Peluang Untuk Bahagia 30

Romance Completed 31764

ADAM yang sedang tersenyum dan tersengih-sengih sendiri sambil tangan bergerak menaip sesuatu pada skrin iPhone dipandang oleh Iskandar dan juga Zaki. Sudah berapa lama mereka bertiga datang luangkan masa di restoran ini, tetapi Adam lah yang kerap sekali menghadap handphone.

Zaki menggelengkan kepala.

"Adam. Aku tahu la kau dah ada isteri. Tapi tak perlu kau tunjuk bahagia itu depan aku dengan Is. Kau kesian la dekat kita orang berdua yang masih bujang ni. Kawal sikit. Tersengih-sengih macam orang tengah angau bercinta." Tidak puas hati dengan Adam. Tahu tak dia dan Iskandar sama-sama sendu. Dia pula baru saja putus cinta dengan teman wanitanya.

Tumpuan Adam pada iPhone terganggu. Zaki dipandang.

"Entah la Adam. Fikir perasaan kita orang ni macam mana. Dah la bro kita ni baru clash semalam dengan awek dia. Baru couple tak sampai seminggu dah clash." Sambung Iskandar berselang seli menyindir dan mengusik Zaki.

Iskandar tergelak saat Zaki menjeling maut kepadanya. Betul lah apa yang dia katakana. Antara dia, Adam dan Zaki, Zaki adalah lelaki yang paling ramai teman wanita. Tetapi bercinta hanya sekejap saja. Biasanya lelaki seperti Zaki sesuai digelar "buaya". Tak elok bebenor perangai.

Adam mengerutkan dahi.

"Kejap, kejap. Apa yang kau orang membebel ni?"

"Ha. Itulah kau. Hadap lagi phone tu. Otak pun dah tak berfungsi. Aku dengan Is ni tengah bercakap fasal kau."

"Aku? Kenapa?"

"Kau tu dari tadi asyik main phone saja. Aku nak cakap dekat kau jangan la tunjuk sangat bahagia. Tahu lah dah ada isteri, tapi kesian la dekat kita orang yang sendu ini." Geram Zaki mengulang semula apa yang dia katakana sebentar tadi tetapi langsung tidak didengar Adam.

Jawapan Zaki mengundang ketawa besar dari Adam.

"Apa kaitan dengan isteri aku?"

Iskandar garu kepala. Kadang-kadang sakit hati juga bercakap dengan orang seperti Adam. Rasa nak pukul sampai koma.

"Kau tengah menghadap phone, lepas tu tersengih-sengih sendiri, bukan ada kaitan dengan isteri kau ke? Kau tengah WhatsApp dengan Kayla kan? Hek eleh, buat tak tahu. Ka-" Bicara Iskandar dipintas oleh Adam.

"Eh! Aku tak ada masa nak WhatsApp dengan dia."

Kata-kata Adam dibalas dengan kebisuan antara Zaki dan Iskandar. Dua lelaki itu saling pandang sebelum pandang Adam semula.

"Then, kalau bukan dengan Kayla, kau tersengih-sengih tu tengah WhatsApp dengan siapa?" Hairan Iskandar bertanya.

Dah tersenyum dan tersengih sendiri tetapi bukan membalas WhatsApp dengan isteri? Pelik. Kalau Adam tu tak nampak seperti orang tengah angau bercinta tak apa. Ini jelas wajah Adam nampak seperti tengah angau. Dengan siapa lagi kalau bukan dengan isteri sendiri, bukan?

Adam kembali memandang iPhone.

"Lara." Selamba dia membalas.

Terlopong Zaki dan Iskandar.

"Weh Lara? Bekas tunang kau tu?" Terkejut Zaki bertanya.

Mencerlung Zaki dipandang Adam.

"Bila masa aku kata dia bekas tunang aku? She's still my fiancé. Aku tak pernah putuskan pertunangan aku dengan dia."

Iskandar menepuk dahinya kuat. Apa yang terjadi sekarang? Dulu, bukan ke Adam mengatakan gadis bernama Lara itu adalah tunang Adam yang telah membatalkan perkahwinan? Dan disebabkan Lara batalkan perkahwinan itu lah Adam terpaksa pujuk Kayla untuk jadi pengantin perempuan. Dan sekarang apa pula?

"Eh, Adam. Kau ni kenapa sebenarnya? Memang kau tak pernah putuskan pertunangan antara kau dengan dia. Tapi sekarang kau dah kahwin dengan Kayla, kan? Kenapa kau still contact dengan dia? Bukan ke kau kata dia hilangkan diri? Bila pula dia muncul depan kau?" Bertalu-talu Zaki bertanya tidak puas hati.

Sememangnya dia dan Iskandar sudah dimaklumkan Adam yang Adam langsung tiada perasaan kepada Kayla. Tetapi pada pandangan mereka berdua, Adam tidak bolah buat semua ini. Walaupun tiada perasaan kepada Kayla, lelaki itu seharusnya mencuba kerana Kayla sekarang adalah isteri kepada lelaki itu.

Pertanyaan Zaki membuat Adam mengeluh.

"Bukan ke aku dah bagitahu dekat kau perkara yang sebenar?"

"Apa? Tentang kau tak ada perasaan dekat Kayla? Adam, itu bukan alasan untuk kau terima Lara semula. Kau dah lupa ke dia batalkan perkahwinan kau dengan dia? Kalau aku jadi kau memang aku benci gila dengan perempuan macam tu."

"Kau jaga sikit mulut kau Zaki. Aku still sayangkan dia. Jadi tak salah aku terima dia semula." Kesabaran Adam rasa tercabar saat Zaki memanggil Lara dengan gelaran 'perempuan'.

Iskandar menggelengkan kepalanya. Tak pernah dia nampak Adam yang seperti sekarang. Cepat melatah bila ditegur. Lagipula apa yang Zaki katakan itu tidak salah. Dia juga jika berada di tempat Adam tetap akan membeci Lara kerana gadis itu telah memalukan seluruh ahli keluarga.

"Betul lah apa yang Zaki cakapkan tu. Kau ni pelik la. Kau tak sakit hati dengan apa yang dia buat dekat kau? Boleh pula terima dia semula."

Adam mendengus bila Iskandar dan Zaki tidak habis-habis menyalahkan Lara.

"Kau orang berdua tak tahu apa-apa. Kalau aku bagitahu kau orang perkara sebenar, kau orang akan faham. Dan kau orang tentu akan tak suka dengan Kayla."

"Apahal pula kita orang tak akan suka Kayla? Kau ni kan pelik la."

Sungguh. Iskandar dan Zaki mula keliru dengan Adam.

Suasana sepi. Masing-masing mendiamkan diri. Iskandar dan Zaki pula masih memandang Adam dan mamhu mendengar perkara sebenar yang disebut Adam sebentar tadi. Mahu juga mereka tahu apa perkara sebenar itu sehinggakan buat Adam menerima Lara semula. Hebat betul penangan cinta Lara sampai sahabat mereka tidak mampu membenci walaupun Lara telah buat perkara yang menyakitkan.

"Kayla adalah penyebab kenapa Lara batalkan perkahwinan kami berdua."

Suasana masih sepi walaupun Adam sudah membuka mulut. Tidak berkelip Iskandar dan Zaki memandang Adam. Beberapa saat, mereka berdua mula pandang sama sendiri bersama kerutan di dahi. Sukar percaya dengan apa yang disampaikan.

"Kau biar betul, Adam?" Zaki mula menyoal. "Tak mungkin Kayla buat semua tu. Kalau betul, apa yang dia buat sampai Lara batalkan perkahwinan dan larikan diri sampai sekarang baru muncul?"

Iskandar masih lagi diam. Dia tidak percaya dengan semua itu. Walaupun sudah lama dia tidak berjumpa dan berbual dengan Kayla, tetapi dia tahu dan yakin Kayla tidak akan buat perkara sebegitu.

"Lara cakap Kayla ugut Lara kalau Lara tak buat apa yang disuruh."

"Maksud kau?"

"Kayla ugut akan sebarkan dekat semua kenalan Lara yang Lara tu dah rosak."

"Astaghfirullah! Habis tu kau percaya?" Agak tinggi sedikit suara Iskandar. Kata-kata Adam yang baru menyakinkan dia lagi bahawa bukan Kayla yang lakukan itu semua.

"Dengan apa yang berlaku ni, aku percaya. Tak mustahil Kayla akan buat semua tu, kan? Mesti kau orang pun terfikir benda yang sama?" Yakin saja Adam bertanya.

Zaki dan Iskandar menggelengkan kepala. Nampak sangat Adam ni sudah termakan dengan kata-kata Lara. Tak mungkin Kayla akan lakukan perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri.

"Ada bukti?" Dingin Zaki menyoal.

"Lara la buktinya."

Jawapan Adam dibalas ketawa sinis dari Zaki. "Walaupun Lara tu menipu?"

Menyirap serta merta darah Adam menyerbu.

"Kenapa dia nak tipu aku? Dia tak akan tipu aku. Aku kenal dia."

"Siapa lagi lama yang kau kenal? Lara atau Kayla?"

Dan akhirnya. Soalan Zaki dapat mendiamkan Adam. Sahabatnya itu diam tidak berkutik.

"Kenapa tak boleh jawab?"

"Kau kata kau kenal Lara. Habis tu, kau tak kenal Kayla? Kawan baik kau yang kau asyik ke hulur ke hilir dan melekat macam belangkas dari kecil tu kau tak kenal la? Kau masih tak kenal hati budi Kayla biarpun dah berpuluh tahun kau kenal dia? Tapi dengan Lara yang baru berapa tahu kau kenal, dah dapat kenal hati budi dia macam mana? Bijaknya kau."

Bidas Zaki terus-terusan. Kalau ditanya sama ada dia percaya atau tidak dengan apa yang disampaikan oleh Lara, sama sekali dia tidak percaya. Dan tidak akan percaya. Betul. Betul dia belum kenal dan lihat Lara itu seperti apa. Tetapi bila dari cerita Adam yang mengatakan gadis itu lari membawa diri dari perkahwinan yang sepatutnya berlangsung lagi seminggu, dia tahu Lara itu seperti apa. Dan dia rasa, Lara hanya mereka-reka cerita untuk tutup kesalahan sendiri.

Dia juga tidak menuduh. Tetapi dia rasa. Dan dia akan mencari bukti yang sebenar.

"Aku tak fahamlah dengan kau Adam. Jangan disebabkan cinta, kau buta menilai. Kau sendiri boleh fikir. And kalau betul Kayla ugut Lara macam tu, kenapa Lara tak bagitahu je dekat kau? Kenapa sampai perlu larikan diri jauh dari kau? Dan kenapa baru sekarang?" Iskandar menyambung bagi pihak Zaki. Dia juga mahu mendengar jawapan dari Adam.

Tetapi Adam masih mendiamkan diri. Terkena dengan segala persoalan dari dua sahabatnya. Tidak dapat dinafikan, semua soalan yang dituju itu ada munasabahnya sehinggakan dia tidak mampu menjawab bagi pihak dia sendiri.

"Tak. Sekarang ni kau orang kenapa asyik nak bela Kayla? Aku yang kenal Kayla tu lama pun masih kurang percaya dengan dia. Yang kau orang percayakan dia sangat kenapa?" Habis idea mahu menjawab semua pertanyaan itu, lebih baik dia pula yang menyoal.

Iskandar senyum sinis.

"Adam, Adam. Ini lagi satu. Kayla, aku dengan Zaki dah kenal even masa secondary dulu. Tapi Lara, kita orang berdua jumpa pun tak. Kenal pun tak. Macam mana kita orang nak percayakan dia? Soalan tu biar logic sikit." Sedas dia beri kepada Adam.

Sekali lagi Adam terdiam membisu. Asyik kena 'tembak; saja, biarlah dia mengalah. Malas mahu membahas. Satu lawan dua, memang dia yang akan kalah nanti. Tapi walau apa pun dia tetap tidak puas hati kerana Iskandar dan Zaki juga menyokong Kayla. Kenapa dia tidak?

?????

KUNCI kereta dibaling ke atas meja. Adam mendengus kuat sambil pandang ke arah Kayla yang sedang menunduk. Bengang! Baru saja tadi selepas habis mesyuarat dia ingatkan mahu keluar bersama Lara. Tetapi tiba-tiba kereta Kayla pula rosak dan terpaksa dia hantarkan pulang. Ikutkan hati mahu ditinggalkan. Namun melihat ada pekerja yang memandang, terpaksa dia pura-pura suami yang baik.

"Kau ni menyusahkan aku tahu tak? Dah tahu kereta tu nak rosak, kenapa tak repair awal-awal? Sekarang dah menyusahkan aku pula. Kau tahu tak yang aku sebenarnya nak keluar dengan Lara? Tapi kau pula buat hal!"

Terangkat sedikit bahu Kayla dengan suara garau dan dingin milik Adam. Adam sangat marah kepadanya. Sedari dalam kereta lagi lelaki itu tidak bercakap dengan dia. Memang kereta dia rosak ketika mahu pulang dari pejabat tadi. Tetapi dia sedikit pun tidak meminta Adam menumpangkan dia pulang ke rumah. Sudah dia beritahu kepada Adam biar dia sendiri yang uruskan semua. Pandai-pandai dirinya sendiri macam mana nak balik ke rumah.

Namun, Adam yang berdegil. Lelaki itu memaksa dia masuk ke dalam kereta. Dengan alasa, semua pekerja sedang memandang ke arah mereka berdua. Jadi terpaksa la Adam buat-buat baik. Dia jika boleh memang tidak mahu menyusahkan Adam kerana dia tahu ini akan berlaku. Tetapi Adam itu yang degil!

Jadi salah siapa sekarang?!

"Kan tadi saya dah tolak? Saya dah cakap dekat awak biar saya balik sendiri. Tapi awak tetap berdegil nak suruh saya balik sekali. Sebab? Sebab staff yang ada dekat situ tengah tengok kita. So sekarang saya ke yang salah?"

"Memang kau salah! Aku dah cakap kalau kereta tu nampak macam nak rosak, terus bawa pergi workshop. Inilah perempuan. Tahu menyusahkan orang je. Pakai kereta tapi kereta nak rosak pun tak tahu. Huh!" Bersama perasaan bengang, Adam memanjat anak tangga naik ke atas.

Terpaksa dia batalkan niat mahu makan malam bersama Lara pada hari ini.

Kayla raup wajahnya. Sakit kepalanya bila hari-hari begini. Hari-hari bertengkar mulut dengan Adam. Tetapi dia tidak pernah mulakan perbalahan. Hanya lelaki itu yang mulakan. Ada saja kesalahan yang Adam nampak pada dirinya. Tidak pernah dalam sehari Adam duduk diam dan tidak cara gaduh dengan dia. Mesti kena bergaduh juga walaupun sehari.

"Sabar Kayla. Bertahan hanya untuk lima bulan saja lagi." Dadanya diurut agar menyabarkan diri sendiri.

?????

ENCIK AMIR tersenyum senang melihat tetamu-tetamu yang memenuhi ruangan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Walaupun dewan ini terlalu besar dan luas, ruangan masih lagi dipenuhi oleh para pekerja dari beberapa buat syarikat termasuk dengan KM Sdn. Bhd. Buat kali kedua, syarikatnya dijemput hadir untuk bersama-sama memenuhi ruang dewan hotel ini. Dan itu menandakan KM Sdn. Bhd. semakin berkembang maju.

"Bang, tersenyum sampai ke telinga nampaknya." Datang Puan Zarina menyapa dari arah tepinya.

Mereka berdua sekarang berada di atas pentas di mana yang menempatkan semua pemilik-pemilik syarikat pada malam ini. Sebelum majlis berjalan, mereka semua diminta untuk membuat kata-kata aluan terdahulu. Setiap pemilik dari sesebuah syarikat perlu berbuat demikian. Dan sekarang, Encik Amir sedang menunggu gilirannya sebentar lagi.

Isterinya dipandang gembira.

"Macam mana nak sampai ke telinga kalau saya gembira sangat. Buat kali kedua syarikat kita berada di majlis macam ni. Alhamdulillah."

Puan Zarina turut tersenyum mendengarkan itu. Dia tahu suaminya itu sangat berbangga dengan pencapaian sekarang. Walaupun syarikat mereka masih lagi perlukan banyak peningkatan, tetapi bila berada di sini, syarikat mereka adalah antara syarikat yang maju.

"Alhamdulillah. Usaha abang dengan arwah Khairul menunjukkan hasil. Kalau Khairul dengan Syafia masa ada, mesti dia orang berdiri bersama kita di atas pentas ni."

Encik Amir hanya mengangguk setuju. Tanpa usaha dia bersama Khairul mendirikan KM Sdn, Bhd., sudah tentu dia tidak akan sampai ke tahap ini. Dia tetap bertahan mahu memajukan KM Sdn. Bhd. kerana memikirkan usaha arwah Khairul.

Rul. Aku tak berjaya sendiri. Tapi kita yang berjaya, Rul. Kita dah berjaya majukan syarikat kita sendiri. Impian kau sebelum kau pergi selamanya meninggalkan Kayla bersama aku dan Zarina. Aku harap kau gembira dengan pencapaian syarikat kita.

"Sekarang, tiba masanya untuk kita berikan peluang kepada CEO KM Sdn. Bhd. untuk membuat ucapan dan kata-kata penghargaan kepada semua pekerja dibawah naugan syarikat beliau. Dipersilakan Encik Amir."

Tepuk gemuruh dari semua tetamu yang hadir diberikan kepada Encik Amir seusai saja namanya disebut. Seluruh dewan bergema dengan tepukan dari orang ramai.

Tanpa berlengah, Encik Amir terus melangkah ke arah mikrofon sambil bibir tidak lekang dengan senyuman.

"Go Encik Amir!"

Ketika suasana dewan senyap, ada pula satu suara dari salah seorang pekerja Encik Amir yang menjerit seperti itu. Seketika suasana senyap bertukar menjadi bising dengan gelak ketawa para tetamu. Encik Amir turut ketawa apabila tersedar yang sorakkan itu hadirnya dari suara pekerjanya sendiri. Dia menggelengkan kepala.

"Siapa tu? Nanti jumpa saya."

Sekali lagi dewan dipenuhi dengan gelak sakan para tetamu.

"Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum. Salam sejahtera bagi yang bukan muslim. Pertama sekali, berdirinya saya disini sebagai CEO KM Sdn. Bhd. ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi menjemput KM Sdn. Bhd. untuk turut berada bersama-sama syarikat-syarikat lain di majlis annual dinner pada malam ini."

"Untuk kali keduanya KM Sdn. Bhd. dijemput ke majlis annual dinner ini. Saya sangat berterima kasih kepada penganjur. Kepada pekerja-pekerja saya, ini adalah bonus anda semua kerana anda bersama-sama saya telah bertungkus lumus menjayakan KM Sdn. Bhd." Encik Amir menepuk-nepuk tangannya diikut serta oleh para tetamu lain.

"Okey. Saya rasa itu saja. Pesanan kepada pekerja-pekerja saya, jangan lupa teruskan bekerja. Itu saja."

Beberapa minit berlalu dan majlis juga sudah lama bermula. Para tetamu sudah mula menjamu selera dan berbual sesame sendiri. Ada yang sedang bergelak ketawa. Tetapi tidak bagi Kayla. Seusai saja Encik Amir menamatkan ucapan, dia terus membawa diri ke tingkat atas untuk mengasingkan diri dari orang lain. Walaupun suasana di dalam begitu bising dengan orang yang sedang bergembira, namun bukan baginya.

Hatinya sarat dengan kebimbangan bila memikirkan soal Adam. Selepas kejadian Adam memarahinya kerana keretanya rosak dan terpaksa lelaki itu batalkan makan malam bersama Lara, Adam tidak lagi bertegur sapa dengannya.

Bila difikirkan, sanggupkah dia bertahan lagi 5 bulan menghadapi semua ini? Menghadapi sikap Adam yang sekejap elok sekejap tidak.

"Heih! Termenung jauh nampaknya orang tu. Kenapa? Teringat dekat suami ke? Atau tengah fikir bila agaknya boleh dapat cinta dari suami sendiri?"

Kata-kata sendiri itu mematikan lamunan Kayla. Dahinya berkerut bila disapa dengan sindiran begitu. Perlahan kepala menoleh ke belakang. Dia sedikit terkejut bila suara yang menyindir dia itu adalah suara Lara!

Lara tersenyum sinis seraya memeluk tubhnya sendiri. Kayla yang berada dihadapan kolam renang dihampiri dengan berlagak sekali.

"Mesti kau menyesalkan sebab dah rampas hak orang lain? Eh. Tapi lupa, kau mana ada perasaan. Kau kan suka rampas hak orang." Sambungnya lagi dengan lagak gedik. Rambutnya yang Panjang mengurai dibetul-betulkan.

Kayla mencebik.

Apa masalah perempuan ni? Aku tak ganggu dia tiba-tiba pula datang sini.

Lara mendengus bila Kayla disebelah hanya mendiamkan diri.

"Woi! Kau pekak ke?! Aku tengah cakap dengan kau kan?"

Kayla tetap mendiamkan diri. Malas mahu bersuara. Nanti bergaduh juga akhirnya.

Lara mengepal tangannya sendiri. Geram dan bengang bila Kayla buat tidak endah saja dengannya. Segera bahu Kayla ditolak kasar sehingga Kayla teraganjak ke kanan sedikit.

Kayla mula hilang sabra.

"Kau ni kenapa?"

"Kau tu yang kenapa. Aku bercakap dengan kau, kau boleh buat tak tahu, kan? Kau sedar kau tu siapa! Perampas! Tak payah nak berlagak la!"

Tengkingan dari Lara benar-benar buat Kayla tercabar. Suka hati memanggilnya perampas!

"Perampas atau tak, Adam dah jadi suami aku pun. Apa masalah kau?" Nak sangat bergaduh kan? Hah! Mari la!

"Perempuan! Kau dengar sini. Kalau bukan sebab kau kahwin dengan Adam, dah lama aku kahwin dengan dia." Dengan berlagak Lara berkata. Kayla dijeling sehingga hendak terkeluar biji matanya. Tak sangka Adam akan berkahwin dengan kawan baik sendiri. Tak ada kelas langsung!

Kayla senyum nipis. Agak sakit tetapi ditahan saja hatinya.

"Aku rasa kau ni dah salah faham kut."

Berkerut dahi Lara. "Salah faham apa pula?"

"Betul ke kalau bukan sebab aku, kau dah lama kahwin dengan dia?" Berani Kayla menyoal. Dia sedikit tidak tergugat dengan gadis ala-ala model dihadapannya itu. Kerana dia tahu. dirinya benar. Kalau wajah saja cantik tapi hati busuk nak buat apa?!

"Betul la! Kau tu perampas!"

Gigi diketap. Sesuka hati saja Lara mengatakan dia perampas.

"Aku tak rampas hak kau pun. Sebelum kau tinggalkan dia, dia bukan hak sesiapa. Yang masalahnya sekarang kau datang balik lepas tu rapat dengan suami aku. Kau tu yang perampas sebenarnya." Laju saja kata-kata pedas itu dituturkan Kayla.

Mata Lara membulat mendengar kata-kata itu. Bahu Kayla ditolak kasar sehingga Kayla terundur sedikit ke belakang.

"Tapi aku tunang dia dulu. Kau tu kawan baik dia saja pun. Tiba-tiba pula boleh jadi isteri dia. Atau, kau ni memang ada hati dengan dia since kau orang berkawan lagi? Betul tak? Huh! Dasar perempuan tak sedar diri. Kalau dah sebatang kara tu buat la cara sebatang kara. Tak payah nak raih kasih dan simpati orang lain. Perempuan tak tahu malu."

Amat pedih sekali kata-kata Lara meresap ke dalam hati Kayla. Hati Kayla mendidih dengan tiba-tiba. Dia tidak kesah jika gadis itu mahu merendahkan dia kerana menjadi isteri Adam kerana dia sendiri sedari diri. Tetapi bila Lara dengan selamba saja menyembut perkataan sebatang kara itu, hatinya mendidih panas.

"Bagi kau, orang macam aku ni tak layak nak disayangi ke?"

"Ya! Kau memang tak layak!"

Kayla senyum senget. Dia kalau boleh tidak mahu mencetuskan pergaduhan antara dia dan Lara. Lagipula sekarang ini mereka dimajlis yang besar. Jadi, tidak elok jika ada pergaduhan. Nanti, keluarga Adam juga yang menanggung malu.

"At least, aku tak jilat balik ludah aku. Not just like you, kau dah tinggalkan Adam dengan cara kejam, then kau muncul balik nak dekat dengan Adam. Kau lagi tak sedar diri."

Kali ini Lara sudah tidak dapat menahan amarahnya.

"Kurang ajar kau perempuan!"

Badan Kayla dipusing memaksa Kayla menghadap dia. Leher Kayla disebalik tudung itu dicekik kuat. Hingga terbatuk-batuk Kayla dibuatnya. Tangan Lara dipukul dengan kuat supaya terlerai dari lehernya. Tetapi malang bila Lara makin mengetatkan tangan pada lehernya.

"Mati kau perampas!" Lara bertukar agresif. Merah matanya kerana terlalu kuat dia mencekik Kayla. Tiba-tiba matanya menjadi kendur bila ternampak seseorang yang menuju ke arah dia dan Kayla yang berada di tepi kolam.

Ingin mengelakkan dari dia dituduh bukan-bukan, Dia membawah Kayla ke tepi kolam dan dengan sendiri dia terjun ke dalam kolam. Tangan diangkat ke udara. Tergapai-gapai meminta pertolongan.

Kayla yang tidak tahu apa-apa itu hanya mampu berdiri kejung. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku. Dia juga masih tercungap-cungap mencari nafas. Lehernya dipegang. Hampir mata dia dibuatnya.

"Kayla!"

Suara yang memanggil itu dipandang. Dilihat Adam mula berlari laju ke arahnya bersama Iskandar. Wajah Iskandar turut berubah risau. Tetapi risau kerana melihat wajah Kayla yang memucat seakan tidak cukup nafas

"Kau buat apa ni?!" Adam tanpa menyiasat, terus memarahi Kayla yang tidak tahu apa-apa itu.

Lara yang lemas itu tangkas diselamatkan Adam. Kut yang dipakai dibuka dan terus dia mendapatkan Lara yang berada di dalam kolam. Gadis itu dicempung naik ke atas.

"Apa kau buat ni?!" Sekali lagi dia bertanya kepada Kayla dengan bengis sekali. "Kau tahu tak yang Lara ni tak pandai berenang? Huh? Kau sengaja nak bunuh dia kan? Jawab la aku tanya!"

"Dam, sabar." Iskandar cuba menenangkan Adam.

"Kau, diam! Ini urusan aku dengan dia! Jawab la aku tanya ni!" Makin kuat suaranya menengking Kayla.

Terketar-ketar bibir Kayla. Sungguh! Dia tak buat semua tu. Malah, Kayla yang cuba membunuh dia tadi!

"Sa-saya tak buat apa-apa. Dia yang-"

"Dia yang apa?! Kau jangan ingat aku tak nampak, Kayla! Jadi apa-apa pada Lara, siap kau aku kerjakan!" Terus Adam membawa Lara keluar dari situ. Lara lagi penting untuk dia bawa ke hospital.

Kayla jatuh tersungkur. Sekali lagi dia dituduh diatas perbuatan yang dia langsung tidak buat. Bukan dia yang tolak Lara! Bukan dia! Masa berlalu dengan cepat, dia sendiri tidak bersedia dengan apa yang terjadi. Lara tiba-tiba saja bawa dia ke tepi kolam dan dengan sendirinya Lara melompat ke dalam kolam dan terus lemas.

Air mata jatuh berderaian dengan laju sekali. Sungguh kali ini dia tidak kuat. Adam akan semakin membenci dia. Sah! Adam akan membenci dia disebabkan perkara yang dia tidak buat.

Iskandar yang melihat terus mendapatkan Kayla. Dia melutut dihadapan Kayla. Wajah Kayla jelas kepucatan. Saat ini dia geram dengan Adam. Sanggup pentingkan orang lain berbanding isteri sendiri.

"Kayla, okey tak?"

Soalan Iskandar tidak dapat dijawab oleh Kayla. Dia masih rasa tangan Lara yang mencekik erat lehernya sebentar tadi. Rasa sesak nafas masih belum hilang ditambah pula dengan rasa sakit yang mencengkam tangkal hatinya saat ini. Akhirnya dia terus menangis dan menangis disitu. Tidak heran dengan keberadaan Iskandar pada saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience