Peluang Untuk Bahagia 7

Romance Completed 31764

Beberapa bulan kemudian...

MAKANAN yang banyak terhidang dipandang pelik oleh Kayla. Ada beberapa jenis lauk yang disusun dan dihidang. Pada pengetahuannya, rasanya pada malam ini tiada majlis apa-apa yang diadakan dirumah Encik Amir. Tetapi kenapa lauk yang dihidang melebihi orang yang berada di dalam rumah ini? Kebisaannya, mereka akan dihidangkan makanan oleh Mak Temah iaitu orang gaji di dalam rumah ini hanya 3 atau 4 pinggan lauk sahaja. Pada malam ini hampir 8 pinggan mangkuk dihidang dan belum lagi termasuk dengan dessert yang turut dihidang.

Dia bertambah hairan bila nampak kelibat Mak Temah yang seakan kalut berada di dapur. Perlahan langkah diatur menapak masuk ke ruangan dapur. Dahi tetap berkerut.

"Mak Temah, kenapa banyak sangat Mak Temah masak malam ni? Ada apa-apa ke malam ni?"

Mak Temah yang asyik menyusun pinggan hendak dibawa keluar itu agak tersentak dengan sapaan Kayla di belakangnya.

"Kayla ni buat Mak Temah terkejut la. Tak akan Kayla tak tahu."

"Tahu apa? Kayla tak tahu apa-apa pun."

Tangan terhenti dari mengelap pinggan. Anak majikannya itu dipandang dengan wajah ceria. Macam mana pula anak majikan sendiri tak tahu apa yang akan terjadi pada malam ini? Pelik betul.

"Baba dengan Umi kamu tak ada cakap ke? Adam pun?"

Kayla menggeleng. Dia cuba untuk mengingati sesuatu tetapi rasanya tiada apa yang dia tahu apa tujuan makan malam pada malam ini. Seingatnya, Encik Amir, Puan Zarina dan Adam tak ada pula sampaikan sesuatu kepada dia. Mungkin disebabkan kesibukkan dia siapkan projek sejak akhir-akhir ini.

"Adam."

"Kenapa dengan dia?"

"Katanya malam ni dia nak bawa girlfriend sekali dengan family budak perempuan tu makan malam dekat sini. Tak akan la kamu tak tahu. Kayla kan rapat dengan Adam. Pelik la kamu ni."

Tergamam.

Serta merta Kayla membisu dan terkelu. Kenapa dia tidak tahu apa-apa tentang semua ini? Adam akan membawa Lara dan keluarga Lara makan malam di sini? Di rumah Encik Amir? Di rumah yang dia tinggal sekarang? Dan, sejak bila Adam terus terang dengan kedua orang tua angkatnya tentang Lara? Siap bawa keluarga lagi ke sini.

"Err- maybe Kayla sibuk sangat kut, Mak Temah. Sebab tu tak tahu apa-apa." Dia beralasan.

"Hmm, Mak Temah kenal sangat dengan kamu ni. Menyibuk saja memanjang. Kalah Baba kamu yang jawatan sebagai bos tu. Ni baru belajar belum lagi kerja nanti. Agaknya tak lekat dekat rumah kamu ni. Asyik sibuk." Bebel Mak Temah panjang. Langkah dibawa ke luar untuk menyusun pinggan. Lagi setengah jam tetamu hendak tiba.

Dalam diam Kayla mengeluh. Sudah berbulan hubungan Adam dan Lara terjalin. Berbulan juga dia dan Adam bagaikan orang luar. Mereka berdua tidak seperti dulu lagi. Tidak asyik bergurau senda sana sini. Luang masa bersama pun sudah jarang. Janji Adam yang akan sentiasa menemani dia lunch ketika habis waktu kelas sudah dimungkiri. Agaknya lelaki itu juga sudah terlupa dengan janji itu.

Tubuh dipeluk.

"Nampaknya, Adam memang serious dengan Lara."

"Eh, Kayla? Buat apa dekat dapur ni?"

Suara Puan Zarina dari belakang menarik perhatiannya. Senyuman manis cuba digariskan sehabis mungkin. Siapa yang tak kecewa bila orang disukai sudah mula serius dalam hubungan bersama orang lain? Dan dia masih lagi menyimpan perasaan terhadap Adam. Seperti biasa, dia cuba tetapi tetap tidak boleh.

"Saja. Lagipun dari siang tadi Kayla terperap dalam bilik siapkan kerja."

"Itulah. Eh. Malam ni Adam nak bawa family girlfriend dia datang sini tau."

Melihat wajah ceria Puan Zarina makin meremukkan hati Kayla. Jelas sekali dimatanya yang kedua orang tua angkatnya setuju dengan hubungan Adam bersama Lara. Sakitnya!

"Tahu. Mak Temah cakap tadi." Nada suara yang mula sebak dikawal.

"Kayla dah tahu ke yang Adam pernah bawa girlfriend dia datang sini? Lara nama budak perempuan tu. Cantik saja."

Kali ini Kayla tidak dapat tahan dari terkejut. Adam pernah bawa Lara berjumpa dengan Puan Zarina? Bila? Macam mana? Kenapa dia tak tahu? Argh! Adam sekarang tidak lagi berkongsi cerita dengan dia.

"Bila, Umi? Ke-kenapa Kayla tak tahu?" Pelik. Sedangkan dia selalu berada di dalam banglo ini.

Puan Zarina diam seketika. "Ermm- dalam minggu lepas kalau tak silap Umi. Time tu Kayla keluar dengan Hanan rasanya. Umi pun terkejut masa dia bawa Lara datang ke sini. Ingatkan siapa lah. Cuma satu saja Umi terkilan dengan Adam."

"Apa dia, Umi?"

"Budak Lara tu tak bertudung." Balas Puan Zarina berbaur kecewa. Memang dia kecewa tetapi kalau itu yang dipilih Adam, dia terima saja. Lagipula, lama-lama tentu Adam dapat pujuk Lara untuk menutup aurat dengan sempurna.

Niat Kayla mahu membalas kata-kata Puan Zarina terbantut apabila wanita itu kembali bersuara.

"Tapi tak apa. Suatu hari nanti semua tu boleh diubah kan, Kayla?"

Teragak-agak Kayla mahu mengangguk. Tidak dia sangka pemikiran Puan Zarina begitu terbuka. Diterima saja Lara yang aurat terdedah sana sini. Dia ingatkan, wanita itu akan menolak keras-kerasa. Ada benarnya semua itu. Mungkin suatu hari nanti Lara akan berubah untuk menutup aurat dan dia tidak boleh menghukum orang sesuka hati.

"Puan. Tetamu dah sampai." Datang Mak Temah kelam kabut. Itu memang perangai Mak Temah. Selalu saja kelam kabut biarpun tiada apa yang berlaku.

"Dah, jom." Dengan gembira sekali Puan Zarina mengajak Kayla keluar untuk menyambut ahli keluarga Lara dan Lara yang telah sampai di rumah mereka.

Kayla hanya mengangguk dan menyuruh wanita itu keluar terlebih dahulu. Kalau dia tahu malam ini keluarga Lara dan Lara akan datang makan malam di sini, dia lebih rela menumpang rumah Hanan buat malam ini saja. Air mata gugur setitik.

"Kenapa aku kena hadap semua benda ni?"

------------

SEUSAI saja makanan yang di dalam pinggan habis licin dijamah, Kayla terus saja meminta diri untuk nak ke atas untuk menyiapkan kerja yang tergendala walhal semuanya sudah siap dari petang lagi. Dia tidak sanggup dan tidak tahan bila ahli keluarga Lara dan kedua ibubapa angkatnya mula bercakap perihal hubungan Lara bersama Adam. Sepanjang berada di ruangan makan itu pun dia lebih banyak mendiamkan diri dan hanya tumpu kepada makanan saja. Hendak menyampuk dia tidak tahu apa yang hendak dijampuknya.

Dia merangkak naik ke atas katil. Segera tubuh disandar pada kepala katil sambil berpeluk tubuh. Mata memandang ke hadapan dengan fikiran melayang apa yang telah dia dengar perbualan antara orang tua Lara dan orang tua Adam. Rasa sedih dan sakit makin menghimpit dadanya.

"Lara dah lama kenal dengan Adam?" Soal Encik Amir memecahkan kesunyian di meja makan. Memandangkan dia belum lagi mengenali Lara, banyak benda yang dia hendak tahu daripada gadis itu. Ingin tahu apa yang menarik pada gadis bernama Lara itu sehingga dapat menarik perhatian anak lelakinya, Adam.

Lara yang sudah disoal itu senyum tersipu-sipu malu. Rambut yang jatuh di dahi segera diselit ke belakang telinga.

"Lama tak lama juga, Uncle. Lebih kurang dalam tiga bulan macam tu."

"Tiga bulan?"

Semua yang ada di meja terus memandang Encik Amir yang menyoal terkejut itu. Riak wajah lelaki itu jelas terkejut. Kemudian, dengan cepat Encik Amir berdehem dengan kembali menukar riak wajah biasa. Dia sedikit terkejut dengan jawapan dari Lara.

Baru saja tiga bulan berkawan tetapi siap bawa orang tua lagi ke rumahnya. Biar betul? Tiga bulan itu bukan tempoh yang lama. Sekejap saja. Padanya, tiga bulan tempoh yang sangat singkat untuk perkenalan antara Adam dan Lara. Masih peringkat awal lagi jika hendak dikenalkan orang tua masing-masing.

"Sorry. But, bagi Uncle itu tempoh perkenalan yang sangat singkat. Uncle ingatkan dah hampir setahun or lebih dari tu. So, Adam baru kenal dengan Lara la ni?" Kini anak lelakinya yang asyik memandang Lara pula disoal. Mahu saja dicucuk mata itu menggunakan garfu ditangan. Boleh pula tenung anak dara orang macam nak telan. Buat tambah dosa pula.

"Adam, Baba tanya tu." Tegur Puan Zarina bila perasan Adam tidak membalas pertanyaan suaminya itu. Kepala digelengkan.

"Ya? Apa? Baba tanya apa?" Malu pula Adam bila semua mata memandang dia.

Encik Amir mengeluh. "Baba tanya, Adam dengan Lara ni baru kenal la ya? Lara cakap kau orang berkawan dalam tiga bulan macam tu. Jadi, baru kenal la kan?" Hati tuaya sukar untuk menerima kerana masih terlalu awal.

Perlahan-lahan Adam mengangguk.

"Ala, Encik Amir. Biasa la budak-budak, kan. Bagi dia orang tu, tiga bulan tu dah lama." Dengan selamba dan senang hati Datin Mariam menyeloroh perbualan antara anak dan ayah itu. "Yang penting, dia orang tak sorokkan benda macam ni belakang kita."

Senang hati Lara bila Datin Mariam, mummy nya mula menyampuk. Rasa sedikit lega bila Datin Karian berkata begitu. Dia tahu, dari riak wajah Encik Amir, lelaki itu seakan-akan agar kurang setuju dengan jawapan dia sebentar tadi. Tapi betul apa yang dijawab. Memang hubungan dia dan Adam sudah 3 bulan dan bagi dia tak salah. Lagipula, Adam yang beria nak bawa dia dan orang tuanya berjumpa dengan Encik Amir.

Manakala Encik Amir pula tersenyum kecil seraya mengangguk. Malas mahu membahas tentang Adam dan Lara. Kalau itu yang orang tua Lara rasa terbaik, dia tidak boleh berkata apa.

"Makan la."

Mereka semua menyambung makan kembali.

"Oh, by the way." Datin Mariam kembali bersuara. Semua mata tumpu ke arahnya. "Bila kita nak discuss about this two kids? About their relationship."

"Maksud Datin?" Puan Zarina bertanya tidak mengerti. Semakin hairan dia bila wanita lebih kurang baya dengannya ketawa.

"Yah about their relationship. Nak bincang pasal kahwin tu masih terlalu awal. So why not if we talk and discuss about- kita ikat dia orang berdua dengan pertunangan. Okey, kan?"

Encik Amir sudah melopong begitu juga dengan Puan Zarina. Tidak menyangka orang tua Lara boleh berfikir ke tahap situ pula. Kayla pula sudah hampir tercekik sayur yang baru hendak ditelan. Sungguh tidak percaya dengan cadangan dari Datin Mariam.

Encik Amir dan Puan Zarina saling berpandangan sebelum mengalih pandang ke arah Datin Mariam. Dato' Hilman tidak dapat bersama dengan mereka pada malam ini kerana ada dinner bersama-sama rakan business yang lain. Mungkin disebabkan itu Datin Mariam ikut sedap saja mengutarakan cadangan.

Datin Mariam tersenyum penuh makna. "Boleh kan? Okey tak cadangan I? Iya, orang tua-tua dulu kata benda baik elok dipercepatkan." Bukan main bersungguh lagi dia berkata.

Kayla menelan liur. Wajah kelat Encik Amir dan Puan Zarina membuatkan dirinya faham bahawa orang tua angkatnya itu tidak setuju dengan apa yang dicadangkan Datin Mariam. Berlainan pula dengan wajah Adam. Tak usah dicakap, wajah Adam dan Lara lebih kurang sama saja. Senyum sampai ke telinga. Dia pula yang tidak dapat menahan hati.

"Err- apa kata kalau kita habiskan sesi makan malam ni dulu. And then baru kita bincang tentang cadangan tu ya? Makan dulu."

Risau Encik Amir kalau-kalau Datin Mariam itu melebih-lebih pula. Baru sekali datang ke sini dan baru saja 3 bulan Adam dan Lara bercinta, ada hati pula nak suruh bertunang. Lepas tu bertunang sekejap putus sebab masing-masing belum kenal hati budi betul-betul. Ingat itu semua perkara main-main?

Dan sekarang, Kayla tidak tahu apa yang telah dibualkan oleh 5 orang itu dibawah. Disebabkan tidak ingin tahu dan sebolehnya dia tidak mahu perkara yang tidak diingini itu didengar dengan telinganya sendiri. Hatinya belum cukup kuat.

"Adam. Kalau Lara tu terbaik buat kau, aku terima dengan rela hati. Aku sanggup undur diri. Tapi, kalau dia bukan terbaik untuk kau, aku setia bersama kau untuk dengar segala rintihan kau. Aku akan selalu disisi kau sebagai seorang sahabat bila kau perlukan aku. Aku tak janji aku akan boleh singkirkan perasaan cinta pada kau. Tapi aku janji aku akan selalu ada dengan kau bila kau perlu. Sebab- kau lagi penting dari perasaan aku. Persahabatan kita lagi penting, Adam."

Kayla berharap, dengan segala pengorbanan perasaan ini dapat mengekalkan tali persahabatan antara dia dan Adam. Dia tidak mahu kehilangan satu-satunya sahabat yang membesar dengan dia sehingga sekarang. Tidak mahu. Kerana itu dia sanggup ketepikan rasa hatinya sendiri.

"Aku juga harap, kau tak akan hancurkan persahabatan kita walau apa pun yang jadi. Aku harap kau akan selalu ada dengan aku macam mana aku sedia dan setia untuk ada selalu dengan kau."

---------

"PAPA tak setuju dengan semua ni, Adam. Kenapa cepat sangat? Adam dengan Lara study pun belum habis lagi. Tahun ni last sem kan? Tak akan tak boleh tunggu lagi dua atau tiga tahun. Paling kurang bertahan sampai next year. Tak akan itu pun tak boleh?" Mendidih darah Encik Amir bila Datin Mariam tetap berkeras mahu mengikat Adam dan Lara dengan pertunangan.

Dia tidak setuju kerana baginya semua itu terlalu awal walaupun hanya pertunangan. Walaupun hanya pertunangan, semua itu penting baginya. 3 bulan adalah masa yang singkat dan dia yakin Adam dan Lara belum lagi mengenali antara satu sama lain dengan mendalam lagi. Apa sangatlah masa 3 bulan itu. Lain la kalau mereka berdua sudah lama berkawan dan bercinta baru 3 bulan. Itu lain. Dalam situasi sekarang lain. Adam dan Lara baru berkenalan dan terus bercinta dalam masa 3 bulan saja. Gelojoh tak menyempat budak zaman sekarang. Lepas tu salahkan orang tua kalau jadi apa-apa. Dia tidak mahu perkara itu terjadi pada anak-anaknya.

Adam bangun berdiri dari sofa. Encik Amir yang berdiri sambil tangan dimasukkan ke dalam poket dipandang.

"Baba. Kita orang just nak bertunang, bukan nak kahwin."

"Bertunang atau kahwin itu perkara yang hampir sama Adam. Benda yang bukan boleh buat main-main."

"Adam tak main-main, Baba." Adam tetap berkeras. Dia bukan hendak buat perkara tidak elok. Hanya mahu bertunang.

Encik Amir menggeleng. Adam memang keras kepala! Susah hendak dibawa berbincang. Baru 3 bulan kenal ada hati nak bertunang. Lepas tu, putus tunang diri sendiri juga yang merana.

"Cakap tu pakai otak sikit, Adam. Sekarang ni Adam tu apa-apa kerja pun tak ada. Habiskan belajar dulu. Baba tak suka bertunang lama-lama. Tak elok. Kalau bertunang sekarang, berapa lama nak bertahan? Nak tunggu Adam ada semuanya ambil masa bertahun-tahun baru boleh kahwin. Fikir dulu semua tu. Tak lari gunung dikejar. Itu pun kalau dia betul-betul nak kan Adam."

Hujung ayat yang keluar dari mulut Encik Amir menyentakkan Adam. Mencerlung dia memandang belakang lelaki tua yang dia hormati. Agak sedikit terkilan dan terasa dengan ayat itu. Baba nya seakan tidak menerima Lara di dalam hidupnya.

"Cara Baba bercakap macam Baba tak suka kan Lara."

Encik Amir ketawa kecil. Dia berpusing memandang Adam. Semakin besar, semakin berani melawan. Jauh dengan sikap Kayla yang tidak membantah apa saja yang keluar dari mulutnya.

"Ada Baba cakap macam tu?"

"Adam dapat rasa."

"Itu Adam yang rasa but not me. Baba tak cakap yang Baba tak suka dia. And, Baba juga tak cakap yang Baba terima dia. Baba belum buat apa-apa kata putus lagi. Sebab- Baba nak Adam dengan Lara tu kenal dengan lebih lama lagi."

"Lebih lama tu berapa lama, Baba? Adam nak bertunang dengan cepat." Adam tidak habis-habis mendesak. Risau kalau kekasih hati disambar orang. Sekurang-kurangnya bila sudah diikat dengan tali pertunangan, dia agak berasa sedikit lega.

"After you have everything." Ringkas namun padat. Encik Amir malas membahas panjang, cukup dengan sebaris ayat itu dia harap Adam faham maksud tersirat.

"Baba bukan apa, Baba tak nak bertunang bukan main lama. And last putus tengah jalan. You know what i means, right? Adam sendiri boleh fikir semua tu. Bertunang bukan cara tepat untuk kekalkan hubungan. Lagikan orang berkahwin lama boleh bercerai berai. Inikan pula hanya bertunang. Baba cuma tak nak Adam menyesal suatu hari nanti. Kenal dulu Lara tu elok-elok. Kenal hati budi dia macam mana. Kenal perangai dan sikap dia macam mana. Biar kenal sampai puas hati. Sampai Adam rasa Adam dah mampu untuk galas semua tanggungjawab."

Sebelum beredar dari ruang tamu, sempat bahu kanan anak lelaki sulungnya itu ditepuk-tepuk perlahan. Dia akan memberi ruang untuk Adam hadam apa yang dia katakan sebentar tadi. Dia sejenis orang yang tidak suka membuat keputusan terburu-buru.

Adam terdiam sebelum mengeluh dan berpeluk tubuh. Dia faham semua yang dikatakan Encik Amir. Tetapi dalam masa yang sama dia risau kalau Lara akan diambil orang lain. Dia juga risau kalau lama-lama gadis itu akan berubah hati.

"Tak lari gunung dikejar. Itu pun kalau dia betul-betul nak kan Adam."

Kata-kata itu terngiang.

Betul. Kalau Lara mahukan dia, pasti gadis itu akan setia dengannya sehingga dia ada segalanya. Dan dia yakin, Lara akan menunggunya kerana dia tahu Lara cintakan dia sepenuh hati.

"Sabar, Adam. Tak lari gunung dikejar. Lara cintakan kau. Dia tak akan tinggalkan kau. Percaya pada dia, Adam."

---------

BUKU-BUKU perundangan yang disusun rapi oleh pihak perpustakaan dipandang sebelum salah satu buku dari situ diambil dan dibelek-belek. Satu persatu apa yang tertulis di dalam buku itu dibaca dengan penuh tekun sebelum dibawa ke meja tempat di mana dia duduk sebentar tadi. Buku nota dibuka dan sebatang pen dicapai untuk mencatat apa yang telah dia dapat daripada buku tersebut. Kusyuk dia membaca dan memahami isi tersebut. Nota ringkas dibuat.

"Ehem."

Suara berdehem menganggu konsentrasi bacaanya pada buku. Dan segera kepala didongakkan. Wajah dia berubah serta merta bila terpandang gerangan yang berdehem itu. Gerangan itu sedang berdiri disebelah mejanya dengan segaris senyuman manis. Senyuman itu tetap dibalas.

"Boleh saya duduk?" Gerangan itu meminta dengan riak wajah bersahaja.

Kayla hanya mengangguk perlahan. Siapa dia hendak menghalang? Kerusi ini pihak universiti yang punya.

Terus gerangan itu menarik kerusi berhadapan dengan Kayla. Senyuman masih terukir. Senang hati bila gadis dihadapan tidak menghalang untuk dia duduk disitu. Diperhati saja Kayla yang asyik membaca dan membuat catatan pada buku.

"Seorang saja ke? Bukan ke Kayla selalu dengan Adam?"

Pertanyaan membuatkan Kayla berhenti dari menulis. Wajah Haris dihadapan dipandang sekilas sebelum dia kembali menulis.

"Lately ni masing-masing busy, Haris. Saya jumpa dengan dia pun dekat rumah saja." Dibalas saja pertanyaan itu.

Haris terangguk-angguk. Segera buku yang dibawanya bersama tadi dicapai dan dibuka. Halaman pertama dibaca tetapi lama kelamaan tumpuannya beralih pada wajah Kayla dihadapan. Senyuman terukir kembali. Fokus gadis itu pada pelajaran menarik minatnya untuk terus memerhati Kayla. Dia tahu Kayla tidak sedar memandangkan wajahnya ditutup separuh dengan buku. Mungkin Kayla akan fikir yang dia sedang membaca sekarang.

Beberapa minit kemudian, Kayla bangun dari kerusi untuk meletak kembali buku yang diambli sebentar tadi. Masa untuk dia beredar dari situ kerana sudah hampir 2 jam dia berada di dalam perpustakaan ini.

"Eh. Nak pergi mana?" Haris yang yang terkejut bila dengan tiba-tiba Kayla bangun.

Kayla mengerutkan dahi. Sudah kenapa dengan mamat dihadapannya itu?

"Nak letak buku." Buku ditangan ditayang. Kemudian dia segera berlalu pergi meletakkan buku pada rak yang sepatutnya. Kembali saja dia dimeja itu, barang-barang dikemas pula.

"Dah nak balik ke?"

"Ha'ah. Dah lama saya dekat sini. Awak?" Kayla bertanya kembali.

"Apa kata sebelum awak balik, saya belanja minum dulu nak?"

Kayla terus terdiam. Dia sedikit hairan dengan tingkah Haris pada hari ini. Memang sebelum ini agak kerap bertembung dengan lelaki itu hendak pula di dalam perpustakaan ini. Tetapi mereka hanya saling tegur-tegur biasa dan membalas senyuman saja. Pada hari ini, lelaki itu siap duduk semeja dengannya dan kini memberi cadangan untuk belanja dia makan pula?

"Kayla?" Haris memetik jari dihadapan wajah Kayla.

"Ha?"

"Boleh tak saya belanja awak minum? Lagipun sekarang baru pukul 3. Ke, awak takut Adam marah?"

Mendengar nama Adam disebut Kayla laju menggeleng. Buat apa lelaki itu hendak marah? Dia bukan sesiapa pada Adam dan hanya seorang kawan baik. Adam juga sudah mempunyai kekasih hati.

"Okey. Tapi awak belanja."

Haris ketawa senang bila Kayla cuba mengingatinya.

"Ya la, saya belanja tapi awak bayar."

"Eh? Mana ada macam tu la." Kayla turut ketawa kecil. Tidak perasan dengan perubahan dirinya sendiri yang sudah mula mesra dengan Haris.

"Okey, jom." Lantas Haris mengemas barangnya dan beg galas dipikul dengan sebelah kanan saja. Kemudian dia berjalan dahulu sebelum Kayla. Kayla hanya mengikutnya dari belakang.

Tangan digenggam erat. Mata bergegar melihat kemesraan yang tiba-tiba muncul dari Kayla ketika berbual dengan Haris. Gigi diketap kuat.

"Aku dah pesan dekat kau, Kayla. Kau jangan rapat dengan dia. Kenapa kau tak dengar?" Adam tumbuk dinding.

Baru saja sebentar tadi dia mahu mendekati Kayla yang asyik membaca dan menulis. Tetapi saat melihat langkah Haris yang terlebih dahulu mendekati meja Kayla, dia mematikan langkah dan hanya memerhati. Selama mana Haris berada dimeja Kayla, selama itu juga di memerhati. Pandangan Haris kepada Kayla dapat dia lihat dengan jelas. Sepanjang Kayla sedang menunduk menulis, Haris memerhati saja gadis itu. Hatinya mendidih panas.

"Siap kau, Haris. Kawan baik aku pun kau nak rampas dari aku?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience