbuka untuk memaafkan lelaki itu.
Usai mandi dan solat, Adam laju turun ke bawah. Sudah tidak sabar mahu menjamah masakan yang dimasak Kayla. Ruang dapur dituju dan segera dia mengambil tempat.
Sedang makan, Kayla asyik memerhati Adam. Sudah lama dia mahu bertanya, tetapi tiada masa.
"Adam. Boleh saya tanya something?"
"Tanya je la." Lauk di dalam mangkuk diambil Adam lagi. Tidak henti-henti dia mengunyah.
"Kenapa saya nampak awak makin kurus? Dah lama saya nak tanya."
Pergerakan Adam terhenti. Tergamam dengan soalan itu. Tangan yang mahu mencedok kuah itu ditarik semula. Mula tidak senang dengan soalan Kayla.
"Kurus? Mana ada la. Biasa je aku rasa." Dia masih berdalih. Masih belum bersedia untuk bercerita.
Kayla mula tidak puas hati.
"Tak. Awak makin kurus."
"Maybe sebab kau dah lama tak tengok aku. Sebab tu nampak kurus. Aku biasa je." Nasi kembali dikunyah. Hilang pula selera.
"Memanglah dah lama. Tapi tak akan la awak kurus mendadak macam ni." Geram Kayla dibuatnya. Dia serius boleh pula Adam main-main.
"Tak ada apa lah. Memang saja aku nak kurus. Kenapa? Risaukan aku erk?" Kedua-dua belah keningnya diangkat-angkat. Kayla diusik lagi.
Kayla mencebik.
"Eleh. Perasan!"
Tiba-tiba Adam memegang tangan Kayla. Serius dia memandang isterinya itu. Berat sungguh untuk dia sampaikan kebenaran.
"Don't worry. Aku okey. Aku banyak kerja sangat sampai tak sempat nak makan. Maybe that's why aku makin kurus. Kau faham je la company tu aku dengan Baba je yang handle. Penat..."
Suara Adam mula tidak kedengaran. Kayla ralit merenung wajah Adam. Ada sesuatu yang dia rasa tidak kena pada lelaki itu. Adam seperti sorokkan sesuatu dari dia.
Tapi, apa?
Share this novel