Peluang Untuk Bahagia 4

Romance Completed 31764

SHAWL yang sudah siap digosok dicapai dan terus diletak ke atas kepala sebelum dililit kemas. Lipmate tersusun cantik di atas make up desk pula dicapai dan dicalit sedikit pada bibir. Pergerakan tangan mula perlahan apabila bayangan kemesraan antara Adam bersama Lara terlintas di benak fikiran. Serta merta dia dapat rasakan hatinya pedih. Lagi pedih bila Adam dengan selamba menyuruh dia pulang sendiri semata-mata lelaki itu mahu menghantar Lara pulang.

Kayla menyentuh dadanya yang berdebar sedikit. Tidak tahu sebab apa. Tetapi yang dia tahu hatinya sakit sangat. Dia memejam mata rapat.

"Kayla, kau tak boleh ada rasa macam ni. Adam tu dah kau anggap macam family sendiri. Ingat, kau dengan dia hanya kawan baik. Tak lebih dari tu dan kau tak boleh berharap lebih daripada tu." Mata dibuka semula memandang diri sendiri melalui cermin yang berada dihadapan.

Kayla mengeluh perlahan. Penat dengan diri sendiri. Penat untuk menghalau perasaan yang tiba-tiba muncul untuk lelaki bernama Adam. Dia tidak tahu sejak bila perasaan seperti ini wujud untuk lelaki itu. Dia sendiri juga tidak perasan bila dia jatuh pada kawan baik sendiri. Sebolehnya dia tidak mahu perasaan ini ada pada dirinya. Tidak mahu! Dia bimbang jika perasaan sebegini boleh menyebabkan hubungan baik dia bersama Adam akan hancur dengan mudah.

Dia sayangkan Adam. Dan, dia harap sayang dia terhadap Adam hanya sekadar kawan baik dan tidak melebihi dari itu. Mulai hari ini dia akan cuba untuk menghalau perasaan seperti itu lagi. Kali ini dia akan nekad untuk mencuba. Adam juga sudah mempunyai pilihan hati sendiri. Sebelum perasaan sayang dia terhadap Adam sebagai kawan baik berubah menjadi sayang lain, lebih baik dia cegah awal-awal. Mencegah lagi baik dari merubati. Dia tidak mahu merubati diri sendiri kelak kerana kecewa. Lebih baik dia mencegah.

Nafas ditarik dalam dengan mata terpejam. Lama dia menahan nafas sebelum dihembus lembut sambal mata juga turut dibukanya. Diri sendiri direnung.

"Okey, Kayla Raihana! You can do it! Lupakan perasaan tu dan kau boleh hidup dengan tenang. Anggap saja itu adalah mainan perasaan! Yeah! I can do that!" Tangan dikepal erat sambil bersorak kecil. Yakin yang dirinya boleh menghalau perasaan itu terhadap Adam.

Bersama semangat baru, dia mencapai beg galas yang sudah siap dikemas segala keperluan untuk ke kampus. Jam tangan yang lupa dipakai terus dia ambil dan dipakai pada pergelangan tangan kiri. Tidak sempurna gaya dia tanpa jam tangan. Terasa kosong saja.

Pintu bilik dibuka dan dia terus laju turun ke bawah. Ruangan dapur dituju. Kayla tersenyum manis melihat Puan Zarina yang asyik menyediakan sarapan. Wanita yang masih lagi belum sedar akan kehadirannya itu dihampiri secara senyap.

Cup!

Pipi kanan wanita itu dikucup laju sehingga terperanjat Puan Zarina dibuatnya. Wanita itu menggosok dadanya kerana terkejut dengan tindakkan Kayla yang mengejut juga itu.

"Kayla. Terkejut la Umi. Heish, budak bertuah ni tak sah kalau tak usik Umi kan? Hari ni kelas pagi ke?" Sambil membebel, cawan berbunga dari almari dicapai dan dibawa ke meja makan.

Kayla tersengih. Dia suka bila dapat mengusik Puan Zarina. Tambahan pula kalau dia dapat mengusik Encik Amir, lagi la dia geli hati. Dalam hati, dia sentiasa bersyukur kerana kasih sayang kedua orang tua itu tidak pernah berkurang walaupun dia sekadar anak angkat dalam keluarga ini. Malah, yang buat dia lagi terharu adalah bila Encik Amir dan Puan Zarina tidak pernah memarahi dia. Tinggikan suara pun tidak. Dia dilayan dengan baik sekali sejak kecil. Sejak Ayah dan Ibunya meninggal.

"Kayla?" Puan Zarina mula menegur bila soalannya tidak dijawab. Rupanya gadis itu syok sangat mengelamun sambil merenung wajahnya. "Mengelamun pula anak Umi pagi-pagi macam ni. Kenapa? Dah ada boyfriend ke?"

Soalan itu membuatkan Kayla tersentak serta-merta. Ada pula soalan sebegitu dituju kepada dia? Sebaliknya harus dituju pada si Adam itu! Geram pula hatinya bila teringat kejadian petang kelmarin. Mahu saja dia baling lelaki itu ke dalam swimming pool.

"Sepatutnya soalan macam tu Umi kena tanya Adam." Perlahan saja dia membalas. Bimbang didengari Puan Zarina.

"Apa Kayla cakap? Umi tak dengar."

"Tak. Kayla cakap ada ke orang nak kan Kayla ni? Asyik berkepit dengan Adam saja." Tipu sunat tidak mengapa kan?

Puan Zarina menggeleng seraya tersenyum. Ya, dia setuju dengan kata-kata Kayla itu. Ke mana saja Kayla pergi, tentu Adam juga pergi. Dan ke mana Adam hendak pergi sudah tentu dipaksanya Kayla itu ikut sekaki. Naik pening kepalanya kadang-kadang bila dua remaja itu asyik bertekak kerana Kayla tidak mahu mengikuti Adam lagi. Dan Adam pula asyik memaksa saja kerjanya. Mana tidak naik angin dibuatnya Kayla itu.

"Nak buat macam mana, Kayla? Adam tu memang macam tu. Tak boleh kalau jauh sikit dengan Kayla. Entah-entah-" Ayat tergantug. Mata Puan Zarina mengecil memandang Kayla yang sedang meneguk air milo. "anak Umi tu dan berkenan dengan Kayla kut."

"Ohok! Ohok!"

Terus tersedak Kayla. Uish! Perit terasa tekaknya kerana tertelan air secara laju dan terkejut. Untung tidak tersembur keluar membasahi makanan yang terhidang di depan dia. Puan Zarina dipandang dengan kelipan mata tidak henti. Apa yang Umi nya merepek?

"Umi cakap apa ni? Ke situ pula dia." Adam berkenan dengan dia? Tak ada maknanya la! Lelaki itu telah selamat declare dengan Lara pun la. Buat dirinya perasan pula. Heish!

"Siapa tahu, kan?"

"Umi." Kayla menegur sebelum Puan Zarina semakin melarat nanti. Dia tidak suka mendengar perkara seperti itu. Buat hatinya tidak senang saja. Sudah la baru saja dia kuatkan semangat untuk menghalau perasaan terhadap Adam. Puan Zarina pula bercakap begitu. Buat dia lemah semangat semula.

Puan Zarina mula tergelak kecil. Tidak salah kan apa yang dia katakana? Lagipula Adam dan Kayla tidak mempunyai pertalian darah sedikit pun. Jadi tidak salah kalau Adam dan Kayla bersama. Dia pun akan setuju dengan rela hatinya. Sekurang-kurangnya, Kayla akan ada bersama dengannya dan Encik Amir sepanjang masa. Tidak la hatinya susah sangat memikirkan tentang Kayla bila gadis itu bersama Adam.

----------------

KAYLA mengeluh. Sudah hampir satu jam dia berada di tempat biasa dia menunggu Adam untuk pergi makan. Tetapi batang hidung lelaki itu pun dia tidak nampak. Perutnya juga sudah kuat berkeroncong minta diisi. Tetapi dia tetap bertahan dan menunggu Adam disitu. Biasanya Adam juga akan berada di sini bila tiba waktu untuk mereka keluar makan bersama. Jadual kelas yang hampir sama membuatkan mereka lebih mudah untuk keluar makan bersama.

Jam sudah menunjukkan angka 3 petang. Handphone di dalam kocek seluar boyfriend jeans yang dipakai dikeluarkan. List contact dibuka dan nama Adam dicari. Baru dia ingin menekan butan call, ada pesanan WhatsApp muncul di atas notif. Segera Kayla membuka.

Adam (online)

-Sorry. Aku lupa nak cakap yang hari ni aku tak keluar makan dengan kau.
-Aku keluar dengan Lara.
-And I think untuk hari-hari akan datang aku akan jarang kut lunch dengan kau. Lara ada kan.
-Okey. Bye!

Satu persatu ayat yang dihantar dari Adam direnung lama. Tanpa sedar, air mata mula bergenang dan setitik menitis dipipinya. Rasa sakit sangat bila diduakan kawan baik sendiri. Sebelum ini hari-hari mereka lunch bersama. Tetapi disebabkan Lara mula muncul dalam hidup Adam, lelaki itu mula berubah jauh. Sanggup tinggal dia yang selama ini sanggup bersusah payah dengan lelaki itu.

"Sampai hati kau buat aku macam ni, Adam. Aku kawan baik kau yang kenal kau lagi lama dari perempuan tu."

Handphone kembali disimpan tanpa membalas. Dibiarkan bluetick yang membalas. Hatinya sangat sakit! Tetapi, dia kembali mengambil hendphone setelah teringat akan seseorang yang sentiasa ada bersama dia. Lekas orang itu ditelefon.

Beberapa saat, terus panggilan darinya dijawab.

"Hello?"

"Hello, Hanan. Kau ada kelas ke sekarang?"

"Tak ada. Cancel. Why?"

"Teman aku lunch, boleh?" Tidak senang sebenarnya tidak meminta tolong dari Hanan. Tetapi disebabkan dia sunyi, terpaksa dia mengajak. Bukan dia perlukan Hanan hanya ketika dia sunyi saja, tetapi dia perlukan seseorang untuk mengadu.

"Eh? Bukan ke selalunya kau lunch dengan Adam. Mana dia pergi?" Hanan menyoal hairan.

Kayla diam seketika sebelum menjawab. "Hanan, I need you now. Aku- aku ada something nak bagitahu kau pasal Adam. Please."

Harap Hanan mengerti. Dia sudah tidak tahan dengan sikap Adam yang berubah itu. Siapa saja tidak sakit hati bila kawan baik sendiri sudah berubah? Berubah kerana orang yang baru dikenali pula tu.

"Oh, okey Kayla. Kau pergi la dulu then tell me kedai yang mana satu. Aku dari block D ni. Better kau pergi dulu tunggu aku dekat sana." Bersungguh Hanan berkata. Dia terlebih faham dengan sikap Kayla yang memerlukan dia bila ada masalah. Dan dia tidak pernah mengeluh mahupun merungut bila Kayla kan mencari dia bila diperlukan saja. Kerana dia tahu keadaan Kayla yang bagaimana.

Selepas mematikan talian, Kayla terus berjalan keluar dari kampus dan mencari kedai yang sesuai untuk dia bercerita dengan Hanan. Tak mungkin dia akan pergi ke kedai yang sama ketika dia lunch dengan Adam. Kerana dia tahu tentunya Adam akan membawa Lara makan disitu. Langkah berjaga-jaga diambil. Risau takut hatinya tidak tahan melihat makhluk terlebih bahagia itu dihadapan matanya.

Tidak sampai 10 minit dia menunggu Hanan, gadis itu sudah pun tiba dengan terus menarik kerusi berhadapan dengan Kayla memandang tempat yang dipilih hanya untuk dua pelanggan saja. Hanan menghadiah senyuman kepada Kayla dan Kayla turut membalas.

"So, apa yang kau nak ceritakan?" Tidak sabar pula Hanan rasa.

Kayla menjeling. "Kau ni sabar la dulu. Perut aku ni tengah lapar tahu tak? Order dulu."

Hanan tersengih sebelum memanggil pekerja yang bekerja disitu untuk memesan makanan. Seusai membuat pesanan, Hanan terus saja menggesa Kayla untuk bercerita sementara makanan mereka tiba.

Kayla menarik nafas terlebih dahulu. Cuba untuk tenangkan diri sendiri bila dia akan bercerita tentang Adam. Takut jika hatinya tidak kuat.

"Adam-dia-" Fuh! Rasa tidak sanggup dia teruskan. Kerana dia rasa sakit. Sakit hati!

Hanan mula menjulingkan mata ke atas. Tergagap-gagap pula Kayla. "Sejak bila jadi gagap macam ni? Cepat la. Aku dah tak sabar ni."

"Okey!" Kayla mendengus. "Adam. Dia ada girlfriend." Hujung ayat, Kayla berkata perlahan.

Walaupun perlahan, Hanan dapat mendengar dengan jelas sekali disebabkan jarak mereka yang dekat. Matanya tidak berkelip memandang Kayla didepan. Seakan tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar. Patutlah Kayla tiba-tiba nak lunch dengan dia. Rupanya-

"Kau tak bergurau kan? Mana kau tahu?" Tidak puas hati. Mana tahu kalau-kalau dia tersalah dengar. Atau Kayla salah cakap.

Perlahan Kayla mengangguk dan terus menunduk. Kenapa dia rasa mahu menangis sekarang? Bukan ini yang dia nak! Dia sudah nekad untuk melupakan perasaan itu, kan?!

"Adam dah bawa aku jumpa girlfriend dia tu. Siap kenalkan aku dengan perempuan tu lagi. Kau rasa?"

Terus melopong Hanan. Biar betik?! Siap kenalkan lagi?

"Kejap. Adam tak tahu ke perasaan kau dekat dia?" Dulu, pernah Kayla berkata jujur dengannya yang Kayla sudah jatuh hati pada Adam. Tetapi, Kayla tidak berani untuk mengaku kerana Adam adalah kawan baik gadis itu. Demi menjaga persahabatan, Kayla sanggup pendam.

"Kau gila?! Tak akan aku nak cakap. Lagipun- aku rasa aku tak patut ada perasaan macam tu dekat dia. Dia- kawan baik aku dan aku dah anggap dia macam family aku."

Hanan menepuk dahi perlahan.

"Ya Allah, Kayla. Kau ni memang- heih! Entah. Tak tahu aku nak cakap macam mana. Kau ingat, senang ke kau nak hapuskan perasaan suka tu bila dah ada perasaan tu? Aku cuma tak nak kau kecewa, Kayla. Lebih baik kau terus terang. Senang."

Kayla lantas menggeleng laju.

"Kau merepek, Hanan. Aku tak akan pernah jujur dengan dia. Kau tahu kan dia tu kawan baik aku. Kau kena faham, Hanan. Kalau aku jujur itu akan buat aku lagi kecewa. Dan- aku tak kesah kalau dia reject aku bila dapat tahu yang aku suka dia. Tapi- aku akan lebih kecewa kalau dia tiba-tiba jauhkan diri dari aku dan putuskan persahabatan kami. Lagipun, dia dah ada kekasih hati. Tak mungkin untuk aku jujur tentang perasaan aku dekat dia."

Terus terdiam Hanan mendengar bicara Kayla. Dia berasa kasihan melihat Kayla. Kalau dia ada di tempat Kayla, dia tentu juga akan buat perkara. Mungkin jika tidak. Dia tahu, Kayla sangat sayangkan Adam lebih dari seorang kawan baik. Dia juga faham yang Kayla tidak mahu kehilangan Adam hanya kerana perasaan suka itu.

----------

"KAYLA." Datang Adam dan terus melabuhkan duduk di atas buaian yang diduduk Kayla. Dari tadi dia mencari gadis itu di dalam rumah namun tidak kelihatan. Rupanya ada diluar rumah sedang mengelamun memandang langit malam.

Adam juga perasan, beberapa hari ini Kayla sudah tidak banyak cakap dengan dia. Malah, gadis itu cepat saja mengelat darinya bila dia mahu mulakan bicara. Hanya wajah masam yang terlihat. Tidak tahu punca apa tetapi dia yakin Kayla ada masalah yang tidak ingin dikongsi.

Kayla diam. Tidak menyahut. Dia ralit memandang langit yang ditaburi bintang. Entah la. Dia tiada rasa ingin bercakap dengan Adam. Rasa sakit hatinya masih lagi ada ditambah lagi dengan lelaki itu tidak jadi lunch dengan dia. Dia faham yang lelaki itu sudah ada kekasih, tetapi tak perlu la buat dia tercongok selama satu jam menunggu.

Demi menarik perhatian Kayla, bahu gadis itu dicuit sipi. Dia tahu kemarahan Kayla akan mula bangkit walaupun sedikit saja dia menyentuh gadis itu. Tidak betah dia melihat sikap Kayla seperti itu. Rasa hidupnya sunyi.

"Ish! Apa ni?!" Cepat saja Kayla menepis sambil menjeling Adam disebelah. Dia bergerak ke kanan sedikit. Jauh dari Adam.

Adam mengeluh. "Kayla. Jangan la macam ni."

"Macam ni macam mana?" Dingin Kayla bersuara. Ikutkan hati malas mahu melayan, tetapi kesian.

"Kau dingin dengan aku beberapa hari ni. Tak nak bercakap dengan aku. Then, kau macam mengelat dari aku bila aku nak dekat dengan kau. Kenapa?"

Kayla berpeluh tubuh seraya mengeluh. Dia tetap mendongak memandang bintang. Kenapa Adam tidak faham dengan dirinya? Tak akan lelaki itu tidak perasan yang dia mula dingin selepas saja lelaki itu sudah ada kekasih hati. Boleh pula ditanya?

"Kayla."

"Kau dah ada orang baru dalam hidup kau, Adam. Aku rasa kau dah tak perlu kut sibuk sebab kenapa aku dingin dengan kau." Ayat paling sesuai diberikan untuk Adam. Dia mahu lelaki itu sedar bahawa hatinya sedang sakit sekarang.

Adam terjeda. Sedikit sebanyak hatinya terusik dengan bicara Kayla.

"Kau- kau tak suka ke aku ada girlfriend?" Dia bimbang jika Kayla tidak selesa.

Tetapi Kayla mula ketawa bila soalan itu diajukan. Namun ketawa itu hanya dibuat-buat.

"Itu kau punya suka la. Kenapa pula kau nak tanya aku suka ke tak? Itu hak kau."

"Tapi kau nampak macam tak selesa."

"Ya! Memang aku tak selesa. Aku tak selesa bila perangai kau berubah, Adam." Naik senoktaf. Biarlah apa yang Adam hendak katakan kepada dia, janji dia dapat lepaskan apa yang dia rasa sakit. Bukan rasa sakit kerana lelaki itu sudah ada kekasih, tetapi sakit kerana kawan baik sendiri sudah berubah!

Dahi Adam berkerut.

"Bila masa aku berubah?"

Kayla buat muka tidak percaya. "Kau tanya aku bila masa kau berubah? Kau tanya aku?" Dia kembali menyambung bila Adam hanya berdiam diri. Kayla bangun dari buaian.

"Kau tak sedar semua tu, Adam. Kau dah mula abaikan aku sebagai kawan baik kau. Ya. Aku tahu yang kau sekarang dah ada girlfriend tapi itu tak bermakna kau boleh jarakkan persahabatan kita. Kau dah jarang keluar lepak dengan aku sekarang. Itu saja yang aku terkilan dengan kau, Adam. Kau ada girlfriend itu bukan masalah aku. But, bila kau buat aku macam tak wujud itu akan jadi masalah aku."

Mendengarkan itu, Adam turut berdiri di sebelah Kayla. Pintu rumah diperhati bimbang kalau orang tuanya dengar akan pertelingkahan mereka berdua.

"Kayla, kau kena faham yang aku dengan Lara tu baru saja couple. Kita orang masih memerlukan masa untuk sesuaikan diri antara satu sama lain."

"Aku faham."

"Then?"

"Tapi, kau kena faham perasaan aku juga bila kau buat aku rasa bodoh tunggu kau berjam-jam semata-mata nak lunch dengan kau. Okey! Time kau suruh aku balik sendiri tu aku faham. Faham sangat. Tapi bila banyak kali kau buat aku macam orang bodoh, aku dah tak faham. Aku tak faham kenapa kau perlu buat persahabatan kita macam tu. At least, kau cakap dekat aku awal-awal. Aku tak kesah, Adam." Nada Kayla masih lagi dingin walaupun perlahan. Dia masih ada kesabaran.

Tidak sangka Adam kemarahan Kayla akan meletus sehingga sebegitu rupa. Sebelum ini mana pernah gadis itu bercakap panjang lebar begitu. Ini sudah dikira tahap membebel.

Dia ketawa. Lucu bila pertama kali mendengar bebelan dari Kayla.

"Kau gelak kenapa? Aku tengah marah ni kan?" Geram Kayla bila Adam dengan senang hati ketawa begitu. Sedangkan dia menahan hati yang sedang marah ini.

Terus saja Adam menghentikan ketawa yang baru bermula. Wajahnya kembali serius. Marah sangat Kayla kepada dirinya. Biasanya, bila dia mula ketawa, marah Kayla akan berkurang dan turut ketawa dengan dia. Kali ini tidak.

"Okey. Aku minta maaf kalau kau banyak terasa dengan aku lately ni. Aku tak sangka pula yang kau akan marah sampai tahap macam ni. Ya. Aku perasan lately ni aku banyak habiskan masa dengan Lara. Dan kau, aku abaikan. Aku janji lepas ni kita akan lunch after class like usually. Alright?"

Janji yang meniti dibibir Adam hanya mengundang senyum sinis dari Kayla. Lelaki bila berjanji senang, tetapi bila nak buat bukan main beralasan lagi.

"It's okey. I don't care about that. Kau boleh luangkan masa kau dengan buah hati kau selama mana pun kau nak. Kau buat tak endah dengan aku pun aku tak kesah. Tapi- satu saja aku nak pesan dekat kau." Dia mula berpaling memandang Adam. "Jangan disebabkan orang lain, kau sanggup hancurkan persahabatan kita yang dah bertahun ni. Aku masuk dulu." Sejurus itu, terus langkah diatur menapak masuk ke dalam rumah dan menuju ke tingkat atas.

Adam bungkam. Agak terasa dengan kata-kata itu. Tangan dimasukkan ke dalam kocek track suit sambil dia berfikir tentang apa yang dikatakan Kayla. Adakah tempoh sepanjang dia meluangkan masa dengan Lara dia telah banyak mengabaikan persahabatan dia bersama Kayla? Ya. Dia mengaku yang dia dapat rasa semua itu. Tetapi dia tidak sangka yang semua itu akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada Kayla.

Rambut dikuak ke belakang. Saat ini kata-kata Lara mula terngiang di telinga.

"Adam. I nak cakap sikit, boleh?" Lara berhenti dari terus menyuap makanan ke dalam mulutnya. Tisu disebelah dicapai dan segera bibirnya dilap.

Adam sekadar mengangguk memandangkan dia asyik menikmati makanannya.

"I nak cakap tentang you and Kayla."

Kunyahan Adam terhenti. Kekasih hatinya dipandang bersama kerutan dahi mula tergaris. Tidak senang bila nama Kayla mula menjadi topik perbualan dia dan Lara.

"About what?" Dia bersoal hairan.

Lara senyum kecil. "I hope you tak terasa dengan apa yang I cakap ni."

Adam semakin hairan. "No, it's okey. Just go on what is it?"

"Actually-" Lara memandang Adam dengan dalam. "I tak suka la you terlalu rapat dengan dia."

Adam terkejut. Dia mula terkedu. Kenapa pula? Bukankah sebelum ini Lara elok saja dengan Kayla walaupun hanya sekali berjumpa?

"Apa maksud you ni?" Dia mula tidak selesa. Dia sudah berkawan baik dengan Kayla sejak kecil lagi. Dan kenapa tiba-tiba saja Lara tidak suka kan tentang itu padahal dia sudah menceritakan semuanya kepada gadis itu.

Lara mendengus kecil. Tangan Adam cuba disentuh tetapi cepat saja lelaki itu menurun tangan dari meja. Dia menggenggam tangan dan menarik kembali. Dia perlu banyak bersabar bila berdepan dengan Adam. Semakin lama dia menjadi kekasih Adam, semakin dia kenal dengan sikap lelaki itu yang tidak suka bersentuhan kulit bila dengan perempuan.

"I dengan Kayla dah lama berkawan and you tahu itu kan? And why now you tell me yang you tak suka I berkawan dengan dia? She's my bestfriend and dia adalah separuh dari family I. You tak ada hak nak halang I untuk rapat dengan dia." Adam kembali menyambung. Dia berpeluk tubuh. Tiba-tiba kemarahan dia menyirap bila Lara mengatakan yang gadis itu tidak suka dia rapat dengan Kayla.

"Yes, I know that."

"Then, why?" Keras Adam menyoal. Dia mengetap gigi. Baru saja berapa hari jadi kekasih dia, Lara saudah pandai macam-macam mengawal dia.

"Adam. You kena faham bila lelaki dengan perempuan berkawan macam mana. You kena tahu risiko dia, Adam." Lembut sekali Lara membalas.

"Risiko apanya? I dengan Kayla tu berkawan dari kecil and until now we are friends. You tak ada hak nak cakap macam tu."

"You dengar la dulu."

Adam diam. Kali ini memberi ruang kepada Lara untuk bercakap.

"Ya, I tahu you dengan dia dah lama berkawan. But, you kena faham situasi bila lelaki dengan perempuan berkawan. Same like us. Kita start dari berkawan, right? Then, you sukakan dekat I and I suka dekat you. Itu semua bermula dari kawan." Perkataan kawan ditekan kuat.

"So?" Adam masih lagi tidak mengerti.

"Adam. I risau."

"Risau apa?"

"I risau kalau Kayla ada simpan perasaan dekat you. First time you kenalkan I dengan dia pun I dapat rasa yang dia tak sukakan I. And kalau betul dia tak sukakan I sebab apa you know? Sebab maybe dia sukakan you, sayang. I can feel that. You kena faham."

Mengingati semua itu, Adam terus saja menggeleng. Cuba menghalau kata-kata mengarut dari Lara. Tidak mungkin semua itu betul. Tidak mungkin Kayla ada perasaan suka dengan dirinya. Kayla itu adalah kawan baik dia, Dia kenal Kayla. Jika betul Kayla sukakan dia, kenapa gadis itu tidak pernah berterus terang dengan dia?

Kepala digeleng lagi.

"Tak mungkin Kayla macam tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience