Peluang Untuk Bahagia 10

Romance Completed 31764

KEPUTUSAN peperiksaan akhir yang terpapat di dada skrin handphone dipandang tidak percaya. Berkali-kali matanya digosok dan ditenyeh supaya apa yang dia nampak sekarang ini adalah benar dan bukan khayalannya. Dan, untuk memastikan itu semua bukan mimpi. Mata dikecilkan dan handphone didekatkan lagi untuk melihat jelas. Sungguh dia tidak percaya. Tidak lama kemudian, senyuman terukir lebar dan terus bertukar menjadi sorakkan yang kuat. Tidak lupa juga dia mengucapkan kata syukur dan Alhamdulillah.

Tanpa membuang masa, Kayla bangun dari buaian dan terus berlari laju masuk ke dalam rumah. Kelibat Puan Zarina dicari.

"Umi!"

Puan Zarina yang sedang mencari sesuatu di dalam peti itu terus tegak berdiri bila jeritan Kayla bergema satu banglo ini. Cepat-cepat dia mendapatkan Kayla yang berlari laju ke arahnya bersama wajah ceria. Berlainan pula dengan wajah dia yang jelas terkejut dan kerisauan.

"Kayla, kenapa ni? Berlari sambil jerit bagai?"

Kayla berhenti dihadapan Puan Zarina. Perasaan gembiranya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Yang dia mampu sekarang hanya tersenyum dan ketawa girang.

"Umi. Kayla kan Kayla-" tidak dapat dia meneruskan kerana terlampau teruja dan gembira. Dia sangat puas hati sekarang ini!

Dahi Puan Zarina berkerut. "Okey, okey. Now, take a breath and release it slowly."

Kayla terus buat apa yang disuruh Puan Zarina. Perasaan gembira sehingga dia terlupa cara mahhu bernafas dengan stabil dan tenangkan diri. Selesai, dia tersenyum lebar.

"Now, tell me apa yang buat anak Umi happy sampai macam ni sekali."

Segera Kayla tayang handphone kepada Puan Zarina bersama senyuman tidak lekang dari bibirnya. Kalau boleh, sekarang juga dia mahu berlari satu taman kawasan banglo keluarganya sambil menjerit gembira.

Disebabkan terkejut, handphone Kayla dirampas dan dipandang penuh tekun. Dia tidak percaya. Kemudian, Kayla dipandangnya pula sebelum dia terus memeluk tubuh itu erat. Kepala Kayla dikucupnya sayang. Kedua-dua pipi Kayla dipegang dan dia tersenyum lebar juga.

"Betul ke ni, sayang? 3.95? Anak Umi dapat pointer 3.95? Ya Allah!" Kayla ditarik balik ke dalam pelukan selepas anak gadis itu mengangguk. Mengalir air matanya kerana terharu.

Bukan tidak pernah Kayla dapat pointer sebegitu. Boleh dikatakan setiap sem pasti Kayla akan dapat dekan. Tidak kalah dengan Adam juga. Kedua-duanya sama bijak dan pandai. Dia bersyukur. Tetapi keputusan terakhir ini buatkan dia lagi bangga kerana keputusan kali ini menentukan Kayla sama boleh atau tidak dinobatkan sebagai naib chanselor atau ANC. Sudah lama dia dengar itu adalah impian Kayla untuk Ijazahnya kali ini. Ketika Diploma, Kayla tidak dapat mencapai impian itu. Dan sekarang, impian itu sudah jadi kenyataan. Dan Kayla dapat menaiki pentas dengan disarung selempang sempena kejayaannya sebagai pelajar UKM!

"Ya Allah! Tahniah anak Umi. Umi tahu Kayla boleh buat. Impian Kayla dah tercapai, nak. Umi bangga sangat dengan Kayla."

Kayla turut mengalirkan air mata kegembiraan. Ya! Itu impiannya sejak pertama kali melangkah ke peringkat Ijazah. Dan dia tidak akan ulangi perkara sama ketika di peringkat Diploma. Jatuh sekali bukan bermakna dia akan jatuh selamanya. Masih ada banyak lagi dihadapannya yang dapat buatkan dia bangkit. Impian tetap impian. Sepayah mana harus dia capai, dia tidak akan putus asa dan terus bersemangat.

"Thanks, Umi. Berkat doa Umi. Kalau Ayah dengan Ibu ada, tentu dia orang bangga dengan Kayla macam mana Umi bangga sekarang. Kan, Umi?" Dalam gembira, terselit juga kesedihan yang mensayukan hatinya.

Di saat dia berjaya, orang yang paling penting dalam hidupnya tiada disisinya lagi. Di saat dia menjadi insan berguna, dia tidak dapat lagi membalas jasa kedua orang tuanya. Hanya doa saja yang dapat dia lakukan. Sayu mencengkam jiwa.

Puan Zarina senyum nipis. Kayla dipeluk erat. Dia tahu anak gadis itu sedih sekali. Tetapi itu sudah takdir. Orang tua mana yang tidak bangga bila anak yang disayangi sudah dapat apa yang diimpikan? Orang tua mana yang tidak berasa gembira bila anak mereka sudah berjaya? Dan, dia yakin. Arwah Khairul dan Syafia cukup bangga ada anak seperti Kayla. Kayla seorang yang tabah dan kuat hadapi rintangan hidup tanpa kedua ibubapa kandung. Malah, gadis itu semakin bersemangat setiap hari bila teringat kepada kedua-dua arwah.

"Tentu sekali dia orang bangga dengan Kayla. Kayla anak dia orang, sayang. Walaupun hanya sekejap dia orang luangkan masa bersama Kayla, mereka tetap kedua orang tua Kayla dunia dan akhirat. Mereka tidak akan lupakan Kayla, sayang. Kayla satu-satunya anak arwah Ayah dan Ibu. Impian Kayla tercapai dan impian mereka juga tercapai, nak. Mereka nak sangat Kayla gembira dan tersenyum macam sekarang."

Kayla lepaskan pelukan. Wajah Puan Zarina dipandang kasih dan sayang. Seorang wanita di mana tempat dia tumpang kasih, tumpang perhatian dan tumpang bermanja. Di atas paha wanita itu lah tempat yang selalu dia alaskan kepala bila dia rasa sedih dan down. Tangan wanita itulah yang membesar dan menjaganya sehingga berjaya seperti sekarang. Wanita yang bergelar Umi itu tidak pernah mengurangi kasih sayang kepadanya walaupun dia tiada pertalian darah di dalam keluarga ini. Sama juga seperti Encik Amir. Kedua-duanya amat baik dan melayaninya tiada beza seperti Adam. Dia bersyukur kerana arwah Ayah dan Ibu tinggalkan dia kepada Baba dan Umi.

Dia senyum lebar.

"Baiklah, Umi. Kalau itu yang arwah Ayah and Ibu nak, Kayla janji yang Kayla akan terus tersenyum sepanjang hidup Kayla. Kayla tak ada sedih." Yakin sekali dia berjanji.

Pipi Kayla diusap sayang.

"Insha Allah, Kayla. Senyuman Kayla tak akan mati. Umi suka bila Kayla macam ni, nak. Gembira sangat. Tahniah, sayang. Nanti petang mesti Adam pula yang meloncat gembira macam Kayla sekarang." Sibuk bangga dengan anak orang lain, anak sendiri masih tidak tahu keputusan.

"Mestilah, Umi. Adam kan bijak. Dia lagi pandai dari Kayla tau."

"Siapa cakap?"

Suara muncul dari pintu belakang mengejutkan Kayla dan Puan Zarina. Adam yang melangkah masuk dipandang mereka. Reaksi lelaki itu biasa-biasa saja seperti tiada apa yang berlaku hari ini. Lelaki itu tidak tahu kah yang keputusan keluar hari ini? Biasa saja dia.

"Adam dah dapat keputusan?" Teruja Puan Zarina mengangguk. Tidak sabar!

Adam mengangguk saja. Tiada riak kegembiraan di wajah dan hanya biasa-biasa. Biasalah, lelaki tak teruja lebih.

"Berapa?" Kini Kayla pula menyoal teruja.

Lelaki itu menjongket bahu sambil mencebik. "Biasa saja. Tak macam kau." Balas dia. Gelas dicapai dan air dituang sebelum di minum selamba.

Kayla tidak puas hati. Lalu, dia menghampiri lelaki itu. Kenapa susah sangat Adam nak cakap?!

"Cakap la berapa?"

Adam senyum senget. "Kau rasa?"

"4 flat?"

"Nope."

"Ermm- 3.99?"

"Tak juga."

Kayla diam. Cuba berfikir. Tak mungkin lelaki itu rendah darinya. Adam pandai kut!

"3.98?"

Adam gelak kecil. Wajah Kayla dipandang. "You're my genius girl, bestie." Kepala Kayla disebalik tudung itu diusap kejap sebelum Puan Zarina mula membebel.

Membulat mata Kayla. "Weh! Serious la, Adam? Kau, 3.98? Ya Allah!"

"Tak percaya?" Iphone dikeluarkan dari track suit dan diserahkan kepada Kayla. "Tengok la."

Puan Zarina turut menyertai dua anaknya itu. Dia senyum lebar. Sudah dia agak dah. Firasat seorang ibu selalu tepat.

"But, i'm sorry Umi. Adam tak dapat 4 flat. It's okey, right?" Wajah kelas Adam terpancar. Risau kalau dia runtuhkan impian seorang Ibu.

"Tak apa, Adam. Apa yang Adam buat ni dah cukup buat Umi bangga. Pointer macam tu dah cukup sangat, Adam. Umi tahu, Adam dan Kayla dah usaha lebih. Itu rezeki masing-masing, kan? Yang penting sekarang, anak-anak Umi dah dapat apa yang kamu berdua nak. Alhamdulillah."

Mereka bertiga mengaminkan doa sama-sama. Masing-masing berasa lega dan gembira.

"So, Adam. Dah fikir ke nak terus jadi architect or nak kerja dengan Baba?" Soal Puan Zarina.

Memandangkan Adam mengambil course landscape architecture, dia risau kalau anak lelakinya itu sukar untuk membuatkan keputusan. Dulu, suaminya sudah berpesan agar mengambil course business tetapi Adam menolak kerana itu bukan bahagian yang dia minati. Dia tahu, suaminya risau jika Adam tidak mahu membantu dalam meneruskan syarikat KM Auto Sdn. Bhd.

Adam mengeluh kecil sebelum senyum hambar. Dia masih belum bersedia untuk ambil alih syarikat yang sedang berkembang maju itu. Dia belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang sangat berat baginya. Dia takut kalau dia yang ambil alih, tidak tentu fasal syarikat itu jauh merundum. Tidak sampai hati kerana Baba nya dengan bersusah payah membangunkan syarikat tersebut.

"Adam rasa Adam belum bersedia lagi, Umi. Atau lebih tepat, Adam tak nak ambil alih KM Auto tu. Adib kan ada. Dia boleh uruskan." Nama adik bongsu disebut. Walaupun dia tahu masih lama lagi Adib akan tamatkan pelajaran, tetapi adiknya itu minat kepada perniagaan.

Bahu Adam ditepuk-tepuk.

"Tak apa. Umi faham. Baba pun faham. Kami tak paksa Adam. Tapi, kalau Adam rasa Adam nak masuk dalam syarikat tu, bila-bila masa Adam boleh nak. Cuma, Umi nak Adam tahu yang syarikat tu Baba tak akan lepaskan kepada sesiapa kecuali antara kamu bertiga."

Kayla diam. Dia tahu sedikit sebanyak tentang KM Auto Sdn. Bhd. itu. Encik Amir dan Puan Zarina ada mengatakan yang syarikat itu ditubuhkan oleh Encik Amir dan Ayahnya sendiri. Syarikat itu sama-sama dibangunkan. Dan disebabkan ingin berlaku adil, Encik Amir akan meletakkan namanya di bawah syarikat itu sebagai pewaris sah.

---------

KAYLA mengeluh berat. Sepasang kekasih yang sedang saling berlawan badminton diperhati dengan rasa kecewa yang amat dalam. Tambahan pula apabila gelak ketawa girang pasangan itu menyapa pendengarannya. Mata ditutup sekejap. Sampai bila dia harus menahan perasaan ini?

Sekali lagi Adam dan Lara dihadapan diperhati. Jelas sekali Adam nampak gembira sekali. Dia ke sini bersama Adam kerana dipaksa lelaki itu. Adam mengatakan mereka berdua sudah lama tidak meluangkan masa bersama dengan bermain badminton di court badminton. Jadi, tanpa memikir panjang dia terus bersetuju memandangkan dia juga mahu meluangkan masa bersama Adam seperti dulu. Mahu mengeratkan hubungan yang telah jauh.

Namun, tidak sangka pula apabila dia dan Adam sampai di court badminton kelihatan Lara yang sudah sedia menunggu. Ketika itu semua perasaan bercampur baur. Baru saja dia ingatkan Adam memang mahu luang masa bersamanya. Rupa-rupanya, Adam terlebih dahulu berjanji bersama Lara dan baru lah lelaki itu mengajaknya. Jika dia tahu Lara turut berada di situ, tidak akan dia setuju dengan ajakan Adam!

Untuk apa Adam membawanya ke sini kalau Lara sudah ada? Sengaja nak sakitkan hati dia kah? Dalam diam, Kayla tahu yang mungkin Adam tahu akan perasaannya terhadap lelaki itu. Tetapi sengaja Adam buat tidak tahu. Mungkin juga Adam sengaja menguji dirinya dengan mengajak ke sini sedangkan Lara sudah ada. Sengaja menguji sampai mana tahap kesabaran dia apabila melihat Adam dan Lara.

"Auch! Sayang, sakit la."

Suara rengekan mematikan lamunan Kayla. Pandangannya terhala ke arah Adam dan Lara yang sudah pun berhenti bermain. Tetapi, Adam dan Lara saling duduk di atas lantai. Adam yang sedang memegang lutut terdedah Lara itu meyakinkan Kayla yang perempuan itu telah jatuh.

Kayla mencebik.

Itulah pasal. Siapa suruh kau pakai seluar pendek? Bodoh tu simpan sikit. Perempuan tapi pakai seluar pendek. Ingat kau tu orang cina ke? Hek eleh!

Melihat Adam yang sudah berdiri sambil cuba membantu Lara berdiri, cepat-cepat Kayla pura-pura sibuk dengan handphone. Pura-pura tidak tahu apa yang berlaku. Padahal malas mahu masuk campur. Menyampah dengan Lara. Mengada lebih-lebih.

Adam memapah Lara ke tempat duduk di sebelah Kayla. Lara didudukkan dengan penuh berhati-hati.

"Kayla, kau tolong aku tengokkan luka Lara ni boleh tak? Aku nak pergi dekat kereta jap. Nak ambil first aid kit."

Terus wajah Kayla terangkat memandang Adam dengan wajah tidak puas hati.

"Aku?" Soalnya dengan jari lurus menunjukkan diri sendiri. Apa hal pula dia kena tengokkan luka perempuan itu? Ingat, dia doktor peribadi Lara ke apa?

"Ha'ah. Tengok la takut luka dia teruk. Aku pergi kejap." Dengan pantas Adam berlari keluar dari court badminton menuju ke kereta.

Luka Lara dikerli sekilas sebelum Kayla mendengus perlahan. Teruk apa ke benda kalau sikit sangat? Setakat calar sikit dekat lutut pun nak berkira la! Manja! Darah pun tak ada la menitik sampai ke lantai. Saja nak buat dia panas!

Lara senyum sinis.

"Kayla. Kan Adam suruh tengokkan. Tengokkan la. Mana tahu teruk. Adam tu sayang sangat dekat I, itu sebab dia risau kalau I luka sikit. Calar sikit pun tak boleh. Beruntung I dapat dia, kan?"

Kayla garu kepala. Eh perempuan sebelah dia ni sengaja betul!

"Beruntung sangat. Susah nak cari lelaki macam dia."

Semakin melebar senyuman Lara mendengar balasan Kayla yang seakan-akan sakit hati dengan kata-katanya sebentar tadi. Tapi tak apa, dia suka! Tadi, sengaja dia buat-buat jatuh kerana tengok Kayla yang asyik sekali memerhatikan dia bersama Adam ketika bermain. Mahu menyakitkan hati Kayla, dia sengaja buat manja dengan Adam. Dia tahu, Kayla ada menyimpan perasaan terhadap kekasihnya itu.

"Eh, dengar macam jealous je."

Lara terus Kayla pandang.

"Jealous? Siapa?"

"You la."

Kayla buat muka pelik. "I?"

"Ye la."

"Kenapa I nak jealous pula? Betul apa I cakap. Beruntung sangat you dapat lelaki macam Adam."

Lara tergelak halus.

"Kayla, Kayla. You jangan ingat I tak tahu yang you sukakan Adam, right? Tapi, sengaja I buat tak tahu. Well, you perempuan and I pun perempuan. I kenal la you macam mana."

Wajah Kayla berubah dengan tercengang. Duduknya sekarang mula tidak selesa bila selamba saja Lara mengatakan seperti itu. Untuk menutup kebenaran itu, dia harus berlakon!

Terus saja Kayla menghemburkan gelak yang sangat kuat sehingga bergema satu court badminton itu. Untung hanya dia dan Lara ada di dalam ini kerana hari ini bukan hari minggu. Dan orang juga tidak ramai.

"I? I sukakan Adam? Lara, you merepek apa ni? Ya Allah." Kepala digeleng-geleng dengan sisa tawa yang masih belum dia hentikan. Lakonan haruslah mantap!

Tetapi lain dengan Lara. Wajah sinis tadi sudah berubah tegang dan kelat. Dia ketap bibir. Lantas dia bangun dari duduk dan berdiri dihadapan Kyala yang sedang duduk. Gadis sebaya dengannya dipandang tajam.

Ketawa Kayla mati. Ini apa pula ni?

"Kau tak payah nak tipu aku la, Kayla. Aku tahu kau simpan perasaan dekat Adam! Kau dengar sini eh, Adam is mine. Forever! Even you're his bestfriend, itu tak bermaksud kau boleh ambil kesempatan untuk rapat dengan dia. Ingat, dia dah couple dengan aku and aku tak nak kau rapat dengan dia!" Serang Lara terus-terusan.

Kayla mati kata. Tiba-tiba saja Lara bertindak begitu. Tak rasional langsung! Dia berdecit.

Hek eleh perempuan ni kerek betul!

"Cik Lara. For your information, aku dengan Adam tu dah macam adik-beradik. Kenapa pula aku tak boleh rapat dengan dia?" Gaya panggilan juga sudah ditukar memandangkan Lara berbuat demikian.

"Sebab, aku tak suka kau rapat dengan dia!"

"Kau siapa nak halang aku? Kau tu tak sampai setahun kenal dengan dia, Lara. Kau jangan nak tunjuk belang pula." Kesabaran Kayla hampir hilang. Dia layan Lara elok saja, eh! Naik angin pula perempuan perasan bagus itu!

"Aku girlfriend dia!" Kembang kempis hidung mancung Lara kerana marah.

"Oh." Kayla ketawa sinis dan mengejek sekali. "Girlfriend. Ingatkan nenek Adam tadi sebab larang aku rapat dengan dia. Kau membebel macam nenek la."

Lara kepal menumbuk.

"Kau, kurang ajar kan?!"

"Aku kurang ajar dengan siapa yang kurang ajar dengan aku. Aku dah cakap dengan kau elok-elok tadi and tiba-tiba kau serang aku macam tu. Memang la aku jadi kurang ajar." Tidak kalah Kayla melawan. Dia masih duduk. Kalau dia bangun nanti tidak tahu apa nasib Lara.

"Eh! Kau dengar sini baik-baik. Start from now, aku tak nak kau dekat dengan Adam! He's mine! Aku tak suka bila orang lain sukakan hak aku! Kau dengar tu. Dan aku nak kau putuskan pertalian kau dengan family Adam. Kau tu parasit dalam hubungan aku dengan Adam. Kalau boleh aku tak nak dia ada kena mengena dengan kau and family dia pun aku nak kau jauh dari dia orang."

Air muka Kayla berubah. Dia berdiri mencerlung memandang Lara dihadapannya. Perempuan itu sudah melampau! Siapa dia mahu tentukan arahan begitu?! Sudah bertahun-tahun dia bersama keluarga Adam!

"Lara, kau jangan melampau sangat!"

"Kau tu yang melampau! Sukakan kawan baik sendiri. Pengecut! Aku tak nak ada perampas macam kau dalam hubungan aku dengan Adam."

"At least, aku tak pernah ganggu kau dengan Adam, Lara! Aku tak pernah minta dia tumpukan aku berbanding kau sebab aku tahu kau tu siapa. Yang kau sibuk sangat cakap aku ni perampas kenapa?! Ada aku ganggu kau sebelum ni?! Kau jangan melebih, Lara! Tak ada pun aku suruh dia putuskan hubungan kau dengan dia macam mana kau suruh aku putuskan persahabatan aku dengan dia! Kau tu yang pengecut! Takut sangat aku rampas Adam."

Tidak dapat menahan hati, Lara terus melayangkan tangannya mahu hinggap ke pipi Kayla. Tetapi, tangkas Kayla menangkap pergelengan tangannya.

"Baba dengan Umi Adam tak pernah naik tangan dekat aku, kau siapa nak tampar aku?!" Tangan Lara dilepaskan dengan kasar.

"Aku belum gila lagi nak ganggu hubungan Adam dengan kau la. Aku masih waras dan aku tahu Adam sayangkan kau sangat. Aku gembira kalau Adam gembira. Tapi bila tengok perangai kau macam ni-" Kayla menggeleng.

"Aku yakin hubungan kau orang berdua tak akan sampai mana. Perangai kau macam- psycho." Perkataan psycho dibisik perlahan. "Serang orang tak tentu pasal."

"Kau memang-"

"Lara, kenapa berdiri ni?"

Lara dan Kayla pandang Adam yang kelam kabut menghampiri Lara. Di tangannya ada kotak first aid kit. Kayla senyum nipis melihat kerisauan yang terpancar pada seraut wajah lelaki itu. Tidak mahu terus kecewa, beg sandangnya dicapai.

"Kau nak pergi mana ni?" Soal Adam sebaik saja dia menudukkan Lara kembali di atas bangku.

"Balik."

"Tapi aku belum hab-"

"Tak apa. Kau balik la dengan Lara. Aku boleh balik sendiri. Lagipun, dia sakit tu kan. Aku pergi dulu." Tanpa menunggu, Kayla terus melangkah sebelum air mata menitis. Sebenarnya dia tahan diri dari menangis ketika Lara dengan selamba meminta dia jauhkan diri dari Adam dan keluarga lelaki itu.

"Kayla." Adam cuba bergerak untuk mendapatkan Kayla, namun tangannya yang dipegang Lara menghalangnya.

"Sayang. Biar je la dia. I sakit ni." Lara merengek.

"You cakap apa dengan dia sampai dia nak balik macam tu je?" Adam dapat rasa ada sesuatu terjadi antara Lara dan Kayla ketika dia tiada.

"I tak ada cakap apa pun. Dia tu yang emo lebih. Manja."

Tangan Lara yang memegang tangannya ditepis kuat. Tajam dia memandang kekasihnya itu dengan rasa tidak sedap hati. Dia kenal Kayla itu macam mana. Wajah gadis itu sudah cukup menjelaskan semuanya! Bukan baru sehari dua dia kenal Kayla.

"Cakap dekat I apa yang you dah cakap dekat Kayla?" Dia mendesak.

Lara mendengus kuat.

"Fine! I suruh dia jauhkan diri dari you and jangan rapat dengan you. Salah ke?"

Adam menguak rambut ke belakang. Ini tidak lain tidak bukan tentu Lara masih mengesyaki Kayla ada perasaan terhadapnya.

"Lara! She's my best friend. Boleh tak you jangan mengarut? You tahukan yang Kayla tak ada sesiapa selain I. Yang you nak keruhkan keadaan ni kenapa?"

"I tahu dia sukakan you."

"Lara stop! I dah tanya dia and dia cakap dia tak ada perasaan apa-apa dekat I. You tolonglah faham. Jangan rosakkan hubungan baik I dengan Kayla. Please." Lalu, tanpa mengendahkan Lara, Adam berlalu pergi. Dia perlu bertenang dulu. Jika dia terus dekat dengan Lara, bimbang mereka akan bergaduh.

"Adam!"

Adam buat tidak layan.

"Kurang ajar punya perempuan! Ini kau punya pasal!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience