UNTUK hari ini saja tidak tahu berapa kali Kayla menguntum senyuman lebar. Dari pagi hingga lah sekarang senyuman tidak pernah lekang dibibir. Rasa gembira begitu terasa lapang didada. Tambahan pula sekarang Adam datang membawanya ke Lavender Gardens lagi membuatkan dia tersenyum nyaman.
"Kenapa Hubby bawa Hunny datang sini?" Pegangan tangan mereka dieratkan lagi.
"Your favourite colour is purple, right? So, mesti lavenders ni pun your favourite. Lagipun, dari dulu lagi memang Hunny sukakan lavender kan?"
Kayla tertawa kecil.
"Tak sangka Hubby ingat lagi favourite colour Hunny."
Adam menghentikan langkah mereka dan kalih badan untuk saling menghadap. Pegangan tangan masih lagi tidak dilepaskan. Kepala Kayla diusap dengan penuh kasih sayang.
"All about yourself Hubby tak pernah lupa, sayang. Kita kan bestfriends. So, as a your bestfriend of course Hubby tahu semua and tak akan pernah lupa." Kemudian kepala itu ditarik rapat untuk melabuhkan kucupan disitu.
"Hubby! Nanti orang nampak." Wajah Kayla sudah kemerahan. Sewaktu Adam kucup dahinya, perasan ada pengunjung yang turut berada disitu memandang sambil tersenyum-senyum.
"What? Kiss your head je pun. Jom." Langkah diteruskan.
Lama berdiam diri, Kayla kembali bersuara bila langkah mereka sudah jauh dari pengunjung yang lain. Lavender masih lagi berada diseliling mereka.
"Hubby."
"Ya?"
"Hunny ada nak cakap something. Hunny tahu sekarang adalah masa untuk kita happy but Hunny rasa tak sedap hati la."
"What is it, sayang?"
"Jom. Kita duduk dekat situ."
Adam hanya menurut dan segera dilabuhkan duduk di atas bangku yang tersedia di kawasan lavender.
Kayla merenung wajah Adam. Memang dia gembira datang ke sini dapat menghabiskan masa bersama si suami. Tetapi dalam masa yang sama juga hatinya rasa tidak senang hari ini. Berdebar tidak menentu.
"Hunny?" Adam hairan.
Air jernih yang tiba-tiba mengalir dipipi isterinya membuat dia kalut.
"Sayang kenapa ni? Ada sakit mana-mana ke?" Tiada angin tiada ribut isterinya menangis kenapa pula.
"Hubby tak akan tinggalkan Hunny, kan?"
"Hei, sayang. Kenapa tiba-tiba ni?" Jarak didekatkan. Bahu Kayla ditarik untuk membenamkan tubuh itu ke dalam pelukan.
"Hubby tak akan buat perkara yang Hunny tak jangka, kan?" Soal Kayla lagi tanpa membalas pertanyaan Adam.
Tangan dilengkarkan pada pinggang Adam dan memeluk erat tubuh itu. Takut kehilangan lelaki itu makin menjerat tangkal hatinya.
Dahi Adam berkerut. Apa maksud disebalik soalan itu? Pelukan segera dileraikan. Pipi Kayla ditekup seraya menyeka air jernih yang masih mengalir dipipi kesayangannya itu.
"What you try to say, sayang? Perkara tak jangka apa ni? Hubby tak faham."
Kayla menghamburkan tangisan lalu tubuh itu dipeluk semula. Sejak akhir-akhir ini dia mula teringat akan tuduhan Lara pada suaminya dihospital beberapa bulan yang lepas. Dia cuba untuk tidak terlalu fikir, tetapi ada sedikit rasa curiga.
"Masa Hubby belum sedar dari operation, Lara ada datang jumpa Hunny dekat hospital."
Mata Adam terbuka luas. Tubuh Kayla diperiksanya. Risau kalau isterinya itu diserang seperti yang pernah berlaku ketika annual dinner syarikat mereka.
"Buat apa dia jumpa isteri Hubby ni? Dia ada lukakan sayang tak? Dia attack sayang? Kenapa Hunny tak pernah cakap fasal ni, sayang?" Bertalu-talu Kayla disoal dengan nada cemas.
Sungguh hatinya dipagut risau dapat tahu tentang itu.
"Kayla tak nak Hubby stress fikirkan tentang tu. Lagipun Hubby belum pulih sepenuhnya. And now, Hunny rasa Hunny patut cerita dekat Hubby."
"Yes. You should. Memang patut Hunny cerita dekat Hubby. Sayang, listen." Mata Kayla diarahkan untuk bertentang dengan matanya. Berbicara dari hati ke hati.
"Walau apa pun keadaan Hubby masa tu, you should tell me everything apa yang dah berlaku. Jangan fikirkan tentang kesihatan Hubby bacause i know how to handle. Kalau jadi apa-apa dekat Hunny time tu, Hubby tak tahu kan? So, bila ada apa yang jadi please quickly tell me. Jangan nak sorok. Ya, sayang? Jangan buat Hunny risau. Hubby tak nak sayang dalam bahaya."
"I'm sorry." Itu saja yang mampu terluah.
"No, it's okey. Now tell me apa perempuan tu dah buat dekat my lovely. Tell me sayang. Did she hurt you?"
Kayla menggeleng.
"Then? Apa tujuan dia jumpa sayang?" Sudah tidak keruan untuk Adam tahu.
Dia sedar, selama ini dia telah meletakkan Kayla dalam bahaya. Dia tahu Lara tidak akan berhenti mengejarnya. Kerana itu dia sering saja memberi pesan kepada Kayla agar tetap percayakan dia. Risau Lara akan mula menyebarkan cerita yang bukan-bukan.
"Can i ask you?"
"Sure, sayang. What is it?"
Lama mata Adam direnung dalam. Mencari sebuah kejujuran dari situ walaupun dia tahu Adam tidak akan membuat perkara keji itu.
"Before me, Hub-Hubby dah pernah-" terasa tersekat dikerongkong untuk dia meneruskan. Rasa sakit mahu menyebut tentang itu. "Hubby pernah sen- sentuh Lara?"
Adam terkedu. Terlepas pegangan tangannya pada bahu Kayla. Wajah berubah tegang. Lidah juga terkelu ingin menjawab.
Reaksi yang diterima menyeksa hati Kayla. Kenapa Adam memberi reaksi seperti itu? Seperti tekaannya tepat.
"Hubby. Answer me. Hubby tak pernah buat, kan?"
Namun Adam masih diam membisu. Dada bergombak kencang. Lama dia berdiam diri. Mata dipejam rapat bagi menghilang rasa amarah dalam diri. Dia menghadap Kayla semula.
"Sayang." Tangan itu digenggam erat. "Hubby nak Hunny tetap percayakan Hubby. Jangan percayakan orang luar, please."
Bicara Adam buat Kayla keliru. Lelaki itu tidak jawab soalannya. Tetapi berkata lain pula.
"I will. But, kenapa Hubby nampak gelisah? Kenapa Hubby tak cakap soalan Hunny?"
Adam menunduk sebelum kepala digelengkan.
"Hubby tak pernah buat sayang. Tapi-" jawapan Adam habis disitu. Kemudian dia tersenyum hambar dan menyambung jawapan lain.
"Just trust me. Hubby tak buat. Don't worry."
"Hubby macam sorok sesuatu dari Hunny. Tell me apa?" Gelodak jiwa Kayla ingin tahu. Tindak tanduk lelaki itu sangat musykil.
Pipi Kayla diusap.
"I'll tell you but not know. Yang penting bukan Hubby yang buat semua tu. Trust me, sayang."
?????
MEREKA pulang dalam keadaan masing-masing mendiamkan diri. Kayla masih lagi keliru dengan kata-kata dan reaksi dari Adam selepas dia bertanyakan soalan begitu kepada lelaki itu. Kenapa suaminya itu aneh?
"Allah! Hubby, Hunny lupa nak ambil strawberi yang beli tadi. Tertinggal dalam kereta." Ujar Kayla sebaik saja dia dan Adam sudah sampai di dalam bilik.
"Pula? Nanti Hubby pergi ambilkan."
Pantas Kayla menghalang dari suaminya itu keluar dari bilik.
"Tak apa. Hunny boleh ambil sendiri."
"Bahaya la, sayang. Jadi apa-apa nanti kan. Hubby per-" lidah Adam terkelu. Tergamam dengan tingkah selamba Kayla.
"Hunny pergi. Tunggu tau." Kenyitan mata diberikan sebelum dia keluar. Sempat dia menarik penghadang pintu agar pintu tidak tertutup rapat memandangkan dia tidak membawa kad.
Adam senyum sendiri. Bibirnya disentuh. Makin berani isterinya itu.
"Macam-macam."
Katil dituju lalu direbahkan badan. Tangan diletakkan diatas dahi dan mata dipejam rapat. Soalan Kayla datang menjengah. Dia mengeluh.
Lara memang tak akan berdiam diri setelah dia meninggalkan gadis itu.
Dan dia mula terlelap kerana kepenatan.
Beberapa saat berlalu, tanpa pengetahun Adam pintu bilik ditolak dari luar. Perlahan-lahan ada kaki yang melangkah masuk ke dalam. Dan, dengan sengaja pintu itu ditutup sama seperti tadi.
Sekujur tubuh Adam dipandang bersama senyuman herot. Dengan berani, langkah dibawa menghampiri katil. Cardigan labuh yang tersarung ditubuh dibuka dan dibiarkan jatuh di atas lantai. Jelas kelihatan dada yang sedikit terdedah kerana dia hanya memakai baju tanpa lengan.
Tidak mahu membuang masa, perlahan-lahan dia merangkak naik ke atas katil. Bibir menguntum senyum. Polos sekali lelaki itu ketiduran. Hatinya tercuit.
"I dah lama tunggu saat macam ni, Adam." Perlahan saja dia menutur. Jari mula bergerak halus mengikut bentuk wajah lelaki itu.
Tidak dinafikan Adam memang lelaki yang kacak. Kerana itu setiap kali dia berada bersama dengan lelaki itu akan menggetarkan jiwa perempuannya. Dan, kerana itu dia berasa sangat cemburu dengan Kayla!
"You're so perfect."
Tangan mula merayap turun membuka butang kemeja Adam paling atas kemudian bergerak menyentuh-nyentuh bibir kemerahan Adam. Adam yang tidur mati itu makin menyokong perbuatannya. Nafasnya juga sudah teratur kerana terhidu bau wangi dari tubuh Adam.
Wajah ditundukkan perlahan. Ingin mengucup bibir itu buat kali kedua. Kali ini juga tanpa lelaki itu sedar. Bibir mula dirapatkan.
"Hubby!"
Tingkahnya terhenti dan segera menoleh ke belakang.
Adam tersedar kerana terkejut dengan suara itu. Terbuntang matanya saat wajah Lara yang menyapa. Lara sedang menindihnya. Segera tubuh itu ditolak kasar dan dia bangun dari baringan.
"Kau buat apa ni?!" Tajam mata menikam Lara. Mata melorot ke arah Kayla yang terkaku didepan pintu. Plastik yang dipegang isterinya sudah jatuh ke lantai.
Dia mendapatkan Kayla.
"Sayang. Hubby tak-"
"Stop!" Memerah mata Kayla merenung wajah Adam.
Jantungnya bagai direntap saat masuk saja ke dalam bilik ini ternampak perkara yang tidak diingini. Dia perhatikan saja tingkah Lara yang berada di atas tubuh suaminya itu. Dan, Adam tidak nampak memandangkan wajah lelaki itu dilindungi badan Lara.
Tetapi hatinya tetap sakit!
"Sampai hati buat Hunny macam ni?" Air mata jatuh berderai.
Lara tersenyum kemenangan dalam diam. Yes!
"Kayla, aku tak nak masuk sini. Tapi Adam yang call aku tadi." Dia terus memeluk diri sendiri.
"Lara! Kau jangan nak fitnah aku! Sayang." Bahu Kayla cuba diraih.
"Hunny, please. Hubby tak buat. Hubby tak tahu yang dia masuk bilik kita. Sayang please trust me."
Kayla menggelengkan kepalanya. Sakit!
"Hunny tak sangka. Patutlah tadi Hubby tak nak jawab soalan Hunny. Rupanya pernah bersama dengan Lara! I hate you!"
"Sayang, no!" Tangan Kayla cuba dicapai namun isterinya terlebih dahulu berlari keluar. Dia membuka langkah ingin mengejar.
Lara yang melihat terus memeluk tubuh Adam dari belakang.
"Adam. I ada untuk you."
"Perempuan! Kau ni dah gila tahu tak?!" Pelukan dilepaskan dan Lara ditolak jatuh ke katil.
"Kau hancurkan rumah tangga aku sekali lagi, Lara!"
Dia terus berlari keluar mengejar Kayla sambil tidak henti memanggil isterinya itu. Tak! Dia tak buat! Dia tidak sedar kemunculan Lara disitu!
Share this novel