Peluang Untuk Bahagia 17

Romance Completed 31764

4 tahun kemudian..

2020,

BARANG hantaran yang tersusun di atas katil dipandang bersama segaris senyuman lebar menandakan dia sangat berpuas hati dengan apa terpapar didepan mata sekarang. Tidak disangka penantian 4 tahun akan berakhir jua dalam masa sebulan saja lagi. Betul kata Lara, 4 tahun itu sekejap saja. Pejam celik, Lara sudah ada didepan mata dia. Buktinya ialah kekasih hatinya itu telah pulang 2 bulan yang lepas. Dan sejurus saja itu terus mereka berdua berbincang tarikh perkahwinan yang sesuai. Sekarang dia hanya perlu bersabar menunggu sebulan saja untuk menjadikan Lara sebagai miliknya yang sah.

Pulang saja Lara dari Paris, senyuman dibibir Adam tidak pernah lekang. Betapa dia rindu sekali dengan kekasih hatinya itu. Rasa kehidupan yang sebelum ini dilalui tidak lengkap tanpa kekasih hatinya itu. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaannya apabila Lara pulang ke Malaysia dalam keadaan sihat saja.

Kini, dia tidak sabar pula menunggu hari yang bakal tiba. Hari dimana dia akan menjadikan Lara miliknya yang sah. Dan tika itu dia tidak perlu bersusah hati lagi kerana Lara tidak akan berjauhan dengannya lagi.

Sejak Lara pulang dari Paris, tiada apa yang berubah pada gadis itu. Sikap Lara yang manja dan suka merajuk dengannya tetap ada. Dia bersyukur kerana Lara tetap setia dengannya. Itulah perkara yang sangat dia risaukan apabila Lara berada di Paris. Namun, semua itu hanya andaian dia sahaja. Dia tahu, Lara akan setia dengannya. Disebabkan rasa sayang dan cinta yang sangat dalam kepada Lara menyebabkan dia fikir bukan-bukan.

Dan dia sekarang sudah tetap bekerja di syarikat KM Auto Sdn. Bhd. Benar kata Babanya dulu, belum belajar belum tahu. Sekarang dia sudah tidak boleh menolak perniagaan itu. Berbulan-bulan dia mula bekerja disitu menjadikan dia mempunyai rasa tertarik untuk belajar dengan lebih mendalam lagi tentang business. Kini, dia telah mengambil alih jawatan Babanya. Sekarang dia adalah COO dalam KM Auto Sdn. Bhd.

Artikek?

Mungkin dia akan simpan kemahiran dan kepintaran dia di dalam bidang itu untuk masa akan tiba. Rezeki ada di mana-mana dan bila-bila masa.

Puan Zarina menggeleng kepala saat muncul dihadapan bilik anak terunanya. Adam ralit merenung barang-barang hantaran sehingga tidak sedar akan kewujudannya disitu. Anak lelakinya itu dihampiri.

"Ha tenung la hantaran tu sampai hari akad nikah. Tak sabar sangat nampaknya, kan?" Dia menyindir. Melihat Adam gembira dia turut gembira walaupun hati tidak berapa berkenan dengan Lara. Tetapi dia cuba. Jika itu adalah terbaik untuk Adam, maka dia harus menerima.

Lamunan Adam mati dan segera dia berpaling memandang Puan Zarina. Dia tersenyum lagi.

"Adam rasa macam lambat lagi nak sampai bulan depan, Umi. Rasa dah tak sabar sangat ni."

Laju saja tangan Puan Zarina bergerak mencubit bahu anak sulungnya itu. Itu tak sabar atau miang saja lebih? Dia mencebik.

"Gatal eh? Empat tahun boleh tunggu, tak akan la sebulan saja lagi tak boleh? Merenyam kuat rupanya anak Umi ni."

Adam tayang sengihan.

"Dah cukup ke semua ni?" Barang-barang hantaran dibelek Puan Zarina. Semuanya barang-barang berjenama. High class sungguh bakal menantunya itu. Almaklumlah, model katakan.

Sejak anak gadis itu pulang dari Paris, pakaian bukan main semakin seksi lagi berbanding dengan 4 tahun lepas. 4 tahun lepas memang dia perasan Lara itu sejenis perempuan seksi. Memang sesuai la dengan impian gadis itu ingin menjadi seorang model terkenal. Yang dia tidak faham, sejak pulang saja dari Paris terus semakin seksi cara pemakaian gadis itu. Pakaian memang tak cukup kain terus. Tapi, itu jugalah yang dipilih anak lelakinya. Dia berharap Adam dapat mengubah Lara dengan baik. Dia tidak mahu Adam terus menanggung dosa bila Lara sudah sah menjadi isteri anak lelakinya namun masih tidak berubah.

"Dah, Umi. Sekarang semua dah settle. Dewan memang dah lama tempah, so no problem. Umi boleh rehat sekarang. Tak perlu fikir lagi."

Adam dipandang bersama senyuman kecil. Bahu anaknya diusap perlahan. Tidak lama lagi anak sulungnya itu akan menjadi seorang suami. Kejap saja masa berlalu. Semua anak-anak sudah besar dengan jayanya.

"Anak Umi dah nak jadi suami orang dah. Macam tak percaya yang Adam dah besar."

Tergelak kecil Adam dengan kata-kata itu.

"Umi kena percaya sebab yang berdiri depan Umi sekarang anak Umi yang dah besar. Tinggi dari Umi lagi."

Ya. Puan Zarina akui hal itu. Adam sekarang memang sudah besar Panjang. Sudah mampu bina keluarga sendiri. Sudah mampu untuk tanggung tanggungjawab yang besar. Cuma, dia rasakan semua ini bagaikan mimpi. Mana-mana ibu pun akan rasa apa yang dia rasa.

"Iyalah. Anak Umi dah besar. Dah nak jadi suami orang pun. Nanti bila dah jadi suami orang, Umi harap Adam dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik ya, nak? Ingat, galas tanggungjawab sebagai suami ni bukan senang. Adam bukan sahaja kena lunaskan tanggungjawab dengan beri nafkah saja. Tapi Adam galas tanggungjawab untuk didik isteri ke jalan yang benar. Adam kena tegur apa yang patut dan ajar apa yang dia tidak tahu. Umi yakin, anak Umi boleh jadi suami yang baik untuk Lara. Umi kenal anak Umi. Jangan hampakan nasihat Umi ni, ya?"

Tenang Adam mendengar nasihat itu. Disemat ke dalam minda dan hatinya. Insha Allah dia akan dengar nasihat dan buat apa yang telah dinasihatkan. Dia tahu apa yang bermain diminda wanita yang dihormatinya itu.

Tangan Puan Zarina dicapai.

"Insha Allah." Dia senyum hambar. "Umi sebenarnya- risaukan cara pemakaian Lara, kan?"

Tekaan Adam menyebabkan wajah Puan Zarina berubah. Tidak sangka pula anaknya itu sedar akan hal itu. Lambat-lambat dia mengangguk. Memang itulah yang dia risaukan.

"Umi sangat risau, Adam. Umi harap Adam mampu bimbing dia ya? Umi tak nak Adam terseksa tanggung semua tu. Umi kesian dekat anak Umi ni."

"Umi jangan risau. Adam tahu apa yang Adam akan buat. Umi doakan Adam, ya? Insha Allah Adam akan ubah dia dengan perlahan-lahan."

Mereka dua beranak saling membalas pandangan dengan penuh harapan. Sebenarnya, Adam turut risau dengan cara pemakaian Lara setelah pulang dari Paris selepas 4 tahun. Dia tahu, gadis itu belajar dalam permodelan dan perlu pakai pakaian seperti itu. Tetapi pada pandangan lelakinya, pakaian yang dipakai sangat tidak patut dibawa pulang ke Malaysia. Pakaian yang sangat menjolok mata. Dia harap dia dapat mengubah Lara ke arah yang semakin baik. Memang itu salah satu tujuannya mahu berkahwin dengan Lara. Mahu membimbing gadis itu.

---------

PERLAHAN-LAHAN Kayla membuka matanya setelah puas tidur selepas solat Subuh. Dia bukan jenis yang suka tidur selepas Subuh, tetapi disebabkan rasa penat kerana seharian berada di pejabat hingga jam 3 pagi dia terpaksa lelapkan mata. Sejak kebelakangan ini banyak kes yang perlu dia selesaikan dengan cepat. Itu kerana dia terpaksa bersengkang mata dan berada di pejabat sehingga ke pagi. Dia tidak suka bawa pulang kerja ke rumah, sebab itu dia lebih rela siapkan dipejabat. Untung saja hari ini merupakan hari minggu dan boleh dia rehat sepuas-puasnya.

Urat leher dibetulkan bagi menghilangkan rasa lenguh kerana tidur lama dalam posisi yang sama. Bila terlalu penat, itulah yang terjadi. Tidur pun tidak bergerak. Kaki turun menjejak tanah sebelum langkah dibawa keluar. Katil dibiarkan bersepah, kemudian baru disimpan. Malas.

Pintu bilik dibuka.

"Hanan?"

Kenapa Hanan yang dicarinya?

Kerana sekarang dia tidak lagi tinggal bersama Encik Amir dan Puan Zarina di banglo mewah itu. 2 tahun lepas, dia telah buat keputusan untuk berpindah tinggal bersama Hanan disebuah kondo. Pada mulanya, kedua orang tua angkatnya amat sukar untuk melepaskan dia keluar dari banglo tersebut. Tetapi selepas dia pujuk dengan mengatakan dia dan Adam sudah besar dan tidak sesuai lagi tinggal sebumbung memandangkan dia dan Adam tiada apa-apa pertalian. Encik Amir dan Puan Zarina pula sering saja pergi ke mana-mana meninggalkan dia dan Adam bersama dirumah. Jadi, cara yang terbaik dari mengelakkan sesuatu yang berlaku lebih baik dia pindah duduk bersama Hanan. Dan akhirnya alasannya diterima Encik Amir dan Puan Zarina.

Kini, dia sudah selamat tinggal bersama Hanan selama 2 tahun sudah. Gembira dia bila dia bebas lakukan apa saja dirumah sendiri tanpa mengenakan pakaian yang tertutup dan tanpa memakai tudung. Sebenarnya, itu adalah salah satu sebab kenapa dia mahu segera pindah. Dia sudah mulai rimas asyik memakai tudung saja.

"Hanan?" Suara ditinggikan sedikit. Entah ke mana rakannya menghilang.

"Mana pula minah ni pergi? Hanan?"

Kondo mereka ini bukan besar sangat sehingga Hanan tidak dengar dia sedang memanggil.

"Han-" Kayla berhenti memanggil. Susuk tubuh Hanan dibalkoni menyapa matanya. Hanan sedang berbual melalui handphone. Kayla mencebik.

"Patutlah tak dengar. Tengah otp rupanya."

Tidak perlu dia bertanya dengan siapa Hanan berbual. Sudah tentulah cinta hati rakannya itu. Sudah lama dia mengenali Hanan, ini baru pertama kali dia rakannya itu bercinta. Baru saja beberapa bulan. Dia juga yang keseorangan.

Eh?

Tak. Dia ada Haris!

Hubungan dia bersama Haris sudahpun melebihi dari seorang kawan sejak dia mula pindah keluar dari banglo Encik Amir dan mula berjauhan dari Adam. Sejak dari itu dia cuba untuk menerima Haris lebih dari seorang kawan. Dalam masa yang sama dia cuba untuk terus move on dari Adam.

Alhamdulillah, caranya berjaya tetapi bukan 100% dia dapat move on dari Adam. Separuh hatinya masih lagi pada Adam walaupun sekarang dia sudah pun bersama Haris. Dia sendiri tidak tahu apa yang susah sangat untuk dia lupakan perasaan terhadap Adam. Tetapi dia sangat bersyukur kerana perasaan cinta dia pada Adam hampir pupus. Mungkin perlukan masa beberapa tahun lagi.

Benarlah kata orang, jatuh cinta hanya mengambil masa sesaat tetapi untuk melupakan mengambil masa bertahun-tahun. Tetapi itu pun belum tentu dapat lupa.

"Ha, baru bangun anak dara?" Sindir Hanan setelah menamatkan panggilan bila sedar Kayla yang berada diruang tamu. Sofa didudukinya.

"Pukul sepuluh baru nak bangun. Apa punya anak dara la kau ni. Aku bagitahu Haris nanti baru kau tahu."

Hanan dijeling.

"Aku penat la. Kau bukan tak tahu pukul berapa aku balik semalam."

"Kau tu workaholic sangat, Kayla."

"Mana ada. Aku terpaksa kena siapkan kes yang aku ambil tu. Banyak tahu tak? Sedap kau cakap aku workaholic."

Hanan menggeleng. Bila dia cakap bukan Kayla nak percaya. Hakikatnya Kayla itu memang seorang yang bekerja keras sampai lupa nak makan. Kadang-kadang rakannya itu lupa hendak balik ke rumah pun ada. Macam semalam. Bukan pertama kali Kayla pulang lewat ke rumah. Ada sampai satu masa hampir Subuh baru nampak wajah Kayla. Bekerja lebih daripada lelaki. Suruh dibawa pulang kerja di rumah, Kayla beri alasan tidak suka buat kerja dirumah. Katanya rumah adalah tempat berehat.

"Kau stop la balik lewat. Kau tu perempuan, tak elok kerja sampai pagi. Dah la macam tu, kau seorang saja kan dekat office tu?"

"Tak. Orang lain pun ada. Itu fasal aku berani nak stay back."

"Haris tahu?"

Kayla terdiam. Wajahnya jelas tayang orang yang bersalah. Dia tidak pernah memberitahu lelaki itu kalau dia bekerja sehingga lewat malam. Haris juga tidak akan tahu jika dia terus berada dipejabat kerana Haris telah pun ditukarkan ke pejabat lain 2 tahun lalu. Kalau lelaki itu tahu sudah tentu dia dibebel dengan teruk sekali.

"Hrmm- Haris tak tahu la tu kalau kau tayang muka macam tu." Hanan menggeleng. Degil betul gadis bernama Kayla. "Kau kena bagitahu dia, Kayla. Senang kalau jadi apa-apa. Jangan diamkan. Kau tahu kan Haris tu sayang sangat dekat kau? Jangan buat dia risau."

Hati Kayla diserbu rasa terharu. Ya, dia tahu Haris sangat sayang dirinya. Tetapi dia saja yang tidak pernah ambil penting tentang itu. Sudah berapa kali lelaki itu mengatakan sayang dan cinta kepada dia, namun dia tidak pernah pula membalas. Sudah dia bilang, hatinya lagi separuh pada Adam. Oleh sebab itu dia keliru mahu membalas kata sayang dan cinta dari Haris.

"Iyala. Nanti aku bagitahu dia. And Insha Allah aku tak akan balik lambat lagi. Paling teruk pun pukul dua belas malam. Boleh, ibu?" Mata dikerdipkan beberapa kali dihadapan Hanan.

"Banyaklah ibu kau. Pergi mandi sekarang. Kan aku report dekat Haris baru tahu. Terus dia cancel nak jadikan kau isteri dia bila tahu perangai kau macam ni."

Mendengarkan itu, terus Kayla bangun dari tempat duduknya dan mendekati Hanan.

"Kau kalau tak buat aku sakit hati tak boleh kan?" Soal dia sambil tangan cuba untuk mencubit tubuh Hanan.

Hanan terus mengekek ketawa. Dia memang senang hati kalau dapat mengusik Kayla kerana cepat saja rakannya itu marah dan geram dengannya. Sungguh! Tinggal bersama rakan baik sendiri dalam satu rumah adalah perkara yang paling best.

"Dah la! Malas aku layan kau. Baik aku pergi mandi lepas tu nak pergi rumah Umi aku kejap." Kayla mengaku kalah. Tangan dijauhkan dari terus menggeletek tubuh Hanan.

Ketawa Hanan mati. Wajahnya terus berubah serius.

"Kau nak pergi rumah Umi kau tu sebab nak tengok Umi atau kau nak tengok Adam?" Bukan boleh percaya rakannya itu. Walaupun dia tahu sekarang Kayla sudah bersama Haris, tetapi dia tahu yang Kayla masih lagi menyimpan perasaan terhadap Adam.

Kayla berhenti melangkah. Sedikit tersentak bila disoal begitu. Hanan dipandang cemas. Risau kalau Hanan dapat menghidu sesuatu.

"A-apa kau cakapkan ni? Of course la aku nak pergi tengok Umi dengan Baba sekali. Buat apa aku nak pergi tengok Adam? Dia tu bakal suami orang tahu tak? Tak nak aku cari fasal pergi tengok bakal suami orang."

Hanan mengecilkan mata memandang musykil terhadap Kayla.

"Kau nak berdalih, ya?"

"Mana ada la."

"Kau jangan ingat aku tak tahu la, Kayla. Kau memang tengah couple dengan Haris sekarang tapi hati kau masih pada Adam, kan?"

Kayla mengerutkan dahi, buat-buat tidak faham biarpun apa yang diteka Hanan itu benar.

"Kau ni merepek."

"Kalau aku merepek, kenapa gambar kau dengan Adam still ada atas desk make up kau? Kau cakap kau dah move on?"

Tempat duduk tadi diduduk semula oleh Kayla. Dia memandang Hanan sebelum menggeleng. Disebabkan gambar dia bersama Adam rupanya.

"Hanan, aku dengan Adam kawan baik. Kau jangan lupa tu. Tak akan la aku nak simpan gambar kita orang pun tak boleh."

"Bukan tak boleh. Tapi cuba buat sementara ni kau jauh dari perkara yang melibatkan Adam. Aku risau kau suka dia balik. Dia dah nak jadi suami orang dah pun. Aku tak nak kau terus terseksa disebabkan hati kau sendiri, Kayla. Ya, aku tahu dia kawan baik kau dan aku tak halang kau dari terus simpan gambar dia. But, aku tak percaya dengan hati kau tu."

Agak mendalam apa yang dikatakan Hanan kepada Kayla sehingga Kayla terkelu dari hendak membalas. Semua itu benar belaka. Usahkan Hanan, diri dia sendiri pun tidak percaya dengan hati sendiri. Bibir menyebut nama Haris tetapi dihati masih terukir nama Adam.

------------

"LEPAS ni kita nak pergi mana?" Terus saja Kayla bertanya kepada Haris selepas mereka berdua keluar daripada ruangan wayang. Hari ini dia rasa teruja sangat dapat keluar bersama Haris setelah hampir 2 minggu tidak bertemu dengan lelaki itu. Haris ada kerja di Kelantan yang memaksa lelaki itu tinggal disana untuk 2 minggu. Dan hari ini Haris berjanji mahu luang masa bersamanya.

Haris tertawa melihat Kayla yang teruja itu. Wajah gadis itu ceria dan mata Kayla bersinar-sinar memandang dia ketika bertanya.

Kayla hairan.

"Kenapa ketawa?"

"Awak tu macam excited sangat nak tahu kita nak pergi mana lepas ni. Kenapa? Excited sebab dapat keluar dengan saya ke lepas dua minggu tak dapat jumpa? Rindu eh?"

Serta-merta wajah Kayla berubah berona merah. Dia tidak perasan bahawa dirinya sedang teruja sekarang. Tetapi memang dia teruja bila dapat keluar bersama Haris selepas dua minggu tidak bertemu dengan lelaki itu.

Rindu?

Ada la rasa rindu itu memandang Haris sentiasa ada didepan matanya. 2 minggu ketiadaan lelaki itu dia cukup merasa bosan. Walaupun Haris bekerja berlainan pejabat dengannya, tentu lelaki itu akan lunch bersama dia. Sebab itu dia rasa bosan sangat bila Haris tiada.

Semakin galak Haris ketawa bila melihat wajah berona merah dari Kayla. Makin comel dimatanya.

"Blushing pula! Awak ni comel la, rasa nak lipat-lipat lepas tu simpan elok-elok dalam poket sebab tak nak bagi orang lain tengok kecomelan kesayangan saya ni."

"Haris!" Semakin malu bila Haris berkata begitu. Sudah tidak tahu dimana mahu sorokkan wajahnya yang merah ini! Haris saja buat dia malu sendiri la!

Haris masih lagi ketawa. "Betul la."

"Awak usik saya lagi saya balik."

"Balik naik apa? Awak datang dengan saya la my princess."

"Grab ada."

"Berani ke naik grab?"

"Tak."

Jawapan laju dari Kayla membuatkan mereka berdua sama-sama lepaskan ketawa sebelum Haris memulakan langkah bergerak jauh dari tempat wayang. Kayla setia berjalan disisinya sambil mulut gadis itu tidak duduk diam berceloteh sana sini. Semakin lama Haris mengenali Kayla, baru dia tahu rupanya Kayla adalah seorang yang banyak cakap. Dia perasan, sejak Kayla berpindah keluar dari banglo bapa sauadaranya, Kayla tidak serius seperti dulu lagi. Malah, Kayla seakan seperti makin ceria. Kadang-kadang dia tertanya sendiri sebab apa Kayla berubah selepas sahaja keluar dari rumah bapa saudaranya.

"Kayla?"

Perbualan Haris dan Kayla berhenti sebaik saja nama Kayla diseru seseorang dari arah belakang. Mereka saling berpandang sebelum sama-sama menoleh ke belakang. Wajah Kayla berubah terkejut saat melihat gerangan yang menyeru namanya. Serta merta hatinya sebak. Wajah yang sangat dia rindu.

"Eh, Adam." Haris terlebih dahulu menyapa Adam dengan mendekati sepupunya itu. Lama tidak berjumpa dengan sepupunya itu. Mereka berjabat tangan dan berpeluk sekejap. Syukur, hubungan mereka makin baik.

Kayla masih lagi tidak berganjak. Matanya hanya memandang Adam didepan. Hampir berbulan dia tidak melihat wajah itu. Walaupun kerap dia ke rumah Encik Amir, tetapi dia dan Adam tidak pernah bertemu memandangkan lelaki itu terlalu sibuk dengan persiapan perkahwinan yang tidak lama lagi bakal tiba. Memikirkan itu. hati Kayla menangis. Adam bakal jadi suami orang sudah tidak lama lagi. Dan dia? Masih lagi menyimpan sedikit perasaan terhadap lelaki itu, kawan baiknya sendiri.

Selepas berjabat tangan bersama Haris, Adam memandang Kayla dan dia memberi senyuman. Dalam diam dia merindui gadis itu. Sejak Kayla berpindah, mereka sudah jarang sekali bertemu. Diperhati langkah Kayla yang mula mendekatinya.

"Hai."

"Hai."

Sama-sama membalas sapa. Rasa janggal dirasai kedua-duanya.

"Lama tak jumpa. Kau sihat?"

"Sihat, Alhamdulillah. Kau? Mesti makin sihat kan sebab tak sabar nak kahwin." Diabaikan saja rasa sebak tadi dan Kayla mula mahu bergurau dengan Adam.

Usikan Kayla menghadirkan ketawa halus dari Adam. Kayla dihadapannya berbeza. Tadi ketika dia ternampak Kayla berjalan bersama Haris, bukan main lagi gadis itu bergelak ketawa dan bibir tidak henti tersenyum. Bila saja dia menyapa, perwatakkan Kayla sudah berubah dan tidak lagi seceria ketika bersama Haris.

Tanpa membalas kata-kata Kayla, Adam bersoal lain.

"Kau orang berdua buat apa dekat sini?"

"Kita orang baru habis tengok wayang. Kau?" Kayla yang disoal tetapi Haris yang jawab.

"Aku pun nak tengok wayang dengan La-"

"Sayang."

Tidak habis lagi Adam menjawab, Lara datang lalu meraih lengannya dengan mesra sekali.

"Eh, hai Kayla. Lama tak jumpa you." Lara hanya menyapa berbasa-basi. Ikutkan hati mahu saja ditarik tangan Adam jauh dari Kayla. Boleh pula terserempak dekat sini!

"Hai." Balas Kayla sekadar bersama senyuman yang dibuat-buat. Mungkin Lara dirasuk oleh hantu tengah hari kerana tiba-tiba jadi baik pula.

"Kay-"

Tahu yang Adam ingin menyambung berbual lagi dengan Kayla, cepat-cepat Lara bersuara tidak memberi ruang kepada Adam.

"Sayang, jom. I dah beli tiket. Dah tak lama movie nak start." Pautan pada lengan Adam semakin diieratkan.

"Tapi, I tak habis cakap lagi dengan dia orang."

"Alah, sayang. Kayla ni you boleh jumpa dia anytime and Haris ni pun cousin you. Bila-bila masa boleh bercakap. Sekarang movie lagi penting. Jom. Bye Kayla and Haris. Kita orang pergi dulu." Laju lengan Adam ditarik. Makin panas bila Adam masih berdegil mahu berbual dengan Kayla.

Adam mengeluh kuat. Kayla dipandang. Belum puas lagi dia bercakap dengan kawan baiknya itu.

Hilang saja Adam dan Lara dari pandangan, Haris terus memandang Kayla.

"Bila kita nak bagitahu dekat semua orang tentang kita?"

Kayla tersenyum. Dulu, dia belum bersedia untuk sebarkan tentang dia dan Haris kepada ahli keluarga. Sekarang dia sudah bersedia.

"Lepas Adam kahwin, boleh?"

Gembira Haris mendengarnya. Itu bermakna Kayla sudah mula semakin serius dengan dia.

"Okey princess. I'll wait for you."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience