Peluang Untuk Bahagia 62

Romance Completed 31764

MATA ditutup kembali apabila cahaya lampu memancar menusuk ke dalam anak mata. Sebaik mungkin pandangan dibiasakan. Keadaan sekeliling diperhati. Ngilu pada ari-ari membataskan pergerakannya.

"Kayla. Kau dah sedar?"

Wajah Kayla berubah saat mata menyapa seraut wajah yang sangat dibencinya. Wajahnya menegang. Tidak cukup lagikah dengan ujian yang melanda petang tadi? Tak cukup dengan Haris, Lara pula yang datang.

"Kau buat apa dekat sini huh?!"

"Hei, Kayla rilex. Aku tak ada niat jahat. Aku cuma nak pastikan kau okey."

"Aku okey? Kau nak pastikan aku okey? Bukan kau nak bunuh aku sebab tak puas hati? Tak cukup dengan Haris, kau pula datang."

Lara mendapatkan Kayla. Sayu wajahnya memandang keadaan Kayla. Dia yang bawa Kayla ke sini. Dia juga yang melaporkan kepada pihak polis tentang Haris.

"Kayla, tenang. Keadaan kau tak stabil sekarang. Control your emotion. Aku tak ada niat jahat. Sumpah, Kayla."

"Macam mana aku nak percaya cakap kau?"

"Aku yang buat report polis tentang Haris. Aku yang bawa kau datang sini lepas kau pengsan tadi. Kayla, aku tak kesah kau nak percaya ke tak. Tapi aku memang tak ada niat jahat dekat kau. Aku- aku dah menyesal dengan apa yang aku dah buat." Tangan Kayla takut-takut dipegang.

Berkerut dahi Kayla dengan perubahan Lara. Sukar untuk dia percaya.

"Kalau betul kau yang buat report and hantar aku dekat sini, thank you. But, aku still tak percaya yang kau dah menyesal."

"It's okey. Aku faham. Orang yang jahat macam aku memang tak akan ada orang yang akan percaya. But, please jangan marah atau halau aku. Aku yang bawa kau datang sini, aku bertanggungjawab juga untuk kau. Trust me, aku tak ada niat buruk."

Sumpah! Dia sudah menyesal. Selepas dia mencoroboh masuk ke dalam bilik Adam dan Kayla di Cameron Highlands, hati dia tidak tenang. Setiap hari dia dibelenggu rasa bersalah kerana menyebabkan pasangan itu bergaduh. Tidak tahu kenapa dia rasa begitu, namun rasa mahu meminta maaf begitu mendesak hatinya.

"Mana Adam? Aku nak jumpa suami aku." Tanpa mengambil peduli penyesalan Lara, Kayla cuba untuk bangun namun sekali lagi sakit pada ari-ari menghalang.

Dia terlintas akan sesuatu.

"Lara. Anak aku macam mana?" Emosi mula tidak stabil.

Lara diam menunduk. Payah untuk dia jawab pertanyaan itu.

"Lara, jawab! Anak aku macam mana?!" Tangan Lara digoncang kuat. Hati terdetik sesuatu yang di luar jangkanya.

"Kayla tenang. Aku-"

"Jawab! Anak aku mana?" Kayla menangis tanpa tahu perkara sebenar. Hati kuat mengatakan anaknya sudah tiada.

Lara mengeluh berat.

"Doktor cakap kau pengsan sebab terkejut and pendarahan yang banyak. Anak kau-" Kayla dipandang serba salah. Tangan Kayla digenggam erat.

"I'm sorry. Kalau aku buat report polis tu awal, maybe aku- aku dapat selamatkan anak kau." Dia yang mendengar pengkhabaran doktor juga lemah, inikan pula Kayla yang kandung anak itu.

Sepanjang Kayla tidak sedarkan diri, dia sedang berfikir cara bagaimana ingin sampaikan berita ini agar Kayla tidak terkejut.

Perut diraba perlahan. Kayla ketap bibir. Anaknya tiada disebabkan manusia durjana seperti Haris! Dia tak akan memaafkan lelaki itu!

Tangisan kedengaran. Semakin kuat dan kuat. Lara cemas melihat. Dia bukan pandai menenangkan orang yang sedang menangis. Hendak pula keadaan yang begini.

"Kayla. Aku tak pandai nak tenangkan orang. Tapi, aku boleh pinjamkan bahu aku untuk tenangkan kau." Lembut dia bertutur. Harap Kayla sudi.

"Aku nak jumpa Adam. Aku nak jumpa Adam."

"Buat masa ni kau tak boleh jumpa dia. Dia- dia koma dan keadaan kau juga tak mengizinkan. Aku dah call parents kau orang and dia orang on the way. Sementara tunggu dia orang, izinkan aku tengok-tengokkan kau."

Kayla pegang kepala. Berdenyut. Peristiwa yang berlaku mula menjelma. Semakin kuat kepala berdenyut. Masih terbayang keadaan dan situasi di ruang dapur. Paling menyayat hati adalah apabila depan matanya sendiri Adam ditikam oleh Haris kerana mahu menyelamatkan dia.

Tanpa dapat ditahan, kepala disandarkan pada bahu Lara. Tidak kesah! Dia perlu tempat untuk menangis.

"Salah aku, Lara. Salah aku sebab aku tak jaga kandungan aku. Salah aku Adam kena tikam. Dia nak selamatkan aku."

Terketar-ketar tangan Lara mahu mengusap belakang Kayla supaya tenang. Takut juga bila dekat dengan orang yang sangat membencinya. Orang yang telah banyak dia lakukan kesilapan.

"Kau tak salah, Kayla. Jangan salahkan diri kau. Haris yang gila! Adam selamatkan kau sebab dia sayangkan kau." Sebaik mungkin dia cuba memujuk.

"Kenapa Haris buat aku macam ni? Aku ingatkan dia baik. Aku ingatkan dia sekadar mental. Tapi- dia dah bunuh anak aku!"

Bahu Lara ditolak kasar. Kayla mula meronta-ronta. Semua wayar ditarik kasar sehingga tercabu dari tangan dan mengeluarkan darah. Katil diserabutkan.

"Kenapa aku diuji macam ni?!"

Kecut perut Lara melihat keadaan Kayla yang berubah sekelip mata. Segera butang merah ditekan.

"Kayla, sabar."

"Aku penat, Lara. Aku penat. Lepas satu, satu masalah datang. Aku pun nak hidup bahagia!" Kayla mula turun dari katil. Sakit diabaikan.

"Kayla! Kau sakit lagi. Bahaya, Kayla! Jangan macam ni." Tubuh Kayla dirangkul. Kuat juga wanita itu sehingga menyebabkan dia jatuh ke lantai.

Beberapa minit, doktor dan dua orang jururawat muncul. Kayla dipegang dan diberikan ubat penenang. Kayla diletak kembali di atas katil pesakit.

"Kenapa dengan kawan saya, Doktor?"

"Emosi Puan Kayla tidak terkawal. Setiap ibu yang mengandung dan keguguran akan melalui masalah seperti. Tambahan pula suami tiada disisi. Tapi Cik Lara tak perlu risau. Puan Kayla akan baik-baik saja."

Lara mengucapkan terima kasih sebelum doktor itu berlalu. Tubuh dipeluk sambil memerhati Kayla yang sudah kembali tenang dan tidur itu.

"Aku minta maaf. Semua ni punca dari aku, kan? Aku yang runtuhkan kebahagiaan kau orang. I'm sorry. Dan untuk Haris, aku akan pastikan dia menderita dekat dalam. Hanya cara ini dapat tebus kesalahan aku."

?????

AIR mata mengalir perlahan setibanya dia di dalam wad yang menempatkan Adam. Perlahan, kerusi roda dibawa rapat ke katil suaminya. Tangan itu digenggam erat.

Hatinya luluh melihat keadaan Adam yang kritkal. Pisau yang ditikam oleh Haris pada bahagia belakang suaminya amat dalam. Untung saja tidak terkena jantung. Kalau tidak...

"Hubby. Hunny datang." Tangan itu dikucup syahdu.

Lara tidak dapat menahan dari rasa sebak itu membawa dirinya keluar dari wad. Sekarang baru timbul rasa penyesalan. Tidak sanggup dia melihat pasangan itu menderita.

"Hubby. Ma-maafkan Hunny sebab tak jaga anak kita baik-baik. Hunny mungkir janji. Anak kita-" Bibir diketap kuat. Pilu dihati terkenangkan kandungan yang hampir mencecah tiga bulan itu pergi dalam sekelip mata.

"Anak kita tengah tunggu kita dekat syurga, Hubby." Terhinjut-hinjut bahunya menahan esakan. Dia berharap Adam akan sedar dan merangkulnya ke dalam pelukan.

"Tapi-" tangan itu digenggam. "Hubby tak mungkir janji pun. Hubby dah buktikan yang Hubby jadi hero kepada Hunny dan anak kita. You prove it, sayang. Dan sebab itulah Hubby dekat sini."

Tangan Adam dibawa ke dahi. Air mata dikeluarkan sepuas-puasnya. Dia menangis. Hati dia mungkin sudah robek dengan segala peristiwa ini. Dia kecewa dengan nasib yang menimpa. Ada saja yang akan datang menduga bila dia mahu mengecapi bahagia.

Dulu, penyakit Adam. Dan sekarang anak mereka pula. Tak sempat dia dapat rasa pergerakan dalam rahimnya, anak itu terlebih dahulu menjadi ahli syurga.

Air mata diseka.

"Umi dengan Baba datang. Dia orang pergi solat kejap." Lelaki itu mendengar. Dia yakin.

"Dah empat hari Hubby macam ni. Bila Hubby nak bangun? Hubby cakap Hubby tak akan tinggalkan Hunny, kan? Kenapa tidur lagi?"

Empat hari dia ditahan dari datang melawat suami sendiri kerana emosi yang tidak stabil. Pada itu dia masih meracau dan tidak dapat menerima yang dia keguguran. Kehilangan kandungan pertama memang buat dia hampir hilang semangat untuk hidup. Namun, kata semangat dari Umi dan Baba buat dia bangkit sedikit kuat. Adam masih ada bersamanya.

"Hubby bangun cepat, okey? Hunny nak kongsi semua ni bersama-sama Hubby. Kita harungi berdua. Stay together and loving each other. Itu prinsip kita. Hubby kena strong. Bangun. Don't leave me alone. Jangan buat macam anak kita dah buat. Hunny nak Hubby."

Tubuh kejung itu dipeluk. Dia menangis sendiri disitu.

"Hunny tak sanggup nak hidup macam ni lagi. Please bangun. Hanya Hubby yang dapat tenangkan Hunny. Denyutan jantung Hubby yang mampu buat Hunny tenang setenangnya. Please wake up, sayang. I need you."

Selimut yang melitupi badan Adam sudah basah dek air matanya. Dia menangis semahu-mahunya. Biar lelaki itu dengar dan terus bersemangat untuk bangun dari tidur yang panjang.

"I'll wait you here. Stay by your side and still love you every my single days and every seconds. You have to strong again and you can protect me until forever." Tangan menjalar ke wajah yang masih lebam itu. Bibir lelaki itu pecah-pecah makin melemahkan dia.

Kemudian dia ketawa kecil.

"You still handsome even like this." Lebam sana sini pun masih tampan lelaki itu. Rindu mahu lihat wajah ceria itu lagi.

"I miss you and i love you. Please wake up quickly. Hunny tunggu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience