Peluang Untuk Bahagia 35

Romance Completed 31764

"IS!" Zaki berlari keluar dari biliknya dengan laju sekali. Kelibat Iskandar dicari merata-rata. Dia perlu kongsi tentang berita yang baru saja dia dapat. Berita itu sangat penting dan...panas! Sensasi lagi!

"Is!"

"Ya?! Aku kat dapur ni. Kau apahal terjerit-jerit macam aku ni lari rumah?" Sahut Iskandar sedikit kuat.

Bingit telinganya bila terdengar suara kuat Zaki yang bergema satu kondominium yang mereka duduki ini. Suara Zaki ini kalau sekali jerit memang bagai nak roboh satu bangunan kondominium ni.

Segera Zaki mendapatkan Iskandar.

"Ikut aku naik atas sekarang."

"Kenapa? Aku tengah buat air la."

"Kau nak tahu ke tak nak sekarang ni?"

Iskandar mendengus. Zaki dipandang bersama pandangan tidak puas hati.

"Tahu mende?"

Soalan dibalas senyuman sinis dari Zaki.

"Lara."

Mendengarkan itu, terus saja Iskandar meletakkan gelasnya dan segera berlari naik ke atas. Sampai saja di bilik Zaki, laptop terus diterkamnya. Meliar matanya membaca maklumat yang terpapar di dada skrin laptop. Wajah berubah riak. Terkejut. Zaki dipandang mahukan kepastian.

"Be-betul ke ni?"

Zaki mengangguk.

"Mana kau dapat semua ni?"

"Well, aku ni penyiasat persendirian. So, kalau aku nak sesuatu benda tu aku akan usaha juga. Dan, inilah hasilnya."

Iskandar menggesel butir tetikus itu ke atas sambil mata tetap tumpu pada dihadapan skrin. Sekejap, dia mula rasa seperti terlepas pandang. Butir tetikus itu digesel ke bawah sedikit. Mata terus membuntang dan sedikit terbeliak.

"Ki, Ki! Tengok ni."

"Ap-" Lidah Zaki terkelu ketika melihat apa yang ditunjuk oleh Iskandar.

Mereka berdua saling berpandangan.

"Ryan?"

"Eh! Tak silap aku, Ryan ni bukan ke classmate kita masa kat Turki dulu? Eh biar betul, Ki?'

Zaki menarik laptop sedikit untuk dia mengecam wajah lelaki yang terpapar pada dada skrin. Matanya disepet sedikit.

"Aku tak tahu betul ke tak. Tapi aku yakin ini memang Ryan yang kita berkawan dulu. Aku ingat lagi muka dia ni."

"Aku pun sama. Memang sah ni dia. Tapi- dia- Lara?"

"Meh aku explain." Zaki menarik satu lagi kerusi dan diletakkan disebelah Iskandar. Kemudian baru didudukinya.

"Based on apa yang aku dapat ni, Lara dengan Ryan ni mula kenal dekat Paris. Kau ingat lagi kan yang Adam pernah cakap Lara ni pergi Paris empat tahun semata-mata nak sambung belajar nak jadi model? Ha, dari situ dia orang berjumpa dan start berkawan."

"Then, apa jadi?"

Soalan itu mengeluhkan Zaki.

"Macam yang kita expect."

"Maksud kau?"

"Aku tahu yang kau tahu apa akan jadi bila lelaki dengan perempuan berkawan. Dan apa yang kita katakan tentang Lara tu semua hampir betul, Is. Lara bukan perempuan yang baik. Jauh berbeza dari Kayla, Is. Sangat jauh."

Dahi Iskandar berkerut seribu. Dia cuba untuk faham sendiri apa yang Zaki sampaikan.

"Maksud kau- Lara tu dah-"

"Ya. Dia dengan Ryan dah pernah bersama. Kau faham kan? And aku dapat tahu yang Lara ni pernah mengandung. But I'm not sure bila dia mengandung."

"Mengandung? Habis, mana perginya anak dia?"

"Aku tak tahu tapi apa yang pasti adalah- dia gugur atau sengaja gugurkan kandungan tu. Yang tu aku akan siasat lagi."

"Weh, Ki. Kau kena siasat cepat-cepat. Aku dah tak sabar nak tengok Adam tu tahu kebenaran siapa Lara tu. Susah sangat nak percayakan kita kan?"

"Kau yakin ke yang dia akan percaya? Entah-entah apa yang kita buat ni sia-sia je." Zaki ketawa sinis.

Walaupun dia usaha untuk mencari bukti yang sahih, harapan untuk Adam percayakan semua itu mungkin tipis. Hati Adam bagaikan sudah tertutup untuk percayakan orang lain selain dari Lara. Tetapi, dia tetap akan cuba. Sekurang-kurang Adam perlu kesal dengan apa yang lelaki itu buat pada Kayla.

"Tu la. Aku pun tak faham kenapa dia jadi macam tu. Perangai dia beza gila, Ki. Ya lah, memang kita ni tinggal dia dah sepuluh tahun. Tapi- heih lain sangat tu. Sampaikan Kayla pun dia boleh tak percaya. Bukan ke dulu dia sayangkan sangat dengan Kayla tu. Kawan baik." Tergeleng-geleng kepala Iskandar bila mengingati sikap Adam yang sekarang.

Bukan susah pun nak percayakan Kayla itu. Tambahan pula Kayla itu kan isteri Adam sendiri. Kenapa Adam perlu percayakan orang lain? Padahal Lara itu adalah punca segalanya.

"Oh!" Tiba-tiba Iskandar petik jarinya.

"Aku baru terfikir. Aku rasa, Lara batalkan perkahwinan dengan Adam sebab dia dah pregnant la Ki. Kalau tak, kenapa tiba-tiba je dia batalkan? Mesti sebab tu kan? Aku rasa betul la dia gugurkan kandungan. Sebab, mustahil anak dia ada lagi sedangkan dua bulan saja Lara hilangkan diri. Confirm ni. Percaya lah."

Zaki berfikir sejenak. Mungkin ada benarnya juga anggapan Iskandar itu.

"Aku pun rasa macam tu. Tapi tak apa. Aku ada cara lain nak pastikan semua tu betul."

"Kau nak buat apa lagi?"

Senyuman sinis ditayang.

"Aku dengan Ryan still contact."

"Serious la weh?"

"Yup. So, kerja aku makin mudah. Aku akan soal siasat juga dia sampai dia cerita tu terbuka. Aku tak kesah, janji aku dapat tolong kawan-kawan kita."

"Wohoho!" Bahu Zaki ditepuk berkali-kali. Iskandar tersenyum bangga. "Terbaik la kau, Ki. Lu emang pintar pokoknya!" Rambut Zaki sengaja diserabutkan.

Segera Zaki menepis kuat.

"Pokok kau pokok. Kau ingat rambut aku ni daun pokok ke? Kau buat macam tu habis terkeluar idea aku nak siasat fasal Lara tu. Heish!"

"Ceyh!"

?????

NECK tie dikemaskan sedikit sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidur. Sempat lagi lengan baju kemeja yang belum dilipat itu dilipat sehingga ke siku sambil berjalan. Kaki mula terhenti statik bila terpandang pintu bilik yang berhadapan dengan biliknya. Entah kenapa, tiba-tiba rasa sayu datang menyelubungi dirinya.

Perlahan langkah mula hampir dipintu bilik itu. Tangan bergerak memulas tombol dan segera ditolak perlahan daun pintu sebelum bilik yang bersih menyapa pandangannya. 2 minggu tuan empunya bilik ini tiada, 2 minggu itu juga tidak pernah sekali dia menjenguk ke dalam. Ini adalah kali pertama selepas penghuni bilik itu dihalau olehnya.

Dia masuk ke dalam. Bilik diperhati sekeliling. Ada sesuatu yang membuatkan dia berasa aneh. Biliknya agak kosong. Barang-barang yang tersusun elok diatas meja kerja juga sudah tiada. Alat make up milik Kayla juga tiada di atas make up desk. Boleh dikatakan semua barang kepunyaan Kayla tiada di dalam bilik ini.

Gelabah.

Dia mula gelabah dah tidak sedap hati. Laju dia bergerak ke arah wardrobe. Cuma memastikan baju-baju milik Kayla masih ada. Namun, bila dibuka hanya ruangan kosong yang terlihat.

Dahi mula berkerut.

"Mana pergi semua baju dia?"

Tak mungkin Kayla datang ke rumah ini semula dan ambil semua barang-barang itu. Kalau betul, tak pernah pula terserempak dengannya. Dan, bila?

Kepalanya dipegang.

Kayla memang lari dari rumahnya sekarang!

"Mana dia pergi? Rumah Baba pun tak ada."

Iphone dikeluarkan dari kocek seluar. Nombor Kayla di dail.

"Kejap. Kenapa aku perlu kesah fasal dia pula? Kenapa aku perlu tahu dia pergi mana? Heish! Semak saja la!"

Keluhan dilepaskan. Malas mahu fikir kenapa, lebih baik dia beredar. Lagipula, tak penting untuk dia tahu semua itu. Biar saja la Kayla lari dari rumah ini. Dia benci terhadap gadis itu. Lagi bagus juga kalau sekali dengan barang Kayla tiada di dalam rumah ini.

Sekali lagi ada sesuatu yang memaksa untuk dia berada di dalam bilik ini. Frame di atas meja kerja Kayla menarik perhatiannya. Dalam banyak-banyak barang, hanya ini yang Kayla tinggalkan.

Lain yang hendak diambil, lain pula yang terpandang. Sebentuk cincin dihadapan frame itu diambil dan diperhati.

"Ini- ini bukan ke cincin kahwin?"

Ada sesuatu yang menusuk tangkal hatinya saat cincin perkahwinan ini sanggup Kayla tinggalkan. Sedikit terkilan.

Sekarang ini siapa yang benci siapa? Cincin perkahwinan dia dan Kayla juga masih tersemat di jari manisnya biarpun dia membenci Kayla. Tidak pernah terfikir untuk dia menanggalkannya.

"Dia- dah benci aku ke?"

Laju kepala digelengkan.

"Lantak kau la! Kau benci aku lagi bagus."

Cincin disimpan ke dalam kocek seluarnya. Lalu, dia keluar dari bilik itu dan terus turun ke bawah. Sampai saja di bawah, langkahnya mati. Mata terkaku pada ruangan dapur. Tiba-tiba terbayang Kayla yang sedang memanggilnya untuk sarapan bersama.

"Adam." Sapa Kayla gembira. Senyuman bertukar menjadi sengihan. Bersinar-sinar mata Kayla memandang Adam.

Adam angkat wajah memandang Kayla dihujung anak tangga sebelum kembali focus melipat lengan baju kemeja.

"Hmm. Kenapa?" Langkah diberhenti tepat-tepat depan Kayla sebaik saja kaki menjejak lantai tingkat bawah.

"Jom. Kayla dah siapkan breakfast." Lengan Adam dipaut mesra.

"Aku dah lambat la."

Senyuman Kayla mengendur sedikit.

"Oh. Tapi, makan la sikit. Dah siap hidang dah. Please." Mata dikerdipkan beberapa kali memandang Adam.

"Hmm. Kau masak apa?" Adam mengalah. Tidak kuasa dia mahu membalas mulut dengan Kayla dipagi yang tenang ini walaupun dia sememangnya lewat sekarang.

Senyuman Kayla mekar kembali. Tanpa berlengah, terus lengan Adam ditarik agar mengikutnya ke dapur. Sampai dihadapan meja, kerusi ditarik keluar dan Adam ditolak duduk di atas kerusi. Kayla bergerak untuk mencedok bihun goreng ke dalam pinggan yang tersedia di depan Adam. Perasaanya tidak usah digambarkan. Gembira sangat bila Adam turuti permintaannya kali ini!

"Bihun goreng. This is your favourite food, right?"

"Dulu. Sekarang dah tak." Tanpa berperasaan Adam membalas.

Riak wajah Kayla berubah serta merta. Tidak pasti jawapan Adam itu gurauan atau kenyataan kerana wajah Adam selamba saja dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan lelaki itu sedang bergurau dengannya.

"Tapi-"

"Kau nak suruh aku makan ke tak nak sekarang? Aku dah lewat ni. Kalau tak nak aku-"

"Eh! Nak nak nak." Laju Kayla menjawab bila Adam sudah pun bangun berdiri dari kerusi. Dengan cepat bihun goreng dicedok ke dalam pinggan.

"Makan la." Ujarnya seraya menarik kerusi dihadapan Adam.

Saat bayangan itu hilang, Adam menggelengkan kepalanya kuat. Wajah mula berkerut.

"Kenapa pula aku teringat dekat perempuan tu? Huh!"

Sebelum ini tidak pula terbayang Kayla di sana di sini. Hari ini pelik pula. Sudah lah tadi dia siap senyum sendiri lagi bila bayangan Kayla di dapur muncul.

?????

"NAH. Teh tarik special untuk kau." Mug diletak diatas meja berhadapan dengan sofa yang diduduki Hanan. Hanan yang sedang menonton TV itu tersentak tiba-tiba.

"Ish! Kau ni Kayla terkejut la aku." Dadanya diurut perlahan. Mana tak terkejut, tiba-tiba muncul.

Wajah cuak Hanan mengundang ketawa dari Kayla. Bukan main ketawa sakan lagi. Terhibur betul dirinya bila melihat aksi terkejut Hanan. Asyik sangat sampai dia tegur begitu pun terperanjat.

"Apa pula aku? Kau tu hah yang tengok TV sampai tak ingat dunia. Aku cakap macam tu saja pun."

Kayla dijeling.

"Kau senyap-senyap dekat dapur tu rupanya tengah buat air la?"

"Ha'ah. Kau ingat aku buat apa?"

"Mana la tahu tengah masak. Selama ni kerja kau kan memasak je. Isteri orang katakan."

Suasana berubah. Wajah Kayla juga berubah dari ceria kepada muram sedikit. Tersentap hatinya bila Hanan berkata begitu. Tiba-tiba dia rasa dia lari dari tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Hanan tersedar. Bibirnya ditampar-tampar. Niat mahu bergurau saja. Tetapi dia lupa Kayla sekarang dalam mood rawat hati sendiri.

"Ka-Kayla, sorry. Aku tak ada niat nak buat kau sedih. Aku cuma nak bergurau je. Sorry." Dua tapak tangan disatukan. Wajah jelas beriak serba salah.

Geram betul dengan mulut sendiri.

Perlahan-lahan Kayla ukir senyuman.

"Tak apa. Aku tak rasa apa-apa pun."

Tak rasa apa-apa? Huh! Hanya Tuhan dan dirinya sendiri saja tahu apa yang dia rasa sekarang. Rasa berdosa sangat! Adakah dia seorang yang pentingkan diri sendiri?

Suasana rumah menjadi suram seketika. Hanan mendiamkan diri. Tidak mahu bercakap lagi, bimbang akan buat Kayla terasa sekali lagi. Cukuplah sekali.

Keluhan Kayla lepaskan.

"Hanan. Kau rasa aku ni- selfish ke?"

"Kenapa cakap macam tu?"

"A-aku dah tinggalkan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Aku lari datang sini tanpa bagitahu suami aku, Adam. Aku- selfish ke?"

"Hei." Hanan bangun dari single sofa dan bergerak ke arah sofa yang diduduki Kayla.

"Kenapa ni? Kau tak tinggalkan tanggungjawab kau, Kayla. Kau lupa ke? Adam sendiri yang halau kau dari rumah tu sampai kau bawa diri sampai sini. Ini bukan selfish, Kayla."

Kayla tertunduk sayu. Dia bermain dengan tangannya sendiri.

"Tapi aku rasa berdosa buat semua ni. Memang Adam halau aku. Tapi, aku dah jauh sangat bawa diri dari suami aku sendiri. Macam mana kalau aku ni dianggap isteri nusyuz? Ak-aku tak nak, Hanan." Terlintas akan perkara itu, segera Kayla menangis.

Sungguh dia takut bila terfikirkan itu. Terlampau takut. Dia tak hendak dianggap seperti itu. Dia tak hendak jadi nusyuz.

Melihat Kayla mula menangis teresak-esak, segera Hanan menarik tubuh itu ke dalam pelukannya. Semua bermula dari dia. Kalau dia tak sebut soal Adam, Kayla mungkin tak fikir semua itu.

"Shhh. Apa cakap macam tu? Tak. Kau tak macam tu Kayla. Kau cuma datang sini untuk tenangkan hati dan fikirkan aku. Jangan cakap macam tu. Tak ada sebab kau jadi isteri nusyuz. Kau keluar dari rumah tu pun bukan sebab kemahuan kau. Adam yang nak kau keluar. Lepas tu dia biarkan kau kat luar tu. Nasib baik aku jumpa kau. Kalau tak, ke mana kau nak pergi tika tu? Jangan sesekali salahkan diri kau. Kau tak salah. Adam tu yang dayus buat kau macam ni. Suami jenis apa macam tu? Orang lain bila ada isteri jaga dan lindung. Bukan macam dia. Lebih pentingkan orang lain dari isteri sendiri."

Panjang lebar dia mula membebel. Tiada sebab Kayla akan jadi isteri nusyuz. Untuk dia membahas lagi, dia sendiri tidak tahu bagaimana caranya. Hanya itu yang dia mampu yakinkan Kayla bukan nusyuz.

Pelukan Hanan dibalas.

"Ta-tapi ak-aku takut, Hanan."

"Tak ada sebab kau nak takut. Not your fault. Kalau betul kau macam tu, kenapa Baba dengan Umi lepaskan kau pergi jauh dari Adam? Sebab mereka pun tahu tak salah kau buat semua ni. Kau cuma tak nak keadaan jadi makin teruk kan? So, ini tak ada kena mengena dengan nusyuz. Shh! Jangan sebut lagi fasal ni. Aku tak nak dengar. Kau bukan boleh percaya. Nanti bila aku dah balik KL, mula la fikir bukan-bukan. Suka sangat overthinking." Belakang badan itu diusap perlahan.

Bebelan Hanan menyebabkan Kayla ketawa dalam tangisannya. Perlahan air mata diseka dan pelukan dileraikan. Semakin lama dia berjauh dari Adam, semakin dia rasa berdosa.

"Dah. Jangan fikir tau? Sekarang kau cuma perlu fikir your new life. Kau dah ada rumah sendiri, tempat tinggal kau sendiri guna duit kau. Kereta pun hak kau sendiri. Semua milik kau. Kau dah tak ada tumpang yang siapa punya. You have your own rights. Tak perlu bergantung pada orang lain. Kau boleh teruskan hidup kau dengan aman." Hanan tersenyum senang.

"But, i'm still someone wife."

"I know. Aku bukan suruh kau lupakan status kau. Aku cuma suruh kau fikir about your new life now."

Kayla mengeluh berat. Mahu lari dari masalah, tapi dia rasa masalah makin bertambah bila memikirkan gelaran isteri yang masih ada.

"Kau rasa, sampai bila aku nak hidup macam ni?"

Hanan jongket bahu.

"Semuanya terletak pada kau. Kalau kau masih mengharapkan Adam, kau tunggu je la. Tapi bila hati kau tak ada lagi nama Adam, i think you're better minta fasakh."

Fasakh?

Sesak dada Kayla bila terfikir dia perlu buat begitu. Kadang-kadang dia rasa nak buat, kadang-kadang tak nak. Dia sendiri tidak pasti dengan hatinya sendiri buat masa sekarang. Jauh disudut hatinya, dia tidak mahu berpisah dari Adam. Sungguh! Tapi, layanan Adam- huh! Bila fikir balik, lebih baik fasakh.

Tapi, dia masih sayangkan Adam. Sukar betul hati ini untuk membenci walaupun Adam sudah melayani dirinya dengan teruk sekali. Kenapa rasa sayang cepat datang, tapi bila ingin membenci sukar sekali. Dia mahu sekali bencikan Adam. Namun, tidak mampu.

?????

IPHONE diletak kasar diatas meja makan. Wajahnya diraup kasar. Hari ini semua serbi tidak kena dengannya. Gelisah semacam. Hati tidak tenang bila terfikirkan seseorang. Satu kerja dipejabat pun tidak jalan.

Terkejut Iskandar dan Zaki bila Adam selamba saja letak Iphone begitu. Mentang-mentang banyak duit. Main campak macam tu saja.

"Kau ni kenapa? Macam tak tenang je aku tengok." Iskandar mula menegur. "Tu, makanan kau pun tak berusik. Kenapa tak makan?"

"Entah la Is. Aku tak tahu apa kena dengan aku hari ni. Buat tu tak kena, buat ni tak kena. Aku asyik gelisah je."

"Kau tak sihat ke?" Kini Zaki pula menyoal.

Dari mula datang ke restoran ini lagi dia perasan lagak Adam yang berbeza sedikit. Raut wajah Adam jelas kegelisahan. Jelas ada perkara yang menganggu. Makanan yang dipesan juga Adam langsung tidak jamah.

"Sihat je."

"Gaduh dengan Lara?"

"Tak."

"Then?"

"Aku tak tahu. Hati aku tak tenang. Aku sendiri pun tak tahu." Adam menampung kepalanya sendiri. Sakit kepala pula.

Iskandar menggelengkan kepala. Parah-parah.

Rindu bini la tu. Time ada depan mata marah. Dah hilang, mula la tu gundah gelana bagai. Cakap benci tapi- heih! Adam dengan ego tak dapat dipisahkan.

"Kau rindu isteri kau kut."

"Heish!"

Laju Iskandar membantah Zaki. Dia punyalah bermonolog dalam hati. Si Zaki pula main redah suka hati saja cakap macam tu. Dibuatnya Adam mengamuk, siapa nak jawab?

"Apa?"

"Kau ni, nanti mengamuk Adam ni macam mana? Aku tibai nanti baru tahu." Balas Iskandar secara menggumam perlahan.

Kata-kata Zaki membuat Adam tercengang dan terkedu.

Rindu?

Isteri? Siapa? Kayla ke?

Tak mungkin.

Tak mungkin dia rindu.

Buat apa nak rindu dengan perempuan macam tu?

"Tak ada masa aku nak rindu."

Zaki mencebik. Menyampah!

"Tak ada masa konon. Yang kau macam ni bukan rindu dia ke?"

Lantas Adam mengangkat wajahnya.

"Tak, kenapa kau perlu sebut fasal dia? Aku cakap aku tak rindu kan?"

Iskandar menepuk dahinya. Aduh! Kan dah cakap! Singa jantan dah bangun dah!

"Lah, aku buat andaian je pun. Nak marah pula. Yang aku sebut tu bukan orang lain. Isteri kau juga. Jangan nak ego sangat la Adam. Nanti melepas kau yang merana."

Pedas sekali kata-kata Zaki. Geram dengan Adam. Dah rindu tu mengaku saja la! Lagipun dah tiga minggu Kayla menghilangkan diri selepas dihalau Adam. Tapi memang patut pun Kayla hilangkan diri. Biar padan dengan muka Adam. Bodoh sombong lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience