Peluang Untuk Bahagia 52

Romance Completed 31764

RALIT sekali Kayla memandang suaminya yang leka memandu. Dahi berkerut kerana hairan wajah lelaki itu tenang saja biarpun sekarang mereka sedang menujuk ke klinik Doktor Zaharil. Semalam dia habis pujuk lelaki itu untuk pergi buat pemeriksaan lagi. Adam yang sakit tapi dia pula yang bersungguh-sungguh mahu buat pemeriksaan.

Walaupun sedang kusyuk memandu dan memakai Reyban, Adam perasan yang dirinya sedang direnung Kayla tidak henti-henti.

"Kenapa tengok abang macam tu? Ada yang tak kena ke?"

Lambat-lambat isterinya itu menggeleng.

"Abang."

"Hmm?"

"Boleh tak kalau Kayla tak panggil abang dengan panggilan 'abang' tu?"

Permintaan Kayla mengerutkan dahi Adam.

"Kenapa?"

"Emm, i think macam tak sesuai la sebab kita kan sebaya." Pada Kayla, panggilan itu tidak sesuai buat mereka.

Dia juga kekok hendak memanggil Adam begitu. Selama ini asyik aku kau dan awak saya. Bila kena panggil begitu rasa janggal. Lagipun mereka sebaya.

"Then nak panggil apa? Tak nak eh awak saya. Abang tak suka." Awal-awal lagi Adam memberi amaran. Jari telunjuk digoyang kiri dan kanan tanda dia tidak suka.

Kayla tergelak.

"Kayla dah fikir semalam."

"Semalam? Amboi! Okey. Apa panggilan yang sesuai untuk kita?"

"Bie? Boleh kan?" Kayla beri cadangan. Macam sweet saja bila dapat panggil Adam begitu.

"Bee? Lebah?"

Soalan polos dari Adam diketawakan Kayla sepuas-puasnya. Adui! Kenapa suaminya ini? Tak pernah dengar ke panggilan macam tu? Umur dah masuk 28 tahun pun otak beku lagi.

Ops! Terkutuk.

Dia masih ketawa.

"Bukan lebah la. Awak ni. Bie tu singkatan bagi hubby. Ada pula lebah. Macam tak pernah bercinta pula." Ayat terakhir dia hanya menggumam sendiri.

Ingat yang Adam pernah bercinta dengan Lara, hatinya dijentik cemburu. Benarkah hati Adam sudah tidak menerima Lara? Sedangkan Adam sudah lama bercinta dengan perempuan itu. Dari zaman universiti hinggalah Adam dah bina rumah tangga bersamanya.

Walaupun masih ragu-ragu, dia kuatkan hati untuk percaya. Adam itu baru saja berubah. Banyak lagi masa yang perlu dia beri kepada lelaki itu.

"I still can hear that, dear. Jangan nak ungkit tentang dulu, okey? Abang tak suka." Tegur Adam serius.

Tidak suka bila Kayla menyebut tentang itu. Kerana dia tahu, isterinya itu akan kecewa lagi. Bila ingat masa lalu, tentu saja perbuatan dia pada Kayla juga dia akan ingat. Begitu juga dengan Kayla.

"Not abang. Bie." Segera Kayla membetulkan. Teguran Adam diendahkan.

"Tak nak la Bie. Apa kata panggil Hubby terus. And untuk Kayla, i'll call you Honey? Lain dari yang lain, kan? It's that good, right?"

"Hubby and honey?"

Adam tersenyum apabila melihat isterinya disebelah seperti teruja sangat dengan panggilan itu.

"Yup. Hubby and Honey. Comel kan?"

"Oh okey macam ni. Honey tu kita tukar ejaan. Kita eja H.U.N.N.Y. Nak tak?"

Semakin lebar senyuman Kayla melihat anggukan Adam. Adam pandang Kayla.

"So, start from today you're my hunny bunny. Cute kan? My hunny bunny pipi bulat." Ujar dia seraya mencubit-cubit pipi kanan Kayla

Kayla jeling tidak puas hati. Pipinya ditekup. Bulat?

"Mana ada bulat. Nak cakap orang ni gemuk la?"

Tergelak Adam bila perasan bibir isterinya itu muncung sedepa. Pantang diusik sikit. Tak melenting, muncung sedepa.

Handbreak ditarik sebaik saja Adam memberhentikan kereta disebabkan lampu merah. Reyban ditanggalkan untuk memandang jelas wajah isterinya.

"My hunny merajuk ke? Hunny tak gemuk tapi pipi tu yang tembam and bila pipi tembam automatik nampak macam..." ayar sengaja digantung. Kayla didekati.

"Gemuk." Sambung dia seraya berbisik ke telinga Kayla yang sedang merajuk.

Hati Kayla sudah membara. Suka hati saja panggil dia gemuk? Tahu la dia tak cukup incin tapi tak perlu panggil gemuk! Bila tak cukup inci nampak la gemuk!

"Fine. Saya sedar la diri saya. Tak macam kekasih kesayangan dia tu, model. Dah sah-sah slim cantik. Kita ni gemuk. Huh!"

Wajah nakal Adam terus berubah. Lagi. Memang betul yang Kayla tak lupakan semua tu. Baru saja dipesan beberapa minit lepas. Ini ungkit balik.

"Hunny, listen." Tangan Kayla cuba dicapai.

Kayla buat tidak endah. Dikalihkan badan membelakangi Adam. Nak uji sikit keparakaran memujuk dari Adam macam mana. Tapi, dia sudah cukup terpujuk dengan perubahan lelaki itu.

Terdengar lelaki itu mengeluh. Kayla sembunyi senyum.

"I'm sorry, okey? I'm just kidding. Tak bermaksud apa-apa pun." Hampa. Kayla langsung tidak memberi sebarang reaksi. Adam kembali memakai Reyban.

"Merajuk la. Nak patah balik. Buat apa pergi check."

Sepantas kilat Kayla memusingkan tubuhnya. Suara Adam serius saja. Dia bimbang jika lelaki itu benar-benar berpatah balik.

"Okey tak. Main-main je pun. Janganlah. Kita pergi check eh?" Lengan Adam digoyang-goyangkan.

"Tak nak." Pujukan Kayla tidak diendah. Sebaliknya Adam meneruskan pemanduan tanpa memandang Kayla.

"Ala! Tak nak macam ni. Kayla main-main je tadi. Tak nak serius macam ni. Tak mo majok." Tangan sebelah kiri Adam yang tidak memegang stereng kereta itu dicapai.

Adam masih buat tidak tahu. Dalam hati sudah tidak tahan ingin gelak melihat Kayla yang berusaha untuk memujuknya.

"Hubby."

Kali ini Adam sudah tidak tahan diri dari tersenyum dan ketawa. Lembut saja suara isterinya itu bila memanggil begitu menyapa hawa pendengarannya. Walaupun dia tidak melihat wajah Kayla, tetapi dia tahu isterinya itu sekarang mengerdip-ngerdipkan mata. Merayu konon.

"Kita pergi check eh?" Kayla masih memujuk.

"Boleh. Tapi dengan satu syarat."

"Okey. Hubby cakap je. Kayla ikut."

"Betul?"

"Yes."

Jawapan yakin dari Kayla menggembirakan Adam. Dari senyuman biasa, dia sudah menukarkan senyuman nakal. Kayla dipandang sekilas sebelum dia menunjuk ke arah pipi kiri.

"Kiss me first."

"Ha? Ish! Tak nak la." Tidak jadi Kayla ingin mengikut syarat lelaki itu.

Dia disuruh cium pipi Adam? Tak nak la! Segan!

"Okey kalau macam tu kita balik rumah Baba. Tak payah pergi jumpa Uncle Ril." Signal kanan sudah diberikan menandakan sudah bersedia untuk membelok berpatah balik.

Kayla yang melihat mula gelabah. Ingatkan lelaki itu main-main.

"Okey, okey. Huh! Dekat sikit." Terpaksa mengalah dan ikut syarat yang diberikan.

Adam terus tersenyum kemenangan.

"Hubby tengah drive ni. Hunny la datang dekat."

Senyuman makin lebar bila dengusan dari Kayla kedengaran. Nampak sangat isterinya itu terpaksa.

Tanpa kerelaan, Kayla bergerak ke kanan sedikit bagi mendekatkan dirinya pada lelaki itu. Pipi kiri yang sudah sedia Adam sua ke arah dia itu dijeling.

"Mengada."

Sempat dia berkata sebelum dengan cepat dilekapkan bibir pada pipi Adam. Hanya sesaat dan dia terus bergerak jauh. Adam yang sudah senyum hingga ke telinga itu dijeling. Gembira sangat! Suka kenakan dia!

"That's my hunny bunny." Kepala Kayla disebalik tudung diusap sayang sebelum dia kembali fokus memandu dengan hati lapang walaupun orang disebelah sudah menjeling bagai nak terkeluar biji mata.

?????

MELIHAT Doktor Zaharil mengeluh, Adam dan Kayla saling pandang. Wajah masing-masing sudah mula resah dengan bakal yang mereka dengar sebentar lagi. Kayla genggam erat tangan suaminya itu.

Sejuk. Mungkin lelaki itu berdebar gila.

"I'm sorry but I think Adam perlu buat operation dengan kadar segera." Tidak mahu mengulas lanjut kerana Doktor Zaharil juga tidak sanggup sampaikan perkara ini. Tambahan pula Kayla turut berada di sebelah Adam.

"Kenapa Uncle?" Kayla terlebih dahulu menyoal.

"Kayla betul-betul nak tahu ke?"

"Adam suami Kayla, Uncle. Kayla nak tahu."

"Hunny." Adam mula menegur. Risau dia bila melihat Kayla seperti menggesa Doktor Zaharil itu. Dengan wajah yang resah itu lagi menyentuh hati lelakinya. Jelas yang Kayla risau tentangnya.

Tersenyum Doktor Zaharil mendengar.

Sama seperti Adam, dia juga mengenali Kayla sewaktu gadis itu kecil lagi. Dia bukan sahaja kawan lama kepada Encik Amir tetapi juga kawan lama kepada arwah ayah Kayla. Kayla juga sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Perkara yang dia tidak sangka adalah bila dapat tahu Adam dan Kayla sudah pun menjadi pasangan suami isteri.

"Apa? Kayla nak tahu sangat."

"Okey. Uncle will tell you. Tapi Kayla kena sabar, jangan cepat melenting. Kesian Adam."

Kayla mengangguk faham. Dia pula berdebar hebat seperti dia pula yang sakit.

"Adam ada bagitahu yang darah beku tu hampir masuk dalam pembuluh darah?"

"Ada."

"I'm sorry to tell this but hanya tinggal beberapa cm saja lagi untuk darah beku masuk ke pembuluh darah. And you guys tahu kan yang bila gumpalan tu masuk dalam saluran darah apa yang akan jadi? So, Uncle nak Adam operate next week juga. Uncle akan rujuk pakar and masukkan nama Adam untuk operation next week. In this time please listen to me. Boleh, Adam?"

Adam tercengang.

"Ne- next week, Uncle?"

"Ya, Adam. Kalau dibiarkan lebih daripada minggu depan, Uncle risau saluran darah Adam pecah. Please." Tak pernah dibuat orang seorang doktor merayu kepada pesakit. Biasanya pesakit yang akan merayu. Doktor Zaharil berharap sangat yang Adam akan setuju.

Kayla toleh memandang Adam yang sudah muram itu.

"Hubby. Setuju je la dengan Uncle. Okey?"

"But, Kayla. Sebelum Uncle nak bagitahu yang operate ni-"

"Fifty-fifty. Kayla tahu. Dan Kayla berharap suami Kayla berjaya dalam operate tu."

Suasana bilik itu sepi. Doktor Zaharil tidak dapat berkata apa. Dia memang mahu Adam jalankan pembedahan tetapi dia juga tidak tahu sama ada pembedahan itu akan berjaya atau tidak. Kalau berjaya sekali pun, akan ada kesan-kesan tertentu. Dan risiko untuk Adam lumpuh agak tinggi. Yang paling penting adalah semangat Adam sendiri. Jika kuat semangat, semua akan berjalan lancar dengan izin-Nya.

?????

PERLAHAN-LAHAN langkah dibawa ke arah Adam yang sedang menyikat rambut itu. Segera tubuh tegap itu dipeluk dari belakang. Kepala disandarkan dengan selesa. Sejak pulang dari klinik Doktor Zaharil, suaminya itu lebih banyak membisu.

Tahu, Adam sedang dibelenggu dengan masalah operation itu. Lelaki itu berada dalam dilema tidak tahu sama ada setuju untuk dibedah pada minggu depan atau pun tidak.

Adam senyum tipis. Diusap tangan Kayla yang melingkar diperutnya.

"Kenapa ni?"

"Hubby tu kenapa diam dari tadi."

Tubuh dikalih menghadap Kayla. Kedua-dua bahu itu dipegang.

"Iya ke Hubby yang diam? Bukan Hunny pun sama?" Tangan isterinya ditarik untuk mengikut dia melangkah ke katil. Duduk dilabuhkan dihujung katil diikuti isterinya.

Duduk saja mereka disitu, Kayla terus kembali memeluk tubuh Adam. Bukan mengada-ngada, tetapi dia rasa tenang bila peluk lelaki itu. Rasa hilang semua masalah.

"You're so adorable, sayang. Asyik nak peluk je." Ubun-ubun Kayla dikucup sayang.

Pesanan Doktor Zaharil terngiang-ngiang. Kalau tidak fikirkan diri sendiri, sekurang-kurangnya dia perlu fikirkan orang yang dia sayang. Dia keliru sama ada perlu setuju atau tidak. Tempoh minggu depan itu sangat cepat. Dia belum bersiap sedia apa pun. Tapi, terpaksa sebelum keadaanya makin teruk.

"Hunny."

"Ya?" Kayla mendongak memandang Adam.

"Hubby dah buat keputusan yang Hubby setuju buat operation next week."

Lalu, Kayla meleraikan pelukan. Anak mata lelaki itu ditenung dalam cuba mencari kejujuran. Tak akan semudah itu Adam buat keputusan? Baru saja balik dari klinik tadi.

"Are you sure? Uncle suruh Hubby fikir dulu. Jangan tergesa-gesa sangat." Dia bertanya risau. Pipi lelaki itu dipegang.

"Tergesa-gesa atau tak, Hubby kena setuju juga. Ini semua untuk kebaikan diri Hubby sendiri dengan semua orang. Terutama sekali my little Hunny bunny ni." Sempat lagi Adam bergurau.

Muncul sebak di dada. Tubuh Adam dipeluk semula. Lelaki itu banyak sangat berubah. Kini dia percaya yang hati Adam sudah berpaling tadah dari Lara. Dia tidak ragu-ragu lagi. Nama Lara juga sudah tidak kedengaran lagi meniti dibibir suaminya itu.

Dakapan dieratkan.

"Lepas operation, Hubby nak bawa Hunny pergi bercuti. Lagi dua bulan perkahwinan kita nak cukup setahun. Hubby nak kita sambut sama-sama. Our first marriage anniversary."

Bicara itu membuat Kayla tergamam.

Dah hampir setahun? Kenapa dia tidak pernah terlintas tentang ulang tahun perkahwinan mereka? Nampak sangat dia pula yang kurang beria dalam perkahwinan ini. Ingin menyakitkan hati Adam hingga dia terlupa usia perkahwinan ini. Sekarang siapa kejam?

"Hunny tak percaya."

"Tak percaya apa, sayang?"

Kayla mendongak.

"Tak percaya. Semua ni macam mimpi. Kawan baik Hunny sendiri jadi suami Hunny. Lepas tu macam-macam yang Hunny hadap sebelum Hunny dapat rasa macam ni. Rasa bahagia dengan Hubby. Sungguh Hunny terpercaya." Balas dia. Manakala telunjuk gatal bermain-main dibibir Adam yang sedikit kemerahan itu.

Dulu, bibir ini kerap sekali mengeluarkan kata-kata keji. Menengking dia semahu-mahunya. Namun kini, bibir ini juga yang kerap mengucup dahinya. Bibir ini juga yang dapat merawat lukanya.

Dahi Kayla dikucup sekilas.

"Iya? Rasa macam mimpi?"

Kayla mengangguk polos.

Adam tayang senyuman sukar ditafsir. Tanpa isterinya sedar, tangan gatal dia sudah merayap naik ingin membuka butang baju tidur yang tersarung pada tubuh gadis itu.

"Nak Hubby sedarkan Hunny dari mimpi tak?"

Suara miang tiba-tiba dari Adam mencuakkan Kayla. Belum sempat tangan lelaki itu menyentuh butang baju, Kayla terlebih dahulu bertindas menangkap.

"Nak buat apa huh? Ambik kesempatan lagi. Orang cakap betul-betul sempat lagi nak menggatal." Dia sudah bergerak jauh dari Adam.

Bahaya!

Dada dia macam biasa. Mula bermain paluan yang kuat. Nasib baik tak terleka! Fuh!

Adam mencebik.

"Nak sentuh sikit pun tak boleh." Tangkas sangat isterinya itu. Dia belum bertindak apa-apa, dah kena halang.

Kayla hanya tersenyum sebelum wajah bertukar serius. Suaminya didekati semula. Redup mata memandang lelaki itu.

"Hubby betul-betul dah bersedia nak operate ke? Tak takut?"

"Takut buat apa? Hubby lelaki. Kuat. Tak perlu takut. Yang Hubby takut cuma satu." Tepat mata merenung setiap inci wajah Kayla. Rambut isterinya diselit ke belakang telinga.

"Kehilangan seseorang yang Hubby sayang. Kayla Raihana. Hunny adalah orang paling Hubby takut kehilangan. Macam sebelum ni. Berbulan-bulan kita terpisah sebab Hubby halau Hunny dari rumah. Tipu lah kalau Hubby cakap Hubby senang hati. Lepas seminggu Hunny keluar dari rumah tu, hati ni tak tenang sayang. Tak tahu kenapa tapi Hubby rasa kosong sangat. Makin lama makin tak tenang sampai Hubby nampak kelibat Hunny dalam rumah. Teruk, kan?"

Tidak tahu nak gelak ataupun terharu. Apa pasti Kayla tersenyum mendengar cerita dari lelaki itu.

"Gila bayang eh?"

Usikan Kayla menghadirkan ketawa dari Adam.

"Maybe. Maybe juga sebab rindu. Tapi masa tu Hubby tak dapat nak kesan rasa rindu pada isteri sendiri. Hubby ego, kan?"

"Ha'ah. Ego sangat." Kayla mengusik lagi dengan menyokong.

Tangan Kayla digenggam erat.

"Janji dengan Hubby yang Hunny tak akan lari lagi. Janji, Hunny tak akan seksa hati ni tunggu kata kemaafan dari Hunny. Jangan jauhkan diri dari Hubby. Hati ni terseksa bila rindukan Hunny tapi rindu tu tak boleh nak luah. Boleh Hunny janji? Even apa yang bakal kita hadap dan ujian yang kita perlu tempuh, we'll fix together. Always stay together and loving together. Jangan ada rasa benci antara kita berdua. Jangan beri sedikit pun peluang untuk orang luar masuk dalam rumah tangga kita jadi perosak. Can you promise me always believe me?"

Mata Kayla sudah berkaca-kaca. Dapat dia lihat keikhlasan dari anak mata lelaki itu. Dan Adam nampak sangat berharap yang hubungan mereka akan terus begini sampai akhir.

Perlahan-lahan kepala diangguk.

"I will. Hubby pun kena janji yang Hubby akan percayakan Hunny. Tak nak macam dulu."

"Shhh." Lurus telunjuk mengunci bibir Kayla.

"Jangan cakap macam tu. Insha Allah apa yang berlaku tak akan berulang lagi. Promise me yang Hunny akan setia tunggu Hubby bangun lepas operation. Bersabar dan teruskan berdoa yang Hubby akan selamat. Dan Hubby minta Hunny untuk sentiasa bacakan surah al-Mulk semasa Hubby operation and selepas juga. Jangan henti bacakan untuk Hubby setiap hari, ya? Selalu baca doa yang Hubby pernah ajar. Ya, sayang?" Tidak dapat ditahan, mata Adam juga sudah berkaca-kaca.

Leher Adam terus dipeluk erat. Kayla mula menangis. Sedih dan terharu bergabung jadi satu. Perasaan takut juga turut ada bila tidak senang hati mendengar kata-kata Adam.

"Hu-Hunny selalu setia dengan Hubby dari dulu."

Terpejam mata Adam.

Ya. Kayla setia dengan dia. Hanya dia saja yang tidak sedar semua itu. Dia yang tidak tahu selami hati Kayla dari dulu.

Kepala Kayla dikucup lama.

"Tolong sabar tunggu Hubby sihat lepas operation tu. Hubby tak janji akan jadi sempurna lepas ni. Apa yang Hubby boleh janji, Hubby akan berusaha untuk fight masa operation tu. Terus doakan Hubby dan hubungan kita."

Kayla sudah pun teresak-esak. Hatinya pilu. Sakit. Kenapa dia perlu hadap semua ini? Tak bolehkah dia bahagia sekejap? Ini belum sempat kecapi bahagia, tahu pula tentang penyakit Adam.

"Janji jangan tinggalkan Hunny."

"Insha Allah, sayang my little hunny bunny."

Dalam tangisan sempat Kayla ketawa. Adam meleraikan pelukan, wajah isterinya dipegang. Air mata yang membasahi itu diseka.

"Don"t cry."

"Hubby yang buat Hunny menangis."

Suara sengau Kayla meletuskan ketawa kecil Adam.

"I'm sorry." Dahi Kayla dikucup kudus dengan lama.

Salurkan seluruh rasa sayang dan cintanya pada Kayla. Biar Kayla tahu betapa dia sayangkan isterinya itu. Tiada apa lagi yang dapat dia menidakkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience