Peluang Untuk Bahagia 61

Romance Completed 31764

"HA- HARIS?" Kulit wajah Kayla sudah tiada warna. Bibir bertukar pucat dan sedikit terketar-ketar. Tangan juga begitu. Lutut rasa begitu lemah bila melihat Haris yang muncul dihadapanya. Di dalam rumah dia!

"Ya, princess? Surprise? Yes. Saya pun surprise sebab-" Kayla dipandang atas bawah bersama senyuman sinis sekali. "For the first time i saw you like this. Without hijab dan baju longgar."

Ya Allah! Aurat aku!

Mata meliar mencari sesuatu yang boleh menutup kepala dan rambut dari terdedah. Mata juga sudah berkaca.

Hubby balik la cepat. Hunny takut.

Tiada pilihan, Kayla mula melangkah ke belakang sedikit. Hanya dengan cara ini saja dia dapat selamatkan diri dari Haris. Hampir dipintu, tangan perlahan-lahan membuka kunci. Kunci sudah terbuka dan hanya perlu memulas tombol saja. Terus dia berpaling, tetapi belum sempat dia keluar terasa pinggangnya diraih.

"Haris, lepas! Tolong!" Badan dironta-ronta dengan kuat. Air mata jatuh berderai. Dia takut dengan situasi sekarang.

Haris mengetatkan pelukan.

"Shhh. Diam, princess. Nanti ada orang dengar." Mulut Kayla ditekup menggunakan tangan dan tubuh itu ditarik ke ruangan sofa.

Kayla masih meronta.

"Diam! Aku cakap diam! Apa yang susah sangat kau nak dengar?!" Haris mula berapi, sampai saja diruang sofa terus Kayla dilepaskan di atas sofa dengan kuat.

Kayla menahan sakit. Perutnya dipegang. Dia risau akan kandungnya.

"Ke-kenapa awak buat saya macam ni-"

"Sebab aku sayang kau, Kayla. Aku sayang kau. Tolonglah faham."

"Tapi saya isteri Ad-"

"Kau jangan sebut nama jantan tu! Sebab dia, aku dengan kau tak dapat nak bersama bina hidup kita berdua!"

Kepala ditunduk bersama juraian air mata. Rasa diri sangat berdosa bila mendedahkan aurat begini dihadapan lelaki bukan mahramnya.

"Aw- awak dah lain Haris. Awak dah sakitkan saya." Dalam sendu Kayla meminta simpati. Dia tak kuat bila Adam tiada di sisi. Dia mahukan lelaki itu.

Mendengar suara sendu itu, pantas Haris melutut dihadapan Kayla. Wajah itu diangkat mahu menyeka air mata yang mengalir.

Laju Kayla tepis dengan mata mencerlung.

"Don't you dare to touch me! Haris, ini semua salah! Awak tak boleh ada dekat sini dalam keadaan saya yang macam ni! Awak bukan mahram saya. Tak elok Haris. Tolonglah saya merayu. Tolong. To-"

"Diam!"

Serentak itu Kayla terkedu. Suara lantang Haris bergema satu rumahnya ini.

"Saya nak awak minta cerai dengan Adam depan saya, Kayla."

Tercengang.

Sampai begini Haris sanggup bertindak? Hanya disebabkan obses dengan dirinya.

"Tak! Awak tak ada hak nak suruh saya buat macam tu!"

Pang!

Kepala Kayla tertoleh ke kanan. Bibirnya mula mengeluarkan darah. Tamparan Haris sangat kuat pada pipinya. Tangisan semakin kuat. Pipi yang selalu diusap sayang oleh Adam, kini senang-senang ditampar lelaki gila seperti Haris.

Haris juga terpanar. Tapak tangannya dipandang silih ganti dengan Kayla yang sudah menunduk itu.

"Kay- Kayla. I'm sorry, princess. Saya- saya ergh! Kalau bukan sebab awak, saya tak akan lepaskan penampar. I'm sorry."

Kayla semakin teresak-esak. Pipi masih terasa berpijar. Dia mahukan Adam!

"Hub- Hubby." Dia mula merintih. Di mana lelaki itu?! Dia perlukan Adam!

Darah Haris kembali mendidih. Penumbuk digenggam kuat. Segala urat ditangan mula timbul. Sakit hati mendengar Kayla masih lagi memanggil Adam!

Syaitan kembali merasukinya. Tidak dapat dikawal, rambut Kayla dicengkam kuat hingga terdongak wanita itu.

"Sekali lagi kau sebut nama jantan tu, nahas kau! Aku buat macam ni sebab aku sayangkan kau! Kau lupa ke? Kau lupa? Aku yang selalu ada dengan kau bila kau sedih! Aku yang tenangkan kau! Tapi siapa yang kau pilih? Jantan yang buat kau menangis, Kayla. Adam! Kau masih pilih dia dalam hidup kau. Aku ni apa? Tempat untuk kau hilangkan masalah kau!" Kepala itu ditolaknya pula.

"Kau sini!" Tangan Kayla dicapai dan diheret agak kasar untuk mengikutinya ke dapur.

"Haris, no!" Untuk melawan, Kayla tiada kudrat. Situasi yang sangat menakutkan.

Sampai di dapur, Kayla terus ditolak ke lantai. Wanita itu menggiris kesakitan pada bahagian perut kerana jatuh tertiarap.

"Aaw! S- sa- sakit." Terasa ngilu dibawah perutnya. Kandungannya!

Haris datang dekat, kemudian Kayla disandar ke dinding sebelum tangan wanita itu diikat. Sampai di kaki, dia terkaku. Membuntang mata saat melihat ada darah yang mengalir keluar dari antara kaki Kayla.

"Ka- kau pregnant?"

Kayla tahan sakit. Tidak mampu untuk berkata apa. Hentakkan pada perutnya tadi sungguh menyakitkan.

Dari terkaku, Haris terus ketawa besar.

"Baguslah kalau gugur! Adam tak layak ada anak dengan perempuan sebaik kau. Hanya aku yang layak!" Tanpa menghiraukan darah itu, kaki Kayla terus diikat kemas.

Pisau didekatkan pada wajah Kayla dan bermula dari hujung dahi, pisau itu digerak perlahan mengikut bentuk wajah Kayla. Sampai didagu, wajah itu didongaknya.

"Don't worry. Aku tak akan apa-apakan orang yang aku sayang. Kita tunggu Adam balik ya? Masa tu aku akan buat dia lenyap dari dunia ni!"

Tajam mata Kayla menikam wajah psiko dari Haris. Adam! Adam dalam bahaya!

"Lepaskan saya, Haris. Saya merayu jangan apa-apakan Adam. Tolong."

"Sure. Kau tengok apa yang akan berlaku lepas ni. Agak-agak, lambat lagi ke dia balik?" Bersama pisau ditangan, Haris bermundar mandir dihadapan Kayla.

?????

ADAM memperlahan kereta saat tiba dihadapan rumah sebelum handbreak ditariknya. Plastik disebelah penumpang dicapai dan dia keluar dari kereta. Kunci pagar dipegang.

"Aku rasa aku kunci pagar ni tadi. Sayang." Bersama rasa hairan, dia terus masuk ke dalam sambil memanggil Kayla.

Makin hairan bila dia memulas tombol, pintu itu terus terbuka. Dahi berkerut seribu.

"Hunny, kan Hubby suruh kunci dari dalam. Hunny?" Keadaan rumah diperhati. Tiada apa yang musykil.

Langkah dibawa ke ruang tamu. Dia mengintai ditingkat atas. Tak mungkin isterinya tidak dengar yang dia sudah pun pulang?

"Sayang. Hubby dah balik bawa aiskrim ni. Hunny dekat mana?" Segera dia naik ke tingkat atas. Mencari Kayla dibilik namun tetap tiada.

Dia turun semula.

"Hunny?"

Sayup-sayup dia terdengar seperti sedang memanggil tetapi tanpa suara. Rasa aneh mula dirasa. Ruang dapur dipandang.

"Sayang?" Perlahan langkah diatur. "Ya Allah! Sayang!"

Wajah hairan bertukar cemas melihat keadaan isterinya sekarang yang sedang bersandar didinding. Paling meruntum hatinya bila wanita itu diikat kaki dan tangan serta mulut ditekup dengan kain.

"Sayang, siapa yang buat ni? Ya Allah isteri aku." Ikatan kain pada belakang kepala Kayla dileraikan.

"Hubby." Kayla menangis semahu-mahunya. "An-anak kita."

Automatik anak mata Adam melorot turun ke kaki Kayla. Tanpa diminta, air mata dia juga mengalir setitis. Geraham diketap kuat.

"Kita pergi hospital sekarang!" Tangan cuba untuk mencempung Kayla. Keselamatan Kayla dan kandungan lagi penting.

"Hubby!"

Adam kaku sebelum rebah ke lantai bila belakang lehernya rasa dipukul.

"Puas hati aku."

Adam cuba bangun, namun Haris lagi tangkas menterbalikkan tubuh itu sebelum ditumbuk bertalu-talu wajahnya.

"Haris, stop!" Kayla tidak boleh berbuat apa dalam keadaan sakit dan diikat begini. Hanya mampu menjerit dan merayu agar Haris hentikan semua ini.

Hatinya menangis melihat keadaan Adam kini. Wajah suaminya dipenuhi luka dan darah.

"Hubby, please bangun."

Mata Adam berpinar disebabkan hentakkan kayu tadi. Dia cuba membalas tumbuk namun gagal bila Haris terus-terusan menumbuknya. Melihat Kayla yang tidak henti-henti menangis menaikkan lagi semangatnya untuk membalas tumbuk.

Tak! Dia tak akan biarkan Haris apa-apakan Kayla!

Dengan sekuat tenaga, kepala Haris dipegang dan rambut itu dicengkam. Segera Haris ditarik ke tepi agar dia dapat bangun dari terus terbaring lemah.

Haris mengeluarkan pisau.

"Haris! Kau gila ke?!"

"Ya! Memang aku gila! Aku gilakan isteri kau. Kau yang paksa aku jadi macam ni Adam!"

"Ingat Allah, Haris. Ingat Allah!"

Haris tidak mengendahkan itu, dia meluru ke arah Adam bersama pisau ditangan. Adam pantas mengelak.

"Haris bertenang. Mengucap."

Haris diam. Lama dia memandang keadaan sekeliling.

"Haris?" Takut-takut Adam memanggil. Dia nampak keadaan Haris mula reda.

Namun, wajah Haris bertukar bengis semula.

"Kalau aku tak dapat Kayla. Kau juga tak akan dapat dia!" Dia bertukar arah berlari ke arah Kayla.

Adam yang melihat mula kelam kabut. Dia turut meluru ke arah isterinya juga. Haris mengangkat pisau tinggi dan...

"Hubby!"

Tersembur darah keluar dari mulut Adam mengalir jatuh di atas ribaan Kayla. Belakangnya perit terkena tusukan yang tajam

"No! Ya Allah. Hubby!"

"Jangan bergerak! Anda dikepung!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience