"HAI, Hubby." Sapa Kayla ceria disebalik pintu wad.
Pagi tadi Adam telah pun ditahan dalam wad kerana esok hari lelaki itu akan menjalani pembedahan yang sangat penting. Dia pulang sekejap ke rumah Encik Amir untuk mengambil barang penting lelaki itu.
Adam membuka mata. Lalu tersenyum lebar.
"Hai, Hunny. Come." Tangan bergerak menggamit isterinya.
Bersama wajah ceria, Kayla mendekati suaminya bersama mangkuk tingkat ditangan.
"Look. Hunny bawa your favourite memandangkan hari ni Hubby tinggal dekat sini." Mangkuk tingkat itu diletakkan di atas meja sebelum dia bergerak duduk dihujung katil.
"Lah, Hunny cakap balik rumah Baba sebab nak ambil baju Hubby je kan? Patutlah lama. Sempat dia masak." Hidung Kayla dicuit manja.
Kayla tayang sengihan.
"Lapar tak?"
"Of course lapar."
"Okey kalau macam tu Hunny suap eh? Kejap nak siapkan."
Melihat Kayla ingin berdiri, cepat-cepat Adam menghalang dengan menarik tangan isterinya untuk duduk semula.
"Hubby memang lapar. Tapi-"
Terangkat sebelah kening Kayla menanti Adam menyambung ayat.
"Tapi?"
Jari mengelus lembut tangan Kayla dengan lirikan mata nakal.
"Tak nak makan nasi. Nak makan benda lain. Boleh?"
"Benda lain? Tapi, kan Hunny dah bawa your favourite tu."
"Selain dari lauk tu, benda lain tu pun favourite Hubby juga."
Kayla mula acah-acah ketawa. Lain benar bicara lelaki itu. Tangan dia yang dielus itu dikerli sekilas.
"Hub- Hubby ni lain macam je. Benda lain tu apa?"
Soalan Kayla melorekkan senyuman nakal dibibir Adam. Jarak mereka didekatkan.
"Benda lain tu-" Bibir dekatkan ke telinga kanan isterinya. "-orang dekat depan Hubby ni."
"Hah?!"
Laju Adam menutup telinganya apabila jeritan terkejut isterinya itu menusuk ke dalam telinga.
"Eiii! Gatal kan?" Bahu Adam dicubit perlahan. Mungkin sekarang wajahnya sudah mula memerah. Dah tertanggung rasa malu dan segan.
"Dekat hospital kut." Gumam dia perlahan seraya mengalihkan pandangan.
Kembang telinga Adam mendengar itu walaupun suara Kayla sehabis perlahan. Telinga lintah seperti dia, perlahan mana pun orang bercakap tetap boleh dengar.
"Apa? Ala! Rugilah duduk dekat sini. Kalau kat rumah mesti dah dap-" Tidak habis dia bercakap apabila tangan Kayla terlebih dahulu menekup.
"Shh! Hubby ni suka cakap benda mengarut, kan?"
"Mengarut? Benda tu betul la. Hunny je yang buat tak tahu."
Kayla mengeluh. Tersentap dengan kata-kata itu. Dia bukan tak perasan dengan hint yang sering kali diberikan Adam. Tetapi- dia saja yang belum bersedia lagi. Kesihatan lelaki itu lagi penting buat masa sekarang.
Pipi Adam disentuh.
"Sabar okey? Kesihatan Hubby lagi penting. Jangan fikir benda lain. Otak tu jangan kuning sangat."
"Oh." Adam mengecilkan mata. "Lepas ni boleh lah? Okey kalau macam tu tak sabar nak operate cepat-cepat."
"Heip!" Rasa mahu gelak dan marah sama banyak. Namun Kayla memilih untuk ketawa disebabkan ayat itu.
"Sejak bila jadi gatal macam ni?"
"Sejak ada isteri yang cantik macam ni and...sexy. Aumm!"
Terus Kayla melopong. Sumpah! Sekarang juga dia nak menyorok bawah katil. Tak tertahan rasa malu!
"Hubby dah la. Segan tahu tak?"
"Lepas operate ya, sayang?"
"Adam Firdaus!"
"Amboi!"
Kedua-duanya berpaling apabila ada suara lain yang menyampuk.
"Apa yang bising sangat ni? Sampai luar boleh dengar. Adam dengan Kayla dekat dalam wad pun sempat eh nak manja-manja? Tak boleh berenggang langsung dah Umi tengok." Ujar Puan Zarina setelah masuk ke dalam wad.
Sebenarnya sudah lama dia berada dihadapan pintu wad. Tapi bila terdengar gelak tawa pasangan suami isteri itu, dia memilih untuk tidak masuk ke dalam. Biarkan dulu Adam dengan Kayla.
"Umi? Hunny tak cakap pun Umi datang." Adam pandang Kayla tidak puas hati. Untung saja Umi dia tidak masuk ke dalam ketika dia sedang bercakap yang bukan-bukan.
Nanti kantoi!
"Saja." Sebelum bangun, Kayla menghadiahkan kenyitan mata kepada Adam.
Bersyukur kerana Puan Zarina masuk pada masa yang tepat. Dia sudah tidak tahan segan bila Adam mula bercakap perihal yang membangkitkan rasa malunya. Muka dia juga sudah membahang panas walaupun di dalam bilik wad ini dilengkapi dengan pendingin hawa. Sebelum ini tidak pula lelaki itu bercakap gatal seperti itu. Hari ini lebih-lebih pula.
Tergeleng sendiri Puan Zarina melihat pasangan itu. Anak sulungnya dihampiri.
"Adam. Dah bersedia ke tunggu hari esok?" Kerusi sebelah katil didudukinya.
"Insha Allah dah bersedia, Umi. Umi doakan semua berjalan lancar, ya?"
"Umi selalu mendoakan anak-anak Umi. Terutama sekali kebahagiaan anak-anak Umi."
Tangan Puan Zarina dicapai dan digenggam Adam. Wajah wanita yang paling dia sayang ditatap. Walaupun wajah itu tenang setenangnya, dia tahu Uminya sedang menyembunyikan rasa sedih.
"Thanks, Umi. Umi jangan sedih-sedih, okey? Insha Allah dengan berkat doa dari Umi, Adam akan pulih dan sihat macam biasa. Jangan risau."
Puan Zarina menggariskan senyuman seraya mengeluh perlahan. Jangan sedih? Bagaimana dia tidak sedih jika sekarang ini yang sangat dia sayangi sedang berdepan dengan penyakit.
"Insha Allah."
?????
ADAM senyum sendiri melihat isterinya yang sudah terangguk-angguk diatas kerusi kerana tahan mengantuk. Bila disuruh baring disebelah, ditolak. Sekarang sudah terangguk-angguk pula.
Kesian dia melihat Kayla. Ini baru sehari dia berada dihospital. Kalau lepas pembedahan, lagi kerap isterinya itu akan menghabiskan masa menjaga dia disini. Sekarang ini tidak mengapa kerana dia masih lagi sedar dan mampu bercakap, bergurau bagai. Selepas ini Kayla akan kesunyian.
"Sayang."
"Ya?" Luas mata Kayla terbuka. Kantuk ditahan bila terdengar suara Adam.
"Hubby nak apa?"
"Tak. Tak ada apa. Hunny nampak mengantuk sangat. Come, baring sini." Ruang kosong disebelah, Adam tepuk-tepuk perlahan dengan menggamit isterinya.
Sopan Kayla menolak.
"Tak apa. Katil ni kecil je. Nanti Hubby tak selesa."
"Habis, Hunny tu besar sangat ke sampai buat Hubby tak selesa. Jangan banyak alasan, panjat katil baring sini. Cepat." Selagi tak paksa dengan tegas, selagi itulah Kayla banyak alasan.
"Okey."
Adam mula tersenyum. Itulah Kayla. Sikap yang tak pernah berubah dari sebelum bergelar isteri kepada dia. Kayla memang akan patuh pada setiap arahan yang dia keluarkan.
Tubuh digerak ke tepi sedikit memberi ruang Kayla untuk baring. Lengan dijadikan sebagai bantal.
Kayla sudah selamat baring dengan selesa. Lega bila belakang bertemu dengan tilam yang lembut. Satu hari dia asyik duduk diatas kerusi saja.
"Sayang. Tidur mengiring sebelah sini." Sekali lagi Adam memberi arah meminta Kayla mengiring menghadapnya.
"Why?"
Malas mahu membalas, dengan sendiri Adam mengiringkan tubuh Kayla. Banyak soal pula. Kemudian, tangan kiri mula menjalar ke belakang gadis itu. Ingin mengurut pinggang Kayla kerana dia tahu tentu sekali isterinya lenguh pinggang kerana dari tadi asyik duduk di kerusi.
Mata Kayla terkebil-kebil memandang Adam.
"Hubby buat apa?"
"Urut pinggang Hunny. Hubby tahu sayang Hubby ni lenguh pinggang satu hari duduk atas kerusi tu je."
Mata terasa panas. Mulalah ingin menangis. Tersentuh hati Kayla dengan sikap prihatin Adam itu.
"Nanti jaga Hubby lepas operation, jaga diri tau? Jaga kesihatan. Jangan sebab jaga Hubby, Hunny pula yang sakit. Hubby tak nak Hunny sakit disebabkan Hubby. Ingat tu. Kalau boleh jangan selalu seksa diri duduk dekat sini. Suruh siapa-siapa datang pula. Okey?"
Pipi Adam disentuh lembut. Mata itu ditatap sayang. Harap ini bukan kali terakhir dia dapat merenung anak mata hitam lelaki itu. Dia mahukan mata lelaki itu terus terbuka. Ingin mata Adam terus merenung dia dengan renungan yang mampu melemahkan segala urat sarafnya. Pandangan yang mampu buat dia gelabah serta merta.
"Tak nak. Hunny nak jaga Hubby sampai Hubby sedar and then sembuh betul-betul. Tak ada siapa boleh gantikan tempat Hunny."
"Hubby risaukan kesihatan Hunny."
"Hunny pun risaukan Hubby. Jadi, biar Hunny je jaga Hubby." Kayla tidak mahu kalah.
Mana boleh! Dia mahu setiap perkembangan kesihatan suaminya itu didepan matanya sendiri. Sesaat pun dia tidak mahu ketinggalan.
Tangan beralih dari pinggang bergerak mengusap pipi Kayla.
"Degil. Okey boleh. Tapi Hunny kena janji yang Hunny akan jaga kesihatan. Cukup makan dan cukup tidur. Boleh?"
"Okey." Simbol okey menggunakan jari ditayang Kayla.
"Emm Hubby, nanti nurse or doctor yang masuk macam mana? Dia orang tak marah ke tengok kita tidur sekatil macam ni?" Soal dia bertalu-talu. Risau nanti ada yang menyerbu masuk dalam mereka sedang berpelukan.
"Nak marah buat apa? Kita tak buat salah pun."
"Hubby ni betul tau-"
"I'm always right."
"Ada je akal nak jawab eh?" Naik geram Kayla dengan sikap Adam itu.
Selamba, Adam kembali mengurut lembut pinggang isterinya. Saat-saat beginilah yang dia akan habiskan bersama Kayla dengan kenangan manis. Otak sedang berfikir apa nasib dia selepas pembedahan nanti. Selamat atau tidak? Kalau berjaya, adakah dia masih dapat hidup seperti biasa?
"Sayang. Boleh Hubby tanya something?"
"Tanya je." Kayla mula merapatkan kedudukan mereka. Wajah dibenam ke ceruk leher Adam. Tempat kegemarannya.
Wangi.
Dihidu leher itu semahu-mahunya. Tinggal dalam wad pun suaminya itu masih wangi. Bau maskulin yang sangat menenangkan dia.
Aksi Kayla menjadikan Adam tidak senang duduk. Dia pun ada perasaan gelabah bila Kayla leka sangat hidu-hidu lehernya begitu. Tergugat iman dengan kelakuan Kayla.
"Hun-Hunny."
"Emm?" Balas Kayla masih dihidu dalam leher itu.
Bagai hendak meletup dada Adam tika ini. Dia memang suka menyakat Kayla dan buat isterinya itu gelabah. Tapi bila Kayla buat dia begini, tahap gelabah dia lagi teruk dari Kayla.
Hilang segala soalan yang ingin ditanya kepada Kayla.
Tidak mahu terus hanyut, Adam menjauhkan leher dari terus dihidu Kayla. Riak wajah isterinya terus berubah tidak puas hati.
"Kenapa?" Kayla bertanya polos.
"Kita dalam wad sekarang. Bila Hunny buat macam tu Hubby tak boleh tahan. Jangan buat hal, sayang. Tak pernah dibuat orang baby made in ward."
Kayla bingung. Otak memerlukan beberapa saat untuk proses ayat lelaki itu.
"Baby made what? Hubby cakap apa ni? Hunny bau leher Hubby je pun. Yang fikir sampai situ kenapa? Eii!"
"Habis, Hunny perempuan and Hubby lelaki. We are husband and wife. Iman Hubby terusik tahu tak bila Hunny buat macam tu? Kalau dibuatnya nurse or doctor masuk time Hunny tengah buat macam tu, macam mana? Bahaya la."
Kus semangat! Adam menggosok-gosok dadanya bagi menghilang rasa lain yang mula muncul. Kayla memang buat hal. Dibuatnya terbabas macam mana?
"Hunny ni pun satu. Dekat rumah tak ada pun macam ni. Dekat sini juga la nak manja-manja. Heih!"
Rungutan itu dibalas ketawa halus dari Kayla. Dia tiada niat apa-apa pun. Tiada niat mahu mengusik atau sebaliknya. Pada mulanya dia saja mencari sedikit haba dari situ. Akan tetapi ceruk leher Adam yang wangi semakin mendorong dia untuk terus menghidu dan mencium.
Bibir digigit. Kali ini dia benar mahu mengusik. Sengaja dia dekatkan semula wajah pada ceruk leher itu.
Adam yang baru tenang itu terkejut semula.
"Eh, Hunny. Ya Allah! Janganlah. Nak usik suami pun agak-agaklah. Ingat Hubby ni tak ada perasaan ke? Nakal pula dia."
"Ala! Nak hidu je pun."
"Hidu Hunny cakap? Hidu pakai hidung, bukan pakai bibir. Daripada bibir merayap dekat situ, baik merayap dekat sini." Bibir ditunjuk nakal. Mood mengusik Adam sudah sama naik dengan si isteri.
Kayla mula duduk diam. Kalau Adam dalam mood mengusik, memang habis dia! Lebih baik dia diam dan tak nak cari fasal lagi.
"Hubby nak tanya apa tadi?" Topik perbualan diubah.
"Oh! Pandai eh tukar topik. Tak ada tukar topik. Nak usik Hubby sangat, kan? Meh Hubby usik Hunny pula." Usai berkata, terus Adam pula membenamkan wajah pada leher Kayla. Dicium semahu-mahunya.
Kayla kemam bibir dari meletuskan ketawa. Nanti penghuni hospital fikir hantu mana pula yang mengilai waktu malam begini. Tapi masalahnya dia geli!
"Hubby stop! Geli lah!" Akhirnya terlepas jua. Senak perut kerana ketawa kuat.
Melihat Kayla bagai sudah hilang suara. Adam berhenti dari terus mencium leher itu. Dia turut ketawa.
Tangan Adam yang melingkar di atas perut ditampar perlahan.
"Geli tahu tak? Nanti kalau orang dengar kita gelak macam mana? Dah la. Hunny nak tidur. Hubby baring elok-elok la."
Adam menurut. Bibir masih tidak lekang dengan senyuman. Ada pula bergurau seperti itu di dalam wad. Tak pernah dibuat orang.
Kayla memeluk tubuh Adam erat.
"Nanti Hunny mesti rindu nak kena peluk macam ni, kan?" Adam kembali bersuara. Tapi kali ini suaranya serius sekali.
Kepala didongak memandang anak mata Adam. Ya. Nanti dia akan rindukan pelukan dan dakapan erat ini. Tapi harap buat sementara saja.
"Mestilah rindu." Wajah disembam ke dada bidang itu. Tidak mahu lelaki itu melihat mata yang sudah mula berair.
Adam tersenyum hambar. Sebak didada bila ingat malam ini adalah malam terakhir dia begini bersama Kayla sebelum dibedah pada esok hari. Andai dapat dihentikan masa, dia akan lakukan. Kerana tidak mahu melepaskan kenangan semanis ini.
Kepala isterinya dikucup.
"I gonna miss you ,Hunny."
"Me too." Balas Kayla tanpa mengangkat wajah.
?????
TINGGAL 2 jam lagi sebelum Adam bakal dibawa masuk ke bilik bedah. Pagi tadi, dia tersedar jam 4 pagi kerana ketiadaan Kayla dalam pelukannya. Bila dicari kelibat itu, hatinya saat tersentuh.
Tersentuh kerana melihat Kayla yang mengerjakan solat Tahajjud. Doa yang dipanjatkan isterinya itu juga sangat membuat dia terharu. Paling buat dia sebak adalah tangisan seorang isteri ketika mendoakan keselamat dia.
"Hunny."
"Ya?" Kayla yang baru keluar dari tandas segera mendekati Adam.
"Hubby nak apa-apa ke?"
"Tak. Hubby nak tanya something. Soalan yang tertangguh semalam."
"Oh. Okey. Apa dia?"
Tilam ditepuk menyuruh Kayla duduk disitu. Segera tangan Kayla dicapai dan digenggam erat bagai tidak mahu lepas.
"Hunny dah bersedia?"
Soalan dibalas dengan senyuman tipis.
"Hunny dah lama sedia sebab Hunny yakin Hubby akan selamat dan sihat semula. Kenapa?"
Nafas ditarik dalam. Adam menghela perlahan. Anak mata Kayla direnung.
"Andai kata operation ni berjaya, tapi Hubby dah tak macam sekarang. Hunny masih nak kan Hubby?" Soalan dari semalam yang dia ingin tanya dan tahu jawapannya.
Terus berkerut dahi gadis itu. Genggaman dilepaskan dan kedua belah pipi Adam dipegang.
"Hubby kenapa cakap macam tu? Hubby akan sihat dan still macam sekarang. Jangan fikir yang bukan-bukan, okey?" Tidak suka!
Dia tidak suka bila Adam mengutarakan soalan begitu. Adam ragu dengan kesetiaan dia kah? Walau apa pun dia tetap yakin yang suaminya itu akan kembali macam sekarang. Sihat!
"I'm just asking. Ingat tak? Uncle Rin cakap risiko untuk Hubby lumpuh sangat tinggi, sayang."
"Tak! Hubby tak akan lumpuh. Hunny yakin." Sebaik berkata begitu, terus air mata Kayla mengalir.
"Please, jangan cakap macam tu Hubby. Jangan buat Hunny kecewa dan sedih. Please." Dari setitik, bertitik-titik air mata mengalir.
Rasa sebak di dada ini ditahan daripada tadi lagi. Sebaik saja doktor masuk ke dalam wad dan mengatakan yang lelaki itu akan dibedah tepat jam 10 pagi. Bermula dari situ lagi dia menahan sebak. Sekarang, sudah pecah!
Rasa bersalah bersarang. Kalau tidak ditanya, hatinya mahukan jawapan. Dan bila ditanya, inilah akan berlaku.
Kayla dibawa ke dalam pelukan.
"Hubby tak nak Hunny berharap sangat, sayang."
"Tapi Hunny yakin dan percaya dengan Allah. Dia akan sihatkan Hubby. Tolonglah faham. Hati Hunny sakit bila Hubby cakap macam tu."
Pipi Kayla ditekup. Melihat air mata itu menyiatkan hatinya. Ini yang dapat dia lihat. Nanti tentu lagi kerap isterinya menangis.
"Hei. Hubby minta maaf. Hubby tak ada niat nak sakitkan hati Hunny. Hubby nak tahu apa jawapan Hunny. Itu je."
"Soalan tu macam Hubby tak percayakan kesetiaan Hunny tahu tak? Apa pun keadaan Hubby, Hunny akan terima. Sebab Hunny isteri Hubby. Baik buruk Hunny kena terima. Now, Hunny cuma nak Hubby yakin yang Hubby akan kembali pulih. Jangan down kan diri sendiri. Hunny tak suka." Teresak-esak Kayla bercakap dalam tangisan.
Apa ni? Pagi-pagi lagi Adam buat babak sedih!
Dahi Kayla dikucup.
"Sorry."
"Hubby selalu macam tu. Buat salah minta maaf. Lepas tu buat pula."
"Okey kali ni Hubby janji tak buat lagi dah. Tak nak menangis lagi." Air mata Kayla diseka.
Kayla menjeling.
"Hubby kena denda."
"Denda?"
"Hunny nak Hubby bacakan surah al-Mulk untuk Hunny sementara tunggu jam 10. Boleh?"
Adam tergelak sebaik saja suara Kayla berubah. Dari kasar kepada lembut. Cepat sangat isterinya itu berubah mood.
"Boleh, sayang."
Kayla disuruh duduk diantara kakinya secara membelakangi dia. Dia memeluk Kayla dari arah belakang dam segera dibacakan surah al-Mulk melalui lisan. Surah itu memang dia sudah ingat semuanya kerana surah itu dapat menenangkannya. Sebelum tidur sering saja dia bacakan ditelinga Kayla kalau isterinya itu tidak dapat tidur.
Dalam hati tidak putus-putus berdoa agar semua dimudahkan dan dia dapat bahagia bersama Kayla.
Amin..
Share this novel