"KAYLA tunggu la kejap. Aku nak cakap dengan kau ni." Laju langkah Adam mengejar Kayla yang sudah keluar dari rumah. Terserempak saja di ambang dapur sebentar tadi, gadis itu terus saja berjalan laju mengelak dari dia. Kemudian, dia terus mengejar Kayla. Ada sesuatu yang mahu dia bincangkan.
Kayla pekakkan telinga. Bukan malas bercakap dengan Adam. Cuma, dia segan. Segan kerana sikap dia semalam yang tiba-tiba berubah di luar jangkaannya sendiri. Ya memang sebelum ini kasar dengan Adam tetapi tidaklah sehingga meningking kuat lelaki itu. Hanya sekadar marah dengan suara yang rendah dan mendatar. Sungguh, perbuatan dia semalam hanya memalukan diri sendiri. Usahkan hendak berhadapan dengan Adam, dengan Haris juga dia segan nanti.
"Kayla, wait." Adam masih lagi mengejar.
"Kau nak apa? Aku nak pergi joging ni. Cakap nanti aku balik la." Kayla mengelat dan semakin melajukan langkah.
Adam mendengus sambil menggelengkan kepala. Bukan Kayla la kalau tidak degil! Dia mula berlari mendekati Kayla. Sampai sahaja tepat-tepat di belakang gadis itu terus lengan Kayla yang berlapis baju lengan panjang itu dipegang dan ditarik memaksa Kayla berhenti.
Terus langkah laju Kayla terhenti dan secara automatik badannya berpusing ke belakang kerana Adam yang menarik kuat. Hampir saja dia berlanggar dengan dada lelaki itu. Nasib baik dia pandai imbangi badan. Kalau tidak sudah tentu jadi seperti drama Hindustan.
Eh?
"Ish! Kau ni kan! Lepas lah!" Lantas lengan yang dipegang ditarik jauh dari tangan lelaki itu. Suka sangat main pegang-pegang. Ingat dia seperti Lara ke? Huh!
Adam dijeling.
"Kau nak apa?"
"Aku nak cakap dengan kau fasal semalam."
"For what?"
Keluhan terlepas dari Adam. Dia memandang Kayla dengan penuh tanda tanya. Tanda tanya kerana dia tidak mengerti kenapa Kayla berubah sehingga sebegitu rupa semalam. Kayla yang semalam adalah bukan seperti Kayla yang dia kenal. Seakan ada sesuatu yang masuk ke dalam diri Kayla dan berubah jadi begitu. Anehnya lain macam. Kayla tidak pernah tinggikan suara kepadanya. Dan bila perkara itu berlaku semalam, dia tergamam.
"Kau- Huh!" Sekali lagi dia mengeluh. "Aku tak tahu macam mana nak cakap tapi-"
Bibir dikemam sebelum dia menyambung kembali.
"Kau sedar tak apa kau buat semalam?" Agak serba salah untuk dia bertanya begitu. Tetapi keadaan memaksa untuk dia tahu.
Kayla terdiam.
Sudah dapat diagak. Adam akan terkejut dan tidak percaya apa yang berlaku semalam. Semuanya diluar jangkaan. Dirinya sendiri juga tidak percaya dan rasa kesal dengan apa yang berlaku. Namun, lambat-lambat dia mengangguk. Dia sedar malah terlebih sedar setiap patah perkataan yang meluncut keluar. Dia yakin, perkataan yang keluar itu adalah dari kemarahannya yang terpendam terhadap Adam selama ini.
"Yes. Aku sedar and terlebih sedar. What's your problem?"
Adam segera menggelengkan kepala. Dia tidak percaya. Kayla bukan seperti itu. Bukan seperti semalam. Sekasar mana pun Kayla, gadis itu tetap akan berlembut dengannya dan Kayla tidak pernah meninggikan suara kepada dia.
"Aku rasa semalam tu bukan kau."
Ketawa olok-olok terlepas dari bibir Kayla. Sengaja tangannya dibuat-buat menutup mulut cara mengejek.
"Bukan aku? Then, what? Saka aku ke? Ada aku mengamuk cekik kau semalam? Tak ada kan. So, semalam tu adalah aku dan apa yang cakap dekat kau semalam semua tu dalam keadaan aku sedar."
"But, why?
"Why?"
"Yes, why? Why kau macam hilang kawalan semalam? Kau tak pernah cakap dekat aku macam tu selama ni, Kayla. Kau- different. Really different. Kau tinggikan suara dekat aku and that things kau tak pernah buat."
"So, what? Aku tak boleh tinggikan suara dekat kau? Who are you actually? My husband? No, right? So, suka hati aku la." Kayla menjeling mata ke atas, menyampah! Itu pun hendak dijadikan isu. Tapi, betul lah apa yang Adam katakan itu. Abaikan!
"Dah la. Aku nak pergi joging." Dia terus berpaling untuk kembali melangkah semula. Namun, suara Adam menghalangnya pula.
"Kau sengaja nak malukan aku depan Haris, kan?"
Kayla mengerutkan dahi.
"Apa kena mengena pula dengan Haris?" Omelnya sendiri sebelum dia kembali menghadap Adam bersama pandangan tajam. Ini yang tak boleh ni. Adam suka sangat melibatkan Haris!
"Kenapa pula?" Kali ini dia menyoal dengan agak kasar.
"Sebab sebelum kau tak pernah cakap dengan aku macam tu, Kayla. Semalam Haris ada. Itu maksudnya kau sengaja lepaskan kemarahan kau dekat aku depan Haris. Padahal sebelum-sebelum ini kau boleh saja kan lepaskan kemarahan dengan aku macam semalam? Tapi nak juga depan Haris sebab kau nak malukan aku. Huh! Kawan baik apa macam ni."
Kayla mengetap gigi kuat apabila hujung ayat Adam menyapa pendengarannya. Walaupun dengan suara perlahan, dia masih dapat menangkap apa yang Adam katakan! Ingatkan Adam memanggilnya mahu meminta maaf dan berdamai selepas apa yang berlaku semalam. Eh, sambung semula nampaknya. Memang nak perang dingin dengan dia gamaknya! Suka, suka juga. Kalau memang Adam mahu mencari gaduh dengan dia, dia boleh saja!
"Kenapa kau diam? Betul, kan?"
"Kau bercakap pakai otak boleh tak? Otak kau dekat mana? Lutut?" Kayla mengejek geram. Nasib baik berada diluar rumah. Tak ada la kedua orang tua angkatnya dengar dan nampak.
Adam menggeleng. "Sorry. Aku tak bercakap pakai otak, tapi pakai mulut. Kalau aku pakai otak kau tak dengar. By the way, kalau otak aku dekat lutut kenapa? It's still dalam kepala. Kepala lutut. Kepala juga."
Berubah serta merta wajah tegang Kayla. Adam cuba bergurau ke sekarang ini? Sempat lagi!
"I don't have a time to laugh with your stupid joke, Adam. I'm serious."
"And I'm serious too."
Kayla terjeda. Macam tu ke cara Adam serius? Lagak macam minta penyepak sampai ke China Selatan!
Kuat dia mengeluh. Susah bila ada kawan baik yang ego seperti ini. Dengan sepupu pun nak dibuat musuh! Sepatutnya Adam bersyukur kerana ada sepupu. Bukan seperti dia, memang nyata sebatang kara. Hidup pun menumpang kasih sayang dan perhatian orang lain!
"Adam, listen. Apa yang berlaku semalam tak ada kena mengena langsung dengan Haris. And bukan sebab aku nak malukan kau depan Haris. No! I just- i just shock when nampak kau tumbuk Haris. And when kau tuduh aku macam-macam, kau cakap aku dah lupa kau sebagai kawan baik, kau bangkitkan kemarahan yang selama ni aku simpan dan pendam. Kau tahu tak sebab apa aku simpan dan pendam? Sebab macam ni la. Aku risau kalau aku lepas, kita bergaduh macam sekarang. And i think kalau kita masih bercakap tentang semalam, kita akan semakin jauh dan bergaduh. Kau faham? So now I don't want to talk about this anymore. Kau anggap je apa yang berlaku semalam macam mimpi. Senang."
Terdiam dan terkaku seketika Adam mendengar penjelasan panjang dari Kayla. Kali ini dia dapat terima dan faham apa yang Kayla cuba sampaikan kerana Kayla sekarang adalah Kayla yang sopan bila bercakap. Jika semalam, hampir roboh banglo milik Babanya.
"But, i'm still tak puas hati."
Kayla menjongket bahu. Susah!
"Suka hati kau lah. Itu kau punya hati bukan hati aku. Kau puas tak puas itu masalah kau. Yang aku nak cakap dekat sini, kau jangan cabar aku untuk aku buat perkara luar jangkaan kau. Kadang-kadang aku sendiri pun tak jangka semua tu akan berlaku."
Adam berpeluk tubuh. Dipandang saja wajah Kayla. Rasanya, ada sedikit perbezaan pada wajah gadis itu. Kayla makin- cantik? Dan berseri-seri. Wajah itu juga tampak ceria saja. Mungkinkah wajah itu ceria kerana keakraban bersama Haris kebelakangan ini?
Mata Adam yang tidak lari dari pandang wajahnya menghadirkan rasa gemuruh di dalam jiwa Kayla. Jantungnya mula berdegup laju biarpun dia masih belum bersenam. Laju semacam! Wajahnya tak usah cakap. Berusaha teruk dia cuba mengawal dari berubah kerana wajah mula membahang. Argh! Tidak senang dia bila dipandang oleh Adam begitu. Rasa seluruh tubuhnya sejuk.
"Ke-kenapa pandang aku macam tu?"
"Kau- kenapa- ish!" Adam menggelengkan kepala laju. Tak tentu arah pula! Apa yang hendak dia tanya semua bagaikan hilang kerana matanya asyik terpaku pada wajah bersih Kayla.
Kayla masih menanti dengan debar.
"Kau- kau nampak makin cantik sekarang. Kenapa eh?" Mahu saja Adam tampar-tampar bibirnya sendiri. Otak atur soalan lain namun keluarnya lain!
Kenapa pula la aku tanya soalan macam tu?!
Paluan degupan jantung Kayla makin menggila. Wajah mula membahang. Tadi, perasaannya membuak marahkan Adam. Sekarang, rasa kemarahan itu terus terbang menghilang hanya disebabkan pujian dari Adam.
"Tak. Kau-kau jangan salah faham. Maksud aku, kau-kau- okey!" Adam menarik nafas panjang. Cuba menenangkan diri sendiri. Sejak bila jadi gagap dan gabra apabila berdepan dengan Kayla? Ish!
"Okey. Aku jujur dengan kau."
Kayla diam. Semakin berdebar.
"Kau memang makin cantik. Tak, lebih tepat aku tengok kau comel. Mungkin sebab muka kau macam baby face gitu. And, your face looks radiant and looks cheerful. Why? Kau- memang ada something ke dengan Haris, sekarang?"
Pantas saja tangan Kayla naik menekap kedua-dua belah pipinya. Tak dapat dia sorok wajah yang makin membahang ini. Adam cakap dia comel? First time seumur hidup dia berkawan dengan Adam. Ingatkan lelaki itu beku bila dengan dia.
"Kau dengan Haris- ermm together ke?"
Perlahan-lahan tangannya dijatuhkan kembali. Dia mula berkerut bila wajah Adam seakan-akan sedikit kecewa bila menyoal dia begitu. Suara lelaki itu seperti sedih. Tapi, tak mungkin la Adam kecewa. Buat apa? Adam bukan suka dia pun!
Stop dreaming, Kayla!
"Tak ada la. Kita orang tak ada apa-apa pun."
"Tapi kau dengan dia nampak macam-"
"Aku selesa dengan dia, Adam. Macam aku selesa dengan kau. Tak salah kalau aku rapat dan berkawan baik dengan dia." Cepat saja Kayla memintas.
Dia dengan Haris? Together? Entah la. Hatinya masih terukir nama Adam. Susah sangat nak padam. Walaupun kadang-kadang dia sedar dan perasan, layanan dan tingkah Haris kepadanya seperti lebih daripada kawan. Cara lelaki itu bercakap dengannya penuh dengan kelainan. Dan setiap kali Haris memandang dan merenungnya, buat dia terfikir sendiri. Adakah Haris sukakan dirinya? Tapi, juga tak mungkin.
Adam mengeluh lega. Lega sangat. Tidak tahu kenapa. Dia rasa bebanan yang ditanggung semua ini terlepas. Terbeban bila setiap kali fikirkan apa hubungan Kayla dan Haris sehingga kedua-dua itu semakin akrab.
"Aku sukakan Kayla. Aku akan buat apa saja untuk dapatkan dia."
Kata-kata Haris terngiang.
"Macam mana kalau- Haris nak ada sesuatu dengan kau? I mean, macam mana kalau- dia sukakan kau? Kau- terima dia?"
Kayla terkelu. Soalan apa itu? Langsung tidak terfikir Adam akan bertanya begitu. Dia mula resah. Ligat otak memikirkan jawapan. Agak lama dia mendiamkan diri. Dia mula terfikirkan sesuatu. Senyuman nipis terukir.
"Kalau betul, aku terima je. Lagipun tak ada masalah. Ke, kau ada masalah kalau aku terima dia?" Sengaja dia menguji. Mahu melihat reaksi Adam.
Dan tekaannya tepat! Wajah Adam serta merta berubah tegang dan kelat. Adam seperti terkejut dengan jawapan diberikan dan juga seakan sedikit kecewa. Tapi untuk apa lelaki itu kecewa? Adam sudah ada Lara, bukan?
"Hrmm- ak-aku okey je. Kau pergi la joging. Aku nak on the phone dengan Lara jap. Bye." Tanpa banyak kata, Adam berpaling dan berjalan masuk ke dalam rumah bersama perasaan bercampur baur.
Tidak faham dengan perasaan sendiri.
---------
"HAH?!" Ternganga Kayla memandang Haris disebelahnya. Terkelip-kelip matanya kerana tidak percaya apa yang Haris sampaikan. Suasana taman yang bising suara kanak-kanak dia abaikan. Sekarang dia terkejut.
"Awak biar betul? Ish! Tak percaya la saya. Adam ajak awak pergi court badminton? Bersukan sama-sama? Ish! Biar betul." Dia pandang ke depan semula.
Betul ke Adam ajak Haris main badminton sama-sama? Macam pelik je Adam ni. Minggu lepas bukan main marah lagi dekat Haris.
Haris menjongket bahu. Keropok yang dibelinya diambil satu dan digigit sebelum membalas pertanyaan Kayla.
"Dia Whatsapp saya. Dia cakap macam tu."
Pada mulanya, dia juga hairan dan pelik. Iyala, tiba-tiba saja dapat pesanan Whatsapp dari Adam yang mengajak dia luang masa dengan bersukan di court badminton. Tak ada pula dia berdamai dengan sepupunya itu dan Adam juga tidak meminta maaf kepada dia selepas kes penumbuk padu melayang ditepi bibirnya. Dan sekarang, siap ajak dia sekali. Apa kes? Pelik!
"Awak dengan dia dah berdamai ke?" Kayla menyoal musykil. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba Adam berubah mendadak. Itu memang bagus tetapi- aneh!
"Tak ada la. Dia pun tak ada minta maaf ke apa, terus je cakap macam tu."
Mereka berdua sesama diam. Masing-masing sibuk memikirkan sikap Adam. Tak mungkin Adam akan berdamai dengan Haris mudah begitu. Tiada kata maaf dan kesal dari Adam. Hanya ajakan bersukan bersama saja. Adam buat seperti tiada apa yang berlaku antara diri sendiri dengan Haris.
"Saya rasa kan, dia nak tahu sampai mana keakraban kita ni."
Kayla pandang Haris. Dahinya berkerut tidak faham.
"Maksud awak?"
"Saya rasa dia jealous sebab awak asyik keluar berdua dengan saya. So, dia buat la cara macam tu dengan jadi orang ketiga antara kita. Dia, cemburu. Trust me."
Jawapan Haris menghadirkan ketawa Kayla.
"Buat apa dia nak jealous? Dia dah ada Lara, kan. Awak ni."
"Kayla. Jealous ni tak semestinya macam tu. Jealous ni juga bukan semata-mata hanya untuk orang bercinta atau sukakan seseorang. Kawan antara kawan pun boleh jadi jealous tau? Awak tu kawan baik dia, tiba-tiba awak berkawan dengan saya. Rapat lagi dari dia., mestilah dia jealous. Kadang-kadang, rasa jealous bila kawan kita rapat dengan orang lain lagi kuat dari jealous tengok pasangan kita bersama orang lain. Ingat tu."
Kayla terdiam. Sekarang baru dia faham kenapa Adam marah sangat dia rapat dengan Haris. Cemburu sebab itu rupanya. Ingatkan cemburu sebab Adam ada perasaan terhadap dia. Berangan lagi!
"Faham?"
"Faham. So, awak nak join dia ke?"
"Maybe. Dah alang-alang dia ajak, kan? So, as a his cousin saya akan pergi. Nanti apa pula dia cakap. Dia cuba baik dengan saya, saya pula buat tak endah. Inilah peluang untuk saya berbaik dengan dia. Sampai bila nak macam ni, kan? Betul tak?"
Laju saja Kayla mengangguk. Setuju! Apa yang Haris cakap tu betul! Sampai bila Adam dan Haris nak bermusuh bagai? Semakin hari semakin tua dan bila dah tua eloklah berbaik sesama saudara. Tidak elok bermusuh lama-lama. Nanti tiada keberkatan dan persaudaraan.
"Haris. Awak lain la. Awak lain dari Adam." Tiba-tiba Kayla rasa mahu bercakap seperti ini.
Senyum Haris terukir melebar sedikit bila dikata begitu walaupun dia tidak faham maksud disebalik kata-kata Kayla.
"Lain dari segi?"
"Awak, open minded. Bukan macam Adam. But, sometimes dia open minded. Ikut mood and tengok orang la dulu. Lain sangat dengan awak."
Pujian Kayla buat Haris ketawa senang. Heih! Jantungnya pun bukan main laju berdegup bila gadis kesukaan dia memuji begitu. Bilalah agaknya dapat dia luahkan perasaan ini kepada Kayla? Semakin hari rapat dengan Kayla, semakin dia kenal gadis itu seperti apa. Dan itulah yang membuatkan dia semakin jatuh suka dan mungkin juga jatuh cinta terhadap Kayla.
"Kayla selesa dengan saya?"
"Selesa. Selesa sangat."
"Sebab?"
Kayla sengih. "Sebab awak ni cepat sangat memahami saya. And one more thing, awak prihatin sangat. Itu yang buat saya selesa."
Lagipula, Haris tidak pernah mengambil kesempatan untuk bersentuhan dengan dia. Duduk pun dengan jarak jauh. Tapi, itulah hatinya belum berpaling dari Adam.
Semakin lebar senyuman Haris. Beberapa saat, dia berdiam diri. Sama juga seperti Kayla. Gadis itu memandang ke hadapan saja. Dan kesempatan itu diambil dengan memerhati setiap lekuk pada wajah Kayla melalui pandangan sisi.
Perfect pada matanya. Part paling dia suka adalah bulu mata Kayla. Tak panjang tetapi sangat lentik. Tak perlu lagi Kayla pakai mascara, memang terlentik elok.
"Kayla, suka saya?"
Tanpa menunggu, terus Kayla mengangguk dengan pandangan masih di hadapan.
"Suka. Suka sangat."
Tiba-tiba dia kaku. Matanya tidak berkelip lagi. Soalan apa tadi? Haris disebelah pantas dipandang dengan mata membulat. Lelaki itu ketawa kecil sambil memandangnya.
"Saya pun sukakan awak. Suka sangat."
Terkelu lidah Kayla. Halah! Dia salah dengar la tadi! Dia fikir Haris tanya sama ada suka atau tidak berkawan dengan lelaki itu, tetapi lain rupanya yang Haris tanya.
Ya Allah! Malu!
Dan, apa? Haris cakap apa?
"Hah?" Sengaja dia buat-buat tidak faham mahu lelaki itu mengulangi kembali.
Namun, harapan meleset bila Haris menggeleng sambil tersenyum.
"Nothing. Jom, saya hantarkan awak balik. Nanti Pak Lang soal siasat saya pula ke mana saya bawa anak dara dia." Tanpa menunggu Kayla yang masih terkebil-kebil, Haris pantas bangun berdiri dan berlalu dari situ.
"Mampus aku kalau dia dapat tangkap apa yang aku luahkan tadi." Haris mengomel sendiri.
Senyuman tidak lekang dibibir. Seronok bila dapat kenakan Kayla dengan soalan begitu. Indahnya kalau apa yang Kayla jawab itu adalah perasaan gadis itu yang sebenar kepada dia.
---------
ADAM bersandar pada daun pintu bilik Kayla yang terbuka luas. Selepas sahaja Kayla sampai dan masuk ke dalam rumah, diikut saja langkah gadis itu sehingga di hadapan bilik Kayla. Tidak berani masuk selepas kejadian dia mengunci dirinya bersama Kayla di dalam bilik. Bahaya betul!
Dia berpeluk tubuh memerhatikan Kayla yang duduk dihujung katil bersama telefon ditangan. Gadis itu tersenyum-senyum.
"Kau pergi mana dengan Haris tadi? Aku balik je kau dah tak ada." Soalan busy body mula dikeluarkan.
Sudah 2 jam dia pulang dari bertemu dengan Lara, baru sekarang kelibat Kayla menyapa pemandangannya. Agak mendidih juga hatinya bila Baba mengatakan Kayla keluar bersama Haris. Paling mendidih bila Baba juga menyokong keakraban Kayla dan Haris. Namun disabarkan saja hatinya. Sekarang, dia tahu yang dia tiada hak ke atas Kayla untuk menghalang gadis itu berkawan dengan Haris. Tetapi walaubagaimanapun, dia perlu tahu kemana Haris membawa Kayla pergi. Wajib tahu dan ambil tahu! Dia risau kalau apa-apa berlaku nanti antara Haris dan Kayla.
"Tak ada ke mana pun. Jalan-jalan and borak-borak." Balas Kayla dengan mata masih pada skrin telefon.
Adam mendengus tidak senang. Jangan cakap Kayla tersenyum memandang skrin telefon kerana sedang berbalas Whatsapp bersama Haris. Baru saja balik dari berjumpa. Tak cukup lagi ke?
"Ehem! Kau tersenyum tu Whatsapp dengan siapa?"
"Hanan."
Melihat Kayla yang seperti tidak mahu bercakap dengannya, Adam mengeluh kecewa. Sekarang ini dia cuba untuk rapat semula dengan Kayla, tetapi Kayla pula buat tak layan dia. Macam mana dia tidak tuduh Haris punca semua ini? Huh!
"Kayla. Pandang aku kejap."
Kali ini Kayla mengikut. Diangkat wajah memandang Adam diambang pintu. Telefon diletakkan disebelahnya.
"Apa? Kau ni sibuk tau."
"Aku nak cakap sikit. Kay dengar baik-baik."
"Hrmm, apa?"
"Betul ke kau dengan Haris tak ada apa-apa?"
Soalan Adam mengingati Kayla dengan kata-kata Haris di taman tadi. Adakah benar Haris sukakan dia? Jantungnya berdegup laju. Kenapa?
"Kayla?"
"Tak. Aku dengan dia tak ada apa-apa."
Adam senyum.
"Good. But kalau suatu hari nanti kau dengan dia ada apa-apa, aku tak nak kau sorok dari pengetahuan aku. Aku nak setiap pergerakan kau dengan Haris kau bagitahu aku. Barulah aku tak risau bila kau dengan dia. Andai kata kalau kau dengan dia, jaga diri kau baik-baik. Sebab, aku tak yakin lelaki lain macam aku even he's my cousin. Kalau kau rasa dia mula nak ambil kesempatan ke atas kau, please tell me quickly. Jangan simpan seorang diri. Aku- ada dengan kau. Aku ada untuk jaga dan lindungi kau. Ingat, ya? Aku tahu kita dah tak macam dulu. Tapi, aku still sayang kau. Kita tetap kawan baik."
Selesai, terus saja Adam beredar dari situ meninggalkan Kayla yang terdiam. Tidak tahu Kayla fikirkan apa. Yang penting, semua yang dia katakan tadi adalah perkara yang sudah lama dia fikirkan.
Hati Kayla sayu. Sayu kerana rupa-rupanya Adam masih prihatin terhadap dirinya. Bertambah sayu bila kata-kata akhir Adam begitu menyentuh hatinya.
"Aku pun masih sayangkan kau. Tapi, sayang kita berbeza. Kau sayangkan aku sebagai kawan baik. Dan-aku sayangkan lebih dari seorang kawan baik."
Air matanya menitis.
"Aku minta maaf, Adam. Aku minta maaf sebab ada simpan perasaan dekat kau. Aku dah cuba tapi- tak boleh. Aku cuba dekatkan diri aku dengan Haris untuk aku lupakan perasaan aku dekat kau. Tapi, masih sama. Aku-sayangkan kau."
Share this novel