"HUNNY?" Keluar dari bilik terus Kayla dipanggil. Kelibat isterinya dicari. Sampai sahaja ditengah-tengah dia hilang langkah. Tidak tahu ke mana Kayla pergi. Kepala dicengkam kuat.
"Apa dah jadi ni, Ya Allah!" Dia merintih sendiri.
Keluhan dilepaskan. Masih terbayang lagi bagaimana kedudukan dia dan Lara sebentar tadi. Dia langsung tidak tahu sejak bila Lara berada diatas katil dan bagaimana perempuan itu dapat masuk ke dalam bilik.
Itu tidak penting! Keberadaan isterinya sekarang lagi penting. Dia kena cari Kayla dan berterus terang!
"Hun- weh!" Baru ingin memanggil lagi, tiba-tiba terasa tangan ditarik masuk ke dalam salah satu bilik yang ada disitu. Sekelip mata saja dia sudah berada di dalam bilik itu. Dahi berkerut seribu.
"Sayang?"
Wajah Kayla yang sedang tersenyum dihadapan dipandang hairan. Bukankah tadi wanita itu lari keluar dari bilik mereka dalam keadaan sedang menangis? Sekarang mana perginya air mata itu?
"Sayang bukan ke-"
"Shh! Hunny sengaja berlakon lah tadi. Menjadi kan?" Kayla melepaskan ketawa.
Tidak disangka lakonannya menjadi. Nasib baik dia sempat terserempak dengan salah satu pekerja disini dan disuruh membuka pintu bilik ini dengan alasan ada tertinggal barang. Biarpun yang sebenarnya dia mahu menyorokkan diri disini.
Ketika naik saja ke atas belum sempat dia mahu melangkah ke bilik, dia ternampak kelibat seorang perempuan yang mencuri masuk ke dalam bilik dia bersama Adam. Kelakuan perempuan itu sangat mencurigakan. Dia membiarkan saja perempuan itu masuk ke dalam dan tunggu diluar.
Dalam hati kuat mengatakan itu adalah Lara. Dia kenal sosok tubuh perempuan tak guna itu!
Kemudian secara perlahan-lahan dia turut masuk ke dalam bilik tersebut. Hati ditahan sebaik mungkin dan menanti tingkah Lara seterusnya. Walaupun sedang mendidih panas melihat Lara yang selamba saja berada di atas tubuh suaminya.
Geram juga dengan Adam. Lelaki itu memang tidur mati! Setiap pergerakan dari Lara langsung tidak menyedarkan suaminya! Untung dia nampak kebenaran. Dibuatnya dia sampai ketika kejadian itu berlaku, memang dia dan Adam sudah bergaduh. Rasa amarah tidak lagi dapat ditahan bila nampak Lara makin mendekatkan wajah kepada wajah Adam.
Dan, berlakulah drama disitu.
Adam masih lagi kebingungan.
"A- apa maksud Hunny? Macam mana Hunny boleh masuk bilik ni?"
Tubuh Adam dipeluk tanpa kata. Jelas kedengaran detak jantung Adam yang tidak stabil. Berdebar dengan peristiwa sebentar tadi, mungkin.
"Hubby jangan risau. Hunny nampak semuanya tadi. Lara yang salah bukan Hubby. Tapi Hunny berlakon macam tu tadi sebab saja nak butakan mata Lara. Hunny percayakan Hubby."
Adam terus hela nafas lega. Tubuh itu didakap erat lagi. Syukurlah!
"Hubby minta maaf, sayang."
"No. Bukan salah Hubby." Kayla mendongak. Rahang suaminya dipegang sebelum dikucup.
Tangan diletakkan pada dada bidang itu.
"I trust you. Hunny tak bodoh nak percaya dengan perbuatan Lara tu hidup-hidup. Hunny masih pegang janji kita."
"Tapi kenapa tadi sayang tuduh Hubby yang bukan-bukan? Sakit jantung Hubby ni. Kena heart attack macam mana? Nakal la." Pipi Kayla dicubit geram.
Wajah Kayla berubah keruh. Terlerai pelukan pada tubuh lelaki itu. Ada satu saja yang membuatkan dia percaya pada Lara.
"Hubby. Hunny nak Hubby jujur. Hubby dengan Lara pernah buat benda terlarang, kan?" Suasana tegang.
Baru tadi wajah Adam beriak lega, kini diserang terkedu. Pandangan Kayla melemahkan matanya. Dari anak mata Kayla, isterinya itu seperti tahu apa yang terjadi.
Nafas dihela berat. Lambat-lambat dia mengangguk. Wajah wanita itu berubah mendung. Lantas bahu kesayangannya itu dipegang.
"Look in my eyes. Hubby dengan perempuan tu pernah buat perkara terlarang but only her. Hubby tak sedar pun apa yang jadi sayang. Trust me." Yakin dia berkata.
Mata Kayla berkaca.
"Hub-Hubby dengan dia per-"
"No. Kami tak terlanjur, sayang. Tak."
"Boleh Hubby cerita dekat Hunny? Apa dah jadi sebenarnya?"
"Boleh. But, Hubby nak tahu dari mana Hunny dapat tahu semua ni dan rasa curiga dengan Hubby."
Samsung dikeluar dari poket dan Kayla mula menekan-nekan ikon pada skrin. Lama dia pandang skrin itu sebelum diserahkan kepada Adam.
Sebaik melihat gambar yang terpapar, Adam memejam mata disertakan istighfar yang panjang.
"Sayang. Picture ni tak sama dengan yang sebenar. Gambar ni dah di edit."
"Maksudnya?"
Pipi Kayla ditekup.
"Hubby dalam keadaan separuh sedar masa tu, sayang. Hubby keluar makan dengan Lara. And then-"
"Tell me Hubby. Apa dia dah buat? Nanti Hunny pergi toreh muka dia."
Mendengarkan itu, terus sahaja Adam tertawa kecil. Antara Lara dan isterinya, Kayla lagi kecil dari Lara. Ada hati nak lawan.
?????
"Sayang. Buka mulut." Lara menyua garfu yang sudah dicucuk cebisan chicken chop disitu. Wajah dimanjakan sambil memandang Adam.
Adam tergeleng dengan lagak manja itu. Tanpa membantah dia mula membuka mulut untuk menerima suapan dari Lara. Namun, tiba-tiba cebisan ayam itu jatuh di atas paha dan menyebabkan seluar sedikit.
"My god. Sayang sorry." Lara buat-buat terkejut. Pantas berdiri dan ingin membantu Adam.
Adam turut berdiri.
"Tak apa. I boleh buat sendiri. I pergi toilet jap." Tanpa mengesyaki sesuatu terus dia berlalu ke tandas.
Lara senyum senget. Lalu, dia menyelongkar ke dalam handbag dan mengeluarkan satu botol kecil yang berisi cecair putih. Tanpa berlengah, dia menuangkan sedikit ke dalam minuman Adam.
"You will be mine tonight, sayang."
Dengan senang hati dia kembali ke tempat dan menyambung menikmati makanan. Beberapa minit, Adam datang semula.
Usai makan, Adam memutuskan ingin segera menghantar Lara pulang memandangkan waktu juga sudah lewat malam.
"Sayang? You okey tak?"
Adam pegang kepala. Keadaan rasa berpusing dan berpinar. Tidak sempat dia sampai ke kereta. Tangan berpegang pada dinding.
"Tak tahu la. Kepala i tiba-tiba berpusing."
"Boleh drive tak? Kalau tak biar i yang drive."
Tanpa banyak kata, kunci kereta diserahkan kepada Lara. Dan mereka berdua meninggalkan perkarangam restoran.
Lara tersenyum sendiri melihat Adam yang sudah lemah tersandar di sebelah penumpang. Senang saja mahu menundukkan lelaki itu.
Sampai saja dikawasan kondo, Lara segera memapah Adam untuk naik ke atas. Dia memberi cadangan agar lelaki itu berehat di kondo dia terlebih dahulu. Keadaan Adam begitu tidak mengizinkan lelaki itu balik ke rumah.
Pintu biliknya dibuka luas. Adam dibaringkan diatas katil. Senyuman makin melebar. Dibiarkan dahulu lelaki itu semakin lemah dan terlelap disitu. Lara berlalu masuk ke tandas.
Lara berdiri memandang Adam yang sudah tidak sedarkan diri. Duduk dilabuhkan dibirai katil.
"You terlalu sayangkan i, Adam. Sampai i buat you macam ni pun you tak sedar lagi."
Perlahan, dia mula menjatuhkan wajah pada wajah Adam. Tanpa amaran, bibir itu diciumnya.
Adam yang masih separuh sedar itu terbuka luas matanya. Terbuntang memandang Lara. Bahu Lara dicengkam dan sehabis mungkin ditolak jauh. Bibir mereka terlerai.
"You buat apa ni Lara?!" Dia cuba bangun namun kepala yang pening menghalang. Bibir yang terasa dan masih terkesan dengan bibir Lara sebentar diseka kasar.
Lara bungkam. Dia ingatkan lelaki itu memang tidak sedarkan diri.
"I- i-"
"You ambil kesempatan ke?!" Marah Adam. Tangan memegang kepala. Dia cuba untuk bangun.
Lara pantas memegang tangan Adam dan ditolak jatuh ke tilam. Badan itu ditindihnya. Sudah lama dia nantikan begini. Dia tidak akan lepaskan Adam. Dengan Ryan, mudah saja dia tundukkan. Tetapi Adam bukan mudah. Kerana itu dia semakin suka.
"Sayang rilex. You kan tak larat. Tidur sini malam ni."
Wajah Adam berubah tegang. Apa yang Lara cuba lakukan ini?
"Bangun Lara. You jangan buat kerja gila!" Tidak tahu kenapa dia tidak larat sangat sekarang ini. Rasa lemah semacam.
Dada Adam diusap perlahan. Kemeja yang dipakai Adam cuba dibuka butang satu persatu. Jiwa bergetar hebat melihat dada bidang lelaki itu.
"Tapi i nak you tidur dengan I malam ni. Boleh?"
Adam ketap geraham sekuatnya. Tangan Lara ditangkap kemas sebelum ditepis. Dengan tenaga yang masih ada, ditolak Lara sekuat hati. Terbuntang sekali lagi matanya bila melihat pakaian Lara saat ini.
Terus dia bangun dan berjalan keluar dari bilik itu dengan kepala yang masih berdenyut.
"Sayang."
Datang Lara dari arah belakang memeluknya.
"Lepas Lara. Ini semua salah!"
"Tapi i nak you." Lara mula merengek.
"You gila ke?! I yang lelaki ni pun nak jaga maruah i sendiri. You perempuan mudah nak serahkan macam tu je. Lara, I ni suami orang you tahu tak?!" Tangan Lara digenggam kemudian direntap kuat meleraikan pelukan dari arah belakang.
"Sayang! Ish!"
Segera dia berlalu keluar dari situ. Dada berombak kencang marah dengan perbuatan terkutuk dari Lara. Nasib baik dia masih lagi separuh sedar!
?????
"AKU dah apa yang kau suruh." Lara masuk ke dalam bilik selepas dengan jayanya dia dapat hancurkan rumah tangga Adam dan Kayla.
Haris berada dibirai katil dipandang.
"Kau buat apa?"
"Aku buat apa yang kau suruh buat. Tapi belum sempat aku buat apa-apa, Kayla datang."
Mencerlung Lara dipandang.
"Maksud kau?"
"Aku tak sempat nak- yeah kau faham. Aku baru nak bertindak Kayla dan masuk dalam."
Lara dihampiri.
"Habis tu, apa jadi?"
"Kayla percaya dengan apa yang dia nampak and dia orang berdua dah mula bergaduh."
"Yes!"
Terperanjat Lara dengan sorokkan dari Haris itu. Dia berpeluk tubuh.
"Tapi-" Haris kembali bersuara. "Aku tetap tak puas hati selagi dia orang tak bercerai. Kita kan usaha lagi."
"Kau tu sepatutnya halang Kayla dari masuk campur. Kalau aku sempat buat apa-apa tadi, lagi kita dapat hancurkan dia orang. Ini tidak, tunggu je aku buat apa."
"Tapi kau dah hantar gambar-gambar yang aku edit tu dekat Kayla, kan?"
"Memang dah hantar. Kayla tu bukan mudah percayakan orang. Tadi pun aku macam tak percaya dia terus percaya bila nampak aku dengan Adam."
"It's okey. Tak ke mana Adam kau tu. Aku akan pastikan kita dapat apa yang kita nak. Kayla hanya untuk aku."
?????
"LARA buat Hubby macam tu ke?" Erat tangan Adam dipegang. Tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Dia ingatkan Lara itu betul-betul sayangkan Adam dan tidak akan buat perkara terkutuk itu.
"Masa tu Hubby dah musykil dengan dia."
"Dah musykil?"
"Kalau Hunny nak tahu, Hubby berubah macam ni disebabkan Is dengan Zaki. Dia orang yang banyak tolong Hubby untuk selamatkan rumah tangga kita. Dia orang sanggup cari bukti siapa Lara sebenarnya. Tapi masa tu Hubby masa lagi dalam dilema. Sama ada nak percaya atau tak. Tapi Hubby dah upah orang untuk siasat balik. Dan bukti yang Hubby dapat sama dengan bukti yang Is dan Zaki tunjuk. Dan masa Lara bertindak macam tu, hati Hubby memang dah berbelah bagi. Bila dapat bukti yang kukuh, baru Hubby putuskan hubungan dengan dia."
Kayla terdiam. Jadi selama dia menghilangkan diri, Adam bersusah payah mencari kebenaran?
"Hubby sayangkan Hunny?"
"Hei." Pipi isterinya disentuh. "Hubby sayangkan Hunny. Cintakan Hunny sepenuh hati."
"Sejak bila Hubby rasa semua tu?"
Senyuman manis terukir. Kekura tangan Kayla dikucup lembut.
"Sejak sayang Hubby menghilangkan diri."
"Bukan sebab Hubby dah tahu Lara jahat?"
"Itu salah satu. Tapi, Hubby tahu Hubby mula sayangkan Hunny sejak dari Hunny tak munculkan diri lagi lepas Hubby halau Hunny. Hubby pernah cakap yang Hubby sampai terbayang-bayangkan Hunny dekat dalam rumah tu. Hubby rindu tapi tak tahu nak luahkan macam mana. Hubby sedar Hubby ego. Dah tahu rindu tapi masih tak cari bidadari Hubby ni." Senyuman makin melebar bila ternampak mata Kayla yang sudah berkaca-kaca.
"Shhh! Jangan menangis, sayang. Nanti Lara tahu kita duduk dalam ni." Dia cuba bergurau.
Kayla memukul dada bidang itu.
"Orang terharu sempat pula dia buat lawak."
"Terharu? Hubby lagi terharu bila ada isteri yang sayangkan diri ni dari dulu lagi. Kenapa sayang tak pernah nak berterus terang dengan Hubby yang Hunny cintakan Hubby dari dulu? Hmm?"
Wajah disembam ke dada Adam. My god! Buat sesi luahan bukan ditempat sesuai. Sepatutnya situasi ini terjadi dalam bilik mereka!
Belakang Kayla diusap sayang disertakan ciuman di kepala.
"Hunny tak nak jawab."
Adam tergelak.
"Okey tak apa. One day Hubby akan paksa Hunny jawab soalan tu. Now, kita nak buat apa dalam bilik ni? Nanti kena tangkap basah pula."
Laju Kayla mendongak.
"Kenapa nak kena tangkap basah?"
"Semua bukti yang kita dah kahwin ada dalam bilik sana, sayang. Nanti tak tentu fasal kena akad sekali lagi. Dah la bilik ni entah bilik siapa. Sayang ni main masuk je kan. Geram la!"
Tidak menghiraukan bebelan si suami, Kayla mencium dada Adam sekilas dan telinga ditekap pada dada itu. Tenang mendengar degupan jantung Adam.
"Kita check in bilik lain boleh tak? Tak suka la tinggal dalam bilik yang dah kena ceroboh." Panas hati bila ingat Lara sesedap hati duduk di atas katil mereka.
Tanpa Kayla nampak, Adam mula tersenyum miang.
"Of course boleh. Tapi kena create memory indah macam semalam la."
"Ha?" Kayla terpinga-pinga. "Eii! Geram la!"
"Betul lah sayang. Semalam kan memory kita yang paling indah. Bila pergi bilik lain, kena ulang benda sama la." Adam makin galak menyakat.
Kayla sudah menunduk malu. Dia juga tersenyum sipu. Argh! Malu bila diingatkan semula tingkah dia semalam!
Share this novel