Peluang Untuk Bahagia 9

Romance Completed 31764

TUBUH Haris terhentak kuat pada dinding. Dia menggiris kesakitan sakit pada bahagian belakangnya. Adam dihadapannya dipandang tajam bersama api kemarahan. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba Adam datang menyerangnya semasa dia berjalan hendak ke pusat pentadbiran. Adam tarik dia ke belakang bangunan dan segera menolak kasar dia ke dinding.

"Kau ni apahal?"

"Kau tanya aku apahal? Kau tu apahal? Aku dah bagi kau warning jangan rapat dengan Kayla!"

Haris berdecit. Belakangnya ditepuk-tepuk menghilangkan kesan kotor yang melekat pada bajunya. Sebab Kayla rupanya Adam serang dia.

"Kenapa? Aku rasa tak salah sebab Kayla adik beradik angkat kau dan secara tak langsung, dia pun sepupu aku."

Adam kepal penumbuk. Ikut hatinya sudah lama penumbuk ini melayang ke wajah sepupunya itu. Geram saja dia melihat wajah mengejek Haris seperti sengaja membangkitkan kemarahannya. Sudah diberi amaran tetapi masih lagi buat perkara yang sama.

"Kenapa tengok aku macam tu? Tak puas hati?" Semakin Haris suka melihat wajah kemarahan Adam. Dia mara ke hadapan mendekatkan dirinya pada Adam.

"Kau kesah kenapa? Kau dah ada awek, kan? So, i got the chance to get her as my girlfriend, right?" Pipi kanan Adam ditampar-tampar perlahan. "Kau- tak ada hak nak halang dia dengan aku, Adam."

Tidak dapat menahan diri, lantas kolar baju Haris dicengkam kuat seiring dengan gigi yang diketap kuat. Matanya merah memandang Haris. Dia dan Haris sejak dulu memang tidak serasi. Memang selalu jumpa ada saja yang akan mereka gaduhkan.

"Kau jangan mimpi yang kau akan dapat Kayla dari aku."

"Why? Dia tu adik beradik angkat kau je a.k.a kawan baik kau. And kau dah ada girlfriend, Adam. She's nothing for you i think. Sampai bila kau nak control dia? Dia pun nak ada kehidupan sendiri."

Semakin kuat cengkaman Adam pada kolar baju Haris. "Dia dah lama jadi family aku. Dan dia dah jadi tanggungjawab aku untuk pantau dia. Aku tak nak dia dapat lelaki macam kau!"

Haris tergelak besar. Entah, tiba-tiba rasa kelakar pula kata-kata yang keluar dari Adam. Tanggungjawab? Sememangnya Adam itu siapa? Suami Kayla ke hendak bertanggungjawab bagai?

"Tanggungjawab? Apa je yang kau boleh tanggung dia? Kau tolong kongkong dia adalah. Dia berhak berkawan dengan siapa dia nak, Adam termasuk aku! Ke, kau jealous bila aku dengan dia? Kau tak payah risau la. Aku janji aku akan jaga kawan baik kesayangan kau tu elok-elok. Hmm?"

"Eh! Kau jangan ingat aku izinkan Kayla bercinta dengan kau?! Dulu, kau rampas cinta pertama aku. Sekarang, kau nak rampas kawan baik aku pula? Kau memang tak boleh tengok aku senang ke, Haris? Kau kalau nak balas dendam jangan libatkan Kayla!"

Wajah Haris berubah. Dahinya berkerut seribu. Dia rampas cinta pertama Adam? Dulu? Siapa?

"Si-siapa cinta pertama kau?" Dia mula berdebar. Kalau benar dia telah merampas cinta pertama Adam...

Dada Adam turun naik dengan laju sekali. Rasa amarahnya tidak dapat dibendung lagi. Haris tidak tahu atau pura-pura tidak tahu?! Ya! Dia memang tidak suka Haris sejak kecil lagi. Tetapi kebencian dia terhadap sepupunya itu semakin bertambah bila dapat tahu cinta pertamanya beberapa tahun lepas telah menjadi kekasih Haris. Dan sekarang, Haris datang lagi dan kali ini cuba rampas Kayla darinya!

"Hu-Husna? Hu-Husna ke cinta pertama kau?"

Teringat Haris kepada seorang gadis yang pernah dia jadikan kekasih sewaktu zaman sekolah menengah dulu. Tetapi hanya sekejap, hanya beberapa bulan selepas itu dia memutuskan hubungan itu kerana mahu fokus kepada SPM. Kebisuan Adam meyakinkan dia bahawa cinta pertama yang dimaksudkan Adam adalah Husna. Tiba-tiba wajahnya bertukar pucat. Sumpah! Dia tidak tahu Husna adalah gadis yang Adam suka dalam diam.

"Adam. Sumpah aku tak tahu yang-"

"Kau datang KL, kau pindah masuk sekolah aku. Kau rampas orang yang aku suka, orang yang aku cinta, Haris! Bertahun aku tunggu nak luah perasaan dekat dia, kau dengan senang-senang masuk sekolah tu terus jadikan dia girlfriend kau. Aku tahu yang kau tahu aku suka Husna."

Laju Haris menggeleng. "Tak, Adam. Aku tak tahu. Sumpah aku tak tahu."

"Tipu! Kau sengaja buat macam tu sebab kau nak sakitkan hati aku, kan? Kau sengaja sebab kau sakit hati Nenek sayang aku lebih, kan?!"

Haris tercengang. Tuduhan Adam sama sekali tidak benar! Dia tiada niat pun nak lakukan semua itu. Tiada sedetik pun rasa sakit hati pada Adam. Malah, dia sudah menganggap Adam itu seperti adik-beradiknya yang lain.Ya! Memang Nenek mereka sering saja lebihkan Adam daripada dia setiap kali Adam pulang ke Melaka. Namun, dia memang tidak rasa sedikit pun rasa sakit hati. Dan perihal Husna, dia sememangnya tidak tahu. Dia juga meminati gadis setelah masuk ke sekolah itu. Tetapi sumpah dia tidak tahu.

"Adam! Kau jangan nak mengarut Adam. Aku sikit pun tak ada perasaan sakit hati tu. Kau ni terlampau ikut perasaan. Cuba bawa bersabar." Bukan ke tadi mereka berdua bercakap tentang Kayla? Ini sudah kenapa sampai tentang Nenek mereka pula?

"Apa pun alasan kau, aku tak nak kau dekat dengan Kayla lagi! Muktamad!" Kolar baju Adam dilepaskan. Dia tidak mahu perkara sama berulang lagi. Dia tidak mahu Haris rampas Kayla seperti mana Haris rampas Husna pada masa dulu!

Baru selangkah dia bergerak jauh dari Haris, langkah terhenti dengan ayat yang agak membuatkan dia tersentak dan tergamam.

"Aku sukakan Kayla. Kau bagi aku warning banyak mana sekali pun, aku tak akan sesekali mengalah untuk dapatkan Kayla. Aku cakap aku sukakan Kayla. Aku nak dia jadi milik aku. Antara kau dengan dia tiada apa kaitan. So, tak salah kalau aku pikat dia. Kau tak ada hak nak halang aku. Or-" Haris berpusing memandang belakang Adam sebelum menyambung.

"Kau sebenarnya sukakan Kayla, sebab tu kau marah bila aku dekat dan cuba pikat Kayla. Kan?"

Adam terkaku. Langsung tidak bergerak. Mata hala kehadapan dengan perasaan bercampur baur. Separuh dari hatinya mahu menidakkan apa yang terpancul keluar dari mulut Haris. Dah separuh hatinya seakan mengiyakan. Dadanya berdebar tidak enak bila dengar pengkuan Haris. Haris sukakan Kayla.

"Adam." Haris langkah mendekati Adam.

"Kalau betul kau tak ada apa-apa perasaan pada Kayla, kenapa kau perlu halang aku dari rapat dengan dia? Kalau betul kau sekadar menganggap dia kawan baik kau, kenapa kau perlu rasa marah bila dia keluar dengan aku? Kenapa?" Tebaknya dengan soalan yang mampu membisukan Adam.

"Kenapa kau diam, Adam?"

Adam menarik nafas. Tadi menyerang Haris kerana Kayla. Sekarang, Haris menyerang dia dengan pelbagai soalan yang mampu mengelukan lidahnya dari membalas. Terasa semua itu benar. Kenapa dia perlu halang Kayla rapat dengan Haris sedangkan gadis itu hanya kawan baiknya dan dia- tak ada rasa suka dan cinta pada Kayla. Akan tetapi, dia sendiri tidak senang kalau mana-mana lelaki dekati Kayla.

"Adam. Kau sedar la. Kau ingat kau seorang saja ke boleh bercinta? Kayla pun sama. Kalau kau marah dia rapat dengan lelaki lain sebab dia kawan baik kau, tak mustahil Kayla turut rasa yang sama. Kau pernah terfikir tak apa perasaan Kayla bila kau bercinta dengan Lara? Mungkin dia pun rasa apa yang kau tengah rasa sekarang."

Adam terjeda. Kata-kata yang keluar berturut-turut dari Haris menyentakkan hatinya. Hati sedikit tersentuh dan terusik. Adakah dia terlampau pentingkan diri sendiri? Ya. Dia memang tidak pernah terfikir bagaimana perasaan Kayla ketika dia mengatakan yang dia sedang bercinta dengan Lara. Malah, sejak dia bercinta dia jarang sekali meluangkan masa bersama Kayla. Tetapi, dia lihat Kayla baik-baik saja seperti tiada perasaan bila dia mula menjauh.

------------

TIRAI sliding yang memisahkan ruang tamu dan halaman luar rumah diselak sedikit bagi melihat gerangan yang sedang mengelamun jauh memandang ke langit. Sebenarnya, dia berasa sedikit hairan bila hari ini Adam berada di rumah saja. Selalunya nak dekat senja baru nampak batang hidung. Hari ini, lelaki itu pulang awal sepertinya. Selepas saja makan malam, Adam membawa diri ke luar rumah. Hari ini Adam juga diam membisu.

Kayla mengeluh. Ingin sekali dia bercakap dengan Adam. Mahu mendengar apa masalah lelaki itu. Bergaduh dengan Lara kah? Wajah Adam jelas bahawa lelaki itu sedang dibelenggu dengan masalah. Tetapi, dia teragak-agak mahu bertanya. Orang sudah tidak sudi bersua dengannya, buat apa dia yang terhegeh pula, kan.

Dia senyum sendiri memandang Adam yang masih belum sedar dia yang sedang mengintai. Teringat pula semasa dia dan Adam yang sering saja menghabiskan masa dibuaian itu. Saling menceritakan masalah masing-masing dan saling beri kata semangat. Dia luahkan masalah kepada Adam dan Adam luahkan kepada dia. Mereka berdua saling berkongsi segalanya. Pahit, manis, suka dan tawa. Tapi- itu dulu. Sebelum Adam jumpa peneman hidup lelaki itu yang sebenar. Sekarang, dia dan Adam bagaikan orang asing di dalam rumah ini.

"Aku rindu kau yang dulu, Adam." Dia merintih sendiri sebelum cepat-cepat menyeka air mata yang mahu menitis.

Malas mahu melayan perasaan yang mendesak untuk dia tahu apa yang ditanggung Adam, dia berpusing mahu masuk ke dalam bilik.

"Kayla. Aku tahu kau ada dekat situ."

Langkahnya mati. Sepantas kilat dia berpaling memandang Adam yang masih memandang langit. Dahi Kayla berkerut hairan. Bagaimana lelaki itu tahu yang dia ada di sini sedangkan Adam berpaling ke arah lain? Teragak-agak dia mahu mendekati lelaki itu. Akhirnya, dia terpaksa berdiri saja disebelah sliding door.

"Kau, kenapa? Ada masalah?" Diringankan saja bibir untuk bertanya.

Adam senyum nipis dan hambar sekali. Baru hari ini dia dapat mendengar suara Kayla selepas beberapa minggu. Masing-masing sibuk dengan final exam yang sedang berjalan. Dan, dia sibuk dengan Lara. Mana ada masa untuk lepas bersama Kayla seperti biasa.

"A-aku nak minta maaf."

Kayla menegakkan tubuh. "For what?"

"Sebab aku dah ceroboh masuk bilik kau haritu. Aku tahu benda tu tak sepatutnya terjadi." Perlahan sekali nada suara Adam kali ini. Tiada lagi suara ceria setiap kali berbual dengan Kayla.

Dia menyambung lagi bila Kayla hanya senyap. "Dan, aku minta maaf sebab- aku halang kau berkawan dengan Haris. Aku tahu aku tak ada hak nak halang kau."

Hati Kayla mula berlagu tidak senang. Dia dapat rasakan sesuatu yang telah terjadi pada Adam sehingga lelaki itu berkata begitu. Tetapi, apakah ia? Namun, dia masih belum membuka mulut membalas kata-kata Adam. Biarkan lelaki luah apa yang bermain difikiran.

Kedengaran Adam mengeluh kuat. Lelaki itu menunduk.

"Aku sedar yang aku dah mungkir janji dengan kau. Aku mungkir janji yang aku tak akan lupakan persahabatan kita. Tapi- aku buat juga. Aku sedar semua tu, Kayla. Aku abaikan kau. Dah lama tak lepak dan luang masa dengan kau macam selalu."

"Tak apa. Aku faham." Kali ini Kayla membalas. Tidak mahu lelaki itu terasa hati pula.

Suasana sepi seketika. Kayla memberi ruang kepada Adam untuk meneruskan kata-kata. Dia tahu, masih banyak lagi yang Adam mahu luahkan. Tiba-tiba Adam ketawa kecil.

"Aku pun pelik kenapa aku halang kau rapat dengan Haris sedangkan kau cuma kawan baik aku. Nak kata aku jealous, apa yang akan jealous dengan Haris tu. Tak mungkin aku jealous sebab aku sukakan kau. Kau tu just kawan baik aku dan aku dah ada Lara."

Kayla tergamam. Hatinya tersentak dengan bicara itu. Ayat paling terakhir agak menyakitkan hatinya. Baru saja tadi dia berasa tenang bila Adam mula meminta maaf dengannya. Tetapi, dengan ayat terakhir tadi Adam sudah mampu buat dia kecewa lagi.

"Kau tu just kawan baik aku dan aku dah ada Lara."

Ya Allah, sakit!

Dia tahu dan yakin kalau begitu, selamanya dia tidak dapat bersama dengan Adam. Dia tahu, suatu hari nanti kalau dia luahkan perasaan tentu Adam akan terus menjauh darinya. Air mata bertakung hanya tiba masa untuk jatuh. Dia tahan.

"Ehem! Kau dah tak ada apa kan? Kalau tak ada, aku nak masuk ni."

"Apa perasaan kau pada aku Kayla?"

Soalan itu mematikan niat Kayla untuk berlalu dari situ. Kayla terkaku. Otaknya cuba mencerna maksud disebalik soalan itu.

Tidak semena-mena, Adam bangun berdiri dan perlahan berpusing memandang Kayla yang terkaku berdiri disebelah sliding door. Kemudian, langkah diatur menghampiri Kayla.

"Ap-apa maksud kau?" Tergagap-gagap pula Kayla menyoal.

Adam memanah anak mata Kayla dan dia mulai perasaan gadis itu sedikit gelabah. Dia semakin mendekati.

"Eh, Adam. Jangan buat hal." Kayla mengangkat kedua belah tangannya menghalang Adam dari rapat dengannya. Dia berpaling ke belakang sekejap bimbang kalau ada mata yang memandang.

Adam masih lagi memandang Kayla serius. Tiada senyuman dia seraut wajah itu.

"Kau, sukakan aku?"

Zap! Kilat menyambar masuk ke dalam hati Kayla. Hendak pula dengan panahan anak mata Adam yang mendalan memandang anak matanya. Lututnya terasa lemah. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia mengangguk laju dan terus mengaku bahawa dia memang sukakan lelaki itu. Tetapi dia sedar diri!

Kayla menggeleng laju.

"Aku tak suka jawapan macam tu. Aku nak kau bercakap." Tegas sekali Adam menyuruh.

Tiba-tiba Kayla tergelak. Gelak palsu.

"Kau ni dah kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu?"

"Jawab soalan aku, Kayla."

Gulp!

Kayla telan liur. Serius la pula Adam pada malam ini. Tadi lelaki itu gelak, sekarang bertukar serius. Kayla mengumpul tenaga. Tangan dikepal dan dia turut membalas pandangan Adam. Baiklah!

Nafas ditarik dalam.

"Tak! Aku tak sukakan kau dan aku tak ada perasaan apa-apa pun dekat kau. Sama macam apa yang kau cakap tadi. Aku ni hanya kawan baik kau dan kau juga hanya kawan baik aku."

Biarpun sakit, dia tetap sanggup bertahan dan menipu. Termasuk juga menipu diri sendiri. Matanya sudah bergetar menahan air mata yang mahu bertakung. Bimbang kalau Adam mula ragu-ragu dengan pengakuannya. Tolong la! Dia tidak mahu kehilangan seorang sahabat disebabkan cinta! Tak nak!

Bibir Adam terkatup rapat. Ada sesuatu yang dia rasa berat sangat saat mendengar pengakuan Kayla. Tapi apa? Tak mungkin dia kecewa bila Kayla mengatakan yang gadis itu tidak menyukainya? Dia mengeluh.

"Okey! That't good. Lega aku dengar." Ya ke? Sempat lagi otaknya membidas. "Sebab aku dah tak perlu ragu lagi dengan perasaan kau. Sebelum ni aku ada syak kau sukakan aku. So now dikira settle." Terus dia melangkah masuk ke dalam. Kecewa kah dia?

Selangkah Adam mula pergi, air mata terus menitis dipipi mulus Kayla. Semakin lama semakin banyak. Kayla membawa langkah ke buaian dan duduknya dilabuhkan ke situ. Sakit. Sakit bila terpaksa bohong diri sendiri. Tetapi, kadang-kadang itulah yang terbaik. Bibir dikemam rapat dari mengeluarkan suara tangisan. Tidak mahu sesiapa pun mendengar. Wajahnya ditekup.

Hati aku pedih, Adam. Pedih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience