Peluang Untuk Bahagia 50

Romance Completed 31764

NAMA panggilan yang tertera di dada skrin iPhone mengeluhkan Adam. Sukar sekali untuk dia menjawab panggilan itu. Panggilan dari Doktor Zaharil. Dia bukan tidak mahu merawat dirinya. Tetapi rasa takut untuk hadapi semua itu lagi kuat dari mahu merawat diri sendiri. Dia tidak dengan sebarang kemungkinan yang tidak dijangka.

Kini, Kayla sudah tahu penyakitnya yang sebenar. Dari A hingga Z sudah dia ceritakan kepada isterinya itu. Menangis tidak henti isterinya sewaktu dia mencerita perkara sebenar. Puas dipujuk tapi akhir sekali dia juga disalahkan. Kayla salahkan dia kerana lama sangat berahsia tentang penyakitnya.

Dia bukan mahu berahsia, tetapi lebih kepada menjaga hati semua orang. Tahu, jika ahli keluarga lain yang tahu tentu mereka semua akan bersusah hati.

Dulu, sakit kepalanya sudah lama berhenti walaupun penyakit itu masih ada. Sebaik saja masalah dia dan Lara muncul dulu, sakit kepala datang semula. Hari-hari dia terfikir bagaimana cara untuk mencari Lara agar meneruskan perkahwinan mereka dulu. Hari-hari juga menanggung sakit kepala.

Bermula dari situ sakitnya mula berlarutan. Ditambah lagi dengan masalah dia dan Kayla, fitnah Lara kepada Kayla dan semua kesalahan dia pada Kayla buat kesakitan semakin melarat. Disebabkan itu penyakitnya semakin terus. Dia terlampau banyak berfikir. Ini pula ditambah dengan masalah baru.

Haris.

Sejak dia mula tinggal bersama Kayla semula, dia tahu yang Haris ada mengunjung ke rumah Kayla sewaktu ketiadaannya. Mungkin juga Haris yang tahu dia tinggal disitu. Haris masih lagi belum berputus asa.

Deringan iPhone kali kedua mematikan lamunannya. Agak lama skrin iPhone dipandang sebelum perlahan-lahan ibu jari bergerak menyentuh butang hijau.

"Assalamualaikum, Adam." Terus suara Doktor Zaharil menyapa.

"Waalaikumussalam."

"Kenapa Uncle call banyak kali Adam tak jawab? Adam dekat mana sekarang ni?"

"Terengganu."

Lama untuk dia menjawab pertanyaan itu. Doktor Zaharil langsung tidak tahu yang dia sudah pun berpindah ke sini. Dia juga tidak memaklumkan kepada Doktor Zaharil. Lebih sudah sebulan dia berada di sana dan dia sudah terlepas dua kali appointment bersama Doktor Zaharil.

"Terengganu? Adam kenapa tak datang jumpa Uncle? Adam tahu tak dah dua kali Adam tak datang. Hari tu sekali saja Adam datang check penyakit Adam tu. Uncle risau."

Nafas dihela kuat.

"Sorry, Uncle. Adam lupa nak inform yang Baba dah transfer Adam dekat sini. Stay sini untuk handle syarikat dekat sini. Sebab itu juga Adam tak pergi appointment."

"Ya Allah. Kenapa Adam tak bagitahu? Uncle bukan nak cakap apa but Adam tahu kan hasil dari pemeriksaan hari tu macam mana? Kepala Adam makin teruk. You have to tell your parents as soon as possible. Especially, your wife. Dia kena tahu. Adam kena operate dengan secepat mungkin. You're very lucky actually sebab selama enam tahun darah yang beku tak merebak ke bahagian kepala yang lain. Tapi Adam, itu tak bermakna Adam boleh duduk senang lenang. Benda tu semakin merebak dan Adam sendiri dah tengok result hari tu macam mana. Please listen to me. It's dangerous."

Terdiam Adam mendengar penjelasan itu. Dia tahu semua itu. Dia juga faham Doktor Zaharil nak sangat dia sembuh.

"I'm sorry, Uncle. Adam bukan buat tak endah tapi Adam takut untuk hadap semua tu. Macam Uncle cakap. Kalau Adam teruskan operation tu nyawa Adam just fifty fifty. Adam belum bersedia nak hadapi semua tu, Uncle. And, my wife dah tahu. Cuma Baba dengan Umi je belum tahu. Nanti Adam akan bagitahu."

Terdengar Doktor Zaharil seperti mengeluh lega sedikit.

"I'm glad to hear that. At least ada family members yang tahu. But please as soon as possible. Uncle nak kamu sihat macam orang lain, Adam. Uncle dah anggap Adam macam anak Uncle sendiri. Uncle yang rawat kamu dari dulu, so tanggungjawab Uncle adalah untuk make sure Adam ikut semua procedures. And please buat masa sekarang jangan stress sangat. It's more dangerous. Risiko untuk bahagian otak sangat tinggi. Boleh?"

Doktor Zaharil menyambung lagi.

"Adam stay KT? It's okey. I will handle. Dekat mana Adam stay, I'll be there. Yang penting Adam kena ikut apa yang Uncle cakap. Datang appointment on time. Appointment sekejap saja Adam. Sudahlah hanya sekali sebulan. Datang la ya?"

"Insha Allah, Uncle. Thanks sebab berusaha untuk tolong Adam."

"Uncle dah berusaha sebaik mungkin untuk selamatkan Adam. Now, semua terletak pada Adam. Adam ada Baba dengan Umi, you have your brother and the important is you have your lovely wife. Keep strong and don't give up. Kalau Adam tak fikirkan about yourself, fikirkan orang yang Adam sayang. Uncle letak dulu."

Panggilan ditamatkan. Pandangan dibuang ke laut yang terbentang luas. Bila pandang ke situ, hilang semua rasa gelisah dan segala masalahnya.

"Adam. Nah."

Suara Kayla membuat dia tertoleh ke kanan. Terus saja senyuman terukir.

"Lama-lama pergi sebab beli ais krim je?" Aiskrim ditangan isterinya itu dicapai dan dia membantu Kayla untuk duduk disebelahnya.

"Orang ramailah. Weekend, kan."

Mereka berdua senyap dan sama-sama menikmati aiskrim dikala waktu petang yang damai ini.

"Awak cakap dengan siapa tadi?"

Sewaktu sedang membeli, dia sempat mengintai Adam yang berbual ditelefon. Wajah lelaki itu dia tidak nampak kerana duduk membelakanginya. Tapi apa yang dia tahu, perbualan itu seperti serius saja.

Kayla dipandang.

"Uncle Ril."

"Uncle Ril? Kawan lama Baba yang doktor tu ke?"

"Yup."

"Dia rawat awak ke?" Suara Kayla berubah kendur. Setiap kali bercakap tentang topik itu, pasti dia menjadi sebak. Masih teringiang-ngiang lagi cerita Adam kepadanya.

Tak sangka. Adam yang nampak sentiasa gembira, gagah dan tangkas dalam buat kerja sebenarnya ada sesuatu yang berat sedang ditanggung. Kesal kerana dia tidak pernah mengambil tahu tentang kesihatan lelaki itu. Kerana dia nampak Adam sihat-sihat saja. Terkejut bukan kepalang bila dia dapat tahu sudah lama Adam menanggung semua itu.

Adam sekadar mengangguk. Malas dia mahu bercerita tentang ini. Tidak mahu Kayla bersedih lagi.

"Kayla."

"Hmm?"

Jarak diantara mereka didekatkan.

"Eh! Kenapa dekat-dekat ni?" Mulalah Kayla menggelabah. Tolonglah! Hatinya tidak kuat bila duduk terlalu rapat begini.

Lagi gelabah bila terasa tangan sasa Adam mula melingkar dibelakangnya. Dekat sangat ni!

Dahi Adam berkerut.

"Kenapa pula?"

Terkebil-kebil mata Kayla. Cuba fikir jawapan bernas. Tak akan la nak cakap yang dia gelabah bila lelaki itu duduk dekat-dekat dengan dia. No way!

Buat malu je nanti.

Adam masih menanti.

"Sebab- sebab- sebab tak boleh la."

Terletus ketawa kecil dari Adam mendengar jawapan Kayla. Ada sajalah sikap aneh dari Kayla. Namun dia tidak ambil pusing. Tetap saja makin dekat dengan Kayla. Tak salah pun.

"Berdebar eh?" Sudah mula mood menyakat dari dia. Sengaja mata dikecilkan memandang isterinya itu.

Lucu. Berubah 360 darjah wajah isterinya itu. Nampak sangat cuak!

Ingin terus menyakat, sengaja tangan diletak dipinggang kanan Kayla dan ditarik perlahan ke arah tubuhnya. Dapat dia rasa Kayla mula mengeras seperti patung.

Terus dia ketawa sakan.

Kayla pandang tidak puas hati. Ceyh! Tak habis-habis nak sakat dan usik dia. Jantung dia ni bila-bila masa saja boleh melompat keluar!

"Kenapa gelak?"

"Kenapa muka cuak semacam ni?"

Soalan dibalas soalan. Adam kembali ketawa.

Kayla tidak membalas. Segan sebenarnya bila tangan Adam elok melingkar dipinggangnya. Namun dia...selesa.

"Tak ada lah."

"Lagi nak mengelak eh? Tak payah cuak sangat. Dekat rumah bukan ke Kayla yang asyik peluk Adam? Nak malu-malu pula."

Wajah Kayla membahang. Terkena dibatang hidung sendiri! Iya ke dia yang asyik peluk Adam?

Tak ada la!

Masa tidur saja. Sebab hanya dengan cara itu buat dia tidur lena. Selepas tahu tentang keadaan Adam, sukar sekali untuk dia lelapkan mata. Fikiran asyik ke arah situ saja. Dia tak senang hati kebelakangan ini. Risau.

"Tapi, kenapa dulu sebelum kita kahwin tak ada pun muka cuak macam? Garang tu adalah. Pantang betul orang pegang sikit terus buka silat. Sekarang, sentuh sikit je terus kecut perut tak pun jadi macam siput. Belum sentuh betul-betul." Tidak puas lagi Adam menyakat.

Ya Allah! Dia suka tengok muka cuak Kayla!

"Adam dah la. Ish!" Sudah tidak tertahan rasa malu. Kayla toleh kepala ke kanan.

"Oh! Okey. Nasib baik ingat. Hampir lupa dah apa yang nak cakap. Pandang sini la."

Kayla kalah lagi. Ditoleh kepala untuk dengar arahan Adam.

"Start from today tak nak lagi ber'awak' saya. Boleh?"

"Hmm? Habis tu panggil apa? Aku kau?"

Adam pandang Kayla tidak puas hati. Hidung sengaja dikembang kempis. Ada pula guna panggilan 'aku kau'. Mereka sekarang dah jadi suami isteri yang betul. Bukan olok-olok. Mana boleh kasar-kasar.

"Apa pula macam tu?"

"Then?"

"Okey macam ni. Birthday Adam bila?"

"Satu august."

"Birthday Kayla pula dua puluh enam oktober. So, siapa lagi tua?"

"Of course lah awak. Tak akan saya pula. Saya muda okey." Siap dengan gaya tangan sekali Kayla balas.

Adam mencebik. Pantang betul! Suka sangat puji diri sendiri.

"Lepas tu? What should you call me? Bila orang tua daripada kita and lelaki, kena panggil apa?" Soal dia sambil mata tidak lepas memandang wajah Kayla.

"Pak cik." Kayla bantai gelak. Banyak tanya, itulah jawabnya.

Adam ketap gigi. Sakit pula hati ada isteri perangai sama seperti diri dia.

"Gigit bibir tu nanti baru tahu. Jawab betul-betul."

Kayla terus kemam bibir. Ada je akal Adam mahu menyakat dia. Penatlah macam ni!

"Kena panggil abang."

Jawapan Kayla buat Adam tersenyum lebar.

"So?"

"Saya kena panggil awak abang."

"Wah! Isteri siapa bijak ni?"

"Isteri orang."

Kali ini Adam benar-benar terhibur dengan Kayla. Makin hari makin menjadi perangai Kayla yang seperti dulu. Tak apa. Itulah yang dia mahukan.

?????

KAYLA pegang erat tangan Adam bila mereka berdua sudah sampai di perkarangan banglo milik Encik Amir. Tujuan mereka pulang ke sini kerana Adam sudah buat keputusan yang lelaki itu akan memberitahu kepada Encik Amir dan Puan Zarina tentang penyakit itu.

"Are you ready?"

Adam pandang Kayla. Nafas dihela terasa memberat. Ikutkan hati dia masih belum sedia. Tapi sampai bila dia ingin menyembunyikan perkara itu? Akhir nanti tentu kedua orang tuanya tahu juga.

"Not really. Takut Baba dengan Umi terkejut nanti apa jadi? Risaulah."

Makin erat pegangan Kayla.

"Insha Allah, tak jadi apa-apa. Terkejut tu memang terkejut. Kita sama-sama doa supaya Baba dengan Umi tak terkejut sangat, ya?"

Mata Kayla direnung dalam. Adam bersyukur kerana hati Kayla sudah terbuka untuk menerimanya semula. Namun, perasaan dia kini diganti dengan ketakutan. Takut apa-apa jadi pada dirinya nanti. Bagaimana dengan Kayla?

Pilu mencengkam dada setiap kali dia fikir semua itu. Dia tidak mahu Kayla menderita lagi disebabkan dia. Cukuplah selama ini Kayla menderita disebabkan dia. Dia mahu Kayla bahagia. Bersama dia.

"Thanks." Ucapnya setelah lama merenung Kayla.

"Thanks for what?"

"Still accept me in yourlife and still accept me as your husband."

Sengaja Kayla mengerutkan dahi. Buat-buat tidak faham mahu mengenakan Adam.

"Siapa cakap saya masih terima awak? Jangan perasan! Saya terpaksa tahu tak? Eleh!"

"Aduh!"

Tiba-tiba Adam membongkok badannya. Tangan mencengkam dada. Wajah dikerutkan sekuat yang boleh.

Kayla yang padanya mahu bergurau itu mula gelabah.

"Adam, kenapa ni?" Bahu lelaki itu dipegang.

Adam bersandar pada kusyen kereta.

"Sakit." Wajah diperitkan.

"Sakit dekat mana? Dekat mana? Adam cakaplah cepat. Jangan buat saya takut." Gelabah. Dia nampak lelaki itu mencengkam dada. Tapi tak tahu kenapa.

"Dekat sini."

"Mana, mana?"

Tangan Kayla dipegang dan dibawa ke dadanya. Adam berhenti mengaduh.

"Sakit dekat sini sebab sentap dengan ayat tadi."

"Ish!" Disebabkan geram, terus Kayla memukul-mukul tubuh Adam. Manakala lelaki itu ketawa besar.

"Jahat! Benci tahu tak?! Ish!"

"Aduh! Eh, stop. Kali ni betul-betul sakit." Tangkas Adam menangkap tangan isterinya itu. Dadanya diusap.

"Garang betul. Bukan setakat garang, ni dah tahap ganas. Eii tacod!"

Hilang wajah amarah Kayla digantikan dengan ketawa. Lucu bila Adam menyebut perkataan 'tacod' itu.

"Awak buat lagi siap lah."

"Tacod!"

"Dah la! Jom masuk dalam rumah." Malas layan lawak Adam, lebih baik dia keluar dari kereta.

?????

USAI makan tengah hari, Adam menyuruh orang tua dan adik bongsu berkumpul di ruang tamu. Belum apa-apa lagi jantungnya sudah laju berdegup. Berdebar untuk membuka rahsia yang selama ini disimpan kemas. 6 tahun dia menyimpan rahsia itu, tanggung sakit sendiri dan kini tiba masa untuk dia sebarkan kepada ahli keluarnya.

"Ada apa suruh kami berkumpul bagai ni, Adam? Penting sangat ke?" Tersenyum-senyum Puan Zarina sambil menyoal.

Mana tidak dia tersenyum. Hati tua dia ini terlalu lega bila melihat Adam dan Kayla pulang ke rumah dalam keadaan berdua. Yang paling buat dia gembira, hubungan Adam dan Kayla sudah pulih malah lebih baik lagi berbanding dulu. Sungguh dia bersyukur. Inilah yang dia mahu.

Kayla perhati suaminya. Adam kelihatan sedikit gelisah. Mungkin masih tidak berani untuk membuka rahsia itu.

Adam ukir senyuman plastik. Diluar tersenyum, di dalam hanya Allah yang tahu. Jantung dia bagai hendak pecah mungkin, kerana berdegup dengan laju dari biasa.

Apakah reaksi yang bakal diterima sebaik saja dia memberitahu kepada kedua orang tua dan adiknya itu?

Sudah tentulah terkejut.

Tapi yang paling dia bimbang adalah Umi. Risau kalau Uminya terkejut sehingga menyebabkan perkara yang tidak diingini terjadi.

Adam menarik nafas dalam. Tangan mula mencapai tangan Kayla yang berada disebelah. Sumber kekuatan untuk dia berterus terang.

Isterinya dipandang dan gadis itu mengangguk dengan keyakinan. Kemudian, orang tuanya dipandang semula.

"First, Adam harap apa yang bakal Adam sampaikan ni Baba, Umi dengan Akid dapat terima dengan hati terbuka." Buat permulaan. Nafas dihembus sedikit.

Encik Amir pandang anaknya pelik.

"Kenapa Adam? Tentang apa?"

"Promise me yang Baba, Umi dengan Akid akan terima dengan hati terbuka. Itu je Adam nak. Tentang apa, lepas ni Baba akan tahu. Sebab apa yang bakal Adam katakan ni akan buat semua orang terkejut."

Akid menjatuhkan iPhone ke ribanya. Abang dia dipandang.

"Abang cakap dulu. Insha Allah kami akan terima dengan hati terbuka."

"Huh!" Nafas dihembus kuat. Menghilangkan rasa debaran.

Encik Amir dan Puan Zarina diam membisu. Masing-masing memberi sepenuh perhatian kepada Adam. Sudah tidak sabar menunggu apa yang Adam mahu sampaikan.

"Baba, Umi, Adam nak minta maaf sebab apa yang bakal Adam sampaikan ni akan mengecewakan Baba dengan Umi." Perkara yang didahulukan. Sebelum apa-apa terjadi, lebih baik dia minta maaf.

"Cakap, Adam. Jangan buat kami ternanti-nanti." Puan Zarina mula tidak sedap hati. Wajah Adam begitu serius sekali. Begitu juga dengan Kayla.

"You can do this. Tell them the truth." Sempat Kayla berbisik memberi kata-kata semangat. Tangan Adam dipegang erat bagi menyalurkan kekuatan.

Suasana ruang tamu sepi seketika. Semua sedang menanti dan memandang ke arah Adam.

"Adam-" Mata dipejam. "Adam- Adam sakit."

"Sakit?" Serentak Encik Amir serta Puan Zarina mengulang apa yang Adam sebut.

Perlahan-lahan Adam mengangguk.

"Adam sakit apa?" Puan Zarina bangun dan segera beralih tempat disebelah Adam. Hati mula risau.

"Umi masih ingatkan Adam pernah accident masa form four?"

Berkali-kali Puan Zarina menggeleng. Memandang Adam dengan riak kurang percaya.

Tak mungkin. Pada masa itu doktor sudah mengesahkan yang Adam sihat-sihat sahaja. Tiada apa yang perlu dibimbangkan.

"Tak. Tak mungkin sebab tu. Doktor dah sahkan yang Adam sembuh seratus peratus. Tak ada apa yang sakit."

Tersenyum pahit Adam melihat reaksi Puan Zarina.

"Ya. Tapi lepas dua tahun, Adam kerap sakit kepala. Adam ada mengadu dekat Umi and Umi suruh Adam pergi check. Adam pergi."

"Jangan cakap yang Adam tak bagitahu Umi lepas pergi klinik tu."

"Sebab Adam tahu Adam sakit lah Adam tak bagitahu Umi." Perlahan suara Adam. Dia tahu dia bersalah kerana menyembunyikan perkara ini daripada awal.

"Ya Allah, Adam. Kenapa Adam? Kenapa baru sekarang nak bagitahu kami semua? Dan, Kayla. Kayla dah tahu lama ke?"

Soalan Puan Zarina dijawab dengan gelengan dari Kayla.

"Kayla baru tahu. Itu pun sebab Kayla terjumpa appointment card milik Adam. Kalau tak, mesti Kayla tak tahu." Ambil kesempatan mengadu. Biar lelaki itu dibebel. Main-main lagi.

Puan Zarina picit kepala. Sakit serta merta. Boleh Adam simpan rahsia penting ini? Tanggung sendiri? Allah!

"Explain sakit Adam tu macam mana. Baba nak tahu." Encik Amir menyampuk.

Terkejut? Semestinya. Tapi untuk membebel sudah tiada guna.

"Ada darah beku dalam kepala Adam sebelah kanan. Dan sekarang, kumpalan darah tu hampir masuk ke dalam pembuluh darah Adam. Kalau dibiarkan, saluran darah Adam akan pecah and...macam tu lah."

"What?" Kayla pula yang terkejut.

"Ap-apa awak cakap ni? Ke- kenapa awak tak ada cakap pun fasal tu?" Sungguh dia terkejut. Lelaki itu langsung tiada cakap apa-apa tentang itu.

"Kayla-"

"Awak tipu saya lagi, kan?"

Kayla mula berdiri. Apa ni? Adam tipu dia lagi. Belum sempat tangannya dicapak Adam, laju dia beredar dari ruang tamu.

"Kayla!"

"Adam. Biar dia."

"Tapi-"

Puan Zarina menggeleng. Dia faham perasaan Kayla. Kalau dia ikutkan hati, dia juga akan buat perkara sama. Ini adalah benda penting dan tidak boleh dibuat main-main.

Keluhan dilepaskan. Bayangan Kayla sudah tiada tetapi Adam masih memandang ke situ. Dia buat salah lagi! Bukan niat ingin menipu. Tapi dia memang ingin memberitahu perkara itu pada hari ini. Biar semua orang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience