"MAAF, Miss Lara. Miss Lara tak dibenarkan masuk. Encik Adam tak nak jumpa dengan sesiapa pun hari ini." Halang Rin bersungguh. Panas hatinya bila Lara tidak mendengar kata-katanya.
Sudah dia diarah oleh Adam agar membatalkan semua meeting dan appointment dengan sesiap saja. Majikannya itu tidak mahu diganggu. Ketika lelaki itu masuk ke pejabat tadi sudah dia lihat wajah kusut majikannya itu menandakan majikannya itu lagi ada dalam masalah.
Lara menjulingkan matanya ke atas.
"Eh, hello! Sesiapa tu tak termasuk dengan I, okey? Huh! I nak masuk juga." Badan Rin ditolak kasar agar dapat dia berjalan menuju ke bilik pejabat Adam.
Sebelum ini elok saja di masuk ke sana. Tak ada pula Adam menghalang dia masuk. Secretary lelaki itu pula yang lebih-lebih.
Kedegilan Lara begitu menguji kesabaran Rin. Dia tak dapat jamin kalau Encik Adam akan baik-baik saja bila Lara terjah masuk ke dalam tanpa izin. Dia terlebih kenal dengan sikap majikannya itu. Jika sedang di dalam masalah, Adam langsung tidak mahu diganggu. Pernah sekali dia dimarahi kerana main terjah masuk ke dalam bilik kerana ada perkara penting yang hendak disampai. Itu pun Adam memarahinya juga.
"Miss Lara listen to me. Encik Adam not in mood now. Dia akan marah saya nanti."
"Do i care? Dia marah you but not me." Laju kaki Lara menghampiri pintu bilik Adam dan segera dibukanya.
Dia datang ke sini kerana bengang Adam tidak menjawab semua panggilan dan Whatsapp darinya. Sudah tiga hari berlalu namun Adam tetap mendiamkan diri dan langsung tidak berhubung dengannya. Dia naik hairan kerana Adam tidak pernah mengabaikan dia.
"Sayang." Sapa dia manja. Wajah diceriakan.
Adam mengangkat wajahnya. Lalu, air wajahnya terus berubah dari tenang bertukar menjadi bengang. Tajam matanya memandang wajah ceria Lara. Kemarahannya bangkit. Sengaja dia menjauhkan diri dari Lara buat seketika kerana mahu menenangkan diri sendiri. Dalam masa yang sama dia cuba untuk memastikan semua bukti yang ditunjuk oleh Zaki itu benar. Dan, dia sudah dapat jawapannya. Semua bukti itu adalah benar! Dan Lara pernah mengandung!
Rin menggelengkan kepalanya. Masak la dia lepas ni!
"Encin Adam, saya-"
"It's okey. You can go now."
Rin mengangguk perlahan. Tengok! Suara majikannya itu juga lain sangat! Dasar Lara tak faham bahasa. Nanti dia cakap bahasa Mandarin atau Tamil baru tahu!
"Baiklah." Langkah diundur ke belakang seraya menutup pintu. Lalu dia beredar dari situ.
Malas mahu memandang wajah pembohong seperti Lara, Adam kembali memandang skrin komputer dan menyiapkan kerjanya. Hatinya masih sakit dengan perbuatan Lara yang selamba saja menipu dia hidup-hidup! Rasa marah dalam diri membara.
Kerana Lara, dia bersikap keji terhadap Kayla!
Kerana Lara, dia tega menghalau Kayla dengan cara kasar dan menghina isteri sendiri!
Kerana Lara, dia tidak percayakan kata-kata orang sekelilingnya!
Kerana Lara, dia sanggup mengabaikan isteri sendiri!
Kerana Lara, dia jadi manusia bodoh!
Semua kerana Lara!
Lara mengerutkan dahi kehairanan. Pelik dengan sikap Adam yang buat tidak endah dengan kehadirannya.
"Say-"
"You buat apa datang sini? Tak nampak ke I sibuk?"
Tanpa menghiraukan suara dingin Adam, selamba saja Lara mendekati lelaki itu dan melabuhkan tangan ke bahu Adam. Tetapi dia agak terkejut bila Adam cepat menepis dengan wajah bengang memadang ke arahnya.
"Apa ni Lara? I cakap I tengah sibuk kan? Pekak ke apa?!" Sergah Adam sambil bangun berdiri dan bergerak jauh dari Lara. Susah betul layan sikap degil Lara!
"Sayang! You kenapa ni? Kita ada bergaduh ke sampai you jadi macam ni?"
Lagi Adam cuba menjarakkan diri, lagi Lara mendekat.
"Adam! Jawab la I tanya ni kan?" Lengan Adam diraih kasar bagi memaksa lelaki itu berpaling ke belakang dan menghadapnya.
"Tak! Kita tak ada bergaduh."
"Then why you macam ni? I ada buat salah dengan you ke?"
"Ya! You banyak buat salah dengan I, Lara! Banyak sangat! Now, better you get out from here sebelum I bertindak diluar jangkaan you! Go!" Adam meluruskan jari telunjuknya menunjuk ke arah pintu menyuruh Lara keluar dari situ.
Dia tidak mahu kesabarannya semakin memuncak bila berhadapan dengan Lara begini. Dia tidak bersedia lagi untuk membalas perbuatan Lara sekarang. Dia risau dia akan bertindak diluar jangkaan. Kerana itu dia lebih rela menjauhkan diri dari Lara untuk beberapa hari. Dia tahu diri dia akan mula bertindak mengikut perasaan.
Bahu Lara terangkat sedikit bila disergah begitu. Dahinya berkerut seribu. Tiba-tiba saja Adam berubah menjadi bengis begini.
"Tak! I tak akan keluar selagi you tak bagitahu kenapa you layan I macam ni?"
Adam menggelengkan kepalanya. Dia bercekak pinggang. Lara memang seorang yang degil! Bertahun-tahun dengan Lara, baru hari ini dia nampak dengan jelas kedegilan itu. Mungkin disebabkan selama ini dia terlalu taksub cintakan Lara, sampaikan kedegilan itu dia nampak seperti sikap manja dan mengada-ngada.
Lara menangkap lengan Adam.
"Adam please tell me. Jangan buat I macam ni. Hati I sakit. I-"
"Tahu pun sakit! Lepas tu kau hasut aku sampai buat Kayla sakit hati tak apa pula?!"
Terus terdiam Lara. Dia tercengang. Cuak!
"Adam! You cakap apa ni? Sampai hati you tuduh I macam tu."
Adam ketawa sinis. Dia meraup wajahnya.
"Tuduh? Oh! Jadi, aku nak tuduh kau yang bukan-bukan tak boleh? Habis tu, yang kau tuduh Kayla, isteri aku yang bukan-bukan tu apa pula? Kau hasut aku supaya aku percayakan kata-kata tipu kau tu sampai aku halau isteri aku dari rumah aku sendiri! Kau tak fikir pula semua tu? Eh dah la Lara! Memang lara hidup aku dengan kau! Baru aku tahu. Sesuai la nama kau dengan hidup kau. Kalau kau teruskan hidup kau dengan cara macam ni, lara la hidup kau sampai mati."
"You-"
"Shh! Biar aku yang bercakap. Aku tak sangka la orang yang aku sayang, orang yang aku cinta selama ni sanggup buat aku nampak macam orang bodoh! Kau sanggup tipu aku! Kau cakap kau batalkan perkahwinan kita sebab apa? Sebab Kayla ugut kau untuk sebarkan dekat orang sekeliling kau yang kau dah rosak. Tapi hakikatnya kau lari dari perkahwinan kita sebab kau memang dah rosak! Kau dah rosak Lara! Kau dah rosak!"
Wajah Lara sudah berubah pucat sepucat-pucatnya. Wajahnya bagaikan tiada darah sedikit pun. Jantung mula berdetak tidak stabil. Berdebar kerana rahsianya sudah terungkai!
"Kenapa kau diam? Betul kan?"
Adam kepal tangannya sekuat hati. Kalau dihadapannya sekarang adalah seorang lelaki, mungkin dia tidak akan teragak-agak menaikkan tangan ke wajah itu. Tetapi bila memikirkan itu adalah seorang perempuan, dia serba salah.
Perlahan Lara berani menggelengkan kepalanya. Dia tetap akan berpura-pura. Mungkin Adam akan percayakan dirinya lagi.
"Tak. Semua tu tak betul, sayang. Dari mana you dapat tahu semua tu?" Sekali lagi lengan Adam cuba diraih.
"Jangan sentuh aku la!" Adam menepis kasar sehingga tertolak Lara jatuh ke lantai.
"Auch!"
Walaupun Lara jatuh dan mengaduh sakit, Adam langsung tidak berganjak untuk menolong. Malah, dia tersenyum sinis. Adam menundukkan tubuhnya dengan bercangkung dihadapan Lara yang terjatuh itu.
"Sakit, kan? Itu baru sikit. Apa yang aku buat kepada Kayla lebih lagi daripada ni kau tahu tak? Semua sebab apa? Sebab kau hasut aku. Kau terjun dari kolam supaya aku nampak macam Kayla yang tolak kau jatuh dalam kolam. Padahal sebelum aku datang, kau dah cekik isteri aku tu hampir hilang nafas!"
Kali ini Lara sudah tidak mampu menyorok reaksi wajah terkejut dari penglihatan Adam. Tidak habis fikir dia bagaimana Adam dapat tahu semua itu.
Adam bangun berdiri.
"Bangun."
"Ha?"
"Aku cakap bangun!"
Dengan susah payah Lara bangun berdiri kerana dia memakai heels yang agak tinggi. Bila dihulur tangannya mengharap agar Adam menolongnya, langsung Adam tidak menghiraukannya.
"Sekarang keluar." Arah Adam bila sebaik saja Lara berdiri kembali dengan stabil.
"Sayang-"
"Aku cakap keluar! Atau kau nak aku heret kau sampai dekat luar macam aku dah buat dekat isteri aku?"
"Tapi you kena dengan apa yang I nak explain." Lara masih tetap berdegil.
"Nampaknya itu yang kau nak."
Tanpa amaran, terus Adam menarik kasar lengan Lara dan menarik agak kuat memaksa Lara ikutnya keluar dari bilik pejabatnya.
"Auch! Adam, sakit la!"
"Kayla lagi sakit dengan apa yang aku dah buat dekat dia kalau nak dibandingkan dengan apa yang aku sedang buat dekat kau!" Semakin kuat Lara ditarik kasar.
Rin yang asyik membuat kerja itu terus berdiri kerana terkejut bila terdengar kekecohan yang berlaku di luar bilik Adam. Melihatkan itu, segera dia mendapatkan Adam dengan wajah gelisah.
"Encik Adam. Kenapa ni?"
"Tak ada apa. Ini antara saya dengan perempuan ni. Awak boleh sambung buat kerja."
Sampai sahaja diluar, terus Lara ditolak kasar agar jauh dari KM Sdn. Bhd. sehingga Lara terjatuh ke tanah dan mengaduh kesakitan. Mini skirt yang dipakainya semakin memudahkan kulitnya melecet bila tergesel di atas tar.
"Sakit la Adam! You gila ke buat I macam ni?!"
"Tak. Aku tak gila. Tapi kau yang gila. Kau berambus dari sini sekarang. Aku dah tak nak tengok muka kau dah! Pergi!"
Adam segera berpaling dari Lara dan masuk ke dalam pejabat semula. Nafasnya turun naik kerana penat melayan kedegilan Lara. Rambutnya diserabutkan. Masuk saja ke bilik pejabatnya, terus dengan kuat dia duduk diatas sofa. Kepala disandar sambil mata terpejam. Hatinya belum puas walaupun sudah buat Lara seperti itu.
?????
PUAN ZARINA perhatikan saja anak lelakinya yang sedang menguis makanan di dalam pinggan itu. Sesekali dia tergeleng dengan tingkah Adam. Sejak dari tadi sampai ke sini, anak lelakinya itu lebih banyak berdiam diri.
"Anak Umi ni kenapa?"
Adam mengangkat wajah memandang Puan Zarina. Senyuman diukir.
"Tak ada apa."
Kerusi dihadapan Adam diduduki Puan Zarina. Anak sulungnya itu dipandang kasih dan sayang. Sebagai seorang ibu, mudah saja dia kesan jika anak-anaknya ada masalah. Seperti Adam sekarang. Pandang wajah itu saja sudah cukup untuk beri jawapan kepada soalannya tadi. Adam sedang belenggu dengan masalah sekarang. Wajah anak lelakinya itu muram dan tidak ceria seperti selalu.
"Adam, Umi kenal anak Umi. Tu, tengok wajah Adam pun Umi tahu Adam ada sorokkan something dari Umi. Adam ada masalah?" Prihatin sekali dia bertanya.
Adam berhenti dari terus menguis makanan. Sudu diletakkan perlahan dan wajah wanita kesayangannya itu dipandang. Dia mengeluh.
"Umi. Adam-" sungguh berat untuk dia cerita perkara sebenar. Malu bila diingat semula yang dia sanggup berperang mulut dengan orang tua sendiri disebabkan mahu pertahankan tuduhan Lara terhadap Kayla.
Puan Zarina masih menunggu.
"Adam dah tahu perkara yang sebenar, Umi."
Puan Zarina tergamam. Wajahnya mula serius memandang Adam.
"Perkara sebenar apa? Lara ke?"
Perlahan Adam mengangguk. Kepalanya ditundukkan sekejap sebelum wajah itu dipandang semula. Tangan Puan Zarina diatas meja mula dipegangnya.
"Adam dah tahu semuanya. Semua dah jelas Umi. Adam minta maaf Umi. Adam dah buat kesilapan besar, Umi. Maafkan Adam. Adam dah lawan cakap Umi semata-mata nak pertahankan dia. Adam betul-betul minta maaf." Tangan itu dicium sepuas-puasnya.
Air mata ibu terus mengalir perlahan. Sebak Puan Zarina melihat Adam bersungguh meminta maaf darinya. Tangan kiri mengusap kepala Adam perlahan. Dia sentiasa memaafkan anak-anaknya. Sebesar mana pun Adam buat kesilapan, dia tetap akan memaafkan. Kerana dia tahu, Adam jadi begitu disebabkan terlampau mengikut hati dan perasaan yang sangat cinta kepada Lara. Disebabkan cinta, Adam jadi begitu.
"Umi sentiasa maafkan Adam."
"Tapi Adam tetap rasa berdosa lawan cakap Umi. Adam minta maaf, Umi."
Puan Zarina senyum tipis.
"Adam. Orang yang Adam patut minta maaf adalah isteri Adam. Dia adalah orang yang sepatutnya Adam mohon kemaafan. Adam dah tuduh dia macam-macam. Sebab tu Adam tetap rasa berdosa."
Laju Adam mengangkat wajahnya.
Ya. Kayla. Dengan Kayla lah paling banyak dia buat salah. Dia halau Kayla, caci dan maki. Semua ada. Masih terbayang lagi saat bagaimana dia menengking Kayla dihadapan Iskandar kerana melihat Kayla menolak Lara jatuh ke dalam kolam. Bila dia menghalau Kayla dari rumah dengan keji. Masih terbayang lagi semua itu.
"Umi, macam mana Adam nak minta maaf kalau dia pun dah lari jauh dari Adam? Umi mesti tahu kan yang Kayla dah bawa keluar semua barang-barang dia dari rumah Adam? Nombor telefon dia juga dia dah tukar, Umi. Adam dah cuba call tapi tak dapat. Dia memang dah lari dari Adam. Dia berhenti kerja tiba-tiba. Itu pun Adam dapat tahu lepas seminggu dia berhenti. Baba tak ada bagitahu Adam pun fasal tu."
Tika itu, alangkah terkejut dia bila dapat tahu Kayla sudah letak jawatan dan berhenti kerja dari KM Sdn. Bhd. Itu pun kerana Rin yang memberitahu kepada dia. Tetapi masa itu dia masih lagi ego dan bencikan Kayla. Dia tidak heran sangat. Tetapi bila kebenaran dah terbongkar, dia mula tak tentu arah memikirkan itu. Kayla seolah-olah terus menghilangkan diri dari dia.
"Buat apa nak bagitahu Adam? Umi dengan Baba dah bincang tentang tu. Memang kami nak bagitahu pada awalnya. Tapi, bila Umi dengan Baba sedar betapa bencinya Adam pada Kayla, kami berdua pilih untuk berdiam diri. Umi dengan Baba fikir, buat apa bagitahu Adam? Sudah tentu Adam tak ambil peduli soal Kayla, kan?"
Tersentap!
Hati Adam begitu tersentap bila mendengar jawapan dari Puan Zarina. Buat apa bagitahu dia? Dia berhak tahu kerana dia adalah suami Kayla. Tapi, benarlah apa yang Puan Zarina katakan. Kalau dia diberitahu, dia mungkin tak akan kesah dan tak ambil peduli. Namun sekaramg dia kesah dan ambil peduli!
"Itu dulu, Umi. Sekarang Adam peduli."
"Lepas Adam dah lukakan hati dia? Buat dia kecewa sampai bawa diri dan keluar dari rumah kita sampai bila-bila?" Puan Zarina menarik tangannya dari pegangan Adam.
"Keluar dari sini sampai bila-bila?"
"Ya. Untuk pengetahuan Adam, Kayla dah keluar dari rumah ni. Dia dah bawa diri dia jauh dari sini. Jauh dari KL, Adam. Dah dua bulan benda ni berlaku. Adam langsung tak sedar?"
Berita yang baru didengar amat-amat mengejutkan dirinya. Jadi, Kayla sudah bawa diri jauh dari sini? Selepas dia halau Kayla pergi, Kayla benar-benar pergi?
"Adam. Memang Umi maafkan Adam. Tapi rasa marah Umi pada Adam bila Adam buat Kayla macam tu masih ada. Umi tak dapat lupa, Adam. Adam buat sampai Kayla nekad untuk tinggal kita. Tinggalkan rumah ni. Dua bulan. Dua bulan, Adam. Sekali pun Adam tak pernah tanya fasal dia. Adam halau dia memang betul-betul halau ke? Memang dah tak ada niat nak pujuk balik ke? Adam memang dah tak anggap dia isteri Adam?" Bertalu-talu Puan Zarina menyoal.
Masa untuk Adam tahu segalanya kecuali di mana keberdaaan Kayla. Itu, biar Adam usaha sendiri. Itu pun kalau Adam masih mahu Kayla sebagai isteri. Kalau tidak mahu, dia juga tidak akan halang Adam dari lepaskan Kayla.
Tidak mampu untuk Adam jawab semua pertanyaan itu. Dia masih lagi terkejut dengan pemergian Kayla. Rupanya sudah dua bulan Kayla menjauh diri dari semua orang.
"Sekarang dah dua bulan. Masuk bulan depan, Kayla berhak minta fasakh."
"Umi." Tidak sangka Puan Zarina berkata begitu. Adam bungkam.
"Umi cakap benda yang betul Adam. Tiga bulan Adam abaikan dia, Kayla berhak minta Adam lepaskan dia. Tiga bulan tanpa nafkah tanpa khabar berita. Kayla berhak minta fasakh. Dan kalau itu terjadi, Umi terima dengan hati terbuka."
Adam sudah kehilangan kata-kata. Pilu mencengkam dadanya bila perkataan fasakh disebut-sebut Puan Zarina. Dari dulu sampai sekarang, hatinya tidak pernah sanggup untuk lepaskan Kayla. Sebelum ini hanya dimulut sahaja. Ego. Dia sedar dirinya ego.
"Adam tak nak lepaskan Kayla, Umi."
Kini, Puan Zarina pula yang terdiam. Adam dipandang tidak percaya. Sedikit, dia tidak percaya. Risau Adam hanya berbicara dimulut saja. Hati cakap lain. Tak! Dia kena rela dengan ketentuan kalau perpisahan antara Kayla dan Adam terjadi. Dia tidak mahu Kayla menderita lagi! Cukuplah apa yang Adam dah buat pada Kayla.
"Tak guna bila bercakap saja, Adam. Buktikan yang Adam betul-betul tak nak lepaskan Kayla."
Puan Zarina bangun. Tidak mahu terus bersoal tentang Kayla. Hatinya tak kuat. Risau Adam dimarahinya lagi.
"Umi."
Pergerakan terhenti. Adam dipandang.
"Umi cakap, Kayla pergi jauh dari KL. Boleh Adam tahu dia pergi mana?"
Bila pandang wajah sayu Adam. Terdetik di hati mahu menjawab pertanyaan itu dengan benar di mana Kayla berada. Tetapi bila teringat janjinya pada Kayla, terus dibatalkan.
Dia menggeleng.
"Umi tak akan sesekali bagitahu Adam dekat mana Kayla sekarang. Umi dah janji dengan dia yang Umi tak akan bagitahu Adam. Kalau Adam mahukan Kayla betul-betul, usaha sendiri. Tapi, cari Kayla dengan keikhlasan hati kerana Adam mahukan Kayla semula. Bukan semata-mata nak sakitkan hati dia lagi."
Jawapan Puan Zarina mengeluhkan Adam. Susah. Di mana dapat dia cari Kayla kalau nombor telefon juga Kayla sudah tukar?
Ikhlaskan hati?
Adakah dia mahukan Kayla semula kerana dalam hatinya ada Kayla disitu?
Adam pejam mata.
Tak.
Dia tak ada perasaan lagi pada Kayla buat masa sekarang. Yang ada cuma rasa serba salah kerana dia telah melakukan kesilapan besar pada isteri sendiri.
Jadi, untuk apa dia mahu cari Kayla semula?
Share this novel