Peluang Untuk Bahagia 21

Romance Completed 31764

SENYUMAN paling mesra Kayla hadiahkan kepada semua tetamu jemputan yang hadir di dewan tempat persandingan dia dan Adam. 3 jam sudah berlalu dia dan ahli keluarga Adam berada di sini. Dia bersyukur kerana ramai yang datang dan semua berjalan dengan lancar. Cuma ada beberapa segelintir tetamu bertanya tentang namanya kerana hairan bila nama yang disebut Adam tadi berbeza dari apa yang tertera pada kad jemputan. Dan itu dia serahkan kepada Adam untuk menjawab bila setiap kali ditanya. Pandai-pandailah lelaki itu kelentong. Itu bukan masalah dia.

Bersama dress pengantin berwarna ungu, bersusah payah Kayla berjalan tambah pula dengan heels semakin buat dia terseksa hendak berjalan. Paling dia hairan, kenapa dia tidak tahu semua yang berlaku hari ini sedikit pun dia tidak tahu. Baju akad nikah, cincin dan baju bersanding semuanya bukan milik Lara tetapi miliknya. Ketika Puan Zarina melarang dia dari memakai baju bersanding Lara, dia berasa pelik. Rupanya, ibu angkatnya itu telah sediakan baju yang lain untuknya. Hanya warna yang sama. Syukurlah kerana sekurangnya dia tidak memakai apa yang sepatutnya Lara pakai. Lega hatinya bila Puan Zarina buat semua itu. Kasih sayang ibu angkatnya itu langsung tiada kurang.

Bangku panjang berwarna putih yang tersedia di tepi dewan Kayla hampiri dan duduk disitu menghilangkan rasa lenguh pada kaki kerana banyak berdiri. Rimas pun ada dengan dress kembang yang dipakai. Dengan make up lagi. Kayla melepaskan lelah disitu. Adam dibiarkan entah ke mana.

Kayla termenung.

Betulkah semua ini? Benarkah yang dia sudah sah menjadi isteri Adam?

"Semua ni macam mimpi je."

Suasana meriah dewan diperhati. Masih ramai tetamu walaupun sudah hampir petang. Majlis bermula jam 2 petang dan sekarang sudah hampir jam 6 petang namun tetamu seperti tidak mahu henti saja datang ke sini.

"Kayla."

Kayla berpaling. Terkaku. Tidak semena-mena matanya berair. Dadanya sebak melihat gerangan itu.

Haris datang!

"Haris."

Kayla dihampiri dengan senyuman nipis tetapi cuba dimaniskan. Tidak mahu Kayla nampak kesedihannya. Untuk datang ke sini selepas majlis akad, berkali-kali dia fikir. Tetapi akhirnya kaki jejak ke sini juga. Tidak tahu atas tujuan apa, tapi hati meronta ingin melihat Kayla.

"Hai. Selamat pengantin baru."

Lekas Kayla bangun berdiri. Mata sudah merah kerana menahan dari air mata mengalir. Terasa sakit hatinya melihat wajah Haris tidak seceria dulu. Wajah Haris penuh dengan kebohongan. Berbohong yang lelaki itu kuat dan tidak kesah tetapi dia tahu, Haris sangat kecewa. Dan penyebab kecewa itu adalah dia!

"Sorry sebab datang tak bagitahu."

"Haris."

"Shhh, ini majlis perkahwinan awak dengan Adam. Jangan menangis." Suasana dewan Haris pandang sekilas. "Grand. Awak pun cantik. Bila awak pakai macam ni nampak macam the real princess. My princess."

Akhirnya air mata tumpah jua. Semakin sebak bila Haris menggelarkan begitu. Gelaran yang tidak ubah.

"Haris, saya-"

"Don't say sorry. As i said, i'm fine with this. I can handle it. You don't have to worry. Now, you just have to focus on your newlife as a wife. Adam's wife. Remembered that."

Kayla gigit bibir.

Ya Allah! Haris, kenapa awak sabar sangat? Kenapa awak tak tunjuk je perasaan awak sebenar? Tolong cakap dekat saya yang sekarang ini awak sedang marah. Jangan buat saya rasa semakin bersalah bila tengok muka awak yang tenang tu.

Haris cuak bila semakin banyak pula air mata Kayla mengalir dipipi mulus itu. Dia mula gelabah.

"Kayla, listen to me. Don't cry. Tak elok orang nampak. Nanti rosak make up tu. Please."

"You make me cry."

"Me? Come on, Kayla. Jangan buat saya macam ni. Saya tak kuat bila tengok awak menangis. Kan ada yang saya bawa lari nanti. Ada la kejap lagi keluar news pengantin perempuan dibawa lari. Jangan buat hal."

Dari menangis, Kayla mula ketawa kecil dengan lawak selamba Haris. Tengah sedih macam ni pun sempat lagi lelaki itu hiburkan hatinya.

Tenang Haris bila Kayla ketawa. Sikit pun jadi. Janji Kayla gembira dan dia gembira. Kayla menangis, hatinya turut menangis.

"Don't cry, okey? Awak anggap je saya datang sini as your friends and as your cousin. Not your ex." Pedih bila "ex" disebut, tetapi itulah hakikatnya.

Kayla menyapu air mata menggunakan tisu yang memang dipegang. Haris dipandang dengan senyuman kecil.

"Bila awak jadikan saya ex?"

"Lepas awak sah jadi isteri Adam. Actually, sebelum tu awak still my lovely girlfriend. But now-" Haris menggeleng. "Tak lagi. But it's okey, awak boleh jadi sepupu saya pula. My lovely cousin. Boleh?"

Kayla semakin ketawa. Haris sentiasa mencuit hatinya.

"Saya tak akan pernah asingkan awak dari hidup saya, Haris. Sebab, awak hero saya kalau saya tengah sedih. Awak sentiasa ada dengan-"

"Kayla. I'm not your hero anymore. Adam adalah hero baru awak yang awak perlu letak ditempat pertama." Pintas Haris sebelum sempat Kayla habis bercakap.

Kata-kata Haris buat Kayla mengeluh.

"Haris, awak terlalu baik."

"Baik saya hanya untuk awak." Sengihan ditayang.

Kayla menggeleng hairan. Ada lagi rupanya lelaki seperti Haris zaman sekarang.

"Kenapa awak tak marah je saya?"

"Marah awak? For what? Sebab awak kahwin dengan Adam?" Haris berpeluk tubuh. "Saya rasa tak perlu."

"Kenapa tak perlu?"

"Saya tak sampai hati nak marah awak. Lagipun, macam mana saya marah sekali pun tak dapat ubah apa-apa. Awak dengan Adam dah kahwin. So, macam tu la."

Kayla terdiam. Tabahnya lelaki dihadapannya sekarang. Tenang saja menutur setiap patah perkataan itu sedangkan dia sendiri berasa sebak. Haris memang pandai tenangkan diri sendiri. Itu sebab Haris juga pandai tenangkan dirinya. Siapa yang memiliki Haris terlalu beruntung.

"Haris, kau cakap tak datang."

Perbualan mereka terganggu. Dua-dua berpaling memandang Adam yang sudah berdiri di sebelah Kayla. Adam memandang Kayla dan Haris silih ganti. Dia yang sedang berbual dengan tetamu lain mula hairan bila ternampak Kayla berbual dengan seorang lelaki. Disebabkan lelaki itu membelakanginya, dia mula rasa curiga dan segera meminta diri untuk menghampiri Kayla. Rupanya Haris.

Haris tersenyum. Dia berlagak biasa.

"Meeting habis awal." Bohongnya. "Apa-apa pun tahniah and aku doakan kau orang berdua bahagia sampai ke Jannah." Terlalu perit Haris mengatur ayat yang sesuai agar Adam tidak dapat mengesan apa-apa pun antara dia dan Kayla.

Kata-kata Haris dibalas senyuman dari Adam. Senyuman tidak berapa ikhlas. Entah, dia sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku seterusnya. Dia tidak pernah terfikir semua itu. Tidak pernah terfikir untuk bahagia dengan Kayla kerana sebelum dia hanya fikir Lara saja. Mungkin lepas ini baru dia akan fikirkan semua itu. Biar selesai satu persatu.

"Eh, okey la. Aku pergi makan dulu. Bye, Adam-" Kayla dipandang dengan senyuman manis. Harap ini bukan kali terakhir dia bertemu Kayla. Bertemu sebagai kawan pun tidak mengapa. "Kayla. Saya pergi dulu. Jumpa lepas ni."

Melihat anggukan dan lambaian tangan dari Kayla, terus Haris berpaling dari pasangan itu dan berlalu pergi dengan langkah perlahan. Sebenarnya, dia ada sesuatu untuk katakan kepada Kayla, tetapi bila Adam muncul dia batalkan saja.

Perasan Kayla asyik memandang Haris yang menjauh, Adam berdehem kuat. Hati mula tidak sedap. Adakah Kayla dan Haris bercinta sebelum ini? Tapi tak mungkin. Kalau Kayla bercinta dengan Haris, gadis itu tidak akan setuju dengan cadangannya.

"Suami kau ada dekat sebelah ni. Yang kau pergi tenung lelaki lain kenapa?"

"Mata aku, suka hati aku la."

Tanpa menghiraukan Adam, Kayla terus membuka langkah hendak mendekati orang tuanya. Dia tahu Adam terkejut bila dia jawab begitu. Siapa kesah?

-------------

"AKU nak tidur atas katil. Kau tidur atas sofa." Kayla bercekak pinggang. Dia berdiri dihadapan Adam dan memandang tajam lelaki itu. Malam pertama berkahwin sudah buat hal! Asyik nak bergaduh saja dengan dia. Tak boleh ke kalau Adam biarkan dia tenang? Dari kawan baik bertukar ke suami isteri, sikap bergaduh tidak pernah berpisah dari mereka berdua.

"Tak nak. Aku nak tidur atas katil." Lawan Adam tidak kurang juga. Dia turut bercekak pinggang.

"Lepas tu aku nak tidur mana?"

"Tidur je la atas katil tu, apa masalahnya? Aku bukan nak buat apa-apa pun. Setakat sentuh-sentuh, peluk-peluk tak luak pun lah."

Kayla ternganga. Sekatil dengan lelaki itu? Setakat sentuh-sentuh, peluk-peluk tak luak pun lelaki itu cakap? Merepek apa?! Tak sah tak sakitkan hatinya!

"Ish." Dia mula membentak. "Aku nak tidur atas katil sorang-sorang. Bukan dengan kau. Ini bilik aku, katil aku. Kau nak tidur atas katil, pergi bilik kau la- awh!" Lengan Adam dipegang. Selamba saja lelaki itu menekup kedua belah pipinya.

Kedua-dua pipi Kayla ditekan kuat sehingga bibir isterinya memuncung.

"Adam."

"Kau tu isteri aku. Kau halau aku ya? Eii, geram la aku."

"Adam, lepas. Ish!"

Segera Adam lepaskan dan dia tergelak melihat wajah cemberut Kayla. Sekarang dia sudah bebas nak buat apa pun pada Kayla. Semakin galak dia mengusik dan membuli Kayla bila tiada lagi batasan mereka berdua untuk bersentuhan.

"Fine! Kau boleh tidur atas katil."

"Good."

"Tapi, make sure kau jangan buat apa-apa dekat aku."

Kepala Kayla bergerak ke belakang sedikit apabila Adam secara mengejut menundukkan kepala mendekatkan wajah mereka. Jantung mulalah bermain rentak. Heish! Lagi bahaya sejak berkahwin dengan Adam. Makin jatuh cinta!

"Kalau- aku nak buat apa-apa juga kenapa? Salah ke?" Semakin kepala Kayla ke belakang, semakin dia mendekati.

"Kau gil-"

"Eip! Aku suami kau. Tak baik." Laju Adam menekup mulut Kayla dari menyebut perkataan 'gila'. Dia nampak mata Kayla menjuling ke atas.

"Mmm."

"Apa?"

"Mmmm!"

Adam gelak besar. Tangan dilucutkan dari mulut Kayla.

"Kau ni kan, makin berani kan pegang-pegang aku?" Meletus kemarahan Kayla. Tahu tak jantung dia hampir meletup bila Adam buat macam tu!

"Dah halal, buat apa nak takut." Selamba Adam membalas sambil naik merangkak di atas katil dan mula merebahkan tubuhnya. Selesa! Seharian badan tidak direhatkan.

Kayla menjeling. Duduk dilabuhkan hujung katil. Dia duduk membelakangi Adam yang sedang berbaring. Pintu bilik direnung. Rasa macam tak percaya duduk satu bilik dengan Adam. Dan, tanpa memakai tudung. Huh! Awkward teruk ketika dia mula membuka tudung dihadapan Adam. Lagi gemuruh bila mata Adam hanya memerhati dia yang sedang membuka tudung.

Kayla pejam mata. Tidak sanggup ingat itu. Malu!

"Kayla." Adam mula memanggil.

"Hrmm."

"Aku tak percaya yang sekarang ni kau duduk depan aku tanpa bertudung." Ujarnya sambil mata menghadap siling. Tangan menapung kepala. "Aku tak percaya yang- kau isteri aku."

"Huh." Kayla ketawa kecil. "Kau tak percaya? Aku lagilah tak percaya. Perkahwinan ni sepatutnya untuk kau dengan La-"

"Jangan sebut nama dia. Aku tak suka."

Adam dipandang.

"Kenapa?"

Lelaki itu bangun dari baringan dan bersela memandang Kayla. Dia tidak suka bila nama Lara menyapa pendengarannya. Bukan benci, tetapi setiap kali mendengar nama Lara hatinya sakit dan semakin kecewa dengan apa yang Lara lakukan kepada dia. Buat masa sekarang dia tidak mahu mengingati Lara. Biarlah rasa sakit ini pulih. Rasa mahu mencari jejak Lara juga sudah hilang. Buat apa dia mencari kalau gadis itu yang pergi darinya? Tinggalkan dia terpinga-pinga menyelesaikan masalah perkahwinan mereka. Biar saja la masa menentukan untuk dia perlahan-lahan melupakan Lara. Mungkin Lara sudah ada pilihan baru.

"Start from today, elakkan sebut nama dia. Aku tak suka. Kau faham kan apa yang dia buat dekat aku? Aku kecewa sangat dengan dia. Hati aku ni sakit bila dia buat aku macam ni."

Layu mata Kayla memandang Adam berkata lirih penuh kecewa.

"Aku faham. Sabar. Semua ni ujian."

Tanpa bicara, Adam bergerak ke hujung katil dan turut duduk disitu. Tangan kanan Kayla dicapai dan diletakkan diatas pahanya sebelum digenggam erat. Wajah Kayla dipandang serba salah.

"Kayla, aku minta maaf kalau libatkan kau dalam masalah aku. Aku- aku memang dah tak terfikir macam mana nak selesaikan masalah macam ni selain jadikan kau isteri aku. Aku minta maaf kalau kau kecewa dengan cadangan aku. Aku minta maaf kalau buat kau tertekan. Aku terpaksa, Kayla."

Setiap kali bersentuhan, jantung Kayla mula bekerja keras. Wajah mula membahang bila dia pandang tangan yang dipegang erat oleh Adam. Sebelum ini, pegang lengannya pun dia marah walaupun berlapik. Sekarang, hendak tolak pun rasa lemah semacam. Heih! Hati memang cepat sangat lemah bila dengan Adam. Teragak-agak dan takut-takut tangan kiri bergerak untuk membalas pegangan tangan Adam.

"It's okey. Aku terima dengan hati terbuka." Terbuka ke? Sikit je. Dia masih terkilan bila teringat akan Haris. Macam mana keadaan lelaki itu sekarang?

"Aku tahu kau marah aku sebab libatkan kau."

"Tak. Aku tak marah. Cuma-"

"Cuma apa?"

"Aku terkilan sikit je. Tak ada apa la." Kayla tersenyum manis. "Dah, aku mengantuk la." Tidak mahu jantung semakin laju berdebar, lebih baik dia cepat mengelak. Sudahlah sekatil malam ini!

Lengan Kayla dipegang bila isterinya itu bangun dari duduk.

"Kau terkilan sebab- kau dah kecewakan Haris?"

Tergamam. Kayla pandang Adam.

"Aku tahu, kau dengan Haris kan?"

"Apa yang kau tahu?"

Adam bangun berdiri bertentang dengan Kayla.

"Haris pernah confess perasaan dia dekat kau, kan?"

"Mana kau tahu?" Soalan dibalas soalan. Hanya itu yang Kayla buat kerana dia terkejut bila Adam seakan tahu hubungannya dengan Haris.

"Dia pernah bagitahu aku yang dia sukakan kau empat tahun lepas. And now, aku tak sure macam mana but i think he really like you. Tadi dekat dewan aku nampak mata dia pandang kau macam mana. Kau dengan dia ada something ke belakang aku? Yalah, sebab lately ni kan kita macam orang asing kau cakap. Tak bertegur sapa. So, aku dah banyak terlepas tentang kau. Nak-nak pula lepas kau pindah."

Kayla terjeda. Perlukah dia jujur apa sebenarnya hubungan dia bersama Haris? Tapi, Haris melarang dia dari buat begitu. Nanti, kalau dia terus terang dengan Adam tentu suaminya sampaikan kepada Haris dan Haris akan marah.

"Nak tahu macam mana kalau asyik berkepit dengan Lara." Gumam dia perlahan.

"Aku dengar." Adam senyum herot. "Why? Are you jealous?"

"Tak ada la. Aku sedar aku ni cuma kawan baik kau. Tak fasal-fasal aku nak cemburu kenapa? Huh! Tak kuasa. Dah la. Aku nak tidur." Pegangan Adam pada lengan dileraikan. Dia naik ke atas katil dan terus baringkan badan. Comforter ditarik menyelubungi seluruh tubuhnya.

"Kayla, kau tak jawab soalan aku."

"Lain kali. Tidur sebelum aku tendang kau tidur atas sofa."

Laju saja Adam naik ke atas katil dan baring disebelah Kayla. Dia mengiring menghadap belakang Kayla.

"Kau pernah dengar tak yang isteri tak boleh tidur membelakangi suami?"

Senyap.

"Kayla?"

Masih senyap.

Adam senyum nakal. Tak dengar ya? Tak apa. Tunggu.

Perlahan-lahan tangan kirinya bergerak mahu menjalar dibahagian pinggang Kayla. Tetapi belum sempat tangan mendarat, Kayla berpaling.

"Kau jangan peluk aku la! Aku dengar apa kau cakap. Tidur."

"Garang sangat ni." Adam ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience